Rabu, 24 Julai 2013

JELAS HARAM APA NAK PERTIKAI....PERKARA AURAT TAK KAN TAK TAU HARAM

Sara Amelia persoal fatwa 'lapuk' isu ratu cantik
4:52PM Jul 23 2013
Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam.

"Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan.

"Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia," tulisnya.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama.

JAWI: Bekas peserta ratu cantik hina Islam
6:45PM Jul 23 2013
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyifatkan, kenyataan bekas peserta Miss Malaysia World 2013 yang kecewa dengan fatwa mengharamkan orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik, sebagai menghina Islam.

Dalam kenyataannya petang ini, JAWI merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini, yang antaranya memetik reaksi dua daripada empat peserta Muslim pertandingan itu, iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard (bawah) dan Wafa Johanne De Korte.

NONE"Berdasarkan laporan akhbar tersebut, peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

"Oleh itu kenyataan tersebut dianggap telah menghina Islam," menurut kenyataan jabatan agama Islam itu lagi.

Berita Harian hari ini melaporkan, empat peserta Islam pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang digugurkan dan dihilangkan kelayakan dalam pertandingan itu tetap berkeras untuk bertanding di peringkat akhir pada 2 Ogos ini.

Menurut harian itu lagi, Sara Amelia, 20, berkata, dia kecewa dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Katanya, beliau sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi dimaklumkan penganjur bahawa ia dibenarkan kerana mereka tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian suka.

Kertas siasatan dibuka
Sementara Wafa Johanna, 19, pula dipetik sebagai berkata, beliau terharu melihat penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri mereka untuk mewakili orang Melayu dalam pertandingan itu.

Dia juga berkata berbesar hati untuk meneruskannya jika masih diberi peluang.

Penganjur pertandingan Datuk Anna Lim dilapor berkata, walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

anwar at jawi islamic centre 300708 02Berita Harian dalam laporan itu bagaimanapun tidak memetik pandangan dua lagi bekas peserta pertandingan itu -- Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19.

Fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WIlayah Persekutuan 1993 memutuskan, menyertai, menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa untuk pertandingan ratu cantik haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sehubungan itu, JAWI hari ini berkata, bahagian penguatkuasaannya kini telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Menurut jabatan itu, sebagai agensi penguatkuasa agama, JAWI akan akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti serta keterangan yang mencukupi.

"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya.

Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi 3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sara Amelia persoal fatwa 'lapuk' isu ratu cantik
4:52PM Jul 23 2013
Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam.

"Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan.

"Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia," tulisnya.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama.
Kami terikat, kata Penganjur Miss Malaysia

Penganjur Miss Malaysia World 2013 menyuarakan kekesalannya apabila orang Islam tidak dapat menyertai pertandingan ratu cantik dan tiada apa yang dapat dilakukan mereka berhubung perkara itu.

Pengurus Besar Meridian Surf Sdn Bhd Eddie Kong berkata, mereka terikat dengan fatwa pada 1996 yang mengharamkan umat Islam menyertai pertandingan sebegitu.

"Kami mohon maaf kepada peserta beragama Islam dan kami percaya mereka mempunyai peluang seimbang untuk menjadi pemenang.

"Sangat dikesalkan, tiada apa yang dapat kami lakukan kerana undang-undang (fatwa) dan kami harus patuh padanya," kata Kong kepada Malaysiakini.

Fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WIlayah Persekutuan 1993 memutuskan, menyertai, menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa untuk pertandingan ratu cantik haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sebelum ini, penganjur menggugurkan penyertaan dan melucutkan kelayakan empat peserta beragama Islam digugurkan bagi terus bertanding dalam acara itu.

Empat peserta itu dilapor kecewa dengan fatwa tersebut - tindakan yang mendorong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan atas dakwaan menghina Islam.

 Haramkan Pertandingan Ratu Cantik Di Malaysia
Posted on Tuesday, July 23 @ 22:30:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh RIDUAN MOHD NOR

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta para Mufti di negeri-negeri agar mengambil pendirian tegas dengan mengharamkan pertandingan ratu cantik di negara ini.

Ia berikutan terdapat satu penganjuran Pertandingan Miss Malaysia World 2013 bagi mencari bakat untuk diketengahkan bagi mewakili Malaysia dalam Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013 akan datang. Apa yang menyedihkan adalah penglibatan daripada wanita beragama Islam dalam pertandingan tersebut dan mereka mendapat tempat yang tinggi dalam ranking pertandingan tersebut.


Isunya bukan kerana pertandingan ini diadakan dalam bulan Ramadhan maka penganjur tidak membenarkan empat orang gadis beragama Islam menyertainya, lebih dari itu adalah ia sama sekali menjatuhkan maruah umat Islam dan agama Islam di negara ini. Pengharaman penglibatan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik bukan terhad hanya pada bulan Ramadhan, tetapi pengharamannya kekal di mana-mana bulan sekalipun. Melibatkan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik telah menyebabkan peserta tersebut serta umat Islam yang melihat mereka menanggung dosa besar.

Dengan pakaian yang memberahikan termasuk berbikini, maruah gadis beragama Islam diinjak sedemikian rupa sehingga aurat mereka boleh dipertontonkan untuk tatapan nafsu kaum lelaki. Wanita sebenarnya dijadikan untuk dihormati, disanjung dan diletakkan pada kedudukan yang istimewa, bukan sebagai bahan pemuas nafsu lelaki sehingga dijadikan barang dagangan dan dipertontonkan sesuka hati.
Amat wajar Malaysia mengambil pendirian mengharamkan terus penganjuran pertandingan ratu cantik di negara ini. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia seharusnya mengamalkan ajaran Islam dan mesti memperlihatkan keindahan Islam di mata dunia. Negara-negara barat akan menghormati Malaysia atas ketegasannya memelihara maruah wanita disamping negara-negara Islam menyanjung tinggi pendirian berani pemimpin negara ini. Tonjolkan sikap bahawa Malaysia adalah pembela maruah wanita dengan mengangkat darjat mereka sesuai dengan kedudukan mereka.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Nasir Sahlan shared Rafly Shamsudin's photo.


Ratu cantik: Renang dan gimnastik bagaimana?

Hambali Akram,
Baru-baru ini umat Islam di Malaysia gempar dengan tindakan berani empat orang gadis Melayu beragama Islam menyertai pertandingan ratu cantik. Walaupun mereka telah dikeluarkan daripada pertandingan itu, perbincangan mengenainya masih belum selesai.

Saya bersetuju tindakan dikenakan terhadap mereka. Namun, pada masa yang sama saya menyeru para mufti dan agamawan khususnya yang mempunyai kuasa dalam kerajaan agar tidak terlepas pandang bidang lain iaitu renang dan gimnastik.

Umum mengetahui kedua-dua bidang itu turut membabitkan penyertaan wanita Islam. Namun sehingga kini tiada teguran keras seperti yang dikenakan terhadap peserta ratu cantik Islam. Apakah para mufti dan agamawan kerajaan beranggapan pendedahan aurat dalam kedua-dua jenis sukan itu tidaklah seteruk pertandingan ratu cantik?

Pada pandangan saya, dalam keadaan hari ini, ketiga-tiganya – pertandingan ratu cantik, renang dan gimnastik hendaklah dilarang daripada disertai oleh wanita Islam. Hal ini kerana, kesemuanya dengan jelas bertentangan dengan hukum hakam agama.

Para mufti dan agamawan kerajaan hendaklah bertegas dalam ketiga-tiga isu ini tanpa pengecualian. Hal ini kerana dibimbangi akan timbul salah faham bahawa wanita Islam hanya dilarang menyertai pertandingan ratu cantik sedangkan tiada teguran bagi renang dan gimnastik.

Bagi saya tanggungjawab utama ini terletak di bahu para mufti dan agamawan kerajaan kerana merekalah yang mempunyai kuasa mencegah pada ketika ini. Semoga mereka tegas dan berani mempertahankan kesucian Islam.
Saya mohon maaf, kata Sara
10:26AM Jul 24 2013  
Dua daripada empat peserta Muslim dalam pertandingan Miss Malaysia World 2013 menafikan mempertikaikan fatwa yang mengharamkan umat Islam terlibat dalam acara ratu cantik.

Sara Amelia Muhammad Bernad (gambar besar di atas), 20 berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung perkara itu pendapat peribadi dan tidak berniat melanggar fatwa, lapor Berita Harian.

wafa johanna de korte"Saya tidak berniat menghina agama Islam, sebaliknya hanya menyatakan pendapat peribadi berhubung fatwa itu.

"Jika saya dianggap seolah-olah mencabar, saya mohon maaf," katanya melalui SMS kepada harian itu.

Sementara itu, Wafa Johanna De Korte (kiri), 19, pula dilapor berkata, beliau akur dengan pembatalan penyertaannya walaupun kecewa tidak dapat memenuhi impiannya.

"Saya berpendapat perlu ada wakil peserta Melayu, tetapi fatwa menetapkan orang Islam tidak dibenarkan menyertainya dan saya terpaksa akur," beliau dilapor sebagai berkata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan