Jumaat, 23 Mei 2014

BOLEHKE BELIAU CAKAP MACAM TU....AGAK2LAH DIMALAYSIA SAJA PULUHAN RIBUAN MEMPUNYAI KELULUSAN IJAZAH BIDANG AGAMA....TU BELUM SARJANA DAN KEDOKTORAN/PHD SERTA PENGAJIAN PONDOK SERTA HAFAZ QURAN

BILA CAKAP TAK BERBISA LAGI....DAH TAK DE AURA...MUSUH NAMPAK KESALAHANYA....KAWAN SENDIRI SEMUA NAMPAK OK....DIA FIKIR ORANG SEMUA BODOH KOD....TAK TAHU MENILAI CERAMAH AGAMANYA ....CERAMAH AGAMANYA DAH TAK TERKESAN LAGI....MUNGKIN DAH RAMAI ORANG TAK MAHU DENGAR 

 

PRK TELUK INTAN- AURA DYANA... KITA LIHAT SIAPA YANG KENA ! Hahaha!...

Written By canang on Khamis, 22 Mei 2014 | 5/22/2014 09:03:00 PTG

SAMSENG UMNO : JANGAN BAWA MASUK ORANG KAPIR !
"Ini kampung Melayu, jangan bawa masuk orang kafir. Keluar daripada sini!" jerit pemuda samseng Umno itu kepada Dyana Sofya dan petugas kempen PR di Kampung Padang Tembak.
Adakah jika calon BN Mah Siew Keong masuk ke kampung itu Mah juga akan dihalau oleh samseng Umno itu ?
Pro Umno mungkin ada jawapannya !



 
punya bodo kazim anjing ni... yang rosmah tak bertudung ko diam pula.. parti gerakan tu sokong hudud ke bodo!!!? dah terlampau jilat punggung rosmah sampai buta habis.. memang sesat sapa ikut ustaz anjing umno 
..

 

 ARKIB : 30/04/2014

Gerakan, MCA tolak hudud


Kiri Mah Siew Keong, Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR 29 April - Gerakan dan MCA menentang keras usaha Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, Jun ini bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Ketika menyatakan pendirian parti itu, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menegaskan, pihaknya menghormati agama Islam, tetapi merasakan hukuman itu tidak sesuai dilaksanakan di negara yang berbilang agama, budaya dan kaum seperti Malaysia.
Beliau mendakwa, pelaksanaan hukum hudud di negara ini bercanggah dengan prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah terbukti berjaya membawa kemakmuran di negara ini sejak lebih 56 tahun lalu.
“Bagi kami di Gerakan, ini sangat penting kerana jika Pas berjaya laksanakan hudud di Kelantan, mereka akan sebarkannya ke Terengganu, Kedah dan akhirnya Malaysia dan tidak akan berpatah balik.
“Saya tahu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari UMNO kata mereka mungkin sokong hudud, tetapi saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua Ahli Parlimen UMNO untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh Pas ini," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.
Bagi membincangkan lebih lanjut isu tersebut, Siew Keong berkata, beliau akan berjumpa dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Pas yang akan bawa usul ini, kenapa tidak bercakap terus dengan Abdul Hadi. Kami mahu jumpa Abdul Hadi untuk menyatakan pandangan kenapa kami rasa hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
“Saya sedia berjumpa dengan Abdul Hadi di mana sahaja dan kalau perlu, kami akan pergi ke ibu pejabat Pas. Ia bukan satu masalah kerana masa depan negara ini lebih penting. Kami mahu selesaikan perkara ini kerana kesan kepada anak cucu kita dan sekarang bukan masa untuk berpolitik," katanya yang berharap dapat bertemu Abdul Hadi sebelum Parlimen bersidang Jun ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama Gerakan, Datuk Gooi Hoe Hin mendakwa, pelaksanaan hukum Islam itu mencabuli prinsip-prinsip utama dalam Perlembagaan Persekutuan dan asas-asas yang telah dibentuk selama ini.
“Kenapa hendak perkenalkan undang-undang yang akan memecahbelahkan rakyat negara ini kepada kelompok-kelompok keagamaan? Kenapa perlu ubah struktur asas negara seperti yang terkandung dalam Perlembagaan?
“Hudud tidak praktikal untuk dilaksanakan dan akan menimbulkan kekeliruan serta huru-hara kepada rakyat kerana ada dua sistem perundangan. Apa akan berlaku jika kesalahan jenayah melibatkan umat Islam dengan penganut agama lain? Adakah adil sekiranya hanya umat Islam dikenakan hukum hudud manakala bukan Islam pula undang-undang jenayah sivil," tambahnya.
Hoe Hin menegaskan, DAP dan PKR perlu bertanggungjawab daripada segi politik dan moral bagi menghalang sekutunya itu daripada membawa rang undang-undang persendirian tersebut ke Parlimen.
Menyuarakan nada sama, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pakatan pembangkang perlu menjelaskan mengenai pendirian mereka berhubung rancangan Pas itu kerana mereka kini dilihat terumbang-ambing dalam mencapai kata sepakat berhubung perkara itu.
“Abdul Hadi kata macam ini, Kit Siang dan Tian Chua pula berkata macam itu. Jadi mana satu yang mereka setuju? Ketidaksepakatan mereka ini menyebabkan rakyat yang keliru apakah pendirian mereka sebenarnya.
“Bagi MCA pula, kita menolak hudud oleh Pas ini kerana ia akan mewujudkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Bukan bermakna kita menentang Islam tetapi perkara ini perlu kata sepakat oleh semua pihak jika mahu dilaksanakan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tiong Lai berkata, MCA akan membincangkan keputusan parti itu berhubung calon Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat.


" 4 Parti Komponen BN Sah Tolak Hudud. Apa Keputusan UMNO? "

Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR - Empat parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini sebulat suara menegaskan bantahan mereka terhadap rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Dalam sidang media bersama di Wisma MCA di sini, pemimpin keempat-empat parti itu berkata langkah tersebut tidak mengikut perlembagaan dan akan menjejaskan masa depan negara.

Mereka mengingatkan langkah itu jika diluluskan, akan mendorong Pas menuntut pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan hudud di peringkat negara.   

"Jika sistem kehakiman mempunyai dua set undang-undang jenayah, ia akan mencetuskan kekalutan (imbroglio) perlembagaan. Ringkasnya, tidak boleh berpatah balik lagi," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika membaca kenyataan bersama mengenai isu itu.

Turut hadir ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Naib Presiden LDP, Chin Shu Ying.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini mengumumkan Pas Kelantan akan membawa usul di Parlimen, seawal-awalnya Jun ini, bagi memohon kebenaran melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

Walaupun hanya mempunyai sembilan wakil di Parlimen (MCA tujuh dan masing-masing seorang daripada Gerakan dan SUPP), pemimpin keempat-empat parti itu berkata mereka akan melakukan segala yang terdaya bagi menghalang perkara berkenaan.  

Tiong Lai berkata, DAP yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam kalangan pembangkang sepatutnya memainkan peranan menghentikan Pas daripada meneruskan rancangannya.

"Jika mereka tidak boleh berbuat demikian, saya fikir mereka wajar meninggalkan pakatan pembangkang," katanya.- Bernama



Tahniah Alang Shukrimun atas penerangan yg mudah difahami.
(Bagus share pencerahan yg bagus ini)
Dua soalan yang sering ditanya kebelakangan ini.
1. Saya pengundi Teluk Intan. Nak undi yang mana ni? Calon DAP yang tak nak sokong hudud atau Gerakan?
2. Saya ahli PAS. Boleh ke berkempen untuk DAP yang menolak hudud?
Jawapan:
Bagi pengundi, anda ada tiga pilihan.
1.UNDI DAP
2.UNDI GERAKAN
3.TAK MENGUNDI
Kalau anda undi DAP, calon dia tolak hudud
Kalau anda undi Gerakan, calon dia tolak hudud
Kalau anda tak mengundi, pemenang akan tolak hudud juga.
Ok. Jadi kesannya sama. Seri. Bermakna dalam hal calon tolak hudud, tidak boleh dijadikan penilaian untuk memilih. Kita perlukan penilaian lain.
Kalau undi DAP, dasar parti itu tiada menghalang hudud dilaksana. Yang keluarkan kenyataan hanya peribadi ahlinya. Kalau undi Gerakan, terang-terang lantang menolak hudud, sehingga tidak mahu benarkan MP PAS masuk parlimen untuk membentang bil persendirian. Kalau tak mengundi, anda memberi peluang kepada Gerakan untuk menang mudah.
Jadi, pilih DAP bukan sebab sokong pendirian mereka, tetapi pilih sebab tolak Gerakan. Adakah kita lebih sanggup lihat Gerakan menang? Lalu apa tindakan kita untuk tidak benarkan Gerakan menang?
Kalau undi DAP, kita boleh melihat bagaimana adilnya mereka menerajui Pulau Pinang. Agama islam tidak ditindas bahkan mendapat keistimewaan yang tidak dapat di zaman pemerintahan BN. Pulau Pinang dinobat kerajaan paling bersih mengikut laporan audit. Kalau undi Gerakan, semua ini tidak akan berlaku.
Lagi, jika undi DAP, mereka sebahagian PR, dan di sana terdapat PAS yang memperjuang hudud. Sedangkan Gerakan yang berada dalam komponen BN, tiada langsung pejuang hudud. PR berpakat dalam resolusi konvensyen 2011 mahu sama-sama mentadbir dengan saling menghormati dasar parti, sedangkan dalam BN, MCA awal lagi mengugut untuk keluar BN andai UMNO menerima hudud. Mana lebih baik?
Al-Quran ada membawa kisah pertembungan antara Rom dan Parsi. Dalam surah Ar-Rum ayat 1-4:
Alif Lam Mim. Rom telah dikalahkan (oleh Parsi). Di sebuah kota yang rendah. Kemudian selepas dari itu mereka pula bakal mengalahkan (Parsi). Ia akan berlaku dalam masa beberapa tahun. Segala urusan adalah milik Allah, sebelum dan sesudahnya. Dan pada kemenangannya itu membuatkan orang beriman bergembira.
Umat islam mengharapkan kemenangan Rom. Bukan menyokong kekufuran mereka, dan bukan menyokong siri penentangan mereka terhadap islam, tetapi kerana mereka agak baik jika dibandingkan dengan Parsi.
Jika perjuangan Islam lebih ringan dengan menghadapi Rom dibandingkan dengan Parsi, Perjuangan PAS pula lebih ringan menghadapi DAP daripada BN.
Bagi pengempen pula, jawapannya tidak jauh berbeza. Kita membantu bukan bermaksud menerima mereka, tetapi bantu mereka untuk menumpaskan musuh yang lebih bahaya. Rasulullah memeterai Sulhul Hudaibiah bagi membolehkan beliau berdakwah ke luar tanah arab dengan lebih mudah, bukan kerana redha terhadap kekufuran musyrikin Quraisy.
Selesaikan satu persatu dahulu. Lepas selesai hadap Gerakan/BN, baru kita fikir macamana nak hadap DAP pula.
Cuma kita perlu jaga batas dalam berkempen. Bagi lelaki, tak perlu bersalaman dengan calon. Tak perlu tampal poster yang mendedahkan auratnya. Tampal logo partinya sahaja. Jaga keselamatan mereka. Kempen rumah ke rumah untuk mereka. Itu tak mengapa.
Terpenting adalah niat. Tanamkan dalam diri, tujuan kita adalah tumbangkan Gerakan. Ini suatu peperangan yang menentukan kelangsungan mereka. Yang bertanding melawan Dyana adalah Presiden Gerakan. Kalau mereka kalah, besar kesannya terhadap BN sekaligus membri keuntungan besar buat perjuangan Islam.
Jangan ada niat lain dari itu jika mahukan pahala. Demi islam.
(Alang Ibn Shukrimun)
Teuku Zacharyah Iskandar

Bahasa

‘Samseng BN’ ganggu kempen DAP, hala ekzos ke muka Dyana Sofya

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
May 21, 2014
Latest Update: May 22, 2014 08:35 am
Seorang lelaki cuba menghalang calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud semasa sesi bertemu pengundi di Taman Padang Tembak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014. Seorang lelaki cuba menghalang calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud semasa sesi bertemu pengundi di Taman Padang Tembak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud petang ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, kata ahli Parlimen DAP.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata samseng seramai lapan orang itu menghalakan ekzos motor kepada pasukan kempen DAP yang mahu menemui pengundi di kawasan itu.
“Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin. Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat.
“Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan perlakuan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam Dyana turut menerima provokasi daripada seorang pemuda bermotosikal dengan membunyikan hon dan mempersoalkannya mewakili DAP.
Reaksi Dyana Sofya semasa sesi bertemu pengundi hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014. Reaksi Dyana Sofya semasa sesi bertemu pengundi hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014. Bagaimanapun, Dyana tidak menghiraukan pelakuan tersebut dan terus mengukirkan senyuman kepada penduduk setempat sambil memperkenalkan dirinya.
Zairil berkata semasa sesi bertemu pengundi petang ini, mereka turut ditemani ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain.
Katanya, meskipun provokasi sedemikian dijalankan, namun Dyana dan pasukan kempennya berjaya menyelesaikan misi mereka menemui pengundi di kawasan tersebut.
“Mereka marah dan menjerit di depan muka kami mengatakan ‘ini kampung Melayu’.
“Kami dari Pakatan datang bersama ahli Parlimen PAS dan pemimpin PKR setempat. Kami pastikan keselamatan Dyana dan tidak membiarkan kumpulan berkenaan menghampirinya.
“Nasib baik tiada apa yang berlaku. Polis datang lambat. Samseng itu membuat kacau sehingga minyak motor mereka habis,” katanya kepada The Malaysian Insider. – 21 Mei, 2014.

 
JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN
Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda: Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"
KETERANGAN:
Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:
Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.
Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasih yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.
Demikianlah yang dijelaskan oleh para alim-ulama dan bergitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain.
Hadis ini sengaja diletakan diawal buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain. walaupun hal kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Mudah-mudahan Allah swt dengan limpah kurnianya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah. Amiin.


UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASARANI

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. sahabat bertanya, Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan nasarani yang kau maksudkan? Nabi menjawab, Siapa lagi kalau bukan mereka.

KETERANGAN:

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dann perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw ini. ramai orang islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru cara hidup yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. ramai orang islam yang telah teperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan Ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ.
Daripada Anas ra berkata: Bersabda Rasulullah saw, selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq. - HR Ibnu Ady.
KETERANGAN
Nabi saw menerangkan di akhirzaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat munkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima disisi Allah swt.. Syaitan tidak mahu orang jahil itu mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan Si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruh malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga si Alim itu meninggalkan kefarduannya. maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfedah, bahkan akan menjai musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itulah kejayaan syaitan.
UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

Daripada Abu Huraiah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (Ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. - HR Muslim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan