Khamis, 20 Jun 2013

MUSIM DURIAN...TAUBAT TIADA MUSIM...BERDOSA MAKA WAJIB BERTAUBAT

Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera

Harakahdaily, 20 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black 505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.


Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya.

“Mungkin  kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan pada Sabtu ini,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau apakah pihak polis tidak pernah menangani perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini sehingga terfikir untuk menggunakan khidmat tentera.

“Bukankah negara ini meriah dengan pelbagai siri perhimpunan aman sejak dahulu lagi dan kesemuanya itu berakhir dengan aman tanpa sedikitpun pertumpahan darah?” tanya beliau lagi.

DPPWP menegaskan peserta perhimpunan bukannya pengganas atau penjenayah berbahaya yang mahu menjajah negara.

Katanya, kesemua peserta himpunan hadir dengan santai bersama keluarga tanpa senjata.

Negara ini pula, ujar beliau bukannya berada dalam keadaan darurat sehingga memaksa tentera turun campurtangan.

“Salleh tidak perlu risau dengan perhimpunan ini kerana rakyat bukannya pemberontak yang tidak tahu undang-undang dan hak mereka,” ujarnya lagi.

Tambahnya, semua pihak menghormati perlembagaan, undang-undang dan sistem pilihan raya yang diguna pakai di negara ini.

Bahkan, jelasnya pemimpin perhimpunan berikrar tidak akan menggulingkan kerajaan melalui jalan raya.

Menurutnya, rakyat hanya mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya yang telah ditipu dan SPR perlu bertanggungjawab terhadap kesemua dakwaan ini.

“Rakyat hanya mahukan kerajaan mengambil langkah menangani segera isu penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya dengan rombakan terhadap SPR serta penambah baikan agar PRU14 dijalankan dengan adil dan bersih,” katanya.

DPPWP mengharapkan, cadangan tersebut hanya tinggal cadangan dan tidak akan dilaksanakan menjelang himpunan Sabtu ini.

Katanya, rakyat menyanjung tinggi pasukan keselamatan terutama pasukan tentera yang begitu setia dan ikhlas berkhidmat untuk negara dan wajar tenaga mereka digunakan buat membendung jenayah dan pengganas yang menjadi ancaman sebenar kepada negara.
PDRM nafi KL antara 10 bandar paling berbahaya
PDRM
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.
 
"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.
 
"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
 
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota. - Bernama


1. San Pedro Sula – Honduras
2. Ciudad Huarez – Mexico
3. Maceio, Brazil
4. Acapulco, Mexico
5. Sharm el Sheikh
< 6. Kuala Lumpur, Malaysia>
7 . Johannesburg, South Africa
8. Caracas, Venezuela
9. Marrakech, Morocco
10. New Orleans, U.S.Ahttp://10awesome.com/10-dangerous-cities-in-the-world/
Like · · · 23 minutes ago ·
 May day...may day....NATO,sila ke Padang Merbok...bom burung merbok!
Posted on Thursday, June 20 @ 20:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

"Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

Hebat betul kenyataan Datuk Salleh Mat Rasid. Mahunya dia panggil ATM untuk hadapi Perhimpunan Aman Rakyat.
Alangkah elok dan cantiknya jika beliau panggil ATM untuk hadapi penjenayah-penjenayah yang sedang berseronok sakan di Malaysia hingga rumah kerabat TPM dan IGP pun mereka berani ceroboh.
Jahat benar rakyat kita sampai Tuan Salleh mahu panggil askar.
Adakah rakyat kita lebih jahat dari Sang Sulu di Lahad Datu ?
Sang Sulu diajak berdiplomasi hingga 14 orang polis dan askar syahid
Hadapi rakyat guna kekerasan...hadapi Sang Sulu dengan diplomasi?
Beginilah wahai Tuan Salleh,
elok tuan telefon NATO minta bantuan jet-jet pengempur
agar gugurkan bom macam di Libya dan Aghanistan
senang kerja tuan dan senang kerja UMNO !
lagipun ATM tiada masa layan tuan...mereka sibuk di Lahad Datu"

Status keselamatan Menara Umno minggu depan
Status keselamatan Menara Umno minggu depan
Kerja-kerja membaiki bangunan atas Menara Umno di Jalan Maclister sedang dijalankan - Foto Bernama
GEORGETOWN - Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan menghantar laporan lengkap berhubung status keselamatan bangunan itu kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Adzmi Ariffin berkata untuk tujuan itu pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).
Aspek keselamatan yang diteliti termasuk di kawasan luar bangunan, katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tidak berpuas hati kerana JKP gagal mematuhi jadual dalam mengalihkan saki-baki runtuhan struktur penebat kilat pada bangunan itu, Adzmi berkata pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada MPPP tengah hari tadi.
Surat itu menjelaskan mengapa kami lewat dalam mengalihkan kepingan besi berkenaan, katanya menambah JKP menjangka kerja mengalihkan sisa struktur siap hari ini juga.
Kelewatan itu menyebabkan hanya sebahagian Jalan Macalister dapat dibuka kepada lalu lintas hari ini, manakala laluan di hadapan Menara Umno masih ditutup.
Jalan itu ditutup sejak seminggu lepas susulan kejadian struktur penebat kilat Menara Umno runtuh dan menghempap jalan. Dalam kejadian 6.45 petang itu, seorang pengguna jalan raya terbunuh selepas kenderaannya dihempap serpihan konkrit. 
Insiden itu juga dipercayai mengorbankan seorang lagi pengguna jalan raya selepas rakaman kamera litar tertutup menunjukkan runtuhan struktur menimpa sebuah kereta yang sedang bergerak menyebabkan kenderaan itu terbenam jauh ke dalam tanah.
Usaha mencari mangsa bagaimanapun dihentikan pada Isnin lepas setelah pihak berkuasa bimbang kerja-kerja menggali yang sudah menjangkau kedalaman lapan meter di lokasi kejadian akan menjejaskan struktur bangunan warisan di situ. - Bernama

 Merintis hari menuju Barzakh yang hakiki
Posted on Thursday, June 20 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Dalam merintis hari
Dalam merintis hari ... bersama airmata di pipi aku munajati redha Illahi
agar kehidupan ini diberkati

Dalam merintis hari
kekadang lidah mengkhianati
kerna musuh dalam diri
hati yang jarang dicuci

Dalam merintis hari
sejarah silam segar kembali
pengorbanan ayah ibu mithali
sejak nuftah kejadian diri
aku sedar mereka telah kembali
kembali ke tempat asal azali

Dalam merintis hari
doaku tanpa henti
buat mereka yang aku kasihi
agar di Firdaus mereka diami

Dalam merintis hari
aku melakar bicara hati
buat sahabat yang aku kenali
tika meniti duka menantang suka
kekadang terguris hati tanpa disangka
maafi aku kerna silap terlanjur kata

Dalam merintis hari
nafas seakan terhenti
mengenang kerdilnya diri
menuju Barzakh alam hakiki

Sofi ~ Kerajaan Rakyat
Tropicana, Damansara.
10:10pm 19062013."


Musim durian kembali lagi
Musim durian kembali lagi
Ramli (kanan) melayan pembeli yang datang ke gerainya untuk membeli durian.
KUALA NERANG - Setiap tahun menjelang Jun dan Julai, Pekan Kuala Nerang akan meriah dengan durian menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pengunjung.

Peniaga, Ramli Wok, 58, dari Kampung Rambutan berkata, setiap kali musim durian, persekitaran Pekan Kuala Nerang akan dikunjungi orang ramai tidak kira sama ada siang dan malam semata-mata mahu mencari raja buah itu untuk santapan keluarga.

Menurutnya, kawasan dusun sekitar Pekan Kuala Nerang ini akan menjadi perhatian kerana selain pembeli, dusun ini menjadi buruan peraih yang datang membeli dan menjual buah berkenaan.

“Kemeriahan pengunjung ini semakin terasa setiap kali hujung minggu apabila ramai yang datang dengan keluarga membeli durian dengan buah yang segar serta harga berpatutan dan ini menjadi penarik utama mereka datang ke sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramli berkata, dia mampu menjual sebanyak 100 hingga 200 durian sehari dan jualannya akan bertambah terutamanya menjelang Julai nanti dan kebanyakan durian yang diterimanya datang dari Kampung Kuala Janing, Kampung Rambutan, Kampung Semeliang dan Kampung Kuala Kejai.

Katanya, kedatangan musim durian ini merupakan rahmat kerana kebanyakan pengusaha dusun di sini terdiri daripada penoreh getah dan petani sekali gus dapat menambah pendapatan mereka.

"Ramai peraih dari luar terutamanya dari Kodiang, Air Hitam dan Perlis datang mencari durian di sini kerana harganya berpatutan dan ini menyebabkan pengeluaran durian di kawasan ini semakin hari semakin meningkat,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan durian yang dihasilkan di sini ialah jenis kampung dan di antara yang menjadi rebutan peminat ialah durian kancing baju kerana isinya yang kuning, lemak lagi manis.

"Pengusaha dusun di sini kurang menanam durian kahwin kerana permintaannya kurang berbanding dengan durian kampung.

“Bagaimanapun pada tahun ini, pemintaan durian sedikit terjejas kerana kedatangan Ramadan tidak lama lagi tetapi akan kembali pulih selepas hari raya nanti. Apabila berlaku lambakan durian kerana terlalu banyak durian tidak lama lagi, Pekan Kuala Nerang akan bertambah meriah dengan kedatangan pelancong dari luar daerah ini," katanya.


Salam Ukhwah shared Pencinta Jilbab Muslimah's photo.
✽ KEAGUNGAN AYAT KURSI ✽

Ayat kursi adalah ayat yang paling agung di dalam Al-Quran..
Karena di dalamnya terdapat 3 macam tauhid yang terkumpul di dalamnya..
Yaitu tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah, dan tauhid nama dan sifat ALLAH..

Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan :
“Ayat Kursi ini memiliki kedudukan yang sangat agung..

Dalam hadits shahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam disebutkan bahwa ia merupakan ayat teragung yang terdapat dalam Al-Quran.[1]..

Sebagaimana yang ada pada pertanyaan yang diajukan oleh Rasulullah kepada Ubay bin Ka’ab :

“Ayat mana yang paling agung dalam kitabullah?” Ubay menjawab, “Ayat Kursi.”..

Maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menepuk dada Ubay kemudian berkata :

“Wahai Abu Mundzir, semoga engkau berbahagia dengan ilmu yang engkau miliki.”..
(HR. Muslim)..

Di antara keutamaannya adalah :
Membentengi diri dari gangguan setan..
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya :
“Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi,niscaya ALLAH akan senantiasa menjagamu dan setan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi”..
(HR. Al-Bukhari)..

Jadi sebelum tidur, hendaknya kita merutinkan amalan ini..
Salah satu sebab masuk ke dalam surga..
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya :
“Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setelah selesai shalat, maka tidak ada yang menghalanginya masuk surga kecuali kematian”..
(HR. An-Nasa-i, dinilai shahih oleh Al-Albani)..

Lebih agung dari langit dan bumi..
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya :
“Tidaklah ALLAH menciptakan langit dan bumi melebihi agungnya Ayat Kursi..
(karena di dalam ayat tersebut telah mencakup Nama dan Sifat ALLAH)”..

Sufyan ats-Tsauri berkata :
“Sebab ayat kursi merupakan (salah satu) kalamullah (perkataan ALLAH), sedangkan kalamullah itu lebih agung dari ciptaan ALLAH yang berupa langit dan bumi”..
(HR. At-Tirmidzi)[2]..

Beberapa hadits di atas menunjukkan keutamaan yang terdapat dalam Ayat Kursi..
Apabila kita merutinkannya, maka akan kita dapati keutamaan yang sangat banyak..
Hendaknya setiap muslim bersemangat kepada apa yang bermanfaat baginya..
Karena Ayat Kursi sendiri bukanlah ayat yang panjang dan sulit untuk dihapal..

Semoga ALLAH mudahkan..

[1] Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim..

[2] Diambil dari terjemahan tafsir ayat kursi karya syaikh muhammad bin shalih al-‘utsaimin..
YA ALLAH semoga Bagi kami yang belum hafal, diberikan kemudahan untuk menghafal..
Dan bagi yang sudah hafal, semoga selalu mampu mendawamkannya..

Aamiin Yaa Rabbal'alamiin..

Semoga Bermanfaat..

Caj Bekalan Air Mentah : Miskin Sangat Negeri Kedah, Dibawah Kerajaan BN ?

Ketua Menteri P, Pinang
Pulau Pinang perlu akur keputusan Kedah

[sinar]- Kerajaan Pulau Pinang perlu akur dengan keputusan yang dibuat Kedah untuk mengenakan caj terhadap bekalan air mentah yang disedut dari negeri ini.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa berkata, Kedah layak mengenakan bayaran itu kerana ia bukan sebuah negeri yang kaya.

“Sekiranya Pulau Pinang diminta menyediakan bayaran kepada air yang dibekalkan, mereka perlu setuju kerana Kedah tidak boleh tebang hutan untuk mencari sumber kewangan.

“Begitu juga dengan sawah padi, mereka tidak boleh tukar kepada perkilangan sebab ia negeri yang strategik dengan pertanian,” katanya.

Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga harus bertanggungjawab untuk membantu Kedah dalam konteks itu dengan membayar setiap liter air mentah yang disedut dari negeri ini.

“Negeri yang mendapat faedah untuk membangunkan industri dengan menggunakan air dari Kedah seharusnya membalas dan menghargai sumber berkenaan.

“Ini bukan soal politik, ini satu komitmen yang perlu diberikan oleh Pulau Pinang kepada Kedah.

Saya fikir, permintaan Kedah adalah wajar dan munasabah,” katanya.

MAI KITA TENGOK TANG MANA SUNGAI MUDA
Sebelum ini, Lim Guan Eng membantah keputusan itu dengan mendakwa caj itu adalah tidak wajar dikenakan berikutan Perbadanan Bekalan Air Mentah Pulau Pinang (PBAPP) mengambil air mentah dari kawasan Sungai Muda yang terletak dalam kawasan Pulau Pinang.

Beliau berkata, cadangan Kerajaan Kedah untuk mengenakan caj itu adalah tidak munasabah dan seolah-olah meminta wang tanpa sebarang sebab. 

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, membantah kerana air mentah Sungai Muda adalah sumber semula jadi dan bukan air yang dihasilkan secara projek seperti Skim Pertukaran Air Johor-Melaka. 

Justeru itu, beliau menegaskan tidak mahu membayar caj berkenaan kerana tidak melibatkan sebarang kos terhadap Kerajaan Kedah. 

Isu Caj Air Mentah : Mukhriz 'Minta Wang Tanpa Sebab' Dari Kerajaan Negeri P, Pinang !

Tanda-Tanda Seseorang Dipengaruhi Syiah

on Wednesday, June 19, 2013

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah.

Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.



* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

* Memarahi orang yang puasa Asyura.

* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).

 

 
SIAPAKAH PEJUANG?
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ramai dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah. Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang.
Ciri Pejuang
Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang. Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang.
Apabila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan Negara Dato’ Anwar Ridhwan berjudul ‘Penyeberang Sempadan’, maka saya pun membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca. Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama ‘Kuay’ dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan. Beliau menjadi ‘orang buruan’ dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang?! Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang?
Kehebatan
Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut.

Filem mengenainya ‘The Amazing Graze’ benar-benar menjadikan perasaan sebak dan semangat membakar. Nelson Mandela juga hebat sebagai pejuang. ‘Long Walk to Freedom’ menjadikan kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk sebuah perjuangan yang diyakini benar. Sanggup dipenjara, tidak rela dibebaskan jika perjuangan tergadai. Hebat!

Gandhi juga pejuang yang hebat yang menggunakan sentimen rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik. Florence Nightingale merupakan wanita gigih lagi mulia yang berjuang untuk memberi khidmat kepada orang lain. Menonton filem Sang Pencerah menjadikan saya bersemangat untuk mengikuti watak utamanya iaitu Kiyai Ahmad Dahlan yang merupakan tokoh besar sejarah tajdid agama di Indonesia. Terasa menusuk jiwa. Perjuangan dan cabaran. Bak kata sang sufi ‘sesiapa yang tidak rasa, tidak dapat memahaminya’. Terlalu ramai lagi jika hendak disebutkan dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya. Kita mungkin tidak bersetuju dengan ‘socialismChe Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positif yang patut dipuji pada dirinya.
Iktiraf
Golongan agama di samping membaca dan mengkaji tentang sejarah para pejuang ‘agama’, perlu juga melihat sejarah para pejuang lain dari pelbagai latar supaya kita memiliki horizon penilaian yang lebih luas. Jika pun kita tidak bersetuju, kita wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka lalui. Bahkan tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu satu kebaikan. Seperti yang selalu disebutkan bahawa Nabi s.a.w mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa jahiliah kerana isinya membela golongan yang ditindas.
Al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (dalam as-Sunan al-Kubra meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad’an. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai.”
Di samping kita juga perlu tahu, mungkin ramai dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai pejuang itu tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar. Maka, kita tidak boleh menuntut untuk mereka mendasari perjuangan mereka kepada ajaran Islam seperti yang kita fahami. Firman Allah: (maksudnya)
“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).
Dikenang
Ramai pejuang yang tidak dikenang semasa hayat mereka. Bahkan kebanyakan pejuang itu menderita semasa hidup mereka. Diburu, dihina, dicerca, dipenjara, diseksa bahkan ada yang dibunuh.
Nilai perjuangan pula, diukur berdasarkan kepada aliran masing-masing. Seseorang mungkin dianggap pejuang oleh satu pihak, tetapi mungkin pulak dianggap pengkhianat oleh pihak yang lain. Bukan semua pejuang mendapat pengiktirafan menyeluruh oleh bangsa dan negaranya. Betapa ramai pejuang yang difitnah semasa hayat mereka dan fitnah itu terus dibawa sehingga mereka telah lama pergi meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila pejuang itu dikenang, apa penghargaan yang hendak diberikan selepas mereka tiada?!

Saya pernah berkata kepada seorang ketua negara yang berbicara dengan saya secara peribadi bahawa ramai pemimpin yang dikenang jasanya dengan diberikan nama bangunan, atau jalanraya atau sekolah atau bandar sempena namanya. Dapatkah dia merasai nikmat itu? Dapatkah dia merasa kenikmatan hanya kerana namanya disebut selepas mati? Sedangkan dia berhadapan dengan Tuhan yang akan mempersoalkan segala tindakan dan amalannya.
Ramai pula yang mengaku jujur dan ikhlas, sedangkan maksud sebenarnya Allah mungkin tidak demikian. Maka dalam Islam, seseorang yang hendak berjuang, terlebih dahulu hendaklah dia membetulkan niatnya dengan tuhannya. Keimanan yang luhur kepada pembalasan baik dan buruk terhadap amalan di dunia ini boleh menjadikan seseorang itu pejuang yang sejati. Balasan nikmat dari Allah itu yang paling diharapkan. Pengiktirafan Allah itu maha penting. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda:
“Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”.
Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”.
Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”.
Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Tiada syurga untuknya, sebaliknya baginya neraka. Maka, dalam Islam sesiapa yang ingin berjuang hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, kemudian memastikan dia berada pada landasan perjuangan yang betul yang Allah redha padanya. Nabi s.a.w pernah ditanya:
“Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?
Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan