Khamis, 5 Jun 2014

PAYAH2 BERSENDIRI BALIK...TENTU BN SUKA....LEPAS NI JANGAN HARAP ORANG MELAYU/ISLAM AKAN UNDI DAP

Teluk Intan: DAP jangan salahkan pihak lain

ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kelantan menolak andaian pemimpin DAP kononnya isu hudud menjadi faktor parti itu gagal mempertahankan Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil (PRK) Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, DAP tidak sepatutnya menyandarkan kekalahan di Teluk Intan kepada orang lain tanpa melihat dalaman parti itu sendiri.

“Kalau hendak dakwa Teluk Intan kalah kerana isu hudud mengapa pula di Bukit Gelugor parti terbabit boleh menang sedangkan isu hudud juga hangat diperkatakan ketika itu.

“Berdasar kepada pengamatan banyak pihak, isu calon menjadi antara faktor yang perlu diambil kira. Oleh itu sikap menyalahkan orang lain tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan di Kelantan Trade Centre di sini, hari ini.

Semalam seorang pemimpin DAP, Gobind Singh Deo menyifatkan kontroversi pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan parti itu di Teluk Intan.

Sedangkan sebelum ini kajian Dr Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Center mendapati hanya 12 peratus responden pengundi Cina yang peka terhadap isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pada PRK Parlimen Teluk Intan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila tewas sebanyak 238 undi kepada Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan.

Sebelum itu di PRK Bukit Gelugor, Ram Karpal juga dari DAP berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 undi.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, faktor pengundi luar tidak balik mengundi menyumbang kepada penurunan sekitar 7,000 undi DAP.

“Isu ini wajar dilihat secara holistik dan tidak hanya menyalahkan PAS semata-mata. Jika logik demikian mahu dipakai, adakah wajar PAS pula menyalahkan DAP jika gagal menarik undi kaum Melayu.

“Sikap menyalahkan PAS dan hudud hanya suatu analisa tergesa-gesa. Keluarlah analisa yang lebih adil,” katanya. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Lainlah kalau PAS tanding, kata Mahfuz kepada Gobind

NAZRI ABDULLAH | .
KUALA LUMPUR: PAS menasihatkan Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo membuat kajian menyeluruh sebelum membuat kesimpulan punca sebenar kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Gobind kononnya isu hudud penyebab kekalahan DAP pada pilihan raya itu, adalah alasan yang tidak masuk akal.

"Kalau kata orang Cina tak undi DAP sebab hudud, itu sesuatu yang pelik sebab semua orang tahu DAP memang dari dulu lagi konsisten tak sokong hudud pun.

"Tak kan orang Cina tak percaya kepada DAP menentang hudud.

"Lain lah kalau orang Cina tak undi calon PAS sebab PAS mahu laksanakan hudud," katanya Ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada Harakahdaily.
Jika mengambil kira punca yang sama, Mahfuz mempersoal kenapa pengundi Cina tidak pula menolak DAP pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor lalu.

Sambil menyifatkan kenyataan Gobind itu sebagai pandangan peribadi, Mahfuz juga meminta Ketua Biro Undang-Undang DAP itu tidak mengeluarkan pandangan separuh masak.

"Kita harap DAP membuat kajian menyeluruh dari semua aspek. Kita tidak menolak faktor pengundi luar yang tidak pulang dan orang tempatan yang tidak keluar mengundi," katanya.

Gobind dalam The Roket hari ini dipetik berkata, bahawa isu hudud punca calon partinya Dyana Sofya Mohd Daud kalah dalam PRK Teluk Intan.

Menurutnya, berdasarkan analisis awal, DAP telah kehilangan 25 peratus daripada undi bukan Melayu dalam PRK itu akibat isu itu.

“Saya berpendapat bahawa kontroversi di sekitar pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi menyumbang yang ketara terhadap kekalahan kami di Teluk Intan," katanya. - HARAKAHDAILY 3/6/2014

Demo bantah MBKT naikkan cukai pintu hingga 600%

http://omakkau.blogspot.com | .

 (11 FOTO) DEMO BANTAH CUKAI PINTU NAIK 600% OLEH MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT).


RAKYAT DICUKAIKAN, PANDA DIUTAMAKAN ..... PITIH NOK, NGETOH DOK PANDA .... TUKAR KERAJAAN CUKAI PINTU DIHAPUSKAN .... TOLONG-TOLONG RAKYAT TERSEPIT BEBAN MENINGKAT.

Itulah sebahagian dari kata-kata yang terdapat pada kain tentang demo membantah cukai pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang dianggap terlalu menindas dan zalim cekik darah rakyat sampai kering kontang.

Rakyat bukan bantah cukai pintu, tapi rakyat bantah cukai pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang dinaikkan secara melampau dari 10% sampai 600%.

Kerajaan yang zalim wajib ditumbangkan.

Tengku Razaleigh peneroka hubungan diplomatik dengan China

http://aspanaliasnet.blogspot.com | .

Lawatan bersejarah TR ke China 1971 bersama Zhou En Lai yang menghasilkan hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31hb Mei 1974.

Tengku Razaleigh Hamzah merupakan rakyat Malaysia yang pertama menjejak kaki ke negara China secara rasminya dalam proses membentuk hubungan diplomatik dengan negara China pada tahun 1971 dahulu. Anak didik Tun Razak ini juga telah diminta oleh Tun untuk menerokai penubuhan syarikat petroleum nasional dan hasilnya tertubuhlah Petronas pada tahun 1974 sama tahunnya dengan terbinanya hubungan diplomatik Malaysia China.

Kedua-duanya terbentuk dengan kebijaksanaan dan kemampuan seorang pemimpin yang telah banyak melakukan kerja untuk negara. Semasa itu ramai yang sedang mengaku sebagai pemimpin sekarang ini masih ‘bermain tali seluar’ lagi. Mereka sekarang sudah dewasa tetapi lupa untuk mengkaji bagaimana apa yang ada sekarang ini wujud.

Tun Abdul Razak telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerokai kemungkinan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China. Maka Tengku dalam usianya yang masih muda semasa itu mengetuai rombongan Pernas ke negara itu dengan bermatlamatkan mengadakan hubungan perdagangan di antara kedua buah negara.

Tetapi matlamat akhirnya ialah untuk memulakan rundingan untuk mewujudkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara. Rombongan itu diadakan pada tahun 1971 dan Tengku telah membawa bersama dalam rombongan beliau bersama Pernas itu ketua-ketua Dewan Perniagaan Malaysia dan pegawai-pegawai tertinggi negara dengan satu ‘ultimate’, iaitu untuk meneroka bagi menjalin hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara.

Pendeknya Tengku Razaleigh mempunyai peranan yang amat besar dalam penjalinan hubungan diplomatik di antara China dengan negara kita Malaysia. Kini hubungan diplomatik itu telah terjalin selama 40 tahun dan Perdana Menteri Najib telah ke negara itu untuk merayakan ulang tahun ke-40 pembentukan hubungan di antara kedua-dua buah negara itu.

Tetapi rakyat yang memahami jiwa politik dan budaya sebuah pimpinan negara yang berlandaskan kepada bangsa Melayu dan rakyat berbilang kaum ini, ramai yang bertanyakan kenapa Tengku Razaleigh tidak ada bersama merayakan ulang tahun hubungan diplomatik itu dalam mana Tengku Razaleigh merupakan seorang sahaja yang masih hidup dan sihat yang bertanggungjawab mewujudkan hubungan diplomatik Malaysia-China itu.

Ketika hubungan diplomatik itu diadakan Najib hanya berumur 21 tahun dan untuk mempercayai cerita Najib yang beliau pernah bertanya kepada bapanya kenapa adakan hubungan diplomatik dengan negara China itu amat payah untuk kami mempercayainya. Semasa itu Najib, bak kata orang tua-tua di kampung, kencingnya masih bercabang lagi.

Pimpinan UMNO telah melupakan pemimpin ini terus-terusan dan ia bukan sahaja dalam isu perayaan hubungan diplomatik Malaysia-China ini sahaja. Setiap perayaan ulang tahun kejayaan Petronas juga Tengku Razaleigh tidak pernah mendapat jemputan. Tengku Razaleigh hanya bersabar melihat bagaimana budaya melayu yang kian hari kian terburai kerana politik dan kepentingan peribadi.

Sesungguhnya Tengku Razaleigh Hamzah telah menghabiskan usia untuk membina negara terutamanya semasa pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan Datuk Hussein Onn. Malah oleh kerana besarnya jasa dan baktinya secara organic terhadap pembangunan negara maka beliau telah diketepikan. Ada pihak yang fakir jiwa dalam UMNO itu sendiri tidak mahu Tengku Razaleigh menyaingi legasinya dan terus sahaja melenyapkan TR secara sistematik dari politik negara.

Inilah hasil jika negara dipimpin oleh pemimpin yang fakir dan miskin jiwa mereka serta mempunyai jiwa yang terlalu kecil dan kerdil. Hendak membina semuanya itu tidak berkemampuan, tetapi untuk merayakan kejayaannya, merekalah yang paling ke hadapan dan yang lebih melukakan hati jiwa mereka yang berbudaya dan berjiwa besar.

Tidak ada sepatah pun menyebut sumbangan Tengku Razaleigh di dalam kenyataan Najib sedangkan yang meneroka hubungan itu hanya melihat sahaja gelagat dan membuat cerita yang kurang benar dalam ucapan rasmi di Beijing itu.

Tetapi sekarang ini, itulah budaya pimpinan Melayu kita. Ibarat semasa kenduri, menyembelihnya tidak, melapah dan menyiangnya pun tidak, jauh sekali untuk memasak. Tetapi apabila sudah masak merekalah yang akan menghadap dan memakan kepala kambing yang dibelit dengan perut kambing itu dan memakan hidangan itu dan tidak pun mempunyai 'audacity' untuk menjemput orang yang memasak itu untuk makan sekali.

Walaupun berbagai-bagai pihak cuba untuk melenyapkan legasi sumbangan TR terhadap negara tetapi lama kelamaan rakyat mula mengetahui segala sumbangan beliau dan kenapa beliau dihimpit oleh pihak tertentu untuk melupakan TR sampai bila-bila.

(bersambung)

Rakyat makin terbeban sistem baru subsidi minyak

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membentangkan cadangan sistem subsidi baru petrol dan diesel di Parlimen untuk dibahaskan bagi mengambil kira bebanan rakyat yang sedia terbeban akibat menanggung kenaikan harga barang, sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.

Beliau menambah, rakyat perlu diberikan masa secukupnya, sekurang-kurangnya setahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain.

“Jadi Barisan Nasional (BN) wajar membentangkan cadangan rombakan sistem ini ke Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.

BN dilaporkan kini sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel untuk golongan tertentu mengikut kadar pendapatan.

Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan adalah RM5,000 ke bawah, manakala individu berpendapatan lebih RM10,000 sebulan perlu membeli pada harga pasaran.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga bimbang kemungkinan wujudnya pasaran gelap petrol dan diesel jika sistem baru subsidi itu tidak diperhalusi serta dibincangkan secara terbuka.

Beliau khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.

“Contohnya jika harga subsidi seliter petrol RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 seliter, pasaran gelap boleh berlaku apabila kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 seliter kepada ejen pasaran gelap, manakala ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 seliter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli melalui pasaran gelap,” ujarnya.

Ini, ujar beliau sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa.
Peraturan Baru Cermin Gelap by ‪#‎JPJ‬ . Sila sebarkan.

Tunku Sallehuddin diisytihar pengerusi jemaah pemangku Sultan Kedah

BERNAMA | .
ALOR SETAR: Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah diisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat 21 Mei lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pelantikan itu telah diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan ia berkuat kuasa bermula 21 Mei 2014.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong di atas pelantikan ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Almarhum Tunku Annuar, 75, adalah adinda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak, pukul 12.20 tengah malam 21 Mei lalu.

Pada Disember 2011, Almarhum bersama adindanya, Tunku Sallehuddin dan Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta anakanda Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dilantik menganggotai Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan Tuanku Abdul Halim ke Istana Negara.

Sultan Abdul Halim berangkat ke Istana Negara bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun.

-- BERNAMA

Artis teruja dapat temui Tok Guru Nik Aziz

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Seramai 18 artis yang akan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan Pejabat Menteri Besar mengikuti tazkirah disampaikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tazkirah ringkas itu diadakan tengah hari tadi ketika mereka mengunjungi Mursyidul Am PAS di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim.

Kumpulan artis terbabit diketuai Syed Aiman mewakili Kelab Sukan Artis Malaysia. Hadir sama Sabri Yunus, Fizo Omar, Danny X Factor, Syed Aiman dan Yantzen.

Malam ini pasukan artis akan bertembung dengan pasukan Pejabat Menteri Besar yang akan membariskan beberapa bekas pemain Kelantan termasuk Hashim Mustafa, Salim Mahmood.

Selain itu turut disertai Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan beberapa pemain The Red Warriors.

Perlawanan itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Pada tazkirah terbabit, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, penglibatan artis dalam medan dakwah menarik perhatian orang ramai terutamanya anak-anak muda.

“Artis memiliki banyak kelebihan termasuk suara baik, rupa paras lawa dan sebagainya seharusnya juga memiliki akhlak yang baik kerana ia akan menjadi ikutan orang ramai.

"Tuan-tuan merupakan tumpuan masyarakat dan perkara yang dilakukan akan menjadi ikutan ramai.

“Dan perlu ingat semua tindak tanduk akan dipersoal di akhirat nanti. Buat perkara baik apabila orang ikut akan mendapat pahala dan begitu sebaliknya," ujar beliau.

Sementara itu Syed Aiman berkata, kunjungan itu dibuat bagi memenuhi  hasrat semua artis yang datang ke Kelantan dan mereka amat teruja dapat bertemu Tok Guru. - HARAKAHDAILY 4/6/2014





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan