Khamis, 20 Jun 2013

NAK BUAT SESUATU AGAK2LAH JANGAN KETERLALUAN

Zahid: Hanya PM boleh minta menteri berundur
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak gesaan supaya beliau meletakkan jawatan ekoran ekoran saman sivil terhadapnya atas dakwaan memukul.

Dalam sidang media hari ini, beliau berkata, hanya perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk melantik atau menamatkan tugas seseorang menteri.

NONE"Itu hak mutlaknya," katanya.

Zahid (tengah) juga berkata, gesaan yang dibuat oleh anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo itu mempunyai konflik kepentingan kerana bapanya Karpal Singh bertindak bagi pihak plaintif dalam kes itu.

"Bapanya mahu bawa ke mahkamah, jadi bawalah ke mahkamah," kata Zahid.

Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 41, pada 4 Julai 2007 memfailkan saman dengan mendakwa beliau dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Zahid pada 16 Januari, 2006.
Pelatih PLKN lahirkan bayi dalam tandas kem
10:10AM Jun 20 2013  
Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut semalam.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.

Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.

"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

- Bernama
Ambiga tak tahu siapa belakang 'senarai wanita berkuasa'
9:06PM Jun 19 2013  
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga tidak tahu siapa di sebalik 'Senarai Wanita Paling Berkuasa di Malaysia' yang diterbitkan akhbar The Star semalam.

NONEBeliau yang menduduki tempat keempat dalam senarai itu juga 'terkejut' apabila BERSIH yang diketuainya langsung tidak disebut dalam ringkasan pencapaiannya.

"Siapa saya hari ini sebahagian besarnya adalah kerana BERSIH," katanya sewaktu dihubungi.

Menduduki tempat teratas dalam senarai itu yang disiarkan semalam adalah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz menduduki tempat kedua dalam senarai itu.
Pendatang haram di Sabah suka diami kampung air
10:16AM Jun 19 2013  
Kampung air di Sabah, terutama di pantai timur, dianggap sebagai kawasan berisiko tinggi hadapi ancaman keselamatan, demikian Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu semalam.

Pensyarah kanan sains sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Wan Shabaruddin Wan Hassan berkata kajian pada 2002-2005 mengenai impak terhadap keselamatan akibat kehadiran pendatang haram di Sabah mendapati pendatang berkenaan terutama dari selatan Filipina, lebih suka mendiami kampung air sebagaimana kebiasaannya di negara asal mereka.

"Dalam pemerhatian kami, kampung-kampung air dilihat sebagai berbahaya oleh kerana penempatan ini menjadi sarang kegiatan haram, termasuk penyeludupan senjata yang polis sifatkan bukan sesuatu yang luar biasa.

"Semasa lawatan kami ke sebuah kampung air di Lahad Datu, kami terserempak dengan kegiatan mengedar wang palsu Malaysia yang digunakan dengan meluas di situ," kata beliau.

Wan Shabaruddin, yang mengajar dasar luar, berkata jenayah kecil seperti mencuri biasa saja berlaku di kampung air seperti di selatan Filipina.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan memantau dan mendaftar penduduk di semua kampung air daripada meruntuhkan kampung tersebut oleh kerana warga Malaysia juga tinggal di situ.

MP Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau memberitahu siasatan terdapat keperluan untuk mengkaji semula pengeluaran kad pengenalan di Sabah.

Madius, yang juga setiausaha agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), mengsorkan supaya kad pengenalan di Sabah ditarik balik dan dikeluarkan semula kepada mereka yang mempunyai sijil beranak bagi mengenalpasti warga Malaysia tulen.

Siasatan diketuai oleh bekas hakim besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Turut menyertai panel ialah bekas naib canselor UMS Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas ketua polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah Datuk KY Mustapha, dan bekas timbalan ketua menteri Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas peguam besar Sabah.

Siasatan bersambung hari ini.

- Bernama
S'pura catat PSI jerebu tertinggi dalam 16 tahun
 
Menteri Hal Ehwal Luar dan Menteri Undang-undang Singapura K Shanmugam kelmarin menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar Indonesia Dr Marty Natalegawa untuk menyuarakan kebimbangan Singapura berkaitan keadaan jerebu yang semakin buruk.

Menurut kenyataan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Luar, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air republik berkenaan Dr Vivian Balakrishnan turut menghubungi Menteri Alam Sekitar Indonesia Prof Dr Balthasar Kambuaya untuk merakamkan kebimbangan mereka.

Kedua-dua menteri Singapura itu menegaskan bahawa Indeks Tahap Pencemaran Singapura (PSI) telah mengatasi paras 150 hari sebelumnya, dan kini memasuki zon tidak sihat.

Laporan pada Isnin menyebut bacaan PSI mencecah 155 pada 10 malam, iaitu catatan tertinggi Singapura bagi tempoh 16 tahun dan memberi penekanan kepada keadaan yang mendesak itu.

Pada masa sama, mereka menegaskan semula komitmen Singapura untuk membantu Indonesia memadamkan kebakaran di Sumatera.

Kenyataan itu menyebut Balakrishnan memohon agar Indonesia berkongsi maklumat yang berkaitan untuk meningkatkan pemantauan titik panas dan aktiviti pemugaran tanah.

Menurut kenyataan itu persetujuan mengenai perkara itu dicapai antara Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand pada Oktober 2012.

Shanmugam dan Balakrishnan merujuk kepada dakwaan seorang pegawai Kementerian Perhutanan Indonesia dalam media bahawa syarikat perladangan sawit Malaysia dan Singapura yang melabur di Indonesia mungkin bertanggungjawab dalam memulakan kebakaran di Riau.

- Bernama
Teng: Bukan kedekut, S'gor belanja lebih dari cukup
11:19AM Jun 19 2013  
Exco kerajaan tempatan Selangor yang baru Teng Chang Kim mempertahankan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikaitkan dengan pendekatan "kedekut" dalam pentabirannya.

"Ramai orang fikir kita tidak belanja banyak tetapi sebenarnya kita berbelanja cukup. Hakikatnya, kita berbelanja lebih daripada cukup. Belanjawan 2012 kita berjumlah RM1.4 bilion tetapi di penghujungnya, kita belanja lebih dan ada belanjawan tambahan.

"Kita juga ambil RM300 juta dari Menteri Besar Incorporated untuk membantu menyediakan kemudahan di negeri ini.

"Jadi, hakikatnya, kita peruntukkan RM1.7 di atas kertas... dan kita ada belanjawan tambahan dengan peningkatan antara RM200 hingga RM300 juta. Kita sudah belanjakan RM2 bilion," kata Teng ketika diwawancara.

Dengan perbelanjaan itu, Selangor merakamkan lebihan kewangan lebih RM2.5 bilion pada tahun lalu.
Pemilik Menara Umno sedia ke mahkamah
 
Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd, pemunya Menara Umno, berkata syarikat itu rela diheret ke mahkamah jika didapati cuai kerana gagal menyerahkan audit berkala bangunan kepada pihak berkuasa tempatan.

azlanAdzmi Ariffin berkata, syarikat itu juga menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan gagal menyerahkan laporan itu kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2008.

"Kita wujudkan inkuiri sendiri untuk lihat jika terdapat kecuaian di pihak kakitangan kami kerana gagal menyerahkan audit berkala kepada MPPP.

"Jika MPPP dapati kami lakukan kesilapan, justeru kita tiada pilihan selain menghormati undang-undang dan dibawa ke mahkamah," katanya.

Adzmi berkata, syarikat itu membeli bangunan itu pada 2005 tetapi tidak sedar bahawa ia mesti menghantar laporan audit kepada pihak berkuasa tempatan selepas bangunan itu mencapai umur 10 tahun.

Beliau memberitahu sidang akhbar, laporan siasatan berhubung runtuhan penebat kilat itu akan dihantar kepada kerajaan negeri pada minggu depan.
Peserta 'flashmob 505' tidur atas pembahagi Jalan Tun Perak
 
Di sebalik kesibukan warga kota pulang bekerja, semalam peserta 'Flashmob 505' mengadakan acara tersebut buat kali kedua di tengah kesesakan Jalan Tun Perak.

NONEJika flashmob Sabtu lalu mereka berdepan dengan tangkapan pihak polis, kali ini kira-kira 15 peserta membuat gimik dengan tidur dan duduk di atas pembahagi jalan di bawah stesen STAR Masjid Jamek, di jalan tersebut.

Kira-kira 10 peserta lelaki tidur di atas pembahagi jalan itu sambil melaungkan "SPR Undur, "SPR Penipu" dan "SPR letak jawatan" sambil memegang kain rentang membantah berlaku penipuan pilihan raya dan sekali gus mengajak orang ramai hadir ke perhimpunan Black505 Sabtu ini.

Ada di antara mereka juga memegang bendera PAS, PKR dan DAP.

NONEManakala bakinya yang merupakan peserta wanita pula duduk di atas pembahagi jalan itu sambil memegang belon kuning tertulis "622"- tarikh perhimpunan itu di Padang Merbok hujung minggu ini - dan poster membantah SPR.

Gimik tersebut diadakan selama 45 saat sebanyak dua pusingan sewaktu lampu isyarat merah menyala dan kenderaan berhenti di kedua-dua arah di jalan tersebut bagi menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.

Gimik ringkas kali pertama diketuai aktivis mahasiswa Mohamad Safwan Anang, manakala gimik kedua diketuai Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Redzuan.

NONEFlashmob itu berlangsung selama 40 minit bermula 6 petang yang dikawal selia kira-kira 15 anggota polis.

Sebelum acara itu diadakan, peserta flashmob berdiri di tepi dan pembahagi jalan sambil mengibarkan kain rentang dan poster mengajak orang ramai turun pada perhimpunan tersebut dan mendesak SPR letak jawatan.

Flashmob kali kedua ini berlangsung dengan aman tanpa menjejaskan lalu-lintas dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Sabtu lalu, seramai 15 peserta flashmob termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan polis sewaktu mengadakan acara tersebut di pusat membeli belah Sogo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan