Khamis, 24 April 2014

KESELAMATAN MILIK ALLAH...KITA SEMUA PUN MOHON PERLINDUNGAN ALLAH...ALLAH BOLEH APA SAJA DENGAN SEKELIP MATA....JANGAN BERLAGAK SOMBONG DENGAN ALLAH SWT

PERTH: Biro Keselamatan Kenderaan Australia (ATSB) yakin bahawa bahan tidak dikenal pasti yang hanyut ke darat di Augusta, pantai barat daya Australia Barat, bukan daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
  
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada Khamis berkata ATSB, selepas meneliti gambar-gambar bahan itu secara terperinci, berpuas hati bahawa ia bukan petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pencarian pesawat malang itu.
  
JACC yang mengendalikan operasi mencari itu berkata demikian dalam kenyataan di sini.
  
Jurucakap ATSB, Martin Dolan, dalam temu bual dengan CNN pada Rabu berkata bahan itu merupakan kepingan logam dengan cantuman rivet.
  
"Memang cukup menarik bagi kami untuk meneliti gambar-gambar itu...tapi keterujaan itu berkurangan, semakin lama kami melihatnya," katanya.
  
ATSB turut memberikan gambar-gambar itu kepada pasukan penyiasatan Malaysia, menurut JACC dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, Polis Australia Barat menerima laporan mengenai bahan yang hanyut ke pantai 10 kilometer timur Augusta, kira-kira 322 kilometer ke selatan dari sini dan telah mengambil bahan itu sebelum diperika ATSB.
  
Sementara itu, JACC berkata operasi mencari secara visual dan dalam air akan diteruskan hari ini dengan menggunakan 11 pesawat tentera dan 11 buah kapal yang terlibat dalam kawasan pencarian visual terancang kira-kira 49,567 kilometer persegi dengan kedudukan tengah kira-kira 1,584 kilometer di barat utara Perth.
  
Sementara itu, Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21 kini dalam misi ke-12nya dengan tumpuan yang diberikan di kawasan pencarian dalam air telah 90 peratus siap, tanpa menemukan dengan apa kepentingan berkaitan setakat ini.
  
Sebelum bermulanya operasi pencarian udara hari ini, agensi itu menarik perhatian kepada keadan cuaca semasa dengan jangkaan taufan luar tropika akan bergerak ke selatan.
  
"Ramalan cuaca hari ini ialah hujan lebat dan awan rendah dengan kelajuan angin selatan timur hingga 35 knots, laut berombak tiga hingga empat meter tinggi dan tahap penglihatan satu kilometer jauh," menurut agensi itu.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
  
Gerakan mencari Boeing 777-200 itu melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian selepas diketahui kapal terbang itu melencong dari laluan, misi mencari digerakkan di sepanjang koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Berikutan analisis terhadap data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
  
Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak menetapkan harga lantai secepat mungkin bagi mengurangkan keluh kesah para penoreh getah yang kini tertekan ekoran harga getah semakin menurun.

Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, penoreh getah terus terhimpit dengan keadaan harga getah yang semakin menurun apatah lagi cuaca sekarang yang membantutkan aktiviti mereka.

"Sekarang hujan, menoreh pun tak boleh sebab hujan. Harga pula turun. Masalah bertimpa-timpa datang kepada mereka.

"Menetapkan harga lantai yang sepatutnya sekurang-kurangnya boleh memberi kelegaan kepada petani," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, kerajaan tidak perlulah terlalu lama untuk mengambil masa menetapkan harga lantai kerana ianya melibatkan periuk nasi puluhan ribu petani di negara ini.

"Nak masuk dalam 'lab' jangan terlalu lama sangat, pekebun kecil makin tertekan," bidasnya.

Amiruddin juga tidak menolak harga getah berbeza-beza di sesetengah tempat kerana tidak ada sukatan yang tepat mengenai Dry Rubber Content (DRC).

"Apabila disukat dengan rambang dan ikut penilaian masing-masing, harga akan menjadi berubah-ubah di tempat berbeza-beza," katanya.

Justeru, beliau meminta kerajaan menggunakan cara yang lebih saintifik supaya lebih memberi keuntungan kepada penjual getah.

Kelmarin, pekebun kecil di Felda New Zealand Pahang mengadakan demonstrasi ekoran harga getah turun lagi kepada RM1.80 sekilogram.

Mereka turut memegang kain rentang yang tertera "Harga getah turun lagi, kami derita sengsara...di mana pemimpin Umno BN".
Menjelang kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia pada Sabtu ini, dilaporkan kawalan keselamatan diperketatkan ke tahap tertinggi di negara ini. Sememangnya menjadi suatu polisi dan protokol kepada mana-mana negara yang bakal menyambut pemimpin tertinggi AS itu untuk bersedia dengan kawalan keselamatan tertinggi yang perlu ada bagi mengelakkan sebarang risiko.

Umum mengetahui bahawa Presiden AS mempunyai banyak musuh. Ia menandakan polisi negaranya yang tidak mahu bersahabat dengan negara-negara lain, terutama pesaing global. Malah, negara kerdil juga menjadi bahan belasahan negara Uncle Sam itu seperti yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan lain-lain.

Membahayakan keselamatan Presiden AS akan membahayakan keselamatan negara ini sendiri. Jika berlaku apa-apa terhadap Barrack Obama semasa lawatannya nanti, maka sudah pasti negara turut terancam. AS tidak teragak-agak untuk menyerang mana-mana negara yang membahayakan pemimpin utamanya. Itulah risiko yang dihadapi dan negara memperketatkan keselamatan bagi menyambut ketibaannya bagi menjaga keselamatan rakyat dan negara juga dalam erti yang sebenarnya.

Dalam pada Malaysia menetapkan kadar keselamatan terhebat bagi menyambut ketibaan Presiden AS itu, suka diingatkan juga bahawa kadar keselamatan yang tinggi juga perlu diberikan kepada warga negara Malaysia sendiri. Meskipun Presiden AS ada keistimewaannya tersendiri yang mesti dilebihkan, namun jangan sampai keselamatan rakyat pula terabai. Isu jenayah yang berlaku di negara ini menjadi semakin serius dengan aksi ngeri menggunakan senjata ringan dan berat. Kecederaan dan kematian adalah risiko yang sentiasa dihadapi oleh mangsa sama ada dalam bentuk jenayah rompakan, samun, ragut, rogol, mahupun penculikan.

Kejadian penculikan di Semporna, Sabah dengan dua wanita menjadi mangsa dan samun melibatkan sebuah kapal yang kerugian 2 juta liter minyak diesel semalam di Pelabuhan Kelang benar-benar mengejutkan banyak pihak. Selain itu, misteri kehilangan pesawat MAS MH370 membuka mata bahawa keselamatan rakyat di negara ini sudah lama terancam.

Yang diinginkan, jika keselamatan Presiden AS menjadi keutamaan, dengan pasukan keselamatan negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, layanan yang sama atau hampir serupa diberikan kepada rakyat warga negara. Ia bukan bermakna pihak keselamatan perlu menjejaskan rutin warga negara atau mengubah landskap negara serta membelanjakan ratusan juta ringgit. Yang penting, tahap keselamatan dipertingkatkan dengan memastikan rakyat Malaysia merasa tenteram dan selesa dengan keamanan di negaranya. Yang diharapkan, jenayah akan terkawal manakala kawasan sempadan negara sentiasa dilindungi dari golongan lanun dan penjenayah.


Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu 16.22 peratus daripada 15,000 perkahwinan pasangan Islam yang didaftarkan di negeri itu sepanjang tahun lalu kini pada pelbagai peringkat proses penceraian.
  
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiaj dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata kes membabitkan perkahwinan yang dilaksana di dalam negeri dan di luar negara.

"Daripada semua kes itu, 299 membabitkan tuntutan fasakh, 218 cerai taklik dan 1,916 adalah di peringkat mengemukakan permohonan perceraian di mahkamah syariah," katanya menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (PAS-Kuala Semantan), di sini.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata sejak 2009 hingga tahun lalu, sebanyak 814 tuntutan nafkah isteri dan 1,114 tuntutan nafkah anak dikemukakan di mahkamah syariah di Pahang.

"Daripada jumlah keseluruhan permohonan tuntutan itu, sebanyak 81 peratus atau 1,562 kes sudah diselesaikan.

"Baki kes yang belum diselesaikan masih dalam proses mahkamah dan ada juga gagal dimuktamadkan berikutan masalah seperti defendan menghilangkan diri, dimasukkan ke pusat serenti atau dipenjarakan," katanya. - Bernama

BANTING: Tidak ramai yang menyedari kewujudan maahad tahfiz sains di Selangor yang berpotensi melahirkan generasi profesional hafiz di negeri ini.
Malah kejayaan yang diraih maahad tahfiz sains di Selangor sebenarnya setanding dengan institusi serupa yang wujud di negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu.
Salah satu institusi tahfiz sains yang mula menempa nama di negeri ini khususnya di daerah Kuala Langat adalah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB).
MITIB adalah kesinambungan daripada dua institusi pengajian tahfiz terdahulu di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor iaitu Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH Selangor) dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).
MARTAH Selangor telah ditubuhkan pada 16 April 1990 dan beroperasi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri, Shah Alam) sehingga 1997.
Pada peringkat awal, pengambilannya terhad kepada 10 pelajar setahun. Mulai 1997 jumlah pelajar ditambah kepada 20 orang dan seterusnya kepada 30 orang pada tahun seterusnya.
Pada 1996, Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat ditubuhkan khusus untuk pelajar perempuan dan berpusat di Bukit Naga, Klang dengan pengambilan sulung 20 pelajar.
Pengambilan pelajar melibatkan pelajar-pelajar lepasan SRP (kini PMR).
Para pelajar akan mengikuti pengajian selama 5 tahun dengan 2 tahun di peringkat Sijil Tajwid dan 3 tahun di peringkat Diploma Tahfiz Wal Qiraat.
Pada tahun akhir pengajian, pelajar akan mengikuti peperiksaan diploma berpusat di Darul Quran JAKIM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti dalam dan luar negara.
Pada pertengahan 1997, MARTAH Selangor telah dipindahkan ke Istana Alauddin, Kampung Bandar, dekat sini.
Maahad tahfiz ini menggunakan bangunan Istana Alauddin sehinggalah kompleks maahad tahfiz yang baru siap dibina sepenuhnya pada akhir 1999.
Nama MARTAH Selangor masih dikekalkan sehinggalah pada tahun 2003 ia telah digabungkan dengan Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Lil Banat di Bukit Naga dan ditukar nama kepada Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).
Sistem pembelajaran yang digunakan masih sama kecuali pengambilan hanya untuk pelajar-pelajar lepasan SPM.
Maahad ini akhirnya telah ditutup pada 2005 untuk diserap sebagai satu fakulti di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Menyedari peri pentingnya mewujudkan generasi pelapis dalam bidang tahfiz al-Quran serta melahirkan golongan profesional yang mahir dalam bidang al-Quran, Jabatan Agama Islam Selangor memutuskan untuk mewujudkan maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan sains dan teknologi.
Bersandarkan kepada objektif dan matlamat tersebut, pada 28 Januari 2008, Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) mula beroperasi dengan pengambilan sulungnya seramai 58 orang pelajar terpilih dari seluruh Negeri Selangor berdasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA.
Matlamat penubuhan MITIB adalah melahirkan murid yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dengan mempunyai ciri-ciri berilmu pengetahuan; berakhlak mulia, bertanggung jawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; berbakti dan menyumbang kepada masyarakat dan negera; serta memiliki keperibadian seimbang dan sepadu.
Secara umum MITIB menyediakan peluang pengajian dalam aliran tahfiz al-Quran dan sains dengan menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran agama, akademik (sains) dan tahfiz.
Usaha ini diharap dapat melahirkan saintis dan profesional yang hafaz al-Quran dan menghayati kandungannya, serta dapat menjana pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai  pelbagai ketrampilan dan pengetahuan dalam era globalisasi.
Ikuti temubual dengan Pengetua MITIB, Ustaz Anas Ayob pada siri akan datang.
KUALA LUMPUR: Sebalik desakan keras terhadap Menteri Besar Selangor agar mendedahkan kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) Penstrukturan Air dengan Pusat, hanya 12 orang sahaja yang mengambil peluang melihat dokumen itu sepanjang tempoh ianya dipamerkan.

Dokumen yang diklasfikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu didedah kepada awam bermula 7 hingga 18 April lalu iaitu sepanjang Dewan Negeri Selangor bersidang.

Ianya dibuat selepas banyak pihak mempertikai kerajaan Selangor kononnya enggan berkongsi kandungan MoU yang ditandatangani oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Selangorkini melaporkan, daripada 12 orang yang melihat dokumen itu, 11 adalah pengamal media manakala seorang lagi adalah pengamal perundangan.

Tiada seorang pun wakil mana-mana parti politik tampil meneliti kandungan MoU tersebut.

Mengulas perkara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor telah memberi ruang kepada orang awam untuk meneliti dokumen itu selaras dengan polisi kebebasan maklumat Kerajaan Negeri.

“Tak apalah kalau tidak ramai tengok sebab dewan itu terbuka kepada yang berminat.

“Kita teruskan polisi ketelusan dan kebebasan maklumat dengan salurkan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada rakyat,” kata Abdul Khalid semalam.

Kusta melorek sejarah panjang dalam tamadun manusia. Kajian perubatan menunjukkan bahawa kusta bukanlah penyakit warisan, kusta tidak berjangkit, kusta boleh dirawat dan bukan satu hukuman tuhan. Pun begitu, kita wajar berasa sedih kerana pada suatu masa, tidak ramai orang yang memahaminya. Kini di Malaysia, rawatan bagi pengidap kusta boleh sahaja didapati hospital dan klinik-klinik kesihatan awam.

Akibat stigma dan tahap capaian penyelidikan perubatan di masa lalu, begitu juga pemahaman masyarakat terhadap kusta yang masih cetek di masa ini, boleh disimpulkan bahawa pesakit kusta menjalani kehidupan sengsara didiskriminasi, termasuklah dalam soal hak penjagaan anak-anak.

Pada suatu masa, setiap anak yang dilahirkan oleh ibu bapa kusta perlu dipisahkan kerana dikhuatiri mengakibatkan penularan penyakit. Anak-anak ini pula akan ditempatkan di rumah-rumah kebajikan sekitar dan ramai juga yang diambil sebagai anak angkat. Mereka terpaksa menjalani kehidupan baru jauh dari kasih sejati ibu-bapa sebenar.

Kebanyakan anak-anak ini berketurunan Cina dan ramai di kalangan mereka dijadikan anak angkat oleh pasangan Melayu. Kini, anak-anak yang terpisah itu sudah dewasa. Yang mengetahui asal keturunan, ada yang mencari, ada yang tidak peduli.

Melawan stigma, menjejak asal keturunan

Atas sifat kasih sayang dan peduli, NGO Pasukan Sejarah Lisan Sungai Buloh ditubuhkan mengisi lompong sejarah negara yang makin dilupai. NGO ini bertujuan membantu masyarakat, khasnya keturunan anak-anak perkampungan kusta Sungai Buloh, dalam pencarian asal-usul mereka. Pasukan ini diketuai saudari Tan Ean Nee, bekas pengacara di stesyen ntv7 yang mendedikasikan sepenuh tenaga dan masa beliau memanggung derita emosi anak-anak dan ibu-bapa yang terpisah.

Suatu petang, Ean Nee menghubungi saya melalui nombor telefon yang diperolehinya dari teman merangkap bekas bos saya di MerdekaReview.com, Lim Hong Siang. Beliau menyatakan hasrat untuk menerbitkan sebuah buku versi Bahasa Malaysia berjudul ‘Pertemuan di Pusara’ yang antara lain memaparkan pergulatan emosi dan usaha pencarian waris-waris, anak keturunan Sungai Buloh. Beliau menawarkan saya untuk menjadi editor buku tersebut. Saya menerimanya tanpa banyak soal. Mulai saat itu, saya mendapat pendedahan menyayat hati tentang penderitaan emosi anak-anak bekas pesakit kusta Sungai Buloh yang merindui ibu-bapa mereka yang terpisah sejak beberapa dekad lamanya.

Buku Pertemuan di Pusara mengisahkan pengalaman hidup Puan Noraeni yang merupakan salah seorang waris, anak Sungai Buloh berketurunan Cina. Kisahnya penuh dengan warna warni emosi dan sangat inspiratif. Beliau telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang pemandu kepada Tuanku Sultan Kelantan ketika itu. Bermulalah kehidupan baru Noraeni membesar di istana Kelantan dengan curahan kasih sayang pasangan Mohamed bin Haron dan Mek Esah binti Haji Salleh. 20 tahun berlalu, setelah mendapat tahu dirinya adalah keturunan pesakit kusta Sungai Buloh, beliau berusaha keras menjejak semula susur-galur keturunannya.

Pada permulaan, Noraeni bergerak sendiri-sendiri sehinggalah bertemu dengan Ean Nee. Dengan bantuan Ean Nee dan Pasukan Sejarah Lisan Sungai Buloh, pihak media, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kawalan Kusta Negara, Noraeni berjaya menjejak ibunya di Sungai Buloh.

Harapan Noraeni untuk mendakap, bertemu, memberikan kasih sayang tidak berbelah-bagi rupanya tidak kesampaian apabila mendapati ibu kandungnya Goh Moi Kia telah meninggal dunia. Pun demikian, Noraeni redha, gembira bertemu dengan ibunya walau di pusara. Teka-teki Noraeni sejak puluhan tahun akhirnya terjawab. Beliau akur dengan kehendak takdir.

‘Pertemuan di Pusara’ tidak hanya menceritakan pengalaman yang dilalui Noraeni. Ia turut memaparkan beberapa lagi individu yang senasib seperti kisah Puan Mazita yang berjaya ditemukan dengan ibu kandungnya Booi Nya setelah terpisah 50 tahun.

Tema besar persaudaraan

Segala kisah yang dihimpunkan dalam naskhah ini menyimpulkan bukan semata-mata lakaran emosi dan memori lampau tetapi ia juga menjunjung tema-tema besar persaudaraan sejagat tanpa meletak label pada perbezaan.

Dalam konteks politik negara, agama dan budaya sering menjadi modal politik sempit sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab hingga sedikit sebanyak mencetus resah di kalangan kita. Justeru adalah amat wajar setiap kita memainkan peranan sebagai agen pembaharuan agar generasi akan datang mendapat manfaat yang tidak putus hasil perpaduan utuh seluruh bangsa-bangsa yang berpayung dibawah panji Jalur Gemilang.

Dalam kesempatan ini, ingin saya rakamkan setinggi-tinggi rasa bangga dan bertuah menjadi sebahagian dari tenaga kerja menyiapkan buku Pertemuan di Pusara. Bagi yang berminat mengetahui lanjut mengenai penempatan kusta Sungai Buloh, sila klik http://thewayhome.my/

Puisi: Pertemuan dan Perpisahan di Pusara

Di Sungai Buloh kami berkampung
Hari demi hari menanti-nanti
Putus tali dapat disambung
Putus kasih dibawa mati

Langit sama dijunjung
Bumi sama dipijak
Yang dinanti-nanti tiada berkunjung
Entahkan sudi, entahkan tidak

Dalam akhbar berita sisipan
Hilang anak tolong carikan
Walau 1000 kekesalan dan harapan
Janganlah ayah ibu dipersalahkan

Jikalah ibu dapat mendengar rintihan dan jeritan hatiku ini…

Ibu
Luhurnya hatimu
Sucinya jiwamu
Suara kasihmu
Tidak ku dengari
Belai kasihmu
Tidak ku rasai
Rindumu tiada kesudahan
Cintamu tiada batasan
Ku kau kandung sembilan bulan
Dalam perit melahirkan

Kerakusan undang-undang
Bikinan manusia tanpa ihsan
Merentap naluri insan
Tiada mengenal kasih dan sayang
Di Sungai Buloh ibu terpenjara
Dalam sepanjang usia
Tiada pernah merasa
Meriba, mendukung,memeluk, membelai

Apakah erti sebuah perkahwinan?
Apakah erti sebuah kehamilan?
Apakah erti sebuah kelahiran?
Apakah erti institusi kekeluargaan?

Ibu! Oh…Ibu!
Akanku perjuangkan
Meskiku hanya menemui mu
Di tanda sebuah pusara
Bersemadilah dengan sejahtera!

Nukilan Noraeni Mohamed (Cheong Yee Moi)
18 Disember 2009
(Puisi yang diterbitkan dalam buku Pertemuan di Pusara)


Kisah Benar Kejadian Hitam Dalam Pasaraya Giant
PDRM SABAH : Kisah Benar
BERHATI-HATI!! Maklumat terbaru dan SEBARKAN kepada orang awam. Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini.
Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di pasaraya One Borneo KK.
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja sekuriti lelaki One Borneo untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.
Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal.
Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya. Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.
Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat awam atau di mana-mana. Kecuaian senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah.
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!
‪#‎sy‬ mendapat info tadi dari kwn . .ini patut dihebahkan,bukan untuk menakut-nakutkan, tapi untuk langkah berjaga-jaga demi keselamatan semua. .
sumber
KUALA LUMPUR: Tarikh PRK Bukit Gelugor sudah pun diumumkan.

Untuk PR menang di sana tidak menjadi masalah sebab di dalam PRU13 yang lalu Karpal telah menang dengan majoriti yang amat besar iaitu 42,706 undi, tulis blogger Kelab Greenboc.

Fokus PR kali ini tentulah untuk menang dengan lebih besar, jika boleh menghilangkan deposit BN. Ia tidak mustahil kerana di negeri Pulau Pinang inilah sejarah tercatat semasa PRU13 di mana BN hilang deposit di dua kerusi Dun.

Cita-cita PR untuk hilangkan deposit BN di Kajang tidak kesampaian tetapi tidak mustahil dicapai di Bukit Gelugor!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan