Sabtu, 21 September 2013

MACAM-MACAM

Sukan RM1 juta setahun untuk Amri
Posted on Saturday, September 21 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


JDT beri tawaran lumayan musim depan

Kuala Lumpur: Tawaran lumayan dari kelab lain antara punca utama Selangor gagal mengekalkan 10 pemainnya musim depan termasuk penyerang berbisa, Amri Yahyah yang dikatakan bakal menerima gaji sekitar RM85,000 sebulan bersama Johor Darul Takzim (JDT).



Sekurang-kurangnya tiga kelab dilaporkan sudah mula berunding dengan 10 pemain berkenaan sejak awal bulan ini dan pihak pengurusan Selangor tidak berupaya membuat tawaran balas memandangkan gaji yang ditawarkan terlalu tinggi.
“Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masih menunggu jumlah dana yang disediakan untuk pasukan musim depan, tetapi jika berdasarkan bajet tahun ini sudah tentu persatuan tidak mampu untuk mengatasi tawaran kelab-kelab berkenaan.
“FAS juga terpaksa melepaskan Amri kerana gaji yang ditawarkan terlalu tinggi, lagipun ia baik untuk masa depan pemain itu yang sudah lama bersama Selangor. Beberapa pemain juga bakal menyusul jejak Amri tetapi proses rundingan sedang berjalan,” kata sumber yang rapat dengan FAS.


BERITA HARIAN 
21 Sept 2013 

 Ustaz Azhar Idrus Gatal Kata Blogger UMNO
Posted on Saturday, September 21 @ 20:23:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog amenoworld

Punyalah nak mengutuk juga. Siap email dan tag kat twitter wa cakap sama lue. Ingatkan isu penting sangat. Rupa2nya isu bergambar yang jadi pertikaian. Anti betul dorang kat Ustaz Azhar Idrus ek. Anti kaw2.

Perempuan tue yang tak bertudung, Ustaz plak yang kena tuduh. Entah2 dah dinasihatkan pakai tudung. Mana kita nak tahu kan. Bukan ada kat situ pun.

Apa pun perempuan neh tak pasal2 glamer. Kesian la budak perempuan dalam gambar neh. Jadi modal oleh bloggers umno untuk kutuk UAI kaw2. Lainkali cuba set privacy facebook masing2. Jangan main share aje. Dah jadi macam neh nak buat macam mana lagi.

UAI tue pula dah memang di anti sangat2 oleh puak sebelah sana. Macam tak biasa pula. Semua benda yang dia buat hatta orang guna gambar dia untuk kempen pru pun jadi kontroversi. Padahal dia tak terlibat pun dengan sebarang kempen2 pru. Tak tahu menahu langsung. Sampai bn fail petisyen. PAS langgar peraturan PRU sebab guna gambar UAI. Kes macam neh pun ada weh. So boleh nampakla betapa kemaruknya depa serang UAI walaupun aku tak nampak apa kerelevantnya dengan politik. Macam la PR terjejas kalau ko serang UAI kaw2.

Sengal!!!

Kah Kah Kah



amenoworld.blogspot.com


 'Larang abu Chin Peng, jadikan kita bahan ketawa'
Posted on Saturday, September 21 @ 20:14:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.


"Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia ," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di BFM semalam.

Abdul Rahim, yang mengetuai rundingan damai antara pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM ) pada akhir tahun 1980-an , berkata keengganan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, walaupun sewaktu beliau masih hidup, umpama memperolok-olokkan Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.

Beliau  yang ketika itu merupakan Ketua Cawangan Khas Malaysia , berkata beliau telah dapat menyakinkan kerajaan pada masa itu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.Abdul Rahim berkata walaupun tempoh darurat selama 12 tahun telah ditarik balik pada tahun 1960 , pasukan keselamatan masih berperang dengan saki baki komunis pada 1980-an, tetapi kejatuhan komunisme di rantau ini merupakan satu peluang untuk mengadakan rundingan damai yang baru.
Pada masa itu, katanya, masih terdapat kira-kira 2,000 komunis di sepanjang sempadan Malaysia- Thailand, dengan dua kumpulan terbesarnya ialah Biro Malayan Utara dan Rejimen ke-10, yang sebahagian besar anggotainya adalah Melayu.

Dengan sokongan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahim berkata, Cawangan Khas, secara rahsia , dimulakan rundingan dengan komunis pada akhir tahun 1987 dan pada awal tahun 1988 di Pulau Phuket, yang berlangsung selama lima pusingan.

Ini, katanya, berakhir dengan perjanjian damai 1989 ditandatangani di Hatyai, dan terdiri daripada dua perjanjian, satu yang mengandungi syarat-syarat utama dan satu lagi mengenai butiran pentadbiran bagaimana syarat-syarat akan dilaksanakan.
"Saya terlibat dalam menderaf kedua-dua perjanjian itu, jadi saya tahu sepenuhnya bahawa di bawah syarat-syarat perjanjian , pertama sekali, perjanjian itu mengikat semua anggota PKM , dari yang tertinggi, paling atas hingga ke bawah, yang paling rendah .

"Jika anda mengatakan bahawa Chin Peng sebagai setiausaha agung parti (PKM) adalah anggota yang paling tertinggi , maka dia layak untuk mendapatkan semua keistimewaan, kelebihan atau apa sahaja janji-janji yang dibuat dalam perjanjian  itu yang termasuk untuk dia dibenarkan untuk datang (ke Malaysia)," kata Abdul Rahim.
Selain itu, katanya, mengikut perjanjian tersebut, sekiranya bekas anggota komunis tidak dibenarkan untuk pulang tinggal di Malaysia, mereka masih perlu dibenarkan masuk ke negara ini atas lawatan sosial.

"Tapi dalam kes Chin Peng, dia tidak dibenarkan kedua-duanya. Bagi saya, ia adalah tidak masuk akal, sama sekali tidak masuk akal. Ia adalah tidak adil, tidak adil...

"Terdapat (bekas komunis) lain yang dibenarkan untuk pulang dan mereka kebanyakannya adalah Melayu. Abdullah CD dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan telah diperkenan menghadap Sultan Perak sekarang.

"Rashid Maidin, saya diberitahu, mengerjakan haji melalui KL dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?" kata Abdul Rahim.

Abdullah CD adalah pengerusi PKM manakala Rashid Maidin adalah ahli jawatankuasa pusat PKM.
Ditanya sama ada ketegasan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang,  walaupun dia telah meninggal, berasaskan garis kaum, Abdul Rahim yang teragak-agak seketika, kemudian berkata: " Saya tidak bersedia untuk membuat andaian seperti itu "

"Setakat kes Chin Peng ini, kita telah mewujudkan keadaan di mana kita memperolok-olokkan prjanjian (damai) tersebut," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa pendirian kerajaan melarang abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak, telah menjadikan bekas pemimpin komunis sebagai satu ikon.

"Secara khusus, saya fikir ia tidak baik untuk parti pemerintah, terutamanya dalam usaha mereka dalam pasca pilihan raya umum ke-13, untuk memenangi kembali sokongan kaum Cina Malaysia," katanya.

Kerajaan telah menjustifikasikan keputusannya itu dengan mengatakan bahawa Chin Peng bertanggungjawab atas kematian ramai anggota pasukan keselamatan , yang kebanyakannya adalah orang Melayu.

Abdul Rahim mengeluh kerana orang seolah-olah tidak memahami konteks perjuangan komunis antarabangsa dan sebaliknya melihat bahawa 40 tahun pemberontakan komunis di Malaya adalah "Chin Peng melawan seluruh jentera kerajaan".

Beliau menegaskan bahawa kajian menunjukkan struktur komunis adalah secara kolektif dan ia bukan  "one-man-show" di Chin Peng yang membuat semua keputusannya.

NONE"Saya tidak tahu mengapa ia perlu jadi begini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya adalah bahawa baik atau buruknya - siapa pun Chin Peng, latar belakangnya ialah perjanjian damai telah ditandatangani. Kita mesti menghormati terma dan syarat-syaratnya," katanya.
Ditanya oleh stesen radio itu bagaimana  pada pandangannya sejarah akan mengenang Chin Peng, Abdul Rahim berkata: "Mereka (ahli sejarah) sepatutnya boleh menganalisis Chin Peng sebagai pemimpin komunis - peranannya dan peranan partinya - dalam menentang British, dalam menghalau British.

"Peranan beliau dalam proses damai - kegagalan rundingan Baling dan kejayaan rundingan damai Phuket yang membawa kepada Perjanjian Damai Hatyai."

Abdul Rahim sentiasa konsisten mahukan kerajaan berpegang kepada syarat-syarat perjanjian damai itu dan telah membuat gesaan yang sama dalam satu temubual pada tahun 2009 dengan Malaysiakini supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Chin Peng meninggal dunia pada 16 September  pada usia tua, yang kebetulan adalah tanggal Hari Malaysia.


MALAYSIAKINI
21 Sept 2013 

 Jelaskan saman atau ditangkap: KPN
Posted on Saturday, September 21 @ 20:07:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



SABAK BERNAM – Semua pengguna kenderaan yang masih belum menjelaskan saman trafik dan dikenakan waran tangkap diberi amaran tegas supaya menjelaskan saman tertunggak itu bagi mengelakkan mereka ditahan polis untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak teragak-agak untuk menahan mana-mana pengguna kenderaan yang didapati masih belum menjelaskan saman terbabit.

Menurutnya, polis tidak akan berkompromi dalam perkara itu dan akan sentiasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa termasuk menjalankan operasi dan pemeriksaan bagi mengesan pengguna kenderaan terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan sama ada nama mereka dikeluarkan waran tangkap atau tidak bagi mengelakkan mereka ditahan serta-merta semasa operasi penguatkuasaan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas Majlis Pelancaran Program ‘Amanita Crime Awareness Day’ Peringkat Kontijen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Datuk Noriah Kasnon; Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Syukri Dahlan; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad.

Menurut Khalid, pengusaha syarikat pengangkutan seperti bas juga diingatkan supaya membuat semakan terhadap pemandu mereka agar menjelaskan saman bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini.

“Jangan salahkan polis kalau kita tangkap mereka (pemandu bas) tepi jalan, tangkap mereka di stesen bas hingga menyebabkan jadual perjalanan bas terganggu.

“Polis serius dalam perkara ini kerana mereka yang melakukan kesalahan trafik tidak mahu menjelaskan saman dan tindakan penguatkuasaan yang tegas terpaksa diambil bagi menyedarkan pengguna kenderaaan,” katanya.

Ditanya tentang pengambil alihan perlaksanaan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Khalid berkata, polis bertanggungajwab melaksanakan tindakan penguatkuasaan tersebut.

Katanya, pengambil alihan itu bukan mahu mencari kesalahan pengguna jalan raya semata-mata, malah AES juga digunakan bagi membantu polis mengesan dan mencegah jenayah.

 “Memang antaranya kita mensasarkan mereka yang degil dan tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya, tetapi kita juga menggunakan kamera itu untuk mengesan dan mencegah jenayah di jalan atau lebuh raya.

“Itulah sebab utama AES ini diserahkan kepada polis kerana kualiti kamera yang diletakkan di sesuatu tempat itu boleh membantu polis mengesan jenayah sama ada di jalan raya atau lebuh raya,” katanya.


MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
SINAR HARIAN 
21 Sept 2013 

 Pengorbanan Tidak Dihargai: Raihan sebak, potret ayah tiada di PWTC..Wanita Umno perlu dibersihkan...!!!
Posted on Saturday, September 21 @ 19:52:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



Raihan Sulaiman menitis air mata seketika sewaktu bercakap kepada media selepas selesai menyerahkan borang pencalonan duntuk bertanding jawatan ketua Wanita Umno dalam pemilihan sayap itu bulan depan.


Raihan sebak kerana walaupun ayahnya pernah menyandang jawatan ketua penerangan Umno Malaysia, tetapi potret ayahnya langsung tidak terpampang di mana-mana tempat dalam ibupejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Saya sedih kerana saya datang dengan semangat bapa saya, walaupun gambar dia tak ada di sini," katanya kepada pemberita.
Sulaiman merupakan seorang tokoh Umno yang lantang dan pernah memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dan ketua Penerangan Umno.
Beliau pernah melakar sejarah dalam pemilihan Umno apabila mencabar Tun Hussein Onn untuk jawatan presiden Umno pada 1978.

Hussein mengekalkan jawatan dengan memperolehi 898 undi manakala Sulaiman mendapat 250 undi.
Bercakap lanjut, Raihan berkata beliau berazam untuk 'membersihkan' Wanita Umno.

"Saya datang untuk membersihkan Wanita Umno," katanya.


Bagaimanapun, apabila diminta menjelaskan perkara yang tidak 'bersih' dengan Wanita Umno, Raihan berkata "wartawan sepatutnya lebih tahu".

"Bagi saya, saya tak boleh kata setitik pun pada dia (Shahrizat).

"Beliau sudah banyak berjasa pada Umno," katanya.
Sebelum ini, Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Azalina Othman membatalkan hasratnya untuk merebut jawatan ketua Wanita Umno yang kini disandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

sumber : Rakyat Marhaen
21 Sept 2013 

 Naib Presiden - Antara Restu Najib Dan Restu Mahathir
Posted on Saturday, September 21 @ 19:10:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Shahbudin Husin

Kehadiran ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal secara bersama dan serentak di hari penamaan calon pemilihan MT UMNO hari ini, tidak diragui lagi merupakan isyarat yang jelas bahawa mereka ini akan berpakat dan saling bergandingan tangan antara satu sama lain.

Walaupun tindakan berpakat itu cuba dinafikan tetapi ia terlihat sukar untuk disembunyikan.

"Kami sebagai penyandang secara bersungguh-sungguh akan mengekalkan jawatan untuk mendokong parti. Kami ada keserasian dan saling mengenali antara satu sama lain," demikian kata Shafie Apdal.

Zahid pula berkata, ketiga-tiga mereka mempunyai keyakinan untuk terus mempertahankan jawatan dan menyifatkan kehadiran Mukhriz sebagai pencabar yang disifatkan mewakili kehendak golongan muda bukanlah suatu masalah dan biarlah perwakilan yang menentukannya.

"Pasal Mukhriz, kami berfikiran terbuka dan berlapang dada. Sebagai penyandang, kami pasrah," kata Zahid lagi.

Hishammuddin dalam nada yang hampir serupa berkata, proses pemilihan kali ini adalah ujian kepada demokrasi dan ramalan yang yang mengatakan salah seorang daripada mereka akan tewas berikutan kehadiran Mukhriz, sama-sekali tidak menggugat keyakinan mereka bertiga untuk mempertahankan jawatan itu.

Di PWTC hari ini, dilaporkan juga ketiga-tiga penyandang itu bukan saja hadir dan mengemukakan borang secara bersama, malah kemudian meninjau pusat penamaan calon juga bersama, sambil bergurau-senda untuk memperlihatkan keakraban mereka.

Ia sekaligus menjadi percakapan bahawa mereka bertindak demikian sebagai menghantar isyarat kepada para perwakilan UMNO, bukan saja tentang kesepakatan antara mereka tetapi juga sebagai pilihan yang dikehendaki dan direstui oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib Razak.

Kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga penyandang ini bukan saja untuk mempertahankan kedudukan masing-masing tetapi juga sebenarnya untuk menyekat kemaraan Mukhriz daripada memenangi salah satu kerusi Naib Presiden itu.

Najib sebelum ini dilaporkan mahu status quo Naib Presiden UMNO yang sedang disandang oleh Zahid, Hishammuddin dan Shafie dikekalkan dalam pemilihan 19 Oktober depan kerana berpuas hati dengan prestasi mereka, di samping ketiga-tiga mereka juga dianggap sebagai "penurut perintah paling setia" dan mampu berada di barisan paling hadapan untuk mempertahankan kedudukan Najib.

Selain itu, dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hampir pasti tidak ditandingi, Najib juga mahu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang masih mampu mengawal UMNO dan sebab itu beliau mahukan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden yang ada dikekalkan.

Apabila Mukhriz mahu bertanding, Zahid lantas menyarankan agar anak Mahathir itu pergi mendapatkan nasihat daripada Najib terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Najib juga dilaporkan tidak begitu gembira dengan keputusan Mukhriz mahu bertanding dan telah memanggil Mukhriz ke pejabatnya untuk memberi nasihat berkenaan perkara itu.

Namun demikian, dilaporkan bahawa dalam pertemuan itu, Mukhriz telah meminta maaf kepada Najib kerana tidak dapat mematuhi nasihat Presiden UMNO agar jangan bertanding Naib Presiden UMNO, sebaliknya menyatakan keinginan untuk terus bertanding berdasarkan sokongan dan respon yang diterimanya.

Khamis lalu, Mukhriz akhirnya mengumumkan hasratnya bertanding Naib Presiden UMNO dengan slogan "Berani Berubah". Sehingga hari ini juga, Mukhriz tidak bercakap mengenai nasihat dan restu daripada Najib kepadanya, sebaliknya hanya berkata, keputusannya bertanding mendapat restu daripadanya bapanya, Mahathir Mohamad.

Dengan pertandingan Naib Presiden UMNO kali ini menjadi enam penjuru dengan penyertaan Isa Samad dan Ali Rustam, gambarannya ialah ketiga-tiga penyandang mendapat restu daripada Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Mukhriz mendapat restu daripada Mahathir, bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri tetapi masih lagi berpengaruh manakala Isa dan Ali, mungkin hanya bersandarkan restu diri sendiri sahaja.

Sekiranya dengan kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga penyandang ini mereka terus kekal, bermakna restu Presiden masih ada harganya tetapi sekiranya seorang atau lebih daripadanya yang tewas, ia akan memberi erti bahawa restu Najib tidaklah lagi sekuat restu Mahathir.

Jika Mukhriz berjaya mendapat undi tertinggi pula, isyaratnya restu Najib tidak membawa apa-apa makna lagi.

Sementara menunggu keputusan pada 19 Oktober untuk mengetahui restu siapakah yang paling "power", tempoh kempen selama hampir sebulan untuk perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kali ini tentunya menjanjikan kehangatan yang luar biasa tetapi yang pastinya juga, UMNO akan terus sarat dengan pergelutan, perebutan dan persaingan untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Lebih-lebih lagi jika Mahathir terus sihat dan panjang umurnya. (SH 21/09/2013)-shahbudindotcom


 Mat Sabu: Apa nak takut dengan abu mayat Chin Peng?
Posted on Saturday, September 21 @ 18:32:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.

“Mengapa kita hendak takut dengan abu mayat ini? Kubur Abu Jahal, Abu Lahab masih ada di sekitar Mekah. Tidak ada masalah sebenarnya,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider merujuk kepada penentang Nabi Muhammad pada zaman awal Islam.

“Kubur Firaun pun masih ada di Mesir. Tidak jadi masalah pun, dekat pula dengan Universiti Al-Azhar,” katanya.


Orang ramai yang hadir di upacara pengebumian Chin Peng di Bangkok membaca potongan surat khabar tentang bekas ketua Parti Komunis Malaya itu. - Gambar Reuters, 21 September, 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan dan melawan penjajah British sebelum Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957.

“Dia menentang dan membunuh Sir Henry Gurney yang membawa orang Yahudi masuk ke Palestin.

“Selepas 31 Ogos 1957, saya tidak berani komen kerana Malaya sudah Merdeka,” katanya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam temuramah bersama BFM radio semalam memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan `naif’ dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk ditanam.

Menurutnya, tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu.

“Masyarakat heboh mengenai abunya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia. Pertelingkahan ini berlanjutan keterlaluan. Saya fikir ia sedikit naïf.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendiriannya untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abunya dibawa masuk.

Semalam, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat mayat Chin Peng patut dibenarkan pulang ke sini untuk kali terakhir.

Pengerusi biro publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia.

Kumpulan hak Melayu, Perkasa, bagaimanapun, memberi amaran kepada MCA supaya parti itu jangan menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan mendesak Putrajaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke sini.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata ramai orang Melayu dan Cina mati di tangan komunis yang diketuai Chin Peng ketika pemberontakan.

Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok, Thailand pada Hari Malaysia, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89.

Ketika hayatnya, beliau berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.

Beliau dilantik sebagai setiausaha agung PKM pada usia 23 tahun dan menjadi “musuh nombor satu” British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya. – 21 September, 2013.-tmi


 Syed Rosli ibaratkan kepimpinan Pemuda Umno seperti 'warga Bangla'
Posted on Saturday, September 21 @ 18:10:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia".

Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.

Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa.

"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri.

"Jikalau kita tidak pernah membesar dan bersekolah di Malaysia, bagaimana kita hendak faham perjuangan Melayu, agama, bangsa dan negara?

"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun," katanya.

"Dia ibarat macam Bangla datang (ke sini), umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa?

"Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun," katanya kepada pemberita.

Beliau turut mencuri perhatian ramai apabila bersumpah atas nama Allah tidak akan terlibat dengan rasuah sebaik selesai menyerahkan borang pencalonannya.

"Demi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya bersumpah tidak akan terlibat atau membenarkan amalan rasuah, salahguna kuasa atau politik wang jika saya dipilih sebagai ketua pemuda," katanya kepada pemberita.

Sehingga kini, jawatan ketua pemuda Umno sah akan direbut tiga orang melibatkan penyandang, Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Sanusi Junid, dan Syed Rosli.

Seorang lagi yang telah menyatakan hasratnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali masih belum menyerahkan borangnya.-mkini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan