Selasa, 6 Januari 2015

DUIT DAH MASUUUUK...SAPE NAK PULANG...CUMA ITU DUIT SAPE...DUIT TSKI PUNYA ...OKLAH...KALAU RAKYAT...RAKYAT SEMUA REDA...OKLAH...KALAU TAK...AKHIRAT NANTI NAYA LAH

TERBAIK!!!! Ini bukan jamal abdilah, tapi suara buatkan hadirin menangis

Written By canang on Selasa, 6 Januari 2015 | 1/06/2015 11:09:00 PTG





‘Kami tidak akan pulangkan wang pampasan’
  • Perbadanan Menteri Besar Perbadanan Menteri Besar
1 / 1
SHAH ALAM - Lapan bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) sepakat tidak akan memulangkan semula bayaran pampasan sebanyak RM2.6 juta yang dituntut pengurusan baharu pemerbadanan itu malah akan terus mendesak baki kontrak yang belum tamat.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin yang mewakili tujuh yang lain berkata, mereka semua bukan perompak dan tidak wajar dipersalahkan.

“Tiada sebab untuk dipulangkan, situasinya jelas seperti yang terpapar di muka depan Sinar Harian 5 Januari lalu, kami bukan perompak.

“Kami akan lawan balik dan akan menuntut baki kontrak yang belum habis,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ini berkata, kesemua mereka telah menerima surat tuntutan pemulangan keseluruhan wang yang dikirimkan oleh pengurusan baharu MBI  sebelum pentadbiran baharu mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor.

“Laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan adalah satu laporan  yang cacat, tidak dilakukan secara profesional dengan menurut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat. Audit tersebut juga cacat apabila dijadikan dokumen awam tanpa mendapat penjelasan daripada pihak  terlibat  termasuk Abdul Khalid.

“Tindakan tidak profesional dengan memanipulasi audit cacat tersebut telah mewujudkan prasangka yang dahsyat terhadap semua pihak yang terlibat membuat keputusan termasuk para penerima pampasan,” katanya.

Justeru beliau telah mengarahkan peguam  untuk mengkaji dari semua sudut undang-undang  dan melakukan tuntutan balas yang tidak terbatas bagi mendapatkan keseluruhan jumlah sehingga tamat kontrak, ganti rugi bagi pecah janji dan kerosakan penghinaan mereka.

“Meskipun ramai pegawai yang masih mempunyai baki tempoh perkhidmatan seperti dalam kontrak namun pendekatan pertengahan telah diambil dan sejumlah potongan besar dipersetujui.

“Saya kesal persetujuan bersama ini telah dicemar dan dilanggar pentadbiran baharu dan kami dengan ini mencabar persetujuan tersebut,” katanya.

PKR dedah kos belanja minyak pesawat rasmi negara


Pesawat-Khas-Kerajaan-
Kos belanja minyak penerbangan pesawat negara 9M-NAA yang baru pulang ke negara selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000, dakwa PKR hari ini.
Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut didakwa menggunakan laluan Honolulu – Los Angeles – Indianapolis – Los Angeles – New York – Dubai – Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur.
“Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!
“Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain,” kata Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam analisa yang dijalankan Biro Penerangan Pemuda PKR, mereka mengganggarkan hampir 64,232.36 gelen minyak jet digunakan.
Lee juga mendesak penjelasan siapa “individu misteri” yang menggunakan pesawat rasmi negara tersebut.
“Jet rasmi kerajaan Malaysia 9M-NAA yang diterbangkan merantau dunia dengan membawa penumpang misteri akhirnya ‘pulang’ ke tanah air Malaysia pada 4 Januari 2015.
“Namun sehingga hari ini, persoalan berkenaan siapakah VIP misteri yang dibenarkan menggunakan Jet Rasmi 9M-NAA masih tidak terjawab,” katanya.
Lee juga berkata, perbelanjaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada bantuan banjir daripada digunakan sewenang-wenangnya.
“Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
“Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir,” katanya. Jet rasmi kerajaan kontroversi tersebut akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.
Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.
Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia kerana percutiannya dipendekkan.
Putrajaya juga sehingga hari ini tidak menjelaskan tentang individu yang menggunakan pesawat rasmi tersebut, lapor TMI

Pembantu Khalid Ibrahim diberi pampasan RM2.6 juta sebelum berhenti



Lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan bayaran pampasan sebelum Khalid meletakkan jawatan, dua bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014. Lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan bayaran pampasan sebelum Khalid meletakkan jawatan, dua bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014. Kerajaan negeri Selangor membayar RM2.6 juta pampasan atau “golden handshake” kepada pembantu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.
Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.
Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.
Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.
Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.
Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.
Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas daripada The Malaysian Insider, sementara Khalid menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.
Akhbar harian berbahasa Inggeris The Star melaporkan Khalid sebagai berkata, bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantu apabila beliau meletakkan jawatan.
Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid berkata, bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.
Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.
Pengganti Khalid, Mohamed Azmin Ali mengakui semalam terdapat elemen salah laku dalam isu itu dan mengatakan MBI akan membincangkan perkara tersebut minggu ini untuk langkah seterusnya yang akan diambil.
Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, penyiasatan awal Jabatan Audit Kerajaan Negeri Selangor mendapati prosedur yang betul tidak diikuti dan bayaran tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
Jabatan tersebut masih lagi melihat aspek lain seperti terma pampasan dan sekiranya ahli lembaga pengarah MBI sedar bayaran yang begitu besar dilakukan.
"Mereka bukannya dipecat, mereka meletakkan jawatan, jadi siapa yang meluluskan jumlah yang begitu besar? Atas dasar apa mereka diberikan pampasan begitu besar dan apakah ianya mengikut prosedur? “Ini antara perkara yang kami sedang lihat dan laporan penuh tentang ini akan dikeluarkan segera," kata sumber tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar menulis di Twitter tentang perkara ini dan menyatakan kebimbangan beliau atas "jumlah yang besar" tersebut dan sama ada prosedur betul diikuti.
"Ini bukan soal betul atau salah, ini soal moral. Ini melibatkan wang rakyat dan persoalan timbul di minda rakyat pada masa itu," katanya dan menambah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri sepatutnya menyiasat perkara tersebut.
Beliau berkata, tiada sebab bagi pembantu Khalid untuk meletakkan jawatan, kerana mereka boleh saja meneruskan tanggungjawab sehingga menteri besar yang baharu membuat keputusan.
PKR memecat Khalid pada Ogos apabila gagal menghadirkan diri ke pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
Semua ini berlaku semasa kemelut jawatan menteri besar Selangor bermula awal tahun ini, apabila kepimpinan PKR mahukan beliau meletakkan jawatan untuk memberlaluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kemelut itu berakhir apabila timbalan presiden PKR, Azmin dilantik sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu. – 17 November, 2014.
Mahkamah diberitahu sijil nikah Awie, isteri palsu
  • Awie Awie
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bekas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Yusoff Abu Bakar memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa sijil nikah penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun adalah palsu.

Ketika ditanya peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili isteri penyanyi itu, Yusoff bersetuju dengan soalan yang dicadangkan peguam itu.

Katanya, pada 4 Julai lalu, carian data mengenai kesahihan itu dibuat dengan menggunakan sistem aplikasi Nikah, Cerai dan Rujuk atas talian iaitu E-Munakahat Pulau Pinang melalui nombor kad pengenalan dan nama Rozana.

"Carian kali ketiga turut dibuat pada 8 Julai tetapi berdasarkan nombor sijil nikah yang dimohon suami pemohon (Rozana) iaitu Ahmad Azhar Othman, nama sebenar Awie.

"Dan hasilnya, hanya nombor siri tersebut wujud tetapi atas nama individu lain," katanya yang merupakan individu yang mempunyai pengetahuan secara langsung terhadap pengeluaran surat perakuan sijil nikah yang didakwa palsu oleh Rozana.

Yusoff, 51, bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, dan kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau diarahkan hadir ke mahkamah hari ini bagi memberi keterangan berhubung sijil nikah penyanyi itu yang diragui kesahihan oleh Rozana.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain menetapkan 13 Januari ini keputusan sama ada sijil nikah pasangan itu palsu atau tidak.

Dalam prosiding itu, Rozana, 37, hadir manakala Awie, 47, diwakili peguam Mohd Hafizal Parcho.

Pada awal Disember tahun lepas, Rozana, membuat laporan polis dan mendakwa sijil nikah mereka yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam sembilan tahun lepas adalah palsu.

Penyanyi rock terkenal Kumpulan Wings itu bernikah dengan Rozana di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak - dua lelaki dan seorang perempuan.

Pada 4 Julai tahun lepas, Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Hulu Klang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas. - Bernama

Padah Berzina Dengan Lelaki Lain..Isteri Ustaz Rentung Dipanah Petir


Salam sejahtera keatas kamu…….bertemu kembali dalam sudut bicara labu emas,sembilan hari labu tidak bersiaran kerana tugas luar kawasan.kali ini saya ingin kongsi kan kisah menarik yang di perolehi dari negara jiran, namun nama dan tempat terpaksa di sembunyi kan agar tidak mengaibkan sesiapa,kisah seorang isteri yang curang sehingga maut di sambar petir ketika berzina dengan lelaki lain.


Hashim merupa kan seorang ustaz di sebuah daerah,mempunyai perwatakan yang baik,di kampung beliau mengajar anak-anak mengaji,dan mempunyai seorang isteri yang mempunyai paras rupa yang cantik dan dari keluarga yang berada,manakala suami nya hanyalah seorang guru agama di sebuah pondok,namun kebahagian mereka terserlah,dan mereka di kurnia kan seorang anak perempuan berusia setahun,pada awalnya Hashim agak hairan kerana anak nya mempunyai rupa yang berbeza,serta bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedang kan diri nya bukan lah tinggi sama juga dengan isterinya,dan yang lebih menghairan kan Hashim hidung anak nya mancung.kerana mempunyai iman dan pegangan ugama yang kuat,Hashim menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya.

Hashim akan berada di rumah ketika malam sahaja,kecuali Jumaat baru lah beliau tidak mengajar,maka tinggal lah isteri nya bersama anak kecil di rumah,sehingga lah pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan,sehingga tidak sedarkan diri dan terlantar di hospital.selama empat bulan baru lah Hashim sedarkan diri.ketika balik,Hashim berehat dan gembira dapat bertemu anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua.seminggu selepas itu Hashim memula kan tugas nya iaitu mengajar di pondok,seperti biasa,sehingga ke malam baru lah Hashim balik kerumah,malam itu lah Hashim bermimpi melihat isteri nya memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik.sehingga Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di sebelah,Hashim bangun dan mencari isteri nya,ternyata isterinya muntah dan memberitahu Hashim kepala nya sakit,
keesokan nya Hashim mengambil cuti dan membawa isteri nya ke klinik berhampiran kampung mereka,setelah di periksa,dokter memngucapkan tahniah kepada Hashim kerana isteri nya telah mengandung empat bulan !.Hashim menjadi bingung kerana dia baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum sebulan,ketika tiba di rumah Hashim bertanya kepada isteri nya namun isteri Hashim berkeras menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim,sehingga si isteri Hashim sanggup bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka,perwatakan baik dan sopan santun yang selama ini di percayai dan di bangga kan oleh Hashim hilang sekelip mata,kerana Hashim mula mencurigai isterinya,sehingga lah Hashim berdoa dan memohon petunjuk jika itu memang anak Hashim.
keesokan harinya,waktu itu hujan turun dengan renyai-renyai,namun Hashim gagah kan langkah menuju ke pondok mengguna kan baju kalis hujan,walaupun guruh berdentum di langit,Hashim tetap ke pondok untuk mengajar,kerana kewajiban.ketika mengajar sekitar pukul dua petang,Hashim telah di kejutkan dengan satu panggilan,dari ayah nya,di talian Hashim di minta untuk balik secepat mungkin,kerana sesuatu yang kurang baik telah berlaku.
Hashim meletak kan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan,ketika tiba di rumah,dalam keadaan basah kuyup,Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertua nya turut ada di rumah,selepas memberi salam,Hashim mendukung anak perempuan nya dan bertanya apa yang berlaku kepada ayah nya.namun ayah nya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri,ketika melangkah kedalam bilik tidur mereka,Hashim terperanjat melihat dua tubuh yang melekat dalam keadaan rentung,dalam masa yang sama mengeluarkan kan bau yang amat meloya kan.Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung bersama seorang lelaki asing berkulit gelap tidak bernyawa.
Ibu mertua Hashim meraung menagis meratapi anak perempuan nya yang mati dalam keadaan mengaibkan,ketika itu lah ayah Hashim memberitahu yang mereka kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantu nya yang hamil,namun lain pula yang mereka temui.Hashim bertawakal dan menganggap itu satu ujian besar dalam hidupnya.Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya,Hashim tidak menyangka isteri nya yang baik sanggup menikam diri nya dari belakang.
semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar untuk kita semua,Usah lah kita terlalu taksub melaksanakan tugas sehingga lupa akan keselamatan dan kebajikan keluarga,bersama kita mendoakan agar roh si isteri di ampun kan,dan di tempatkan di golongan orang orang yang beriman.(terima kasih untuk sumber,Haji Minhat)





Rel putus, KTMB rugi RM250 juta
  • Nawawi membersihkan rumah seorang kakitangan di kuarters KTMB Kuala Krai, semalam. Nawawi membersihkan rumah seorang kakitangan di kuarters KTMB Kuala Krai, semalam.
1 / 1
KUALA KRAI - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian dianggarkan RM250 juta akibat banjir besar yang melanda Pantai Timur termasuk Kelantan, minggu lalu.

Pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, anggaran itu berdasarkan kerosakan pelbagai infrastruktur milik KTMB termasuk landasan, stesen, terowong, lokomotif dan koc penumpang.

Paling mengejutkan, katanya, jambatan kereta api di Kemubu, dekat Dabong, sepanjang hampir 50 meter turut dihanyutkan banjir dalam bencana yang disifatkan paling teruk dalam sejarah 128 tahun perkhidmatan kereta api di negara ini.

“Landasan rosak apabila tebing tanah runtuh dan menutupi landasan serta terowong, jambatan dihanyutkan air, lokomotif dan koc tenggelam manakala beberapa stesen tenggelam dan ada yang roboh.

“Kunjungan saya hari ini (semalam) adalah untuk melihat bagaimana kita dapat bantu supaya rakyat dapat menggunakan perkhidmatan kereta api secepat mungkin,” katanya.

Beliau yang diiringi Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir sebelum itu melawat kuarters kakitangan KTMB daerah ini dan menyampaikan bantuan makanan kepada kakitangan syarikat itu yang menjadi mangsa banjir.
Menurut Nawawi, kerosakan jambatan kereta api di Kemubu yang menyebabkan laluan antara Gua Musang dan Tumpat terputus akan mengambil masa lama untuk dibaiki.
“Kita tidak pasti ‘time frame’ bila kereta api dapat beroperasi semula cuma untuk baiki jambatan, kita jangka masa paling minimum ialah 12 bulan.

“Buat masa ini, kita akan segerakan dahulu perkhidmatan di bahagian yang boleh dilalui iaitu dari Gemas ke Gua Musang dan dari Dabong ke Tumpat,” katanya.
Tambahnya, untuk perkhidmatan dari Gua Musang ke Dabong yang terputus di Kemubu, pihaknya mungkin akan menggunakan perkhidmatan bas bagi menghubungkan penumpang dengan dua stesen berkenaan.

Mengenai kebajikan 256 kakitangan KTMB yang terjejas akibat banjir, Nawawi berkata, setiap kakitangan berkenaan akan menerima RM2,000 termasuk pembayaran ex-gratia sebanyak RM500 atau setengah bulan gaji.











Salinan surat Zahid kepada Raja Judi tersebar


Surat_Zahid_Phua_1Surat_Zahid_Phua_2Phua_Raja_JudiSalinan surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kini tersebar di internet.
Surat yang ditulis Zahid kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano bertarikh 18 Disember 2014 menjelaskan Raja Judi, Paul Phua (gambar) bukan anggota kongsi gelap 14K Triad dan memaklumkan bahawa lelaki tersebut pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara membabitkan isu keselamatan negara.
Bagaimanapun Putrajaya menarik balik surat Zahid kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang dikatakan mempertahankan Phua tersebut.
Phua, 50, bekas pemilik kasino di Macau, dan anaknya, menghadapi dakwaan pertaruhan sukan haram di Las Vegas, selepas ditangkap polis di Caesar’s Palace Hotel semasa Piala Dunia FIFA pada Julai tahun lepas.
Peguam Phua meminta surat sokongan daripada Zahid bagi menyangkal dakwaan itu.
Sehingga ke hari ini Zahid masih lagi membisu tentang perkara tersebut dan PKR juga mendesak Zahid menyatakan isu keselamatan membabitkan Phua.
Kita nak tahu juga apa yang Zahid dapat!!

Paul Phua: Kerajaan perlu telus dan berani

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak kerajaan memberikan penjelasan berkenaan isu surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang telah ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata sungguh menghairankan apabila melihat kesungguhan dan keberanian seorang menteri kabinet menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano pada 18 Disember 2014 dengan memberi jaminan bahawa Paul Phua Wen Seng bukanlah anggota kongsi gelap 14k Triad bahkan mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

"Namun, tindakan beliau itu tidak pula direstui dan dibantah oleh Putrajaya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, katanya pihak kerajaan perlulah telus dan berani memperjelaskan isu ini kepada masyarakat umum kerana ia melibatkan bukan sahaja integriti seorang menteri tetapi seluruh kabinet pimpinan PM Dato’Seri Najib Razak.

Menurutnya, pasti timbul kerisauan kepada umum seolah-olah kerajaan bersekongkol untuk melindungi bukan sahaja ‘raja judi’ tetapi anggota kongsi gelap 14K yang berkait dengan dadah.

PAS juga, kata beliau menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memperjelaskan kepada umum berkenaan kes Paul Phua Wen Seng. Hal ini kerana semestinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai rekod dan berhubung dengan FBI berkenaan Paul Phua.

"Slogan PDRM iaitu 'Tegas, Adil dan Berhemah' perlulah dizahirkan pada setiap masa tanpa memilih bulu dan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 6/1/2015
UMNO/BN dan FITNAH tidak boleh dipisahkan..
Suruhanjaya Komunikasi tak nak ambik tindakan kee...!!!!
Diminta Friends of BN - Barisan Nasional tidak meneruskan politik FITNAH dikala rakyat sedang kesusahan. Ini buktinya pengampu UMMNO/BN sanggup buat apa saja untuk meraih undi rakyat, termasuk perbuatan tak bermoral seperti fitnah
UMNO/BN dan FITNAH tidak boleh dipisahkan..
Suruhanjaya Komunikasi tak nak ambik tindakan kee...!!!!
Diminta Friends of BN - Barisan Nasional tidak meneruskan politik FITNAH dikala rakyat sedang kesusahan. Ini buktinya pengampu UMMNO/BN sanggup buat apa saja untuk meraih undi rakyat, termasuk perbuatan tak bermoral seperti fitnah
Like · ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan