Sabtu, 29 Mac 2014

KITA TAK MAMPU BUAT AIR...DAN SEGALANYA....SEGALANYA MILIK ALLAH....ITU PUN DEGIL SERTA MELAWAN ALLAH SWT

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Teo Kok Seong, meminta Karpal Sigh supaya menimbang semula peletakan jawatan pengerusi DAP.

"Kami menghormati keputusan beliau namun adalah wajar bagi semua ahli parti terus memberi sokongan dan memohon beliau menimbang semula keputusannya," kata Kok Seong.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Timbalannya, Tan Kok Wai akan memangku jawatan itu sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kes itu selesai.

Beliau sebelum ini dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan berkait krisis perlembagaan negeri Perak.

Mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Persatuan, seseorang yang hilang kelayakan daripada menjadi atau tidak boleh atau kekal sebagai pemegang jawatan, penasihat atau kakitangan persatuan berdaftar, jika dia disabitkan mana-mana kesalahan dan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

Rentetan daripadi hukuman itu juga,ia turut mengakibatkan kedudukan beliau sebagai pengerusi parti terjejas menurut undang-undang pertubuhan.

"Keputusan meletak jawatan ini sesungguhnya satu lagi pengorbanan Karpal bagi mengelakkan parti turut terjejas.

"Dengan kata lain perletakan jawatan beliau juga adalah kerana ingin mempertahankan maruah Parti," kata Kok Seong.
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bersaing dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut kerusi Presiden PKR dalam pemilihan parti itu kali ini.

Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, ianya bakal menyaksikan perebutan enam penjuru.

Mereka adalah penyandang jawatan itu Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Rama dan Ganusegaran.

Berikut, senarai pencalonan yang disiarkan web rasmi PKR, Keadilandaily.com.

Presiden
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2)Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran

Naib Presiden
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamal Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Sresram
12) Mohd Yahya Shaari
13) Lee Chin Cheh

Ketua AMK
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus

Ketua Wanita Pusat
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin
Jika musibah kehilangan pesawat penumpang itu kepunyaan mana-mana negara bukan Islam, maka hak merekalah untuk berkata-apa tentangnya.
  
Apabila musibah itu menimpa pesawat kita sebagai kepunyaan sebuah negara Islam, maka kita kena percaya bahawa ia adalah balasan dosa kita oleh Allah Subhanahu wa Taala.
  
Apabila kita kata dosa kita, maka ia mungkin dosa oleh individu, oleh syarikat, oleh masyarakat dan oleh pemimpin kerajaan dan kerajaan. Kita tidak tahu siapa tetapi ia adalah balasan dari dosa antara kita.
   
Oleh sebab musibah itu adalah terhadap penerbangan MAS kepunyaan negara Islam, maka dosa yang pertama kita terpaksa tumpukan kepada MAS, walaupun ia mungkin bukan justeru MAS.
   
Dosa paling besar MAS sama seperti dosa syarikat penerbangan kepunyaan negara bukan Islam ialah menjamu arak percuma kepada penumpangnya.
  
Arak adalah barang yang besar laknatnya. Dosa itu bukan sekadar kaki botol, tetapi yang mengeluar, mengilang, mengedar dan pelayan yang menghidangnya pun sama panggu dengan peminumnya.
  
Sejak  MAS ditubuhkan sudah berapa banyak tempayan arak yang sudah dihidangkan dan ramai mana pula orang yang mendapat dosa daripada jamuan percuma itu?
  
Siapa yang menanggung dosa itu? Yang pertama kerajaan yang membenarkannya dan pemimpin kerajaan yang secara kolektif meluluskannya. Kemudian MAS sendiri termasuk lembaga pengarahnya dan kaki tangannya. Kemudian rakyat yang menyokong kerajaan yang berdosa itu. Dan  kemudian kepada seluruh rakyat yang tahu hal itu iaitu kita, apa yang masing-masing buat terhadap amalan laknat itu?
   
Jika ia dilakukan oleh syarikat kepunyaan negara bukan Islam, ia adalah perbuatan yang menambah gelapkan hati mereka yang sememangnya sudah gelap. Mereka memang puak Allah kira musuh-Nya. Amalan mereka itu menyebabkan bertambah payah terbuka hatinya kepada iman.
  
Sebagai syarikat kepunyaan negara dan masyarakat Islam, kita tahu dosanya dan balasannya di dunia  dan di akhirat.
   
Kaki tangan penerbangan yang terlibat dalam musibah tidak terlibat membuat dasar, tetapi mereka makan gaji di syarikat yang mengamalkan laknat. Sekalian penumpang mungkin tiada kena mengena.
   
Mereka ada jenis orang. Pertama orang yang soleh. Apabila musibah itu menimpa mereka ia adalah ujian. Ujian itu memberi pahala jika ia lulus. Ada ujian yang memberi  syahid. Wallah waklam. Kedua orang yang tiada kena mengena tetapi ada dosa lain. Jadi musibah untuk mereka  disekalikan dengan musibah MH370 itu.
   
Bagi mangsa, ada ganjaran dan balasan yang sepadan buat masing-masing, tetapi musibah itu adalah ingatan kepada orang yang hidup sama ada membetulkan kesalahan atau terus tidak mendapat pengajaran.
  
Bagi MAS, pengarahnya, kerajaan dan menteri sebesar mana pun dosa mereka musibah itu adalah kecil kerana ia belum membinasakan sistem MAS itu pada keseluruhannya, belum meruntuhkan kerajaan, menteri-menteri masih menjadi menteri.
  
Pesawat milik negara Islam tiada tong arak di dalamnya, memulakan doa sebelum berlepas, ada petunjuk kiblat di langit mana pun berada. Kita kata Iran itu Syiah tetapi pramugarinya menutup aurat.
   
Maka jadikanlah musibah itu peluang bertaubat dan mengisi MAS dengan adab dan akhlak Islam, biar kaki tangan Islamnya menegakkan solat, membayar zakat dan tidak meninggalkan puasa.
Bagi umat Islam, peristiwa Rasulullah SAW dikepung sejurus sebelum baginda keluar dari kota Mekah cukup dihafal dan dikenang. Kaum Quraisy Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal telah merancang satu konspirasi yang cukup jahat bagi membunuh Rasulullah SAW bagi memastikan sinar Islam terpadam di bumi Mekah.

Perancangan jahat itu diatur dengan mengambilkira semua faktor. Selain memastikan baginda Rasulullah SAW tidak terlepas, aspek perundangan semasa juga diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Setelah kesepakatan dimuktamadkan, gerak kerja yang cukup sofistikated pada waktu itu dengan memenuhi segala aspek perundangan dilaksanakan. Rumah baginda dikepung pada malam tanpa mereka sedari bahawa Allah SWT juga mengatur untuk menggagalkan perancangan jahat tersebut.

Perancangan Quraisy Mekah tersebut telah digagalkan oleh perencanaan Allah SWT yang sesempurnanya. Perencanaan Quraisy gagal dengan ketaqwaan baginda Rasulullah SAW yang bulat dan jitu, yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Rabul Alamin demi memikul tanggungjawab jihad.

Jelasnya tiadalah upaya manusia ini melainkan segalanya dengan izin Allah SWT. Ini bukan teori atau siri-siri hipotisis. Ia adalah satu keyakinan dan hakikat sebenar kejadian insan di muka bumi ini.

Merenung hakikat makhluk inilah, apakah kita cukup sedar dengan apa yang ditimpakan kepada kita dewasa ini? Bukan kita mempertikaikan maklumat dan data-data yang diberi. Sekadar memanfaatkan akal yang dikurniai Ilahi, tidak salah untuk kita memerah keringat menganalisa fakta-fakta yang ada.

Musibah yang telah menimpa pesawat MH370 tidak seharusnya diberi penilaian duniawi semata-mata. Selaku umat Islam, musibah ini sewajipnya menjadikan kita insaf betapa hanya Allah tempat kita bergantung dan menyerah diri. Hanya dengan perhambaan yang mutlak kepada-Nya sahajalah yang mampu memelihara kita dari segala kejahatan dunia yang berbagai rupa.

Pada hari isnin 24 Mac, sehari selepas Pilihan Raya Kecil Kajang berlangsung, kita menerima maklumat berkaitan pesawat malang dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang datangnya dari pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom. Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.

Rumusan kehilangan pesawat di Selatan Lautan Hindi tersebut adalah dari analisa data-data satelit. Bahkan lebih awal dari itu, kita juga telah menerima pelbagai data-data satelit yang pelbagai. Ada yang diiakan dan ada yang dinafikan kemudian diperakui.

Sebagai contoh, pada sekitar 13 Mac, Wall Street Journal telah melaporkan data yang dihantar secara automatik daripada enjin pesawat MH370 menunjukkan kapal terbang itu terus terbang selama empat jam selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan pada 1.30 pagi. Fakta ini kemudiaannya dinafikan apabila mereka yang bertanggungjawab menegaskan pihak Boeing dan pembuat enjin iaitu Rolls-Royce telah menafikan pernah mendedahkan maklumat bahawa pesawat MH370 terus terbang selepas hilang.

Ketika Wall Street Journal mendedahkan fakta yang dinafikan pada awalnya kemudiaan diakui, kita sedang bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat di Laut China Selatan. Hanya beberapa hari kemudiaan baru diumumkan tamatnya operasi di China Selatan dan berpindah di sekitar Lautan Hindi.

Punca sebenar 3 hari kahwin isteri tidak tahan

  Date: Monday, March 24th, 2014, Post Berita Harian 
Punca sebenar 3 hari kahwin isteri tidak tahan |Hasrat & pengorbanan seorang wanita yang menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan keluarga suaminya malu, sia-sia bilamana dia dilayan seperti hamba #seks dan dipandang rendah oleh keluarga suaminya itu.
Sepanjang 4 bulan pertama berkahwin. Hanim, 25, dia dan suami hanya berhubung melalui telefon dan berjumpa seminggu sekali kerana suaminya bekerja sebagai doktor dan bertugas di luar negara.
kahwin
Punca sebenar 3 hari kahwin isteri tidak tahan
Sikap dingin suaminya itu membuatkan Hanim sedih dan suaminya menjadikan dirinya sebagai hamba #seks setiap kali mereka berjumpa termasuklah #meli-watnya.
“Saya #diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan #kelamin termasuk luar #tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.
Tak tahan dilayan sedemikian, Hanim mengambil keputusan untuk bercerai. Perkahwinan mereka hanya mampu bertahan untuk enam bulan sahaja. – myMetro.

Dua hal yang sangat wajar diperhatikan berdasarkan keputusan PRK Kajang Ahad lalu di mana calon PKR/Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Dun itu dengan majoriti 5,379 undi.

DS Dr Wan Azizah meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.
Dua hal itu ialah Pakatan Rakyat telah dapat mengukuhkan kekdudukan  di kawasan pengundi majoriti Melayu, antaranya Sekamat dan Taman Delima. Dua kawasan ini dan beberapa kawasan lain di mana majoriti Melayu menampakkan perubahan sikap pengundiannya dengan mula menyokong Pakatan Rakyat.

Kedua, pengundi muda memberi sokongan besar kepada calon Pakatan, hampir setiap daerah mengundi dan ini memberi gambaran jelas bahawa Pakatan Rakyat akan terus mendapat sokongan pengundi muda di masa akan datang.

Walaupun undi yang diperoleh DS Dr Wan Azizah kurang, tetapi ini perlu dilihat dari sudut bahawa mereka yang keluar mengundi dalam PRK Kajang kali ini merosot. Maka itu tidak boleh dikatakan undi yang diperolehinya kali ini merosot dalam erti kata yang sebenarnya.

Sejumlah 72 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peratus keluar mengundi pada PRU lalu bagi Dun Kajang adalah 87 peratus.

PKR/Pakatan Rakyat juga meningkatkan penguasaan di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima.

Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, PKR berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

Menurut beliau, calon PKR menang di daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).

"Di Sungai Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang turun kepada 225 undi, manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurangan kepada 151 undi," kata beliau.

Sementara itu, menurut kajian ILHAM Centre, kekdudukan lokaliti bandar dan pinggir bandar, ditambah dengan kadar penetrasi maklumat kepada pelayar internet dan pengaruh media sosial baharu yang luas menyukarkan BN untuk menang.

Menurut kajian tersebut, selama ini, tujuh daerah mengundi peratus penduduk Melayu 75 peratus ke atas yang menjadi kubu kuat Umno kini kian terhakis sedikit demi sedikit.

Laporan kajian itu menunjukkan, daerah mengundi seperti Sungai Kantan (90 peratus Melayu), Taman Mesra (83 peratus Melayu), Saujana Impinan dan Sungai Sekamat (80 peratus), Kantan Permai (79 peratus Melayu) Batu 10 Cheras (78 peratus Melayu) dan Taman Delima (76 peratus Melayu).

Pengundi Cina bertumpu di 6 daerah mengundi iaitu, Sungai Chua Satu, Sungai Chua Dua, Sungai Chua Tiga, Sungai Chua Empat, Sungai Chua Lima, Kajang dan Bandar Kajang. Manakala kawasan bercampur ialah di Taman Kajang Baharu dan Taman Kota Cheras.

MCA berpendapat bahawa calonnya dapat menambah jumlah pengundi Cina kepada MCA, di samping dapat ‘mengurangkan majoriti’ undi calon PKR/Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, DS Dr Wan Azizah Wan menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi Dun Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya  ‘lebih manis’ kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan menyebabkan 'Langkah Kajang' berjaya. Saya bersyukur kepada Allah kerana kemenangan ini begitu manis sekali," kata beliau di sidang media di pusat pengiraan undi.

'Langkah Kajang' itu merujuk kepada strategi PKR untuk membolehkan pilihan raya tersebut diadakan dan seterusnya bagi menawan Putrajaya.

Menurut DS Wan Azizah, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, di mana ini menunjukkan trend positif. Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan PKR di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima di mana sebelum ini dikuasai adalah kubu kuat Umno.

Indikasi keputusan PRK Kajang ini, sangat wajar diberi perhatian serius oleh Pakatan Rakyat bahawa ia perlu mengekalkan sokongan pengundi generasi baru.

Dalam masa yang sama ia perlu bekerja keras untuk memberi fokus penting kepada pengundi Melayu yang dilihat mulai menunjukkan perubahan berdasarkan keputusan pengundian di Kajang, Ahad lalu.

Walaupun suasana dan iklim politik Kajang/Selangor sebanyak sedikit berbeza dengan suasana di negeri lain, terutama negeri di Pantai Timur dan Utara, tetapi, tetapi tidak mustahil perubahan di kalangan pengundi Melayu juga akan berlaku.

Yang sangat diperlukan oleh pendukung Pakatan Rakyat ialah kebijaksanaan mendekati pengundi Melayu itu dan jangan sama sekali mudah kecewa untuk mendekati mereka apabila mendapati begitu sukar untuk mempengaruhi mereka.

Sementara itu keputusan PRK Kajang mempunyai makna yang besar bahawa walaupun DS Anwar tidak menjadi calon di situ, tetapi sokongan dan simpati pengundi Kajang kepadanya adalah besar berdasarkan sokongan yang diterima oleh isterinya, DS Dr Wan Azizah.

Di samping itu, kemenangan DS Dr Wan Azizah akan membantu memperkukuh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang selama ini berhempas pulas untuk kepentingan rakyat.

Tidak wajar diperkatakan sekarang mengenai apa peranan dan kedudukan DS Dr Wan Azizah di Selangor nanti di mana saya kira DS Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Selangor dan Pakatan peringkat pusat boleh menentukannya.

Hindarkanlah pelbagai spekulasi mengenai hal ini kerana agenda utama Pakatan ialah memperkukuh lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang boleh menjadi pemangkin kepada persiapan Pakatan untuk ke koridor kuasa di Putrajaya menerusi PRU14 akan datang.

Segala data dan maklumat yang dinyatakan di atas datangnya dari pelbagai sumber dan hampir kesemuanya di bawah kawalan pihak luar dan kita tiada akses mutlak terhadapnya. Dalam memerhatikan fakta yang ada, saya tidak dapat menafikan apa yang bermain di fikiran. Untuk menilai musibah MH370 dengan mengenepikan nilaian politik, ia hanya suatu hipokrasi.

Sejak tahun-tahun mutakhir ini, Malaysia telah menerima pelbagai konotasi negatif natijah dari kelemahan kepimpinan negara yang dipertikaikan oleh banyak pihak. Tanpa menyatakan satu demi satu, ia terus dibuktikan apabila kerajaan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum PRU13 adalah kerajaan yang ditolak oleh 52% rakyat.

Tidak kurang penting yang perlu kita sedari, kedudukan Malaysia di tengah-tengah jalan perdagangan Barat dan Timur, ia cukup strategik dan menjadi perhatian ramai penganalisa. Dalam menilai keseluruhan fakta, sejauh manakah kita telah bersedia mendepani cabaran globalisasi yang kadangkala tidak terjangkau oleh kotak fikir yang biasa-biasa saja?

Justeru, kita sebenarnya tidak punya banyak pilihan. Selain mempertingkatkan capaian ilmu moden dalam kalangan rakyat, wibawa kepimpinan Negara mesti dipulihkan agar pelbagai macam konotasi buruk dapat dihapuskan. Apatah lagi selaku kepimpinan yang mengaku Islam, kembali kepada Tuhan yang esa tidak boleh lagi didikompromi. Allah SWT selaku Tuhan sekalian alam bukan hanya Tuhan ketika musibah menimpa, bahkan Ia ialah Tuhan sepanjang masa yang maha perkasa.
Abdel Fattah al-Sisi, Jeneral yang mengulingkan Mohamed Mursi, Presiden Pertama yang dipilih secara demokratik, telah melanggar tata susila dan dianggap sebagai perampas hak rakyat yang secara sah memilih Mursi sebagai pemimpin negara Mesir. Dengan kekuatan tentera yang ada dan seolah-olah tentera mengatasi segala pentadbiran negara dan tidak mengikut perundangan yang sepatutnya dipatuhi maka, terjadilah perampasan kuasa yang mengecewakan rakyat dan juga dunia terutama sekali dunia Islam.

 Yang menjadi masalahnya apabila sesiapa juga yang menentang Jeneral al-Sisi akan ditangkap ataupun dibunuh dengan begitu kejam. Terbaharu, lebih 500 rakyat Mesir penentang al-Sisi diberkas dan dijatuhkan hukuman bunuh. Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan dan amat kejam sekali.

Kini Jeneral al-Sisi berhasrat untuk bertanding jawatan presiden Mesir. Sudah tentu sekali undian itu sekali lagi akan menjadi kontroversi kerana mana mungkin beliau akan kalah. Hal ini kerana apabila beliau berhasrat untuk bertanding bermakna beliau sudah pastikan dan sudah diaturkan bahawa beliau akan menang dalam apa keadaan sekali pun. Inilah yang diramalkan akan terjadi dan tidak mungkin dapat memadamkan kemarahan rakyat Mesir. Keadaan ini akan menghuruharakan dan mengeruhkan lagi suasana selagi demokrasi yang adil tidak dapat dikembalikan semula kepada Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah.

Sepatutnya negara-negara Islam yang lain termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf Kerajaan yang tidak sah dan menzalimi rakyatnya sendiri.
Diet dan senaman untuk penghidap kencing manis
DEC 23, 2013 HARAKAHDAILY

CARA terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman.
Ini bukanlah perkara baru. Pengkaji diabetes dan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang menghidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamal diet yang sihat.
Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 paun.
Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukanlah besar atau mendadak.
Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.
Mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Ini menerangkan kenapa mereka yang menghidap diabetes biasanya berat lampau atau obes.
Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat lampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Inilah sebab mengapa mengurangkan berat badan akan mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat diabetes.
Menukar diet: Satu dari cara terbaik melawan diabetes
Kuncinya adalah menggabungkan senaman dengan diet yang betul. Diet yang betul bukanlah hanya mengurangkan pengambilan kalori. Ia termasuk mengambil makanan yang betul. Kita patut mengelakkan diri dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak terutamanya lemak binatang.
Kita juga patut mengurangkan memakan daging merah, produk tenusu dan telur. Pengambilan gula pasir (putih), beras putih dan gandum putih juga wajar dikurangkan. Sebaliknya kita patut mengambil bijirin tulen seperti beras merah atau coklat dan gandum tulen.
Ada juga makanan yang mempunyai kesan seperti insulin kepada tubuh bila dimakan. Sebagai contoh timun, bawang putih, soya, germa (biji) gandum, buah avocado, kacang hijau, gandum hitam, minyak bijan, sayur-sayuran hijau dan kubis Brussels sprout. Individu yang merasakan mereka mempunyai risiko mendapat diabetes patut tingkatkan pengambilan makanan tersebut.
Pengambilan serat juga akan mengurangkan risiko mendapat diabetes. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya mengandungi kurang gula. Mereka yang menghidap diabetes atau mempunyai risiko mendapat diabetes tidak dapat memproses gula dengan baik.
Individu yang mempunyai risiko mendapat diabates patut meningkatkan pengambilan serat. Mereka patut mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan, produk gandum tulen dan produk bijirin tulen. Pengambilan gula putih dan makanan yang tinggi kandungan gula putih mesti dikurangkan. Anda perlu menggantikan makanan tersebut dengan yang mengandungi serat yang tinggi.
Mereka yang ingin mengelakkan diabetes juga patut menjauhi minuman beralkohol. Alkohol akan mengurangkan tolerans glukosa terutamanya bagi mereka yang telah berumur dan mereka yang mempunyai risiko mendapat diabetes. Tambah lagi, pesakit diabetes yang minum walau sedikit minuman beralkohol berkemungkinan besar akan rosak mata dan saraf mereka.
Selain dari minuman beralkohol, merokok juga patut dielakkan untuk selamat dari mendapat diabetes. Rokok meningkatkan risiko penyakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain masalah kesihatan berkaitan dengan diabetes. Perokok tegar lebih mudah mendapat diabetes dari bukan perokok. Jadi sekiranya anda merokok, berhentilah dari tabiat tersebut demi kesihatan diri dan keluarga. Jika anda tidak merokok, jauhilah diri dari tabiat tersebut.
Senaman melindungi anda dari diabetes
Kedua-dua jenis diabetes (jenis 1 dan 2) boleh dielakkan atau diperbaiki dengan selalu melakukan senaman ringan. Fakta menunjukkan individu yang menghidap diabetes jenis 1, yang selalu bersenam, memerlukan kurang insulin. Manakala individu sihat yang selalu bersenam berkemungkinan besar tidak akan mendapat diabetes jenis 2.
Sebabnya bersenam mengurangkan lemak badan dan seterusnya menambah baik darjat sensitif badan terhadap insulin.
Senaman tidak semestinya senaman berat terutamanya jika sudah meningkat usia. Senaman mudah seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal dapat memperbaiki tahap gula dalam darah.
Senaman memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot-otot berkenaan. Kesannya akan kekal lebih dari dua hari. Profil lemak darah dan tekanan darah yang memberi kesan kepada diabetes juga akan bertambah baik dengan selalu bersenam.
Setiap individu, terutamanya penghidap diabetes, perlu memantau paras gula dalam darah bila melakukan senaman. Ini disebabkan senaman boleh mengurangkan dan juga meningkatkan paras gula dalam darah.
Anda dinasihatkan supaya meminta nasihat doktor sebelum menjalani apa-apa program senaman. - kesihatan.biz
Like · · · 26 minutes ago ·


(5 Gambar) Shila Amzah pakai baju blous dan legging di China


Gambar cantik Shila Amzah baju blous pendek dan legging - Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous dan legging menarik perhatian ramai peminatnya.

Mungkin ianya disebabkan jarang atau tidak pernah ada artis Malaysia menggayakan baju blous dan legging dengan memakai tudung ketika menyanyi. Satu fesyen baru yang amat berbeza tetapi Shila kelihatan sangat cantik dan jelita.

Lagi empat keping gambar menarik Shila Amzah pakai baju blous dan legging untuk tatapan peminat yang amat merindui kehebatan nyanyiannya di Malaysia. - billyinfo




Sumber: plbgaimacam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan