Jumaat, 19 Julai 2013

HIDAYAH DARI ALLAH....MUNGKIN TAZKIRAH BOLEH JADI PENYEBABNYA....HANYA ALLAH SAJA YANG MENGETAHUINYA

Kekuatan PAS di Kuala Besut bersandar pada Islam
Posted on Thursday, July 18 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Roslan SMS

Kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa PAS di Kuala Besut akan berjuang berdasarkan kekuatannya dan bukan hal peribadi musuh adalah sesuatu yang wajar dibangakan (sila rujuk : LINK)

Sasaran 16:16 iaitu persamaan bilangan kerusi antara BN dan PR akan menjadi fokus PAS. Dengan kedudukan tersebut Dewan Negeri Terengganu akan berada dalam keadaan tergantung oleh kerana tiada satu parti dapat memperolehi majoriti di Dewan. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, da nada yang berpandangan dengan keadaan itu berkemungkinan Dewan akan dibubarkan bagi pilihanraya yang baru.


Dalam erti kata rakyat peluang untuk Islam kembali bertapak dan memerintah di Terengganu bermula dengan undi rakyat di Kuala Besut.
Dengan barakah Ramadhan mudah-mudahan akan terusiklah hati saudara-saudara kita di Kuala Besut untuk menyempurnakan sasaran 16:16 itu dan akhirnya memberi laluan untuk Islam kembali memimpin Terengganu sebagaimana di tahun 1959 dan 1999 dahulu.


Kekuatan PAS adalah Islam. Rakyat Kuala Besut perlu disedarkan bahawa mengundi PAS bermakna memberi nafas kepada bumi Terengganu untuk ditadbir dengan cara Islam.
Laluannya bukan mudah buat PAS, namun sekiranya PAS menyandarkan pada kekuatannya iaitu dasar dan matlamat perjuangannya tidak mustahil sekiranya kita memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Allah swt, panji-panji Islam akan kembali berkibar di Terengganu sebagaimana di Badar dalam bulan Ramadhan al Mubarak ini. 

 Mudah, aman dan selamat untuk penjenayah ketika ini
Posted on Thursday, July 18 @ 17:40:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"

6 lelaki rompak barang kemas RM3.2 juta

18 Julai 2013 - TEMERLOH: Enam lelaki bersenjatakan parang merompak barang kemas bernilai kira-kira RM3.2 juta dari sebuah kedai emas di bandar Mentakab, dekat sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata perompak berkenaan hanya mengambil masa tiga minit melarikan barang kemas itu dalam kejadian 9.30 pagi ini.  


Katanya kejadian berlaku ketika pemilik kedai dan beberapa pekerjanya baru membuka kedai untuk memulakan perniagaan. Secara tiba-tiba muncul enam lelaki berkenaan antaranya bertopeng dan bersenjatakan parang menyerbu masuk kedai dan mengarahkan pemilik kedai supaya berdiam diri.




Tinggalkan 4 keburukan untuk dapat 4 kebaikan

Diriwayatkan daripada Hatim al-A’syam: “Sesiapa berpaling daripada empat keadaan akan mendapati empat yang lain dan menemui syurga iaitu daripada tidur kepada kubur, daripada kesombongan kepada timbangan, daripada pengangguran kepada titian dan daripada syahwat kepada syurga.”
Berpaling daripada tidur kepada kubur bermaksud mengurangkan tidur kerana memperbanyakkan amal ibadat untuk dijadikan sebagai bekalan di alam kubur kelak. Maksud berpaling daripada kesombongan menuju timbangan ialah membuang segala sifat sombong dan bangga diri untuk lebih reda melakukan amal soleh sebelum tibanya hari timbangan di akhirat.

Sementara berpaling daripada pengangguran ialah tidak mensia-siakan waktu lapang, sebaliknya dimanfaatkan dengan amal kebaikan kerana ia dapat membantu seseorang ketika melintasi titian sirat nanti.
Berpaling daripada syahwat ertinya meninggalkan semua ajakan hawa nafsu demi memenuhi tuntutan agama dan perlu diingati, sesungguhnya syurga diliputi hal yang tidak disukai oleh hawa nafsu.

Nabi SAW mengingatkan agar kita berwaspada dengan lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu hidup sebelum mati, waktu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan waktu lapang sebelum sibuk.

Bayar RM10 syarat cerai taklik



NONISWARA bersama peguamnya, Amli selepas kes tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon Noniswara Baharudin bergelar janda buat kali kedua selepas sah bercerai secara taklik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan dan membayar RM10 seperti mana syarat dalam lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian di dalam kamar hakim selepas meluluskan permohonan cerai taklik Noniswara yang difailkan pada 9 Mei lalu.
Ini merupakan perceraian kali kedua Noniswara. Dramatis berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu terpaksa memfailkan permohonan cerai selepas digantung tidak bertali oleh ahli perniagaan itu sejak lapan bulan lalu.
Permohonan cerai taklik itu telah difailkan mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut peguam Datuk Amli Embong yang mewakili Noniswara, 44, hakim mensabitkan cerai taklik bukan sahaja berdasarkan bayaran RM10 yang diterima bagi pihak defendan, malah turut mengambil kira keterangan plaintif, saksi, hujah peguam dan sumpah iztizhar.


Cikgu ditembak tengah jalan

Oleh Azahar Hashim
Kulim: “Saya terkejut dengar bunyi letupan macam mercun,” kata Muhamad Sufian Hassan, 21, saksi kejadian seorang guru sebuah sekolah menengah maut akibat terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti berdekatan lampu isyarat di simpang empat Jalan Keladi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.25 tengah hari, mangsa K Shanmugam, 45, guru sekolah menengah di Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish secara sendirian dalam perjalanan ke sekolahnya sebelum berhenti berdekatan lampu isyarat di jalan berkenaan.
Difahamkan, dua lelaki bermotosikal lengkap memakai topi keledar berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mangsa menembusi cermin kereta hingga terkena beberapa bahagian badan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mangsa yang baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara, berhenti di simpang empat Jalan Keladi sebelum ditembak dua lelaki.
FotoMANGSA tersembam di tempat duduk penumpang hadapan.

Katanya, polis percaya kejadian itu membabitkan dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC hitam yang melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.

Mati angkara pembunuh upahan


BEGINILAH keadaan mayat Shanmugam selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal yang disyaki pembunuh upahan. Gambar kecil, K. Shanmugam.


KULIM – Belum pun selesai kes seorang guru muzik yang mati ditembak pembunuh upahan di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kelantan minggu lalu, seorang lagi cikgu sekolah menerima nasib sama di sini semalam.
Kali ini ia melibatkan seorang guru pendidikan jasmani Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, K. Shanmugam, 45, apabila dia maut selepas terkena dua das tembakan di kepala dan anggota badan yang dilepaskan oleh dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat.
Kejadian pada pukul 12.25 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini berlaku apabila Shanmugam didatangi dua penyerang yang disyaki pembunuh upahan sebaik memperlahankan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang dipandunya di situ.
Sebaik dihampiri, salah seorang suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan anggota badannya menyebabkan mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya di Taman Bidara mati di tempat kejadian.


 Antara Janji dan Realiti: Rakyat Terus 'digula-gulakan' oleh Barisan Nasional
Posted on Thursday, July 18 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz Wan Azhar Wan Wan Ahmad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan selamat pagi kepada semua rakan media sekalian yang sudi hadir membuat liputan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut:
Rumah Percuma Untuk Rakyat
Medan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut kini menjadi pentas kepada pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menabur 'janji-janji manis' bagi mengumpan rakyat miskin terus bersama mereka.


Dua hari lalu ( Sabtu : 13 Julai 2013 ), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan kepada 72 keluarga miskin bakal mendapat 'durian runtuh' jika rakyat memilih BN pada 24 Julai ini. Maka, telah diadakan satu Majlis Peletakan Batu Asas dan Pecah Tanah Projek Pembinaan 72 unit Pangsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut.
PAS tidak menentang sebarang bentuk pembangunan yang baik dibuat oleh kerajaan. Apatah lagi, jika sesuatu kemudahan yang hendak dibangunkan itu boleh diberi 'PERCUMA' kepada rakyat yang miskin serta tidak berkemampuan. Bahkan, itulah yang menjadi agenda PAS dan Pakatan Rakyat jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Negeri dan Negara, Insya'Allah.
Namun, kebimbangan kami (PAS) sama ada janji-janji untuk rakyat itu Realiti atau sekadar janji manis untuk kempen pilihan raya (PRK) ini sahaja. Sebabnya, kita ada banyak bukti-bukti kegagalan Umno-BN yang memerintah melaksanakan tuntutan tersebut. Akhirnya, rakyat yang menjadi mangsa 'kebergantungan' mereka kepada kerajaan BN.
Saya berikan beberapa contoh... Pertama, dalam isu tanah rakyat di Kampung Tok Saboh sendiri yang baru dibuat majlis peletakan batu asas untuk projek pangsapuri percuma kepada rakyat miskin di Dun Kuala Besut. Suka saya ingatkan kepada semua rakan media pada pagi ini. Ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999-2004, kita (PAS) telah berjaya menyedia dan mengagihkan tanah-tanah lot perumahan dan pertanian kepada rakyat di sini. Malangnya, apabila kerajaan BN kembali berkuasa telah dibatalkan dan 'dirampas' kembali tanah-tanah tersebut dari rakyat.

Tanah rakyat di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tok Saboh telah 'dirampas' kembali oleh kerajaan BN. Bahkan, tanah yang telah dibina rumah-rumah oleh rakyat juga 'dirobohkan' tanpa sebarang bayaran pampasan. Ini berlaku di seluruh negeri Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh dan Dato' Seri Ahmad Said selepas itu. Maknanya, PAS membina dan BN meruntuhkannya.
Isu sejarah rampasan tanah rakyat di Tok Saboh berlaku apabila kerajaan Umno-BN Terengganu yang kembali berkuasa pada tahun 2004, bertindak 'merampas' tanah-tanah Lesen Menduduki Sementara (LMS) pemberian kerajaan PAS Terengganu.
Ketika itu, kerajaan negeri diterajui oleh mantan MB Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh yang kini Ketua Umno Bahagian Besut dan Menteri Pendidikan (II) Kementerian Pendidikan Malaysia. Legasi merampas tanah rakyat diteruskan polisinya oleh kerajaan pimpinan Dato' Seri Ahmad Said.
Hari ini, di tempat yang sama kerajaan bercadang membina pangsapuri percuma untuk rakyat. Jika tidak kerana pilihan raya ini tidak mungkin rumah / pangsapuri tersebut akan diberi 'percuma'. Tan Sri Muhyiddin pula menganggap pembinaan pangsapuri oleh kerajaan negeri ini sebagai "durian runtuh". Sebab, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said sendiri, yang menyatakan pangsapuri itu "mungkin diberi percuma", kerana mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya.
Tawaran ini sama seperti yang diwar-warkan kepada penduduk di Kampung Ladang Kuala Terengganu, yang terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan. Mereka juga 'dijanjikan' rumah pangsa yang murah di Flat Ladang Gemilang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 yang lalu. Namun sebaliknya, hari ini penghuni di Flat Ladang Gemilang masih berstatus 'penyewa' selamanya dengan kadar sewaan yang tinggi. Akhirnya, mereka sendiri tidak mampu untuk bayar sewa dan ada yang terpaksa berpindah ke tempat lain. Maka, orang Melayu di Kampung Ladang Kuala Terengganu telah kehilangan kampung tradisi mereka yang menjadi warisan sejarah termasuk hilang mata pencarian keluarga masing-masing seperti pembuatan tembaga, songkek, keris dan sebagainya.
Kedua, kita lihat sepanjang kempen pilihan raya ini pihak Umno dan kerajaan BN mempergunakan peluang status kemiskinan dan berpendapatan rendah untuk 'mengikat' sokongan rakyat kepada parti pemerintah. Pelbagai janji dan 'habuan' bakal diterima rakyat sepanjang 12 hari berkempen seperti bantuan Dana Khas, Dana Raya, Dana Bakti Remaja, Dana Nelayan dan pelbagai dana lagi untuk 'menghalalkan' cara bagi mengikat sokongan rakyat kepada parti BN. Ini suatu perkembangan yang tidak sihat diamalkan untuk rakyat oleh parti pemerintah.
Justeru itu, kita (PAS) harap rakyat sedia membuat perubahan baru ke arah pemerintahan Terengganu Baru dengan keputusan pilihan raya 16-16 pada 24 Julai ini. Saya yakin dan percaya, rakyat di Besut terutama para pengundi di Dun Kuala Besut ini akan mencipta sejarah baru bagi menamatkan peminggiran Kuala Besut dari arus pembangunan yang lebih baik, terurus dan maju, Insya'Allah.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Ustaz Wan Azhar Wan Wan Ahmad
YDP PAS Kawasan Besut


...............
http://networkedblogs.com/N9Zr1

 Harga Ayam : Orang Tengah Yang Perlu Dipantau Bukan Peniaga
Posted on Thursday, July 18 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Nurul Islam

Saban tahun menjelang musim perayaan, rakyat Malaysia pasti akan ditimpa masalah kenaikan harga barang terutama harga ayam yang tiada kesudahan. Isu ini sudah menjadi mangli di kalangan rakyat Malaysia meskipun ianya membebankan. Walaupun mahal, mahu tidak mahu rakyat Malaysia terpaksa rela membeli kerana barangan tersebut telah menjadi sebahagian menu yang wajib hampir setiap hari.


 
Persoalannya, sampai bilakah perkara ini harus terjadi?


Langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dilihat meletakkan beban kesalahan hanya kepada peniaga semata-mata. Di sini dilihat peniaga seolah-olah tersepit di antara harga yang ditetapkan dan kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Saya percaya peniaga bukanlah ingin menaikkan harga barang dengan sesuka hati demi meraih keuntungan. 
Kerajaan seharusnya melihat isu ini dengan lebih mendalam lagi. Isu orang tengah dalam meraih keuntungan berlebihan bukanlah suatu perkara yang asing. Mereka ini umpama lintah darat yang mendapat keuntungan atas angin tanpa sebarang usaha yang lebih. Mereka inilah yang perlu diambil tindakan tegas oleh pihak kerajaan. Mereka ini jugalah asbab kepada naiknya harga barang oleh peniaga. Sikap mereka yang suka mengambil keuntungan dengan berlebihan telah menyebabkan ramai peniaga terpaksa menaikkan harga barang melebihi harga yang munasabah. 
KPDNKK juga perlu memperkasakan Akta Persaingan 2010 yang mana tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang cubaq memanipulasikan harga sehingga memudaratkan kepentingan pengguna. Dengan adanya akta ini sahaja sudah cukup bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang yang kian meruncing. 

Saya melihat langkah mengimport barang makanan dari luar negara tidak akan menyelesaikan masalah kenaikan harga di Malaysia. Bahkan ianya menutup pintu rezeki para petani kita yang saban hari membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi. Negara juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk mengimport ayam masuk ke Malaysia. 
Sebagai langkah alternatif, saya ingin mencadangkan agar pihak KPDNKK memperbanyakkan lagi kewujudan pasar tani di Malaysia. Pasar tani ini merupakan salah satu saluran pihak petani dalam menjual hasil ternakan dan tanaman mereka. Ianya bukan sahaja sebagai satu mekanisme mengelakkan pemanipulasian oleh orang tengah tetapi ianya juga membuka peluang perniagaan kepada para petani. Harga juga akan menjadi lebih murah kerana hasil pertanian dan ternakan mereka dijual terus kepada pengguna. 
NURUL ISLAM MOHAMMED YUSOFF
Setiausaha Dewan Pemuda PAS WP
Bersama Maulana Asri: Ramai Yang Tanya - Apa Itu Talfiq? Bolehkah Bertalfiq?
Posted on Thursday, July 18 @ 09:51:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: go2syam

"

Info Audio Video: 


Benarkah talfiq itu ialah beramal dengan pelbagai mazhab dalam satu masalah? Persoalan ini cukup banyak ditanya oleh ramai orang. Dan.. Apa sebenarnya talfiq itu? Bolehkah kita bertalfiq?
"
Tazkirah Waktu Tarawih: Apa Pandangan Dr Abdul Basit Abd Rahman?
Posted on Thursday, July 18 @ 09:57:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: go2syam

"Bolehkah beri tazkirah sewaktu tarawih? Ikuti pandangan dan cadangan Dr Abdul Basit mengenail hal ini.



Bolehkah beri tazkirah sewaktu tarawih? Ikuti pandangan dan cadangan Dr Abdul Basit mengenail hal ini.
EKONOMI :Dua bisnes bakal lingkup di Malaysia .
Posted on Thursday, July 18 @ 10:06:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"MAKLUMAN PENTING : Sesiapa yang berminat untuk buka syarikat TERNAKAN LEMBU dan Syarikat DAKWAT, sila berfikir 1001 kali.
Ini kerana Syarikat Lembu Sister Ijat dan Syarikat SPR ada pengalaman ngeri dalam perniagaan ini.


Atau jika "gila dan selok" juga mahu terjun dalam bidang ini, sila dapatkan nasihat dari  orang yang bercakap dibawah sebelum beliau melanjutkan "pelajaran" ke Universiti Sungai Buloh:] http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=O4DZgZJacjA





EKONOMI :Dua bisnes bakal lingkup di Malaysia ."
 
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan