Selasa, 20 Ogos 2013

PRO...PRO JUGAK...JANGAN SILAP PRO...JANGAN JADI BAKARAN API NERAKA...ALAM AKHIRAT NI GHAIB TETAPI IANYA BENAR

سُوۡرَةُ البَقَرَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥)
Surah Al-Baqara
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)Korban rombongan perkahwinan
Posted on Monday, August 19 @ 13:47:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SANA'A - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan lebih 41 hilang apabila kenderaan rombongan perkahwinan dihanyutkan arus banjir deras di selatan Yaman, semalam.

Jurucakap pegawai daerah Shara'ab berkata, mangsa adalah wanita dan kanak-kanak di dalam tiga kenderaan.

"Kejadian berlaku apabila mereka melalui jalan raya di lembah Wadi Nakhla terletak antara Taiz dan wilayah Ibb," katanya yang turut mengesahkan lapan mangsa diselamatkan termasuk pengantin perempuan.

Yaman merupakan sebuah negara yang terdedah kepad banjir berikutan kedudukannya di hujung selatan Semenanjung Arab.  -  Al-Jazeera 


 Kisah Benar Penggali Kubur Temui Mayat Berusia 30 Tahun Yang Masih Elok
Posted on Monday, August 19 @ 13:43:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.
Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.


Berdasarkan maklumat kisah benar ini, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.
Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.
Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.
Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.
“Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.
“Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat,” katanya.
Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.
Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.
Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.
“Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.
“Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur,” katanya.



Raja Abdullah Pro Yahudi. Utusan Malaysia Pro Dajal
Posted on Monday, August 19 @ 13:51:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

 

Nampak nya media penjilat buntot pemimpin umno sedang rancak menjadi pelapor propaganda as sisi syaitan wa Dajal.

Ikhwanul muslimin bukan pemerontak ataupun pengganas. Mereka berjuang mempertahankan kemenangan DR muhammad mursi yang dipilih oleh rakyat mesir untuk menjadi presiden di negara itu.

Mesir menuju kearah negara maju & bakal bermainkan peranan penting dalam isu serantau umat islam. Kita tidak boleh bergantung harap dengan arab saudi yang dilihat cuba memperkukuhkan pengaruhnya dikalangan umat islam di rantau arab yang kini sudah hilang pengaruh mereka.

Arab saudi dalam ketakutan dengan kebangkitan umat islam di negara2 dirantau arab. Kebangkitan ini bukan saja mengubah pendirian tegas keatas amerika, malah umat islam sedaya upaya membebaskan palestin dari penindasan yang dilakukan regim israel yahudi laknatullah!

Pada yang mengatakan pro-mursi sebagai teroris/pengganas/pelampau mereka patut muhasabah diri. Pentingnya peranan kita sebagai umat islam menyokong pertadbiran pro-islam dirantau arab supaya dengan itu palestin bakal dibebaskan dari kezaliman tentera dajjal israel laknatullah!

Semoga allah menangkan perjuang2 islam diseluruh dunia. Islam akan bangkit diseluruh dunia!

Doakan untuk saudara kita di mesir/palestin/syria.


-admin-


OrangMuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com


  Cara Seludup barang paling Selamat
Posted on Monday, August 19 @ 13:59:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Ajoi melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang joi. Pak Mat Kastam menahan Ajoi dan bertanya, “Apa dalam beg tu?”, “Pasir,” jawab joi.

“Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!” Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Ajoi di tahan dilokap semalaman.



Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Ajoi memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Ajoi dibebaskan. Pasir kepunyaan Ajoi di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, “Apa yang kau bawak?” “Pasir” kata Ajoi. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Ajoi tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Ajoi dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.
Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Ajoi tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Ajoi tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Ajoi di sebuah pekan.
“Ajoi” tegur Pak Mat Kastam, “Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?”
“Basikal”, jawab Ajoi ringkas.

Sumber Link

_________
Gambar: Basikal Terpanjang

 Nasehat Dari Seorang Komandan Jihad
Posted on Monday, August 19 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: kamal_hasan

"
Asy-Syahid Asy-Syaikh Abdulllah Azzam

Wahai mereka yang telah ridla Allah sebagai Rabb-nya, Islam sebagai Diennya dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulnya. Ketahuil, bahwasanya Allah telah menurunkan ayat dalam surat al-baqarah :“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepada kamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersamanya : “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (QS. Al Baqarah : 214)

Harga dakwah itu amat mahal menurut firman Allah Yang Maha Benar dan Maha Agung serta menurut lisannya Rasulullaah SAW. Harga mengemban prinsip dan memindahkannya dari alam pikiran atau alam teori ke alam tatbiq (praktek) dan alam kenyataan, memerlukan banyak pengorbanan sehingga menjadi benar-benar nyata dan hidup di alam dunia.

1. HARGA DAKWAH

Dakwah tidak akan mencapai kemenangan dan keberhasilan jika dakwah tersebut tidak diiringi pengorbanan. Baik itu dakwah ardliyah (dari manusia) atau dakwah samawiyah (dari Allah). Darah, tubuh, tulang belulang, nyawa, syuhada`, itu semua adalah api yang menyalakan pertempuran, api yang menyalakan peperangan ideologi, api yang menyalakan perang pemikiran. Adapun ayat tersebut di atas memperingatkan kita kepada persoalan penting dalam gelanggang peperangan ini. Yakni bahwa tidak ada surga bagi orang yang tidak mau berkorban dan menyumbangkan sesuatu.

Apakah kamu mengira? Apakah kalian menyangka bahwa kalian akan masuk surga padahal belum merasakan seperti apa yang dirasakan orang-orang sebelum kalian. Kemudian Allah Rabbul `Izzati mengisyaratkan persoalan penting bahwasanya kamu sekalian tidaklah semulia hamba yang paling dicintaiNya, kalian tidak lebih baik dari hamba-hamba pilihanNya.

“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia.” (QS Al Hajj : 75)Tak ada satu manusia di bumi ini yang lebih utama daripada Muhammad SAW, kendati demikian sebagaimana firman Allah `Azza wa Jalla. “Mereka ditimpa oleh bencana (yakni peperangan), kesengsaraan (kemiskinan), kekurangan dan lain-lain yang serupa.” Dan mereka digoncangkan, coba perhatikanlah diri manusia ketika mereka dalam keadaan tergoncang. Gemetar seluruh tubuhnya seakan-akan ia dilanda gempa bumi sehingga tidak mampu menguasai diri untuk tidak jatuh. Mereka digoncangkan dan goncangan itu membuat makhluk yang paling sabar di muka bumi, yakni Rasulullah SAW, berdo`a dengan penuh ketundukan kepada Allah `Azza wa Jalla, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”

Orang yang sabar, tawadlu`, khusyu`, Aminullah (yang dipercaya Allah) di muka bumi, yang selalu bertemu Aminus Sama` (Jibril AS) pagi dan petang, yang senantiasa dimantapkan oleh Al Qur`an sepanjang siang dan malam, masih dapat tergoncang sehingga menyeru kepada Allah dengan sepenuh hati dalam permohonannya, serta mengasingkan dirinya untuk bermunajat kepada Allah `Azza wa Jalla. Beliau berdo`a, “Bilakah pertolongan Allah itu tiba?”

“Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi dan telah meyakini bahwa mereka telah didustakan datanglah kepada rasul itu pertolongan Kami.” (QS Yusuf:110)Masalah tersebut menjadikan para rasul hampir putus harapannya. Mereka tidak mempunyai harapan namun belum sampai pada putus asa, karena :

“Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS Yusuf : 87)Mereka meyakini bahwa mereka telah didustakan. Bumi itu telah tertutup rapat di hadapan mereka dan dunia terasa sunyi di wajah mereka, bumi tidak menjanjikan seseorang yang mau mengikuti dakwah mereka, maka mereka tidak berpengharapan lagi.

“Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahwa mereka telah didustakan, datanglah kepada Rasul itu pertolongan Kami, lalu Kami selamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa Kami dari orang-orang yang berdosa. Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal, Al Qur`an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat.” (QS Yusuf 110-111)

2. PENGORBANAN RASULULLAH SAW

Al Qur`an itu bukan hiburan dan bukan untuk kesenangan di waktu-waktu senggang, akan tetapi Al Qur`an adalah manhaj (petunjuk jalan) bagi para Da`i yang menempuh jalan dien ini sampai hari kiamat, mengikuti jejak langkah penghulu para rasul Muhammad SAW dan pemimpin semua umat manusia.

“Aku adalah pemimpin anak cucu Adam, bukan menyombong.” Meskipun demikian, keadaan beliau saat ini adalah seperti yang beliau sendiri ceritakan dalam hadits shahih:

“Sungguh aku pernah disakiti karena menyampaikan risalah Allah dan tak seorangpun pernah disakiti seperti itu, aku pernah diintimidasi karena menyampaikan risalah Allah dan tak seorangpun pernah diteror seperti itu. Dan pernah pula lewat pada diriku tiga puluh hari tiga puluh malam, sementara aku dan Bilal tak ada sesuatu yang dapat dimakan kecuali sedikit makanan yang hanya dapat menutupi ketiak Bilal” (Shahih Al jami` Ash Shagir 1525)

Ketika datang pembesar Quraisy kepada Abu Thalib, meminta dia agar mencegah keponakannya menyakiti perasaan mereka, maka Abu Thalib mengirim anaknya Uqail untuk menemui Rasulullaah SAW dan mengingatkan bahwa kaum Quraisy mendesaknya agar menghentikan penghinaan terhadap mereka, maka beliau Rasulullaah SAW menjawab dengan kata-kata sebagai berikut:

“Demi Allah, aku lebih tidak mampu meninggalkan sesuatu yang aku diutus untuknya daripada seseorang di antara mereka mencoba membakar matahari dengan nyala api.”“Demi Allah, wahai paman. Sekiranya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan perkara ini, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkannya atau aku akan binasa karenanya.” (Riwayat pertama dinyatakan hasan oleh Albani, dan merupakan penguat bagi riwayat kedua)

Urusan menyampaikan dakwah bukan merupakan sesuatu yang mudah atau perjalanan yang menyenangkan.“Kalau yang kamu serukan kepada merek itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka akan mengikutimu.” (QS At-Taubah : 42)

Sesungguhnya jalan dakwah adalah jalan yang panjang dan sukar. Semuanya berduri, semuanya pengorbanan. Bahkan mungkin engkau meninggal dunia sedangkan engkau belum mencapai satu buahpun dari hasil pekerjaanmu.`Abdurrahman bin `Auf menangis`Abdurrahman bin `Auf meletakkan makanan yang lezat didepannya lalu dia menangis dan kemudian berdiri. Dia berkata: “Sungguh sahabat-sahabat kami telah meninggalkan dunia, namun mereka belum pernah melihat seperti ini. Dan sungguh dahulu. Mush`ab bin `Umair, makanannya lebih baik daripada kami, tetapi dia belum pernah melihat makanan yang sebaik ini.”

Anas ra berkata: “Rasulullaah SAW telah diwafatkan oleh Allah, sedangkan beliau belum pernah menikmati daging kambing bakar.”(HR Shahih Bukhari)“Tak pernah sama sekali keluarga Muhammad makan roti dari Sya`ir (jenis gandum) sampai kenyang selama dua hari berturut-turut.”“A`isyah berkata: “Demi Allah, kami belum pernah makan korma sampai kenyang kecuali sesudah penaklukkan Khaibar.”” (HR Muslim)

Apakah kalian mengira bahwa prinsip dan keimanan itu hanya merupakan mainan atau senda gurau atau kesenangan yang disampaikan seorang manusia lewat khutbah yang dihiasi dan dirangkai dengan kata-kata yang indah, atau ditulis dalam sebuah buku lalu dicetak dan kemudian disimpan di perpustakaan???????? Itu sama sekali bukan jalan dari Ashabud Da`wah (penyampai dakwah) !!!!

Sesungguhnya dakwah itu selalu akan memperhitungkan bahwa generasi pertama yang menyampaikan dakwah, mereka itu adalah tumbal bagi tegaknya dakwah yang diserukan.

Ucapan Syayid Quthub

Sesungguhnya generasi pertama, mereka itu pergi sebagai api penyala buat tabligh dan sebagai bekal untuk menyampaikan kalimat yang tidak akan hidup kecuali dengan qalbu dan cucuran darah.

Sesungguhnya kalimat kita akan tetap mati seperti boneka yang tak bergerak, sampai kita mati karenanya. Maka dia / kalimat itu akan bergoncang bangkit dan hidup di antara mereka yang hidup. Setiap kalimat yang hidup, maka ia akan bersemayam di hati manusia yang hidup, sehingga hiduplah ia bersama-sama mereka yang hidup. Orang-orang yang hidup tidak akan ingin berdampingan dengan orang-orang yang mati, mereka hanya mau berdampingan dengan orang-orang yang hidup. Adapun mayat itu akan tetap di kubur di bawah tanah, walaupun ia adalah mayat orang terhormat.

Samb: http://silverheritage.blogspot.com/"




 Anak-anakku dihalau!
Posted on Monday, August 19 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: hishamahmad

"Kisah dua orang anak lelakiku. Seorang 13 tahun seorang lagi 12 tahun. Si abang telahpun menikmati pancaran kedewasaan. Maksudnya, …fahamkan. Si adik pula belum lagi. Keduanya telah dicuba dididik sebaiknya… walaupun masih jauh lagi dari mencapai tahap terbaik seperti ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah, melalui petunjuk Rasulullah s.a.w.

Ilmu agama dibekalkan secara yang aku yakin lebih baik daripada apa yang aku dapat dahulu semasa zaman kecil dan remajaku. Kesan baik tetapi menjadi ‘bitter truth’ atau ‘hard truth’ ialah mereka telah menghafaz surah2 al Quran lebih banyak daripada aku. Bayangkanlah anakku [1] berumur 7 tahun telah menghafaz surah Mulk, sedangkan aku menghafaznya ketika umur hampir menjangkau 40 tahun.

Alasan ‘typical’ aku kepada anak-anakku apabila ada di antara mereka bertanya “kenapa abah tak hafal lagi…surah ni… surah yang ni?” maka aku jawablah seperti ini;

“zaman abah susah nak dapat peluang mcm korang… kalau abah dihantar macam korang.. setiap hujung minggu ke Masjid Azim (Melaka) untuk kelas tahfiz, pastu… dapat belajar dengan ustaz best macam ustaz Muhammad Hafiz (al hafiz) bin Salleh… rasanya umur 12 tahun abah dah katam 30 juzuk dah..”

Lalu mereka membalas; “ ya lah tu…” “habis tu (umur) sekarang, masih boleh hafal lagi….” Lalu aku menjawab; “abah habis masa asyik nak pantau korang semua, sampai abah tak sempat nak hafal sendiri.. … cuba korang hafal tanpa perlu disuruh, bersemangat tanpa perlu ditegur dengan ‘rotan’, bila rasa ada masa free.. hafal sendiri , lepastu tasmik sesama sendiri… kalau nak talaqi pun …boleh ambil pen quran digital tu …. Pilihlah nak talaqi ngan imam Sudais, Gamidi… Masyari….. bla, bla, bla, bla, …”

(lalu dengan bertalu-talu mereka dibebelkan … biar mereka merasa sesal bertanya soalan itu… atau serik untuk bertanya lagi soalah itu kepada seorang berpangkat –abah - hehehee)

Ok. Kembali kepada kisah asal. Sebenarnya surau dengan rumahku sangat berdekatan. Kampung Bukit Kecil. Aku berusaha latih-paksa anak-anak ku untuk solat jemaah khusus bagi dua lelaki yang di atas tadi. Setiap waktu setiap hari. Sehingga ia menjadi rutin biasa.

Latih paksa ini memerlukan masa hingga berpindah darjat, dari paksaan menjadi kebiasaan. Untuk darjat berikutnya iaitu dari kebiasaan menjadi kesungguhan … tidak mudah. Manakala dari darjat kesungguhan menjadi kesukaan …. lagi tidak mudah. Ini tahap paling tinggi iaitu rasa suka dan ‘excited’ nak pergi solat jemaah.

Bak kata Master Sifu (tikus) kepada Poo si Panda[2] ketika mahu belajar kungfu dan berangan untuk menjadi dragon master[3] dalam masa yang singkat bagi menanti kehadiran si harimau jahat “Tai Long” yang akan kembali menyerang.

Master mengatakan bahawa ia memerlukan latihan intensif yang lama untuk menguasai satu pergerakan kungfu… “It took years to master… ”

Ini belum lagi kita berbicara soal khusyuk. Saya ada terbaca satu riwayat sorang ulama berkata… setelah berpuluh tahun solat… mengejar khusyuk.. baru mendapat. Kita dah dapat? Betul-betul dapat?

Takpe… ini semua ujian. Apa yang penting mujahadah- to strive, to struggle. Usaha-usaha dan usaha. Bekalkan ilmu.. latih-latih. Hampir keseluruhan bulan Ramadan yang lepas ini, 3 orang anakku telah bergilir melaungkan azan maghrib… Rasa tidak selesa jika tiada azan maghrib di surau (sbb semua orang kampung berbuka disurau melainkan ada jemaah tabligh). Sebagai rumah antara yang paling dekat… maka aku merasa lebih terpanggil.. untuk memastikan azan tetap dikumandangkan.

Walaupun, begitu … satu perkara yang aku merasa sangat sukar untuk didik anak-anak ialah menjadi berakhlak mulia… ini kerana aku sendiri masih struggle… aku mengharap sangat pada nasihat terbaik dan praktikal dlm hal ini.

Maaf. Kembali kepada kisah asal. Harap tak terpesong lagi, Ini dia. Aku telah berpesan kepada kedua anak-anakku. Bila sahaja qamat mula dibacakan … ambil terus saf pertama sebelah tepi. Jika tidak ramai orang, himpit sampai ke tengah. Kata aku;

“Korang dah layak ambik saf 1!”

Namun subuh tadi, aku lihat mereka berada disaf dua… sedangkan asalnya mereka berada di saf pertama, sebelah tepi kiri.

“Ah rupa-rupanya, anak-anakku telah dihalau….. kebelakang!”

Hasil maklumat mereka barulah diketahui bahawa seorang pakcik, atau pangkat (umur) atuk bagi mereka, ahli regular surau telah menyuruh anak-anakku ke saf dua sebab katanya bagi peluang pada orang-orang tua. Betulkah tindakan ini?

“Kanak-kanak tolong solat dibelakang, nanti putus saf solat” seorang Imam Masjid membuat pengumuman sebelum imam naik membaca khutbah Jumaat. Lebih kurang, begitulah ucapannya. Perkara ini juga ditutur (dengan sedikit perbezaan perkataan) oleh seorang imam lain yang juga mudir atau ketua sebuah pondok pengajian ketika memberi ceramah di surauku.

Malangnya , tiada penjelasan dibuat dalam kedua ‘fatwa’ itu… apakah definisi kanak-kanak yang dimaksudkan? Umur berapa yang boleh dihalau ke belakang? Adakah dibezakan yang bersunat dan tidak bersunat?

Seterusnya timbul pula persoalan lain; berapa belakang mereka patut dihalau? Maksudnya saf keberapa dibelakang? Contoh dalam solat jumaat itu, sentiasa ada sahaja orang dewasa yang lambat, dan sentiasa ada sahaja kanak-kanak yang didepannya? Kesianlah orang dewasa yang dibelakang jika terbatal saf mereka, tidak sah solat mereka, lupus pahala saf mereka atau hilang pahala jemaah mereka?

Atas pengumuman itu, maka ia menjadi ‘fatwa’ yang dikongsi sekian ramai orang kampungku. Jadi tentulah bagi si penghalau itu, tindakan menghalau itu bukan sahaja tidak salah, bahkan sangat baik dilakukan demi menyelamatkan saf solat itu terputus, terbatal, atau pahala saf solat itu batal dan lupus.

Benarkah begitu?

Tidak, saya tidak bersetuju!.

Saya telah membuat kajian sendiri dan saya dapati kedudukannya adalah sebaliknya. Bagi saya, ‘Fatwa’ itu silap dan mengelirukan.

Saya senaraikan antara rujukan terbaik yg telah diringkaskan dalam satu blog seorang ustaz sekolah menengah. Saya pohon maaf kerana hilang sumber/ linknya. Semoga pahala untuknya dan untuk saya.

Bagi yang ingin maklumat lebih tepat, rujukan jelas dan lengkap sila ke blog – hisham-ahmad.blogspot.com

Isu 1: Hukum Menyentuh Kanak-Kanak Yang Belum Baligh Ketika Solat Berjemaah

Hadis Sahih (1) maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a katanya, neneknya Mulaikah telah menjemput Nabi r untuk makan makanan yang disediakannya, lalu Baginda maka sebahagian darinya, kemudian bersabda : “Bangunlah saya akan mengimami solat kamu”. Berkata Anas r.a : “Saya telah menyediakan sebidang tikar hitam yang sudah lama digunakan dan merenjiskan air ke atasnya.” Rasulullah berdiri (untuk bersolat), saya dan anak yatim berada dibelakang baginda dan nenek berada dibelakang saf kami. Kemudian Baginda bersolat bersama kami dua rakaat, kemudian baginda berlalu pergi…

Hadis di atas menerangkan Nabi saw bersolat bersama Anas, anak yatim dan juga neneknya. Apa yang didapati daripada hadis tersebut, anak yatim berdiri dalam saf bersama Anas r.a. Sekira anak yatim tersebut menyentuh Anas membatalkan solat, nescaya Nabi r menyuruh anak yatim tersebut berdiri dalam saf belakang.

Hadis Sahih (2) maksudnya : Daripada ‘Abdullah bin ‘Abas r.a, katanya, saya tiba (di Mina) dengan menaiki keldai betina dan ketika itu saya belum lagi baligh. Didapati Rasulullah r sedang bersolat di Mina tanpa ada dinding (di hadapan), lalu saya turun melalui beberapa saf dan melepaskan keldai (untuk memakan rumput). Kemudian saya masuk ke dalam saf. Tidak ada seorang pun yang menegur (perbuatan saya tersebut).

Hadis tersebut menjelaskan seorang sahabat Nabi saw iaitu ‘Abdullah bin ‘Abas telah tiba di Mina, didapati Baginda sedang bersolat berjemaah bersama sahabat yang lain. Beliau turun dari keldai lalu melalui antara saf-saf tersebut, kemudian memasuki saf untuk solat bersama. Perbuatan beliau tidak ditegur dan dibantah oleh Nabi dan juga para sahabat yang lain. Sedangkan beliau ketika itu masih belum baligh. Sekira sentuhan kanak-kanak yang belum baligh boleh membatalkan solat, nescaya beliau akan terus ditegur oleh Nabi dan para sahabat yang lain.

Hadis (3) : Maksudnya : daripada ‘Amru bin Sulaim az-Zuraqiy, sesungguhnya beliau pernah mendengar Abu Qatadah r.a berkata : Ketika kami duduk didalam masjid (menunggu waktu solat), Nabi r masuk ke dalam masjid sambil mendukung Umamah binti Abi al-As bin ar-Rabi’, emaknya adalah Zainab binti Rasulillah. Dia merupakan kanak-kanak (ketika itu) dan didukung Baginda. Lalu baginda bersolat sambil mendukung (Umamah), meletakkan disebelah (Baginda) ketika rukuk dan mendukung semula apabila berdiri sehingga selesai dari solatnya, itulah yang dilakukan oleh Baginda ketika solat

Hadis di atas menjelaskan ketika solat, Nabi r mendukung Umamah cucu baginda. Sekira menyentuh kanak-kanak boleh membatalkan solat, nescaya baginda tidak akan mendukung cucunya ketika bersolat.

Hadis (4) : bermaksudnya: Daripada Abu Said al-Khudriy katanya : ketika Rasulullah r bersolat bersama para sahabat, baginda menanggalkan selipar, lalu diletakkan disebelah kiri baginda. (Perbuatan Baginda tersebut) dilihat oleh para sahabat, lalu ditanggalkan juga selipar mereka (dan diletakkan disebelah). Apabila selesai baginda bersolat, baginda bersabda : Kenapa kamu semua menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka : Kami melihat kamu menanggalkan selipar, lalu kami juga menggalkan selipar. Rasulullah r bersabda : Sesungguh Malaikat Jibrail telah datang memberitahu saya, terdapat najis pada kedua selipar. Sabda Baginda lagi : Apabila salah seorang daripada kamu dating ke masjid hendaklah melihat (kedua belah selipar) sekira terdapat najis atau kotoran, hendaklah disapukan (terlebih dahulu) kemudian bersolat dengan memakai kedua belah selipar (tadi).

Hadis di atas menjelaskan Nabi saw sedang bersolat dan ketika itu baginda memakai selipar. Didapati pada selipar baginda terdapat najis. Setelah diberitahu oleh Malaikat Jibrail, terus baginda menanggalkan selipar tersebut dan diletakkan di sebelah kiri baginda, kemudian meneruskan solat sehingga selesai. Sekira perbuatan tersebut (memakai selipar yang terdapat najis) boleh membatalkan solat, nescaya baginda akan bersolat semula, kerana solat yang ditunaikan tersebut terbatal, tetapi baginda terus menunaikan solat sehingga selesai.

Kesimpulannya, setelah dilihat dan diteliti daripada hadis-hadis di atas, apa yang dapat disimpulkan disini ialah :

a) Kesemua hadis di atas menjelaskan Nabi bersolat dan dalam masa yang sama terdapat kanak-kanak yang belum baligh turut sama bersolat bersama Nabi dan para sahabat.

b) Ketika solat berjemaah sudah tentu berlaku sentuhan antara orang dewasa dan juga kanak-kanak. Sekira menyentuh kanak-kanak boleh membatalkan solat, sudah tentu akan dinyatakan oleh Nabi saw dalam hadis-hadis baginda, ini kerana perkara yang berkaitan ibadat solat merupakan perkara yang penting sekali, sudah tentu perkara yang penting ini mesti diberitahu terlebih dahulu oleh baginda.

c) Tidak terdapat hadis-hadis yang sahih menyatakan batal solat sekira bersentuhan kanak-kanak yang belum baligh dengan orang dewasa.

Pandangan ulama’ semasa:

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu' karangan Imam An-Nawawi menyebut: “Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-'As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.

Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.

Isu Kedua : Saf Kanak-Kanak Dalam Solat Berjemaah

Hadis sahih (1) : Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a katanya, neneknya Mulaikah telah menjemput Nabi r untuk makan makanan yang disediakannya, lalu Baginda maka sebahagian darinya, kemudian bersabda : “Bangunlah saya akan mengimami solat kamu”.

Berkata Anas r.a : “Saya telah menyediakan sebidang tikar hitam yang sudah lama digunakan dan merenjiskan air ke atasnya.” Rasulullah berdiri (untuk bersolat), saya dan anak yatim berada dibelakang baginda dan nenek berada dibelakang saf kami. Kemudian Baginda besolat bersama kami dua rakaat, kemudian baginda berlalu pergi..

Hadis di atas menjelaskan Nabi saw bersolat berjemaah bersama Anas r.a, anak yatim dan Mulaikah (nenek kepada anak yatim). Anak yatim tersebut berada dalam saf bersama Anas r.a di sebelah dan neneknya dibelakang. Sekira wujud saf kanak-kanak, sudah tentu baginda akan menyuruh anak yatim tersebut berdiri dalam saf belakang Anas r.a.

“Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas).”

Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.

Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain.

Menurut Khatib asy-Syarbini dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj : Maksudnya :
“Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….

Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikhususkan kepada kanak-kanak.

Syeikh Saleh al-Fawzan mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan, proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid.

Kesimpulannya, tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang. Wallahu taala alam.

Akhirkata ,… seperti biasa, atas prinsip terbuka dan lapang dada, saya mengalukan pandangan berbeza berdasarkan hujah bermerit dan berautoriti nas dan dalil.

Sekiranya ada kesilapan pada kepercayaan saya ini, please…. buktikan.

[1] [rakaman hafazan anakku itu ada didalam facebook aku… di mana aku ingin mendedahkan rahsia melatih anak menjadi hafiz di dalam rumah…]

[3] Filem kartun “Kungfu Panda” yang pertama."



20 August 2013

Kalau dengar nasihat Dr M, UMNO itu pelindung Melayu, dunia akhirat

Desakan dari setengah pihak dalam UMNO untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO supaya tidak ditandingi bertambah nyaring. Walaupun perlembagaan memperuntukan sesiapa boleh bertanding apa-apa jawatan dalam parti tetapi ada pihak yang tidak mahu diadakan pertandingan itu kerana ditakuti akan memecah belahkan parti.
Tidak ada siapa yang boleh melakukan sesiapa kerana pimpinan diatas tidak yakin dengan peruntukan perlembagaan parti mereka sendiri. Tetapi pucuk pimpinan boleh diubah tanpa pertandingan kali ini seperti yang berlaku semasa Najib mengambil alih kepimpinan dari Abdullah Badawi dahulu.
Najib boleh dialih jika cara yang sama dilakukan seperti yang dilakukan kepada Abdullah dahulu. Asas menolak Abdullah dulu adalah diatas kegagalan Abdullah mendapatkan kememangan 2/3 majoriti di Dewan Parlimen. Najib mendapat jumlah kerusi yang lebih kecil maka elok jika dilakukan cara pengambil alihan dari Najib mengikut cara Abdullah berhenti dahulu.
Dulunya Muhyiddin begitu kuat dan mundar mandir ke hulu ke hilir. Muhyiddin merupakan orang ke hulu ke hilir untuk Abdullah memberikan laluan kepada Najib. Muhyiddin merupakan orang yang paling hebat kedepan meminta Abdullah turun dan memberikan laluan kepada Najib. Tentulah niat beliau ialah untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden itu untuk menggantikan Najib yang telah menerima banyak jasa dari tindakan beliau (Muhyiddin) itu. Maka Abdullah pun berhenti dan Muhyiddin menjadi Timbalannya.
Tetapi sekarang Najib sememangnya lebih lemah dari prestasi Abdullah maka adalah baik bagi salah seorang dari Naib Presiden menolak Najib pula untuk Muhyiddin mengambil alih Najib sebagai Presiden UMNO itu. Jika tidak ada salah seorang melakukan tindakan untuk Muhyiddin maka jelaslah yang Muhyiddin ini ibarat lilin yang membakar dirinya untuk kepentingan Najib dan kroninya. Itulah politik UMNO. Jika berjaya rundingan diantara Najib dengan Anwar maka giliran Muhyiddin akan tercicir dan tidak siapa akan menghiraukan beliau apabila graf politiknya menurun.
Tetapi sekarang walaupun keadaan lebih buruk dari masa Abdullah meletakkan jawatan dahulu, tetapi tiada siapa yang berani mahu menandingi Najib dan tidak ada pun pemimpin tinggi diperingkat Naib Presiden berani menggerakkan usaha untuk mengambil alih kepimpinan UMNO dari Najib.
Dahulu orang yang sebenarnya menggerakkan Abdullah untuk bersara ialah Dr Mahathir dan menggunakan Muhyiddin untuk bergerak melaksanakan program peralihan kuasa itu. Muhyidin mundar mandir membuat desakan agar Abdullah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan terhadap Najib diatas alasan kekalahan teruk UMNO sehingga hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan Kedah, Selangor dan P Pinang kepada pembangkang.
Mahathir mengambil tindakan lebih jauh dengan bertindak keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan sendiri itu. Beliau hanya kembali ke dalam UMNO setelah berjaya menolak Abdullah dari jawatan Perdana Menteri. Mahathir lebih rela menghancurkan UMNO asalkan sahaja Abdullah tidak lagi memimpin kerajaan kita.
Ramai diantara rakan-rakan saya memberitahu saya yang mereka telah berjumpa Mahathir untuk melakukan tindakan menolak Najib tetapi kali ini Mahathir tidak pula keluar membidas Najib seperti yang beliau lakukan terhadap Abdullah. Mungkin oleh kerana Najib lebih berusaha untuk menyejukkan Dr Mahathir dengan tidak memutuskan hubungan seperti yang dilakukan oleh Abdullah.
Abdullah dahulu tidak mempedulikan Dr Mahathir samasekali kerana Dr Mahathir selalu melakukan gangguan terhadap pentadbiran beliau. Apabila Dr Mahathir berjumpa dengan beliau (Abdullah) beliau tidak bercakap dan membiarkan Dr Mahathir bercakap seorang diri dan Abdullah memenuhi masa dengan Dr Mahathir semasa perjumpaan itu menulis dan mencatatkan sahaja apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir.
Seperkara yang ramai tidak tahu, Abdullah adalah seorang yang nampak lembut tetapi beliau adalah seorang yang keras dan degil. Lembutnya Abdullah bukannya untuk di sudu. Beliau tidak membenarkan Dr Mahathir bermaharaja lela dan beliau terus sahaja dengan selamba melakukan apa yang patut beliau fikir perlu di lakukan.
UMNO sesungguhnya perlukan perubahan tetapi tidak nampak perubahan itu akan berlaku. Kalau pun bertukar orang yang memimpinnya UMNO tetap seperti yang ada sekarang ini malahan ia akan lebih lemah lagi selepas ini. Saya selalu berulang-ulang bercakap yang jika di tukar Najib dengan diantara mereka yang ada dalam barisan pimpinan tertinggi UMNO, parti itu akan tetap sama kerana mereka mempunyai budaya dan sikap serta kemampuan yang sama sahaja.
Kita tidak boleh mengharapkan apa-apa dari pemilihan kali ini. Apa yang kita mungkin lihat hanyalah perubahan muka-muka yang baru tetapi mereka tetap sama sahaja. Masalah tetap sama dan keresahan rakyat tetap wujud.
Dr Mahathir akhir-akhir ini mengakui kelemahan nyata tetapi menyeru orang melayu menyokong UMNO juga diatas nama perpaduan dan keselamatan orang melayu. Biarpun rakyat sengsara dalam UMNO tetapi mesti menyokong juga UMNO itu.
Orang melayu tidak dibenarkan berubah oleh Dr Mahathir. Bagi beliau orang melayu mesti hidup terus-terusan dibawah parti yang lemah. Orang melayu mesti terus-terusan bersabar melihat kepimpinan UMNO melakukan rasuah dan segala-gala dosa dan noda.
Kalau orang Melayu tidak menyokong noda dan dosa ini nanti Melayu akan berpecah pula. Biarkan kita berada dalam dosa dan noda, UMNO mesti dipertahankan. Apa nak jadi, jadilah. Kalau terpaksa bergelumang dengan UMNO yang melakukan segala noda itu, maka sokonglah UMNO.
Kalau agama kata jangan rasuah, jangan di hiraukan jika seruan itu merosakkan melemahkan UMNO. Bagi Dr Mahathir UMNO itu adalah ‘ultimate’ untuk semua dunia dan akhirat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan