Khamis, 18 Disember 2014

BUKAN SEMUA BOLEH CAKAP TENTANG ISLAM....ORANG ISLAM PUN GULUNGAN AGAMA SAJA YANG BERCAKAP...NI NON MUSLIM LAGI LAH JANGGAL...MEREKA TAK KENAL/TAK BERIMAN KEPADA ALLAH...TAK BELAJAR ISLAM...TAK TAHU BACA QURAN...KAN ELOK JANGAN CAKAP PASAL ISLAM



Pasangan remaja 15, 17 tahun kahwin

Gambar majlis akad nikah pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan dengan
Gambar majlis akad nikah pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan dengan Nur Izzati Amiera Ishak yang dimuat naik oleh pasangan itu di laman sosial Facebook mereka, semalam.
KLUANG 16 Dis. – Sepasang remaja masing-masing berusia 15 dan 17 tahun yang berasal dari daerah ini menarik perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial apabila menamatkan zaman bujang mereka pada hujung bulan lalu.
Difahamkan, pasangan terbabit, Muhd. Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Muhd. Muaz dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis tersebut menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara-perkara negatif, sebaliknya atas dasar keluarga.
“Asal (apabila) kahwin muda sahaja mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah ‘prepare’ awal sebenarnya. Perkahwinan Muhd. Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga,” katanya seperti dipetik dalam entri Facebook milik­nya di sini hari ini.
Remaja Lelaki 15 Tahun Kahwini Kekasih 17 Tahun Di Kluang(Gambar) Zulhelmi dan pasangannya Nurulain pada majlis persandingan mereka. KLUANG: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengakhiri zaman bujangnya selepas mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya selepas hanya berkenalan selama dua bulan. Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17 berkahwin pada 30 November lalu meraih perhatian di media sosial selepas pasangan itu memuat naik gambar-gambar dan video akad nikah mereka di Facebook. Dalam kenyataannya, Muhd Muaz berkata, dia mahu mengahwini Nur Izzati kerana mahu menjadikan perhubungan mereka sah selepas mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. "Kahwin muda selalu dikatakan macam-macam daripada orang lain, tetapi saya sudah bersedia," tambahnya. Muhd Muaz dipercayai sedang menunggu keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berkata, dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelajarannya pada tahun depan. Rakaman video itu menunjukkan Muhd Muaz dan Nur Izzati diijab kabul dengan mas kahwin RM22.50. Nur Izzati baharu sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi orang Islam, usia perkahwinan yang sah dari segi undang-undang adalah 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun buat perempuan. Bagaimanapun, dengan kebenaran Mahkamah Syariah, mereka boleh berkahwin tanpa mengira usia. Di Melaka, Nurulain Mohammad, 15, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zulhelmi Kaharudin, 21 pada majlis persandingan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini, Ahad lalu. Perkahwinan Nurulain dan Zulhemi, mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Kisah cinta mereka juga bukan satu rahsia sejak mula berkenalan. Zulhelmi yang mengusahakan perniagaan restoran berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tegas. 'Tiada seorang pun daripada kami berjumpa secara senyap-senyap," katanya. Dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia akan menyokong isterinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti. "Hanya selepas itu baharulah kami akan menimang cahaya mata," katanya. "Dia masih muda tetapi saya akan membimbingnya dengan nilai-nilai yang baik," katanya. Pasangan itu mula mengenali sewaktu bersiar-siar di kawasan kejiranan. Zulhemi berkata, ia merupakan cinta pandang pertamanya. "Dia (isteri) dalam perjalanan balik dari sekolah selepas saya beritahu 'Saya cintakan awak. Dia juga meluahkan perasaan yang sama kepada saya." -mstar-

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win






4 Mar
Harga baharu petrol dijangka umum 31 Dis
  • RON95
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Disember.

Menurut Kementerian Kewangan, kadar itu belum dapat diumumkan pada masa ini memandangkan kerajaan masih mengkajinya.

Berikutan penurunan harga minyak itu, peniaga diminta menurunkan harga barang keperluan harian memandangkan harga barang masih tinggi dan belum diturunkan walaupun harga bahan api sudah diturunkan sebelum ini.

Bagi menangani isu berkenaan, kerajaan mengenal pasti 10 syarikat yang mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia, untuk berbincang menurunkan harga barangan.

Mengenai pendaftaran untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sejumlah 224,813 syarikat sudah mendaftar, dan angka ini sudah melebihi sasaran awal 150,000 syarikat sehingga hujung Disember.

Angka ini dijangka terus meningkat sebelum pelaksanaan GST mulai 1 April 2015. - Bernama
ch 2013 ·
5:00PM - 18 Dec 2014

Polis akan panggil lima wartawan BFM


Polis mengesahkan bahawa pasukan itu akan memanggil kesemua lima orang wartawan stesen radio BFM yang dinamakan dalam laporan polis oleh beberapa NGO Islam.

Timbalan ketua jawatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, Khairi Ahrasa memberitahu Malaysiakini bahawa kesemua yang dinamakan itu akan dipanggil untuk siasatan.

"Kita akan mengikut laporan. Sesiapa yang dinamakan dalam laporan itu, kita akan panggil mereka,” katanya.

Lima individu yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Sharaad Kuttan, Umapagan Ampikaipakan, Ezra Zaid, Patrick Teoh dan Caroline Oh.

Skirt Dyana Sofya, Alahai…

Dyana_Sofya_Skirt_1 Dyana_Sofya_Skirt_2 Dyana_Sofya_Skirt_3Beberapa keping gambar Dyana Sofya yang tersebar di media sosial. Ia dirakam ketika persidangan Parti DAP 2014 yang berlangsung baru-baru ini. Skirt pendeknya yang menjadi perhatian.
Gaya pemakaiannya dikritik, nampaknya Dyana dah terlebih gaya daripada wanita Cina di sebelahnya yang berpakaian lebih sopan.
Alahai…sepatutnya malu dengan orang sebelah!!

Kenapa Liow elak cadangan PAC untuk audit MAHB?






klia2_Liow
KUALA LUMPUR, 15 DIS: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai terus mengelak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mahu Ketua Audit Negara mengaudit Malaysian Airlines Holdings Berhad (MAHB).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata, rancangan kementerian yang mahu MAHB bekerjasama dengan PAC tidak bermakna, kerana laporan penemuan eleman salah urus MAHB telah dikeluarkan.
“Liow tidak menjawab isu bagaimana jawatankuasa bebas itu dikecilkan skop siasatan bahkan mengelak dari isu utama,” kata Pua dalam satu kenyataan.
Liow dikritik kerana laporan dikeluarkan PAC berhubung kenaikan kos pembinaan KLIA2 dari RM1.7 bilion kepada 4 bilion ringgit disamping lokasi pembinaan  yang tidak sesuai.
PAC juga sebelum ini memberikan cadangan kepada menteri itu untuk mengambil khidmat Ketua Audit Negara untuk mengaudit pengurusan MAHB.
Namun malangnya kata Tony selain tidak menerima cadangan PAC, menteri itu pula cuba mengelak dengan mengatakan PAC salah faham terhadap jawatankuasa audit bebas,
Menurut Liow jawatankuasa bebas itu ditubuhkan sebelum laporan PAC dikeluarkan.
“Apakah Liow mahu menerima cadangan PAC untuk menyiasat MAHB, dan kementeriannya tidak ‘ada perkara’ yang hendak disembunyikan.
“Atau dia terus mengelak dan berdoa isu itu hilang sendiri (untuk) melindungi pihak berkepentingan yang terlibat dalam skandal RM4 bilion itu? soal Pua.- Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan