Jumaat, 23 Mei 2014

JANGAN KITA JADI MANGKUK2 HAYUN...TIADA SOPAN DAN ADAB...HUKUM HAKAM DIBELAKANGKAN...TAKUT DIHAYUN KEDALAM NERAKA JAHANAM...MEMANG NAK JADI BAIK SUSAH SEBAB DIHALANG IBLIS....DAN NAK JADI JAHAT SENANG SEBAB DIBANTU OLEH IBLIS....FIKIR2KAN







Selamatkan Sungai Pahang

. | .

Sungai Pahang kini berada pada tahap kritikal di mana airnya dipenuhi dengan lumpur dan kini bertukar menjadi sangat keruh.
Keadaan Sungai Pahang yang mengalir lesu serta semakin cetek memerlukan pemantauan dan tindakan segera semua pihak.

PAS Pahang mendapati peningkatan aktiviti melombong bijih besi serta pembersihan bijih tanpa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar antara punca berlakunya pencemaran di sebahagian anak anak sungai yang menyumbang kepada pencemaran air di Sungai Pahang.

Contohnya, tinjauan PAS Pahang ke kawasan perlombongan bijih besi di Kerambit, Lipis sangat mengejutkan apabila air pembersihan bijih besi dialirkan terus ke anak sungai yang menyebabkan pencemaran luar biasa mepada sungai tersebut.
Aktiviti harian yang akan berjalan bertahun-tahun ini seandainyan tidak dibendong akan mengancam hidupan air serta aktiviti pelancongan di sekitar sungai Pahang.

Jabatan Alam Sekitar perlu lebih tegas memantau serta mengmambil tindakan perundangan ke atas syarikat perlombongan yang tidak mengikuti peraturan, khususnya soal pembersihan bijih besi yang dialirkan terus ke anak-anak sungai.

Pemantauan berterusan serta tindakan tegas pihak berkuasa diharap dapat menyelamatkan Sungai Pahang daripada pencemaran, air yang keruh berlumpur yang mengancam kehidupan sungai, ikan sangkar dan aktiviti pelancongan serta memudaratkan lagi masalah banjir ketika musim tengkujuh.
Pesuruhjaya PAS Pahang
Naib Presiden PAS
23 Mei 2014
Farisha Emyza's photo.
Maka jelaslah kenapa cai umno biadap kerana umno tinggalkan Al Quran dalam kepimpinan mereka. Lihat sahaja kelakuan mereka ketika di kawasan prk telok intan dan menyerang pejabat DAP. — 
 
 
Like · · Promote ·

Kempen PRK Teluk Intan: Apa kata Wardina Safiyyah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: “Melihat kepada rancak kempen pilihan raya, saya jadi termangu-mangu,” tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi facebook

Justeru, beliau sangat mengharapkan agar kedua-dua kem dapat berkempen secara sihat.

“Tidak perlu character assassination untuk menunjukkan kalian lebih baik daripada yang lain,” tulisnya lagi.

Berikut tulisan penuh beliau.

Petang tadi, saya sempat menonton berita Edisi 7. Ada kisah tentang pilihan raya kecil Teluk Intan. Dalam footage berita, banyak dimuatkan video beberapa tempat tersohor di situ. Antaranya pasar kering dan basah, Menara Condong, Pejabat Tanah dan Daerah, laluan hadapan mahkamah dan beberapa kawasan di tepian sungai.

Teluk Intan, atau orang lama di situ mengenalinya sebagai Teluk Anson. Ia kota kecil yang manis dan anggun dari segi sejarah dan peradaban. Sederhana, namun mewah dari kaca mata saya.

Banyak kenangan manis, pahit dan getir yang saya lalui di situ, sewaktu saya bertugas pasca perpindahan dari Pulau Pinang. Setiap lokasi yang ditunjukkan, nyata menyimpan pelbagai kenangan jatuh bangun dan jerih payah saya.

Saya tinggal di situ dengan seorang teman yang merupakan seorang doktor perubatan. Orangnya cantik, namun ulahnya juga gila-gila seperti saya. Pernah, kami makan durian di bawah sinki pada waktu tengah malam, dek mengidam yang bersangatan. Mengapa di bawah sinki? Sebab, kami bersembunyi daripada intipan jiran sebelah yang suka menjenguk melalui cermin tingkap dapur. Heheh...

Melihat kepada rancak kempen pilihan raya, saya jadi termangu-mangu. Saya sangat mengharapkan agar kedua-dua kem dapat berkempen secara sihat. Tidak perlu "character assassination" untuk menunjukkan kalian lebih baik daripada yang lain.

Sungguh, dengan memburukkan orang lain, dengan mengeji perjalanan kehidupan orang, dengan mengoyakkan maruah dan keperibadian yang mahu diselindungkan, tidak akan menjadikan kalian lebih mulia dan terkehadapan.

Simpanlah umpatan dan caci maki ke dalam guni, kemudian ikat dengan tali kemas-kemas, humban ke laut lepas. Tiada untung saat maruah orang lain diperhitung buat tatapan umum.

Menjadi pemimpin yang sopan dan tahu akal budi, serta tahu menghargai, akan menjadikan kalian tampak anggun berseri.

Kita tidak mampu menghalang kemaraan orang. Biarkan bintang mereka bergemerlapan. Jika kita mahu bintang kita ikut bersinar, usahalah dengan jalan paling baik, tanpa melukakan dan mencarikkan perasaan orang. Tuhan pasti bersama-sama dengan kalian yang berusaha menggunakan jalan halal, dan natijahnya adalah kemenangan. - HARAKAHDAILY 23/5/2014

Jumaat, 23 Mei 2014


Kena Main Dah: Selepas UMNO cadangkan JK Teknikal, Muhyiddin kata hudud masalah PAS dan DAP pula..!!!


Setelah mencadangkan Jawatankuasa Teknikal untuk membincangkan isu pelaksanaan hudud, di Teluk Intan hari ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) berkata, isu hudud sebenarnya adalah masalah antara PAS dan DAP yang mempunyai pandangan serta pendirian berbeza.
Beliau berkata kegagalan pakatan itu untuk menjelaskan isu pelaksanaan hukum hudud sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan PAS dan DAP tidak tahu pendirian yang perlu diambil untuk menangani isu berkenaan.
"Yang menjadi masalah adalah di kalangan mereka kerana ada pertembungan pandangan dan perbezaan yang agak ketara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di Teluk Intan hari ini, lapor Bernama.
Beliau ditanya media berhubung tindakan pakatan pembangkang yang dilihat seolah-olah melarang calon dan pemimpin Pakatan itu membincangkan dan berhujah mengenai hudud kepada pengundi.
Muhyidin adalah pemimpin Umno yang mencadangkan agar satu jawatankuasa teknikal dibentuk bagi mengkaji pelaksanaan hudud di Kelantan.
Ia dicadangkan selepas mengunjungi Mursyidul Am PAS yang juga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan.
Ekoran cadangan Umno itu, PAS memutuskan untuk menangguhkan keputusannya membawa usul peribadi ke Dewan Rakyat bagi meminta kebenaran membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Ia bertujuan memberikan ruang seluasnya kepada Jawatankuasa Teknikal antara dua kerajaan iaitu kerajaan negeri Kelantan dan persekutuan membincangkan hal itu.

Mereka panggil paria, saya tak kisah pun, kata Rayer

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menjadi sasaran kemarahan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang kelmarin berkata beliau juga dimaki dengan kata-kata kesat tetapi tidak menghiraukannya.

“Mereka panggil saya pelbagai nama, haram jadah, paria... Lebih baik bahaskan isu ini,” kata Rayer ketika ditemui Malaysiakini di Dun Pulau Pinang semalam.

Telur-telur yang ditulis dengan kata-kata cercaan oleh perusuh Umno untuk dibaling kepada Rayer. Foto Malaysiakini
Rayer merujuk kepada tindakan sekumpulan ahli Umno yang menceroboh Dun untuk mencarinya, antaranya kerana menggelarkan pemimpin Umno celaka.

Kumpulan itu sebelumnya menyertai perhimpunan di luar dewan yang antaranya menggelar Rayer sebagai 'bangsat', 'paria' dan 'rasis' sambil membawa telur ayam untuk dibaling kepada Rayer.

Rayer bagaimanapun menjelaskan, beliau menggunakan perkataan 'celaka' terhadap tiga pemimpin Umno kerana parti itu sering menguar-uarkan konsep 1Malaysia tetapi memainkan politik perkauman.

Pemimpin Umno itu ialah dua anggota Parlimen – Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor) – dan timbalan pengerusi Umno negeri Musa Sheikh Fadzir.

Ketiga-tiga mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-Umno di Seberang Jaya pada Januari yang kontroversi apabila kain rentang mengaitkan DAP dengan tragedi 13 Mei dipamerkan.2:42PM - 23 May 2014

Kawal ahli kamu, kata MCA pada Khairy


Pemuda MCA hari ini menegur rakan sejawatnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, supaya mengawal anggota pergerakan itu ekoran perhimpunan kontroversi mahu membakar ibu pejabat DAP semalam.

“Pemuda MCA mengutuk keras ancaman oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan untuk membakar ibu pejabat DAP, tindakan yang boleh mencederakan dan memakan korban nyawa.

“Kami gesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk kawal dan tenangkan anggotanya,” kata Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon.

Semalam, sekumpulan anggota Pemuda Umno mengadakan bantahan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur kerana tidak puas hati dengan tindakan wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menggelar pemimpin Umno celaka.

Selain ungkapan menghinanya, sebuah papan tanda besar DAP juga ditumbangkan.

Sebelum itu, dalam bantahan di DUN Pulau Pinang, sekumpulan peserta perhimpunan menceroboh DUN, memaksa usul tergempar diadakan dan ketua pembangkang negeri daripada Umno kemudiannya memohon maaf.

Dalam kenyataannya hari ini, Chong berkata, walaupun MCA dan DAP masing-masing bermusuh secara politik, “perlindungan terhadap demokrasi dan kestabilan mesti diutamakan”.

Katanya, mereka juga tidak setuju dengan kegagalan DAP memaksa Rayer menarik balik “penghinaannya” tetapi ia mestilah menggunakan peti undi dan bukannya melalui gangguan, kekasaran, kemusnahan harta benda dan ancaman keganasan.

Sementara itu, Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari membidas dan menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menarik balik kenyataan yang mengganggap tindakan Pemuda Umno itu sebagai satu reaksi semulajadi.

"Amatlah jelik apabila timbalan presiden Umno itu mengandaikan adalah mudah untuk memperbodoh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dengan kenyataan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng cabar Umno pecat ahli bertindak samseng

HARAKAHDAILY | .

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno agar memecat 12 anggota parti itu yang bertindak samseng menceroboh Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang kelmarin.
Ini kerana, setelah dibebaskan dengan ikat jamin oleh seorang bertaraf VIP, 12 samseng Umno itu semalam tanpa rasa bersalah ingin mengulangi tindakan mereka dengan berkumpul di luar Dun.
"Bagi pihak kerajaan negeri, kami ingin mengutuk ahli-ahli Umno yang bertingkah laku macam samseng mahu merusuh di luar perkarangan Dun Pulau Pinang.
"Kami menghargai kehadiran polis untuk menjaga ketenteraman tetapi meminta tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap mereka," ujar Guan Eng ketika menggulung perbahasan sidang Dun.
Menurut Guan Eng, walaupun Ketua Pembangkang yang juga Adun Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid memohon maaf bagi pihak 12 ahli Umno itu semalam dan mengakui tindakan itu salah, namun mereka yang terbabit masih mahu mengulangi tindakan mereka.
"Memandangkan ahli-ahli Umno (itu) masih berdegil lagi, adakah tindakan pemecatan dari Umno akan dilakukan memandangkan mereka ini tidak hormati undang-undang negara tetapi memilih cara keganasan?
"Beranikah Umno memecat mereka untuk membuktikan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa Umno menjauhi dan tidak mendokong keganasan?" soal beliau.- HARAKAHDAILY, 23/5/2014

Jumaat, 23 Mei 2014


Samseng Politik: Pejabat DAP Kuantan pula dibaling telur


Selepas ibu pejabat DAP semalam, pejabat parti itu di Kuantan pula hari ini menjadi sasaran serangan sekumpulan individu.

Identiti mereka setakat ini belum jelas tetapi berdasarkan kain rentang yang dipamer menggambarkan kumpulan itu aktivis NGO dan anggota Pemuda Umno Bentong.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang.

Menurut organ DAP Rocket, peserta perhimpunan melempar pejabat parti itu dengan telur dan merosakkan papan tanda dan pintunya.

Memakai kain ikat kepada mereka, mereka mengibarkan bendera Pahang dan membawa plakad dan kain rentang menyifatkan DAP sebagai “rasict” (sic) dan “celaka”.

Antara kain rentang dikesan juga bertulis: Jangan bermain dengan api, orang Melayu jangan dicabar”.

Jumaat, 23 Mei 2014


"Tindak Balas Spontan": Muhyiddin kini penaung samseng, kata Kit Siang

Justifikasi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin susulan ancaman Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP menunjukkan beliau adalah seorang penaung samseng, kata penasihat DAP Lim Kit Siang, hari ini.
"Adalah salah untuk ancam membakar mana-mana bangunan. Adakah Muhyiddin mengakui dia seorang penaung samseng? Jawapan beliau menunjukkan kita kehilangan seni bersetuju untuk tidak bersetuju," kata Lim pada sidang media di Teluk Intan, hari ini.
"Adakah  mengancam serangan sudah menjadi kebebasan untuk bersuara? Kebebasan seseorang untuk bersuara berakhir apabila anda mengancam keselamatan orang lain,” katanya.
Awal hari ini, Muhyiddin menyifatkan bantahan Pemuda Umno sebagai "tindak balas spontan" ekoran imej parti mereka dicemar.
"Ini hanya reaksi spontan, mereka berasa terpanggil untuk mempertahankan maruah parti apabila seseorang berkata parti mereka celaka," Muhyiddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiakini.
Timbalan presiden Umno itu enggan menjawab soalan pemberita apabila ditanya adakah tidak salah untuk Pemuda Umno mengugut untuk membakar bangunan.
Dengan membawa sepanduk, kira-kira 50 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membuat bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew di Kuala Lumpur semalam sebelum menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Serdang yang juga strategis DAP, Dr Ong Kian Ming.
Mereka mengugut untuk membakar bangunan itu dan pemimpin DAP mendakwa perusuh itu memusnahkan papan tanda parti.

Piala Dunia: Perancis minta sedia makanan halal

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Meskipun Perancis bukanlah negara umat Islam, namun skuad bola sepak negara itu ke Piala Dunia 2014 meminta tuan rumah, Brazil menyediakan makanan halal kerana terdapat pemainnya yang beragama Islam seperti Karim Benzema dan Franck Ribery.
Salah satunya ialah daging yang mesti disembelih sesuai kaedah Islam. Untuk hal ini, permintaan Perancis sememangnya munasabah termasuk untuk para penyokongnya yang beragama Islam.
Perancis diletakkan dalam kumpulan E bersama Ecuador, Honduras dan Switzerland.
Sementara, Algeria yang merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti muslim pula meminta Brazil menyediakan kitab suci Al Quran di semua bilik hotel yang akan ditempatkan para pemain dan staf pelatih.
Dengan adanya Al-Quran, para pemain dan staf pelatih tidak perlu lagi bersusah-susah membawa Al-Quran saat menuju Brazil.
Algeria berada dalam kumpulan H bersama Belgium, Russia dan Korea Selatan.
 
Pasukan Perancis.

Pasukan Algeria.

DAP nasihatkan ahli bertenang hadapi provokasi

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: DAP menasihatkan ahli-ahlinya agar tidak membuat sebarang provokasi ekoran tindakan biadap sekumpulan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang mengancam membakar ibu pejabat parti itu semalam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng percaya ancaman pemuda Umno itu bertujuan untuk mengacau perjalanan kempen DAP bagi dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kita tahu ini bertujuan untuk mengacau PRK kita, sehingga Dyana Sofya pun diugut.

"Kita lihat dari Pulau Pinang, Teluk Intan sampai ke Kuala Lumpur. Umno sekarang banyak samseng. Mereka berkelakuan begitu biadap sekali," katanya dalam sidang media sejurus berakhirnya sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Guan Eng menyifatkan tindakan pemuda Umno itu satu perbuatan yang sangat bahaya dan mendesak pihak polis menghadapkan mereka ke mahkamah.

"Kita amat terkejut dengan ugutan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan datang ke ibu pejabat DAP dan bertindak begitu biadap. Apabila datang hantar memorandum boleh cucuk hidung salah seorang ahli DAP.

"Kemudian koyakkan memorandum dan baling kepada MP Serdang yang datang untuk menerima memorandum itu. Ada laungan di kalangan ahli-ahli Umno untuk membunuh mereka yang ada dalam ibu pejabat DAP. Saya rasa ini sudah keterlaluan. Saya pun tak faham adakah ini pendekatan dasar baru Umno?" tegasnya.

Guan Eng yakin tindakan ganas pemuda Umno itu didorong oleh kegusaran hakisan sokongan rakyat kepada BN dalam PRK Teluk Intan.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk mendisiplinkan para anggotanya.

"Inilah muka liberal Umno sekarang.  Kalau inilah caranya, tidak ada harapan untuk Umno menjadi kerajaan dan pemimpin rakyat bagi memerintah negara ini," katanya.

Semalam kira-kira 50 pemuda Umno telah bertindak ganas di hadapan ibu pejabat DAP di Pudu dengan merempuh halangan polis dan merosakkan papan tanda parti itu.

Mereka menuntut DAP mengenakan tindakan disiplin kepada Adun DAP RSN Rayer yang melabelkan tiga pemimpin Umno negeri sebagai 'celaka' kerana cuba menghidupkan sentimen 13 Mei. - HARAKAHDAILY, 23/5/2014
Like · ·

[BONGKAR] Inilah manusia yang sebok bab CELAKA, BRA/UNDERWARE, TAIK, AHLI PAS & SERBU DUN

Inilah mahkuk kebanggan UMNO..
Beginikah orang yang nak di angkat jadi pemimpin???
berlakon jadi ahli pas... sudah..
demo coli& seluar dalam...sudah..
jadi kera dalam dewan DUN...sudah...
makan kek tahi.... pon sudah..
LEPAS NI APA PULAK DRAMANYA...!!!
Anda nilaikannya sendiri....

Kementerian kaji semula penggunaan cermin gelap kenderaan

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk mengkaji semula aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan dan kepenggunaan, kata pemangku menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Beliau, yang juga Menteri Pertahanan berkata bahawa MOT sedia maklum mengenai pandangan dan maklum balas rakyat yang beranggapan peraturan dan undang-undang berhubung penggunaan cermin gelap ketinggalan zaman.
  
"Susulan daripada pandangan dan maklum balas ini, saya ingin memaklumkan kementerian sedia mengkaji dan meminda semula peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan.
  
"Saya telah mengarahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Long See Wool untuk menganjurkan bengkel khas bagi tujuan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Pada masa kini, Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus.

Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didenda RM500 atau penjara tidak melebihi dua minggu bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan seterusnya boleh didenda RM1,000 atau penjara maksimum sebulan.
  
Menerangkan lebih lanjut mengenai bengkel khas itu, Hishammuddin berkata, ia telah dijadualkan pada 2 dan 3 Jun ini, bertempat di Hotel Holiday Inn Glenmarie Shah Alam, dan akan dibahagikan kepada lima sesi.
  
"Antara pengisian bengkel ini ialah melihat kembali standard ketelusan cahaya cermin gelap kenderaan berdasarkan peraturan antarabangsa sedia ada seperti 'United Nation Vehicle Regulation R43 (Safety Glassing)'.
  
Bengkel ini juga akan memperhalusi usaha memastikan pengguna dapat diupayakan dari segi maklumat dan kefahaman mengenai penggunaan cermin gelap," kata Hishammuddin.
  
Bengkel pertama dipengerusikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membincangkan peraturan sedia ada, bengkel kedua oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) bagi mengkaji amalan penggunaan cermin gelap oleh negara-negara luar, manakala bengkel ketiga oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengkaji peraturan cerman gelap dari perspektif keselamatan dan jenayah.
  
Bengkel keempat pula akan dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membincangkan penguatkuasaan dan kawal selia penjualan cermin gelap di premis aksesori kenderaan dan yang terakhir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi membincangkan pengimportan kereta bercermin gelap dengan permit import (AP). - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan