Khamis, 18 Disember 2014

KIAMAT DAN MATI ITU PASTI....YANG TUA ITU DEKAT MATI....YANG MUDA BILA2 BOLEH MATI

 
 


 
 
113 views
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Tazkirah Pagi Rabu
23 Safar 1436h
16 Disember 2014m

Balasan orang MENGEJI dan MENCACI dan menyimpan HARTA.
Mengikut firman Allah dalam Al Quran
Surah al-Humazah ayat 1 sampai 9

Surah Al-Humaza, ayat 1:
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
Surah Al-Humaza, ayat 2:
الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
Surah Al-Humaza, ayat 3:
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
Surah Al-Humaza, ayat 4:
كَلَّا لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
Surah Al-Humaza, ayat 5:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
Surah Al-Humaza,ayat 6:
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
Surah Al-Humaza, ayat 7:
الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ
Yang naik menjulang ke hati;
Surah Al-Humaza, ayat 8:
إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
Surah Al-Humaza, ayat 9:
فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
Pencerahan.
Sesungguhnya Allah swt memberi peringatan kepada orang orang suka mencaci dan mengeji sesama makhluk Allah.
Dan juga kepada orang orang yang suka mengumpul harta kekayaan dan mengira ngiranya dengan tidak membelanjakannya kejalan yg diredhoi Allah dan mereka menyangka harta itu dapat mengekalkan mereka hidup kekal didunia
Kalau begitu sangkaan mereka tunggu diakhiri nanti mereka akan dicampakkan kedalaman neraka al hutamah yaitu api yg menyala nyala yg diciptakan oleh Allah swt.na'uzubillah minzalik.wallahua'lam.
Semoga dapat sama sama kita ambil pengajaran.
Disediakan oleh Tanbihul Ghaafilin Lujnah Penerangan Pas Kawasan Bandar Tun Razak Cheras KL .











Wahai anakku ...
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke MASJID.
Betapa banyak orang yg kaya raya tidak sanggup utk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.
Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu melkukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universitasdi Eropa,Australia ataupun Amerika.
Mampu melangkahkan kaki ke Jepang,cina dan Korea dgn semangat yg membara,namun ke masjid, tetap saja perjalanan yg tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Filsafat
Pemuda yg kuat dan bertubuh sehat yg mampu menakluki puncak Gunung Guntur Garut dan Cikuray garut juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.
Alasan mereka pun beragam. Ada yg berkata sebentar lagi, ada yg berkata takut dikata alim.
Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid.
Karena Bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yg paling kami banggakan selain daripada perjalananmu ke masjid.
Biar ku beritahu rahasianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan utk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yg diajarkan oleh nabi serta perjalanan yg akan membedakanmu dengan orang-orang yg lupa akan Rabnya.
Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dalam gelap subuh, demi mengenal Rabbmu.
Silakan SUKA dan BAGIKAN
======================
http://BiarTauAja.com
Like · ·
 
 





Luahan Hati Pensyarah Kerja di Kolej Paling 'Penipu' & Jahanam Di Malaysia

Salam semua... Saya tak tahu nk mengadu dekat siapa pasal masalah yang saya dan ade beberapa rakan sekerja saya. Untuk tidak mengelirukan semua pihak, saya akan cerita dari A sampai Z++ mengenai kepincangan college yang paling bermasalah.
Lokasi Kolej
Untuk tak mengaibkan semua orang, saya rahsiakan nama kolej tersebut (walaupun dalam hati ni menangis nak bgatu). Cukup la kalau saya kata lokasinya betul2 tepi highway persekutuan kuala Lumpur (Federal Highway).

Masalah
Saya diambil bekerja sebagai pensyarah. Jadi saya pun gembiralah.  Niat nak mendidik anak bangsa. Bila saya masuk dalam tu baru saya tau betapa busuknya perangai memasing bermula dari perangai Datin (owner) kolej tu sehingga perangai management seterusnye kepada perangai lecturer lain yang buruk hati/phd.
Memanglah tak semua perangai mcm tu, tapi kalau anda masuk dalam tu. Anda secara automatis dan terjelopok sb seminggu sahaja saya berada disana saya dapat lihat perangai sekor2. Baru saya tahu, kenapa saya diambil bekerja disana. Tak lebih untuk mendapatkan MQA (akreditasi) kolej. Kalau sape2 yang tak paham, maksudnye, kalau course tu tak dapat akreditasi, student yang dah habis belajar tak boleh graduate lah senang cerita.
Saya skipkan dulu cerita busuk hati dean/head tu, sebab saya malas nk pepanjang cerita. Kalau buat slot Akasia sure konfem saya femes jadi watak yang dihina/budak suruhan.
Masalah HR
HR dekat kolej ni sumpah paling tak bertamadun, suka suka dia je tuka SOP. Kalau anda nak tahu, SOP akan berubah IKUT KEJADAH mak bapak die. tapi ini semua hasil ehsan DATIN PALING BANGANG seantero dunia. Kalau dalam kepala otak die, die nak tuka cuti... secara automatik, semua akan dpt emel perubahan sop. Sebab masa mula2 saya masuk, sy under kontrak, kalau kami nak berhenti, cukup bagi sebulan notis sahaja. TUp Tup dalam 2 minggu mcm tu, dtg orang HR suruh sign je surat tanpa tunjuk dulu ape surat tu.. Then baru die kasi salinan.. bile bace balik salinan, surat tu mengatakan tempoh resignation dah berubah... 'under contract, nk berhenti kena kasi 2 bulan notis'....
Saya dah rasa pelik dah tapi saya terpaksa ikut je la. Dah sign dah pun. 
Bebanan Kerja
Setahu saya, semua lecturer tak dibenarkan untuk mengambil lebih dari 4 subject. Ini pun saya baru tau (sebab saya tak pernah masuk education line). Waktu saya dekat kolej tu. Saya mengajar 8 subject. Best tak. Dengan masa nak makan nya, dengan nk solatnye. Memang terkejar2. Management tutup mate je sebb pada die, semua orang banyak keje.. Eh mampos la kau orang management. Bukan setakat itu je, kami lecturer kne cari sndiri material nak mengajar/ kena potostet yang jauhnya mcm hanjing/ kena mengadap student yang rata-rata dari kalangan pendidikan yang rendah. 
Pelajar
Rata-rata pelajar merupakan pelajar dikalangan India yang saya lihat dari segi akademik..... minta maaf tapi ini kebenarannya HARAAAAAAAAAAAAMMMM!!!!!... sumpah jenis yang tak mahu belajar. Bukan takde yang bagus.. tapi setakat yg saya mengajar ade lah 2 orang dari 190 student yang saya mengajar. yang lain hanyalah... yang mahu datang kolej, lepak, nak bersosial.
Pelajar cina pula, ada tapi dari Sabah n Sarawak which, penggunaan bahasa inggeris yang sangat lah terhad. Saya kena guna full bahasa melayu sebab mereka ini lemah sangat bahasa inggeris.. Menangis lahhhhhh~~~~ ammaaa appaaa....
Pelajar Melayu - rata-rata ynag datang dari Felda, dari pantai timur yang semuanya bukan bagus dari segi akademik. Mereka dilihat tidak agresif dalam menuntut ilmu, kerana mereka sedar mereka lemah dan terus mengalah. Puas saya suruh mereka ni betul2 belajar.. majukan bangsa..
DIBERHENTIKAN KERJA
Part ni paling sedihhhh........tragikkk....paling rase nk bakar kolej bodoh tu. Saya diberhentikan ngam-ngam lepas MQA. Gila!!!!! Sangat GILA TAK ADIL!!!TAK MASUK AKAL!!!! Kalau siapa nk tau.. persediaan mqa ni memang teruk. Dari dokumen sampai lah hari pembentangan tu. Bayangkan saya masuk2 je dokumen terdahulu takde. Memang mangkok ayun betul,. Jadi Saya dengan lagi 2 lecturer kne siapkan file untuk 40 subject. Renyahnya kena bukak balik kotak2 di stor, cari balik assignment student, exam paper, segala bentuk dokumen lah.. Dah la style lecturer dulu lain. Meninggaaalll sangat rase time tu.
Kami bertiga ni la berhempas pulas. Bila dah lepas MQA tu, kami diburuk2kan oleh Dean KIMAK, mintak maaf saya tak boleh tolerate disini. Kenapa saya kata begitu?? Sebab dia memang perempuan tua yang tak kawin yang duduk oversie 30 tahun tapi balik mengkimakkan orang lain. Dia yang mencanagkan dekat semua orang yang kami ni tak buat kerja. Yang kami ni serba serbi buruk la. Padahal semua lecturer di situ dah tau dah perangainya memang kimak. semua buat pekak telinga. Saya terus terang cakap, saya memang tak layan pun perempuan tu. Sebab perangai PHD tinggi sangat. 
Ada hati suh orang panggil die dengan panggilan Dr. kateeeenyeee... orang patut panggil die Prof. Tapi bile tanye ape journal yang di publish?? die boleh jawab tak tau?? bahkan nak buat table dlm microsoft word pun xtau.... Saya memang dah lame syak, something wrong perempuan tua ni. Mungkin dia beli je qualification die.
Culture dekat situ, semua kne kipas Datin, mcm kami ni yang marhain ni, memang tidak la nk kipas2. saya pun pk cukup hanya saya buat kerja saya. Bukannye saya gila kuasa pun. Dan itu lah yang terjadi, Dean Kimak tu tadi setiap hari canang cerita buruk dekat Datin. So Datin ni kan IQ die tinggi, tanpa usul periksa ni.. Dia terus berhentikan saya tanpa notis. The best part is................ KAWAN SAYA LAGI 2 ORANG PUN SEKALI KNE BERHENTI.
GIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIILLLLLLLLLLLLLLLLLLLAAAA BABI punye datin (fyi: dapat title datin pun sb di ngorat laki die, die ni bini ke 2)
Kami pun terpinga2... malas nk argue.. angkat kaki.
Pengajaran
Pengajaran buat saya, orang MELAYU sendiri yang MAKAN Melayu. Saya sendiri rasa betapa peritnye kena. Seolah-olah kami ni cuci taik orang. Yang saya dapat tahu, lepas kami berhenti, ade 3 orang masuk menggantikan tempat kami yang merupakan anak buah kepada dean KIMAK itu tadi. Saya cakap terus terang, apa yang diorang buat langsung tak boleh diterima akal. dan saya tak boleh maaffkan sampai mati. Kawan saya tu dah ade keluarga kne tanggung. Hangus begitu je periuk nasi. Mungkin datin tu kaya, pakai aston martin, tapi kekayaan tak mencerminkan kebodohan seseorang tu. terpancar jelas kebodohan dan kebangangan.
Satu sudut saya bersyukur, Allah tutup reseki saya dekat situ supaya saya boleh tengok ade jugak orang islam yang gila mengejar harta, dunia, pangkat. Dulu dengar ingat cerita lawak je. Now kene sendiri... memang baru percaya. Memang slot akasia sangat.
Untuk Ibu Bapa/Yang ingin Sambung Belajar
Sila Jauhi KOLEEEEJ ini. Saya cakap bukan atas dasar saya benci dan dah kena macam2 dekat kolej ini. Tapi kerana kolej ini mengamalkan sistem 'jual sijil' je. Sedih bila orang melayu sendiri yang makan masa depan anak-anak melayu. Jangan lah kasi sapa-sapa masuk sini sebb akademik teruk. Student saya, saya tak pernah jumpa dlm kelas, mid term xdatang, bila meeting saya failkan budak ni (SELAYAKNYAALAH), oh management marah saya, sebab katenye STUDENT NI PTPTN, WALAU MCM MANA PUN KENA LULUSKAN SEBAB INI SUMBER DUIT KOLEJ saya rasa mcm nk hantuk kepala dekat dinding. Padan la student anggap kita lecturer mcm sampah je. Kalau mcm ni, dorang ni hisap duit student je.. So lagi 20 tahun, student baru akan menyesal pk ape yang die dapat masa belajar dulu. Nothing!!.. Dapat hutang ade. Kalau nk masuk kolej private, lebih baik masuk yang ternama skit dan ade student cina. Sya bukan racist, tapi kite bole compare student ni, cara mereka belajar.
p/s: Saya dapat tahu ade lagi ramai lecturer kene berhenti, cuma lain school dari saya... harap lingkup lah suatu masa nanti.
Yang benar,
Belajar dari Pengalaman
SUMBER: MFORUM CARI
tolong siasat dan bagitau rakyat
Bagaimana nk pastikan jika minyak masak adalah kitar semula
Letakkn minyak msk dlm petisejuk lbh krg 2jm, kalau ada buih keputihan atau berbuih, jd kita tau minyak tu dibuat dari minyak buangan kitar semula. kita patut beritau org2 yg kita syg.
Ujian yg senang:
masukkn seulas bwg putih bila grg sayur2n, jika bwg putih jd merah, itu menunjukkn kandungan minyak kitar semula yg sgt beracun.
Bwg putih akn kekal putih jika minyak berkualiti baik.
Dr menegaskn jika semua penerima maklumat ini menyebarkannya kita akan menolong yg lain utk menjaga kesihatan!
Like · ·
  • 20 people like this.

    TERGEMPAR !!! Rakaman Visual Suara

     Sebenar Kotak Hitam MH17 Kini 

    Didedah !!!



    Tv Russia siarkan rakaman suara sebenar kotak hitam MH17 dan bagaimana saintis Russia membuktikan jet pejuang Ukraine SU-25 tembak jatuh MH17.Sila baca Translate berita Russia dalam bahasa Malaysia di bawah..

    TV Rusia Secara tidak sengaja menunjukkan MH17 Telah di tembak jet pejuang ukraine.

    Oleh Eliot Higgins

    Sesiapa yang telah mengikuti perdebatan yang menenggak daripada MH17 akan tahu satu perdebatan adalah senjata yang digunakan untuk turun MH17. Di satu pihak anda mempunyai orang-orang yang mengatakan bahawa ia adalah kebanyakannya mungkin peluru berpandu yang dilancarkan oleh Buk peluru berpandu pelancar, dan pada orang-orang lain yang mendakwa ia adalah meriam dari api jet. Secara umumnya tuntutan pertama digunakan untuk menghubungkan pemisah kepada menenggak daripada MH17, sementara yang kedua digunakan untuk menuntut kerajaan Ukraine bertanggungjawab.

    Televisyen Rusia akan hari ini menyiarkan laporan khas, dipratonton di Dmitry Kiselyov ini Вести недели (Berita Minggu) program pada 5 Oktober. Dmitry Kiselyov sangat terkenal di Rusia, dan tahun lepas adalah dilantik oleh Vladimir Putin sebagai ketua Rusia milik kerajaan agensi baru rasmi antarabangsa berita Rossiya Segodnya.

    Dibentangkan oleh Arkady Mamontov, seorang wartawan Rusia yang tahun lepas berkaitan kejadian Chelyabinsk Meteorit untuk aktivisme gay, ia berjanji untuk meneroka menenggak daripada MH17 secara mendalam, dan dalam pratonton mereka menunjukkan panjang mereka telah pergi ke dalam penyiasatan mereka dengan mengatur untuk mempunyai satu latihan kebakaran hidup untuk menguji api meriam pada kapal terbang.

    Pertama kami ditunjukkan lubang masuk yang dibuat oleh api meriam, beberapa lubang saiz yang konsisten dan bentuk.

    Seterusnya, bahagian lain pesawat, di mana bersama-sama dengan lubang keluar yang lebih besar kami, terdapat juga lubang lebih kecil daripada pelbagai bentuk dan saiz.

    Jadi di sini kita mempunyai corak kerosakan ditubuhkan, berbentuk konsisten dan lubang masuk dan bersaiz yang sama lubang keluar berbentuk dikelilingi oleh lubang keluar yang lebih kecil daripada pelbagai bentuk dan saiz. Bahkan ada pukulan perbandingan bangkai MH17 untuk menunjukkan bagaimana rapat kerosakan perlawanan.

    Walau bagaimanapun, ada banyak gambar bangkai MH17 disiarkan dalam talian, dan beberapa ini menunjukkan contoh yang jelas kerosakan awal dilakukan untuk MH17 apabila ia adalah hit pertama. Panel ini, dari atas dan di belakang tingkap dek penerbangan (dibincangkan di sini dengan panjang lebar), menunjukkan contoh yang jelas lubang masuk yang datang dari luar pesawat.

    Ia adalah jelas bahawa tidak seperti lubang catatan dalam video Rusia, lubang ini adalah pelbagai bentuk dan saiz. Imej ini menunjukkan panel penuh dengan banyak lagi titik penembusan.

    Ia juga diperhatikan bahawa kebanyakan senario meriam 30mm melibatkan pesawat menyerang datang dari bawah, biasanya dari belakang, namun gambar di atas dengan jelas menunjukkan kesan yang datang dari atas dek penerbangan.

    Satu lagi contoh lubang kemasukan MH17 datang dari ANNA Berita, saluran berita bahasa Rusia tertanam dengan puak pemisah di Ukraine. Dalam video ini, mereka dibawa melawat bangkai oleh kumpulan pemisah, di mana mereka menunjukkan bahagian kapal udara itu ia isclaimed dilanda api meriam. Berikut adalah imej dari video yang menunjukkan lubang masuk.

    Kami mendapatkan rasa saiz lubang ini dalam imej ini.

    Ini adalah apa yang didakwa sebagai lubang masuk dari api meriam, tetapi seperti yang kita lihat, berbanding dengan TV sekeping Rusia pada kerosakan yang dilakukan untuk MH17 ada perbezaan saiz besar.

    Ia adalah mungkin untuk memastikan bahawa panel dalam video ANNA Berita berada pada kedudukan di atas tingkap meja penerbangan, di sebelah sisi kanan pesawat (butiran di sini), oleh itu, seperti contoh sebelum ini, ini menunjukkan tembakan meriam dari bawah dan / atau di belakang pesawat tidak boleh menyebabkan kerosakan ini.

    Terima kasih kepada kerja saluran Rusia, kita kini mempunyai peluang yang jarang untuk membandingkan kerosakan dari api meriam pada kapal terbang kepada kerosakan yang dilakukan untuk MH17. Berdasarkan ujian saluran Rusia sendiri ia kelihatan jelas bahawa lubang masuk yang boleh dilihat dalam contoh-contoh di atas tidak sepadan apa yang ditunjukkan dalam ujian saluran Rusia sendiri. Ia seolah-olah bahawa bukannya membuktikan MH17 telah ditembak jatuh oleh api meriam kerana mereka mendakwa, mereka telah mengemukakan bukti bahawa ia bukan secara tidak sengaja.

    Di bawah ini ada video daripada berita Russia.. Maaf jika susunan ayat diatas tidak teratur kerana 100% di ambil dari google transate..

    Sumber:FB Azahar..

8:22PM - 16 Dec 2014

Harga minyak jatuh, saham ditutup rendah

Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini akibat tekanan jualan yang cetuskan oleh kejatuhan berterusan harga minyak yang mengurangkan permintaan dan memperlahan pertumbuhan global, kata peniaga.

Beliau berkata West Texas Intermediate jatuh bawah US$55 setong manakala minyak mentah Brent susut bawah US$60 setong.

Pada jam 5 petang hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 23.37 mata kepada 1,673.94, paras terendah dalam tempoh lebih lima tahun.

Seorang peniaga berkata harga saham jatuh memandangkan pelabur kekal tidak memasuki pasaran susulan laporan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menyemak semula dasar monetari hari ini.

Saham berkaitan minyak dan gas antara kaunter cergas iaitu Hubline susut setengah sen kepada 3.5 sen, Tiger Synergy jatuh satu sen kepada 12.5 sen, SapuraKencana turun dua sen kepada RM2.08, Perisai Petroleum Teknologi kekal pada 40 sen dan Dialog merosot lima sen kepada RM1.26.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas susut 129.53 mata kepada 11,450.21, Indeks FBMT100 jatuh 128.94 mata kepada 11,227.68, FBM 70 merosot 34.33 mata kepada 12,420.8, FBM Ace kurang 31.12 mata kepada 5,112.46 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 105.2 mata kepada 11,814.71.

Dari segi sektor, Indeks Perusahaan jatuh 42.38 mata kepada 3,033.33, Indeks Perladangan susut 152.18 mata kepada 7,383.4 dan Indeks Kewangan turun 266.45 mata kepada 14,857.75.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 572 berbanding 296, manakala 275 kaunter tidak berubah, 564 tidak diniagakan dan 16 lagi digantung.

Jumlah dagangan jatuh kepada 1.64 bilion unit bernilai RM2.1 bilion daripada 2.06 bilion unit bernilai RM2.32 bilion pada Isnin.

Kaunter berwajaran tinggi Maybank jatuh 31 sen kepada RM8.29, TNB susut enam sen kepada RM13.34, Public Bank lapan sen lebih rendah pada RM17.58, Axiata turun enam sen kepada RM6.82 dan Sime Darby jatuh 23 sen kepada RM8.78.

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 1.23 bilion unit bernilai RM2 bilion daripada 1.49 bilion unit bernilai RM2.18 bilion semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE  susut kepada 245.83 juta saham bernilai RM44.27 juta daripada 370.4 juta saham bernilai  RM76.5 juta.

Waran susut kepada 158.81 juta unit bernilai RM57.65 juta berbanding 198.01 juta saham bernilai RM58.41 juta sebelum ini.

Produk pengguna meliputi 54.74 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan (174.87 juta), pembinaan (47.98 juta), perdagangan dan perkhidmatan (629.51 juta), teknologi (50.78 juta), infrastruktur (16.38 juta), SPAC (30.42 juta), kewangan (64.38 juta), hotel (5.3 juta), hartanah (131.58 juta), perladangan (16.68 juta), perlombongan (24,200), REITs (7.62 juta) dan ditutup/dana (246,500).

- Bernama

Benarkah Asal Wanita Dari Tulang Rusuk?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

wanita tulang rusuk.
Cerita-cerita yang dibaca melalui buku-buku atau didengar dalam majlis ceramah berkenaan kaum wanita atau perempuan ini, biasanya dikisahkan bahawa asal kejadian perempuan (Hawa) daripada tulang rusuk lalu sering dikaitkannya dengan sifat perempuan yang selalu ‘bengkok’, maka si suami hendaklah berhati-hati ‘membetulkannya’ supaya ‘tidak patah’ iaitu dalam memimpin dan mendidik seorang isteri agar berada di haluan yang betul.
Cerita-cerita tersebut kebanyakannya menggambarkan seolah-olah kaum perempuan adalah manusia kelas kedua; sedangkan sejak kedatangan Islam, telah diangkat darjat perempuan supaya terpelihara ke tahap yang sangat dimuliakan.
Adakah kisah asal-usul kejadian perempuan dari tulang rusuk ini benar? Mari kita baca artikel berkenaan kejadian asal perempuan ini yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahaya.
.
.

Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam AS. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah an-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)
 .
Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai.” (Surah an-Nisa': 1)
.
Kenyataannya ialah tidak ada satu pun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.
 .
Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)
 .
Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam   masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal-usul kejadian Hawa.
 .
Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.
 .
Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah  supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik  itu  di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka.” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)
 .
.

Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:
 .
1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat
Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.)  Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.
 .
Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;
  1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
  2. Perempuan seperti tulang rusuk.
  3. Perempuan adalah tulang rusuk.
  .
.
2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas
Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir  menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.
 .
.
3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من
Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)
 .
Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah al-Rum: 21)
 .

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Surah al-Syura: 11)
 .

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

“Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik.” (Surah al-Nahl: 72)
Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.
  .

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Taubah:128)
 .

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata.” (Surah Ali Imran: 164.)
 .
Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.
Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا 

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.” (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
.

عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

“Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari4889).
 .
Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

“Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.” (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)
 .
Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf  ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.
 .
Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع .

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: “Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.”
Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam.
 .
Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

“Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya.” (al-Adab al-Mufrad, no: 747)
Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali  tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.
 .
.

Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita.” (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.
 .
 .

Kesimpulan

Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.
Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua  kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!
.
Sumber:
Muhammad Hanief bin Awang Yahaya
darulkautsar.net.
.

وَالسَّلاَمْ

sign s.



Kesian baby kena pijak.
13,617 views
 


 
 
 
Ugandanian nanny got beaten with a board by the father of the toddler she abused.
Ugandanian baby sitter dipukul dgn sebatang kayu oleh seorang bapanya selepas dpt mengetahui anaknya yg berumur 18 bulan didera.
Like · ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan