Khamis, 12 Jun 2014

BILA TAK GENG....TELANJANG KISAHNYA....YANG GENG PEJAM MATA DUA2 BELAH

Nak jawab Us Kazim jap pasal dia kata newater bukan asal dari air kumbahan di singapura....
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Penggunaan Air Baru (Newater). Muzakarah telah memutuskan bahawa air baru Newater adalah bersih dan harus digunakan dari sudut hukum syarak.
Keterangan/Hujah:
Air baru (Newater) yang diperkenalkan oleh Singapura dihasilkan menerusi proses pemulihan dan pembersihan ketat bekalan air kumbahan menggunakan teknologi dwimembran.
Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk menghasilkan Newater iaitu Penurasan mikro (Microfiltration), Osmosis Songsang (Reverse Osmosis) dan teknologi Sinaran Ultra-violet Penyahjangkitan (Ultraviolet light disinfection technologies). Secara ringkas ketiga-tiga proses ini beroperasi adalah seperti berikut:
 

Ulas dengan pengetahuan, kata bekas mufti kepada Kazim









Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) hari ini membidas kenyataan penceramah terkenal Mohd Kazim Elias yang mempertikaikan fatwa ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi mengatakan gelatin haiwan termasuk babi halal untuk digunakan.
Bekas mufti Perlis itu berkata, isu yang dibincangkan adalah mengenai “istihalah” iaitu sifat bahan yang berubah kepada bahan lain dan ia sememangnya mempunyai pandangan pelbagai mazhab.
“Saya terkejut dengan penceramah agama yang dikenali mengulas kenyataan Dr Yusuf mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini.
“Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf, Majlis Fatwa Eropah, beberapa persidangan fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram,” katanya menerusi kiriman Facebook hari ini.
Kazim dalam satu ceramah semalam berkata umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.
Katanya, keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan menjadi darah daging.
"Kalau makanan itu haram, nerakalah tempatnya bagi kita. Kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," kata Kazim.
Asri berkata Kazim perlu mempunyai ilmu pengetahuan mendalam sebelum membuat ulasan berkenaan, jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan fikiran dalam dunia ilmu yang luas.
Katanya, Dr Yusuf, Majlis Fatwa Eropah dan Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Maghribi pada 1997 bukan tidak tahu bahawa babi itu haram.
“Isu yang dibahaskan ialah istihalah yang merubah sifat sesuatu bahan. Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng atau pun sup babi, tetapi ingin memakan coklat terdapat kesan DNA babi.
“Kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan dan ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah,” katanya.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu turut memberi gambaran mudah seperti warga Singapura yang meminum “new water” iaitu air najis yang dirawat menjadi air bersih
Katanya, warga Singapura tidak meminum air najis tetapi air itu asal bernajis namun dirawat dan dibersihkan. – 9 Jun, 2014.

Dr Maza jawab Ustaz Kazim Elias mengenai isu DNA babi

Dr Maza jawab Ustaz Kazim Elias mengenai isu DNA babi
Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Gambar Fail
SAYA terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.

Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.

Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.

Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.

Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi.

Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.

Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.

Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

______________________________________________________________________________

*Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.
*Tulisan ini dipetik daripada Facebook Dr Mohd Asri.
*Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dr-maza-jawab-ustaz-kazim-elias-mengenai-isu-dna-babi-37501?cp

Subhanallah. Seorang pemuda Islam telah menggoncang Vatican!


Pada suatu malam di musim panas tahun 1918 M di salah satu perkampungan miskin di Bandar Surat berhampiran sempadan barat India, lahirlah seorang bayi dari pasangan suami isteri muslim. Dia adalah anak pertama mereka ketika mereka sudah mencapai usia tua.

Kanak-kanak ini hidup sebagaimana kebanyakan kanak-kanak yang lain di perkampungan miskin tersebut. Tidak ada yang membezakan antara dirinya dengan yang lain dalam masalah pergantungan kepada kedua orang tuanya dan juga dari segi kecerdasan. Dia mempunyai wajah bulat dan tembam, kulit kehitam-hitaman, tingginya sedang dan penuh bersemangat. Dia selalu mengagumi dengan segala sesuatu dan tidak ada yang menghentikan sifat ingin tahu dalam diri dengan pelbagai persoalan di kepalanya.

Ketika usianya mencapai 9 tahun, bapanya mempunyai hasrat untuk berhijrah bekerja dengan anak bapa saudaranya dengan tujuan mencari pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik. Terasa berat kehidupan di India kerana kepadatan jumlah penduduk yang tinggi dan faktor kekuasaan Inggeris pada masa itu. Oleh kerana itu dia memberitahu hasratnya itu kepada isterinya.

Kerana sangat menyayangi anaknya, dia ingin jika anaknya turut bersamanya dan berjanji kepada isterinya yang dia akan kembali semula selepas setahun. Isterinya merelakan pemergiannya dengan berat hati.

Akhirnya, ayah kanak-kanak tadi berhijrah dan menetap di Kota Dirban untuk beberapa ketika pada tahun 1927 M. Bandar tersebut adalah salah sebuah bandar di Afrika Selatan. Dia berada di bawah tanggungan anak bapa saudaranya dan anaknya pula bersekolahkan di sana. Masa terus berlalu, sudah lapan bulan mereka tinggal disana dan anaknya menunggu masa untuk mendapatkan kembali pelukan ibunya. Beberapa hari selepas itu mereka mendengar berita kematian ibunya. Dua beranak ini terpukul dengan berita kematian tesebut. Akhirnya mereka memutuskan untuk menetap di Afrika Selatan buat selamanya.

Mereka tinggal di bahagian selatan bandar Dirban. Di sana terdapat perkampungan bangsa Negro. Dia melakukan banyak pekerjaan dan mampu untuk menyara anaknya. Masa terus berlalu, seiring dengan usia dan kesihatan juga mula terganggu.

Selepas tujuh tahun menempuhi liku-liku kehidupan bersama anaknya yang masih bersekolah, bapa kanak-kanak tersebut telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1934 M ketika berusia 16 tahun. Dia menamatkan pengajiannya dan mencari pekerjaan. Dia menetap di perkampungan bangsa Negro tersebut yang dia sendiri tidak mengetahui siapa yang akan melindunginya sedangkan negeranya sendiri dan saudara-maranya yang berada di seberang laut tidak mungkin mampu menyeberang untuk membantunya.

Dia banyak bertukar pekerjaan. Akhirnya dia bekerja di sebuah kedai yang pemiliknya adalah seorang Nasrani. Dia adalah salah seorang dari lelaki kulit putih yang tinggal di Afrika Selatan. Pemilik kedai tersebut melihat pada diri remaja itu tanda-tanda kelebihan, amanah, ikhlas dan kejujuran. Sedikit demi sedikit dia mempercayai remaja itu dan berbuat baik kepadanya. Segala-galanya berjalan lancar dan dia bekerja dengan gembira.

Suatu ketika ketenangan tersebut terusik dengan berhembusnya “angin kencang”. Pada suatu hari, seorang pendeta Nasrani melawat sahabat karibnya iaitu pemilik kedai tersebut. Semasa mereka berbual, pendeta itu melihat remaja tersebut dan dari riak wajahnya seperti bukan penduduk asli Afrika Selatan.

Dia boleh bercakap Bahasa Inggeris, Bahasa Zulu [bahasa negara-negara Afrika Tengah dan Selatan] dan Bahasa Urdu [bahasa daerah asalnya]. Remaja itu mempunyai wajah berseri-seri dan cekap dalam berkerja. Usianya ketika itu dalam lingkungan 18 tahun.

Pendeta tersebut bertanya kepada sahabatnya: “Siapa nama anak ini?”

Si pemilik kedai menjawab: “Namanya xxxxx”

Pendeta tersebut bertanya dengan perasaan terkejut: “Seorang Muslim?”

Si pemilik kedai menjawab : “Ya!”

Maka Pendeta itu berkata: “Tidakkah kau tahu bahawa mereka menghina Tuhan kita? dan berkata bahawa Dia adalah Hamba [bukan Tuhan] ? ”

Pemilik kedai itu berkata: “Akan tetapi dia adalah seorang yang jujur ​​dan dipercayai!

Pendeta itu berkata: “Walaupun seperti itu, dia harus masuk Nasrani atau keluarkan dia tanpa di ampun!”

Akhirnya, pendeta itu berjaya menyebarkan fitnah di hati sahabatnya dan dia memanggil remaja tersebut.

Pemilik kedai itu berkata: “Aku ingin menyelamatkan dari kesesatan!”

Remaja itu menjawab: “Apa itu?”

Pemilik kedai tersebut berkata: “Sesungguhnya pendeta ini adalah agamawan yang mulia, dia ingin menyelamatkan pengikut Tuhan yang hilang dan menolong agar engkau menyelamatkan dirimu sehingga Tuhan akan memberkati!”

Remaja ini mengetahui kesanya iaitu menjadi murtad, maka dia berkata: “Tidak, saya Muslim!”

Maka pemilik kedai itu berkata: “Fikirkan dulu sebelum membuat keputusan!”

Namun remaja itu tetap menolak kerana dia mengetahui kecuali ada satu sembahan yang berhak disembah yakni Allah, ada pun Isa adalah Nabiyullah yang muli , tidak lebih.

Maka berkatalah pendeta tersebut menclah pembicaraan remaja itu dan marah dengan keteguhannya terhadap agaman dan menolak murtad. “Apakah kamu tidak tahu bahawa Islam adalah agama berhala, kamu tawaf di rumah [Kaabah] yang didalamnya ada batu dan Rasul kalian beristerikan 9 wanita!”

Kemudian pendeta itu menyebutkan semua kekeliruan dan perbohongan tentang Islam tetapi pendeta itu masih belum dapat meluluhkan hatinya. Remaja itu hanya diam untuk menghormati pemilik kedai dan dia berkeyakinan bahawa pemilik kedai hanya membantu sahabatnya si pendeta itu. Akan tetapi beberapi hari selepas itu, pemilik kedai kembali kepada kebiasaannya peranganya yang suka mencela dan memerangi Islam dengan keyakinannya. Dia tidak boleh membantah kekeliruan itu kerana dia tidak tahu hal tersebut secara sempurna. Maka dia mengambil keputusan yang berada di luar garis kehidupannya, dia memutuskan untuk mempelajari selok belok agama Nasrani.

Untuk permulaan, dia mendekati mubaligh untuk mempelajari kitab-kitab mereka secara ilmiah. Dia memperhatikan Injil, mempelajarinya hingga menghafalnya. Dia membandingkannya dengan Al-Quran dan dia mendapati terdapat banyak perbezaan. Namun dia belum merasa cukup dan belum hilang hausnya. Maka dia melakukan perjalanan untuk membela Islam.

Pertama, dia mengajak untuk berdebat dengan pemilik kedai iaitu tempat dia bekerja. Dia berdebat begitu hebat sehingga pemilik kedai itu tidak mampu untuk berhujah. Kemudian dia mencabar beberapa pendeta dan dia boleh menjatuhkan mereka melalui tangan mereka sendiri dan mereka tidak dapat mempertahankan kebenaran keyakinan mereka di hadapan ribuan orang yang membanjiri forum debat mereka.

Dia mahu menutup mulut orang Nasrani selamanya agar tidak lancang menghina Islam. Dia berhenti kerja di kedai nasrani tersebut. Dia mula menemui orang-orang Nasrani yang datang ke Afrika Selatan dan mengajaknya berdiskusi. Ketika dialog dan debat yang dia lakukan telah banyak dan usianya mencapai tiga puluhan tahun, dia mula berdialog dengan kalangan pendeta Nasrani.

Semenjak hari itu, suaranya ibarat petir yang menggelegar hingga negara-negara barat Nasrani. Gema yang menggoncangkan dewan Vatican. Pembicaraanya bergema di barat dengan perbincangan dan dialog yang terkenal dan melambungkan reputasinya. Dia terus mencabar dan gaungnya tetap menggema hingga hari ini.

Pembicaraan meliputi pertentangan dalam kitab Injil, pusat-pusat kajian Nasrani dan banyak instituso tinggi di barat membentuk jawatankuasa untuk menangkis dan berhujah di dalamn buku-buku mereka melalui penelitian dan kajian yang serius.

Pemilik kedai dan sahabatnya itu telah membangkitkan akal dan hati anak muda muslim ini. Mereka telah membangunkan anak muda yang lemah lembut itu hingga menggemparkan dunia dan menggegarkan Vatican, menggetarkan gereja-gereja mereka dan membongkar banyak kekeliruan dalam agama mereka.

Pemuda tersebut bernama Ahmad Deedat.

ahmad deedat2 Seorang Anak Miskin yang Mengguncang Vatikan

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
SATU MALAYSIA PENYOKONG UMNGOK KENA PUTAR..
Mati2 selama ni penykong umngok ingat lembaga ni melayu.. rupanya.. keturunan biawak kari.. kih kih kih kih..
Si lembaga ni terjerit2 hidup melayu.. hidup melayu.. hidup melayu.. akhirnya dapat jadi Pengerusi Lembaga Tabung Haji walaupun hanya ada sijil SPM jer.. kih kih kih kih...
Penyokong melayu umngok dapat apa? muncung biawak pun x dpt.. kih kih kih kih
Rakyat yg menanggung ! Puih !
 
 

Rakyat kena bayar GST sebab untuk langsai hutang kerajaan BN iaitu RM600 bilion

gst2

Share this:



SELEPAS BIHUN CAP MASJID YANG KOTOR DAN JIJIK, KITA TENGOK PULA PROSES PEMBUATAN BEBOLA DAGING YANG TIDAK KURANG KOTORNYA!!!

Tuesday, June 10, 2014

Jika tadi kita melihat gambar2 memproses bihun yang sangat menjijikkan disini, kali neh kita tengok pula proses membuat bebola daging. Ianya juga sangat menjijikkan. Lokasi gambar neh diambil ialah di Klang.

Bezanya kat sini, kita tatau jenama apa pula yang dorang gunakan untuk pasarkan bebola daging neh di pasaraya-pasaraya tempatan.

Pemerhatian aku, gambar2 ini diambil pada tahun 2006 dan mula tersebar sejak dari 2010 lagi. Mungkin untuk memberikan peringatan kepada pengguna agar ber-ahti2 la dalam membeli bebola ikan, daging ataupun apa yang berjenama sebarangan.

Satu lagi. Kalau korang perhatikan dalam gambar2 kat bawah neh, bukan hanya bebola daging aje yang dorang buat, keropok pun ada.

1.Kilang Bihun Beras Indah (KBBI) syarikat cina dimana sebelum ini telah ditarik lesen perniagaannya pada 2007 kerana beroperasi tanpa logo halal jakim serta beroperasi didalam kandang babi dimana berita ini telah keluar di buletin utama TV3. Tempat itu juga telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya kerana kilang ini hanya untuk mengaut keuntungan terus-terusan dengan beroperasi secara tidak halal, kotor dan jijik. KBBI akhirnya ditutup selama 2 tahun dan kini telah pandai pandai beroperasi semula dengan menggunakan nama syarikat yang baru iaitu daripada KBBI ditukar kepada KBB Resources.

2.Pemilik kilang bihun KKB Resources ini sebenarnya adalah pemilik yang sama bagi menternak babi. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika ada lesen untuk menternak babi, cuma yang menjadi kesalahan adalah pemilik cina menggunakan kilang yang sama untuk membuat bihun dan menternak babi dalam masa yang sama.



3.Dan kandang ternak babi serta kilang bihun ini berkongsi saluran yang sama iaitu seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan. Penduduk di sekitar telah mengadu tentang pencemaran bau yang busuk dan tidak menyenangkan dimana jarak antara kilang babi/bihun dengan kawasan penduduk adalah sejauh 2 KM tetapi bau masih juga sampai tusuk ke hidung penduduk dikawasan tersebut. Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Ada beberapa orang penduduk kawasan telah terjejas kesihatannya kerana setiap hari menghidu bau busuk dari kilang babi/bihun ini.

4.Kini syarikat KBBI yang lama telah ditutup dan menukar lokasi kilang dengan menggunakan nama syarikat baru iaitu KBB Resources kini beroperasi seperti biasa dengan menggunakan jenama bihun yang sama. Antara nama syarikat bihun yang didaftarkan tetapi adalah pemilik yang sama adalah:

-KBB Resources Berhad
-Kilang Bihun Bersatu Sdn Bhd
-Kilang Bihun Bersatu (East Malaysia) Sdn Bhd
-Kilang Bihun Bersatu Beras Indah Sdn Bhd
-Bersatu Noodles Industries Sdn
-Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd
-Rasayang Food Industries Sdn Bhd
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Zanirun Baba added 4 new photos.
Tak nampak satu pun CONTOH BANI MELAYU UMNO BANGKAI nie ada OTAK!!..dilahirkan utk melawan HUKUM ALLAH!!
 
 
Kes lembu tangguh lgi.......menteri masih bebas
 
MANA PELINDUNG-PELINDUNG KAMU.....WAHAI PAPAGOMO....DI DUNIA PON DAH TAK BOLEH NAK BAYAR.....DI AKHIRAT NANTI....BAGAIMANAAAA???????
SATU PERINGATAN KEPADA BANGSAT BANGSAT UMNO TU
JGAN ANGKOH DAN SOMBONG SANGAT...
DAH KENA SAMAN BARU DIA TAU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH.
SAMAN BAYOO
 
 
A was!!!
 
 
Baru saya tahu and I want to share it
 
 
UMNO
PARTY SEMAK SAMUN
puikk
 
 
Qaireen Izzaty Abu's status.
kalau umno pun usah lah loklak sangat ustaz....kan dah kena kritik teruk...




















Imam mualaf yang berani menegur ulamak pengecut dan pemerintah zalim
Posted on Tuesday, June 10 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Semoga lebih ramai para ulamak dan para ustaz mencontohi keberanian mualaf dari Amerika Syarikat ini Imam Suhaib Webb yang sebelum ini banyak berguru dengan para ulamak di Mesir. Secara terus terang Imam Suhaib Webb meluahkan kekecewaan dan kemarahan beliau terhadap para ulamak yang mendoakan pemerintah yang zalim. Suhaib Webb mengatakan para ulamak ini bukan sahaja pengecut tetapi telah menguburkan ilmu mereka sendiri.

Saya bersama Imam Suhaib Webb walaupun saya bukan ulamak, saya cuma hamba ALLAH. Bagaimana dengan para ulamak, para ustaz, para ustazah, para pendakwah lain di Malaysia ini? Malulah kita dengan Suhaib Webb yang dulunya seorang yang taat dengan Kristian, cucu seorang Paderi. Kini Imam Suhaib Webb mahir dalam pebagai ilmu Fekah, Syariah, Tafsir, Hadith dan banyak lagi.

Jangan pula Imam Suhaib Webb diharamkan untuk masuk Malaysia dan siarannya siri Reflection di TV Hijrah disekat.

Dibawah ini luahan dari FB Imam Suhaib Webb

When I see scholars praying for oppressors, I feel a tremendous sickness and anger. Some of my former teachers have taken positions that are not only cowardly, but soil the pure knowledge they claim to uphold.

No matter how many ijaazas, your family lineage, your clothes or mystic claims; if you can't stand with the masses; if you can't oppose the killing of civilians, the spreading of corruption, then, by Allah, those things will be a witness against you.

May Allah help the Umma and protect it from those who seek to harm it, dressed in the garments of ulema and sufi sheikhs.

Allah bless this community!

Suhaib"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Tuesday, June 10 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Yang Zie's photo.

Qaireen Izzaty Abu's photo.
demi kefahaman mereka yg tolak politik islam...

Ayob Hussin's photo.
Woi ! Puak BN.... jangan dok asyik mencacai saja.... faham yg ini sama.... bila puak mu nak cerdik !
LikeLike · · Promote ·


Hidup Melayu !
LikeLike · ·
Posting AMRAN yg paling banyak menerima LIKE
kikiki..
Orang Melayu sejati cukup dikenali dengan sifat suka bersederhana .
Lihatlah brader Melayu ini , walaupun beliau sebenarnya mampu tidur diatas tilam empuk jenama VONO , tetapi beliau masih memilih untuk tidur diatas toto . Orang seperti ini memang layak diangkat sebagai pemimpin kerana beliau sangup merasai kehidupan rakyat marhaen . Amran sedih hurmmm
*gambar menunjukan orang ramai sedang beratur untuk membeli toto
LikeLike · ·
MELAYU TAK SERIK-SERIK DENGAN PERMAINAN UMNO BE END......SEDARLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARA KU.....
"Alhamdulillah..baru sampai di tanah Kemaman.
Panda didahulukan..rakyat dikemudiankan.
Tak apa kan macai..asal BN.
Selamat mlm buat sahabat semua."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan