Rabu, 17 Disember 2014

BILA BARANG NAIK DAN SEGALA2NYA MAHAL....ORANG MISKIN....ORANG SUSAH....ORANG BANYAK HUTANG....PERSARA DUIT PENCEN KECIL...PENGANGGUR..TENTU MEREKA MENDERITA...

Tambang baharu bas naik Januari 2015
  • Gambar Hiasan Gambar Hiasan
1 / 1
KUALA LUMPUR - Tambang baharu bas sekolah akan dikenakan menjelang Januari 2015 dan jumlah kenaikan akan dibuat oleh pengusaha bas sekolah secara individu.

Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia,  Amali Munif Rahmat berkata, pengiraan tambang baharu itu akan dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang dibuat pada tahun 2009.

"Kami terpaksa menerima regulasi yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),tetapi SPAD tidak ada garis panduan untuk tetapkan tambang bas sekolah,  maka kita akan guna pakai panduan yang pernah dibuat LPKP 2009.

"Kadar itu akan ditetapkan secara individu oleh pengusaha sendiri disamping mengambil kira Seksyen 4 Akta Persaingan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)," katanya pada sidang media selepas mengendalikan Mesyuarat Tahunan kali ke-42 semalam.

Amali menegaskan  pihak persatuan tidak akan campur tangan berapakah jumlah kenaikan yang akan dikenakan itu nanti.

"Persatuan tiada kuasa untuk tetapkan berapa peratus kenaikan itu kerana ia tertaluk dibawah Akta Persaingan.

"Namun apa yang boleh kita tegaskan berdasarkan keadaan semasa kadar tambang bas sekolah akan naik tahun depan," katanya.

Beliau berkata, peningkatan itu bukan tujuan untuk menekan ibu bapa tetapi keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pengurangan subsidi diesel yang dibuat kerajaan terhadap pengusaha perkhidmatan bas sekolah.

Menurutnya lagi, peningkatan itu juga berdasarkan kenaikan harga bagi kos penyelenggaraan bas dan belanja pengurusan yang lain.

"Namun paling terkesan adalah pengurang subsidi diesel kerana kos itu melibatkan 40 peratus daripada keseluruhan kos perkhidmatan ini," katanya.

Jelas beliau, tindakan SPAD untuk tidak meletakkan siling harga bagi tambang bas sekolah juga menyukarkan pihak mereka menetapkan tambang baharu itu.





Gambar : Berhati-hati beli barang di daiso, mrDIY, kedai 2 ringgit dan lain-lain

DIY
Assalamualaikum admin.. Harap admin boleh tolong kongsi info ni yg baru je kene kat saya.
Saya beli berus dekat mrDIY untuk cuci barang botol susu anak dan baru perasan yg berus saya guna tu dari bulu baabi.
So atas nasihat ustazah saya terpaksa buang semua simpanan susu badan untuk anak saya sebab dikuatiri dah tercemar.

diy4

diy3


diy2

Menurut kepada apa yang diperkatakan oleh peniaga itu, barangan ini akan dihentikan penjualannya.
Kesimpulannya di sini, kepekaan individu ini telah menghalang perkara yang tidak diingini terus berlaku kepada pengguna. Kita selaku pengguna juga haruslah menjadikan individu seperti ini sebagai contoh. Kita sepatutnya lebih peka kepada produk-produk yang kita beli sekurang-kurangnya tahu apakah bahan atau material yang digunakan dalam sesuatu produk itu…

diy1

Saya harap org ramai lebih hati-hatibeli barang di mrDIY dan mrDIY lebih sensitif dengan perkara macam ni.


Respon Dari Isu ini :-
SSTV komen
Nota Kaki : Sebelum membeli lihat dulu dibuat dari apa..berhati2….
Kiriman sahabat SSTV @ Sukan Star TV F.P F.B
Sumber Dari :-SSTV
Nota Ringkas : Artikel ini di kongsi dari sumber yang berkenaan & Kami bukan penulis asal. jika sumber ini tidak sah boleh hubungi pemilik sumber rujukan kami untuk mengetahui sumber asal artikel berkenaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan