Doktor, pensyarah, peguam calon PAS Kelantan
Aslani M, | 17 Apr 2013 |
MACHANG: Sehari selepas Umno dan Barisan Nasional
Kelantan mengumumkan calon, PAS pula mengisytiharkan calon di hadapan
ribuan rakyat di padang Majlis Daerah Machang malam ini.
Kelainan dapat disaksikan berbanding calon ditampilkan BN pada PRU13 kali ini. Dua doktor perubatan, seorang pensyarah, ulama muda, peguam, pegawai kanan kerajaan dan pengetua sekolah agama diketengahkan.
Dr Mohd Izani Hussin (kiri) menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Dr Ramli Mamat (kanan) pula di Dun Bunut Payong mengisi tempat ditinggalkan Datuk Takiyuddin Hassan yang berpindah ke Parlimen Kota Bharu.
Pensyarah UIAM, Dr Yusnan Mohd Yusoff pula menggantikan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh di Dun Melor.
Bekas Senator yang juga peguam muda, Mumtaz Mohd Nawi dicalonkan di kerusi Dun Demit menggantikan Ustaz Mohamad Mustapha yang tidak bertanding.
Penolong Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Ahmad Marzuk Saari pula bakal berdepan dengan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain di Parlimen Bachok.
Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-
Tumpat
Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Pengkalan Chepa
Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah
Kota Bharu
Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru)
Pasir Mas
Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru)
Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad
Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman
Rantau Panjang
Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti – Datuk Nasuruddin Daud
Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang
Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru)
Kubang Kerian
Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
Salor – Datuk Husam Musa
Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru)
Bachok
Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
Tawang – Ustaz Hassan Mohamood
Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru)
Jelawat – Abdul Aziz Kadir
Ketereh
Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
Kadok – Haji Azamin Mohd Noor
Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)
Tanah Merah
Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman
Pasir Puteh
Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad
Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)
Machang
Pulai Chondong – Zulkifli Mamat
Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru)
Jeli
Parlimen – Mohd Apandi Mohamad
Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak
Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya’kob
Kuala Krai
Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli
Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman
Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, Dr Zawawi Wan Ismail (Machang) dan Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah).
Bagi Dun pula ialah Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).
Pimpinan PR Pahang menunjukkan manifesto dalam sidang media.
TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang menekankan 10 bidang utama dalam dalam manifesto bertajuk ‘Pentadbiran Yang Adil, Amanah Dan Bertanggungjawab’ yang dibentangkan hari ini.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang membentangkannya dalam sidang media menekankan tanah dan perubahan, Felda, anak muda, wanita dan keluarga, alam sekitar, Orang Asal, pendidikan, industri dan pertanian, urus tadbir kerajaan serta hal ehwal agama.
Katanya, iltizam PR bagi tanah dan pertanian ialah menyediakan lot tapak rumah pertama bagi belia, bekas tentera, polis dan anak Pahang yang layak.
Tambahnya, PR juga menawarkan untuk mebuka ladang rakyat, hak milik TOL yang layak, membina lebih bnayak rumah kos rendah, memberikan hak milik kekal tanah lot kampung baru dan kampung tersusun.
Bagi Felda pula, PR memberi komitmen untuk menyegerakan pemberian hak milik peneroka yang melangsaikan hutang.
“PR Pahang juga menawarkan kepada generasi kedua dan ketiga Felda untuk menjadi peneroka baru di Felda Plantation, memasukkan nama isteri dalam pemilikan geran dan tawaran lot tapak rumah pertama kepada bekas kakitangan Felda anak Pahang,” ujarnya.
Dalam sidang media tersebut, Tuan Ibrahim mengatakan, PR Pahang tidak melupakan anak muda dengan tawaran membuka lebih banyak Rancangan Tanah Berkelompok, bantuan kewangan untuk perkahwinan pertama dan meningkat prasarana sukan dan rekreasi di kawasan luar bandar.
“PR juga menjanjikan kelestarian alam sekitar dengan menutup kilang Lynas, mengharamkan penggunaan cynida dalam sebarang aktiviti perlombongan, menggiatkan penanaman semula dan pemuliharaan hutan dan meningkatkan pengurusan sisa pepejal.
“Bagi wanita dan kekeluargaan, tawaran PR ialah menyediakan insentif khas untuk kelahiran bayi RM100 dan RM100 lagi untuk tabung warisan.
“Menyediakan pinjaman mudah mikro tanpa riba kepada usahawanita dan memberikan cuti bersalin 90 hari untuk kakitangan kerajaan negeri tanpa had bilangan anak,” jelasnya.
Sementara itu, Orang Asal juga tidak dilupakan dengan tawaran mewartakan tanah adat, Sekretariat Tanah Adat dan Kebajikan mereka di Pejabat Menteri Besar.
Mengenai pendidikan, Pahang akan dijadikan sebagai hab pendidikan Pantai Timur, menubuhkan institusi pendidikan swasta, memperkasakan sekolah agama rakyat (SAR) dan membantu kewangan sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
Bagi urus tadbir kerajaan, Tuan Ibrahim menjelaskan, PR berjanji untuk mengurangkan birokrasi, meningkatkan sistem penyampaian, melibatkan rakyat dalam perancangan pembangunan dan memperkenalkan tender terbuka.
“Berkaitan industri, pertanian dan hasil negeri kita akan mewujudkan agensi kemajuan tanah bagi kampung tradisional, memajukan tanah secara komersial, mewujudkan industri berteknologi tinggi serta menuntut royalti petroleum,” katanya.
Bagi hal ehwal agama pula, PR menawarkan kenaikan elaun guru Kafa, menaikkan taraf Kuliah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar kepada kolej universiti dan meningkatkan keupayaan institusi syariah.
VIDEO fitnah Mustafa Ali terbit selepas polemik Setiausaha Dewan Pemuda PAS membangkit kemungkinan jika Rasulullah SAW dibangkitkan masa ini video kotor seperti itu juga dibuat orang.
Demikian gambaran rosaknya akhlak masyarakat Malaysia sekarang.
Fitnah kotor terhadap Nabi bukan suatu yang mustahil jika kita kembali ke zaman Nabi Musa a.s. didalangi Qarun mengupah seorang perempuan mengaku didera seks oleh Nabi yang maksum itu. Gara-gara perbuatan keji Qarun itu, dia dan harta kekayaannya ditelan bumi.
Sebaik saja reda polemik atas andaian pemimpin Pemuda PAS timbullah video memfitnah Dato Mustafa Ali yang pada anggapan orang di luar UMNO adalah amat payah dipercayai. Dengan itu andaian pegawai PAS itu ada relevennya.
Sebagaimana Al-Marhum Ustaz Fadzil tidak percaya langsung atas tuduhan ke atas Anwar Ibrahim, maka saya sendiri bersikap demikian atas fitnah Cikgu Pa itu.
Bukan saya saja berfikiran begitu, umum memberitahu saya, pandangan umum kebanyakan orang juga begitu.
Sebaik saja fitnah itu tersebar, spontan fikiran orang teringatkan UMNO. Mereka tidak percaya pemimpin PAS boleh jadi begitu. Kepercayaan masing-masing ia adalah angkara gejala UMNO.
Mungkin ada orang PAS yang tidak senonoh buat begitu, tetapi orang tidak percaya. Payah orang hendak percaya. Mungkin fitnah itu bukan gara-gara UMNO, tetapi orang merasakan ia tidak mustahil.
Setiap yang bertanya saya tentang fitnah atas Cikgu Pa itu, saya tanya adakah dia percaya? Semuanya menjawab, mereka tak percaya. Habis mereka percaya angkara siapa? Mereka tergelak kecil. Angkara musuh PAS yang sebelah sanalah.
Adakah awak yakin gejala itu yang buat? Jawab masing-masing, kalau mereka tak buat pun, orang akan percaya mereka yang buat.
Maka dengan demikian fitnah yang dibuat menjelang pilihan raya lebih mencederakan orang sebelah sana. Ia tidak mencederakan sangat PAS.
Dato Ahmad Maslan menafikan ia angkara gejala orang partinya. Katakanlah dia betul, tetapi budaya dan akhlak yang amat rosak itu adalah gara-gara masyarakat yang dibentuk oleh pemerintahan Barisan Nasional sejak merdeka.
Kerajaannya gagal membentuk masyarakat yang beradab dan santun. Maka beban dan tanggungjawab keburukan itu tertimpa ke atas UMNO juga.
Budaya video sekotor itu telah banyak dialami oleh Anwar Ibrahim. Umum menolak fitnah terhadap Anwar. Dengan video klip Cikgu Pa itu dikira oleh semua sebagai fitnah, maka semua yang dihadapi Anwar itu bertambah tidak laku lagi.
Cikgu Pa mengambil sikap tutup mulut dan menyerahkah fitnah itu kepada peguam. Tetapi Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO menempelak sikap berdiam diri Cikgu Pa dan sekalian pemimpin PAS.
Dicabarnya mereka supaya jangan berdiam diri tetapi tampil membuat penjelasan kepada umum. Apa yang Mustafa Ali buat itu sama dengan membisu seribu bahasanya Perdana Menteri Najib dalam semua tohmah terhadapnya berkait dengan tragedi menimpa Altantuya dan pembelian kapal selam Perancis yang bertukar menjadi skandal dan perkara itu sudah difailkan di mahkamah Paris.
Apa jua yang dibongkar oleh mendiang penyiasat bebas Balasubramaniam dan Deepak tidak pernah dijelaskannya. Hatta tunggul bercakap, Najib tetap diam.
Mungkin Ahmad Maslan faham, rupanya Mustafa meniru diam Najib.
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Ong Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bebas
bagi kerusi parlimen Pandan, selepas digugurkan sebagai calon Barisan
Nasional (BN) untuk Pilihan Raya 2013.
Dalam tulisan di laman Facebooknya hari ini, beliau bertanya kepada pengundi:"Pengundi Pandan, apakah anda akan menyokong Ong Tee Keat sebagai calon bebas?"
Awal pagi ini sekumpulan penyokongnya dilihat di pasar basah di Pandan untuk menunjukkan sokongan kepadanya, tulis Leslie Lau, Pengarang Eksekutif The Malaysian Insider.
Malam ini, satu lagi kumpulan merancang demonstrasi untuk menyokongnya.
Dengan hari penamaan calon semakin hampir pada Sabtu, Ong masih belum memberikan komitmen untuk bertanding, lapor TMI.
Spekulasi mengenai apa akan dilakukan Ong dimainkan dengan latarbelakang permusuhannya dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dilihat sebagai di belakang keputusan penyingkiran itu.
MCA 'jual' 3 kerusi
Sementara itu, pelbagai pihak mendakwa, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek 'menjual' tiga kerusi Parlimen MCA kepada Umno untuk mempastikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mencalonkan Ong Tee Kiat di Pandan.
Kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada Umno dalam pilihan raya ini adalah Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju.
Sebelum ini, Chua sudah memberikan amaran kepada Umno, pilih MCA atau Ong Tee Kiat.
Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini, menjadikan ianya satu sejarah dalam negara apabila ketua parti komponen utama BN tidak bertanding.
SEORANG datang bertanya saya apa patut dibuat kepada Perdana Menteri
Najib yang menyebabkan kenduri kahwin anaknya tak dapat diadakan kerana
ia bertembung dengan PRU13 pada 5 Mei ini?
Sambutan itu dijadualkan pada 4 Mei itu dan pagi esoknya mengundi.
Oleh kerana semua keperluan sudah ditempah, jemputan sudah separuh diedarkan, ada cadangan supaya ia diteruskan walaupun keluarga dari jauh seperti Perak, Johor dan Terengganu tidak semua boleh hadir kerana mahu mengundi esoknya. Mereka yang dari jauh itu boleh pulang malam itu atau subuh itu kerana mereka sempat mengundi sebelah petang di tempat masing-masing.
Tetapi dewan orang ramai di bawah kerajaan tempat kenduri itu dibatalkan kerana ia jadi tempat mengundi. Persiapan mengundi diuruskan dua tiga hari sebelum mengundi.
Tiada kemudahan yang berdekatan sebagai pilihan. Jika ditunda, dewan itu tidak pula dapat digunakan kerana setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan sudah ditempah orang. Pertengahan bulan Jun baru kosong. Masa itu hampir dua bulan selepas kenduri di rumah pengantin perempuan.
Alternatifnya kena cari tempat lain yang juga belum tentu kosong dan sewanya pula tinggi.
Kenduri itu sepatutnya telah diadakan lama dulu, hujung tahun lalu, tetapi bimbangkan musim pilihanraya lalu ditangguh dua tiga kali. Kalau pilihanraya itu diadakan selepas puasa dulu, maka boleh ia diadakan hujung hari terbuka.
Kalau ia diadakan bulan Disember, bolehlah kenduri diadakan awal tahun.
Tetapi tidak juga piliihanraya diadakan. Akhirnya ditetapkan 4 Mei mengambil kira bahawa Parlimen mesti dibubarkan sebelum 8 Mac, 2013 tempoh matang Parlimen bila genap lima tahun PRU dulu.
Sekalian keluarga yang jauh dimaklumkan awal supaya cukup masa untuk mereka datang bersama. Dia mengagak mestilah pilihanraya itu selesai dalam bulan Mac itu.
Tetapi yang dinamakan Najib itu tidak pernah agaknya memikirkan kepayahan orang lain. Memang sejak lebih dua tahun lalu semua orang sudah berteka teki dengan pilihanraya itu. Memang sejak itu orang hendak mengadakan kenduri kawin anak teragak-agak, hendak umrah dan haji teragak-agak. Yang hendak melancong ke luar negara pun payah membuat keputusan.
Akhirnya orang yang malang itu mengubah jadual kenduri di hari lain dan di tempat lain. Terburu-buru menempah kad jemputan lain. Menghubungi orang yang sudah dapat kad itu tentang perubahan itu. Ia boleh dibuat tetapi leceh.
Apa salahnya Najib beritahu masa itu dari awal supaya tidaklah semua orang huruhara untuk membuat program.
Dia mengharapkan harga barang tidak banyak berubuah dari dia mula menempah makanan dulu.
Jadual cuti kedua pengantin terpaksa dipinda. Demikian juga urusan lain bersangkutan dengannya. Tidakkah semua ini menyebabkan banyak kerja.
Dia minta fikiran saya, ‘Apa patut dibuat?’ Memang dia marah dengan dolak dalik Perdana Menteri itu. Macam mana jadi pemimpin, dalam perkara yang semudah itu dia sudah menyusahkan orang.
Apa yang saya hendak nasihat bagi menenangkan dan menyelesaikan masalahnya?
Saya nasihatkan cuba saman Perdana Menteri, tuntutan ganti rugi teladan dan segala kepayahan yang dialami semasa menghadapi perkara itu. Mungkin ia tidak banyak tambahan perbelanjaan apabila ditangguh dan perubahan tempat itu.
Tetapi hendak mengajar seorang pemimpin supaya apabila berkuasa, jangan dia menyusah dan menyebabkan rakyat jelata jadi kelam kabut.
Bolehkah dia disaman? Kita minta nasihat peguam. Tanya Hanipa Maidin, bolehkah Najib disaman? Atau patutkah hal sebesar itu disaman Perdana Menteri? Mungkin ia menggelikan tetapi yang penting jangan ada Perdana Menteri lain dalam dunia buat kerja leceh seperti itu.
Dr. Abdul Aziz Bari dan Hanipa Maidin cuba beri nasihat, berapa juta boleh dituntut? Kalau dia tidak jadi Perdana Menteri lagi, adakah saman iu boleh diteruskan kepadanya sebagai orang biasa?
Menyelusuri negeri utara Semenanjung – Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan mengikuti beberapa program Pakatan Rakyat di negeri tersebut, saya mendapat gambaran bahawa rakyat di utara ini juga telah menunjukkan kesungguhan untuk menyertai gelombang tsunami politik dalam PRU akan datang ini.
Di Bagan Serai, calon PKR/Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai, ilmuan Dr. Mohd Nor Manuty yang diketmui memberitahu saya, bahawa rakyat, pelbagai kaum yang ditemui olehnya dan pasukan petugasnya telah memberikan sambutan luar biasa terhadap Pakatan Rakyat.
Ceramah besar dan kecil, di merata tempat di kawasan itu, dipenuhi oleh orang ramai dan menariknya, orang Cina yang biasanya tidak begitu berminat mendengar ceramah, telah datang beramai-ramai mendengar ceramah Pakatan degan penuh minat.
Dr. Mohd Nor Manuty sendiri mengetuai rombongan menemui pengundi dari rumah ke rumah, di samping petugasnya mengatur program, umpamanya, member khidmat kesihatan percuma dan lain-lain di kawasan itu.
Walaupun kelihatan bendera BN lebih banyak bergantungan di tepi jalan di Bagan Serai, namun, kata seorang penduduk di situ, Encik Sazali Mahmud, itu sama sekali tidak menggambarkan kekuatan BN. Benderanya saja banyak, tetapi rakyat kebanyakannya tidak menyokong mereka, katanya.
Di Dun Selising, di mana calon PAS, Haji Husin Din bertanding, kelihatan petugas PAS bertungkus lumus menjalankan tugas siang malam. Petugas markas MTDnya begitu rancak, terang benderang, dengan petugasnya menjalankan kerja hingga menjelang dini hari.
Begitu juga di Dun Semanggol, satu lagi Dun dalam Bagan Serai, petugas PAS begitu rancak menjalankan pelbagai tugas. Bendera dan sepanduk sudah dipasang dimerata tempat. Di markasnya, jentera pilihan raya bermesyuarat hingga jauh malam.
Calon PAS di situ, Ustaz Zawawi Hasan, seorang tokoh ulama yang disegani.
Semanggol dalam sejarahnya, adalah tempat lahirnya Hisbul Muslimin, gerakan Islam dan parti politik Islam yang terawal di negara ini, yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir, pengasas Madrasah Ehya-us-Sharif yang merlahirkan ramai ulama dan pejuang Islam dan menjadi tempat subur gerakan Islam di negara ini sejak zaman penjajah lagi.
Saya dan rombongan makan nasi goreng di sebuah restoran di situ dan menyaksikan anak-anak muda, petugas PAS, memasang bendera, sepanduk dan kain rentang dan mereka bergilir-gilir menjaganya di seluruh Dun itu, khabarnya hingga subuh, supaya tidak dirosakkan oleh musuh politik Pakatan Rakyat.
Sementara itu, bertemu dengan Dr. Mujahid Yusof Rawa, calon Parlimen PAS Parit Buntar di majlis kenduri di rumahnya di Taman Krian Permai, Parit Buntar kelihatan beliau sangat sibuk. Suasana sangat meriah sekali. Tetamu dihidangkan dengan Nasi Arab dan cendol Parit Buntar yang terkenal dengan lemak manisnya.
Pelbagai kaum mengunjungi majlis di rumahnya itu, termasuk ahli Dewan Himpunan Penykong PAS (DHPP), di mana Dr. Mujahid sendiri pengerusinya.
Ternyata Dr. Mujahid mempunyai penyokong yang kuat bukan saja dari kalangan pengundi Melayu, tetapi juga pelbagai kaum. Dia menyantuni setiap rakyat dan sangat peduli masalah mereka, sebab itu beliau sangat popular di sini. Bagi saya ketokohan Dr. Mujahid sangat menyerkah bukan saja sebagai pemimpin politik gerakan Islam yang sangat menjanjikan, bahkan sebagai salah seorang pemikir PAS.
Pengerusi DHPP, Perak, Beh Heng Kin, memberitahu saya, bahawa Dr. Mujahid adalah pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum, dia sangat terbuka dan melayani semua kaum.
Beh memuji Tuan Guru Nik Abd Aziz dan sangat mengkagumi perwatakan Tuan Guru itu. Baginya, Mursyidul Am PAS itu, adalah lambang suatu kepimpinan rakyat, di samping seorang ulama yang sangat jauh ke depan pemikirannya.
“Gaya hidupnya sangat sederhana, pandangannya jauh ke depan dan Tuan Guru adalah pemimpin teladan bagi rakyat Malaysia ini,” katanya.
Sementara itu, saya bertemu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Beliau sedang menyampaikan taklimat kepada petugas Muslimat dan petugas lain di Dewan Fadzil Noor, di bandar itu.
Saifuddin adalah penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan.
Di Parlimen Kulim Bandar Baru ini, kerjasama erat telah ditunjukkan oleh petugas PAS dan PKR. Saifuddin mempunyai hubungan erat dengan pemimpin PAS bukan saja di Kulim Bandar Baru ini, tetapi juga di seluruh Malaysia.
Dalam taklimat yang diberikannya, Saifuddin mengingat petugas Pakatan Rakyat supaya berharti-hati kerana “pelbagai cabaran akan kita hadapi.”
Namun, katanya, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dari selatan ke utara dan pantai timur serta Sabah dan Sarawak sangat luar biasa.
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.
Baca lagi.
Kelainan dapat disaksikan berbanding calon ditampilkan BN pada PRU13 kali ini. Dua doktor perubatan, seorang pensyarah, ulama muda, peguam, pegawai kanan kerajaan dan pengetua sekolah agama diketengahkan.
Dr Mohd Izani Hussin (kiri) menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Dr Ramli Mamat (kanan) pula di Dun Bunut Payong mengisi tempat ditinggalkan Datuk Takiyuddin Hassan yang berpindah ke Parlimen Kota Bharu.
Pensyarah UIAM, Dr Yusnan Mohd Yusoff pula menggantikan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh di Dun Melor.
Bekas Senator yang juga peguam muda, Mumtaz Mohd Nawi dicalonkan di kerusi Dun Demit menggantikan Ustaz Mohamad Mustapha yang tidak bertanding.
Penolong Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Ahmad Marzuk Saari pula bakal berdepan dengan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain di Parlimen Bachok.
Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-
Tumpat
Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Pengkalan Chepa
Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah
Kota Bharu
Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru)
Pasir Mas
Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru)
Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad
Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman
Rantau Panjang
Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti – Datuk Nasuruddin Daud
Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang
Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru)
Kubang Kerian
Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
Salor – Datuk Husam Musa
Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru)
Bachok
Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
Tawang – Ustaz Hassan Mohamood
Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru)
Jelawat – Abdul Aziz Kadir
Ketereh
Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
Kadok – Haji Azamin Mohd Noor
Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)
Tanah Merah
Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman
Pasir Puteh
Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad
Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)
Machang
Pulai Chondong – Zulkifli Mamat
Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru)
Jeli
Parlimen – Mohd Apandi Mohamad
Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak
Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya’kob
Kuala Krai
Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli
Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman
Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, Dr Zawawi Wan Ismail (Machang) dan Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah).
Bagi Dun pula ialah Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).
Manifesto PR Pahang ‘Adil, Amanah, Bertanggungjawab’
Khairil Abdul Rahim, | 17 Apr 2013 |
Pimpinan PR Pahang menunjukkan manifesto dalam sidang media.
TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang menekankan 10 bidang utama dalam dalam manifesto bertajuk ‘Pentadbiran Yang Adil, Amanah Dan Bertanggungjawab’ yang dibentangkan hari ini.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang membentangkannya dalam sidang media menekankan tanah dan perubahan, Felda, anak muda, wanita dan keluarga, alam sekitar, Orang Asal, pendidikan, industri dan pertanian, urus tadbir kerajaan serta hal ehwal agama.
Katanya, iltizam PR bagi tanah dan pertanian ialah menyediakan lot tapak rumah pertama bagi belia, bekas tentera, polis dan anak Pahang yang layak.
Tambahnya, PR juga menawarkan untuk mebuka ladang rakyat, hak milik TOL yang layak, membina lebih bnayak rumah kos rendah, memberikan hak milik kekal tanah lot kampung baru dan kampung tersusun.
Bagi Felda pula, PR memberi komitmen untuk menyegerakan pemberian hak milik peneroka yang melangsaikan hutang.
“PR Pahang juga menawarkan kepada generasi kedua dan ketiga Felda untuk menjadi peneroka baru di Felda Plantation, memasukkan nama isteri dalam pemilikan geran dan tawaran lot tapak rumah pertama kepada bekas kakitangan Felda anak Pahang,” ujarnya.
Dalam sidang media tersebut, Tuan Ibrahim mengatakan, PR Pahang tidak melupakan anak muda dengan tawaran membuka lebih banyak Rancangan Tanah Berkelompok, bantuan kewangan untuk perkahwinan pertama dan meningkat prasarana sukan dan rekreasi di kawasan luar bandar.
“PR juga menjanjikan kelestarian alam sekitar dengan menutup kilang Lynas, mengharamkan penggunaan cynida dalam sebarang aktiviti perlombongan, menggiatkan penanaman semula dan pemuliharaan hutan dan meningkatkan pengurusan sisa pepejal.
“Bagi wanita dan kekeluargaan, tawaran PR ialah menyediakan insentif khas untuk kelahiran bayi RM100 dan RM100 lagi untuk tabung warisan.
“Menyediakan pinjaman mudah mikro tanpa riba kepada usahawanita dan memberikan cuti bersalin 90 hari untuk kakitangan kerajaan negeri tanpa had bilangan anak,” jelasnya.
Sementara itu, Orang Asal juga tidak dilupakan dengan tawaran mewartakan tanah adat, Sekretariat Tanah Adat dan Kebajikan mereka di Pejabat Menteri Besar.
Mengenai pendidikan, Pahang akan dijadikan sebagai hab pendidikan Pantai Timur, menubuhkan institusi pendidikan swasta, memperkasakan sekolah agama rakyat (SAR) dan membantu kewangan sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
Bagi urus tadbir kerajaan, Tuan Ibrahim menjelaskan, PR berjanji untuk mengurangkan birokrasi, meningkatkan sistem penyampaian, melibatkan rakyat dalam perancangan pembangunan dan memperkenalkan tender terbuka.
“Berkaitan industri, pertanian dan hasil negeri kita akan mewujudkan agensi kemajuan tanah bagi kampung tradisional, memajukan tanah secara komersial, mewujudkan industri berteknologi tinggi serta menuntut royalti petroleum,” katanya.
Bagi hal ehwal agama pula, PR menawarkan kenaikan elaun guru Kafa, menaikkan taraf Kuliah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar kepada kolej universiti dan meningkatkan keupayaan institusi syariah.
Sebut video lucah, orang teringat Umno
Subky Latif, | 17 Apr 2013 |
VIDEO fitnah Mustafa Ali terbit selepas polemik Setiausaha Dewan Pemuda PAS membangkit kemungkinan jika Rasulullah SAW dibangkitkan masa ini video kotor seperti itu juga dibuat orang.
Demikian gambaran rosaknya akhlak masyarakat Malaysia sekarang.
Fitnah kotor terhadap Nabi bukan suatu yang mustahil jika kita kembali ke zaman Nabi Musa a.s. didalangi Qarun mengupah seorang perempuan mengaku didera seks oleh Nabi yang maksum itu. Gara-gara perbuatan keji Qarun itu, dia dan harta kekayaannya ditelan bumi.
Sebaik saja reda polemik atas andaian pemimpin Pemuda PAS timbullah video memfitnah Dato Mustafa Ali yang pada anggapan orang di luar UMNO adalah amat payah dipercayai. Dengan itu andaian pegawai PAS itu ada relevennya.
Sebagaimana Al-Marhum Ustaz Fadzil tidak percaya langsung atas tuduhan ke atas Anwar Ibrahim, maka saya sendiri bersikap demikian atas fitnah Cikgu Pa itu.
Bukan saya saja berfikiran begitu, umum memberitahu saya, pandangan umum kebanyakan orang juga begitu.
Sebaik saja fitnah itu tersebar, spontan fikiran orang teringatkan UMNO. Mereka tidak percaya pemimpin PAS boleh jadi begitu. Kepercayaan masing-masing ia adalah angkara gejala UMNO.
Mungkin ada orang PAS yang tidak senonoh buat begitu, tetapi orang tidak percaya. Payah orang hendak percaya. Mungkin fitnah itu bukan gara-gara UMNO, tetapi orang merasakan ia tidak mustahil.
Setiap yang bertanya saya tentang fitnah atas Cikgu Pa itu, saya tanya adakah dia percaya? Semuanya menjawab, mereka tak percaya. Habis mereka percaya angkara siapa? Mereka tergelak kecil. Angkara musuh PAS yang sebelah sanalah.
Adakah awak yakin gejala itu yang buat? Jawab masing-masing, kalau mereka tak buat pun, orang akan percaya mereka yang buat.
Maka dengan demikian fitnah yang dibuat menjelang pilihan raya lebih mencederakan orang sebelah sana. Ia tidak mencederakan sangat PAS.
Dato Ahmad Maslan menafikan ia angkara gejala orang partinya. Katakanlah dia betul, tetapi budaya dan akhlak yang amat rosak itu adalah gara-gara masyarakat yang dibentuk oleh pemerintahan Barisan Nasional sejak merdeka.
Kerajaannya gagal membentuk masyarakat yang beradab dan santun. Maka beban dan tanggungjawab keburukan itu tertimpa ke atas UMNO juga.
Budaya video sekotor itu telah banyak dialami oleh Anwar Ibrahim. Umum menolak fitnah terhadap Anwar. Dengan video klip Cikgu Pa itu dikira oleh semua sebagai fitnah, maka semua yang dihadapi Anwar itu bertambah tidak laku lagi.
Cikgu Pa mengambil sikap tutup mulut dan menyerahkah fitnah itu kepada peguam. Tetapi Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO menempelak sikap berdiam diri Cikgu Pa dan sekalian pemimpin PAS.
Dicabarnya mereka supaya jangan berdiam diri tetapi tampil membuat penjelasan kepada umum. Apa yang Mustafa Ali buat itu sama dengan membisu seribu bahasanya Perdana Menteri Najib dalam semua tohmah terhadapnya berkait dengan tragedi menimpa Altantuya dan pembelian kapal selam Perancis yang bertukar menjadi skandal dan perkara itu sudah difailkan di mahkamah Paris.
Apa jua yang dibongkar oleh mendiang penyiasat bebas Balasubramaniam dan Deepak tidak pernah dijelaskannya. Hatta tunggul bercakap, Najib tetap diam.
Mungkin Ahmad Maslan faham, rupanya Mustafa meniru diam Najib.
Ong Tee Keat timbang jadi calon bebas
Harakahdaily, | 17 Apr 2013 |
Dalam tulisan di laman Facebooknya hari ini, beliau bertanya kepada pengundi:"Pengundi Pandan, apakah anda akan menyokong Ong Tee Keat sebagai calon bebas?"
Awal pagi ini sekumpulan penyokongnya dilihat di pasar basah di Pandan untuk menunjukkan sokongan kepadanya, tulis Leslie Lau, Pengarang Eksekutif The Malaysian Insider.
Malam ini, satu lagi kumpulan merancang demonstrasi untuk menyokongnya.
Dengan hari penamaan calon semakin hampir pada Sabtu, Ong masih belum memberikan komitmen untuk bertanding, lapor TMI.
Spekulasi mengenai apa akan dilakukan Ong dimainkan dengan latarbelakang permusuhannya dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dilihat sebagai di belakang keputusan penyingkiran itu.
MCA 'jual' 3 kerusi
Sementara itu, pelbagai pihak mendakwa, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek 'menjual' tiga kerusi Parlimen MCA kepada Umno untuk mempastikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mencalonkan Ong Tee Kiat di Pandan.
Kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada Umno dalam pilihan raya ini adalah Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju.
Sebelum ini, Chua sudah memberikan amaran kepada Umno, pilih MCA atau Ong Tee Kiat.
Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini, menjadikan ianya satu sejarah dalam negara apabila ketua parti komponen utama BN tidak bertanding.
Bolehkah Perdana Menteri Najib disaman?
Subky Latif, | 16 Apr 2013 |
Sambutan itu dijadualkan pada 4 Mei itu dan pagi esoknya mengundi.
Oleh kerana semua keperluan sudah ditempah, jemputan sudah separuh diedarkan, ada cadangan supaya ia diteruskan walaupun keluarga dari jauh seperti Perak, Johor dan Terengganu tidak semua boleh hadir kerana mahu mengundi esoknya. Mereka yang dari jauh itu boleh pulang malam itu atau subuh itu kerana mereka sempat mengundi sebelah petang di tempat masing-masing.
Tetapi dewan orang ramai di bawah kerajaan tempat kenduri itu dibatalkan kerana ia jadi tempat mengundi. Persiapan mengundi diuruskan dua tiga hari sebelum mengundi.
Tiada kemudahan yang berdekatan sebagai pilihan. Jika ditunda, dewan itu tidak pula dapat digunakan kerana setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan sudah ditempah orang. Pertengahan bulan Jun baru kosong. Masa itu hampir dua bulan selepas kenduri di rumah pengantin perempuan.
Alternatifnya kena cari tempat lain yang juga belum tentu kosong dan sewanya pula tinggi.
Kenduri itu sepatutnya telah diadakan lama dulu, hujung tahun lalu, tetapi bimbangkan musim pilihanraya lalu ditangguh dua tiga kali. Kalau pilihanraya itu diadakan selepas puasa dulu, maka boleh ia diadakan hujung hari terbuka.
Kalau ia diadakan bulan Disember, bolehlah kenduri diadakan awal tahun.
Tetapi tidak juga piliihanraya diadakan. Akhirnya ditetapkan 4 Mei mengambil kira bahawa Parlimen mesti dibubarkan sebelum 8 Mac, 2013 tempoh matang Parlimen bila genap lima tahun PRU dulu.
Sekalian keluarga yang jauh dimaklumkan awal supaya cukup masa untuk mereka datang bersama. Dia mengagak mestilah pilihanraya itu selesai dalam bulan Mac itu.
Tetapi yang dinamakan Najib itu tidak pernah agaknya memikirkan kepayahan orang lain. Memang sejak lebih dua tahun lalu semua orang sudah berteka teki dengan pilihanraya itu. Memang sejak itu orang hendak mengadakan kenduri kawin anak teragak-agak, hendak umrah dan haji teragak-agak. Yang hendak melancong ke luar negara pun payah membuat keputusan.
Akhirnya orang yang malang itu mengubah jadual kenduri di hari lain dan di tempat lain. Terburu-buru menempah kad jemputan lain. Menghubungi orang yang sudah dapat kad itu tentang perubahan itu. Ia boleh dibuat tetapi leceh.
Apa salahnya Najib beritahu masa itu dari awal supaya tidaklah semua orang huruhara untuk membuat program.
Dia mengharapkan harga barang tidak banyak berubuah dari dia mula menempah makanan dulu.
Jadual cuti kedua pengantin terpaksa dipinda. Demikian juga urusan lain bersangkutan dengannya. Tidakkah semua ini menyebabkan banyak kerja.
Dia minta fikiran saya, ‘Apa patut dibuat?’ Memang dia marah dengan dolak dalik Perdana Menteri itu. Macam mana jadi pemimpin, dalam perkara yang semudah itu dia sudah menyusahkan orang.
Apa yang saya hendak nasihat bagi menenangkan dan menyelesaikan masalahnya?
Saya nasihatkan cuba saman Perdana Menteri, tuntutan ganti rugi teladan dan segala kepayahan yang dialami semasa menghadapi perkara itu. Mungkin ia tidak banyak tambahan perbelanjaan apabila ditangguh dan perubahan tempat itu.
Tetapi hendak mengajar seorang pemimpin supaya apabila berkuasa, jangan dia menyusah dan menyebabkan rakyat jelata jadi kelam kabut.
Bolehkah dia disaman? Kita minta nasihat peguam. Tanya Hanipa Maidin, bolehkah Najib disaman? Atau patutkah hal sebesar itu disaman Perdana Menteri? Mungkin ia menggelikan tetapi yang penting jangan ada Perdana Menteri lain dalam dunia buat kerja leceh seperti itu.
Dr. Abdul Aziz Bari dan Hanipa Maidin cuba beri nasihat, berapa juta boleh dituntut? Kalau dia tidak jadi Perdana Menteri lagi, adakah saman iu boleh diteruskan kepadanya sebagai orang biasa?
Meriahnya kempen Pakatan Rakyat di utara
Abdul Shukur Harun, | 16 Apr 2013 |
Menyelusuri negeri utara Semenanjung – Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan mengikuti beberapa program Pakatan Rakyat di negeri tersebut, saya mendapat gambaran bahawa rakyat di utara ini juga telah menunjukkan kesungguhan untuk menyertai gelombang tsunami politik dalam PRU akan datang ini.
Di Bagan Serai, calon PKR/Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai, ilmuan Dr. Mohd Nor Manuty yang diketmui memberitahu saya, bahawa rakyat, pelbagai kaum yang ditemui olehnya dan pasukan petugasnya telah memberikan sambutan luar biasa terhadap Pakatan Rakyat.
Ceramah besar dan kecil, di merata tempat di kawasan itu, dipenuhi oleh orang ramai dan menariknya, orang Cina yang biasanya tidak begitu berminat mendengar ceramah, telah datang beramai-ramai mendengar ceramah Pakatan degan penuh minat.
Dr. Mohd Nor Manuty sendiri mengetuai rombongan menemui pengundi dari rumah ke rumah, di samping petugasnya mengatur program, umpamanya, member khidmat kesihatan percuma dan lain-lain di kawasan itu.
Walaupun kelihatan bendera BN lebih banyak bergantungan di tepi jalan di Bagan Serai, namun, kata seorang penduduk di situ, Encik Sazali Mahmud, itu sama sekali tidak menggambarkan kekuatan BN. Benderanya saja banyak, tetapi rakyat kebanyakannya tidak menyokong mereka, katanya.
Di Dun Selising, di mana calon PAS, Haji Husin Din bertanding, kelihatan petugas PAS bertungkus lumus menjalankan tugas siang malam. Petugas markas MTDnya begitu rancak, terang benderang, dengan petugasnya menjalankan kerja hingga menjelang dini hari.
Begitu juga di Dun Semanggol, satu lagi Dun dalam Bagan Serai, petugas PAS begitu rancak menjalankan pelbagai tugas. Bendera dan sepanduk sudah dipasang dimerata tempat. Di markasnya, jentera pilihan raya bermesyuarat hingga jauh malam.
Calon PAS di situ, Ustaz Zawawi Hasan, seorang tokoh ulama yang disegani.
Semanggol dalam sejarahnya, adalah tempat lahirnya Hisbul Muslimin, gerakan Islam dan parti politik Islam yang terawal di negara ini, yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir, pengasas Madrasah Ehya-us-Sharif yang merlahirkan ramai ulama dan pejuang Islam dan menjadi tempat subur gerakan Islam di negara ini sejak zaman penjajah lagi.
Saya dan rombongan makan nasi goreng di sebuah restoran di situ dan menyaksikan anak-anak muda, petugas PAS, memasang bendera, sepanduk dan kain rentang dan mereka bergilir-gilir menjaganya di seluruh Dun itu, khabarnya hingga subuh, supaya tidak dirosakkan oleh musuh politik Pakatan Rakyat.
Sementara itu, bertemu dengan Dr. Mujahid Yusof Rawa, calon Parlimen PAS Parit Buntar di majlis kenduri di rumahnya di Taman Krian Permai, Parit Buntar kelihatan beliau sangat sibuk. Suasana sangat meriah sekali. Tetamu dihidangkan dengan Nasi Arab dan cendol Parit Buntar yang terkenal dengan lemak manisnya.
Pelbagai kaum mengunjungi majlis di rumahnya itu, termasuk ahli Dewan Himpunan Penykong PAS (DHPP), di mana Dr. Mujahid sendiri pengerusinya.
Ternyata Dr. Mujahid mempunyai penyokong yang kuat bukan saja dari kalangan pengundi Melayu, tetapi juga pelbagai kaum. Dia menyantuni setiap rakyat dan sangat peduli masalah mereka, sebab itu beliau sangat popular di sini. Bagi saya ketokohan Dr. Mujahid sangat menyerkah bukan saja sebagai pemimpin politik gerakan Islam yang sangat menjanjikan, bahkan sebagai salah seorang pemikir PAS.
Pengerusi DHPP, Perak, Beh Heng Kin, memberitahu saya, bahawa Dr. Mujahid adalah pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum, dia sangat terbuka dan melayani semua kaum.
Beh memuji Tuan Guru Nik Abd Aziz dan sangat mengkagumi perwatakan Tuan Guru itu. Baginya, Mursyidul Am PAS itu, adalah lambang suatu kepimpinan rakyat, di samping seorang ulama yang sangat jauh ke depan pemikirannya.
“Gaya hidupnya sangat sederhana, pandangannya jauh ke depan dan Tuan Guru adalah pemimpin teladan bagi rakyat Malaysia ini,” katanya.
Sementara itu, saya bertemu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Beliau sedang menyampaikan taklimat kepada petugas Muslimat dan petugas lain di Dewan Fadzil Noor, di bandar itu.
Saifuddin adalah penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan.
Di Parlimen Kulim Bandar Baru ini, kerjasama erat telah ditunjukkan oleh petugas PAS dan PKR. Saifuddin mempunyai hubungan erat dengan pemimpin PAS bukan saja di Kulim Bandar Baru ini, tetapi juga di seluruh Malaysia.
Dalam taklimat yang diberikannya, Saifuddin mengingat petugas Pakatan Rakyat supaya berharti-hati kerana “pelbagai cabaran akan kita hadapi.”
Namun, katanya, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dari selatan ke utara dan pantai timur serta Sabah dan Sarawak sangat luar biasa.
Ada yang kata Ibrahim layak jadi PM, kenapa Najib tak calonkan dia?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 17 Apr 2013 |
Ibrahim Ali kata dia layak jadi PM.. kenapa Najib tak calonkan dia?
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.
Baca lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan