Selasa, 20 Ogos 2013

AMBIK KAU WAHAI PENGUNDI

Peminjam PTPTN Akan Disenarai dalam CCRIS, Anda Tahu Implikasinya?
Posted on Monday, August 19 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Duniacacamarba

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN]

Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara

[Mstar] KUALA LUMPUR:
Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.

Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.

"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.

Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.

Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.

Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.

P/s: Anda tahu implikasinya?


Takziah pak cik, mak cik dan  anak muda yang mengharapkan pendidikan percuma terlaksana di bumi Malaysia. Tahniah pak cik  dan mak cik Felda yang menyokong pendidikan berbayar seperti yang diamalkan oleh BN. Tahniah juga anak muda yang mahu berhutang dengan PTPTN dan menolak cadangan pendidikan percuma yang dicadangkan oleh PR.

Tahniah & takziah, anda gagal bayar PTPTN, anda terima akibatnya!

Terima kasih pengundi BN PRU13!!!

Sumber: duniacacamarba.blogspot.com



  Ku Li hampir pasti tanding Presiden Umno
Posted on Monday, August 19 @ 16:40:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

KUALA LUMPUR: Menjelang pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden Umno atau sebaliknya.

Menurut penulis Shahbudin Husin, meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.

Tulisan beliau di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com semalam sebagaimana di bawah.

Menjelang pemilihan UMNO pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO atau sebaliknya. Meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.

Sebaliknya, di peringkat bahagian dan cawangan, masih kedengaran suara-suara yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. Ia bukan saja untuk menterjemahkan transformasi politik yang dilakukan oleh Najib yang sedia mengubah peraturan pertandingan tetapi juga untuk membuktikan amalan demokasi masih lagi subur dalam UMNO.

Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai 133 kerusi Parlimen saja, sementara kebanyakan pemimpin UMNO dilihat tidak mempunyai perubahan sikap yang ketara dengan sebahagiannya masih bersikap sombong, angkuh serta bangga diri, ramai ahli-ahli peringkat bawahan yang bimbang tentang nasib parti itu dalam pilihan raya ke 14 nanti.

Najib pula, walaupun menerima sokongan daripada Ketua-Ketua UMNO bahagian untuk terus mengekalkan jawatannya, sikap serta pendiriannya yang tidak tegas dalam beberapa isu berkaitan Melayu dan Islam, turut menambahkan lagi kebimbangan itu.

Setelah Najib tunduk dengan beberapa desakan pembangkang seperti pemansuhan ISA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat serta sikapnya yang terlalu lembut terhadap tuntutan kaum lain, semakin ramai yang bimbang nasib bangsa Melayu akan lebih tertekan dalam menghadapi fasa-fasa kritikal lima tahun akan datang ini.

Dalam konteks inilah yang menyebabkan suara-suara ke arah perubahan itu terlihat ketara. Memberi kemenangan percuma dilihat hanya akan membuatkan Najib terus selesa dengan sikapnya yang ada sekarang.

Golongan bawahan dan akar umbi juga menolak pertandingan kali ini boleh memberi membawa perpecahan kerana sebelum pilihanraya umum 2018 nanti, ada satu lagi pemilihan UMNO yang harus dihadapi iaitu pada 2016. Jika mahu mengekalkan perpaduan dan memantapkan kesatuan, pertandingan 2016 itulah yang harus dielakkan manakala pertandingan tahun seharusnya dibenarkan bagi memilih pemimpin sebenar dan mengukur tahap demokrasi yang sering dipertikaikan selama sejak sistem kouta diperkenalkan.

Meskipun Muhyiddin belum mengumumkan pendirian sebenar mengenai jawatan yang bakal ditandinginya, namun ramai yang percaya beliau lebih selesa untuk kekal dengan jawatan yang disandangnya sekarang.

Di sinilah yang membuatkan nama Tengku Razaleigh muncul sebagai tokoh yang sesuai untuk mencabar Najib. Walaupun beliau dilihat agak berusia berbanding Najib, rekod cemelang dan imej bersihnya semasa berada di dalam kerajaan dulu, termasuk jasanya menubuhkan Petronas dan Bank Bumiputra, sentiasa menjadi rujukan dan sering dietakkan sebagai neraca perbandingan.

Dalam menghadapi cabaran yang seterusnya pula, Tengku Razaleigh yang popular dengan Ku Li juga dilihat mempunyai jiwa Melayu dan Islam yang lebih kukuh tetapi dalam masa yang sama dipercayai mampu juga menarik sokongan bukan Melayu untuk berada bersama-sama dengannya jika diberi peluang memimpin UMNO.

Sehingga ini, desakan daripada seluruh seluruh negara yang mahukan beliau bertanding ternampak memberangsangkan. Pelbagai pihak dan kelompok dalam UMNO yang mempunyai undi tidak putus-putus menemuinya menyatakan keperluan untuk beliau bertanding menentang Najib dan memikirkannya demi kepentingan Melayu dan Islam.

Meskipun belum ada kata putus yang keluar daripada mulutnya sama ada akan bertanding atau sebaliknya, namun desakan dan permintaan yang bertali arus mehukannya khidmatnya itu mungkin membuatkan Ku Li akhirnya akur dengan semua permintaan dan desakan itu.

Namun kesediaan Ku Li bertanding itu bukanlah semata-mata kerana jawatan tetapi lebih kepada menyahut seruan perubahan yang dikehendaki oleh peringkat akar UMNO yang tidak putus-putus menemuinya sejak kebelakangan ini.

Dengan sistem baru pemilihan UMNO yang tidak lagi memerlukan kouta pencalonan dan perwakilan pula diperluaskan kepada hampir 150,000 orang, walaupun Pengerusi Perhungan UMNO negeri-negeri dan ketua bahagian lebih cenderung menyatakan sokongan terbuka kepada Najib tetapi arus perubahan yang sedang menggelegak di peringkat bawahan UMNO berikutan keputusan pilihanraya lalu dan sikap Najib sendiri yang tidak banyak berubah dalam beberapa isu, bahkan kekal dengan sikap tidak tegasnya, ianya mungkin memberi ruang kepada Tengku Razaleigh.

Sebelum tarikh pendaftaran pada 28 September depan, adalah dipercayai Ku Li akan membuat pengumuman mengenai jawatan yang bakal ditandinginya dan berdasarkan permintaan yang kian meningkat terhadap khidmatnya, kemungkinan beliau akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO kali ini, sangat hampir menjadi kenyataan.-HD


 Inilah Jadinya Kalau Lihat Hanya Sebelah Perspektif
Posted on Monday, August 19 @ 19:46:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"Video-video ini boleh menjadi pengajaran buat kita mengapa kita boleh tersilap apabila melihat hanya dari sebelah perspektif sahaja.  Kita boleh tersilap dalam melontarkan pandangan dan membuat kesimpulan jika hanya melihat dari satu sudut sahaja. 

Bukan sahaja kita boleh tersalah, bahkan perbuatan tersebut boleh memburukkan lagi keadaan apabila kita mula menuduh dan menyalahkan pihak lain sebelum dibuat tinjauan yang lebih meluas.

Sila tonton video menarik ini:





Perkongsian ini sekadar hendak mengajak kita semua agar jangan terlalu cepat percaya dan menghukum.

Lihatlah sesuatu isu dari bermacam arah dan perspektif.  Dengar, baca dan minta pandangan pihak lain.  In shaa’ ALLAH, kita akan lebih memahami sesuatu keadaan, keputusan kita akan lebih hikmah, cara kita menanganinya lebih tepat dan yang lebih penting ialah kita dapat mengelakkan diri kita dari menzalimi orang lain disebabkan sikap terburu-buru kita.
Ibarat Kiub Yang Bermacam Warna
Tambahan kepada video di atas, kita boleh ibaratkan sesuatu isu atau perkara seperti sebuah kiub yang mempunyai bermacam warna permukaannya seperti di bawah:
rubiks-cube

Orang yang hanya berdiri dan melihat dari arah permukaan yang berwarna merah akan mengatakan kiub ini berwarna merah.  Dia akan bertegas mengatakan ia berwarna merah dan pasti akan menyanggah orang yang mengatakannya berwarna biru, kuning, hijau dan sebagainya.  Begitulah juga orang yang hanya berdiri dan melihat dari arah biru dan kuning sahaja.
Tetapi jika mereka masing-masing meninjau dari arah lain, melihat dari perspektif yang berbeza, nescaya mereka akan sedar bahawa kiub tersebut bukanlah hanya berwarna merah, biru, kuning atau hijau sahaja.  Dan mereka akan mulai faham mengapa orang lain mengatakannya berwarna biru sedangkan dia lihat berwarna merah.  Dia akan mulai terbuka, mulai meraikan keintelektualan orang lain dan mulai sedar hakikat sesuatu perkara.
Itulah hakikat kebanyakan isu dan perkara yang berlegar di dalam masyarakat kita.  Kita tidak boleh terlalu cepat percaya, membuat kesimpulan, telahan dan melatah.  Apatah lagi untuk menghukum dan menghentam.  Kita akan tersilap.  Dan selalunya kita tersilap.  Inilah jadinya kalau kita hanya melihat dari sebelah perspektif sahaja.
Bahaya Tidak Selidik & Terburu-buru Bercakap
Apatah lagi dengan wujudnya amaran dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai bahaya bertindak dan bercakap mengenai sesuatu isu atau perkara tanpa diselidik terlebih dahulu seperti hadith di bawah.  Lagilah wajar untuk kita berwaspada.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa beliau mendengar Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ, مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا ,يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ, أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
“Sesungguhnya seseorang itu boleh jadi kerana mengucapkan sesuatu perkataan, yang tidak difikirkan/diselidiki terlebih dahulu membuatkannya tergelincir ke dalam Api Neraka, yang luasnya lebih jauh dari timur dan barat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Moga-moga tulisan ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk menyedarkan kita semua dalam berhati-hati dan memperbaiki cara kita merespon kepada sesuatu isu, in shaa’ ALLAH.
---
Baca juga:


*Sumber:  http://muzir.wordpress.com/2013/08/17/inilah-jadinya-kalau-lihat-hanya-sebelah-perspektif/
  Ketua Pemuda UMNO : moral dan politiknya sememangnya untuk Khairy
Posted on Monday, August 19 @ 20:22:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Sebagai yang dijangka dan diharapkan oleh ramai pemerhati diluar, termasuk diri saya sendiri pengumuman Khairy Jamaluddin untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah berita yang memberangsangkan.

Keputusan Menteri Belia dan Sukan yang masih muda ini telah banyak membawa ‘nilai tambahan’ kepada UMNO. Ramai diantara kita berpendapat Khairy sepatutnya dipertahankan untuk terus menerajui Pemuda UMNO setidak-tidaknya sepenggal lagi atau sehingga ada tokoh yang boleh ditonjolkan sebagai pengganti yang agak setanding atau melebihi beliau nanti.


Buat masa ini Khairy adalah yang selayaknya terus memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO itu. Bagi saya Ketua Pemuda itu seharusnya seorang yang lebih di pandang baik oleh orang ramai kerana akhirnya orang ramai yang akan menentukan UMNO itu diterima atau sebaliknya oleh rakyat. Selama ini ramai pemimpin UMNO itu hanya popular dikalangan ahli UMNO sahaja oleh kerana faktur luaran selain dari faktur kepimpinan.
Diantara faktur luaran itu mungkin kerana permainan wang dan berbagai lagi ‘instruments’ untuk menjadi pemimpin dalam parti itu. Itulah sebabnya ramai pemimpin UMNO samada yang muda atau yang tua hanya dianggap sebagai jaguh kampung sahaja oleh orang ramai. Akhirnya mereka ini keliru dan tidak tahu samada mereka menjadi pemimpin kerana wang ringgit mereka atau pun kerana ketokohan mereka.
Khairy mempunyai keterampilan dan perwatakan yang bersesuaian dengan orang ramai. Untuk memperlihatkan yang UMNO itu serius untuk berubah yang pertamanya yang perlu ialah keterampilan seseorang pemimpin itu dimata rakyat bukan setakat popular dikalangan ahli UMNO sahaja. Di sini lah lebihnya Khairy dengan pemimpin Pemuda yang lain.
Najib selalu mengambil tindakan yang tidak betul. Tetapi tindakannya meletakkan Khairy sebagai Ahli Jemaah Kabinet merupakan salah satu diantara beberapa keputusan yang tepat yang diambil oleh Perdana Menteri yang sedang menghadapi masalah kepimpinan itu. Khairy sepatutnya telah di berikan kedudukan dalam kabinet negara dari dahulu lagi.
Tetapi ramai yang tahu ada seorang ‘warlord’ dalam UMNO yang telah memilih untuk memusuhi Khairy dikatakan penyebab kenapa Khairy tidak dibariskan di dalam Jemaah Kabinet negara pada penggal yang lepas. Tetapi melantk Khairy sekarang pun ada hikmahnya tersendiri. Itu Khairy sendiri akan mengetahui apa hikmahnya itu.
Bagi saya jika ada pihak-pihak tertentu dalam UMNO yang tidak senang dengan keputusan Khairy untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda ini pihak-pihak itu semata-mata mereka yang mengambil sikap politik semata-mata. Mungkin mereka itu adalah diantara penyokong yang mahukan pihak lain yang sebulu dan ‘sebalok’ dengan mereka sahaja untuk mengetuai Pemuda UMNO itu. ATAU pun yang tidak memberikan dukungan itu hanyalah berdasarkan kepada sikap prejudis mereka sahaja.
Itu adalah fenomena biasa. Tetapi jika dipandang dari kepentingan parti itu sendiri, masa masih diperlukan untuk mencari tokoh yang lain untuk menggantikan Khairy. Dalam UMNO bukannya kerja senang untuk mencari tokoh yang bersesuaian mengikut masa dan zamannya.
Sebagai pemerhati saya hanya mampu mendoakan agar Khairy tidak ada banyak halangan untuk terus memimpin Pemuda, kerana di dalam diri saya ini kuat mengatakan yang Khairy mampu untuk memberikan nilai tambah kepada parti yang semakin uzur itu.

Lagi pun biarlah pemimpin itu datangnya dari mereka yang terdidik dari keluarga yang baik-baik kerana ia boleh memberikan berbezaan kepada pimpinan sesebuah pertubuhan dan kerajaan itu.

ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com


inilah kempen manager nazri...yg ter hot...meletop....kebabooommmm....
Anak Nazri UMNO
 Nazri Masih Ingkar Arahan Najib?
Posted on Monday, August 19 @ 20:24:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Setelah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibenarkan seseorang menteri melantik anak atau ahli keluarganya sebagai pegawai khas di mana-mana kementerian, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz akhirnya menukar kedudukan jawatan anak bongsunya itu. Jika sebelum ini, jawatannya ialah pegawai khas menteri, kini ia ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas (urusan Gen Y).

Tindakan Nazri itu dilihat sebagai tanda beliau akur dengan arahan Perdana Menteri walaupun sebelumnya terlihat begitu angkuh mahu mempertahankan kedudukannya anaknya itu, termasuk dengan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "ini kementerian saya, saya bebas melantik sesiapa saja".

Perubahan kedudukan jawatan itu dilakukan dalam portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, bermula semalam.

Bagaimanapun, yang menjadi persoalan ramai, kalau sudah jawatannya ditukar menjadi pegawai khas di kawasan Parlimen Padang Rengas dan bukan lagi sebagai kakitangan kementerian, mengapa pula perlu namanya dikekalkan lagi dalam senarai portal kementerian itu?

Kenapakah Nazri begitu bersungguh-sungguh mahu menonjolkan nama anaknya di kementerian itu sedangkan tugasnya tidak lagi berkaitan dengan kementerian, sebaliknya hanya berkaitan Generasi Y di Padang Rengas?

Apakah mungkin, Nedim Nazri itu sebenarnya hanya ditukarkan nama jawatan sahaja tetapi masih berada di kementerian dan menggunakan segala kemudahan kerajaan seperti pejabat, telefon, kakitangan dan sebagainya dalam urusan sehariannya? Bukankah ini bertentangan dengan etika yang seharusnya?

Rasanya semua menteri, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga mempunyai pegawai khas yang menjaga kawasan Parlimen boss masing-masing tetapi tidak pula kita pernah mendengar nama pegawai khas Ahli Parlimen Pekan atau pegawai khas Ahli Parlimen Pagoh misalnya, dimasukkan namanya dalam portal rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Begitu juga menteri-menteri lain yang turut mempunyai pegawai khas di kawasan Parlimen masing-masing, nama mereka turut tidak dimasukkan dalam senarai staff kementerian kerana mereka bukanlah kakitangan kementerian.

Barangkali Nazri satu-satunya menteri yang meletakkan nama pegawai khas di kawasan Parlimennya dalam portal rasmi kementerian walaupun gajinya dibayar oleh beliau sendiri.

Tugas seorang pegawai khas di kawasan Parlimen ialah menjaga kepentingan pengundi di kawasan itu dan memastikan mereka mendapat bantuan atau pertolongan yang sewajarnya dalam apa juga masalah yang dihadapi di sebalik kesibukan seseorang Ahli Parlimen yang memegang jawatan sebagai menteri di Pusat.

Tugas mereka biasanya hanya melibatkan urusan dengan Ahli Parlimen dan tidak berkaitan dengan kementerian.

Dalam hal ini, anak Nazri itu sepatutnya lebih wajar berada di Pedang Rengas, berbanding mempunyai pejabat yang selantai dengan bapanya di kementerian.

Dengan meletakkan nama anaknya kekal dalam portal rasmi kementerian dan kemungkinan juga masih mempunyai pejabat di kementerian, Nazri sebenarnya tidak seratus-peratus mematuhi arahan Perdana Menteri yang berbunyi, "Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri".

Najib juga berkata, seseorang menteri hanya boleh melantik ahli keluarganya sebagai pembantu di kawasan Parlimennya sahaja.

Walaupun terlihat akur dan mengalah, Nazri sebenarnya masih menyanggahi arahan Najib. (SH 19/08/2013)

Shahbudin Husin
http://shahbudindotcom.blogspot.com



‘Naughty servings’,sex is also on the menu of restaurants

restaurant raidKUALA LUMPUR  -  Some restaurants operating in industrial areas are serving more than just sizzling hot, delectable dishes to whet the appetite of patrons.Sex is also on the menu.
Waitresses at these restaurants which share the premises with factories located in the interior, double up as prostitutes.
The aim is simple. The restaurant operators reap big profits by offering both food and sex to ensure factory workers continue to patronise the outlets.
It’s thus, a win-win situation for the restaurants, waitresses and the factory worker who need not travel far, in search of sex services.
Federal police uncovered such ‘naughty servings’ by errant restaurants during surprise raids in several states, including Perak, recently.
Bukit Aman Anti-Vice, Gambling and Secret Societies Division (D7) senior assistant director Datuk Abdul Jalil Hassan said some factories, especially located in the interior, had restaurants offering sex to ensure factory workers became regulars.
“After taking orders, the waitresses, in the event customers are keen, will entertain them for a fee. These waitresses work in shifts to coincide with the time the workers finish their work for the day,” he said.
He said between RM100 and RM150 was charged for eash session and the clients included Indonesian and Bangladeshi immigrant wokers. — Bernama/BP

Kantoi maksiat dalam semak

maksKULIM – Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.
“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan  pula keluar dari tempat sama.
“Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki,” katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.
Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal.
“Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing,” katanya. – Sh
 Nasihat Mahathir adalah Sokong Membawa Rebahnya Bangsa Melayu
Posted on Monday, August 19 @ 20:30:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Bila DR Mahathir mengkritik UMNO tapi akhirnya memujuk supaya orang Melayu terus bersama UMNO kerana masa depan orang Melayu berada dengan UMNO- saya teringat lagi pesan pendita Zaaba betapa banyak kerja yang kita mesti lakukan untuk memerdekakan orang Melayu daripada penjajahan dan pemenjaraan minda.

Bila Mahathir meyebut yang demikian, saya bertambah sedar betapa kita mesti bersegera menyingkirkan pemimpin bangsa kita sendiri dari jenis yang berfikiran seperti Mahathir dan Najib dan yang seminda dengan mereka.
Masa depan bangsa Melayu berada dengan UMNO? Jika begitu lebih baik kita berikrar solat ku, ibadat ku, hidup dan mati ku kerana UMNO.Pesan Zaaba ialah kita orang Melayu jangan bertaat setia kepada ulil amri yang zalim dan membodohkan orang Melayu. Kerana dalam masa yang kita bertaan itulah, pemimpin kita menjual asset negara dan merompak serta melanun kekayaan negara ini atas sebab orang Melayu tersangat percaya dan bergantung harap kepada mereka. Dalam masa memujuk orang Melayu dengan kata2 nasihat, pimpinan negara ini mahu jual MAS. Dalam masa menasihat orang Melayu dengan kata2 muluk, Mahathir masukkan jarum nya dan mengulangi kepercayaan mereka kepada menswastakan punca pengkayaan negara. Tidak kah kita pelik dengan nasihat Mahatthir supaya MAS diswastakan untuk mendapat keuntungan? Ketika Mahathir menswastakan MAS kepada Tajudin Ramli, apa yang sudah terjadi? Mahukah orang Melayu ditimpa malang sekali lagi dengan mengikut nasihat Mahathir yang semakin nyanyuk itu?
Najib tentulah sangat senang dan akan mengikit setuju dengan pandangan Mahathir sebab si Najib ini tahu bahawa masa depan politik nya bergantung kepada kepandaian nya meminimakan kemarahn Mahathir keatas nya. Kalau Mahathir tiba2 mati, tentu Najib akan meneruskan polisi menjual asset negara kepada sahabat2 yang telah dia bariskan untuk ganti barsan sahabat yang Mahathir telah bentuk.
Nampaknya Mahathir sangat faham minda orang Melayu dan bagaimana jiwa hamba orang Melayu terbentuk. Yakni, walaupun kita membuang penjajahan fisikal, perkara2 keji yang menyebabkan minda orang Melayu itu tunduk dihamba-abdikan memerlukan usaha yang tegas dan berani untuk dihapuskan.
Apa yang terjadi bila British datang mula dari kurun ke19 sehingga kita merdeka tahun 1957? Yakni bermula dari bila British datang ke Pulau Pinang, masuk ke Perak dan kemudian kedalam beberapa buah negeri Melayu lain melalui penubuhan negeri2 Selat, negeri Federrated dan negeri2 bukan federated dan seterusnya Federation of Malaya?
Zaaba melihat kedatangan British sebagai suatu yang positif yakni menggantikan zaman buas yang menindas bangsa Melayu dengan suatu zaman berasaskan undang2 dan peraturan. Kedatangan British telah membebaskan orang Melayu daripada penjajahan fisikal kebuasan dan sebagainya.
Tapi seperti biasa, memahami Mahathir bukanlah dengan mendengar apa yang dia ucapkan. Untuk faham Mahathir, kita mesti cari apa yang dia tidak ucapkan dan mencari maksud dari ucapan nya yang tesurat. Apa yang Dr Mahathir tidak sebutkan?
Dia tidak akan berkata kesan daripada kegagalan UMNO membebaskan perhamba-abdian minda orang Melayu. Itu yang UMNO gagal. Mahathir tidak akan beritahu bahawa kemajuan sejati orang Melayu memerlukan (1) merdeka dari penjajahan fisikal dan (2) merdeka dari penjajahan minda. Yang kedua itu akan menjadikan orang Melayu berada dalam barisan depan sebagai peon, tambi dan orang2 suruhan yang tidak berkehendak mengunakan otak.
Ini yang UMNO lakukan- menjadikan orang Melayu itu teramai daripada golongan peon dan tambi dan orang2 suruhan. Kenapa? Kerana UMNO itu gagal mengeluarkan orang Melalyu daripada penjara minda. Malah, UMNO mengekalkan orang Melayu dalam penjara minda yakni bergantung harap kepada UMNO. Malang nya nasib orang Melayu jika tidak dapat membezakan bahawa masa depan dan kemajuan sejati bangsa kita ini berkehendakkan: (1) Sebuah kerajaan yang baik yang memerintah mengikut undang2 dan peraturan (2) kerajaan yang dipimpin oleh pimpinan yang berkualiti (3) memerlukan jentera pentadbiran dengan cabang2 nya yang cekap dan dedikasi dan dipimpin oleh penjawat awam yang bermutu tinggi.(4) memerlukan rakyat yang ada minda dan bakat yang tinggi yang berani bedepan dengan cabaran kehidupan berbekal dengan kerja kuat dan kemampuan diri.
UMNO ialah sebuah parti yang menjadi salah satu pertubuhan yang diilih dan disukai oleh orang Melayu. Secara sendiri UMNO bahkan parti2 yang dipilih orang Melayu tidak akan memberi faedah kepada orang Melayu kecuali parti2 tersebut mendedikasikan diri mereka untuk mencapai perkara2 yang disebutkan diatas.
Jalan selamat orang Melayu bukanlah dengan menggantikan penjajahan fisikal dari bangsa mereka sendiri dan bangsa yang menjajah tapi dengan mengubati sakit orang melayu dengan meningkatkan kualiti minda mereka. Langkah pertama mengangkat mentality orang Melayu ialah dengan meyakini bahawa kita tidak memerlukan parti seperti UMNO jika mereka terus mengekang minda Melayu dan menajdikan Melayu itu kekal tunduk dan tertakluk pemikiran.
Jika kita ikut nasihat Dr Mahathir yang semakin lemah fikiran nya, maka orang Melayu akan tetap kekal dalam jiwa hamba abdi mereka. Yakni yang pertama dan utama sekali ialah orang Melayu akan gagal menyedari bahawa kemajuan memerlukan membuang tabiat bergantung harap kepada orang lain.
Dalam zaman pra-Britsh Melayu bergantungharap kepada pemerintah buas bangsa mereka sendiri. Dalam zaman setelah British, orang Melayu diasuh bergantung pula kepada tuan yang baru sehinggalah sekarang, Melayu mahu diasuh supaya bergantung kepada pihak lain untuk memajukan diri mereka.
Bangsa lain pun pada mula nya bukanlah mempunyai kelebihan. Mereka pun berada dalam jahil dan tiada pelajaran, tapi mengapa tanya Zaaba, mereka tiada ketinggalan pada medan kemajuan kehidupan? Sebab nya mengikut pangamatan Zaaba, bangsa lain dilatih dengan beberapa tabiat dan perangai yang menyokong kemajuan yang sebenar. Bangsa lain yang terlatih dengan sebab susah dapat makan, susah kerana terlalu ramai dan disebabkan tekanan dan cabaran2 ini, terlatih supaya berkerja kuat baru dapat makan.
Apa prinsip nya? Prinsip nya ialah menyedari bahawa dalam kehidupan ini tidak ada makanan percuma dan menyedari bahawa system ganjaran atau reward system mesti bersandar pada prinsip ganjaran mengikut tahap usaha dan tahap kualiti minda. Tidak ada jalan pintas mendapat ganjaran kehidupan. Selagi kita diajar oleh UMNO dan pemimpin seperti Mahathir, Najib dan yang sepemikiran seperti mereka, orang Melayu akan terus terasuh dan terdidik dengan fikiran bahawa ada jalan pintas mendapat ganjaran kehdupan. Iaitu hanya perlu meletakkan amanah dan kepercayaan kepada UMNO dalam kapasiti nya sebagai parti poitik.
Tidak ada maknya nya anjuran dan nasihat seperti yang demikian. Jika UMNIO menguujudkan sebuah kerajaan yang koman dan sub-standard, dengan ejensi2 pentadbiran yang dipimpin dan diisi dengan orang2 yang bermutu rendah, kalau tiada kerajaan yang memerintah mengikut indang2 dan peraturan, orang Melayu tidak ada masa depan.

Sakmongkol AK47
http://sakmongkol.blogspot.com

 Mahathir Hantar Mesej Perang Kepada Najib
Posted on Monday, August 19 @ 20:26:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

 

Mahathir mencadangkan MAS diswastakan untuk mengelakkan kerugian. Ramai terkejut kenapa tiba-tiba bekas PM itu mencadangkan demikian. Apakah dia sudah ada cadangan atau angan-angan untuk memiliki MAS? Sudah ada prokasi?

Selama dia menjadi PM, MAS sudah pun rugi tetapi tidak dibuat cadangan itu.

Saya melihat cadangan Mahathir itu bukan main-main. Ia ada maksud tersirat. Apakah dia mahu memberi apa-apa mesej kepada Najib Razak? Sebelum ini Mahathir mengeluarkan pendapatnya yang BR1M yang diberikan Najib kepada rakyat tidak memberi kesan. UBN tetap kalah juga.

Mahathir juga dalam nada sinikal mengatakan dia tidak sangka UBN kalah teruk ditangan Najib.

Apakah cadangan Mahathir itu untuk memperli Najib? Walaupun sudah ada usaha dibuat Najib untuk menyelamatkan MAS dari bankrup tetapi Mahathir tetap memahat yang bunyinya menyenakan Najib. Apakah Mahathir ada maksud lain?

Hari ini Najib membuat kenyataan menjelaskan yang MAS tidak akan diswastakan kerana ia sudah disenaraikan di Brusa Saham dan menjadi milik Khazanah Nasional dan berkepentingan awam? Apakah tindakan Mahathir itu sengaja untuk mengusik Najib atau menghulurkan mesej agar Najib bersiapa sedia untuk ditentang? Begitukah. Mahathir sedang mencari point untuk bergaduh dengan Najib kemudian mengarah Muhyiddin lawan Najib.

Mungkin pendapat saya ini kurang disenangi oleh Najib dan pendokongnya. Tetapi melihat perkembangan di sekitar Mahathir dan Najib semacam ada rasa tidak puas hari oleh Mahathir terhadap pentadbiran Najib. Najib perlu sedar yang Mahathir tidak pernah mempercayai Najib kerana dia tahu kebolehan Najib lebih kurang Abdullah Badawi sahaja.

Yang Mahathir percaya dan merasakan layak memimpin Malaysia ialah anaknya Mukhriz Mahathir. [mw.kl. 3:31 pm 19/08/13]


MOHD SAYUTI OMAR
http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan