Khamis, 20 Jun 2013

YANG BERTUDUNG LABUH...ELOK DIAMBIL JADI ISTERI...BERKERJA UNTUK SUAMI...MOGA2 SUAMI BAHAGIA DAN DAPAT SAKINAH@KETENANGAN

IRAN : Utamakan mazhab dari kepentingan Ummah
Posted on Wednesday, June 19 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" Iran sebuah negara yang mempunyai kekuatan tentera ke 5 terkuat di dunia semasa pemerintahan Shah Iran. Apabila berlaku Revolusi Islam Feb 1979, jatuhnya Shah Iran dan naik Ayatollah Khomeini ke tampuk pemerintahan Iran, kebanyakkan Gerakan Islam di seluruh dunia memberi sokongan kepada Iran.

Gerakan Islam termasuk PAS dan Ikhwanul Muslimin menjadikan Iran satu ikon baru untuk diikuti atau paling kurang sebagai "cahaya baru" bagi Islam bagi sambutan abad ke 15 Hijrah.

Kini setelah 34 tahun lahirnya Repablik Islam Iran, timbul beberapa persoalan tentang peranan Iran terhadap Gerakan Islam seluruh dunia.


Antaranya sikap Iran terhadap Mujahidin di Afghanistan. Iran di lihat lebih mementingkan semangat mazhab dalam menangani isu Afghanistan.

 Ketika Taliban memerintah Afghanistan, Tehran menzahirkan sikapnya menyokong Rashid Dustom yang bermazhab Syiah Ismaliyah yang sesat yang berpengkalan di Mazar e Sharif. Yang mana akhirnya selepas September 11, ianya dinamakan Pakatan Utara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat untuk menjajah Iran.


Walhal Iran yang "bermusuh" dengan Amerika sejak Revolusi Iran lagi, tiba-tiba menyokong Pakatan Utara yang sealiran Syiahnya walaupun Amerika bersamanya.


Begitu juga dengan isu Syria terkini. Syria walaupun mempunyai 74% majoriti Sunnah tetapi pentadbirannya dikuasai oleh 11% pengikut Syiah Alawi.

Walaupun  Syria mengamalkan sistem diktator yang menindas rakyat tetapi Iran dilihat menyokong regim ini atas dasar assobiyyah mazhab sekalipun berlainan Syiahnya.


Mengapa Iran menyokong Basar Assad yang membunuh rakyatnya sendiri? Jika Tehran beralasankan Amerika di sebalik demostrasi itu, mengapa Iran bersama Pakatan Utara yang bersama Amerika menjajah Afghanistan?


Semakin lama sikap mementingkan mazhab Syiahnya semakin terserlah oleh Iran. Iran tidak lagi dilihat oleh Gerakan Islam sebagai ikon yang terbaik buat Gerakan Islam. Kini Turki mengambil alih tugas ini buat Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Libya, Tunisia, Syria dan juga Asia Tenggara.


Iran hanyalah mementingkan menjaga "tempat suci" di Karbala, Iraq, saudara Syiahnya di Syria dan Afghanistan.


Zaman Gerakan Islam mengambil Iran sebagai ikon seharusnya sudah berlalu. Gerakan Islam perlu mengkaji semula sikap Iran di dunia Islam.


Iran hanya mementingkan fahaman karutnya yang dicampur dengan politik demi politik mazhabnya. Dengan campuran "menunggu Imam Mahdi yang hilang dalam lubang" dengan politik Syiahnya suatu yang mustahil bagi Gerakan Islam menaruh harapan terhadap Iran.


Mana mungkin Iran yang berakidah keturunan Imam Husin sebagai Imam Mahdi menerima Sunnah yang tidak menganggap isu Imam Mahdi sebagai perkara akidah yang ketat.


Suatu yang tidak mustahil, Iran boleh bersama Israel jika Israel "meraikan" fahaman Syiah Iran terutama perkara Imam Mahdi dan menikam belakang Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan Hamas.


Alhamdulillah, Dr Yusof Qardawi telah melihat dan menyedari politik sepak teranjang Iran. Beliau menyedari kini Iran tidak boleh dipercayai. Bila-bila masa Iran beralih arah demi mazhabnya menyokong Amerika dan Israel.


Permusuhan Iran dengan Amerika dan Israel sekadar "lakonan". Iran menafikan Holocaust dan Israel mengacah menyerang Iran. Hakikatnya mereka amat bimbang dengan kebangkitan Gerakan Islam di benua Arab.

Kita mendoakan di kala Arab Mesir, Tunisia dan Libya berjaya dengan "Arab Spring", anak-anak muda Iran sedang mengorak langkah menjayakan " Persia Spring " untuk kembali ke landasan Islam yang sebenar setelah ratusan tahun bumi Parsi di sesatkan oleh fahaman Abdullah bin Saba'


IRAN : Utamakan mazhab dari kepentingan Ummah.

Iran dan Gerakan Islam: Suatu Penilaian semula."

Hebahan! Blackout 505 Pada Hari Sabtu 22-6-2013
Posted on Wednesday, June 19 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hebahan untuk semua blackout 505 pada 22/6/2013. Tempat berkumpul untuk blackout 505 pada hari Sabtu 22-6-2013

1) Brickfields-Nurul Izzah (Warga Aman / PSM)
2) Masjid Negara - YB Khalid, YB Azmin (Jihad untuk utk Keadilan / Niat)
3) Jalan Pudu-YB Tan Kok Wai dan YB Anthony Loke (Lynas, SAMM)
4) Jalan Raja Laut (HQ PAS) - TG Hj Hadi (Susut & Kerabat)
5) Universiti Malaya-YB Shamsul & YB Nasrudin (SMM)
6) Sogo - YB Tian Chua (Pahlawan)
7) Pekeliling - YB Salahuddin (Anak, Tanah)
Info terkini layari: IniKalilah...

 Baiknya kerajaan beri subsidi kepada rakyat....!
Posted on Wednesday, June 19 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,,  Dua  tiga hari ini, ketika menonton TV, sering ditayangkan iklan mengenai subsidi kerajaan kepada produk produk tertentu seperti petrol Ron 95, Diesel, gula, tepung gandum dll.Iklan yang ditayangkan seolah olah mahu memberitahu rakyat bahawa kerajaan mengambil berat kepada masalah rakyat dan sentiasa memberikan subsidi untuk meringankan beban rakyat.

Kerajaan sebenarnya sudah memberi subsidi kepada rakyat sejak dari awal merdeka lagi.Tiada apa yang istimewa kepada subsidi yang diberikan kerana sudah menjadi tugas kerajaan menyediakan subsidi kepada rakyat.Maknanya tiada kebaikan di pihak kerajaan semata mata menyediakan subsidi dan tidak perlu bagi kerajaan mengiklankannya kerana itu sudah menjadi tugas kerajaan.

Perkara yang diabaikan semasa mengiklankan jumlah subsidi itu ialah punca pendapatan kerajaan.Sepatutnya kalau subsidi itu mahu diwar warkan, maka punca pendapatan kerajaan juga perlu diwar warkan.Biar rakyat tahu dan boleh membuat penilaian sejauh mana cekapnya kerajaan membelanjakan pendapatannya.
Biar rakyat tahu berapa bayak sumber pendapatan kerajaan hasil dari kutipan cukai, lain lain jenis kutipan dari rakyat dan berapa banyak pendapatan yang diperolehi dari sumber sumber khazanah bumi anugerah Tuhan.Khusus untuk subsidi petrol Ron 95 dan diesel, aliran pendapatan masuk ke akaun kerajaan hasil dari industri petrolium dan gas harus didedahkan kepada rakyat.
Barulah rakyat tahu kedudukan dan kecekapan kerajaan menguruskan kewangan negara.Kalau rakyat asyik dihidangkan dengan subsidi  tanpa diberitahu dari mana kerajaan mendapat wang untuk memberi subsidi itu, ada kemungkinan rakyat akan terbahagi kepada dua golongan.
golongan pertama ialah golongan yang bermaklumat mengenai kedudukan sesebuah kerajaan, kerajaan yang berfungsi mengutip dana dari rakyat serta dari sumber bumi dan industri yang dijalankan dalam negara.Golongan ini akan mempersoalkan subsidi yang diberikan oleh kerajaaan kalau jumlah pendapatan sebenar kerajaan tidak didedahkan.Ini adalah kerana golongan ini faham bahawa saiz subsidi kerajaan bergantung kepada cara dan perolehan produk produk tersebut dan kedudukan pendapatan kerajaan, umpamanya dalam kes petrol dan diesel, kalau harga petrol dan diesel itu tinggi kerana harga pasaran dunia minyak tinggi, tetapi sebagai negara pengeluar minyak,negara memperolehi keuntungan yang besar hasil harga minyak yang tinggi di pasaran dunia jadi tiada masalah kepada kerajaan memberi subsidi yang besar juga kepada harga petrol dan diesel dalam negara malah dalam keadaan pengeluaran minyak negara sekarang, rakyat patut menikmati petrol dan diesel yang lebih bermutu dari Ron95 pada harga yang jauh lebih murah.
Begitu juga dalam kes kes produk produk yang lain, kalau saiz pendapatan kerajaan besar maka sepatutnya saiz subsidi juga besar.Oleh itu perlu bagi kerajaan mendedahkan  saiz pendapatan bersama sama subsidi yang diwar warkan itu bagi membolehkan rakyat membuat penilaian kecekapan kerajaan menguruskan negara.
Golongan  kedua pula akan terdiri dari mereka yang tidak bermaklumat dan tidak faham fungsi kerajaan.Golongan ini dengan cepat memuji kerajaan kerana subsidi yang diiklankan itu tanpa menyedari mereka sebenarnya tertipu kerana mereka juga turut menyumbang kepada dana yang kerajaan gunakan untuk memberi subsidi menerusi  cukai yang mereka bayar.
Malang bagi rakyat dari golongan ini yang umumnya terdiri dari mereka  yang layak menerima BR1M.Akibatnya walaupun ada di antara mereka tidak mempunyai kereta atau motosikal tetapi mereka menjadi pengguna tegar kepada pengangkutan awam dan kenaikan tambang bas expres sebanyak 10% menjelang raya nanti tanpa disedari terpaksa diserap oleh mereka.
Dari sudut politik, golongan ini jugalah yang membentuk kumpulan pengundi atas pagar yang besar dan sentiasa terpesona dengan habuan segera  seperti BR1M dan lain lain bantuan menjelang PRU.
Lantaran itu menjadi tugas kepada rakyat yang inginkan perubahan dan keadilan menyampaikan mesej  kebenaran kepada pengundi atas pagar ini, bukan hanya mengharapkan kumpulan tertentu seperti PAS atau PR dan menyalahkan mereka kalau mesej ini gagal disampaikan.Orang yang bertanggungjawab tidak mudah menyalahkan orang lain sebaliknya tampil dengan berani berdepan dengan masalah. 

 Sukarnya mendapat kerja hanya kerana memakai tudung
Posted on Wednesday, June 19 @ 12:35:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"




SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah.



Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.

Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti.

Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping).

Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak memakai tudung.

Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat 'normal' untuk bekerja di hotel. Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel.

Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat 'normal' itu.

Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka.

Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat 'normal' itu untuk saya diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak turut meletakkan syarat tersebut.

Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan.

Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat 'normal' itu. Tetapi adakah menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama saya?

Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.

Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung seperti saya.

Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?

HYENA
Negeri Sembilan


Pengarah akaun hotel `dipaksa' berhenti kerana bertudung

Seorang pengarah akaun sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara kecewa apabila terpaksa melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak lebih 10 tahun lalu semata-mata kerana memakai tudung.

Habsah Jaafar, 46, mendakwa beliau terpaksa berbuat demikian setelah diberi kata dua oleh pengurusan hotel terbabit sama ada mematuhi peraturan yang melarang pemakaian tudung ketika bekerja atau melepaskan jawatannya.

Kata beliau, tindakan pengurusan hotel terbabit yang memberikan pelbagai `tekanan' seperti menghalangnya daripada datang ke tempat kerja jika memakai tudung turut memaksa beliau membuat keputusan berhenti kerja pada 17 Februari lalu.

``Mereka (pengurusan hotel) bimbang jika saya datang kerja dengan bertudung, ia akan mempengaruhi pekerja-pekerja lain untuk berbuat demikian,'' katanya.

Menurut Habsah, isu itu mula timbul apabila beliau memohon untuk bercuti setelah mendapat tawaran mengerjakan haji pada bulan Disember lalu.

Bagaimanapun katanya, permohonan untuk bercuti bagi menunaikan haji walaupun tanpa gaji ditolak dan hanya diluluskan lima hari sebelum beliau bertolak ke Tanah Suci.

``Dalam pertemuan dengan pengurusan tertinggi hotel, saya juga diberikan `gambaran' supaya berhenti kerja jika ingin mengerjakan haji,'' katanya.

Habsah berkata, sekembalinya daripada mengerjakan haji, beliau yang sebelum itu mendakwa `terpaksa' membuka tudung ketika bertugas memutuskan untuk memakai tudung ketika masuk kerja pada 9 Februari lalu.

Ekoran keputusan itu katanya, beliau telah dipanggil pengurusan hotel terbabit dan diberikan kata dua sama ada membuka tudung ketika bertugas atau berhenti kerja.

``Sebagai orang Islam, bila mereka suruh saya buka tudung, saya rasa seolah-olah mereka suruh saya berbogel,'' katanya yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang perhotelan.




Cadangan PAS bersama Umno, pungguk rindukan bulan

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 20 Jun 2013
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini?

Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam?

Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh: 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

Husam sedia bantu teruskan Lebuh Raya Rakyat

Muhammad Yusri Amin, 20 Jun 2013


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bersedia membantu meneruskan pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang telah dirancangkan walau atas apa kapasiti sekalipun.

Sehubungan itu beliau yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri memaklumkan bersama ‘team’nya akan memaklumkan isu lebuh raya itu secara konsep ‘wakaf’ sepenuhnya kepada Exco Kerajaan Negeri pada 26 Jun nanti.

Beliau bercakap kepada wakil Harakah dan Harakahdaliy di kediamannya di Salor dekat sini petang tadi. Turut hadir Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Ketua Biro Harakah negeri Mazlan Jusoh. (Gambar atas)

Pertemuan itu pertama kali selepas beliau pulang dari mengerjakan umrah, melakukan lawatan kerja ke Jordan dan negara bergolak Syria sejak dua minggu lalu.

Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan yang menerajui isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas.

Kes tuntutan itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5% daripada hasil perolehan.

Beliau juga bersedia bekerjasama dalam isu tuntutan petroleum itu.

Dalam konteks pembinaan Lebuh Raya Rakyat, katanya kerajaan negeri tidak ada sebab untuk membatalkannya.

“Dan saya bersedia, insya Allah meneruskan usaha lebuh raya ini atas apa juga kapasiti,” katanya.

Inilah hebatnya aura Tok Guru Nik Aziz - MB

Salmah Mat Husain, 20 Jun 2013


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan meminggirkan anak muda di negeri itu termasuk mereka yang berada di luar Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata memandangkan PRU13 lalu sumbangan besar kemenangan di negeri dibantu pengundi muda, kerajaan negeri tidak akan melupakan pengorbanan golongan itu.

Bagaimanapun usaha untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat keseluruhan di negeri itu juga antara sebahagian dari agenda kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada krew Harakahdaily Kuala Lumpur dalam sesi pertemuan dengannya yang diketuai Ketua Pengarang, Zulkifli Sulong, hari ini. (Gambar atas)

Menurut Ahmad lagi, antara tumpuan utama yang bakal diberikan selepas beliau diamanahkan memegang jawatan itu  dengan memberi penekanan khusus kepada golongan muda.

“Pada masa yang sama kita akan mempertingkatkan program pertanian yang sehingga kini ianya telah berjaya mencapai tahap sara diri,” ujarnya.

Dalam pertemuan ringkas itu, beliau memberitahu program pertanian dan kebajikan yang menjadi asas pentadbiran kerajaan negeri akan diteruskan.

Beliau tidak menafikan pelantikannya sebagai Menteri Besar begitu mengejutkannya.

“Memang saya masih tersasul, kadang-kadang bila tekan lif, saya tekan untuk ke tingkat dua, iaitu pejabat saya sebelum ini.

“Inilah hebatnya aura Tok Guru Nik Aziz, tidak mampu dicapai oleh saya,” ujarnya sambil tersenyum.

Beliau berkata, ianya begitu berbeza sekiranya Ketua Umum PKR menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Kalau Datuk Seri Anwar sebagai menteri, insya Allah baik,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun akan melaksanakan tanggungjawabnya itu sebaik mungkin dengan kerjasama semua pihak demi untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan