Sabtu, 21 September 2013

JANGAN KITA ANIAYA ANAK YATIM JUGA ZALIMI RAKYAT

Cas Gadget Anda Dengan Peruk Nasi
Posted on Friday, September 20 @ 20:18:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: joe_labi

"

Kepanasan dari api semasa memasak ketika aktiviti perkemahan atau semasa keadaan terdesak boleh digunakan untuk memberikan kuasa kepada gadget seperti handphone atau pun GPS.

Satu peralatan yang dinamakan power pot boleh mengecas gadget hanya dengan memasukan sedikit air kedalam periuk dan dipanas kan dengan dapur gas semasa aktiviti perkemahan.

cas gadget

Satu peralatan yang sesuai digunakan ketika tiada kuasa elektrik dan bantuan kemanusian.peralatan mudah alih ini kalis api dan kalis air hanya seberat 12 auns. Bayangkan ketika berlaku bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan banjir dimana semua bekalan elektrik terputus, peralatan ini memang sangat sangat diperlukan




Terkini : Rejim Tentera Mesir Perintahkan Syeikh Al-Qaradhawi Ditangkap
Posted on Saturday, September 21 @ 01:49:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Pemerintahan kudeta tentera Mesir melalui peguam agung mengeluarkan surat perintah penangkapan ke atas Syeikh Yusuf Al Qardhawi. Syeikh Al Qardhawi adalah ulama yang lahir di Mesir yang tinggal dan berkewarganegaraan Qatar.

Surat khabar Al Sharq Al Awsat (20/9) melaporkan, Hisham Barakat, Peguam Agung Mesir mengeluarkan perintah penangkapan Syeikh Yusuf Al Qardhawi dengan tuduhan telah melakukan provokasi untuk berjihad melawan tentera Mesir, permintaan untuk dilakukannya campur tangan asing, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan para penunjuk perasaan kepada tentera Mesir dalam rancangan yang disiarkan stesen televisyen milik Qatar, Aljazeera.

Syeikh yang juga Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa itu telah menetap di Qatar lebih dari 40 tahun dan memperoleh kewarganegaraan dari negara tersebut. Sejak muda beliau pernah dipenjara oleh rejim tentera Mesir sebelum akhirnya mengajar di Arab Saudi dan Qatar. Selain itu, beliau juga adalah anggota Haiah Kibar Ulama Al Azhar Mesir.


Gambar menunjukkan Syeikh Yusuf Qardhawi tiba di Mesir untuk memimpin solat Jumaat di Dataran Tahrir di Kaherah 18 Februari 2011 lalu.

Facebook PemudaGombak


Rahsia Menyelesaikan Konflik Menurut al Quran
Posted on Friday, September 20 @ 22:53:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hishamahmad

"Adakah kita pernah menyakiti? Adakah kita pernah disakiti? Adakah kita menghadapi masalah komunikasi atau hubungan dengan sesiapa? Adakah kita mempunyai konflik dengan sesiapa? Sama ada dengan rakan sekerja, orang atasan, jiran, kawan, ahli keluarga, saudara mara atau sesiapa sahaja.

Jawabnya, pasti ada. Ini adalah ujian biasa dalam kehidupan kita dan dalam urusan pekerjaan kita. Sekali sekali ia berlaku sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Berkonflik dengan seseorang, selagi tidak diselesaikan, tentu mengganggu ketenangan dan kedamaian hati kita sendiri. Apalagi konflik dengan seorang rakan sekerja yang setiap hari kita terpaksa berjumpa dengannya. Ada konflik kecil, sederhana dan besar.

Tiada siapa sebenarnya suka berkonflik apalagi dalam hal yang tidak berbaloi untuk kita berkonflik. Konflik yang membawa kebencian, perseteruan atau hilang rasa ukhwah adalah konflik yang tidak disukai Allah. Jika tidak menyelesaikan konflik ini bermakna, kedudukan kita di sisi Allah pasti terjejas.

Benar, kadangkala kita kata kita telah berusaha menyelesaikan konflik tetapi tidak berjaya. Kita merasa bingung dan kecewa kerana tidak tahu lagi macammana nak buat? Kita dah puas cuba tetapi masih tidak berjaya. Kita dah tolong dia membuat kerja, kita dah tolong beli kuih yang dia jual, tapi dia masih menyampah dengan kita. Bagaimana?

Adakah kita ikhlas ingin menyelesaikan konflik dengan seseorang? Ikhlas kerana Allah, kita melakukan kerana itu yang disukai Allah

Dua Mekanisma Penyelesaian Konflik

Jika kita benar-benar ikhlas, maka saya beritahu di sini salah satu formula, kaedah atau mekanisma penyelesaian konflik yang diperintahkan Allah melalui kitab suci al-Quran untuk perlaksanaan kita sekelian. Ia sesuai untuk diamalkan sesiapa sahaja dalam apa jua bidang pekerjaan atau situasi kehidupan. Sebarkan dan kongsikan……………..

Mekenisma 1 : Motivasi Berlaku Adil Dalam Bekerja

Kita mesti berlaku adil kepada orang bawahan, rakan sekerja, dan sesiapa sahaja. Sesiapa yang dah terlanjur, kembalilah dalam ketaatan kepada Allah dan berlaku adillah kepada manusia. Hayatilah perintah Allah ini, sekiranya kita mahu tergolong sebagai orang beriman.

“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (Kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.Surah al-Maa’idah 5:8)

Keadilan itu sangat suci maksudnya. Kata bijaksana dalam undang-undang:-

Justice must not only be done but it must be seen to be done
(Keadilan bukan sekadar dilaksanakan tetapi mesti kelihatan/nampak dilaksanakan). Ini bermaksud, sebagai contoh mudah, kita menjadi salah seorang hakim pertandingan bahas (debate), anak kita masuk pertandingan. Anak kita menang dan memang dia layak menang kerana markah tinggi bukan kerana kita tidak adil. Tetapi atas prinsip ini *(maxim) ini, prinsip keadilan terjejas (compromised) bermakna walaupun keadilan sebenarnya telah dilakukan tetapi ia tidak dilihat telah dilakukan kerana ada unsur ‘biased’ dalamya. Maka sewajarnya kita tarik diri sebagai hakim dalam menilai anak kita itu.

Tapi ada juga yang menarik ialah kata bekas almarhum hakim Tun Suffian yang semasa itu sangat kecewa dan sedih melihat sistem keadilan yang telah disakiti teruk dalam era pemerintahan ketika itu. Cuba teka? Beliau menukilkan kata indah yang saya tidak begitu ingat dan harap tidak tersalah pengataannya:-

Justice must not only seen to be done but in fact it has not been done - -mungkin dapat difaham sebegini,

“keadilan tidak berguna jika kononnya kelihatan seperti telah dilakukan tetapi sebenarnya ia telah tidak dilakukan ...”

Saya rasa beliau (bekas hakim yang terkenal tegas dalam prinsip keadilan) itu merujuk kepada apa yang berlaku dalam kes dakwaan liwat dan salahguna kuasa dalam kes Anwar Ibrahim, mungkin ketika perbicaraan oleh hakim Augustine Paul, ketika itu. Harap ada pencerahan!

Jadi berlaku adillah kepada orang disekeliling kita dengan cara profesional!

Mekenisma 2 :Formula 'conflict solving'
Selesaikan setiap konflik dan masalah yang mendatang dan menyerang dengan sebaik-baiknya. Berfikir, berfikir dan berfikir, jangan beremosi, emosi dan emosi. Inilah cara manusia bijak yang disebut sebagai golongan Ulul-albab.

“..yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna”[1].

Justeru, sebagai golongan guru ulul-albab, maka setiap ujian dan konflik diselesaikan dengan mekanisma, teknik dan kaedah yang betul sebelum bertawakal.

“maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya”.[2]

Berdasarkan ayat di atas, lima syarat penyelesaian konflik ini alah:

(1) Bersikap lemah lembut dengan orang yang kita berkonflik dengannya.

(2) Memaafkan. Maafkan orang yang kita bersengketa dengannya, walaupun kesalahan dan punca konflik adalah kerana dirinya.

(3) Minta ampun kepada Allah bagi dirinya. Satu syarat hebat yang tidak tersangka.

(4) Bermesyuarat. Berdiskusi, berbincang bermakna komunikasi dua hala bukan memberi arahan sebaliknya mencapai keputusan dan persetujuan bersama.

(5) Apabila telah berazam iaitu yakin dengan usaha, cara dan keputusan yang dibuat, maka barulah kita bertawakal kepada Allah s.w.t.

Adakah kita telah mencuba cara ini .. kalau belum cubalah.

sila ziarahi:- http://hisham-ahmad.blogspot.com



[1] Surah Az-Zumar (38) ayat 18
[2] Surah Ali-Imran (3) ayat 159"
 


 Arab Spring, Mursi: Apakah Mesir tuju revolusi?
Posted on Saturday, September 21 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR - Masyarakat antarabangsa menerima kejutan besar apabila Presiden Mesir pertama dipilih secara demokrasi, Mohamad Morsi yang baru hanya setahun menyandang jawatannya digulingkan pihak tentera negara itu pada 3 Julai.
 
Para pemerhati berhujah tindakan tentera Mesir yang diketuai Ketua Tentera Abdul Fatah Al-Sisi menggulingkan Morsi yang dipilih secara demokrasi adalah salah dari segi undang-undang dan etika tanpa mengambil kira bantahan lain.



Morsi adalah Presiden Mesir kelima, yang juga orang awam serta pejuang Islam pertama menyandang jawatan itu.
 
Perkembangan itu membangkitkan persoalan sama ada apa yang berlaku selari dengan aspirasi untuk mewujudkan demokrasi, kestabilan dan keamanan di Mesir, negara yang tersohor dengan piramid serta budaya purbanya.
 
Duta Mesir ke Malaysia, Mohamed Saad Ebeid yang berkongsi pandangan dengan Bernama berhubung perkembangan di negaranya berkata, rakyat negara itu mahu melihat perubahan yang pantas.


Di Mana Silapnya?
  

Menurut beliau, rakyat Mesir mahu kerajaan menyegerakan perubahan selepas bertahun-tahun kegagalan demokrasi, ketaksamaan sosio-ekonomi, rasuah serta penyelewengan lain yang menjadi punca mereka memberontak sebelum itu.
 
Ebeid berkata, Morsi tidak memahami berapa kuatnya tuntutan daripada rakyat bawahan supaya kerajaan menyingkirkan amalan terdahulu seperti menyekat kuasa politik dalam pentadbiran negara itu.
 
Rakyat Mesir juga tidak senang dengan langkah Morsi memberi lebih kuasa kepada diri sendiri pada tahun lepas serta menggugurkan banyak kuasa kehakiman.
 
"Ini antara kesilapan besar yang dilakukan regim. Rakyat biasa merasa regim baharu itu tidak mengambil kira mengapa mereka bangkit menuntut demokrasi yang dianggap satu tuntutan yang murni," katanya, dengan menekankan bahawa Mesir sudah berubah selepas revolusi Januari 2011, yang secara meluasnya dikenali sebagai ‘Arab Spring’.
 
"Rakyat Mesir tidak bersedia melepaskan impian mereka selepas apa yang mereka lakukan semasa revolusi. Mereka mahukan demokrasi tulen, mereka mahu lihat peningkatan dalam taraf hidup dan masa hadapan yang lebih baik untuk anak mereka. Itu yang mereka mahu lihat dalam tempoh setahun pemerintahan Ikhwanul Muslimin", jelasnya.


Penyingkiran Morsi
  

Morsi diguling selepas beliau enggan mematuhi tempoh akhir yang ditetapkan pihak tentera untuk meletak jawatan ekoran demonstrasi besar-besaran sejak 30 Jun, dengan rakyat menuntut diadakan pemilihan awal Presiden.
 
Ramai yang menyokong pemimpin Ikhwanul Muslim mengutuk tindakan Jeneral Al-Sisi, dan menyifatkannya sebagai rampasan kuasa tentera di mana mencetuskan semula pertempuran dan kematian di jalan raya.
 
Hampir 1,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara pasukan tentera dan penyokong Presiden yang digulingkan sejak 14 Ogos.
 
Ia berlaku apabila pihak tentera bertindak menyuraikan dua khemah penunjuk perasaan terdiri daripada penyokong Morsi di Kaherah yang mengakibatkan beratus orang terkorban dan mencetuskan keganasan.
 
Menurut Laporan Arab Network for Human Rights Information,  sewaktu tercetusnya revolusi Arab Spring, seramai 841 orang terbunuh dalam protes yang menggulingkan Hosni Mubarak.
 
Berdasarkan perangkaan rasmi, senarai itu tidak termasuk 26 anggota pasukan keselamatan yang turut terbunuh.


Krisis Politik Dan Agama
  

Ebeid turut menegaskan bahawa krisis yang berlaku adalah isu dalaman Mesir melibatkan pandangan politik yang berbeza dan seharusnya tidak dianggap sebagai perang agama.
 
"Ianya tidak lebih daripada isu politik tetapi ada pihak yang cuba menjadikannya sebagai isu Islam.
 
"Pejuang-pejuang Islam mahu menunjukkan seolah-olah ada peperangan antara Islam dan penentangnya. Ini tak betul. Saya mahu menekankan lagi dan lagi kerana itu adalah tanggapan salah, dan boleh menimbulkan salah faham akan keadaan ini", jelasnya.
 
Menurut Ebeid, sesetengah pihak terlepas pandang fakta Ikhwanul Muslimin telah diberi peluang untuk mengambil langkah dan bertindak balas kepada ketidakpuasan hati sebahagian besar masyarakat terhadap dasar Ikhwanul Muslimin dan Morsi ketika beliau menjadi Presiden.
 
Beliau berkata terdapat cubaan untuk menunjukkan seolah-olah tentera menentang kerajaan yang sah, tanpa menghiraukan jutaan rakyat Mesir yang mahukan perubahan regim.
 
"Apa pun yang dilakukan penunjuk perasaan pada revolusi 30 Jun, sebahagian besar masyarakat Mesir melahirkan hasrat untuk melihat perubahan selepas mereka sedar presiden tidak mengotakan janji terutama jangkaan tinggi mereka ekoran revolusi Januari 2011", tambah beliau.
  Kepimpinan Yang Keliru Mencetus Rampasan Kuasa

Sementara itu, Presiden International Movement for A Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar berpandangan bahawa Morsi, Ikhwanul Muslimin dan sekutunya tidak menjalankan tugas yang baik semasa memegang tampuk pemerintahan.
 
"Mereka tidak dapat memberi tumpuan kepada ekonomi, sebaliknya memberi keutamaan kepada perkara yang lain", katanya.

Menurut Muzaffar terdapat ketidaktentuan dan kekeliruan dalam dasar kerajaan dan ini mengukuhkan ‘tangan mereka’ yang mahu menyingkir kepimpinan Morsi, kerana ketidakcekapannya dalam pelbagai bidang.
 
Bagaimanapun, beliau berpendapat penyingkiran Morsi adalah salah dari segi perundangan dan etika.
 
"Beliau adalah Presiden yang dipilih secara demokrasi dan jika ada yang mahu menyingkirkannya, ia harus dibuat menerusi peti undi, bukan rampasan kuasa yang didokong tentera", katanya.
 
Muzaffar berkata demikian pada forum antarabangsa mengenai "Kejatuhan Morsi dan Masa Hadapan Mesir" di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) di sini baru-baru ini.
 
Beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai "rampasan kuasa" terhadap presiden yang dipilih secara demokrasi.
 
Parti Morsi, katanya, Muslim Brotherhood’s Freedom and Justice Party, memenangi undi majoriti dalam pilihan raya parlimen pada April 2012 dan pungutan suara Disember tahun itu, yang mana memberikan parti itu lebih kewajaran untuk memerintah.


Kebangkitan Generasi Baru
  

Penulis yang turut berpeluang mendapatkan pandangan Profesor Sains Politik Universiti Kaherah, Mohammad E Selim dimaklumkan bahawa revolusi pertama pada 2011 melihat kebangkitan generasi baru, atau belia berusia antara 20 dan 30 tahun, menunjuk perasaan di jalanan.
 
"Kemampuan mereka melancarkan pergerakan belia untuk menumbangkan regim yang hampir melumpuhkan Mesir adalah sesuatu yang memeranjatkan", katanya.
 
Beliau menyatakan golongan belia itu hanya mahukan masa hadapan yang lebih baik dalam demokrasi serta pembangunan dan percaya Mesir perlu kembali memainkan peranan utama mengekalkan keamanan dan keselamatan di Asia Barat.
 
Apa yang berlaku di Mesir ini sebenarnya adalah rentetan apa yang berlaku di Tunisia.
 
Revolusi serta tentangan meletus di Tunisia apabila Mohamed Bouazizi bertindak membakar dirinya pada 17 Dis, 2010 sehingga menyebabkan penyingkiran Presiden Zine El Abidine Ben Ali selepas 28 hari berlaku demonstrasi.
 
Api revolusi kemudiannya merebak ke Mesir, Libya dan Syria.
 
Rakyat Mesir, yang terpukau dengan kejayaan revolusi Tunisia menunjuk perasaan di jalanan pada 25 Jan, 2011, turut mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut Mubarak dan regimnya meletak jawatan.
 
Selepas 18 hari iaitu pada 11 Februari, Mubarak meletak jawatan setelah memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun.
 
Bagi kebanyakan pemerhati di seluruh dunia, penyingkiran Mubarak dilihat sebagai kejayaan revolusi rakyat Mesir menamatkan rasuah dan penindasan untuk menuju kebebasan dan demokrasi.
 
Pengarah Eksekutif Serantau International Institute of Islamic Thought (IIIT), Jordan, Dr Fathi Malkawi memberitahu penulis dalam wawancara pada tahun lepas bahawa matlamat pergerakan revolusi rakyat Mesir tercapai dalam erti kata rakyat negara itu berjaya membebaskan negara daripada cengkaman rasuah dan pemerintahan kuku besi.
 
Duta Ebied bersetuju dengan pandangan Dr Malkawi. Beliau mengakui bahawa selepas Mubarak meletak jawatan keadaan di Mesir banyak berubah di mana rakyatnya semakin lantang bersuara dan berani membuat pelbagai tuntutan.


Kembalikan Demokrasi Ke Mesir

Tahun depan, mereka inilah yang sekali lagi akan menentukan siapa bakal pemimpin Mesir apabila diadakan pilihan raya.
 
Mengulas perkara ini, Mohammed E. Salim berkata draf Perlembagaan Mesir yang dipinda sedang dimuktamadkan. Pungutan suara mungkin diadakan Mac depan untuk mendapatkan kelulusan rakyat. 
 
Beliau menjelaskan bahawa sebaik sahaja perlembagaan yang dipinda itu dikuatkuasakan, rakyat Mesir akan melalui pilihan raya parlimen dan presiden.
 
"Rakyat Mesir sudah bosan dengan keganasan dan mahu meneruskan kehidupan biasa mereka,” katanya.
 
Sementara itu, masyarakat antarabangsa menunggu dengan penuh debaran untuk melihat Mesir betul-betul menyelesaikan krisis yang dihadapinya supaya negara ini kembali aman dan stabil serta memainkan peranan penting mengekalkan keamanan dan keselamatan di Asia Barat.  - Bernama

 Mimpi menjelang pemilihan
Posted on Saturday, September 21 @ 21:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



Mukhriz Mahathir sudah pun umum keputusan yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Dengan sahihnya Mukhriz bertanding merebut kerusi Naib Presiden Umno, kita tertanya-tanya, "siapa pula yang akan terkeluar?"


Zahid Hamidi dilihat berada dalam kedudukan yang amat kuat sekarang. Justeru antara Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal, siapa yang akan dihantar keluar oleh perwakilan dari kamar Naib Presiden pada 19 Oktober ini? Bagaimana pula dengan Ali Rustam dan Mohd Isa Samad?

Hishammuddin juga dilihat seperti tidak bermasalah. Ramai yang akan berterima kasih kepadanya kerana menurunkan saman AES hingga setengah!

Bagi kebanyakan orang, Mukhriz adalah calon boleh menang. Sebelum dia umum keputusan, ramai yang sudah berharap untuk dia masuk daun dan ramai juga yang kecewa apabila awalnya, MB Kedah itu disebut-sebut hanya akan bertanding kerusi Majlis Tertinggi.

Dia dilihat oleh akar umbi sebagai pemimpin masa depan Umno dan negara.

Justeru apabila dia disebut hanya mahu bertanding kerusi MT, sesetengah pemerhati melihat keputusan itu seperti menangguhkan proses tranformasi Umno yang amat memerlukan pemimpin pelapis seperti Mukhriz untuk berada dalam barisan transisi pada masa depan.

Mukhriz pada ketika itu dilihat seperti teragak-agak untuk membuat keputusan. Ini sudah pasti kerana dia tidak mahu ada rakyat Kedah yang terasa dia  seperti menjadikan kedudukan MB mereka hanya sekadar platform atau batu loncatan untuk melonjak lebih tinggi dalam politik nasional.

Maklumlah, baru masuk empat bulan sahaja dia duduk di kerusi MB. Belum panas punggung, belum boleh bersila panggung!

Apa pun, dalam politik, peluang tidak datang banyak kali. Politik seperti kata Otto von Bismarck, bukan sains yang boleh diukur dan ukurannya pula mesti tepat. Politik sebaliknya adalah seni, seni yang serba mungkin.

Oleh kerana sesuatu peluang itu mungkin tidak datang beberapa kali dan sememangnya tidak mungkin banyak kali, maka sesuatu keputusan perlu dibuat dengan betul dan pada masa yang betul. Keputusan yang betul tetapi jika dibuat pada masa yang tidak betul, hanya meletakkan kekalahan seawal di pintu masuk persaingan!

Ingat lagi pada kisah Jeneral Wiranto yang ketika pasca reformasi di Indonesia, cukup popular dan ramai yang mahukannya bertanding kerusi Presiden menggantikan BJ Habibie. Akan tetapi pada masa itu dia buat keputusan untuk tidak bertanding. Hanya selepas beberapa tahun, baru dia bertanding dan, kalah!

Paling penting bagi seseorang ahli politik ketika mahu buat keputusan adalah mendapatkan nasihat yang betul dan jujur daripada mereka yang boleh dipercayai. Tidak boleh hanya seorang atau dua penasihat tetapi beberapa orang, dan dari pelbagai latar belakang.

Barang kali atas semua perkiraan itu dan tentunya juga setelah mendapat nasihat ayahanda, Mukhriz pada lewat petang Khamis lalu, umum keputusan untuk bertanding kerusi Naib Presiden Umno.

Pengumuman Mukhriz mengingatkan kita betapa pada masa ini sudah tidak lagi seperti dahulu - musim 1980an hingga awal 1990an - yang setiap kali pemilihan Umno, akan ada Kelab Menteri Besar/ Ketua Menteri yang mencalonkan wakil mereka untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden. Antara yang pernah berada di situ sebagai wakil Kelab MB/KM ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, ketika itu MB Terengganu.

Bermula pemilihan 1993 yang menyaksikan kemunculan Team Wawasan yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Najib Tun Razak, Rahim Tamby Chik dan Muhammad Muhd Taib, tiada lagi pemilihan terbuka apabila Team Wawasan meraup keputusan secara pakej daripada Timbalan Presiden yang dimenangi Anwar tanpa bertanding apabila Tun Ghafar Baba (penyandang) menarik diri.

Dua penyandang Naib Presiden, Sanusi Junid dan Abdullah Ahmad Badawi yang tidak menyertai Team Wawasan juga terpaksa meninggalkan kerusi akibat tidak berupaya menahan arus perubahan yang ketika itu begitu tergila-gilakan aura pasukan diketuai Anwar.

Apakah arus transformasi yang diperlukan Umno ketika ini juga memerlukan sebuah lagi Team Wawasan?

Inilah mimpi sang spekulator politik malam tadi menjelang hari akhir borang pencalonan Umno ditutup hari ini.

Spekulator politik, bagi sesetengah orang seumpama penjual mimpi. Pada musim pemilihan seperti sekarang, inilah masanya mimpi-mimpi yang dijual cukup laris. Mimpi bukan sahaja mempengaruhi mereka yang mengundi, jadi panduan untuk mereka memilih pemimpin malahan juga turut mempengaruhi pemimpin sendiri untuk buat keputusan.

Sekali sang spekulator melempar spekulasinya ke pasaran, dapat dilihat sama ada peluang seseorang pemimpin itu putih, kelabu atau hitam.

Mungkin ini juga yang mempengaruhi  Mukhriz hingga mengubah keputusan daripada hanya mahu bertanding kerusi MT, meningkat kepada Naib Presiden. Mungkin!

Oleh kerana status spekulasi hanya seumpama mimpi, maka mimpi spekulator tidak boleh dibantah. Haji Bakhil tidak boleh membantah Labu dan Labi dalam mimpi mereka walaupun dia yang hakikatnya adalah majikan mereka, hanya dijadikan budak pelayan dalam mimpi kedua-dua orang gajinya itu!

Maka Mukhriz sentiasa boleh untuk dianggap sebagai pemimpin masa depan. Dan kita juga bebas untuk mengandaikan siapa gandingan dan siapa pula lawannya, di pihak kerajaan mahu pun pembangkang.

Apa pun, setiap daripada kita tentunya berharap untuk melihat warna politik Malaysia yang lebih baik pada masa depan. Kita memerlukan pemimpin yang bukan sekadar berwawasan malahan juga seimbang. Inilah masanya untuk ahli-ahli Umno menggubah. Umno yang bagaimana akan mampu untuk terus bersaing pada masa depan jika tidak mahu Umno yang diubah!

Selepas generasi Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin, Zahid pada masa ini boleh dianggap berada dalam senarai teratas calon 'Putera Mahkota'. Dan siapa pula yang akan berada dalam 'chai' Zahid untuk jadi gandingannya?

Hishammuddin, Khairy Jamaluddin, ataupun Mukhriz?

Seorang rakan di meja teh tarik pagi tadi memberitahu, generasi Y kini memerlukan pemimpin yang punya asas-asas agama, mampu jadi imam. Muhyiddin pernah jadi imam, begitu juga Zahid, lulusan Izzudin, sekolah agama yang mahsyur di Ipoh.

Mukhriz juga berkemampuan untuk jadi imam. Apakah mereka gandingan yang terbaik? Apakah mereka Team Wawasan untuk jadi pilihan pada alaf baru ini?

Ini hanya mimpi sang spekulator. Namun seperti dikata tadi, mimpi spekulator juga boleh jadi pedoman yang baik untuk mereka yang akan mengundi. Dan dalam mimpi spekulator ini juga, dilihat warna politik Malaysia akan jadi lebih menarik lagi selepas itu dengan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, KJ timbalannya manakala Rafizi Ramli pula Ketua Pembangkang. Amacam?


MUHAMAD MAT YAKIM
SINAR HARIAN
21 Sept 2013




 Azalina, ok apa kau punya lawak!!
Posted on Saturday, September 21 @ 12:42:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"Dasar sayang dan cinta kepada parti yang membuatkan Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said membuat keputusan menarik diri daripada merebut jawatan Ketua Wanita Umno.

Ia selepas mendengar pandangan dan nasihat pelbagai pihak dan yakin keputusan itu diterima baik semua pihak demi perpaduan dan keutuhan Umno.

“Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan sayang serta cintakan Umno, apa yang penting bagi saya ialah untuk melihat Umno terus padu, utuh dan unggul bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti,” katanya kepada Bernama.
Lawak ok apa! Tak bertanding kerana sayang parti. Bagaimana dengan calon lain yang bertanding, tak sayang partikah, contoh jawatan Naib Presiden Umno. Bukahkah kerana tak berapa ‘boleh pi’ kalau lawan Shahrizat.

Juga bukankah ada perundingan dengan pemimpin parti supaya tak lawan Shahrizat? Eloklah jugak, lawan tak lawan pun Wanita Umno macam tu jugak!

Teringat pulak dengan kandang lembu NFC! - Sup

Baca juga :Che Ta!! Ni cerita Eja tentang tudung dan solat"


 Spesis Jerong Dan Spesis Yu Tanding Naib Presiden Umno
Posted on Saturday, September 21 @ 12:57:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: mohdnoorawang

"Sehingga kini jawatan presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO tidak ada pertandingan. Maka selamat kerusi ketua, Datuk Sri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jelas Muhyiddin Yassin tidak berupaya melawan ketuanya Najib Razak.

Namun yang cukup hebat dan menarik perhatian ramai ialah kerusi naib presiden UMNO ditandingi enam watak watak yang cukup dikenali dengan sifat rasuah, kronisma, nepotisma, dan salahguna kuasa dalam bidang masing masing dalam jawatan menteri atau timbalan menteri atau menteri besar.

Secara jenaka kita simpulkan enam watak tersebut dikatogerikan dua watak penting. Datuk Paduka Mukkriz Mahathir, Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Sri Shafie Afdal diletakkan dalam kumpulan spesis ikan jerong.

Kumpulan kedua, Datuk Sri Hishammudin Husien, Datuk Sri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad kumpulan spesis ikan Yu bodoh, Namun rasuah, nepotisma, dan kronisma dan salahguna kuasa juga menjadi makanan harian mereka.

Selepas Mukhriz Mahathir mengumumkan bertanding Naib Presiden UMNO, kelima lima calun yang lain menjadi resah dan gelisah. Bayangan perkatan kalah menghantui fikiran kumpulan jerong dan kumpulan ikan yu bodoh.

Kami ajukan kepada secara rawak pemimpin UMNO yang ada pengaruh dan jawatan dalam parti peringkat cawangan dan bahagian, sukar membri jwapan dan sokongan apabila Mukhriz Mahathir bertanding dalam Naib Presiden UMNO.

Mereka berpendapat salah seorang Naib Presiden yang ada sekarang, Zahid Hamidi, Shafie Afdal dan Hishammudin Tun Husien bakal kalah dalam pemilihan UMNO.

Namun nasib Hishammudin Tun Husien kerusi Naib Presiden UMNO dilihat paling selamat dalam pemilihan akan datang. Hanya dua orang lagi perlu diisi jawatan tersebut.

Nasib Ahmad Hamidi, Shafie Afdal, Ali Rustam dan Isa Samad dibayangi oleh calun baru Naib Presiden UMNO, Mukhriz Mahathir menteri besar Kedah dan ketua perhubungan UMNO Kedah.

Mukhriz Mahathir dilihat satu satunya calun yang boleh menang dalam pertandingan kerusi Naib Presiden UMNO. selain dari HishammudinTun Husein. Hanya satu lagi perlu diisi kerusi tersebut diantara Zahid Hamidi dan Shafie Afdal.

Isa Samad dan Ali Rustam akan menjadi halangan besar dan tidak mudah Mukhriz Mahathir, Ahmad Zahid, Shafie Afdaldalam perubatan kerusi Naib Presiden UMNO.

Pemilihan UMNO tetap berada dalam kancah rasuah, nepostima dan kronisma serta salahguna kuasa dari dulu kini dan selamanya walaupun ada perubahan dalam kerusi tertinggi UMNO pada Oktober ini.

Dari sudut jenaka politik kumpulan ikan jerung dan kumpulan ikan yu bodoh berusaha dengan apa daya dan bentuk untuk berada dan menang dalam semua jawatan UMNO. Kerana umum dilihat dan pandang semuanya mencari habuan wang berjuta dan projek serta jawatan sebagai YB atau senator atau ketua dalam syarikat kerajaan BN/UMNO.

Wahai pemimpin UMNO dan kerajaan BN serta perdana menteri dan menteri BN/UMNO janganlah memberi jawapan bodoh dalam menjawap satu satu isu, terutam dalam kenaikan harga barang terutama bahan bakar dan bahan keperluan harian.

Walaupun 20 sen harga bahan bakar naik, tapi beban ditanggung samapai 20 tahun rakyat menderita dan merana. Tidak adil pemilik Janakuasa persendirian diberi subsidi puluhan juta.

Kami meramalkan kerusi Naib Presiden UMNO diisi oleh Mukhriz Mahathir, Hishammudin Tun Hussien dan (Shafie Afdal atau Zahid Hamidi)."



Kejam: Rumah Kebajikan Aniaya Anak Yatim
Posted on Saturday, September 21 @ 13:26:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Nur mendedahkan penyelewengan berlaku di rumah amal berselindung di sebalik nama pertubuhan anak yatim kepada wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.

PUCHONG – "Anak yatim tidak dibenarkan sama sekali membancuh milo yang penderma sumbang, kalau hendak minum kena beli di kafe kepunyaan rumah kebajikan itu,”demikian dakwa Nur, bekas sukarelawan sebuah rumah kebajikan yang berselindung disebalik nama pertubuhan anak yatim di sini.

Katanya, anak yatim ditempatkan di rumah berkenaan boleh diibaratkan seperti pengemis kerana meskipun sumbangan, diberi orang ramai melimpah ruah namun ia tidak dapat dinikmati mereka.

Lebih mengejutkan sumbangan wang tunai mencecah ribuan ringgit yang disumbangkan individu atau syarikat korporat, lenyap begitu sahaja dipercayai disalurkan kepada sebuah tabung lain dengan tujuan perniagaan.


Bekas penghuni rumah anak yatim berkenaan menunjukkan bagaimana mereka melakukan ‘pencak tarik power’ mengikut ajaran pemimpin pertubuhan itu.

Nur yang membongkarkan perkara terbabit berkata, segala-galanya bermula apabila dia mula menjadi sukarelawan di rumah kebajikan berkenaan pada 2007.

Pada awalnya kata Nur, dia tidak dapat menghidu penyelewengan itu sehinggalah anak-anak yatim berkenaan mendakwa mereka dipinggirkan.

Wang sumbangan termasuk duit raya yang didermakan orang ramai kepada penghuni rumah akan ‘diambil’ pengurusan dan anak-anak tidak diberi wang walau sesen pun dengan alasan mereka sudah menghuni rumah itu secara percuma.

Lebih menyedihkan anak-anak kecil yang melakukan persembahan di luar dari jam 7.30 pagi hingga kadang kala jam 10 malam dan diberi bayaran antara RM300 hingga RM400 oleh pihak tertentu juga tidak pernah dapat merasa wang itu.

"Apabila anak-anak berkenaan bertanyakan bahagian mereka, pihak pengurusan akan mengatakan wang berkenaan perlu disumbang ke dalam sebuah tabung.

"Pihak itu akan beritahu, duit disimpan dalam tabung adalah sebagai saham untuk pejuangan Islam,"katanya.

Kepada anak-anak kecil pula kata Nur, pihak pengurusan akan memberitahu lebih banyak wang disimpan dalam tabung itu, lebih besar peluang mereka menunaikan haji dalam mimpi bersama seorang pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

"Bagi penghuni dewasa, pengurusan sering mengungkit isu mereka diberi peluang tinggal di situ secara percuma,"ujarnya.

Nur berkata, dia pernah memegang duit mencecah RM1,000 hasil sumbangan orang ramai namun wang itu kemudian dijadikan modal untuk pertubuhan berkenaan membuka sebuah butik.

"Wang itu sepatutnya diagihkan untuk keperluan anak-anak, sayangnya mereka tergamak menggunakannya untuk tujuan lain dan tidak menggantikannya semula,"katanya.

Apabila ditanya mana wang itu, pihak pengurusan akan mendakwa mereka sudah bayar kepada anak-anak yatim sedangkan ia tidak berlaku.

Sekiranya didesak dan perkara itu dipertikaikan, pihak pengurusan sekali lagi minta supaya penghuni tidak berkira.

Kata Nur, pertubuhan kebajikan itu menerima pelbagai sumbangan setiap hari untuk keperluan penghuni, namun barang makanan diperoleh akan dijadikan modal perniagaan untuk kafe yang dibuka pihak pengurusan.

“Sakit hati apabila melihat mereka bertindak sedemikian, makanan sumbangan orang ramai, mereka jadikan barang jualan, kalau penghuni hendak minum kena bayar, siapa tiada duit kena hutang, bila dapat duit sumbangan kena bayar balik,”katanya.

Bukan sahaja makanan, pakaian hasil sumbangan orang ramai juga perlu dibayar penghuni kepada pihak pengurusan menggunakan wang bantuan diterima.

Paling dikesali Nur, barang makanan sumbangan orang ramai juga kadang kala dikumpul dan dihantar untuk kegunaan perniagaan restoran yang dijalankan pertubuhan itu di luar negara sedangkan penghuni sendiri langsung tidak diberi peluang menikmatinya.

Pernah menurut Nur, penyumbang menghantar ikan segar ke rumah pertubuhan berkenaan, namun tidak lama selepas itu akan datang sebuah van dan membawa semua bekalan lauk pergi.

"Anak-anak hanya dihidangkan sardin dan ikan masin sahaja sedangkan ada pelbagai jenis hidangan lazat dihantar mereka yang bersimpati dengan nasib anak yatim. Hanya ikan murah, sudah pecah perut dan kurang segar ditinggalkan untuk dimakan anak-anak yatim,"katanya.

"Bila pihak atau syarikat luar buat program di situ sahaja anak-anak yatim boleh makan sedap,"ujarnya lagi.

Jelas Nur, hakikatnya pertubuhan itu dianggap paling kaya dengan limpahan sumbangan pihak-pihak yang bermurah hati.

Setiap kali menjelang perayaan, pelbagai pihak akan datang memberi bantuan dan menjemput anak-anak membeli keperluan raya di luar.

Namun katanya, anak-anak yatim sebenar hanya meminjamkan tubuh badan mereka sahaja untuk pengukuran saiz sedangkan pakaian itu tidak sampai ke tangan mereka.

Sekiranya, dijemput membeli pakaian raya lebih 10 kali pun, sehelai baju pun anak-anak yatim tidak dibenarkan ambil.

"Pada malam raya apabila penghuni pulang ke rumah saudara-mara atau ibu yang masih ada, anak-anak jemaah sebuah pertubuhan akan datang  ambil pakaian milik anak yatim itu,"katanya.

Bagi anak-anak yatim peringkat sekolah menengah, mereka akan dapat peluang mengikut agensi atau syarikat penyumbang membeli pakaian raya tetapi sekali sahaja.

Yang lainnya akan diberi giliran kepada anak-anak jemaah sedangkan mereka mempunyai ibu dan bapa.

"Puluhan tong biskut raya yang diterima pusat kebajikan itu juga tidak diberi kepada anak-anak yatim untuk dibawa pulang ke rumah mereka,"katanya.

Menyentuh hal beriadah di luar, Nur berkata pihak pengurusan pertubuhan kebajikan itu akan buat surat minta tajaan pihak luar.

Meskipun tajaan sudah diperoleh, anak-anak yatim tetap kena bayar menggunakan duit yang ada pada mereka termasuk bantuan kewangan diberikan oleh sekolah.

Orang luar ada juga yang mengambil anak-anak yatim sebagai anak angkat, mereka perlu masukkan duit ke dalam tabung pengurusan bukan terus ke dalam akaun bank anak-anak sendiri.

Duit bulanan sebanyak RM300 juga tidak sampai kepada anak-anak menyebabkan baju sekolah tidak dibeli baru dan mereka dalam keadaan selekeh ke sekolah.

Bila ditanya ke mana duit anakanak yatim pemberian ibu bapa angkat mereka, pihak pengurusan kata tidak perlu bazir keluar duit beli baju sekolah anak-anak kerana boleh minta sumbangan daripada orang lain pula.

Apabila sudah dicarikan tajaan untuk keperluan anak-anak, duit itu diambil dan dibuat perkara lain.

Pernah satu ketika, Nur berkata, dia dimarahi kerana menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk mendaftarkan anak-anak tidak bersekolah ke tadika.

“Pihak pengurusan kata tidak boleh gunakan wang sumbangan hantar anak-anak ke sekolah sedangkan pada saya itu memang hak anak-anak tetapi saya dimarahi dan mereka katakan biar orang ramai lain bayarkan, jangan bayar nanti rugi,"katanya.

Guna anak yatim raih simpati

Anak yatim diletakkan di hampir 100 pertubuhan kebajikan rumah amal di seluruh negara dikatakan hanya sebagai strategi pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai.

Kewujudan pendaftaran untuk warga emas, ibu tunggal dan orang kampung yang miskin juga dikatakan menjadi salah satu taktik pusat kebajikan dinaungi pertubuhan di negara ini bagi mendapatkan lebih banyak sumbangan.

Nur mendakwa, bantuan yang diberikan kepada golongan itu hanya diberi sekali sekala untuk menutup mata awam mengenai aktiviti dilakukan pihak terbabit.

Pengurusan pertubuhan biasanya tidak memberi bantuan berterusan dan kadang kala mereka yang berdaftar dengan pertubuhan akan dilayan secara kasar sekiranya mahu meminta sumbangan walau sekampit beras.

“Ada warga emas atau orang miskin yang kadang-kadang terpaksa tunggu dari pagi sampai petang hanya untuk dapat sekampit beras sedangkan beras banyak di stor, kadangkadang mereka disuruh balik.“Apabila saya tanya mengapa tidak beri beras sedangkan bekalan ada, jawab pihak pengurusan tidak perlu tolong orang miskin selalu dan perlu lebih mementingkan mereka yang berada di sekeliling pemimpin pertubuhan itu,” katanya.

Sumbangan diberi orang ramai kepada pertubuhan adalah milik pemimpin dan hanya boleh diedar untuk rumah pemimpin sahaja. "Akibatnya, anak-anak yatim kecil dan dewasa hidup bagaikan pengemis duduk  situ, ramai antara mereka yang sudah besar keluar, yang tinggal hanya anak jemaah,"katanya.

Anak-anak kecil yang menghuni pertubuhan kebajikan di situ jelas Nur akan didoktrinkan untuk taksub kepada pemimpin dan mengamalkan ajarannya. Untuk mengetahui lebih terperinci ‘ajaran’ di rumah kebajikan itu, Nur mendakwa dia meletakkan anaknya sebagai penghuni untuk menyiasat perkara berkenaan.

Selepas media melaporkan mengenai kegiatan di rumah pertubuhan itu baru-baru ini, ramai anak yatim yang sudah keluar, yang tinggal hanya beberapa orang sahaja,yang lain semua anak jemaah.

"Tidak tahu ke mana hala tuju anak-anak yatim ini bila mereka keluar dari rumah berkenaan kerana majoriti mereka tidak dipantau semasa di pertubuhan dan apabila keluar  dari rumah.

"Bila polis hendak buat program, mereka akan pesan anak-anak sorok gambar pemimpin pertubuhan itu, jangan sebut namanya, kalau orang tanya kenal atau tidak, kata tidak kenal,"katanya.

Amalan pelik selepas solat


Nur menunjukkan buku mengenai pemimpin agung pertubuhan itu.

Menurut Nur penghuni pertubuhan kebajikan akan solat mengikut waktu namun yang menghairankan wujud pertambahan bacaan. Jika ada tetamu datang berkunjung, penghuninya akan  solat seperti biasa namun jika sebaliknya kesemua mereka wajib membaca zikir memuja pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

Apabila Hari Raya pula, mereka tidak solat di surau atau masjid tetapi di surau sendiri dan akan membaca khutbah mengenai pemimpin mereka yang kononnya memiliki seribu satu keajaiban. Kanak-kanak kecil  dipesan supaya tidak melakukan amalan pelik itu di depan orang dan tidak menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Katanya, sesiapa yang tidak mahu mengamalkan ‘pencak’ dan zikir berkenaan akan dimarahi. Amalan ini turut disedari penjaga sehingga ada yang mengambil keputusan membawa anak-anak yatim keluar dari rumah itu.

"Bila ada orang meninggal, golongan jemaah akan kata mudahmudahan ditempatkan bersama pemimpin yang sudah meninggal itu,"katanya. Bagi mereka beruntunglah sesiapa yang dapat duduk dengannya. Lepas Maghrib, kesemua jemaah dan anak-anak akan buat ‘pencak tarik power’ hingga Isyak.

Ketika aktiviti itu dilakukan, mereka tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon bimbit dan tidak boleh merakam gambar.

Pengakuan anak yatim perempuan 10 tahun

"Abah (bukan sebutan sebenar tetapi ganti panggilan kepada pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia) tolong selamatkan kami dari sihir... tolong beri kami program banyak... dapat makanan banyak...’ itu antara zikir yang perlu dibaca anakanak yatim pertubuhan berkenaan. Menurut bekas penghuni rumah anak yatim itu, setiap hari selepas solat Subuh, mereka akan buat pencak kemudian berzikir menyebut nama pemimpin itu supaya menolong mereka... Abah tolong kami... sebanyak 50 hingga 100 kali.

Menyentuh soal makanan, meski sumbangan banyak, mereka tidak boleh tambah nasi dan lauk, sekiranya berdegil akan dipanggil 'anak setan'. “Orang sumbang macam-macam tetapi kami tidak dapat rasa, ayam  seketul pun kena berkongsi,” katanya.

Pengakuan anak yatim lelaki 10 tahun

Bagi bekas penghuni yang mahu dikenali sebagai Muhammad, dia sedar amalan-amalan diajar di rumah berkenaan pelik dan  tidak masuk akal, namun setelah lama menghuni rumah tersebut, perkara itu menjadi kebiasaannya.

Biasanya penghuni akan disuruh menolak syaitan dengan kaedah berdiri sambil menolak dan menarik tangan ke depan ke belakang. "Benda ini kena buat secara bersembunyi, kalau ada tetamu datang kena solat  biasa, belakang-belakang kena baca zikir itu,"katanya. Kalau tidak buat, akan dipukul dengan batang bendera dan dicubit sehingga rasa macam nak terkencing.

“Mak yang keluarkan saya dari rumah itu bila nampak ada yang pelik,” katanya. Sejak menghuni rumah itu Muhammad berkata, dia hanya memperoleh duit belanja sekolah 50 sen sehari, kadang-kadang tidak  diberi meski pun tahu banyak sumbangan diperoleh rumah berkenaan.

Pengakuan anak yatim perempuan 17 tahun


“Langsung tiada baca doa memohon kepada ALLAH, kalau nak minta sesuatu mesti mohon  daripada 'Abah',” kata bekas penghuni rumah berkenaan yang melarikan diri kerana tidak sanggup mengamalkan ajaran pelik di rumah anak yatim itu. Katanya, jemaah yang dewasa ada tasbih sendiri berbentuk seperti gelang dan dipakai di tangan.

“Bila orang tiada mereka akan berzikir menyebut 'Abah', saya tidak tahan duduk sana, duit sumbangan orang ramai diberi kepada kami diambil selepas itu kena pula amal ajaran bukan-bukan,"katanya.-SH


MCA: Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan
Posted on Saturday, September 21 @ 13:31:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Baca kenyataan akhbar MCA di laman sesawang rasmi parti itu yang mengatakan “Chin Peng’ war was to secure Independence”.


Kata MCA, perjuangan Chin Peng mirip kepada gerila Indonesia yang telah mengangkat senjata untuk lawan penjajah Belanda dan perbezaan di antara kedua-duanya hanya kepada ideologi komunis yang ditolak oleh kebanyakan orang Malaya.
MCA juga mempertikaikan kenapa Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top yang disyaki pengganas yang meletupkan bom boleh dibenar untuk dikebumikan di tanahair.
Tambah MCA lagi,

“His targets were security forces but unfortunately in the process, civilians were annihilated too.”
Adakah MCA merestui anggota-anggota polis dan tentera disasarkan oleh Chin Peng, dan hanya merasa kesal apabila ada juga orang awam yang turut terbunuh?
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perangai ‘pelik’ MCA sejak dua menjak ini, sila baca juga ‘The City Harvest Church cover-up and how evangelistas operate‘.

HELEN ANG
http://helenang.wordpress.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan