Ahad, 20 September 2009

BERMULALAH SYAWAL MAKA LAYU SEMULA MASJID2 DAN SURAU2


Masa penulis menulis ini ,telah masuk syawal bererti tinggallah ramadhan....bergemalah takbir di radio2 dan di tv2,begitu juga dirumah2...yang ada setengah tempat membuat rombongan untuk bertakbir raya kerumah2, yang kita dengar mendayu2 bunyi...seolah-olah sedih menyambut syawal....mungkin juga sedih meninggalkan bulan ramadhan...biasalah kesedihan itu akan bertukar keriangan apabila bertemu sanak saudara,sahabat handai...sambil menjamu selera.Disamping memperlihat kehebatan pakaian yang baru2 dan mungkin berjenama,juga tidak tinggalan memperlihatkan gelang berlian hinggalah kepada jenama kereta yang terkenal yang digunakan,yang nilainya harganya ratusan ribu.Seolah-olah perlihatkan siapakah lebih kaya dan berwang...Adakah mereka tidak tahu menunjuk2,bermegah2,sombong itu ada dicela oleh agama.Hilang langsung khiasat solat taraweh,kesan kesibukan mencari malam laitul qadar...dimana2 masjid2@surau2 pada bulan ramadhan....sibuk membuat program kiamulail....dan memanggil ustaz2 yang hebat2,yang boleh membuat orang menangis mendengar doanya....Seolah-olah ia diupah bagi orang menangis....rupa2nya akhir zaman ibadah pun kena bayar.....nampak hebat kesungguhan mencari malam laitul qadar...dan hebatnya setara untuk bergembira sakan di hari raya,yang mungkin mereka sudah lupa solat2 fardu,sunat jangan cakaplah...sudah rasa tidak berdosa bercampur gaul lelaki dan perempuan,bersalaman2,berpegangan tangan,dan ada setengahnya membuka tudung...memakai tudung hanya pada bulan ramadhan sahaja(bukan semua)...tengok wayang dan apa sahaja bentuk maksiat dibelasah semula...Kalau bulan ramadhan masjid2@surau2 penuh@sesak orang bersolat taraweh,bila bermula syawal masjid2@surau2 mula layu,sepi dan tidak bermaya lagi.Hanya pengujung2 biasa sahaja yang istiqamah berjemaah di masjid2@surau2...muslimat yang ramai berkunjung untuk taraweh...sudah tidak nampak batang hidung,bukan batang hidung tidak nampak,bayangnya pun tidak nampak lagi...Majlis2 fardu ain di masjid2@surau2...tidak ramai yang hadir...kalau muka itu sahaja yang datang,muka itu yang akan tekun menghadiri majlis itu.Dimana pengunjung2 pada bulan ramadhan...tentu kita tahu jawapannya,mereka tidak datang...mereka akan datang pada bulan ramadhan tahun hadapan...itu pun kalau ia tidak mati@meninggal dunia atau sakit teruk....Ini metaliti kita...bila hendak insaf atau sedar,Allah sahaja yang tahu.Bagaimana hendak sedar dan insaf kalau tidak pernah menghadiri pengajian.Apakah mereka sudah rasa cukup dengan solat dirumah dan menunaikan haji ke Mekah,sedang mereka tidak mahu menuntut ilmu perkara2 yang diamalkan hari2,mungkin ada yang salah atau sebagainya...tetapi mereka tidak mahu belajar atau memperbarui ilmunya...Sibuk dengan masalah kerja atau hal keluarga...macam ia seorang bekerja atau bekeluarga dalam dunia ini,atau macam mereka tidak mati2,tidak tua2,tidak sakit2 atau mereka telah terlalu pandai serta tahu mereka bakal masuk syurga.Susah kalau kita tidak memikirkan mati dan tidak fikir tua....sebenar hari berlalu...menunjukkan hari kematian kita makin dekat.Insaflah...datnglah ke majlis2 ilmu...tak kan kita hendak tungga carpet merah,tepak sireh atau bunga manggar baru hendak ke masjid...Mereka jangan bimbang..jika tidak mahu datang semasa hidup...ramai yang akan datang masjid setelah mereka mati...Fikirlah....

Tiada ulasan: