Sabtu, 29 Mac 2014

CARILAH MH370 DENGAN APACARA PUN DENGAN PERALATAN YANG CANGGIH...MARILAH KITA CARI DENGAN SEGALA UPAYA YANG SERTA PERALATAN TERCANGGIH UNTUK CARI AGAMA YANG BENAR IAITU ISLAM....JANGANLAH KITA TERPERDAYA DENGAN TIPU DAYA SYAITAN SERTA MUSUH2 ISLAM

Friday, 28 March 2014

PANAS!! Penumpang MH370 minta tolong dari Pulau Diego Garcia !!!


Seorang penumpang dari penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang telah berjaya memberitahu kedudukan semasa dia ketika ini.Lelaki tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Philip Woods telah berjaya memuatnaik satu gambar hitam yang setelah di kaji,gambar tersebut di Upload dari Diego Garcia!


Hal ini menggemparkan pengguna forum dan sedang viral di internet.Nampaknya Teori Diego Garcia sangat tepat ketika ini.


"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. "


Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg

Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat : 



Camera: Apple iPhone 5


Date: March 18, 2014 8:49:41PM


Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East


( -7.316197, 72.426544 )


Hal ini bertepatan dengan yang dilihat oleh beberapa saksi di Pulau Maldives.Mereka melihat satu pesawat besar terbang rendah menuju pulau Diego Garcia pada 8 Mac yang lalu.

Di akhir post tersebut ada yang menarik diperkatakan
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "

Admin tengah cuba meneliti gambarnya.Dan hasilnya memang benar seperti yang dijangka



Di ambil pada 18 Mac
Koordinat gambar diambil


Smartphone yang digunakan Philip Woods
Dan bila dicari kedudukan koordinat tersebut inilah hasilnya

Sumber: BLOG

Rakyat Malaysia, tiga yang lain terperangkap dalam serangan di Kabul
Posted on Saturday, March 29 @ 11:38:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Polis tempatan memindahkan warga asing dari rumah tumpangan yang diserang oleh ahli Taliban hari ini. – Gambar Reuters.
Polis tempatan memindahkan warga asing dari rumah tumpangan yang diserang oleh ahli Taliban hari ini. – Gambar Reuters.

Seorang warga Malaysia, dan tiga lagi warga asing terperangkap dalam rumah tetamu di Kabul, Afghanistan selepas sekumpulan anggota Taliban menyerang rumah tersebut, kata polis.


Saksi Reuters di lokasi berkenaan berkata, beliau melihat 20 individu bukan Afghanistan dilihat dikeluarkan dari rumah tersebut dengan keadaan pucat dan ketakutan.
Pertempuran berlaku selepas pengebom berani mati meletupkan dirinya di luar bangunan dan tembakan berterusan selama sejam selepas letupan.

Kumpulan bantuan Root for Peace dari Amerika Syarikat (AS) berkata empat individu terperangkap dalam rumah tersebut yang masih lagi diserang Taliban.
"Saya boleh sahkan rumah itu diserang dan ada empat orang di dalamnya," kata Hajji Mohammad Sharif Osmani. "Yang lain berada di luar," katanya dalam satu panggilan telefon kepada Reuters.
Osmani berkata kebanyakan anggota pertubuhan itu berjaua diselamatkan dan tiada yang dipercayai terkorban.
"Pengebom berani mati meletupkan keretanya yang dipenuhi bahan letupan di hadapan pintu rumah berkenaan yang digunakan rakyat Afghanistan dan warga asing dan kini terdapat beberapa pengebom di dalamnya," kata Hashmat Stanikzai, jurucakap polis Afghanistan.
Ketegangan di Kabul bermula ketika pilihan raya presiden bakal berlangsung minggu hadapan, dengan Taliban berikrar akan mencetuskan kekecohan.
"Pertempuran masih berlaku. Tiada laporan kematian," kata Hashmat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Jeneral Ayoub Salangi berkata sekurang-kurangnya seorang warga Australia diselamatkan, namun mereka yang lain masih belum diketahui kerakyatan masing-masing.
Taliban segera mengakui bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Pilihan Raya Presiden di negara dihuni 30 juta penduduk itu akan dilakukan pada 5 April bagi menentukan pengganti Presiden Hamid Karzai.
Minggu lalu, sembilan terkorban termasuk seorang wartawan AFP dan pemerhati pilihan raya apabila sebuah hotel diletupkan.

MOHD FARHAN DARWIS
TMI
– 28 Mac, 2014.



KUALA LUMPUR: Ucapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat penuh dengan kesayuan semasa kuliah subuh di Pulau Melaka, pagi tadi.

“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.

“Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu dipetik daripada facebook beliau.

Air mata bergenang membasahi pipi...
KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.

"Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan. Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan telah dikenal pasti," jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke suatu lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia.

AMSA berkata sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik hari ini namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang.

Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian hari ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun.

Turut terlibat sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, dan sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi.

"Kapal Haixun 01 dari Pentadbiran Keselamatan Maritim China berada di lokasi untuk mengesan semula objek itu sejak terbitnya matahari," jelas kenyataan itu.

AMSA berkata Ilyushin IL-76 berlepas ke kawasan pencarian kira-kira 9.05 pagi (waktu Australia) manakala P3 Orion pertama dari RAAF berlepas pada 9.50 pagi.

"Dua lagi pesawat P3 Orion RAAF dijadual berlepas masing-masing kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang, manakala jet awam itu pula dijadual berlepas kira-kira 1 tengah hari," kata AMSA.

Bakinya iaitu jet Pengawal Pantai Jepun, P3 Orion RNZAF dan P3 Orion Jepun, masing-masing akan berlepas pada 2 petang, 3 petang dan 4 petang.

"Enam buah kapal dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini, ditugaskan mencari semula kedudukan objek yang telah dikesan, bagaimanapun akan tiba lewat petang ini atau di sebelah malam," katanya. - Bernama
MUKAH: Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian dianggap mencatat sejarah pilihan raya di negara ini apabila jumlah mereka yang keluar mengundi setakat tengah hari sudah mencecah 60 peratus iaitu 8,014 daripada 13,233 pemilih berdaftar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata peratusan itu ialah yang tertinggi dan tidak pernah dicatat dalam pilihan raya umum atau PRK sebelum ini.

"PRK Kajang sehingga 12 tengah hari hanya 40 peratus turun mengundi tetapi pada PRK Balingian pada pukul 11 pagi 53 peratus atau 7,085 pengundi dah keluar mengundi, ini satu sejarah amat baik.

"Jika berterusan kita yakin apabila pusat-pusat pengundian ditutup pada sebelah petang ini akan mencapai sasaran 80 peratus yang telah ditetapkan oleh SPR," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga berkata proses pengundian pada sebelah pagi berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan provokasi.

"Ada isu teknikal seperti pengundi yang memeluk agama Islam menggunakan nama lain tetapi dalam MyKad nama lain dan ada seorang pengundi kad pengenalan rosak tetapi ingat nombor kad pengenalan namun ini berjaya diselesaikan,"katanya.

Beliau berkata SPR juga sedang menyiasat dakwaan seorang pemilih yang datang untuk mengundi namun namanya tiada dalam senarai daftar pemilih walaupun pernah mengundi di kawasan sama sebanyak dua kali.

"Kita akan semak dengan teliti sama ada dakwaan itu benar atau bohong, biasanya jarang berlaku nama pengundi dipotong atau dipindahkan ke tempat lain," katanya lagi. - Bernama
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu kali ini.

Ketua Umum PKR itu menyerahkan borang pencalonannya jam 11 pagi tadi, di ibu pejabat PKR melalui wakilnya yang juga Timbalan Bendahari Agung parti itu Low Chee Chong.

Chee Chong adalah penyokong kepada Anwar dalam pencalonan itu, manakala pencadang adalah bekas Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali.

Setakat ini, hampir pasti Anwar di laluan selesa untuk menduduki jawatan itu ekoran belum ada calon yang mahu mencabar.

Bagaimanapun, waktu akhir penyerahan borang pencalonan adalah jam 5 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat , Datuk Johari Abdul turut mengesahkan menerima hanya satu pencalonan untuk jawatan Presiden setakat ini.

Pada sidang media jam 12 tengahari tadi, Johari turut turut mengumumkan dua pencalonan sudah diterima bagi jawatan Timbalan Presiden iaitu masing-masing Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tian Chua.
Bagaimanapun, penyandang jawatan itu Azmin Ali belum lagi menyerahkan borang pencalonan setakat jam 12 tadi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden, enam pencalonan diterima setakat ini dan mereka adalah Fuziah Salleh, Datuk Dr Mansor Othman, Baru Bian,  N Surendran, Suresh Kumar, dan Mustafa Kamil Ayub. 
 Interpol: Hanya 0.2 saat semak pasport curi
Posted on Saturday, March 29 @ 11:34:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





HARI 22 MH370 Maklumat terbaru dan liputan terkini ketika operasi mencari pesawat MH370 diteruskan.

Hari ini menandakan tiga minggu sejak pesawat MH370 Malaysia Airlines hilang selepas secara misterinya beralih haluan penerbangan ke Lautan Hindi dari destinasi asalnya ke Beijing.

Semalam, dengan maklumat terbaru, pasukan yang diketuai Australia dalam mencari pesawat Boeing 777-200ER itu beralih dari tapak asalnya ke kawasan 1,100 kilometer di timur laut.

Pasukan pelbagai negara itu yang menggunakan sepuluh pesawat dan enam kapal laut, dijangka tiba hari ini. Satelit juga sedang dihala ke kawasan baru itu.

Lima pesawat melaporkan mengesan objek yang mencurigakan terapung di lautan, dan kapal peronda Pentadbiran Maritim China - Haixun 01 - telah ditugaskan untuk mencari dan mengutipnya.

Pencari mempunyai sehingga kira-kira 8 April sebelum bateri pada beacon bawah air MH370 tamat tempohnya, selepas itu, usaha mencari kotak hitam pesawat tersebut akan menjadi lebih sukar.

Pemeriksaan pasport tidak 'terlalu rumit'

5.30 pagi: Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac. - MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan