Jumaat, 25 April 2014

NGOK...TAK HERAN NON MUSLIM MENOLAK HUDUD SEBAB MEMANG CORFIRM TAK BERIMAN PADA ALLAH DAN QURAN....YANG PELIK KATA BERIMAN TAPI TOLAK...MUNGKIN MEREKA NGOK


KUALA LUMPUR: Sehari selepas Ahli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan, hari ini Gerakan selaku sekutu Umno pula bertindak serupa.

Sekumpulan Pemuda Gerakan hari ini menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993)  melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersama 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob di Pejabat Agung PAS di sini tengah hari ini.

"Dengan ini kami memberi notis kepada PAS. Kami akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk menegakkan perlembagaan persekutuan negara kita sekiranya PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan," kandungan notis itu dipetik.

Selain penyerahan itu, mereka juga dibenarkan menggunakan ruang sidang tingkat bawah bangunan itu bagi menyatakan pandangan berhubung undang-undang Islam itu.

Semalam, Nur Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak menyokong usaha untuk perlaksanaan hudud.

Katanya, usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong perlaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

“Jika tidak, nenek moyang kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

Dalam pada itu, tiga ahli parlimen Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu.




Pertama saya selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang PAS mengucapkan terima kasih pada Parti Gerakan di atas surat atau notis undang undang bertarikh 24.4.2014 yang dihantar kepada PAS berkenaan isu hudud.

Keduanya,PAS yang mendokong amalan demokrasi termasuk kebebasan bersuara menghormati hak dan kebebasan parti Gerakan melalui sayap pemudanya atas pandangan mereka berkenaan hudud itu. PAS mungkin tidak setuju dengan pandangan Gerakan namun yakin dan percayalah kami akan mempertahankan hak dan kebebasan bersuara anda dengan segala kudrat kami.

Ketiganya, jika dilihat kepada isi kandungan surat itu sebab utama penentangan Gerakan kepada hasrat perlaksaaan hudud oleh PAS adalah berkisar kepada isu Perlembagaan.  Gerakan berpendapat undang undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan kerana dikatakan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan bahawa hudud boleh dilaksanakan.

Amat malang pihak Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh PAS atau Kerajaan Kelantan. Ketiadaan perincian dakwaan mereka ini menimbulkan andaian adakah pihak Gerakan menghantara notis tindakan undang undang kepada PAS hanya berdasarkan sentimen semata mata dan sikap gopoh tanpa terlebih dahulu menghalusi Perlembagaan dan peruntukkan di dalamnya.

Dakwaan Gerakan dalam Notis mereka kepada PAS bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara kita adalah, dengan hormat, satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang  perjalanan sistem undang undang jenayah dalam negara ini.

Untuk makluman Gerakan, kewujudan dua sistem jenayah dalam negara ini telah pun wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud. Sejak awal lagi negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem jenayah itu iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Oleh itu sama ada hudud wujud atau tidak , hakikatnya negara kita telah pun mempunyai dua sistem jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan. Nampaknya bukan Pas yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan.

Malahan jika kita mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih dari dua sistem jenayah dalam negara kita. Bagaimana pula dengan kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah!

Apa pun kita patut memuji Gerakan kerana meskipun mereka menghantar Notis yang boleh dikatakan pra matang kepada PAS, mereka tidaklah dilihat menghina hukum hudud seperti para pemimpin Umno, sekutu mereka yang beragama Islam , yang pernah dan diketahui menghina hukum hudud  secara terbuka sebelum ini.

Alexender Pope menyatakan " Little knowledge is dangerous thing" maka atas ruh kata kata tersebut saya ingin menasihatkan pemimpin Gerakan pelajarilah hukum hudud sebelum kamu ingin menentangnya. Adil kah menentang hudud tanpa mengetahui dan  memahami undang undang hudud itu terlebih dahulu ?

Saya juga berharap Gerakan juga perlu bersikap konsisten. Mengapakah kita tidak mendengar Gerakan menentang undang undang zalim dan drakonian seperti ISA , Akta Hasutaan, Akta Penerbitan Dan Pencetakan, SOSMA , Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi.

Mengapakah apabila kerajaan BN luluskan Akta Pencegahan Jenayah yang mengembalikan kuasa menahan tanpa bicara Gerakan tidak membantah malahan menyokong. Bukankah ia adalah Akta yang zalim dan melanggar hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan?Mengapakah tiada notis dihanta kepada Umno , MCA dan MIC?

Adakah Gerakan sedar dan tahu bahawa tiada penahanan tanpa bicara dalam hudud malahan prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".

Saya mengambil kesempatan ini mengajak Gerakan untuk kita sama sama berdialog atau berdebat secara rational dan matang dalam isu hudud ini. Gerakan sediakanlah tempat, tarikh dan masa insya Allah PAS bersedia datang bila bila masa.

*Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS merangkap Ahli Parlimen Sepang.
“Orang PAS ni dok habih-habih nak lawan kerajaan. Semua hok kerajaan buat dok kena belako!” seorang Pak Cik yang datang ke sebuah kedai kopi di Jabi dengan Honda Cup buruk membebel sambil makan nasi berlauk.

“Anak kita sekolah kerajaan, jalan kerajaan buat, lektrik kerajaan bagi, air kerajaan bagi tapi dok tahu nak terima kasih, nak lawan semacang kerajaan!” Saya terdengar dialog ini dari seorang Pak Cik umur 50 an yang tengah naik haji di atas wakaf ketika kebetulan saya singgah membeli nasi bungkus di sebuah gerai di Kuala Besut.

Sewaktu kempen PRU13 lalu, ada terdengar di telinga saya, “Calon PAS tu boleh jadi doktor kerana bantuan kerajaan, tapi kelik lawan kerajaan. Pesen dok kenang budi!”

“Mak Cik bukan tak boleh nak pakah PAS, tapi kerajaan banyak bantu Mak Cik. Dekat nak raya kekgi, boleh pitih pulok.” Jawab seorang warga emas di Jabi ketika saya mengunjunginya dalam kempen Pilihan raya 2008.

“Awe nak suruh ambo pakah PAS? Kalu awe boleh bawak sedulang emas pun, ambo tak akan pakah PAS untuk lawan kerajaan!!” Ini ucapan yang keluar dari seorang kaum ibu Umno di Kampung Kuala Kubang, Jabi ketika saya mengunjungi rumahnya dalam kempen PRU13 lalu.

Apa kesimpulan yang boleh kita ambil dari senario di atas? Saya cerita di sini level  tahap kefahaman orang kampung saya di Besut, tapi sebenarnya orang bandar pun sama dan serupa. Kefahaman yang ditelan sejak turun temurun, lawan Umno maknanya lawan kerajaan!

Bila kita masuk pilihanraya bermakna kita nak tukar kerajaan. Berapa persen orang yang faham, PAS masuk pilihan raya untuk nak tukar parti pemerintah, bukannya nak tukar kerajaan. Yang kita nak tukar adalah Umno/BN.

Kerajaan kekal, Polis kekal, Askar kekal, Bomba kekal, jalanraya kekal, lektrik kekal, Jabatan Pelajaran, Universiti kekal, Persatuan Bolasepak kekal, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kekal, Risda kekal, Felda kekal, Felcra Kekal, Petronas kekal, Lebuhraya Utara Selatan kekal cuma buang plaza tol saja, KLIA kekal, Stadium Nasional kekal, Masjid Negara Kekal dan Putrajaya kekal!

Semua salah faham dalam masyarakat ini berlaku tak lain tak bukan kerana ajaran salah Umno. Bantuan kerajaan dilekatkan logo keris dan dacing. Premis kerajaan jadi premis Umno. Projek kerajaan menggunakan wang rakyat diletakkan label ‘SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL ‘ lengkap dengan logo penimbang kati.

Masa pilihan raya habis jentera kerajaan jadi jentera Umno, premis-premis milik kerajaan jadi tempat pemimpin Umno bertemu dengan rakyat. Presiden Umno masih ke sana-sini dengan pesawat kerajaan walaupun parlimen dah bubar.

Orang tua dulu kalau lawan Umno tak dapat baja subsidi. Kalau lawan Umno kena tukar tempat kerja. Cikgu yang lawan Umno kena surat tunjuk sebab. Isteri yang jadi calon PAS lawan Umno, suami pula yang dapat notis tukar 24 jam. Ayah yang lawan Umno, anak pula susah nak dapat duit Yayasan Terengganu. Lawan Umno tak dapat duit ehsan. Lawan Umno tak disambung kontrak guru Kafa dan pelbagai lagi.

Seolah-olah subsidi baja tu dari duit Umno,  cikgu tu kerja dengan Umno, Yayasan Terengganu tu hak Umno, guru Kafa Umno yang bayar gaji dan duit ehsan dikeluarkan dari akaun Umno untuk diberi kepada penerima.

Inilah perangai Umno yang dah lama jadi hantu raya yang menakutkan rakyat dengan bayang-bayang.

Kerana itulah saya pernah jumpa pegawai tinggi polis yang menasihatkan saya supaya jangan lawan kerajaan. Kesian dia. Di topi ada logo kepala harimau, di baju pun ada kepala harimau, atas bahu ada bintang, ada crown lagi. Celah ketiak ada tali, tak cukup dengan pistol, ada tongkat pula. Tapi penakut dengan Umno dan tak tahu nak beza dia kerja dengan Umno atau dengan kerajaan!

Bekas Dekan saya di Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM dulu pun memang Umno tulen. Selalu dia sebut kepada saya, kita kena mendukung polisi kerajaan, jangan lawan kerajaan. Saya kata, tak ada masalah untuk kita dukung polisi kerajaan, melaksanakan dasar-dasar kerajaan kerana itu memang tanggungjawab kita sebagai pegawai kerajaan. Yang saya lawan adalah Umno, bukannya kerajaan!

Apa sebabnya pegawai kerajaan takut sangat dengan Umno, fobia dengan PAS dan Pakatan Rakyat? Kalau anda seorang pegawai polis, PAS memerintah pun anda tetap pegawai polis. Cikgu-cikgu tak akan jadi penoreh getah. DO tak akan kena kerja kait buah kelapa sawit. Pegawai pelajaran tak akan jadi cikgu mengajar beruk naik nyiur dan pilot kapal terbang tak akan jadi pemandu teksi.

Kalau sekarang anda makan nasi, PAS dan Pakatan Rakyat memerintah pun, dengan izin Allah anda tetap akan makan nasi. Cuba tengok di Kelantan, berapa ramai orang yang beli Beras Nasional berbanding dengan orang beli beras Siam yang lebih berkualiti. Sepatutnya dengan lebih 20 tahun PAS memerintah, sudah banyak restoran yang menghidangkan menu ubi kayu berbanding nasi.

Cukup-cukuplah dengan kebodohan itu!

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) berhubung projek pembinaan Menara Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion.

Ketuanya Khairil Nizam Khirudin menyerahkan memorandum itu kepada Naib Pengerusi PNB Noor Azman Abdul Aziz yang mewakili Pengerusi PNB di bangunan pejabat itu di ibu negara.

Penyerahan dibuat dalam pertemuan tertutup hampir dua jam dengan taklimat diberikan CEO PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud.

Sebelum ini, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan bantahan perhadap projek tersebut atas beberapa faktor.

Antaranya termasuk pandangan rakyat seperti kajian yang dijalankan Merdeka Centre yang mendapati 65 peratus daripada 1,005 responden yang dikaji, tidak bersetuju dengan pembinaan ini.

Selain itu, pembinaan menara ini juga katanya akan menjejaskan hakisan sejarah negara kerana akan dibina atas tapak Taman Merdeka Negara.

Taman itu jelasnya adalah berperanan sebagai zon penampan kepada Stadium Negara dan Stadium Merdeka sekaligus bertentangan dengan Seksyen 25(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Khairil yang juga lagi Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, menegaskan pembinaan tersebut turut bertentangan dengan keadaan ekonomi yang melanda negara ini.

Katanya, tatkala rakyat berhadapan dengan tekanan ekonomi ekoran kenaikan kadar inflasi, pembinaan ia tidak wajar sama sekali, malah tidak memberi kesan kepada limpahan ekonomi khususnya kepada kelompok rakyat yang banyak.

Beliau juga mendakwa kajian juga mendapati masih banyak kediaman kondominium mewah yang belum diisi sepenuhnya termasuk juga unit pejabat mahupun ruang membeli belah.

"Kondominuim hanya 32 peratus daripada 27,000 unit masih kosong, ini tidak termasuk jangkaan lebih kurang 5,204 unit baru pada tahun 2014. Unit pejabat mencapai 14 peratus daripada 90 juta kaki persegi dan ruang membeli belah adalah 10 peratus daripa 44 juta kaki persegi pada tahun 2013," katanya sebelum ini.

Khairil menjelaskan, bantahan ini juga dibuat atas kebimbangan akan berlakunya kesesakan jalan raya yang amat teruk.

Ini kerana kawasan tersebut merupakan lokasi premium yang berdekatan dengan kawasan segi tiga emas, di mana kesesakan bukan hanya berlaku pada waktu puncak tetapi turut berlaku dalam kebanyakan waktu.
Dari hospital ke Dewan Negeri
Dari Doktor jadi Wakil Rakyat
Insan Tabah menyukai seni
Sentiasa sedia untuk berkhidmat

Berjumpa rakyat siang dan malam
Tidak merungut keluh-kesah
Ayahnya berjuang menegakkan Islam
Tanah dan harta habis disedekah

Pemurah dan penyayang sifat terpuji
Di tambah pula komited dan rajin
Habis elaun dan juga gaji
Diinfak untuk rakyat miskin

Setiap hari turun padang
Bertemu rakyat tanpa jemu
Sentiasa senyum bila dipandang
Rakyat gembira bila bertemu

Penat bekerja tidak terasa
Dulu merawat kini berkhidmat
Pusat Khidmat dibuka sentiasa
Jadi rujukan dan tumpuan rakyat

Orangnya dedikasi serta penyabar
Rajin bekerja di sebalik tabir
Beri rawatan tanpa dibayar
Teguran dan nasihat sentiasa dibibir


Sofi Wahab
Bukit Katil
KUALA LUMPUR: Dalam agenda untuk terus memperbodohkan rakyat dan dalam masa yang sama menjadikan pakatan antara PAS, PKR dan DAP haru biru, Najib hari ini dilaporkan telah berkata Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak hukum hudud.

Bagi penulis blog Anak Sungai Derhaka, kenyataan Najib itu dipercayai dikeluarkan bagi mengumpan para penyokong PAS yang kelihatan agak terkilan bila mana media-media tunggangan Umno menyiarkan laporan mengenai penolakan pelaksanaan hukum hudud oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah berkata, hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan.

Katanya lagi, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak tertentu.

Menurut Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat menghormati keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pendapat. 

Pertimbangan tersebut diambil kira ekoran penggubalan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1993, iaitu sebelum permuafakatan di antara PAS, DAP dan PKR.

Ianya sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Ini laporan mengenai apa yang Najib kata di atas itu.
Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar. 
"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai. 
"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini. 
Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati. 
Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.
"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya. 
Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan. 
"Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta). 
"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya. - Bernama

Tengok video di bawah ini... dengar apa yang Najib katakan tentang pelaksanaan hukum hudud suatu masa lalu...
... Mungkin memberi jaminan tidak akan melaksanakan hudud itu bukannya bermaksud menolak hudud kot?.. Macam pesawat MH370 itulah.. bukannya terhempas di Lautan Hindi tapi berakhir di Lautan Hindi.
KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng meminta pimpinan dan ahli DAP agar tidak memberi sebarang komen berkenaan Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor bagi mengelakkannya diputarbelit media arus perdana.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, sebarang pengumuman akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (CEC) 28 April nanti.

Katanya, jawatankuasa DAP Pulau Pinang akan bermesyuarat petang ini dan CEC pula pada 28 April berhubung persediaan PRK itu.

Menurutnya lagi, pencalonan akan dibincangkan oleh CEC dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pencalonan DAP yang diketuai beliau dan dianggotai Pengarah Pilihanraya Tan Kok Wai dan Ketua Parlimen Lim Kit Siang.

Justeru, katanya tiada pengumuman berkenaan calon akan dibuat sebelum 28 April.

“Sehingga tempoh itu, saya, Tan dan (Pengarah Pilihanraya DAP Pulau Pinang) Chow Kon Yeow akan menjadi jurucakap berhubung PRK ini,” katanya dipetik Roketkini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu menggesa agar DAP tidak memandang ringan PRK kali ini serta bekerja keras untuk menghadapinya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Bukit Gelugor pada 12 Mei dan hari mengundi pada 25 Mei.

PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam satu kemalangan jalan raya awal berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada pagi 17 April lalu.
Keh3
Like · ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan