Rabu, 4 Jun 2014

MAIN LAGI ISU AIR....SEKAT LAGI AIR....POLITIKKAN AIR....AMBIKKAU....SUKUSAKAT MUNGKIN ADA YANG KENA....KITA INGAT KITA PALING BERKUASA...ABIS KUASA ALLAH NAK LETAK MANA...MUNGKIN MATI BESOK...AIR PENUH DALAM KUBUR

Gambar Sekitar Bajir Kilat di UIA Gombok
Posted on Wednesday, June 04 @ 21:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





UIA sedang banjir. Harap pelajar serta penuntutnya sabar dan tenang menghadapi dugaan. Moga semuanya selamat sahaja di sana. Banyak juga kerugian dalam kejadian ini.

Di bawah gambar-gambar sekitar banjir di UIA.











....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/


  Hampir 800 Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Tangkis Najis
Posted on Wednesday, June 04 @ 20:44:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





796 mayat bayi dan kanak-kanak ditemui di dalam sebuah tangki najis yang telah ditinggalkan di sebuah bandar kecil dikenali sebagai Tuam di County Galway, Ireland. Mayat-mayat tersebut dipercayai dibuang antara tahun 1925 hingga 1961.

Berita tragik ini seperti dilaporkan oleh IrishCentral.com telah membongkar rahsia Gereja Katolik Ireland dimana tapak itu sebenarnya merupakan tempat tinggal bagi ibu yang melahirkan anak tanpa nikah yang dikenali sebagai ‘The Home’. Ia dikendalikan oleh Sisters of Bon Secours Congregation.

Catherine Corless, seorang ahli sejarah di Tuam memberitahu IrishCentral.com beliau masih mengingati tempat tinggal ‘Home Babies’ itu semasa membesar dan pergi ke sekolah.

“Mereka selalu diasingkan daripada kelas biasa. Paderi perempuan akan menyampaikan mesej bahawa mereka adalah golongan yang berbeza dan perlu diasingkan daripada orang ramai,” beliau dipetik sebagai berkata.

Corless menambah, jika pelajar di sekolah itu membuat kesalahan disiplin, mereka akan dipaksa duduk bersebelahan dengan penghuni Home Babies. Beliau turut menceritakan bagaimana rakannya membalut batu dalam balutan gula-gula dan memberinya kepada penghuni Home Babies.

“Apabila mereka membuka balutan itu, mereka sedar sebenarnya mereka telah ditipu. Saya mengaku saya turut mengikut jejak langkah rakan saya dan mempermainkan mereka. Pada masa itu saya rasa ia sesuatu yang kelakar,” IrishCentral.com memetik Corless sebagai berkata.

Perasaan bersalah itu terus menghantui Corless dan disebabkan itu, beliau kini mengetengahkan isu tragik penghuni Home Babies ini. Beliau telah menjalankan kajian intensif tentang apa yang berlaku dalam The Home selain mencari rekod-rekod lama.


Menurut IrishCentral.com, laporan pemeriksaan lembaga kesihatan tempatan daripada April 1944 mendapati seramai 271 kanak-kanak dan 61 orang ibu tunggal tinggal di The Home. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penghuni rumah itu seramai 333 orang sedangkan bangunan tersebut hanya mempunyai kapasiti untuk 243 penghuni sahaja.

Laporan tersebut turut menunjukkan bagaimana kanak-kanak yang tinggal di situ diabaikan dan kekurangan zat. Laporan juga mendapati kanak-kanak dalam keadaan ‘miskin, kurus dan tidak membesar’.

The Home beroperasi selama 36 tahun dari 1926 hingga 1961 dan penduduk Tuam memberitahu pemberita bahawa kanak-kanak tersebut dianggap golongan terbuang hanya kerana status mereka sebagai ‘anak luar nikah’ dan ‘berdosa’.

Corless turut cuba menghubungi sebahagian biarawati Bon Secours namun mereka telah berpindah dari Tuam pada 1961 dan menyerahkan segala rekod berkaitan The Home kepada Lembaga Kesihatan Barat. Lembaga tersebut seterusnya memberitahunya bahawa tiada maklumat umum mengenai perjalanan harian tempat itu.

Akhirnya, Corless berjaya mendapatkan rekod kematian kesemua 796 kanak-kanak yang ditemui mati di dalam sebuah tangki najis daripada pejabat pendaftaran di County Galway. Beliau bersama-sama sebuah jawatankuasa kini bekerjasama untuk membina sebuah memorial bagi memperingati kubur itu.



..x0x..

  Musim Perayaan: Ada Pihak Cuba Kaut Untung Lebih
Posted on Wednesday, June 04 @ 20:24:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR) yakin menjelangnya musim perayaan terutamanya Sambutan Hari Raya akan timbulnya isu kekurangan barang keperluan harian dan terdapat juga isu kenaikan barangan keperluan tersebut. Walaupun baru-baru ini kita telah dikejutkan ianya telah pun bermula berlakunya di Negeri Kedah setelah dilaporkan oleh media bahawa Minyak Masak dan Tepung Gandum khasnya telah mula berkurangan dan telah dilaporkan juga ada pihak yang telah menaikkan harga yang amat terkesan kepada pengguna semenjak minggu lepas. Terdapat juga maklumat, perkara yang sama telah berlaku di Daerah Kerian, Negeri Perak dan kemungkinannya akan turut berlaku di seluruh Perak berikutan menjelangnya Bulan Ramadhan pada tahun ini.

Oleh kerana dengan alasan kekurangan ataupun dengan istilah catuan barangan keperluan bersubsidi ini, banyak pihak menjadikannya alasan untuk menaikkan harga dipasaran yang sekaligus akan membebankan pengguna. Jika di Kedah, tinjauan harga barangan itu di Pasar Besar, Alor Setar mendapati minyak masak dijual dengan harga RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini manakala tepung gandum pula RM1.35 sebelum ini meningkat kepada RM1.80 sekilogram. Manakala di Parit Buntar pula, tepung gandum bersubsidi kini dijual pada harga RM1.50 sekilogram berikutan kesukaran untuk memperolehinya. Dua keperluan tersebut jelas akan memberikan kesan kepada pengguna terutamanya juadah utama semasa Bulan Ramadhan iaitu kuih-muih.

PENYEDAR cuba merungkai permasalahan utama pengguna di dalam perkara ini kerana keperluan harian yang diberikan subsidi oleh Kerajaan tersebut disalahgunakan atau dengan istilah penyalahgunaan kuasa pihak-pihak yang terlibat. Dengan menjadikan musim-musim perayaan sebagai ‘hari mengaut untung’ dengan cara yang salah dan mudah, semua pihak yang terlibat seolah-olah ‘membantu’ antara satu sama lain. Pertamanya kepada pihak pengilang yang menjadi rujukan utama pengeluaran barangan seperti minyak masak dan juga tepung gandum, sudah tentu stok normal yang diperuntukan dalam tempoh setahun terutamanya minyak masak akan dikawal melaluinya. Pengeluaran berdasarkan tan metrik setiap negeri akan memastikan stok minyak masak akan sentiasa mencukupi tanpa ada terkesan dalam apa keadaan sekali pun khasnya.

Bermula dengan cuti sekolah sudah menunjukkan rasa panik pengguna setelah dilaporkan minyak masak dan tepung gandum habis dipasaran, ini belum bermulanya awal Ramadhan dan belum juga Hari Raya yang lebih mencemaskan semua pengguna nanti. Pihak kedua yang menjadi rujukan adalah pembekal dan juga pemborong yang menjadi ‘orang tengah’ menguruskan keperluan barangan tersebut. Terdapat juga usaha pihak yang tidak bertanggungjawab telah melaksanakan sistem kouta yang memberikan kesukaran kepada ‘orang tengah’ ini untuk menyalurkan barangan keperluan tersebut kepada Pasar Raya Besar ataupun kecil dan juga peruncit. Malah sistem monopoli juga dikenakan yang akan mengakibatkan harga pasaran yang boleh ‘dimainkan’ untuk dinaikkan bila tiba masanya seperti musim perayaan.

Ada yang telah mengatakan kerana bermulanya musim cuti persekolahan adalah penyebab kekurangannya minyak masak di pasaran dan juga tepung gandum kerana terlalu banyak permintaan. Agak pelik alasan tersebut, adakah juga kerana pengguna telah membeli barangan keperluan melebihi penggunaan harian mereka? Adakah juga pembekal kuih-muih telah mula memasarkan produk mereka dipasaran menjelangnya bulan Ramadhan ini sebelum tibanya Hari Raya? Memungkinkan permintaan luar biasa kuih-muih sebelumnya tiba musim perayaan yang mengakibatkan kekurangan barangan keperluan? PENYEDAR meminta pihak berkuasa bertindak segera dan tegas kerana pihak yang berkepentingan telah awal melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang yang perlu dihukum.

PENYEDAR meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membenteras penyalahgunaan dana kerajaan ini dengan cara salah dan perlu tindakan drastic serta tegas. Jangan izinkan perkara ini berlaku mengikut musim seolah-olah pihak kerajaan mudah ‘dimainkan’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Hapuskan pihak yang berkepentingan dan cuba ‘mengaut untung mudah’ kerana telah melanggar undang-undang tanpa merasa bimbang tidak kira siapa. Kepada pengguna awam yang ditindas oleh kelemahan penguatkuasaan, anda harus menjadi ‘mata dan telinga’ bagi melaporkan salahguna kuasa yang sewenang-wenangnya berlaku. PENYEDAR melalui sukarelawan di seluruh Daerah di Perak akan membantu pihak kerajaan menyalurkan maklumat supaya diambil tindakan susulan kelak.


HAJI ASMUNI AWI
Pengerusi,
Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak.

......
http://tkobloglist.blogspot.com
  PRK Teluk Intan: Tunggu Mesyuarat Majlis Presiden PR
Posted on Wednesday, June 04 @ 20:15:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Pemuda PAS Perak merasa kecewa dengan kenyataan terbuka Ahli Parlimen DAP Kawasan Puchong, Gobind Singh Deo yang juga Pengerusi Undang-Undang DAP yang menjadikan faktor kekalahan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P076 Parlimen Kawasan Teluk Intan iaitu Dyana Sofya Mohd Daud berpunca dengan isu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah atau Hukum Hudud.

Adakah benar isu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah atau Hukum Hudud adalah penyebab kekalahan calon DAP tersebut yang hanya kalah tipis sebanyak majoriti 238 undi sahaja?

Adakah satu kajian atau fakta lengkap tentang sokongan DAP yang boleh dikemukakan bagi membuktikan dakwaan tersebut oleh Gobind? Kami menunggu perbentangan kajian daripada Gobind jika benar dakwaan beliau yang menjadi punca DAP kalah pada PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Kami berharap supaya Gobind mengemukakan fakta yang lengkap bagi menyokong dakwaannya yang mengatakan bahawa isu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah atau Hukum Hudud adalah penyebab Dyana tewas baru-baru ini. Beliau yang juga seorang peguam patut faham dan malah mahir, yang kami bimbang suara Gobind menzahirkan pandangan daripada Barisan Nasional (BN) sebenarnya.

Kami juga berharap agar Gobind menunggu agar Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) bermesyuarat dan menunggu hasil ‘postmortem’ yang dikemukakan oleh DAP dan juga PR supaya kita semua tidak ‘termakan jerat’ media untuk ‘memecahkan’ kita.

Kami berharap semua pihak menunggu Majlis Presiden PR bersidang dan membuat kenyataan rasmi tentang keputusan kekalahan PRK Teluk Intan baru-baru ini. Budaya yang dipamerkan oleh Gobind disifatkan ‘tidak sihat’ di dalam PR kerana ianya menyumbang kearah perpecahan dalam PR. Kami berharap Gobind lebih matang dan berhati-hati di dalam kenyataannya di masa yang akan datang. 

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.





......

http://tkobloglist.blogspot.com
  Jawatan Kerja Terkini 2014 di Perbadanan Putrajaya.
Posted on Wednesday, June 04 @ 19:54:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Jawatan Kosong Perbadanan PutrajayaPerbadanan Putrajaya / Putrajaya Corporation (PPJ) telah ditubuhkan di bawah Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi tujuan mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya juga diamanahkan dengan fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dan pihak berkuasa tempatan oleh pelbagai pesanan dan pemberitahuan, iaitu:

Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Kerajaan Tempatan 1976) 2002
Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) 2002
Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Perancangan 1976 Bandar dan) 2010


Jawatan Kerja Terkini 2014 di Perbadanan Putrajaya.

Jawatan :

1. Jurutera Awam J41
2. Arkitek J41
3. Pegawai Perubatan Gred Ud47
4. Akauntan W41
5. Pegawai Tadbir N41
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
7. Penolong Akauntan W27
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) N17
9. Pembantu Penguatkuasa N17

Tarikh Tutup : 14/06/2014

Jawatan Kerja Terkini 2014 di Perbadanan Putrajaya.

View Job Details and How To Apply"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Wednesday, June 04 @ 19:54:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Di Mana Ada Syiah, Di Situ Ada Kacau Bilau": Almarhum Ustaz Azizan.
Posted on Wednesday, June 04 @ 19:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Oleh Sanusi Md Nor
  Jarum Menusuk, Bisa Bikin Gempar...

Aliran mereka makin jelas, tidak hairanlah mengapa krisis bisa tercetus tanpa ribut dan taufan. Hanya perlukan jarum!

Dia bekas pelajar Maktab Mahmud, rakan sekelas dengan seorang Imam sebuah kariah, jauh di pedalaman Daerah Sik.


Setahu saya, dia bukan pegawai agama, tetapi pegawai tadbir yang pernah ditempatkan di Majlis/Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Dia juga pernah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan yang lain. Dia bersara awal kerana dikatakan berkelahi dengan bosnya.

Entah bagaimana, selepas 2008, mungkin atas pengalamannya berkhidmat dengan pelbagai agensi kerajaan, dia dilantik sebagai CEO di Yiked Holding, cabang perniagaan Yayasan Islam Kedah (YIK) untuk jana pendapatan membiayai kegiatannya. Aku dan ramai yang lain tidak pernah mengenalinya sebelum itu. Malah ada pemimpin parti maupaun kerajaan yang tidak kenal dia sampai sekarang!

Tidak ada sebarang maklumat tentang penglibatannya dengan Syiah pada waktu itu. Saya pernah menulis satu artikel menegur pimpinan GLC yang tidak produktif, yang memberi kesan negatif kepada politik kerajaan Kedah. Boleh dibaca di http://sanusisetpol.blogspot.com/2010/10/pemimpin-pemimpin-glc-tindak-tanduk.html       

Menerusi aktiviti teras syarikat itu (usahasama kuari, galian dan mineral)   selama 3 tahun, tiada sebarang pendapatan baru dibawah kendaliannya! Gajinya saja hampir mencecah setengah juta. Maka YIK selaku pemegang saham memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya. Selepas itu, barulah dapat dilihat dengan jelas dia menyertai kem menentang Ustaz Azizan, turut dilihat berada di belakang tokoh-tokoh besar yang membuat beberapa penampilan di TV3.... Dia juga dilihat menyeret seorang tokoh peguam muda yang pernah berkhidmat dengannya ke kancah kacau bilau itu.

Pada satu ketika, Ustaz Azizan berkata kepada saya... "Hang tengoklah Nusi di dunia laa ni, di mana ada syiah, di situ ada kacau bilau! Bila sampai depa dah kuat esok-esok, akan berlaku di tempat kita, macam yang berlaku di Pakistan... darah Sunni menjadi halal dan mula bunuh membunuh. Hang tunggu tengok laa, aku tak dan tengok dah kot.."

Beberapa bulan selepas pilihanraya umum ke 13, aku berjumpa Hj Derih, seorang pengusaha kuasri pasir. Hj Derih bercerita tentang usahasamanya dengan Yiked Kuari tidak berjaya. Antara syarat yang tidak bertulis untuk menjayakan usahasama itu ialah Hj Derih diajak oleh bosnya menyertai Syiah. Hj Derih menyebut.. "Dia tak kenal kita kott..hah!" Aku tak yakin dengan cerita Hj Derih masa itu sehinggalah berlaku satu pertembungan....

Baru-baru ni, aku bertembung dengannya di sebuah kampung di Sik, menziarahi kematian. Dia datang dengan Ustaz Lah Hasan dan beberapa orang pengikut Syiah yang lain. Aku kenal Ustaz Lah dan pengikutnya kerana aku pernah bertemunya dan menerima sebuah memorandum yang dihantar kepada kerajaan negeri membantah sebuah program Jabatan Mufti berkaitan syiah.

Kedatangan rombongan Syiah ke kampung itu kali ini adalah untuk mengambil jenazah itu, untuk diuruskan secara amalan syiah, kononnya atas wasiat si mati.  Selepas berlaku pertengkaran yang agak tegang dengan keluarga si mati, mereka akhirnya gagal. Aku lega dengan hal itu..

Aku menghulur tangan berjabat salam juga dengan mereka, termasuk tokoh ini sambil bertanya khabar. Ketika itu Ustaz Lah Hasan berkata... "Enta pekemaih Sunni enta elok-elok sheikh!... Kami Syiah ni lagi ditekan, lagi berkembang". Aku sepontan jawab... "Saya dok nampak ustaz, Sunni pun tak berkurang kalau syiah berkembang..." Aku cuba maksudkan bahawa kumpulannya telah menjadi tempat berhimpun orang-orang yang bermasalah! Tak pasti dia faham atau tidak.

Sebelum beredar, sambil menepuk-nepuk bahu tokoh ini, seorang pengikut mereka dengan riak wajah bangganya berkata kepada aku,  ..."Ini orang kami, dia  idola kami, seorang profersional dikalangan kami..."

Aku senyum sajaa... (Teringat lori-lori mundar mandir memindahkan muatan batu besi di Gurun...) selepas mereka berlalu dengan Mercedes berwarna hijau,  ingatan aku segera mengimbau kata-kata Ustaz Azizan... Peristiwa perebutan jenazah yang menggemparkan kampung itu hari ini seperti telah mengesahkan kata-katanya itu.... Telah benarlah katamu Ustaz!

Sejak teguran di blog pada Oktober 2010 itu, namaku mula busuk hanyir, termasuk di kampung halamanku sendiri. Aku mula dituduh mempunyai kuari pasir, kuari batu, ban balak dan merampas hasil usaha orang lain. Bekas rakan sekelasnya di Maktab Mahmud, seorang kontraktor, kini seorang imam dan berbesan dengan TG Hj Salleh Musa. Kuliah-kuliah TG Hj Salleh turut membuat kecaman kepada 'pegawai MB' yang sibuk mengumpul harta dan kekayaan, berjuang tidak ikhlas dan dan merosakkan nama MB.

Aku terpinga-pinga bertahun-tahun! Dari mana munculnya cerita karut marut ini semua. Bukan sahaja tidak berasas, malah bertentangan dengan prinsip perjuangan aku dan dasar parti, malah bertentangan dengan kehendak dan  arahan Ustaz Azizan sendiri. Kerana teguran itu, dan Rupa dirinya yang sebenar, sudah makin terdedah, Dia memindahkan rupa buruknya kepada aku melalui semua lorong.

Sesuai sangat dengan kewujudan satu puak yang suka menjaja cerita buruk sahabat dan pimpinan, tanpa diselidik (tabaiyun), terus melanyak dan menghentam, di media maya, di kedai kopi, di rumah kenduri, dari depan dan belakang. Peguam muda yang terheret dengan tokoh berpesan kepada seorang sahabat..." Hampa jaga, Sanusi tu Munafik besaq tuu..." Dia juga berhenti selepas kontrak bosnya tidak diperbaharui.

Selepas bertahun, barulah aku sedar, belakangku telah lama berdarah! Rupa-rupanya, jarum mereka ini tanpa belas menusuk menikam siapa saja yang menjadi penghalang mereka, di seluruh pelusuk negeri. Apa nak dihairankan! Kalau darahpun bisa menjadi halal, apa ada pada maruah?----sanusimdnor.blogspot.com/
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/bekas-pegawai-agama-aktif-syiah-1.286463   

 Selepas kekang dengan akta, Najib beri tekanan dengan saman media
Posted on Wednesday, June 04 @ 17:48:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR 4 Jun : Selepas mengekang media dengan pelbagai akta yang zalim, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini memfaikan saman terhadap portal berita Malaysiakini berhubung artikel berkenaan krisis di Umno Terengganu baru-baru ini.


DSC_01753Tindakan saman ini disifatkan sebagai cubaan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pengamal media di negara ini.
Jurucakap Gerakan Media Marah (Geramm), Fazallah Pit ketika dihubungi mendakwa Najib sengaja menggunakan isu teknikal bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.
“Najib menggunakan isu teknikal untuk ambil tindakan terhadap Malaysiakini.
“Tindakan ini ialah satu bentuk tekanan kepada media,” tegasnya.
Malah Fazallah turut mempersoal mengapa Najib tidak menggunakan ruang yang diberi portal berita tersebut untuk membuat penafian terhadap artikel yang disiarkan.
“Kenapa beliau tidak menggunakan ruang yang disediakan oleh Malaysiakini untuk memberi penjelasan berhubung isu yang disiarkan itu?” soalnya.
Tindakkan saman tersebut difaikan di Mahkamah Tinggi pada 30 Mei lalu oleh Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno.
Ia dibuat ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini.
Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun depan.

Azuan Ab RahmanShort URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61796

HUKUM LELAKI BERGELANG..
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan."
Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun…sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan
musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang diharuskan:-
Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)..
Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)..
Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa..
Gelang Besi Tabung Haji (pemakaian waktu mengerjakan haji sahaja)..
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 4 golongan ini.
Wallahualam..
Ustaz Zainuddin Hashim
dipetik dari TranungKite untuk kebaikan bersama..
LIKE page---> https://www.facebook.com/dakwahjunior
Gambar sekadar hiasan


 

Ku Li: Kenapa Bank Rakyat beri Deepak pinjam RM32juta tanpa faedah?

SHAH ALAM 2 JUN: Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan polisi Bank Rakyat membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa seperti itu apabila membuat pinjaman dengan bank kerajaan, walaupun Putrajaya mempunyai polisi perniagaan pro-Bumiputera.
Tengku-Razaleigh-Hamzah“Melihat kepada fasiliti kewangan yang diperdebatkan dalam kes ini, saya tidak fikir ianya betul,” kata pemimpin veteran Umno itu yang menjadi menteri kewangan dari 1976 hingga 1984 dipetik The Malaysian Insider.
Tengku Razaleigh turut mempersoalkan polisi kerajaan mana diikuti Bank Rakyat apabila memberikan kemudahan kepada pelanggan seperti Deepak.
“Di bawah polisi kerajaan yang mana diikuti bank apabila memberikan fasiliti seperti itu di atas permintaan pelanggan?
“Apakah polisi Bumiputera? Dia bukan Bumiputera,” katanya merujuk kepada laporan Bank Rakyat, bersetuju membenarkan ahli perniagaan kontroversi Deepak untuk menyelesaikan pinjaman RM32 jutanya tanpa sebarang faedah.
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan kepada The Malaysian Insider minggu lepas Deepak menggunakan pengaruh politiknya untuk menyelesaikan pinjamannya dengan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Bank milik kerajaan itu tidak berada di bawah seliaan Bank Negara dan tidak termaktub kepada undang-undang perbankan negara.
Sabbaruddin mengatakan pada mulanya, ahli lembaga pengarah sudah menolak tawaran Deepak untuk menyelesaikan hutang tertunggaknya.
Deepak dikatakan menawarkan penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjamannya dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Sabbaruddin mengatakan selepas keputusan lembaga pengarah bank itu, Hasan tidak gembira dan enggan menandatangani kontraknya sebagai pengerusi bank yang berakhir pada 8 April.
Sabbaruddin juga mendakwa, menteri itu bertemu dengan Deepak tanpa pengetahuan Bank Rakyat pada Januari.
Selepas pendedahan Sabbaruddin, Bank Rakyat dalam satu kenyataan mengatakan elemen faedah tidak timbul dalam mekanisme kewangan Islam.
Bank Rakyat bagaimanapun tidak menafikan tuduhan Sabbaruddin.
Beberapa hari lalu, Hasan memberitahu The Malaysian Insider, semuanya dilakukan mengikut prosedur.
Beliau turut mencabar mana-mana pihak membuktikan dirinya melakukan kesalahan kerana meyakinkan Bank Rakyat untuk memberikan kemudahan pembayaran pinjaman tersebut kepada Deepak.
Sehingga kini, Deepak masih belum memberikan respon kepada dakwaan Sabbaruddin.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan