Selasa, 20 Ogos 2013

BILA DIDUNIA JANGAN PILIH BUAT JAHAT...DIAKHIRAT KITA AKAN KESAL TAK SUDAH

Jual senjata api menerusi Facebook
  • Ku Chin Wah Ku Chin Wah
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.
  
Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.
  
Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.
  
Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.

Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.
  
Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.
  
Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini.
  
Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat sini.
  
Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.
  
Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.
  
"Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius," katanya yang dihubungi Bernama.
  
Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.
  
"Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api.
  
"Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain," katanya.  - Bernama
Jambatan runtuh: 6 kampung terputus hubungan
KINABATANGAN - Penduduk di enam kampung di Tongod terputus hubungan selepas jambatan utama menjadi laluan kampung itu runtuh dihempap pokok tumbang.
  
Kampung berkenaan adalah Minusu, Menanam, Tampasak, Sagoun, Pinangah serta Maliau dan sepuluh sekolah di sekitar kampung terlibat turut ditutup hari ini.
  
Seorang penduduk kampung Minusu, Melton Yong, 30, berkata jambatan konkrit itu terletak di Kampung Menanam runtuh kira-kira pukul 7 malam, semalam.
  
Katanya jambatan itu merupakan laluan utama menghubungkan kawasan Pinangah ke Pekan Telupid.
  
"Kejadian itu disebabkan hujan lebat dan angin kencang sejak petang semalam mengakibatkan pokok tumbang menghempap jambatan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Melton yang bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat di sebuah agensi kerajaan di Sandakan berkata akibat kejadian itu ramai penduduk di kampung tersebut termasuk dirinya tidak dapat keluar bekerja.
  
Katanya sesi persekolahan di beberapa sekolah di sekitar kampung juga terpaksa ditutup hari ini.
  
Menurutnya penduduk kampung dimaklumkan kerja pembaikan jambatan itu telah dilakukan dan dijangka siap petang ini. - Bernama

Mayat bayi cukup sifat ditinggal di tepi jalan
KANGAR - Mayat bayi lelaki ditemui di tepi jalan berhampiran sawah di kampung Alor Redih di sini hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui orang ramai pada pukul 6.50 petang.
  
Beliau yang ditemui di lokasi kejadian percaya bayi yang baru dilahirkan itu dibuang petang tadi di kawasan itu.
  
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Disamun ketika bersenam
  • Disamun ketika bersenam Gambarajah menunjukkan suspek masuk ke dalam rumah mangsa dengan memanjat pagar rumah jiran.
1 / 1
NILAI – Rutin harian seorang warga emas melakukan aktiviti senaman di pekarangan rumahnya bertukar pengalaman ngeri apabila dia disamun empat lelaki bertopeng bersenjatakan kapak dan pisau, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi di Taman Putra Mantin, dekat sini itu, mangsa berusia lingkungan 70-an itu bukan sahaja diugut untuk dicederakan, malah mukanya juga turut ditutup dengan plastik.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang berseorangan sedang melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang di dalam pagar rumahnya. Manakala, ahli keluarganya yang lain masih tidur.

“Tiba-tiba, sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhenti di hadapan pagar rumah mangsa sebelum empat lelaki bertopeng dan bersenjata keluar dari kereta berkenaan.

“Suspek terus  memanjat pagar rumah jiran mangsa dan melompat masuk ke dalam rumah mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut tidak sempat membuat apa-apa dan hanya tergamam apabila diacukan pisau oleh seorang penjenayah terbabit.

Menurutnya, suspek kemudianya mengugut mangsa supaya diam dan memberitahu mereka mahukan wang.

“Salah seorang suspek bercakap dalam bahasa Kantonis 'diam! saya mahu duit’ dan mengikat mangsa bersama enam lagi ahli keluarganya.

“Mangsa kemudiannya dibawa masuk ke dalam rumah sebelum suspek mengejutkan ahli keluarga lain lalu mengikat mereka dengan tali,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sumber berkata, penjenayah terbabit kemudian menggeledah rumah mangsa dan mengambil seutas rantai, wang tunai berjumlah RM600 serta melarikan sebuah kereta jenis Toyota Innova milik keluarga mangsa.

Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri, sebelum ahli keluarga mangsa berjaya membuka ikatan beberapa minit kemudian dan membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya,
Kanak-kanak cedera kena serpihan mercun
  • Kanak-kanak cedera kena serpihan mercun  Norsuhaza Akma yang mengalami kecederaan kini ditempatkan di HUSM untuk menerima rawatan susulan.
1 / 1
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan parah di muka, mulut, tangan dan beberapa anggota badan dipercayai terkena serpihan mercun buatan sendiri di rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.

Nik Muhamad Harith Danial Erman,8, kini dirawat di wad Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas menjalani pembedahan malam kelmarin.

Menurut, ibu saudara mangsa Norsuhaza Akma Mohd Shukri, ketika kejadian beliau bersama mangsa berada di dapur pada jam 8.45 malam untuk memasak, tiba-tiba terdengar jeritan mangsa selepas bunyi dentuman kuat serta asap memenuhi ruang rumahnya.

Norsuhaza berkata, beliau terkejut melihat tangan dan muka mangsa mengalami kecederaan parah dan mangsa memberitahunya beliau menahan satu objek dari arah lubang dinding dapur rumahnya.

“Saya percaya benda terbabit dilontar pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan mendatangkan kecederaan kepada keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, menurut ibu mangsa, Tengku Rosilah Ku Daud, 40-an, dia amat kesal di atas apa yang berlaku redha dengan apa yang berlaku ke atas anaknya itu.

Beliau berkata, mangsa beria-ia untuk pulang ke kampung bagi menyambut Syawal bersama neneknya dan dia meminta anaknya memujuk suaminya.
'Tak sangka ALLAH balas cepat'
  • Sedekah Foto: Sumber Internet
1 / 1
KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.
Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.
Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.
Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.
"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.
Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.
Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.
“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.
Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.
"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.
Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.
Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.
Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.
|Petunjuk ALLAH buat rakyat Mesir dan kite|

seorang hamba ALLAH yang mati terbakar ketika tentera telah mencerobah dan membakar masjid di rabiah..as syahid telah rentung terbakar..dan yang mengejutkan adalah beliau rentung terbakar dan bersamanya adalah sebuah AL-Quran yang turut terbakar.Namun apa yang lebih mengejutkan lagi adalah halaman-halaman al quran turut terbakar kecuali halaman pada surah Fussilat ayat 47-54..sekarang cuba kite lihat apa yang ALLAH ingin sampaikan kepada kite dalam ayat ini..

Ayat 47
Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jua lah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat; dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah. Dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, dengan bertanya kepada mereka): "Mana dia makhluk-makhluk yang kamu sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui kepadaMu (wahai Tuhan kami), bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi (kerana anggapan kami dahulu telah nyata salahnya)!"

Ayat 48
Dan (pada saat itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka sembah dahulu (yang diharapkan pertolongannya), dan yakinlah mereka bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri (dari azab seksa).

Ayat 49
Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).

Ayat 50
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku aKan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya.

Ayat 51
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.

Ayat 52
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran?"

Ayat 53
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Ayat 54
Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak - ragu-ragu tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.

secara keseluruhannya ayat ini menceritakan tentang sesuatu perkara itu tidak akan berlaku dengan izin ALLAH dan bagaimana nasib orang-orang yang menyekutui ALLAH..kalau kite lihat apa yang berlaku di Mesir dan ayat ini pada kiraan saya ia ada perkaitan..tetapi ALLAH maha mengetahui atas segala sesuatu..ayat ini "dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah"...saya kire perumpamaan ayat ini sangat tepat tentang kejadian di mesir kerana berlakunya pertumpahan darah di mesir dan ALLAH bandingkan dengan sebiji buah dan juga ibu mengandung...seorang ibu yang bakal melahirkan anak sudah tentunya akan mengeluarkan darah dan selepas daripada keluarnya darah maka akan lahirlah seorang anak..perumpamaannya skrg pertumpahan darah di sana ibarat seorang ibu yang sedang tenat untuk melahirkan anak..adanya darah yang mengalir...dan sesudah itu anak akan lahir..kalau kite tengok suasana sekarang di Mesir,sudah lahir beribu orang syuhada dan juga semakin ramai rakyat yang keluar di medan rabiah..

Mesir telah ditentukan ALLAH untuk berlakunya pergolakan dan ianya tidak akan terjadi melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah..dan Dialah yang maha Mengetahui..

Antara sebab kenapa ikhwan dan rakyat Mesir tidak mengangkat senjata untuk melawan balik kerajaan kudeta Mesir..kerana tidak lain mereka hanyalah ingin menyatakan bahawa kerajaan yang ada skrg adalah tidak sah dan mereka hanya mahukan presiden dan ketua mereka adalah orang yang mampu mengetuai mereka iaitu Dr Mursi bukannya As-sisi dan sesekali tidak inginkan peperangan..dan antara strategi jahat tentera adalah mereka akan mengawal media dan cuba untuk spin isu yang berlaku kononnya apabila ikhwan dan rakyat mesir mengangkat senjata maka mereka akan memberitahu kepada dunia bahawa lihatlah bahawa ikhwan adalah pengganas dan izinkanlah kami untuk menghapuskan mereka..

dont forget to share and pray for them
#ALLAHUAKBAR.
 
 
Meh sini aku nak cerita sikit sebanyak pasal CCRIS ni (yg aku tau la)

Mula2 takda hutang, fresh graduate (tak ambik PTPTN), rekod dlm CCRIS, 100%. Bila dah start hutang, kereta contohnya, markah start turun, 90%. Nak ambik loan rumah plak, bank tgk rekod CCRIS, kalau cun, bank bagi pinjam, markah berkurangan 70%.

Mula mula bayar cun, selepas, sangkut sebulan, 2 bulan, 3 bulan, markah terus jatuh, jadi 50%. Nak buat loan dah problem. Nak kasi naik balik markah kena bayaran cun balik, selama 6 bulan without fail (contoh). Tapi kalau markah dah bawah dari 40%, nama terus BLACKLISTED.

Hehe, tu sebelum PTPTN masuk campur, bila dah implement PTPTN ni, bayaran PTPTN macam bangang sebab baru keluar U, nak bayar kemendenye? Markah terus tolak banyak kat CCRIS. Nak apply loan suprima? Mintak maafla yop.

Antara sebab tak boleh nak consistent bayar loan; tetiba harga barang naik, harga tax naik, harga minyak naik tetiba, harga tol naik; benda yg unnecessary jadi mahal, padahal kerajaan boleh kawal, mano nak cokau duit bebanyak? Last2 tak boleh buat loan dgn bank, mula la start pikir nak meminjam along. Haaa... ko nampak permainan mereka? Tu yg last2 buat kerja jenayah tu. Ragut sana sini, rogol sana sini, samun sana sini, rompak sana sini, ada yg berani bunuh diri.

Fuh.. wei macai, korang tak nampak consequences benda2 mcm ni ke? Takkan la pagi peyang siang malam mulut ko terkumat kamit, Syukur, Malaysia masih aman makmur sentosa world island resort??
 
 
Islam Bangkit shared Abdullah Hussin's photo.
ISU MESIR: KENYATAAN DR.HASSAN SYAFIE

(Ringkasan) - Ahli Majlis Ulama Al Azhar

1. Bukan semua orang yang ditembak itu pengikut Ikhwanul Muslimin. Penembak ini seolah-olah bukan lagi manusia

2. Saya memohon kepada semua agar tidak meredhai kezaliman ini

3. Saya juga memohon –sebagai salah seorang anggota majlis ulama di Al Azhar-mereka yang telah mengambil perjanjian dengan Allah bahawa kita tidak boleh menyembunyikan ilmu

4. Saya memohon kepada semua ulama Mesir terutama sekali kepada Syeikhul Azhar hendaklah menyatakan sebagaimana pernyataan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa “darah seorang muslim lebih suci daripada Kaabah”

5. Saya memohon kepada ulama seluruh dunia di Arab Saudi, negara-negara Teluk, Syam, Iraq, Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Maghribi, Benua Afrika, Wahai hamba Allah! dengarlah…ribuan cedera dan ratusan terbunuh, bukan berperang dengan zionis yang menceroboh tanah suci tapi membedil rakyat yang tidak bersenjata.

6. Kita tidak pernah menyaksikan peristiwa sebegini meskipun di zaman diktator tegar Presiden Jamal Abdul Nasir. Beliau tidak membedil penunjuk perasaan yang menentangnya pada tahun 19677. Di mana perginya suara-suara hak-hak asasi manusia di dalam dan di luar negara? Bukankah mereka adalah manusia yang telah ditumpahkan darahnya? Di mana perginya Dr.Mohamed Baradie yang mengatakan bahawa Dr.Morsi telah hilang kemuliaannya ketika seorang rakyat Mesir terbunuh pada zaman pentadbirannya?

*Semoga allah menjaga Mesir dari tangan Munafiq dan Kafir
Lelaki maut ketika berkonvoi
  • Nahas ketika berkonvoi Mayat mangsa ditutup anggota penyelamat selepas kemalangan.
1 / 1
KUALA PILAH – Seorang lelaki maut apabila terjatuh daripada motosikal ditungganginya, sebelum dia digilis sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Kejadian berlaku kira-kira 1.45 petang kelmarin di Kilometer 17.5 Jalan Kuala Pilah-Tampin, Johol, dekat sini, apabila mangsa, Mohd Kamal Rulzaman A.Rahim, 35, yang menunggang motosikal jenis Nimota 150 cc sedang berkonvoi dengan beberapa penunggang motosikal lain ke arah Tampin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa dan beberapa penunggang lain melalui selekoh berhampiran sebuah tokong Cina.

“Ketika itu, mangsa sedang menunggang secara berkumpulan ke arah Tampin. Tiba di selekoh kiri jalan berkenaan, mangsa terbabas sendiri akibat hilang kawalan sebelum terjatuh atas laluan bertentangan.

"Mangsa tidak sempat bangun dan dalam masa sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubisi Triton datang dari arah Tampin ke Kuala Pilah dan melanggar mangsa yang terbaring atas jalan," katanya.

Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri.

"Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda hanya cedera ringan,” katanya.

Azmi berkata, berdasarkan pada alamat tertera di kad pengenalan, mangsa beralamat No.15 Jalan Akasia 3 Taman Acasia, 75350 Melaka dan dikatakan bekerja di Kilang Infineon, Melaka.

“Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,  Kuala Pilah untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah dan Balai Bomba Kuala Pilah turut menghulurkan bantuan semasa kejadian terbabit.
Terkilan diberhentikan kerja
  • Terkilan diberhentikan kerja Ismail menunjukkan surat pemberhentian kerja yang diterima menyebabkan kehidupannya sekeluarga terumbang-ambing.
1 / 1
PERAI - Seorang bekas guru kecewa selepas mendakwa ditamatkan perkhidmatan tanpa dipanggil untuk membela diri di atas tindakannya menyambung pelajaran di peringkat ijazah di sebuah universiti.

Ismail Omar, 57, berkata, lebih menyedihkan lagi apabila dia diberhentikan kerja ketika perkhidmatannya sebagai guru berbaki hanya setahun sebelum berpencen.

“Saya terkilan dikenakan tindakan tatatertib dan diberhentikan kerja sebagai guru ketika hampir pencen, sedangkan sudah berkhidmat selama 30 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tun Hussin Onn di sini.

Ismail berkata, kerana hukuman itu dia kehilangan segala hak dan faedah termasuk pencen, selain seolah-olah melakukan satu kesilapan besar walhal dia hanya menyambung pelajaran.

Menurutnya, dia memohon cuti untuk menyambung pelajaran dengan bergaji penuh, selain mendakwa mengikut segala peraturan ditetapkan.

“Selepas 10 bulan mengikuti kuliah, saya diberitahu permohonan untuk bercuti bagi menyambung pelajaran tidak diluluskan dan perlu kembali menyambung tugas.

“Saya mengikut arahan yang diberikan dan berhenti belajar sebelum menyambung semula tugas sebagai guru,” katanya.

Ismail mendakwa, selain tidak menerima gaji, dia dikatakan berhutang kepada kerajaan serta diminta membayar hutang berjumlah RM22,279.

“Sudahlah saya tidak menerima gaji, malah disuruh membayar hutang pula dan saya tidak mempunyai wang simpanan lagi,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa memohon pertukaran sekolah yang berhampiran dengan rumahnya di Seberang Jaya kerana tanpa gaji, dia tidak mampu untuk berulang alik ke sekolah di Bayan Baru.

“Permohonan saya berjaya dan saya bertugas seperti biasa selain turut mendapat gaji seperti sebelum ini, namun saya terkejut apabila diberi surat diberhentikan kerja pada Disember 2011,” katanya.

Dia yang kecewa berasa teraniaya selain berharap pihak terlibat dapat menilai kembali konflik yang dihadapi kerana masih perlu menyara isterinya yang menghidap strok dan dua anaknya masih belajar.

“Saya sudah tidak tahu untuk mengadu kepada siapa dan jalan terakhir adalah dengan meminta bantuan media,” katanya yang terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sudah mengambil tindakan itu kerana Ismail tidak mengikut prosedur yang betul sebagai penjawat awam.

Katanya, Ismail diberhentikan dengan cara yang betul selepas siasatan yang dijalankan SPP yang mendapati dia telah ingkar.

“Bukan senang untuk memberhentikan seorang penjawat awam sekiranya tidak membuat kesalahan namun kita mendapati, dia telah ingkar terhadap tanggungjawabnya,” katanya.
Pecah rumah menjadi-jadi
  • Pecah rumah menjadi-jadi Nurul Najwa (kiri) bersama rakan kuliah.
1 / 1
IPOH – Selain keadaan genting di Mesir, kejadian pecah rumah yang semakin menjadi-jadi turut menyuntik rasa bimbang terhadap keselamatan pelajar Malaysia di negara bergolak itu.

Situasi berkenaan dikongsikan salah seorang penuntut tahun akhir juru-san perubatan, Nurul Najwa Mohd Taher, 25 kepada abangnya, Muhammad Firdaus, 30.

Menurut Muhammad Firdaus, Nurul Najwa sering memaklumkan kebimbangan berkenaan kes pecah rumah yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.

Katanya, keadaan itu membuatkan ramai pelajar Malaysia hanya mampu berkurung dalam kediaman masing-masing kerana khuatir tahap keselamatan mereka dan kemungkinan menjadi mangsa.

"Kami selalu berhubung dan sejak akhir-akhir ini, dia maklumkan kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi. Mereka ambil barang berharga dan makanan.

"Dia menginap bersama beberapa rakan wanita di Tanta dan boleh dikatakan setiap masa mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana takut rumah dipecah masuk," katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Firdaus berkata, walaupun kediaman Nurul Najwa agak jauh dari lokasi pergolakan, namun dia sekeluarga tetap bimbang dengan perkembangan terbaru yang berlaku di Mesir.

Dia turut memaklumkan talian telefon sering terganggu sejak kebelakangan ini menambah kebimbangan mereka akan kemungkinan terputus hubungan dengan ahli keluarga di negara itu.

"Sejak hari pertama pergolakan, kami memang kerap berhubung. Tetapi sejak kebelakangan ini talian tidak berapa jelas dan kadangkala tidak dengar suara.

"Bagaimanapun dalam keadaan itu, adik sempat hantar gambar keadaan negara itu melalui telefon," katanya.

Tambah Muhammad Firdaus, Nurul Najwa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik pernah pulang ke Malaysia sekitar Julai lalu tetapi kembali ke Mesir untuk menyambung kuliah.

"Dengan konflik yang semakin kritikal, peperiksaan yang sepatutnya diduduki adik saya Ogos ini terpaksa ditunda.

"Dalam keadaan sekarang ini soal keselamatan paling utama. Tidak mengapa kalau tak dapat duduki peperiksaan kerana mungkin ada cara lain untuk sambung pelajaran. Yang penting mereka selamat pulang ke tanah air," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan