Rabu, 7 Januari 2015

BUKAN MENGATAL LAGI...TAPI IA MEMANG TAK DIBENARKAN OLEH SYARAK...APA KATA MUFTI2....DAN USTAZ2 YANG LAIN....IKIM....JAKIM DLL....YANG HARAM ITU JELAS....DAN YANG HALAL JUGA JELAS

Malaysia guna bomoh cari kapal terbang hilang, Indonesia guna ustaz. Ada perbezaan di situ.
Semoga usaha mereka dipermudahkan Allah.
Like · ·

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA: "Barangan wanita dan bayi antara keperluan mendesak"

Selain makanan dan pakaian, mangsa banjir wanita dan kanak-kanak sangat memerlukan keperluan tuala wanita, pakaian dalam, lampin pakai buang dan susu bayi.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru semua jentera muslimat dan kaum wanita khususnya menyumbang keperluan ini memandangkan ianya keperluan asas yang sangat penting.
Alhamdulillah, Ameerah Malaysia juga telah menggerakkan kempen sumbangan Kit Wanita & Kit Bayi yang bernilai RM50 setiap satu. Disamping itu, DMPM masih meneruskan Kempen Sumbangan RM10 ke akaun Dewan Muslimat PAS Pusat (MAYBANK : 564 025 400 711, BIMB 1404 10100 37673 – (Nyatakan nota 'BANJIR' untuk rekod).

DMPM juga mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada PAS Pusat kerana mengambil inisiatif menubuhkan satu jawatankuasa khas, Malaysia Disaster Emergency Management (MEDM) atau Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia. Ia beroperasi 24 jam bagi menyelaraskan bantuan dan maklumat berkaitan aduan dan agihan bantuan kepada mangsa banjir.
Objektif penubuhannya adalah untuk kerja-kerja koordinasi diperingkat induk secara tersusun, meliputi:

1. Pengurusan dan penyelarasan maklumat bencana

2. Penyediaan SOP

3. Data dan informasi menyeluruh kawasan bencana

4. Smartpartnership untuk mendapatkan bantuan/dana/ sokongan dari NGO, Agensi kerjaaan, Syarikat, individu dan lain-lain.

5. Memastikan keberkesanan sebarang bantuan yang ingin disampaikan tepat pada sasaran dengan minimum delay with maximum impact.

Orang ramai dijemput 'LIKE' dan 'SHARE' Laman soasial FB MEDM bagi mendapatkan info semasa berkaitan dengan banjir atau ingin melaporkan kejadian bencana.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha membantu dan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Bagi meringankan lagi beban dan tanda kasih sesama insan, rakyat Malaysia juga dijemput mendaftar dan menyertai MEDM sebagai sukarelawan bagi proses pembersihan pasca banjir nanti.

"Orang mukmin itu tempat kasih sayang, maka tiada ada kebaikan bagi yang tidak mengasihi dan tidak dikasihi."

Hadith Riwayat Ahmad

Teruskan menyumbang dan berdoa untuk Pantai Timur dan Malaysia!

Mastura Mohd.
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia.

PAS Sabah Rayu Bantuan Segera Mangsa Banjir Di Daerah Pitas

PAS Sabah ingin merayu kepada kerajaan, NGO dan orang ramai agar dapat membantu mengsa banjir yang sedang melanda di daerah Pitas sekarang. Kebanyakan mangsa banjir yang terlibat amat mengharap bantuan segera kerana setakat ini mereka berada dalam keadaan lapar dan dahaga berikutan kekurangan bekalan di pusat pemindahan yang disediakan. Diantara kampung yang terlibat ialah :-
1. Pandan mandamai
2. Pinapak
3. Kg Tambilidon
4. kg kibulu
5. Kg Rukom ulu
6. Kg boribi, kanibungan
7. Kg kelumpang
8. Kg gusung
9. Kg Pondoi
10. Kg kemiri
11. Kg kebatasan
12. Kg dandun
13. Kg kusilad
Diantara bantuan segera yang diperlukan ialah:
1. Pasukan dan jentera penyelamat bagi kawasan yang dalam dan tidak sempat berpindah sebelum air naik ke paras bahaya. Keadaan ini mungkin berlaku pada waktu malam.
2. Keperluan asas seperti makanan kering, minuman panas 3 in 1, susu tepung untuk bayi dan botol susu, tuala wanita,  air minuman atau air mineral, racun nyamuk  atau kelambu, makanan segera( Maggie, Sardin, telur) dan lampin bayi.
3. Pakaian dan selimut.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai banjir serta menghulurkan bantuan boleh menghubungi  Penyelaras Banjir Pitas saudara Nemron Loveh 013-5569272 atau Whatsapp 014-5648846.
Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke TABUNG BENCANA PAS SABAH menerusi akaun Bank Islam 10016010082855 (atas nama PAS Negeri Sabah). Sila tulis “dana bencana” untuk rekod kami.
Bekas calon PAS DUN Pitas, Dausieh Quek sampaikan sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir di Pitas.

Jalan raya terputus, sukarelawan berjalan kaki sampaikan bantuan

Penyelarsa Banjir Pitas, Nemron Loveh sampaikan bantuan kepada mangsa banjir

Dauseih bersama santuni mangsa banjir dan sampaikan sumbangan di pusat pemindahan di Pitas 
Terima kasih diatas sumbangan yang diberikan.
Mohd Aminuddin Aling
Pesuruhjaya PAS Sabah
6 Januari 2015

Banjir: Tanggungjawab kerajaan, parti politik & rakyat

Selepas selesai program ‘Mewarna Perpaduan’ yang melibat kanak-kanak pelbagai bangsa anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Perak yang dipimpin oleh Hairul Nizam Ishak telah disusun awal sebelum ini diadakan di Parit Buntar telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan ramai, selain itu turut membuka kaunter tabung bencana banjir di situ.

Kebetulan cuti umum Tahun Baru, saya terus bergegas ke Pusat Operasi Banjir (POB) PAS Perak di Bagan Serai untuk meninjau sendiri keadaan bencana banjir di sana ditambah keadaan yang sama turut berlaku di Kuala Kangsar menyebabkan pergerakan saya terbatas, di sana saya berjumpa dengan Yang Berhormat Hussin Din, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan.
Mendapat taklimat ringkas daripada beliau yang juga ADUN Kawasan Selinsing tentang keadaan terkini di sana yang dan juga dilaporkan telah berlaku puting beliung, saya bersimpati dengan kejadian tersebut dan sebagai sebuah Parti Politik akan berusaha keras membantu rakyat yang ditimpa kesusahan dan bencana yang cukup memberikan kesan kepada kehidupan harian mereka.

Kawasan jelapang padi di Daerah Kerian ini dan dalam masa yang sama meliputi Kawasan Koridor Utara (NCER) perlu diberikan tumpuan khusus oleh pihak Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan kerana ia sebagai satu pelaburan besar sebelum ini yang dilancarkan sebagai salah satu Pusat Makanan Negara yang memfokuskan tanaman padi khasnya.

Sudah tentu ia akan terjejas setelah berlakunya banjir yang akan mengakibatkan kerosakan tanaman padi dan juga tidak terlepas pengusaha padi iaitu kediaman mereka terkena bencana banjir, usaha pembinaan tebatan banjir perlu diagendakan selepas ini oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah Kerian (MDK) untuk diberikan fokus utama.

Dengan usaha ini, diharapkan bencana banjir di Daerah Kerian ini dimaksimakan dan diatasi sebaiknya, serta seperkara lagi adalah tentang kawasan perindustrian ternakan Ikan Arowana yang perlu dinilai semula kerana ia melibatkan kawasan tanaman padi yang digunakan bagi tujuan perindustrian ternakan terutamanya di sebahagian di Bukit Merah.

Saya harapkan Kerajaan Negeri Perak meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang pernah membentangkan laporan perindustrian ternakan Ikan Arowana yang melibatkan status tanah daripada kawasan pertanian kepada industri perikanan walaupun ia berkaitan isu status nilai tanah tetapi dalam masa yang sama menunjukkan kedudukan peralihan status yang sedia ada.

Bagi saya, penduduk mengharapkan pembelaan dan dalam masa yang sama turut membantu pertumbuhan sumber yang difokuskan oleh NCER selama ini dan ia seiring diantara semua pihak yang terlibat terutamanya peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang melibatkan pertanian, perikanan dan juga status tanah serta masa depan NCER di sana.

Setelah lebih sejam di sana, saya terus bergegas pula ke POB PAS Perak di Pasir Salak dan sebelum itu singgah di tempat kejadian kanak-kanak yang dilaporkan terlibat dihanjutkan air berhampiran Kampung Gajah yang masih belum dijumpai lagi, bersama Bendahari Pemuda PAS Malaysia Haji Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berdoa agar dipermudahkan usaha mencari di situ.

Saya dan beberapa sahabat selepas itu terus ke POB untuk membantu menurunkan barangan bantuan yang baru sampai yang diberikan oleh orang ramai di sana, banyak barangan keperluan yang diberikan untuk kemudahan mangsa banjir yang sangat memerlukan untuk mereka dan ahli keluarga mereka berikutan hampir lebih dua minggu berdepan dengan banjir.

Di Kampung Gajah saya lihat, air masih belum surut sepenuhnya dan masih memerlukan bantuan bekalan makanan untuk keluarga mereka kerana masih tinggal di kediaman terutamanya rumah dua lapis yang tidak terjejas teruk dan masih boleh berteduh di atasnya dan ini antara fungsi ‘Dapur Rakyat’ di POB PAS Perak iaitu membekalkan makanan kepada mangsa.

Kampung Gajah adalah sebuah DUN yang pernah diwakili oleh mantan Menteri Besar Negeri Perak iaitu Tan Sri Datuk Seri Diraja Ramli Ngah Talib, saya lihat banyak pembangunan yang dilakukan di sana dengan istilah lain ‘ini kawasan MB’ sudah tentu banyak projek-projek akan disalurkan di sana ketika itu terutamanya juga beberapa cawangan agensi kerajaan yang ada.

Melihat dengan suasana yang ada di situ, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak perlu menilai semula terutamanya Pejabat-pejabat Kerajaan di situ setelah bencana banjir berlaku berikutan kerosakan yang mengakibatkan kos membaiki aset yang ada perlu akan meningkat tinggi, ini kerana kejadian seumpamanya bila-bila masa akan berulang kembali.

Bentuk nilai semula yang saya maksudkan, keperluan Pejabat-pejabat cawangan agensi kerajaan yang berada di situ perlu distruktur semula atau berpindah bagi mengelak risiko berulangnya kembali seperti bencana banjir baru-baru ini, perpindahan perlu kepada kawasan yang berstrategik dan lebih tinggi agar risiko banjir dapat dielakkan di masa yang akan datang.

Satu lagi kelebihan ‘ini kawasan MB’ adalah Kompleks Sejarah Pasir Salak yang dibina pada tahun 1990 penuh dengan sejarah pembinaannya, tidak saya nafikan kewujudannya tetapi sungguh sedih setelah melihat kiriman gambar daripada sahabat saya, Salman Haji Saleh yang meninjau sendiri bencana banjir di situ pada awalnya setelah seluruh bangunannya dimasuki air banjir.

Pada 1 Januari yang lalu, saya juga berkesempatan melihat kompleks tersebut dan mengambarkan kiriman gambar tempohari masih tidak berubah ketika itu, saya tidak dapat menilai kerosakan di kompleks tersebut dan saya berharap pihak Kerajaan Negeri Perak membantu membaiki kompleks tersebut yang memerlukan perhatian daripada kerajaan negeri.

Tidak terlepas terkena kesan banjir juga adalah Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA), Jalan Tanjung Tualang, Kampung Gajah yang hampir 90 peratus dipenuhi air banjir. Sekolah ini adalah sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh yang di tadbir oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan (JAIPk) yang dibuka pada tahun 2000.

Saya harapkan Bajet tahun 2015 Negeri Perak untuk JAIPk ditingkatkan untuk membangunkan semula SARJANA dan ia salah satu imej sekolah aliran Agama milik kerajaan negeri dan sebuah nama besar institusi DiRaja, dalam tempoh pembukaan sekolah tidak lama lagi saya harapkan agar JAIPk bekerja keras untuk membersihkan sekolah tersebut dengan segera.

Pada saat ini, saya dapat lihat semua pihak yang terlibat secara langsung dengan bencana banjir ini dan kepada mereka yang bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir tiada kata yang dapat diucapkan dan syabas kepada mereka semua kerana membantu sedaya upaya yang ada dan saya panjangkan ucapan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Selangor.

RM100,000 yang disumbangkan oleh mereka mempunyai nilai kemanusian dengan matlamat membantu, tahniah juga saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak atas sikap yang ditunjukkan dengan membuang sikap sombong dan akuh untuk terus berbakti kepada rakyat dan inilah tanggungjawab sesebuah kerajaan sepatutnya.
Sama ada sesiapapun diberikan amanah sebagai Wakil Rakyat, ataupun mentadbir kerajaan, mereka perlu amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas hakiki mereka, perlu tunjukkan kualiti kerja yang baik dan bersungguh-sungguh serta mengutamakan rakyat yang di dalam kesusahan termasuk mangsa banjir kini.

Kepada pihak kerajaan melalui parti politik yang memerintah ataupun tidak, itu bukan alasan untuk tidak membantu rakyat di dalam kesusahan dan kami di Perak telah buktikan untuk rakyat agar mereka terus dibela dan dipastikan hak mereka dalam keadaan sekarang seperti membina kehidupan baharu setelah melalui satu pasca banjir yang penuh dengan memori peribadi mereka. – HARAKAHDAILY 6/1/2014

#Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar Bandar DiRaja





Pengakhiran mulia

Oleh Nurul Huda Kosnon

nurulhuda_kosnon@yahoo.com.my
Kuala Lumpur: Ketika nazak jari telunjuknya terangkat seperti mengucap dua kalimah syahadah dan pada masa sama dalam perjalanan membuat kebajikan dengan membantu mangsa banjir.
Itu pengakhiran riwayat Allahyarham Zamani Zakaria, 34, yang meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kenderaan ketika menukar tayar lori dipandunya yang bocor di Kampung China, Jalan Paloh Rawa, Machang, Kelantan pada 3.30 petang, Sabtu lalu.
Ketika itu dia bersama lebih 20 peserta konvoi ‘Kelantan Wishers Community’ (KWC) melaksanakan misi bantuan banjir ke Kelantan.
Menurut Adam Hamid, 40, yang turut menyertai konvoi itu, dia sendiri melihat Zamani terbaring dalam keadaan jari telunjuk terangkat selepas terbabit kemalangan.
“Ketika itu saya memanggil namanya, tetapi tidak bersahut. Arwah dibantu orang ramai yang menghantarnya ke hospital menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda, tetapi meninggal dunia pada 4.40 petang (Sabtu) ketika dalam perjalanan untuk ke Hospital Tanah Merah, Kelantan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu, Adam yang juga pengarah drama memuat naik foto rakannya itu di Facebook dan mengucapkan takziah selain meminta orang ramai mendoakan arwah sehingga menjadi ‘viral’ hari ini.
Menurut Adam, arwah menyatakan hasrat untuk menyertai konvoi pada saat akhir iaitu selepas solat Jumaat sebelum berangkat pada awal pagi.
"Kami berkumpul di di Gombak dan memulakan perjalanan sekitar jam 2.30 pagi (Sabtu). Arwah juga beriya-iya mahu memandu sebuah lori daripada tiga buah kesemuanya.
"Kami menaiki tiga lori dan lebih empat kenderaan pacuan empat roda membawa bekalan makanan termasuk beras, minyak, gula dan pakaian untuk diagihkan kepada penduduk di sekitar Kuala Krai, Manek Urai, Tanah Merah dan daerah lain yang terjejas akibat banjir,” katanya.
allahyarham juga ada meninggalkan kata-kata terakhir apabila tidak lagi kempunan untuk makan nasi ayam kegemarannya.
Adam berkata, arwah sempat makan nasi ayam selepas kecewa hasratnya untuk menikmati makanan itu tidak kesampaian ketika berhenti seketika di Benta, Pahang.
“Pada 4 pagi (Sabtu), dalam perjalanan menuju ke Kelantan, kami berhenti untuk makan di sebuah gerai nasi ayam di Benta, Pahang, tetapi apabila nak duduk di meja makan dan membuat pesanan, pekerja di gerai itu memaklumkan nasi ayam sudah habis dan kami pesan menu lain.
“Setibanya di Kampung China, Machang, arwah ada memaklumkan mahu makan nasi ayam dan dia dapat menikmati makanan itu dan sempat menyebut ‘hilang kempunan aku nak makan nasi ayam, ini baru dapat makan’," katanya.
Menurut Adam, arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran kediaman keluarganya di Taman Maju, Kota Bharu, pada 12.30 tengah hari, Ahad lalu.
Katanya, arwah meninggalkan balu, Nurhikmah Mohd Zuki, 30, yang mengandung enam bulan dan lima anak berusia 13 hingga empat tahun.
“Kini, kini berusaha mengumpul dana untuk membiayai kehidupan isteri dan lima anak arwah yang masih bersekolah.
“Arwah seorang bapa dan suami seorang yang baik hati dan mudah mesra dengan orang lain," katanya.
Sementara itu, penceramah bebas , Ahmad Tajuddin Al Manhaji berkata, mudah-mudahan arwah meninggal dunia dengan penamat yang baik dan mendapat husnul khatimah.
“Arwah meninggal dunia dalam keadaan bermusafir untuk membantu mangsa bencana banjir di Kelantan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 11:27 PM

Allahyarham Zamani Zakaria, 34, meninggal dunia ketika menyertai konvoi misi bantuan banjir di Kelantan.



Najis tikus bertaburan, kilang bebola ikan di George Town diarah tutup

Najis tikus bertaburan, kilang bebola ikan di George Town diarah tutup
Pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan negeri meneliti kawasan kilang bebola ikan yang kotor semasa membuat pemeriksaan terhadap kilang berkenaan di Jalan Paya Terubong. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN:
Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di sini diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.

"Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.

MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/najis-tikus-bertaburan-kilang-bebola-ikan-di-george-town-diarah-tutup-28791?cp

[Video] Persembahan Ifa Radziah, Tak menggatal ke?


KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZAPersembahan Ifa Raziah dan Hisyam hamid di konsert akhir Gegar Vaganza telah membuatkan Datuk Rosyam Nor tak senang.
Rosyam Nor yang ditugaskan sebagai juri untuk memberi pandangan dan pandangannya persembahan pada peringkat akhir itu tidak sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Kita lihat video tersebut;





Berikut jawapan Ifa Raziah menerusi Berita Harian;
Dia (Rosyam) cakap persembahan saya tak sesuai untuk tontonan umum. Habis itu selama ini dia jadi pelakon… takkan tak pernah pegang tangan heroin dia.
Kalau dia cakap tak sesuai, lebih baik dia jangan berlakon. Apa yang saya lakukan hanya sekadar seni lakonan.
Apa yang saya dan Hisyam lakukan atas paksi profesional. Malah kalau nak dibandingkan ada persembahan lain di anugerah tertentu lebih daring daripada apa yang saya lakukan.
Saya bukan nak menggatal, meraba dan bercumbu dengannya pun. Saya dan Hisyam saling menghormati kerja kami. Saya sendiri pun seorang pelakon.
Tak menggatal ke?

Potong dahulu gaji PM, menteri bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Sebelum Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar setiap penjawat awam memotong gaji membantu mangsa banjir, sepatutnya terlebih dahulu mencadangkan agar Perdana Menteri dan menteri kabinet turut berbuat demikian.
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, pemotongan gaji pada kadar yang munasabah di kalangan mereka bergaji besar dialu-alukan sebagai menyatakan solidariti kepada mangsa banjir.
"Bagi cadangan dulu agar Perdana Menteri, Timbalan, dan menteri kabinet dipotong gaji mereka barulah Cuepacs bincang dengan ahli mereka untuk mendapat persetujuan.
"Hendak potong senang-senang tidak semua bergaji besar tetapi pemimpin negara, kenalah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Katanya, Cuepacs tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak memotong gaji penjawat awam apatah lagi dalam keadaan ekonomi dan harga barang sekarang ini tidak menentu.
Bagaimanapun katanya, Cuepacs boleh mensasarkan kepada penjawat awam di peringkat Jusa ataupun di kalangan Exco kerajaan dan Senator terlebih dahulu.
"Menjadi seorang pemimpin perlu menanggung penderitaan, dahulukan orang bawah. Penjawat awam di peringkat bawahan tidak usahlah bebankan mereka melainkan mereka dengan rela hati untuk membantu," katanya.
Beliau bekata demikian bagi memberi respons kepada kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda yang mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.
Katanya, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.
Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir. - HARAKAHDAILY 6/1/2015


Tiada ulasan:

Catat Ulasan