Ahad, 30 Mac 2014

MH370 OH MH370 22

Kisah Sebenar Di Sebalik Pendedahan Najib Berkenaan MH370 Terbongkar


Kisah Sebenar Di Sebalik Pendedahan Najib Berkenaan MH370 Terbongkar

Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan dikalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatanbaru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.

Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil. ~mk

Gambar Zhalif Hakim maki hamun anak ketua pramugara MH370


Gambar Zhalif Hakim maki hamun anak ketua pramugara MH370


Gambar Zhalif Hakim maki hamun anak ketua pramugara - Inilah gambar Zhalif Hakim pemilik akaun Twitter @Zhalif32 yang memaki hamun Maira Elizabeth Nari, anak kepada Andrew Nari, ketua pramugara pesawat MH370.

Motif Zhalif Hakim berbuat demikian tidak pula diketahui sesiapa namun kebanyakkan pengguna laman sosial Twitter mengecam status beliau itu malah ia turut dikongsikan ribuan pengguna laman sosial Facebook.

Pada penulis, kata-kata yang dilemparkan Zhalif kepada Maira Elizabeth memang amat kurang ajar dan tidak sensitif. Dia pun nak popular juga kot. - Ceritacinta

Rupanya MH370 Bukan Terhempas Di Lautan Hindi Tetapi Disorok?



Rupanya MH370 Bukan Terhempas Di Lautan Hindi Tetapi Disorok?


Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370. 

Saya tak pasti kesahihan maklumat dan artikel ini, tetapi rasa dalam keadaan kita misteri dengan kehilangan MH370 dengan pelbagai teori ada baiknya artikel ini dikongsikan bersama.

Antaranya masej berbunyi..
"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."
Baca selanjutnya di sini.

Benarkah Ini Yang Berlaku Didalam Pesawat MH370?

Benarkah Ini Yang Berlaku Didalam Pesawat MH370?

Ahmad Seth Zaharie, anak bongsu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak mengendahkan spekulasi negatif terhadap bapanya kerana katanya, beliau lebih kenal siapa bapanya, lapor akhbar Berita Harian, hari ini.

Ahmad Seth, 26, berkata beliau membaca semua berita spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat yang hilang pada 8 Mac itu.

Dalam pertemuan 5 minit dengan wartawan akhbar itu, Ahmad Seth yang juga pelajar jurusan Bahasa Jepun di sebuah kolej swasta berkata, apa yang dibacanya tidak meninggalkan kesan di hati kerana beliau lebih kenal bapanya, berbanding orang lain.

“Apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain.

“Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Selepas lebih seminggu pesawat itu hilang, siasatan terhadap juruterbang dan anak kapal serta semua penumpang dijalankan dengan lebih giat.

Polis turut memeriksa rumah Zaharie dan pembantu juruterbang, Pegawai Pertama Fariq Abd Hamid serta merampas simulator penerbangan milik Zaharie sebelum dipasang semula di balai polis untuk membantu siasatan.

Zaharie juga dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dikatakan sebagai pengikut fanatik ketua pembangkang itu dan turut berada di mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung kes liwat Anwar, sehari sebelum pesawat MH370 berlepas ke Beijing.

Bagaimanapun, sehingga kini, hasil siasatan mendapati tiada motif dapat dikaitkan antara Zaharie dengan tindakan merampas pesawat atau mematikan sistem komunikasi dan transponder MH370.

Ahmad Seth berkata, beliau tenang dan tidak terkejut ketika mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat itu yang berakhir di tengah Lautan Hindi.

“Saya hanya akan percaya mengenai pengumuman pesawat (terhempas) selepas pasukan penyelamat menjumpai bukti seperti serpihan pesawat atau mayat. 

Selagi tiada pengesahan dan saya tidak melihatnya dengan mata saya sendiri, saya percaya ayah masih hidup,” katanya.

Berita Harian melaporkan pencarian keluarga Zaharie sejak kehilangan MH370 hampir menemui jalan buntu selepas isterinya, Faizah Khanum Mustafa Khan dan anaknya dikatakan keluar dari kediaman mereka di Seksyen 13, di Shah Alam, selepas pesawat dilaporkan hilang.

Ahmad Seth berkata, ibunya kini tinggal bersama-sama ibu saudaranya.Beliau berkata, aktiviti hariannya berjalan seperti biasa dan kelas tidak terganggu kerana perkara itu.

“Saya lebih senang menghabiskan masa bersama rakan, tambahan pula kelas di universiti baru bermula. 

Maaflah, ada kawan di dalam, saya perlu melayan mereka,” katanya sebelum mengakhiri pertemuan seperti dilaporkan akhbar itu.MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac lalu selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang bagi perjalanan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pada isnin, perdana menteri mengumumkan berdasarkan analisis data satelit daripada Inmarsat, pesawat milik Malaysia Airlines itu mengakhiri perjalanannya di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, dengan tiada kawasan pendaratan yang berhampiran. ~tmi

Shahirah dakwa pesawat MH370 tidak terhempas tapi di Mongolia

Shahirah dakwa pesawat MH370 tidak terhempas tapi di Mongolia


Shahirah dakwa pesawat MH370 tidak terhempas - Seorang pemilik akaun Facebook Shahirah Shamsudin mendakwa pesawat MH370 yang disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi tidak terhempas tetapi kini dikatakan sedang ditahan di Mongolia.

Benarkah dakwaan Shahirah ini? Lebih menarik, beliau turut mendakwa hanya orang-orang tertentu sahaja diberitahukan tentang rahsia tersebut termasuk dirinya.

Adakah kenyataan ini juga satu lagi teori tentang tragedi kehilangan pesawat MH370? Macam-macam andaian pula disebarkan di laman sosial sejak akhir-akhir ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan