Sabtu, 29 Mac 2014

MH370 OH MH370 21

4:51PM - 29 Mar 2014

Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami

Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di

kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan
baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.

Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil.

Kapal tunda disangka pesawat terhempas


SEBUAH kapal tunda disangka kapal terbang penumpang di Lautan Atlantik dekat Gran Canaria, Kepulauan Canary kelmarin.



MADRID, Sepanyol - Perkhidmatan Kecemasan Kepulauan Canary milik Sepanyol tersilap sangka apabila mempercayai maklumat yang disalurkan seorang lelaki yang mendakwa dia melihat sebuah kapal terbang di permukaan Lautan Atlantik kelmarin.
Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan itu menyatakan, lelaki tersebut melihat objek seperti kapal terbang penumpang di atas lautan semasa berjalan di tepi pantai Pulau Gran Canaria.
"Dia (lelaki tersebut) memberitahu kami, terdapat sebuah kapal terbang dan kami mula melakukan misi pencarian," tambahnya.
Ketika beberapa buah helikopter penyelamat dan polis dikerahkan ke kawasan pencarian, pihak Menara Kawalan Trafik Udara Gran Canaria mengesahkan kepada perkhidmatan kecemasan bahawa objek yang dilihat itu ialah kapal terbang.
Pihak perkhidmatan kecemasan kemudian menghantar kenyataan di laman Twitter dengan membuat pengesahan bahawa sebuah kapal terbang terhempas 3.21 kilometer dari pantai.
Bagaimanapun, beberapa buah helikopter di lokasi kejadian mengesahkan bahawa objek tersebut bukan sebuah kapal terbang.
Namun, objek itu sebenarnya adalah sebuah kapal tunda yang kelihatan seperti sebuah kapal terbang. - Agensi

Singapura pertahan cara Malaysia kendali misi cari MH370



ANGGOTA tentera membantu memasukkan sebuah heikopter Sea Hawk ke dalam pesawat C-17 milik Tentera Udara Diraja Australia di Perth semalam.



SINGAPURA - Pemerintah Singapura semalam mempertahankan cara kerajaan Malaysia mengendalikan misi pencarian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam turut menyatakan, jiran-jiran Malaysia melakukan apa yang terdaya untuk membantu mencari pesawat MH370 itu selepas ia dilaporkan hilang.
Namun, katanya, kebanyakan negara-negara jiran Malaysia itu mengalami kekurangan sumber untuk melakukan misi pencarian pada skala besar-besaran.
"Saya berpendapat, sebahagian kritikan itu (ke atas Malaysia) adalah tidak adil," katanya.
Terdapat kritikan yang dilemparkan sebelum ini oleh beberapa pihak yang mendakwa, kerajaan Malaysia melengah-lengahkan usaha mencari pesawat berkenaan. - Agensi

Pesawat temui 11 objek di Lautan Hindi



GAMBAR menunjukkan salah satu objek yang dilihat dari atas sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja New Zealand di lokasi kawasan pencarian baharu dari di Lautan Hindi semalam.



SYDNEY - Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menyatakan, lima pesawat carian menemui beberapa buah objek pelbagai warna di kawasan pencarian baharu.di Lautan Hindi.
"Imej fotografi objek yang dirakamkan itu akan dinilai malam ini (semalam).
"Bagaimanapun, objek itu tidak boleh disahkan atau diambil kira sebagai serpihan pesawat MH370 sehingga ia tidak dipindahkan di atas kapal," kata AMSA dalam satu kenyataan.
Menurut AMSA, jumlah keseluruhan 10 pesawat yang mengendalikan pencarian di kawasan baharu merangkumi keluasan 250,000 kilometer persegi .
Agensi tersebut berkata, misi mendapatkan objek itu merupakan tugasan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01 yang melakukan pencarian di kawasan itu.
Ia akan memproleh objek-objek itu pada hari ini.
"Keadaan cuaca dijangka munasabah untuk melakukan pencarian pada hari ini," kata AMSA.
Antara pesawat yang mengesan objek adalah sebuah pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat peninjau Australia, P3 Orion.
Berdasarkan laporan berita BBC, 11 objek dikesan berada di dalam kawasan pencarian baharu itu.
Terdahulu, AMSA dalam satu kenyataan berkata, misi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Perth berdasarkan maklumat terkini yang disalur oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
Pihak AMSA berkata, agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan.
Operasi pencarian penerbangan MH370 dipindahkan ke utara di Lautan Hindi selepas petunjuk baharu mendapati pesawat mungkin bergerak lebih laju daripada anggaran asal. - Agensi

Pencarian MH370 beralih ke lokasi baharu


SEPASUKAN pegawai Maritim Malaysia melihat peta lokasi pencarian terbaharu pesawat MH370 di dalam Kapal KM Langkawi ketika berlabuh di Pelabuhan Kuantan, Pahang semalam.



MELBOURNE - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, terdapat satu petunjuk baharu yang boleh dipercayai dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak tiga minggu lepas.
Laporan media Australia menyebut, Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaharu radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 kilometer (km) ke timur laut berikutan makluman daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
Kawasan pencarian sebelum ini ditumpukan di kawasan sejauh 2,500km dari barat laut Perth, Australia dan dengan peralihan tersebut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) lebih dekat dengan daratan di Perth.

Malaysia tidak akan serah kalah

BEIJING - Kerajaan Malaysia tidak akan menyerah kalah dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-21 semalam walaupun kotak hitam pesawat hanya mengeluarkan isyarat selama 30 hari.
Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam, Ahmad Nizar Zolfakar berkata, kerajaan memberi komitmen untuk meneruskan operasi SAR sehingga kotak hitam pesawat dijumpai.
Menurutnya, kerajaan akan mencontohi langkah yang diambil Perancis dalam operasi SAR bagi mengesan bangkai pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009.

Pesawat lebih laju

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata, terdapat satu petunjuk baru yang boleh dipercayai dalam pencarian penerbangan MH370 yang hilang hampir tiga minggu lalu.
Laporan media Australia berkata, Abbott sudah diberi taklimat mengenai analisis data terbaru radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 kilometer ke timur laut berikutan makluman terbaru daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
Zon pencarian kini seluas kira-kira 319,000 km persegi dan 1,850 km ke barat Perth.

Analisis itu datang dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum perhubungan dengan MH370 terputus.
FotoPESAWAT Orion milik Tentera Udara Diraja Australia berlepas dari Pangkalan Pearce di Bullsbrook yang terletak 35 kilometer di utara Perth meneruskan misi mencari MH370.

“Itu petunjuk baru yang boleh dipercayai dan akan diperiksa dengan teliti,” Abbott berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Bekas CEO MAS kenal kapten MH370

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) mempertahankan kedua-dua juruterbang yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 dengan menggambarkan kedua-dua mereka sebagai umat Islam yang baik.
Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (gambar), 80, yang pernah memegang jawatan sebagai CEO MAS untuk 10 tahun berkata, dia mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah sejak dia memasuki MAS sebagai juruterbang kadet.

Abdul Aziz berkata, dia mengenali Zaharie secara dekat dan menggambarkan dia sebagai seorang juruterbang yang hebat dan lelaki yang berbudi bahasa.
“Saya berpendapat mereka (media) membuat laporan silap dengan menyalahkan Zaharie,” katanya dalam temu bual dengan CNN.

Ketika disoal mengenai Fariq Abdul Hamid, 27, Aziz berkata, dia mengenali bapa kepada Fariq, iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Selangor, Abdul Hamid Mat Daud.

“Fariq dan bapanya mendalami agama Islam dan kitab al - Quran secara mendalam,” katanya.
CNN melaporkan Zaharie dituduh mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370 berikutan sokongan kuatnya terhadap Pakatan Rakyat.

Simulator bersih

Kuala Lumpur: Simulator milik juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang dirampas pihak berkuasa Malaysia bersih daripada sebarang data meragukan yang boleh mengaitkannya dengan kehilangan misteri pesawat itu.
Keputusan siasatan terhadap simulator yang ada di rumah Zaharie itu diumumkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), semalam selepas siasatan dilakukan sejak 16 Mac lalu.

Akhbar The New York Times memetik jurucakap FBI Michael Kortan sebagai berkata, tidak ada bukti kukuh dalam simulator terbabit yang dapat mengaitkan juruterbang itu dengan kejadian berkenaan.

Ia melaporkan pasukan penyiasatan FBI tidak menemui sebarang bukti untuk mengaitkan Zaharie selepas FBI meneliti cakera keras dan simulator penerbangan itu.

Bagaimanapun, Michael berkata, buat masa ini FBI tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

KD Lekiu tiba lokasi pencarian Isnin ini

Kuala Lumpur: Kapal Diraja (KD) Lekiu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka tiba ke kawasan pencarian serpihan objek dipercayai milik penerbangan MH370 yang terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth, Australia, Isnin ini.
Sumber berkata, KD Lekiu yang juga kapal kelas Frigat kini sudah tiba di Perth, kelmarin untuk tujuan mengisi bahan api selain menambah bekalan makanan sebelum memulakan pelayaran ke kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi untuk membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) bersama kapal milik Australia dan China.

Beliau berkata, KD Lekiu yang juga aset moden utama dalam armada TLDM sudah memulakan pelayaran bersama KD Kasturi ke koridor selatan sejak tujuh hari lalu dan berdasarkan perancangan yang dilakukan negara yang menyertai SAR, KD Lekiu akan diatur gerak ke kawasan pencarian berdasarkan kemampuannya sebagai kapal Frigat kelas satu.
“KD Lekiu dan KD Kasturi memulakan pelayaran dari Pangkalan TLDM di Lumut, Perak dan bergerak dengan kelajuan 60 batu nautika melalui Selat Melaka dan ia singgah di pangkalan Tentera Indonesia di Jakarta untuk mengisi bahan api serta menambah bekalan makanan,” katanya.

Pelbagai warna

Perth: Lima pesawat yang menyertai pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi menemui beberapa objek pelbagai warna, semalam.
Penemuan terbaru oleh pesawat pelbagai negara itu memberi sedikit harapan selepas usaha pasukan mencari menemui jalan buntu sejak Khamis minggu lalu.

Agensi Keselamatan dan Maritim Malaysia (AMSA) dalam satu kenyataan laman webnya semalam berkata, lima daripada 10 pesawat membuat tinjauan udara semalam mengesahkan melihat objek itu yang terapung di lautan.

“Imej objek itu sudah dirakam dan akan dianalisis sepanjang malam ini. Bagaimanapun, kita masih belum dapat mengesahkan sama ada ia adalah sebahagian pesawat MH370.
FotoSERPIHAN rumpai laut kelihatan ketika anggota Tentera Laut Diraja Australia memantau perairan Lautan Hindi.

“Pada mulanya pesawat P3-Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand melaporkan mengesan beberapa objek berwarna putih dan terang di permukaan laut.

Kos cari MH370 RM658 juta setahun

Kuala Lumpur: Pencarian penerbangan MH370 yang hilang sejak 21 hari lalu mungkin menjadi operasi termahal dalam sejarah penerbangan dunia.
Kos berkenaan termasuk bayaran minyak pesawat dan kapal yang melakukan operasi, sewaan satelit, makanan dan minum serta bayaran anggota penyelamat.

Beberapa saintis China memberi amaran kos pencarian MH370 kemungkinan lebih 10 kali daripada apa yang dibelanjakan dalam pencarian pesawat Air France penerbangan 447 lima tahun dahulu.
Dalam operasi yang memakan masa dua tahun itu, Perancis dan Brazil membelanjakan lebih 40 juta dolar (RM131.6 juta) untuk mencari kotak hitam daripada penerbangan Air France itu yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik ketika dalam penerangan dari Paris dari Rio de Janeiro pada 2009.

Robot selam turut dihantar mencari di kawasan dasar laut, namun pihak berkuasa menghentikan operasi apabila hanya menjumpai 50 daripada 228 mayat penumpang.

Seorang pakar oseanografi daripada Universiti Ocean China di Qingdao Zhao Chaofang berkata, dia menganggarkan kos pencarian MH370 sebagai sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada pencarian Air France. “Sekiranya operasi ini dilanjutkan kepada pencarian jangka masa panjang, RM658 juta setahun diperlukan untuk tujuan ini,” katanya.
Seorang penyelidik kanan Universiti Penerbangan Awam China juga bersetuju kos mencari pesawat itu akan jauh melebihi pencarian Air France.

Bagaimanapun, pakar mengatakan mereka tidak pasti akhirnya siapa membayar kos itu.
Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini pernah menjawab isu ini dan menekankan pihak Malaysia belum lagi membincangkannya dengan negara lain.

“Tiada siapa termasuk kerajaan Malaysia atau rakan negara bercakap tentang kos.

“Semuanya tentang mencari pesawat itu. Hal wang belum pernah lagi kami fikirkan,” katanya.

Pencarian MH370 menggandingkan 26 negara yang menggerakkan aset dan sumber mereka.

Pemain golf rasa bertuah selamat tragedi MH370

Melbourne: Cabutan undian menyaksikan seorang pemain golf profesional Australia Wayne Perske menarik diri di saat-saat akhir daripada menaiki pesawat MH370, lapor akhbar The Sydney Morning Herald.
Pemain berusia 39 tahun dan bapa kepada dua orang anak dari Brisbane itu sepatutnya menaiki pesawat tersebut dari Kuala Lumpur ke Beijing untuk menyertai kelayakan PGA China.

Namun semasa di Kuala Lumpur, dalam tempoh 24 jam sebelum berlepas, beliau diberitahu beliau diundi untuk terbang pada minggu kedua kelayakan, dan bukan di minggu pertama.
Beliau kemudiannya pulang ke Brisbane.

“Saya hampir-hampir menemui malang,” katanya yang menulis tweet pada 8 Mac, hari pesawat itu hilang.

Perske memberitahu radio 2UE di Sydney pagi semalam beliau merasa sangat bertuah berada di rumah bersama keluarganya. - BERNAMA

Lokasi baru lebih konsisten

Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat penerbangan MH370 kini memasuki minggu ketiga atau hari ke-21 yang memfokuskan sepenuhnya kepada usaha mengesan objek berkemungkinan serpihan pesawat di kawasan lingkungan mencari di selatan Lautan Hindi.
Petunjuk terbaru, satelit Thaichote milik Thailand mengesan beberapa objek terapung kira-kira 200 kilometer dari lokasi pencarian yang sedang giat dijalankan kini.

Berikut adalah petikan sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, petang semalam.

Hari ini (semalam), pencarian MH370 dikaji secara lebih mendalam. Pasukan siasatan antarabangsa meneruskan usaha mengecilkan kawasan pencarian dan penerangan lanjut mengenai laluan penerbangan pesawat itu.
FotoANGGOTA Tentera Udara Diraja New Zealand membuat pemerhatian di kawasan pencarian dalam misi SAR, semalam.

Kami amat menghargai kerjasama berterusan daripada rakan antarabangsa yang menyertai pencarian yang sukar dan intensif ini.

Rakan sejawat rindu gurauan Noorida


Kuala Lumpur: “Kalau minyak kapal terbang habis sebab pusing negara lain dulu, mungkin aku tak akan balik dah,” Itu gurauan Noorida Mohd Hashim, 57, sehari sebelum menaiki penerbangan MH370 ke Beijing ketika menghadiri jamuan perpisahan yang dibuat untuknya.
Bagaimanapun, gurauan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu tidak diendahkan rakan sekerjanya berikutan sifatnya yang memang gemar bergurau.

Rakannya, Dr Hayati Abdullah berkata, kehilangannya tamparan hebat berikutan sikap bersahaja rakannya itu membuatkannya gembira.
“Saya betul-betul tidak sangka rakannya akan hilang bersama pesawat berkenaan. Sedangkan jamuan yang diadakan itu adalah yang terakhir.

“Walaupun kami berbeza bidang kuasa, Noorida tidak pernah jemu berkawan dengan semua orang dan kini saya terlalu merindui gurauannya yang mampu membuat saya gembira dan menghilangkan tekanan,” katanya.

Bagi Khadijah Masum, 58, dia hanya mampu mengalirkan air mata selepas mendengar berita penerbangan MH370 dinaiki rakannya itu hilang pada pagi 8 Mac lalu.
“Noorida sempat menasihatkan saya untuk sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesihatan suami yang menghidap angin ahmar kerana segala yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT.

‘Yakin adik masih hidup’

Jitra: “Kami sekeluarga tidak pernah berputus asa dan yakin adik masih hidup, malah menaruh harapan tinggi dan berdoa dia ditemui,” kata Jee Jing Seong, 42, abang kepada Jee Jing Hang, 41, salah seorang penumpang penerbangan MH370.
Menurut Jing Seong, walaupun pencarian pesawat itu sudah memasuki hari ke-21, dia sekeluarga masih tidak boleh menerima kenyataan adiknya sudah meninggal dunia selagi bangkai pesawat berkenaan belum dijumpai.

Katanya, setiap hari, dia dan ibu bapanya menghadiri upacara sembahyang dan doa dianjurkan Wat Jitraram, di sini, bagi memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan lancar.
“Sehingga hari ini (semalam), emak dan ayah masih bersedih dan tidak dapat menerima kenyataan kejadian buruk yang menimpa adik (Jing Hang) terutama selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) malam Isnin lalu.

“Walaupun begitu, kami sekeluarga yakin adik masih hidup begitu juga dengan penumpang lain. Saya berharap pesawat itu segera ditemui supaya adik boleh pulang ke rumah kerana kami sangat merinduinya,” katanya.

Jing Seong berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri upacara doa mempermudahkan pencarian penerbangant MH370 di Bangunan Serbaguna (Rongtham) Wat Jitraram, di sini, semalam. Turut hadir Menteri Penasihat Kedutaan Diraja Thailand di Pulau Pinang Srirat Vathesatogkit, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Boon Som Inong dan Presiden Persatuan Siam Malaysia Osot Prayun.
Sementara itu, ibu mangsa Tan Gait Gua, 68, dan bapanya Jee Teik Min, 75, yang hadir bersama ahli keluarga lain dilihat menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan sebak sebaik upacara doa berkenaan selesai.

“Selama 35 tahun saya berkawan dengannya, tidak pernah dia melukakan hati saya, malah sentiasa membuat saya tersenyum dengan sifat cerianya,” katanya. Manakala bagi seorang lagi rakan Noorida, Mohd Yusof Abdul Matheen, 50, berkata, rakannya itu sepatutnya bersara pada umur 60 tahun, namun mengubah keputusannya untuk bersara awal dengan alasan untuk menunaikan lebih banyak ibadah.



Ustaz Darul Manzil Bermimpi Lagi? Bertemu Penumpang Dan Krew MH370 Di Sebuah Pulau?


Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.
PulauOleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat….. Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ…. Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar. Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… (USTAZ MIMPI PUNCA MH370 TERHEMPAS DI LAUTAN?)
Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…
Saya tersedar…
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..
USTAZ DARUL MANZIL (Petikan dari Facebook Darul Manzil)


BIADAP !!! 6 gambar warga china hina Malaysia

BIADAP !!! 6 gambar warga china hina Malaysia | Umum tahu, di dalam pesawat MH370 majoritinya warganegara China. Tetapi, harus diingatkan insiden MH370 ini bukan disengajanya dan Kerajaan Malaysia termasuk beberapa buah negara termasuk negara China berusaha mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi.

 


Namun, segelintir golongan ultra kurang cerdik warganegara China bertindak menghina Malaysia. Lihat gambar-gambar di bawah:









Apakah mereka terlupa dengan fakta ini? Sejarah China Airlines telah membuktikan penerbangan syarikat pengangkutan udara negara itu juga pernah ditimpa tragedi yang mengorbankan banyak nyawa warganegara dari Taiwan, Hong Kong, Perancis, Swiss, Amerika, Singapura, Indonesia dan ramai lagi dari beberapa negara lain. Dan ini termasuklah dengan pasangan ibu bapa, kanak-kanak dan bayi sepertimana yang berada di dalam pesawat MH370.

 


Senarai Tragedi Kapal Terbang Komersial China:


  1. China Airlines Flight 140: 264 penumpang terkoban. 
  2. China Airlines Flight 676: 203 penumpang terkorban. 
  3. China Airlines Flight 611: 225 penumpang terkorban. 
  4. Air China Flight 129: 129 penumpang terkorban. 
  5. China Eastern Airlines Flight 5210: 53 penumpang terkorban. 
  6. China Northern Airlines Flight 6136: 112 penumpang terkorban. 
  7. China Southern Airlines Flight 3943: 141 penumpang terkorban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan