Khamis, 5 Jun 2014

JANGAN PERASANLAH....SEDARLAH KALAU KERJASAMA BUAT CARA BEKERJASAMA....ORANG MELAYU DAN ORANG ISLAM TAK KAN PANGKAH DAP....KAWAN BUAT CARA BERKAWAN...KEKUATAN ISLAM DAN ORANG TAKWA ADALA DOA...ADAKAH DAP KUAT BERDOA KE....DAP TAKWA KE...MULUT TU BIAR BERSOPAN...ISLAM BILA2 BOLEH BERSATU....IN SHA ALLAH

Berhentilah menembak PAS agar kelemahan DAP dapat ditutup
Posted on Wednesday, June 04 @ 17:18:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Oleh NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF

ULASAN Selepas kematian mendiang YB Seah Leong Peng akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya, negara sekali lagi berdepan dengan satu lagi Pilihanraya Kecil di Parlimen Teluk Intan.

Sebelum itu mendiang menewaskan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong pada PRU 13 yang lalu dengan majoriti 7,313. Namun dalam PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Mah dengan majoriti 238 undi.

Sejurus itu, seorang demi seorang pimpinan DAP mula menyalahkan PAS dengan mengatakan isu hudud adalah punca kekalahan mereka. Antaranya adalah Sdr Kim Quek dan YB Gobind Singh Deo.

Dalam artikel YB Gobind Singh Deo semalam beliau menulis "I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan." bermaksud "Saya berpandangan bahawa kontroversi yang meliputi perlaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan kami di Teluk Intan".

Beliau juga menyatakan bahawa “This could have resulted in a silent protest vote against Pakatan Rakyat”,  bermaksud "Ini mungkin telah menyumbang kepada undi protes senyap terhadap Pakatan Rakyat"

Setelah saya analisa keputusan PRK Teluk Intan yang lepas saya bersetuju bahawa undi non-Muslim kepada DAP berkurangan 25 peratus dan ianya adalah penurunan yang besar memandangkan prestasi cemerlang DAP di dalam PRU 13.

Namun adakah YB Gobind sedar bahawa kenyataan menuduh hudud sebagai punca utama tanpa satu kajian terperinci adalah sangat tidak cerdik dan dangkal.



Untuk pengetahuan YB Gobind, kajian oleh Dr Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Center mendapati hanya 12 peratus responden dari kumpulan pengundi Cina yang mengambil berat akan isu perlaksanaan hudud yang dicadangkan ole Kerajaan Negeri PAS Kelantan.

Ini bermakna sebelum PRK lagi terdapat dapatan bahawa DAP tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan isu hudud.

Ia juga dapat dilihat apabila keputusan PRK Bukit Gelugor, calon DAP Ram Karpal berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 meskipun peratusan keluar mengundi hanya 56.27 peratus.

Sedangkan mendiang Karpal Singh menang dengan majoriti 41,778 walaupun peratusan keluar mengundi adalah 86.30 peratus. Ini menunjukkan bahawa tiada kesan hudud ke atas PRK Bukit Gelugor.

Bagaimana pula PRK Teluk Intan boleh terkesan dengan isu hudud walaupun calon mereka awal-awal lagi telah mengisytiharkan tidak akan menyokong hudud sekiranya menang?

YB Gobind juga perlu membaca pengakuan oleh YB Tony Pua dalam artikel "Teluk Intan: A Battle Lost, but A War to be Won" di mana beliau telah menyatakan bahawa Teluk Intan tidak semudah seperti Bukit Gelugor.

Mereka juga telah di maklumkan oleh akar umbi DAP bahawa ramai pengundi Cina yang akan mengundi BN pada kali ini. Mereka mengundi DAP untuk "UBAH" namun selepas PRU 13 tidak banyak perubahan yang berlaku.


DAP perlu mengkaji pendapat ini dengan lebih mendalam. Apa yang dimaksudkan oleh sebilangan pengundi Teluk Intan dengan tiada perubahan?

Untuk makluman YB Gobind, pertembungan fraksi juga dikata punca berlaku boikot oleh sebilangan pengundi. Jika dilihat keputusan PRK Teluk Intan, undi yang diperolehi Datuk Mah ketika PRU 13 dan PRK adalah hampir sama.

Namun undi yang diperolehi oleh DAP turun 7,480 undi. Jadi 'swing' dari DAP ke BN tidaklah begitu ketara. Adakah terdapat boikot secara senyap oleh fraksi-fraksi yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dyana Sofya?

Atau adakah terdapat pengundi yang tidak bersetuju dengan calon selepas mengetahui ibunya adalah ahli pertubuhan Perkasa yang mendapat kecaman kuat oleh masyarakat Tiong Hua?

Sudah tentu keputusan PRK Teluk Intan sangat membimbangkan DAP kerana menuju ke PRU 14 mereka perlu mengekalkan prestasi yang tinggi.

Namun isyarat kejatuhan sudah mula kelihatan dan ia perlu ditangani segera. Segala persoalan di atas memerlukan kajian yang mendalam dan punca sebenar kekalahan perlu dikenal pasti agar prestasi hambar ini dapat di atasi dalam mana-mana PRK dan PRU 14 yang akan datang.

Nasihat saya kepada pimpinan DAP terutamanya YB Gobind Singh Deo; berhentilah menembak PAS agar kelemahan DAP dapat ditutup.

Kalaulah DAP merasakan dengan menyalahkan PAS akan menutup kelemahan dalaman DAP, maka mereka silap kerana ia sebenarnya membuka lebih luas pintu kejatuhan DAP.

............
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Blog
http://mindarakyat.blogspot.com









 

 



















Cananglahnie Original added 4 new photos.
ANCAMAN HUDUD – SULTAN BRUNEI BERTEGAS & PULANGKAN PAKU BUAH KERAS.
Pelbagai propaganda di ada-adakan oleh pelbagai pihak khususnya media barat untuk mencabar dan melemahkan semangat DYMM SULTAN BRUNEI DARUSSALAM dalam usaha memartabatkan Hudud. Antaranya ialah ugutan untuk memboikot hotel milik baginda, bahkan ada yang tampil mengaku sebagai penzina kepada adinda baginda dengan tujuan kononnya untuk mengaibkan.
Kami ada kongsikan seruan agar kita semua bersatu untuk memberikan semangat tidak berbelah bagi untuk DYMM Sultan Brunei meneruskan apa yang telah ditetapkan pada beberapa rencana ugutan itu sebelum ini.
UGUTAN YANG MENGAIBKAN DARI SEORANG WANITA
SILA RUJUK: http://prihatin.net.my/v3/2014/05/07/jangan-berhenti-berdoa-agar-sultan-brunei-terus-cekal-menghadapi-cabaran/
Kepada anda atau pihak-pihak berwajib yang melihat berita yang sedang berlegar ini harap dapat bertenang. Mohon panjangkan kepada baginda Sultan. Jangan sekali-kali merasa tergugat dengan propaganda sebegini yang akan banyak muncul satu demi satu.
Demikian juga para pemimpin lain yang ingin berjinak-jinak dengan HUDUD tetapi takutkan bayangan dosa-dosa lama. Allah tidak zalim untuk menghukum kejahilan kita. Laksanakan usaha mengajarkan selok belok hukum dan ketegasan penghukuman yang bakal dijalankan dengan sabar. Ya kita tidak perlu terlalu denial atau defensif. Selaku manusia kita memang.......baca lagi.....
http://btmmari.blogspot.com/2014/06/ancaman-hudud-sultan-brunei-bertegas.html

Lainlah kalau PAS tanding, kata Mahfuz kepada Gobind

NAZRI ABDULLAH | .
KUALA LUMPUR: PAS menasihatkan Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo membuat kajian menyeluruh sebelum membuat kesimpulan punca sebenar kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Gobind kononnya isu hudud penyebab kekalahan DAP pada pilihan raya itu, adalah alasan yang tidak masuk akal.

"Kalau kata orang Cina tak undi DAP sebab hudud, itu sesuatu yang pelik sebab semua orang tahu DAP memang dari dulu lagi konsisten tak sokong hudud pun.

"Tak kan orang Cina tak percaya kepada DAP menentang hudud.

"Lain lah kalau orang Cina tak undi calon PAS sebab PAS mahu laksanakan hudud," katanya Ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada Harakahdaily.
Jika mengambil kira punca yang sama, Mahfuz mempersoal kenapa pengundi Cina tidak pula menolak DAP pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor lalu.

Sambil menyifatkan kenyataan Gobind itu sebagai pandangan peribadi, Mahfuz juga meminta Ketua Biro Undang-Undang DAP itu tidak mengeluarkan pandangan separuh masak.

"Kita harap DAP membuat kajian menyeluruh dari semua aspek. Kita tidak menolak faktor pengundi luar yang tidak pulang dan orang tempatan yang tidak keluar mengundi," katanya.

Gobind dalam The Roket hari ini dipetik berkata, bahawa isu hudud punca calon partinya Dyana Sofya Mohd Daud kalah dalam PRK Teluk Intan.

Menurutnya, berdasarkan analisis awal, DAP telah kehilangan 25 peratus daripada undi bukan Melayu dalam PRK itu akibat isu itu.

“Saya berpendapat bahawa kontroversi di sekitar pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi menyumbang yang ketara terhadap kekalahan kami di Teluk Intan," katanya. - HARAKAHDAILY 3/6/2014

Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau (bersama video)
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:17:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan.

Video berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan.


Video tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.


Lelaki yang cedera itu kemudiannya dilihat mengangkat kepalanya seketika sebelum rebah di atas jalan.


Jurukamera yang merakam video tersebut tidak terlibat dalam pergaduhan itu dan mungkin menyembunyikan diri dari kekecohan tersebut.




Polis pada Selasa mengesahkan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun telah ditahan kerana terlibat dengan insiden yang menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Supritendan, Awang Amit berkata pergaduhan itu tercetus apabila suspek didakwa berang dengan empat lagi rakannya yang minum di luar pusat karaoke dekat pasar ikan di sini.



Insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Ahad.



Awang berkata, polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam insiden itu dan percaya kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu.



Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Manayon Palanok, 39, yang disepak di bahagian muka, menerima rawatan di hospital daerah Keningau manakala tiga lagi dirawat sebagai pesawat luar.



Sumber: mStar
 Peraturan Baru Cermin Gelap Tinted Oleh Jpj Mulai Jun 2014
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:15:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Peraturan baru cermin gelap tinted kereta oleh JPJ mulai Jun 2014. Kadar telusan cahaya bagi cermin sisi penumpang dan belakang kenderaan diturunkan kepada 25 peratus daripada 50 peratus berkuat kuasa mulai bulan Jun 2014.

Bagi cermin depan dan sisi pemandu ia bagaimanapun masing-masing kekal 70 peratus dan 50 peratus. Perkara atau pindaan itu telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Berikut adalah panduan kadar ketelusan cahaya (VLT) yang baharu ditetapkan oleh JPJ.




Peraturan Lama Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap

Terdahulu, peraturan lama JPJ menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.


lama


Sumber: Kadar Ketelusan Cahaya Cermin Gelap JPJ Mulai Jun 2014 | melvister.com
DAP kena sokong hudud jika mahu menang!
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:09:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



 "

Apabila anak mendiang Karpal Singh MP Puchong mula "menembak" PAS atas kekalahan PRK Teluk Intan, maka jerat ciptaan UMNO mula mengena.

Jerat UMNO yang menggunakan umpan "hudud" mula berkesan. Adalah diyakini UMNO sengaja "berlembut tetapi masih berdolak dalih" tentang hudud adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Imbas kembali kekalahan besar DAP pada PRU 1999 walaupun pada masa itu PAS menguasai Terengganu.Pengerusi DAP ketika itu mengisytiharkan DAP keluar dari Barisan Alternatif atas alasan isu Negara Islam yang mengakibatkan DAP kehilangan undi non muslim.

Jika DAP ingin mengulangi sejarah lama itu,bolehlah DAP isytiharkan keluar PR atas sebab kekalahan PRK Teluk Intan kerana isi Hudud oleh PAS.

MP Puchong tidak mengkaji fakta sebenar mengapa DAP tewas  di Teluk Intan. Antaranya :

a) DAP Perak ada dua kem.Masing-masing ada calon untuk PRK Teluk Intan.Tetapi Lim Kit Siang ambil jalan tengah dengan mencalonkan Setiausaha Politiknya sendiri.

b) Pengundi luar yang muda tidak pulang mengundi kerana optimis DAP menang.

c) Semangat rasis di kalangan pengundi tua Cina masih menebal.Ini adalah kegagalan DAP "berdakwah" kepada mereka.

d) Kemenangan DAP dalam PRK Teluk Intan tidak menjatuhkan Kerajaan UMNO Perak.Jauh sekali Putrajaya jatuh ke tangan PR. Pengundi beranggapan lebih baik undi BN untuk pembangunan sebelum PRU 14 nanti.

Jika ikut alasan Gobind Singh Deo,maka PAS juga boleh berhujah:
DAP menang di PRK Bukit Gelugor  kerana pengundi sokong DAP menentang hudud, manakala DAP tewas di PRK Teluk Intan kerana pengundi marah DAP menentang hudud!

Oleh itu DAP perlu buat AGM untuk buat referendum untuk ahli samada sokong hudud atau menentang hudud!

DAP kena sokong hudud jika mahu menang!"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:09:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 

Azman Daud Azmandaud added 3 new photos.
MASYAALLAH.SANGGUP HILANG JAWATAN KERANA NAK MENEGAKKAN HUKUM ALLAH..............
PAK MENTERI UMNO SANGGUP PERBODOHKAN RAKYAT KERANA NAK PERTAHANKAN JAWATAN...
AKAI ADA KAAA




 

Fenomena Rama-Rama serang Malaysia peringatkan Hari Kiamat
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:08:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Fenomena rama-rama yang menyerang beberapa tempat di Malaysia akhir-akhir ini sepatutnya menginsafkan kita semua. Rama-rama hanya disebut sekali sahaja dalam Al Quran dalam Surah Hari Kiamat (Al Qaariah) , ayat ke 4.

(Hari itu ialah, hari kiamat), hari manusia menjadi seperti rama-rama yang terbang berkeliaran. “It is the Day when people will be like moths, dispersed” (101:4)

Rama-rama ialah binatang yang memeningkan saintis mengkaji bagaimana rama-rama ini terbang, menyeimbangkan badan mereka. Saintis baru menemui rama-rama bukan menggunakan telinga atau mata untuk menyeimbangkan badan mereka ketika terbang.

Rama-rama mempunyai sistem radar mereka sendiri yang terletak pada antena rama-rama tersebut.

Marilah kita banyakkan bertaubat, berselawat dan menghidupkan masjid di tempat kita dengan solat jemaah dan majlis ilmu
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Wednesday, June 04 @ 14:08:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Peraturan Baru Cermin Gelap by ‪#‎JPJ‬ . Sila sebarkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan