Jumaat, 19 Julai 2013

ADAKAH RAKYAT DIDULUKAN

Air sarang anai-anai makan 22 juzuk al Quran
Posted on Thursday, July 18 @ 17:41:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"



Apa pandangan JAKIM serta Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap air yang mengandungi sarang anai-anai (yang sudah makan 22 juzuk ayat al-Quran)?


"



Doa sebenar berbuka puasa dqan sunnahnya
Posted on Thursday, July 18 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mahmod

"

Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”


Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda:
Bismillahirrohmanirrohim:  Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh yakni hilang kekeringan dan telah tetaplah pahala, Insya-Allah.”
(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.


 Saya kontraktor terbaik di Kelantan
Posted on Friday, July 19 @ 06:21:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Muda Mohd. Noor

PETALING JAYA: Walaupun hanya berkelulusan SPM, calon PAS Kuala Besut  Endot@Azlan Yusof mendakwa beliau merupakan antara kontraktor terbaik di Kelantan.

“Saya berkelusan SPM sahaja tetapi sijil bukan penentu segala-galanya. Bukan sijil jadi ukuran, bukan wajib ada. Saya tak sekolah tetapi boleh menjadi kontraktor terbaik di Kelantan.

“Buat tahfiz sains RM11 juta, buat dulu 100%, baru kerajaan bayar secara berperingkat.

“Orang ngaji sekolah tinggi, ada kontraktor macam saya, satu dua projek fail (gagal), dia ngaji Amerika,” katanya.

Bendahari PAS Besut itu akan menentang calon BN Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman pada 24 Julai ini.

Dalam pada itu, Che Long menambah, beliau berjanji akan berkhidmat kepada rakyat jika menang pada 24 Julai ini.

“Saya berjanji kepada parti, jika dipilih, jika menang saya akan berkhidmat kepada rakyat.

“Che Long tidak mahu menjadi wakil rakyat yang berdosa,” katanya lagi.

Sumber: freemalaysiatoday.com


  Di mana iman umat Islam di Malaysia ketika ini?
Posted on Friday, July 19 @ 00:59:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Bukan setakat tabung masjid, tabung haji pun ada yang pecah amanah. Kes lembu curi pun banyak, disembelih, tanpa disedari dibeli oleh umat Islam untuk berbuka puasa atau dibuat rendang untuk jamuan raya. Apakah sikap pengguna Islam yang tidak prihatin dan membazir ketika membeli menjadikan lebih ramai peniaga yang mengambil jalan mudah untuk menipu dan mencuri?

Pecah tabung masjid untuk berniaga
18 Julai 2013

KANGAR - Seorang pemuda mengambil jalan mudah semata-mata mendapatkan modal bagi jualan air soyanya di sebuah bazar Ramadan di daerah ini apabila sanggup melakukan kegiatan pecah tabung masjid menjelang bulan berpuasa lalu.

Pemuda yang berusia 23 tahun itu setakat ini telah memecah tabung dan melarikan wang di enam buah masjid sekitar ini yang kerap dilakukannya pada waktu petang selepas jemaah meninggalkan masjid.

kosmo.com.my"


Superman @ Superhuman...

Posted on Friday, July 19 @ 01:12:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: hishamahmad

"Ini juga peristiwa yang berlaku di bulan Ramadan. Suatu ketika pada tahun yang telah berlalu. Seorang anak muda musafir dari suatu kumpulan jemaah, sesudah selesai solat terawikh dan witir, bergegas bangun membaca sesuatu daripada suatu kitab yang begitu popular. Antara kisah yang dibaca ialah:-

Adanya ahli ibadah (abid) yang bersolat malam sepanjang malam hingga solat subuhnya menggunakan wuduk solat isyak untuk sekitar 30 (@ 50 tahun). Adakah maksudnya ahli abid ini telah tidak tidur malam selama tempoh itu?

Jika benarlah begitu maksudnya, ia kisah yang hebat. Kisah manusia hebat. Kemampuan beribadah begitu, memang sangat hebat. Perlukan kemahuan tinggi, semangat kental, kekuatan mental dan ketahanan fizikal. Sehari-dua hari, seminggu, sebulan mungkin. Setahun, boleh jadi. 30 tahun! Masya Allah.

Ini manusia luarbiasa, ‘Superman atau superhuman’!.

Mari kita Buat Sedikit Analisa logik dan Rasional

Persoalan 1:- Apa yang cuba ditonjolkan daripada kisah ini? Dan apa yang akhirnya tertonjol dari kisah ini?

Ia mungkin bertujuan baik untuk memotivasikan kita agar kuat beribadah… tapi adakah kisah ini dapat mencapai tujuan motivasi itu? Atau kesan halusnya … memati-vasikan (demotivation).

Persoalan 2: Munasabahkah kisah ini atau keterlaluan? Sekiranya beginilah cara beribadah, apa sisa kudrat yang tinggal untuk keesokan siang, selama 3o tahun. Jika berjaga sepanjang malam selama 30 tahun malamnya sudah begitu, adakah bermakna selama 30 tahun, terpaksa tidur di siang hari. Bagaimana urusan-urusan penting lain dengan pekerjaan dan nafkah keluarga dan diri sendiri?

Persoalan 3 : Kisah semasa dibaca tidak merujuk kepada mana-mana hadith. Kalau ia berdasarkan hadith sahih. Kita tidak berhak mempertikaikannya, mungkin ia kes keramah dan terpencil.

Bagaimana jika kisah ini tidak sahih? Tidak diketahui benar? atau sememangnya tidak benar? Ia ditakuti menjejaskan kesucian Islam. Kisah agama mesti dipastikan sahih dan benar, jika tidak ditakuti ia menjadi ejekan seloka agama (divine jokes).

Kisah kehebatan ibadah ini berlaku sesudah kewafatan nabi dan bukan dicerita oleh sahabat. Ia bukan kisah berdasarkan hadith. Tidak salah untuk sesuatu kepelikan dipertikaikan. Namun kalau ia direkodkan dalam kitab-kitab yang hebat dan menjadi rujukan ramai, maka ia perlu jika diberi perhatian. Bagaimana hendak kita menyesuaikan antara kisah ajaib sebegini dengan logik dan rasional.

Persoalan 4 : Bagaimanapula kalau kisah seperti ini kelihatan bercanggah nasihat dan perintah Rasul s.a.w. seperti pada hadith di bawah?

Terdapat satu hadith sahih mengenai 3 sahabat yang ingin mengetahui tentang keadaan ibadah nabi saw.

Telah datang tiga orang ke rumah-rumah isteri-isteri nabi s.a.w. lalu mereka bertanya tentang ibadat nabi s.a.w. Apabila dimaklumkan (tentang ibadat nabi), mereka merasakan seolah-olah ianya sedikit. Lalu mereka berkata: “di manakah kedudukan kita jika dibandingkan dengan kedudukan nabi s.a.w. yang telah diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang?”

Berkata salah seorang daripada mereka: “Adapun aku, maka aku akan bersolat malam selama-lamanya.” Berkata yang lain: “Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan berbuka.” Berkata yang terakhir: “Aku akan menghindari wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.”

Maka Rasulullah s.a.w. datang kepada mereka dan bersabda: “Kaliankah yang mengatakan begini dan begitu? (Diakui mereka) Ketahuilah! Demi Allah, sesungguhnya aku orang yang paling takut di antara kalian kepada Allah dan paling bertakwa kepada-Nya di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat (malam) dan tidur, serta aku menikahi wanita. Maka sesiapa yang berpaling dari sunnahku maka dia tidak termasuk dari aku.” (Sahih Bukhari : Hadith no: 5063 (Rujuk Kitab al-Nikah, Bab anjuran untuk menikah).

Hadith ini membuktikan beberapa perkara antaranya:- ibadah malam yang diberi contoh dan petunjuk oleh Nabi (untuk diamalkan oleh umatnya) sebagai cara sunnah yang benar adalah mempunyai ketetapan dan batasan. Tidak boleh berlebihan seperti beribadah sepanjang malam apalagi berterusan selama berpuluh tahun. Ia bukan sahaja tidak mengikut sunnah bahkan satu kesalahan besar dan dikecam dengan serius.

Oleh itu, boleh tak saya katakan begini …. sekiranya sekalipun kisah mengenai ibadah abid itu benar-benar berlaku, ia bukan suatu kisah tauladan untuk ikutan, sebaliknya kisah tauladan untuk jadi pengajaran dan sempadan.

Namun atas prinsip keterbukaan kepada hujah dan pandangan berbeza dan mengakui saya mungkin tersilap dalam memahami, pohon sesiapa memberi pandangan balas.

Saya harap saya tidak berlebihan dalam membicarakan kes ini. Saya juga tahu ramai yang memilih untuk mendahului ‘percaya’ daripada ‘fikir’. Saya harap kita memberikan keadilan dan kesimbangan antara ‘percaya ‘ dan ‘fikir’ kerana terlalu banyak ayat Quran yang menekan kepentingan untuk berfikir (menganalisa, memerhatikan , mengkaji dan sebagainya). Wallahu taala alam.

hisham-ahmad.blogspot.com
"


Tarif Kuasa Mungkin Naik Kerana Kerajaan Mungkin Kurangkan Subsidi, Kata TNB

Posted on Friday, July 19 @ 06:17:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional Khamis.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.

Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara.

-- BERNAMA




1,079 kamera AES akan dipasang di seluruh negara
Posted on Thursday, July 18 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Md Izwan

Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara.

Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.

"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.

Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013.

"Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

"Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi.

Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat.

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013. - 17 Julai, 2013.

Kerajaan Menzalimi Guru Pelatih

Posted on Friday, July 19 @ 01:56:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: ahmadhadeed

"Terkejut kita apabila mendengar berita Astro Awani melaporkan komen seorang bekas Pengarah Pendidikan Malaysia Allaudin Mat Dom mengatakan guru pelatih yang ada di IPG dan sudah menamatkan latihan perguruan di IPG perlu bersedia menukar profession kerana jawatan guru sudah kurang atau tiada. Kita tidak tahu bahawa mungkin ini bukan idea dia tetapi idea Menteri Pendidikan Baru Deris Jusoh yang sengaja dilontar untuk test market.

Persoalan nya mengapa pihak kementerian beriya-iya sangat mahu pelajar cemerlang melayu menjadi guru kalau mereka akan di campak macam sampah di hujung latihan perguruan mereka.Sekarang pemohon pre service teacher dengar dengar nya kena 7A.

Perlu di ingat bahawa status guru pelatih di IPG ialah pre service teacher yang bermakna mereka telah menjadi guru tetapi perlu di latih dahulu saperti juga polis tentera nurse dan bomba. Sebab itu lah mereka mendapat elaun sebelum mendapat gaji apabila di lantik kelak.

Alangkah rugi nya masyarakat Melayu apabila pelajar cemerlang mereka yang sepatutnya menjadi engineer oil and gas dan scientist tiba tiba di perdaya sebegini rupa. Ini jelas satu kezaliman kepada guru pelatih, masyarakat guru dan ibu bapa guru pelatih.

Untuk menyalahkan kes lanjutan pencen umur 60 sebagai alasan melakukan zalim kepada guru pelatih juga ada lah satu helah yang jahat. Adakah Kementerian Pelajaran tidak ada jawatan kuasa unjuran keperluan guru negara mengikut ratio bilangan rakyat per guru serta bukankan mereka dengan senang dapat mengetahu berapa ramai guru akan bersara pada tahun hadapan 2014 ( batch pertama saraan 60) dan berapa ramai patut di latih 5 tahun sebelum itu.

Adakah kementerian pelajaran yang dapat mengeluar Pelan Induk Pendidikan Negara versi 2 tidak berkeupayaan mengurus pendidikan negara sehingga tidak dapat unjurkan pengambilan dan penamatan perkhidmatan guru. Yang paling kartun nya pula guru sekolah yang ada yang sudah tidak minat belajar di galakkan untuk menyambung part time degree pendidikan di university swasta dan universiti tempatan. Kalau dah tahu bilangan guru berlebihan mengapa di sponsor lagi guru yang tua membuat degree. Bukankah ini menjejaskan lagi guru pelatih muda.

Kalau lah masaalah kewangan menjadi masaalah negara mengapa pula ada yang mencadang guru bahasa inggeris dari india untuk mengambil alih tempat guru pelatih tesl. Adakah sekarang kroni BN sudah mencium wujud nya peluang dari kontrak membekal guru dari luar negara ke sekolah Malaysia walau pun menjejas peluang orang Melayu menjadi guru.

Sebenarnya sekarang pihak Kroni BN sudah merintis jalan untuk mencuri duit melalui sistem pendidikan malaysia sehingga terdengar desus desas ada kroni BN sendiri yang sudah merancang membina pusat latihan guru swasta untuk melatih guru tempatan dan luar negara.

Kita harap kerajaan jangan mempermain mainkan sistem pendidikan Malaysia kerana sudah beberapa kali sistem pendidikan kita di peringkat rendah menengah dan tinggi sudah gagal namun rakyat masih bersabar.

Lihat saja kegagalan pengajaran sain dan math dalam BI yang menyebabkan tercicir anak luar bandar. Lihat saja kegagalan pengajian tinggi menghasilkan pelajar yang di kehendaki oleh pasaran kerja, Lihat saja bagaimana BN menghancurkan pasaran kerja tempatan dengan mengambil pekerja asing. Saya rasa Menteri Pelajaran sekarang elok lah meletak jawatan kerana gagal merancang dengan baik masaalah pendidikan negara."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan