Rabu, 24 Julai 2013

ISLAM MENGALAKAN ANAK PEREMPUAN DISEGERAKAN PERKAHWINANNYA

Sungguhkah kami pencinta sunnah?
Posted on Tuesday, July 23 @ 20:15:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: hishamahmad

"Di luar sana, sebahagian golongan manusia khayal dalam gelombang kerosakan dan  kemaksiatan. Hidup meraban tidak keruan. Golongan kedua pula tidak seteruk begitu, namun fokus hanya kepada pada matlamat yang dekat. Diburu habuan dunia yang tidak seberapa demi kesenangan yang sementara. Beruntunglah pula bagi golongan ketiga yang bermula dengan matlamat mengutamakan akhirat, bahagian di dunia tidak dilupa.

Sesuatu berlaku. Atas apa jua sebab dan musabab. Pastinya kehendak Allah jua. Sebahagian daripada golongan pertama dan kedua mendapat hidayah untuk kembali ke jalan yang benar. Mereka  menjadual semua kehidupan  atas sisa umur yang ada. Semoga amal baik, menuruti amal buruk, lalu menghapuskan (dosa-dosa)nya. 


Kesedaran memerlukan usaha untuk meneroka jalan kebenaran atau sebenarnya jalan menuju ke arah kebenaran. Ilmu adalah cahaya untuk memahami agama. Alangkah seronoknya apabila menemui ilmu mengenai sunnah nabi. Kesungguhan mendalami ilmu menambah kefahaman. Namun disebalik itu ada sesuatu yang lain turut ditemui. Sesuatu yang selama ini tidak pernah diambil peduli.

“Ya Allah, ada 72 golongan di antara kami, satu sahaja yang Kau-redhai, yang lain semua dalam rugi. Bagaimana pula dengan kami?”, Itulah antara konflik diri. Dari situ, kumpulan umat Islam kini wujud atas pelbagai alasan dengan pelbagai label, jenama dan identiti. Syiah, Sunnah, Wahabi, Tabligh, Salafi, Sufi dan bermacam lagi. 
Kami temui pula sesuatu yang dipanggil ‘Bidaah’. Benda baru dalam agama. Disebut dalam banyak hadith sahih. Sekian lama tidak diketahui atau tidak diambil hirau perkataan ini.  “Apa maksudnya? Buat ibadahpun boleh sesat kalau tidak mencontohi petunjuk nabi”, tanya diri ini. “Pelik, biasa manusia malas nak buat ibadah, ibadah yang ada dah cukup banyak dan berat. Betul ada ke golongan yang nak buat ibadah lebih lagi, lebih dari apa nabi suruhi?! Kalau begitu buat lebih takkan salah. Pekerja kalau buat kerja lebih dari majikan suruh, majikan pasti ‘happy’?”, keliru dan termangu.
Siapa sangka, perkataan bidaah ini telah menimbulkan konflik dan sengketa. Dulu, kini atau mungkin selama-lamanya.  Sedang yang menjadi isu bicara telah begitu lama di alam berbeza Buku demi buku terus diterbitkan untuk jawab menjawab antara 2 golongan. Golongan yang lama diganti dengan pewaris yang baru… namun serangan harus diteruskan, pertahanan harus dikuatkan. Segala ruang media , jika ada peluang, tidak dilepaskan. Seperti menagih sokongan. Ustaz lawan ustaz , terkorbanlah orang awam. Cukuplah. Enough is enough. Put a stop to this nonsense.

Sesungguhnya terlalu banyak yang kami tidak ketahui.  ‘Too much more to  learn’.. ‘yet so little time left’. Tidak mengapa. Masa yang dulu adalah kehidupan yang telah berlalu. Sesal yang tidak membawa erti. Kini, kami rela mengorbankan masa yang berbaki untuk mencari kebenaran hakiki. Kebenaran pada sunnah baginda nabi. Muhammad Rasulullah s.a.w.  kekasih-Nya, juga kekasih kami.
Semoga kami ditemukan dengan sunnah nabi. Sunnah yang tidak dicemari. Sunnahnya yang asli. Sunnah yang … “ORI”
Rintihan Hati
Ya Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
kami telah lama cuai dan ingkar. Masa muda kami terlalu banyak dikorbankan untuk urusan dunia. Saban hari kami terikat dengan kerja, kerap membawa ke malam. Kami kerah fikiran dan tenaga untuk wang. Wang itu pula untuk kami langsaikan bebanan dan tanggungan. Hutang rumah, hutang kereta.  Hutang perlu, hutang tak perlu. Kos hiburan untuk keseronokan. Bukan kesederhanaan jika melebihi keperluan.
Sudahnya, kami tidakpun sekaya mana. Sekadar biasa. Habuan dunia yang digendong sekarang tidak semuai mana. Namun apa yang kami tercicir dan tergelincir.. semuanya di dalam pengetahuanmu jua.  Kami telah ingkar, lalai. Abai dan cuai. Kami gadai akhirat kami…  
Tanggungjawab agama kami lalui umpama adat biasa. Solat asal solat, kualiti tiada. Amalan lain, kelu lidah untuk berkata. Sama sahaja.  Ilmu agama, sekadar yang dipaksakan semasa kecil. Sepanjang kedewasaan, ilmu agama kami pinggirkan. Walhal, ilmu kami bukan ibarat titisan air yang tertinggal pada anak jari yang dicelup pada lautan yang luas, tetapi .. titisan terakhir yang berbaki pada jari sebelum kering disedut panas mentari. Hinanya kami, Ya Allah.
Kami kata kami cinta-Mu, cinta nabi-Mu tapi ia hanya lebih pada pengucapan, sangat sedikit pada  perbuatan.  Kasih kami pada nabi tidak pernah dibuktikan. Kami tak endah sirah kami tak faham sunnah. Kami pencinta palsu. Kami pemalsu cinta.
Ya Allah, Dikau  Maha Pengampun, Dikau Suka Mengampuni, Ampunilah Kami,
Mana mungkin dapat kami tebus masa yang telah berlalu dengan sisa masa yang berbaki.  Ajal itu sedekat urat leher kami, entah tinggal berapa lama lagi.
Terlalu banyak hendak dilakukan sehinggakan kami kebingungan, kebuntuan. Mencari kebenaran dari perselisihan dan sengketa pandangan.   
Ya Allah, Yang nyawa kami dalam genggaman-Mu. Kasihanilah kami.
Dengan hidayah dan kehendak-Mu, kami azam tinggalkan kejahatan masa silam… kami berusaha dan berusaha walau sesukar mana. Kami kemudiannya berusaha memahami agama-Mu. Kami bersungguh mencari sunnah nabi-Mu.
Namun di situ ada isu-isu. Kami keliru. Sesuatu yang dikaitkan dengan sunnah nabi-Mu dan bida’ah pada agamamu. Kami hairan bila ulama-ulama berbeza pandangan, namun kemudian kami faham. Kini ada pula kumpulan ilmuan agama, mereka berselisih dan bersengketa,  mendakwa kebenaran pada pihak mereka.
Masing-masing mendakwa merekalah penegak sunnah nabi-Mu. Hujah berbalas hujah. Itu adil. Tapi bila sindir berbalas sindir, kutuk berbalas kutuk. Akhirnya sesat menyesatkan. Kami yang disebut orang biasa, bukan ilmuan, tercengang menyaksikan pertembungan. Kepada semua, persengketaan dihidangkan…kononnya teknologi internet, dunia tanpa sempadan.  
Jika ia kebenaran, ia ganjaran lumayan. Jika ia tohmah dan fitnah, ia kecelakaan yang sendiri diundang. Mereka ini sesungguh sangat berani.  Sungguh berani mengambil risiko itu.
Ya Allah,
Tunjukkilah kami jalan yang lurus. Lindungi kami dari tersalah dan tergelincir ke jalan yang menyesatkan. Kami yakin bahawa agama ini dibina atas dalil dan hujah. Kami yakin petunjuk melalui nabi-Mu adalah dari hadith-hadithnya. Dahulukan yang sahih, baru fikir yang lain.
Berilah kami kekuatan untuk menggigit sunnah nabi Mu dengan geraham kami. Supaya ia takkan cicir dan lucut lagi dari kami. Tolong kami untuk memisah, mengasing dan melempar jauh segala kepalsuan, bida’ah dan kotoran yang membelengui amalan-amalan… diri kami, keluarga kami, masyarakat dan negara kami.
Ya Allah, izinkan, benarkan kami menikmati semula kejernihan dan ketulenan sunnah nabi kami. Kami tidak mahu melainkan yang sahih, yang asli.      
marilah sama-sama kita hayati Ramadan ini dengan mengutamakan amalan-amalan sunnah yang sahih kerana kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”. [al-Taubah 9:128]
Seruan Dakwah -
Wahai sekelian pihak berauthoriti di pejabat agama, jawatankuasa masjid, surau, pihak atasan jabatan, institusi atau di mana sahaja. Duhai sekelian pencinta sunnah dari golongan dewasa dan anak muda.
Marilah kita terokai semua hadith-hadith yang relevan pada amal ibadah kita. Kita kumpul  untuk kita bincang dan faham. Kita panggil ilmuan sunnah untuk menjelaskan atau mensyarahkan bagi tujuan amalan. Kita mulakan dengan ibadah yang utama. Marilah kita buat senarai semak setakat mana amalan sunnah sahih yang kita telah laksanakan, setakat mana kita telah tertinggal dari dilaksanakan. Dahulukan yang tiada perselisihan. Bagaimana dapat disesuaikan dengan keadaan dan masalah sekarang.  
Sebagai contoh, dalam bulan Ramadan ini. Bagaimana kita dapat harmonikan supaya tidak terlepas 2 manfaat sunnah (1) untuk terus kekal bersama Imam yang solat tarawikh dan witir pada awal malam (kerana ada ganjaran besar) (2) untuk kita dapat melaksanakan witir pada hujung malam (witir hujung lebih afdal).
Sila layari blog untuk kisah komunikasi kreatif dan lain-lain bahan.
Hisham-ahmad.blogspot.com

 Astagfirullah : Adakah ini cara Kempen UMNO Di Bulan Ramadhan ?
Posted on Tuesday, July 23 @ 20:14:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: abuluqman

"

Astagfirullah ..tengok mainan umno BN pda bulan pose..siap hina Ulama lagi..bodoh tak bole diajar! -



Tengok Tu ..Depa letkat Logo BN depan Mimbar Di salah sebuah Masjid Di Besut, Terengganu

Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI "

 20 peratus penduduk Malaysia hadapi masalah kesihatan mental
Posted on Tuesday, July 23 @ 20:12:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"23 Julai 2013 - Satu peratus daripada keseluruhan (28.3 juta) penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu.

"Ini dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara, katanya.

"Terdapat 224 pakar psiakiatri dan 100 pakar psiakiatri klinikal di seluruh negara," kata Dr Hilmi ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayem Perumal pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini. - BERNAMA

 Pelatih PLKN perlu nyatakan tarikh haid terakhir
Posted on Tuesday, July 23 @ 20:11:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"Enam pelatih lahirkan bayi di kem PLKN sejak 2004

23 Julai 2013 - Kementerian Pertahanan hari ini mendedahkan, enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak dilaksanakan pada 2004.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahman Bakri, berkata kementerian sedang mengkaji cadangan bagi mengadakan ujian kehamilan dan mengumpul maklum balas dari pelbagai agensi.

Ini kerana, beliau berkata pelatih perlu membuat perakuan termasuk ujian kehamilan dengan mengisi borang perakuan kesihatan.

"Tarikh haid terakhir perlu dinyatakan tetapi jika tidak pasti, pelatih akan dirujuk kepada pakar perubatan kerajaan.


 Jenayah meningkat, talian 999 hampeh, rakyat kena tahu tel IPD
Posted on Tuesday, July 23 @ 20:10:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"
Seorang pakar dan aktivis keselamatan Captain K. Bala yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan kursus keselamatan memberitahu bahawa kita semua perlu simpan nombor telefon Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah. Daripada telefon 999, dia suruh kita telefon terus IPD, kerana IPD akan mengarahkan terus unit peronda ke tempat kejadian.

Kalau kita memandu dari Perlis sampai Johor, takkan nak ingat atau nak simpan semua nombor telefon IPD sepanjang perjalanan. Apa punya sistem 999 kat Malaysia ni, dah bertahun-tahun tak boleh setaraf sistem 911 Amerika Syarikat, salah PDRM atau salah syarikat yang dapat tender pasang sistem 999?


Violent crimes on the rise, say experts
Updated: Tuesday July 23, 2013 MYT 10:11:11 AM

The Star : As for safety activist and expert Captain K. Bala, violent crimes are a behavioural approach.

With almost two decades of experience in conducting safety courses, Bala’s top personal safety tip is to know the number of your district police headquarters (IPD).

“Instead of calling the 999 hotline, contact the police directly as the IPD can summon patrol cars to the site of the report,” he said.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/23/Crime-Experts.aspx  

 Kuliah Ustaz Azhar Idrus..Kehadiran Sunggoh Menggerunkan..sampai Puluhan Ribu
Posted on Friday, December 14 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Kuliah UAI di..Indera Mahkota Dianggarkan 30,000 orang.


Sebahagian Anak Muda Yang dahagakan ..Ilmu Islam...




Begitu Ramai Jemaah yang hadir... apa kata Tok Adnan... di Kuantan Ye...

Nukilan Abu Luqman "

32 rahsia penting Yahudi

Posted on Wednesday, December 26 @ 16:28:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: detikislam

"

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa  yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin.

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diagihkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

6. Tahukah anda bahawa Amerika memperuntukkan 5 juta US dari penghasilan cukainya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel berjumlah 1.8 juta US $ setiap tahun dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan berjumlah 4 juta US $ dari Amerika iaitu pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya.

11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Yahudi sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear.

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Pertahanan mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

13. Tahukah anda bahawa Israel mengebom tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika.

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik wujud terhadap identiti bangsa Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu.

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua.

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarak setengah meter. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel.

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan keterangan tawaran kerja dengan perkataan: "tawaran kerja hanya untuk bangsa Yahudi", "dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa Yahudi"

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya. Padahal parti itu berideaologi radikal dengan pandangan utama membesihkan Israel dari bkan bangsa Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tindakan tentera Israel untuk menghapuskan semua warga Palestin? bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel:

"Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk "......

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi.

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses penyiasatan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses siasatan mereka.

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pendidikan dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Hal ini apabila dilihat dari jumlah peratusan penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948. Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana dihalang dengan  perjanjian OSLO.

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya yang sebenar ialah pengganas Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.

29. Tahukah anda bahawa Yahudi sebagai sebuah bangsa penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Tahukah anda bahawa arahan dari Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel. Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling kejam andalah pembunuhan tiga wanita Palestin padahal mereka sedang berada di dalam khemah pelarian.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin.
 

PRK. Kuala Besut Ribuan pemilik motorsikal dapat petrol percuma.

Posted on Tuesday, July 23 @ 18:27:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: mohdnoorawang

"Hebat stategi calun PAS Che Long dengan kerjasama pemuda PAS Besut dan pemuda PAS Negeri memberi sumbangan percuma petrol kepada pemilik motorsikal kepada penduduk sekitar Dun Kuala Besut.

Program sumbangan isi penuh petrol kepada pemilik motorsikal telah dibuat disebuah styesen minyak berada di DUN Kuala Besut mendapat sambuatan yang cukup baik. Ribuan motorsikal beratur panjang untuk mendapat sumbangan dari Che Long calun PAS Dun Kuala Besut.

Hadir sama Ketua pemuda Negeri PAS dan Pemuda PAS Besut, mengikut sumber maklumat dari Yb Haji Hanafiah (Dun Chukai) merangkap salah seorang petugas kanan PRK Kuala Besut program tersebut adalah sumbangan ikhlas dari calun PAS Che Long yang terkenal dengan amalan pemurah.

Malah program tersebut dapat merapatkan hubungan pemimpin PAS dan warga kerja PAS Dun Kuala Besut serta Che Long sendiri cukup berjaya kata Yb Haji Hanafiah.

Mungkin program tersebut bakal diikut atau ditiru oleh BN/UMNO bagi menawan hati pengundi Dun Kuala Besut, Kita tunggu apa yang bakal UMNO/BN lakukan.

Hari hari terakhir kempen DUN Kuala Besut cukup menarik, sumbangan Che Long perlu dijadikan contoh kepada pejuang pejuang Islam yang kaya dan berada. Menang atau kalah kita letak nombor dua. yang penting berjuang dan sedekah untuk berjuang perlu diteruskan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan