Isnin, 23 September 2013

YANG BERKUASA DAN YANG MEMBERI KUASA

Jangan Buat Serangan Peribadi
Posted on Monday, September 23 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

KUANTAN - Penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap semua calon yang menawarkan diri bertanding jawatan itu bersaing secara sihat dan menggunakan kekuatan masing-masing sebagai kelebihan dengan tidak menyerang peribadi lawan.

Hishammuddin berkata, budaya melemparkan fitnah dan tuduhan melulu sesama ahli dalam parti hanya akan melemahkan Umno dan tidak membantu usaha mentransformasikan Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, dalam suasana pemilihan, kadang kala terpengaruh dengan emosi dan melakukan tuduhan melulu sesama pemimpin dan ini bukan contoh yang baik.

“Bagaimanapun, kematangan ahli dapat dilihat apabila jawatan presiden dan timbalan tidak ada pertandingan.

“Walaupun untuk jawatan naib presiden ada enam calon tampil dan ia bukan perkara unik kerana ketika saya mula menawarkan diri bertanding sebelum ini, ramai juga yang bertanding.

“Bagi saya, jika pertandingan itu secara sihat dan bersandarkan kekuatan yang ada pada calon, saya rasa tidak ada sebab untuk kita lihat parti menjadi lebih kuat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Tertutup calon Naib Presiden Umno
Bersama Barisan Kepimpinan Umno Pahang di Kompleks Yayasan Pahang, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hishamuddin berkata, penambahan perwakilan daripada 2,500 sebelum ini kepada lebih 150,000 adalah peningkatan luar biasa selain mempunyai ruang untuk memilih barisan kepimpinan yang mereka mahu.-SH


 Nizar nafi ada pertalian dengan Chin Peng
Posted on Monday, September 23 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Shuhaniza Said

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Sambil berseloroh, beliau 'menawarkan' DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin pengganas tersebut bagi membuktikan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya sendiri. Dan saya cabar mereka kalau mereka boleh buktikan dalam konteks DNA, ambillah DNA saya dan periksalah DNA daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada perhubungan tali kekeluargaan.. Saya pun nak tahu juga.

"Tapi kita sebenarnya satu keturunan. Itu saja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula," katanya sambil tersenyum.

Baru-baru ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Nga sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut.-antarapos


 

 Laksana 4 program tarbiah wajib – Tuan Ibrahim
Posted on Monday, September 23 @ 08:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah.

"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini.



Tuan Ibrahim berkata empat program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman.

Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran.

“Jangan kita ketepikan pengalaman dan sumbangan yang dirintis dan diterokai oleh sahabat-sahabat yang terlebih dahulu berjuang tanpa rasa penat dan letih.

“Jadi kita boleh tubuhkan Kelab Veteran PAS dan syarat-syarat keahlian dan lain-lain boleh dibincangkan kemudian,” ujarnya.

Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.

Mohd Sofi Abdul Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP). Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz (Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu Bakar (Ketua Muslimat)


Ahmad Danial
Harakahdaily
22 sept 2013


 Catatan 018: Percakapan Musa A.S Dengan Allah
Posted on Monday, September 23 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Musa A.S: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada Engkau.

Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa.

Musa A.S: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.


Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.
Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah. 

 Pergi Makan Kenduri Pun Mahathir Guna Jet Kerajaan?
Posted on Monday, September 23 @ 07:23:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Selama ini aku sangka hanya macai-macai UMNO yang sering menjadikan harta-harta Kerajaan sebagai harta Mak Bapak mereka.. rupa-rupanya sangkaan aku meleset..

Bukan sahaja macai-macai UMNO yang besikap begitu rupanya.. tetapi pemimpin mereka juga sama..

Kurang pasti adakah ini satu keistimewaan yang diberikan terhadap individu yang telah dianugerahkan gelaran Tun atau kerana sudah biasa menggunakan harta Kerajaan sebagai harta sendiri.

Menurut sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, ianya telah dirakam di Ipoh, Perak semalam (21/9/2013).

Tun Mahathir yang telah bersara dari jawatan Perdana Menteri telah mendarat di Perak bersama isterinya Tun Siti Hasmah bagi menghadiri kenduri kahwin.

Oleh kerana jet tersebut milik Kerajaan Malaysia, sudah tentu segala kos yang terlibat untuk menerbangkan Tun bersama isterinya ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai.

Malah untuk menyambut ketibaan mereka berdua, kakitangan kerajaan yang terdiri dari Pegawai PTD telah dikerah untuk hadir beramai-ramai menyambut ketibaannya..

Mungkin benar telahan orang ramai bahawa Tun Mahathir telah dilantik sebagai '"Senior Minister" sepertimana yang telah dilakukan oleh pihak SIngapura terhadap Lee Kwan Yew secara senyap...

Menurut sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini lagi.. Layanan yang sama tidak diberikan kepada Pak Lah tetapi hana Tun Mahathir dan Siti Hasmah saja yang diberi keistimewaan ini..









Sikit info mengenai gelaran 'Tun'

Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran "Lord" di United Kingdom.

Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM).

Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

Kebanyakan penerima anuegrah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperi Perdana Menteri.

Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.



Posted & copy by Rakyat Marhaen


 MEB vs DEB (Bhg 2)
Posted on Monday, September 23 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Seperti yang disebutkan dalam posting yang lepas, satu-satu dasar itu amat wajar mendapat persetujuan dan sokongan dari semua pihak dan semua pihak itu memahami kenapa dasar itu wujud. Rakyat semua kaum dan kawasan mesti terlebih dahulu tahu apa kah nilai atau ‘roh’ kepada satu-satu dasar yang diwujudkan itu dengan berunding dengan baik dan sejujurnya kerana kita memerlukan sokongan yang kuat dari semua pihak. Malahan kita mahukan kerjasama dan bantuan dari semua bagi menjayakan matlamat dasar itu.

Tetapi jika pimpinan sekarang yang memulakan tindakan berinteraksi dengan semua pihak khususnya dengan kaum-kaum bukan Bumiputra, saya amat yakin bukannya mudah bagi mereka untuk mendapatkan sokongan dan persetujuan itu. Ia tentunya bersebab dan beralasan. Sebab-sebabnya ialah kerana rekod-rekod yang lampau serta pengalaman yang dilalui sebelum ini apabila dasar yang di persetujui ramai itu tidak terlaksana dengan jujur dan berkesan.
Untuk lebih memahami situasi kenapa artikel ini tertulis ialah tentang kegagalan DEB, satu dasar yang dilancarkan setelah melakukan segala pemikiran dan penganalisaan yang terpeninci itu. DEB bukan sahaja merupakan dasar ‘social engineering’ yang terbaik ia juga merupakan ‘instrument’ kearah perpaduan nasional yang sangat 'effective' dan boleh diguna pakai dalam tempoh masa yang panjang.
DEB bukan sahaja telah memberikan lonjakan kedudukan ekonomi Bumiputra, ia juga adalah dasar yang juga menguntungkan bukan bumiputra dari awal lagi dasar itu di laksanakan. DEB merupakan penawar yang sangat mujarab untuk memulihkan rasa tidak puas hati diantara kaum selepas kejadian 13 Mei 1969 dahulu.
Bukan Bumiputra lah yang menjadi kontrakter besar-besar dalam perlaksanaan segala infrastruktur untuk kemajuan Bumiputra. Pendeknya semua kaum merasakan nikmat dasar ekonomi baru itu yang bermatlamatkan perpaduan nasional melalui pembahagian kesempatan dan peluang secara ‘equitable’ diantara semua kaum.
Tiada keresahan diantara kaum-kaum bukan Bumiputra kerana mereka sendiri merasakan nikmat DEB yang dirancang dengan begitu teliti itu. Saya pernah berkerja sebagai pegawai kecilan di satu perbadanan yang melaksanakan pemindahan kekayaan negara kepada Bumiputra, telah berkerja siang dan malam untuk memainkan peranan yang sangat penting untuk menambah pegangan ekuiti Bumiputra, melihat dengan sendirinya bagaimana kejayaan usaha menambah kekuatan Bumiputra dalam bidang industri dan perdagangan.
Ini adalah hasil dari perlaksanaan dasar yang bersungguh oleh semua pihak, Bumiputra sendiri, sokongan dari rakan-rakan bukan Bumiputra serta agensi-agensi pelaksana dan penggubal-penggubal dasar. Maka dengan jelas pegangan ekuiti Bumiputra telah meningkat dengan pantas dari 2.7 peratus pada tahun 1970 kepada 18.4 peratus pada 1983 dahulu.
Dari mula DEB di lancarkan sehingga 1983 kita telah melihat bagaimana kaum Melayu dan Bumiputra telah meningkatkan bilangan mereka dalam bidang perniagaan secara ‘organic’ dan menjadi peniaga yang berjaya dan bilangan ‘rent seekers’ dikalangan orang yang bergiat dalam politik susah hendak kita jumpai seperti hari ini.
Perkembangan dan kemajuan DEB itu terbantut setakat itu kerana pentadbiran baru pada tahun lapan puluhan telah mengabaikan dasar yang begitu 'holistic' itu dan tidak lagi berusaha untuk menambah dan menokok nilai tambah kepada dasar yang telah diterima semua dan menampakkan kejayaan yang nyata itu.
Pentadbiran barui pada tahun lapan puluhan lebih berminat untuk mempercepatkan pembangunan secara 'express' dan menganggap DEB yang telah dirancang dan menunjukan jasa itu sebagai dasar yang melambatkan pembangunan negara. Bagi pentadbiran baru semasa itu matlamatnya ialah untuk melihat pembangunan fisikal negara dan mengabaikan pembangunan dalam bidang yang lain seperti pembangunan sikap dan nilai kemanusiaan.
Bagi pentadbiran baru semasa itu, pembangunan fisikal adalah ‘nation building’ sedangkan hakikatnya pembangunan fisikal itu merupakan sebahagian yang sangat kecil dalam istilah ‘nation-building’ itu. Maka wujudlah budaya mencari kekayaan dengan cepat dan bermulalah elemen rasuah yang akhirnya tidak dapat lagi dikawal pada hari ini. Kepesatan pembangunan fisikal tidak diselarikan dengan pembangunan moral dan spiritual politik negara itu sendiri.
Semua pemimpin termasuk Abdullah Badawi semasa mula mengambil alih kepimpinan dahulu berkata yang kita mempunyai infrastruktor dunia pertama tetapi masih dengan mentality dunia ketiga. Maka wujudlah masyarakat dan rakyat yang tidak seimbang pembangunan jiwa dan fisikal mereka. Itu sebabnya kita melihat mereka yang berkuasa dan orang disekeliling yang berkuasa tidak merasa malu menunjukan kekayaan yang mereka perolehi dari rasuah dan kuasa itu. Malahan mereka berasa bangga dan tidak merasa bersalah walau sedikit pun dihadapan rakyat yang ramai.
Perubahan ini secara beransur-ansur di sedari rakyat dan setelah hampir 2 dekad telah timbul keresahan dikalangan rakyat dan di campur pula dengan pertelagahan politik diantara pemimpin-pemimpin besar negara. Rakyat menjadi pecah belah mengikut parti dan salur-galur perkauman yang menebal. Masalah negara berkembang secara ‘compounding’ kerana selepas satu masalah timbul masalah yang lain dan tiada siapa yang boleh memberikan kepimpinan untuk menyelamatkan keadaan sampai ke hari ini.
Blog ini menyebutkan semua ini kerana kita gagal mentadbir kejayaan kita sendiri sebab kelemahan diri dalaman kita sendiri. Justeru kita dengan jelas melihat rakyat dan masyarakat mengambil yang salah itu sebagai benar dan yang benar itu menjadi salah kerana ketidak seimbangan pembangunan fisikal dengan pembangunan jiwa kita itu sendiri.
Dasar yang baru di umumkan Najib itu amat mengelirukan kerana tidak ada jaminan dalam pembangunan nilai dan 'attribute' kemanusiaan yang baik. Pimpinan kerajaan sendiri tidak dapat mengambil isu ini secara serius kerana mereka tidak dapat memahami bagaimana pentingnya isu isu ini dijadikan elemen penting dalam sesuatu pembangunan rakyat serta masyarakat itu.
Sesungguhnya dalam negara ini tiada politik yang mempunyai roh sebenarnya. Yang ada hanyalah pemimpin-pemimpin yang bermain politik siapa menang siapa kalah semata-mata.
Berbagai-bagai dasar untuk Bumiputra di umumkan PM kita, tetapi Melayu dan Bumiputra ‘dok tang tu jugak’.


ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com


 Briged al-Qassam beri amaran kepada kumpulan Tamarod
Posted on Monday, September 23 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


Detik Islam - Gambar (atas) di Facebook yang menunjukkan anggota bersenjata Izz ad-Din al-Qassam memberi amaran kepada kumpulan Tamarod di Gaza yang mahu mengambil bahagian dalam demonstrasi yang dirancang pada Nov 11 akan datang.


Pergerakan Tamarod Gaza telah dibentuk mengikut garis yang sama rakan mereka di Mesir yang telah menggulingkan Ikhwan Islam di sana selepas demonstrasi besar-besaran yang bermula 30 Jun. Pergerakan Tamarod di Gaza dengan matlamat mereka adalah untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Hamas.

Sebahagian daripada kempen media terhadap Tamarod, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan pada 6 September lalu di sidang akhbar dan disiarkan oleh Hamas milik Al-Aqsa televisyen, bahawa pihak berkuasa telah menahan beberapa orang yang telah mengaku membuat perancangan untuk membuat kekacauan.

Kumpulan Tamarod di Mesir diketuai Mahmoud Badr dengan foto Hassan Nasrallah syiah hizbullah





sumber :  http://detikislam.blogspot.com
22 sept 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan