Anak Rembau tawarkan RM10 juta di Kota, Chembong dan Rantau jika Pakatan menang
Posted on Sunday, April 28 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"Saya
dihubungi melalui e-mel oleh seseorang Melayu yang tidak saya kenali.
Katanya dia adalah merupakan anak Rembau.Dia mempunyai sekumpulan
kawan-kawan dan rakan-rakan yang tidak menyertai mana-mana parti
politik.
Katanya kumpulan mereka ini inginkan PAS dan PKR menang di Parlimen Rembau, DUN Kota, DUN Chembong dan DUN Rantau.
Kata
penulis e-mel ini , kumpulan dia akan melabur sekurang-kurangnya
sebanyak RM 10 juta dalam setiap DUN di Kota, Chembong dan Rantau dalam
pelbagai projek yang boleh menjana peluang pekerjaan untuk anak tempatan
sekiranya Pakatan Rakyat menang di sini.
Dan katanya ada ramai
orang luar Rembau yang akan melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat
memenangi DUN dan Parlimen di Rembau, kerana karenah birokrasi yang
sedia ada menyulitkan mereka untuk membuat pelaburan.
Saya
cubalah siasat siapa orang yang mengirim e-mel ini, mana tahu , dia
hanya main-main atau sengaja memberi isu yang memerangkap saya sendiri.
Setelah
disiasat rupanya dia ada menulis sebelum ini satu artikel yang
mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat. Saya tanya dia, adakah dia yang
menulis artikel tersebut. Dan dia mengakuinya, kerana itu ialah
pandangan beliau terhadap pemimpin berkenaan.
Dan dia masih
memberikan komitmen untuk melabur di Rembau dan memanggil lagi
rakan-rakannya untuk melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat menang
di Parlimen dan DUN di Rembau.
Saya beritahu pada dia, saya tidak
memusuhi orang-orang Umno di kampung-kampung. Saya sayang orang Umno di
kampung saya, kerana mereka orang kampung saya, waris saya. Tapi saya
kesian mereka tak senasib seperti saya. Apabila tanah mereka diambil,
tanah adat, tanah rizab Melayu untuk tujuan pembangunan kerajaan seperti
projek laluan paip gas, projek landasan keretapi berkembar, projek
pelebaran jalan Chengkau-Astana Raja, projek empangan air dekat Lubok
China dengan pampasan yang tidak masuk akal , saya amat simpati. Mereka
adalah penyokong tegar Umno, tiada tempat untuk mengadu, hanya sekadar
boleh meluahkan perasaan kepada kita.
Semoga DUN Kota, Chembong, Rantau dan Parlimen Rembau kali ini ada perubahan untuk kebaikan orang-orang kampung.
Saya
tiada apa-apa kepentingan dalam apa-apa projek pelaburan atau politik.
Kalau nak ikutkan saya rasa selesa dengan rezeki yang saya ada sekarang
ini, buat apa saya nak susah-sudah dengar rintihan orang-orang kampung
yang rata-ratanya menyokong Umno.
Yakinlah, rezeki kita, Allah yang beri, bukan Umno, bukan PAS, bukan PKR."
PRU 13 - Lihat Apek ni buat lawak - lagi power dari Saleh Yaakob
Posted on Sunday, April 28 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Manjung Mari
Sebelum ni heboh kisah Saleh Yakob dengan Nabil buat lawak perli dan menyindir pakatan rakyat...
Tapi yang ini aku terjumpa seorang Apek lagi hebat dan power berlawak seara slenga...
Layannn..
Sumber: manjongmari.blogspot.com
[Gambar] Yang Cacat, Kurang Upaya, Bukan Islam Gagahkan Diri Bantu PAS.
Posted on Sunday, April 28 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Dunia Cacamarba
Yang Cacat, Kurang Upaya, Bukan Islam Gagahkan Diri Bantu PAS, Anda yang Sihat, Islam, Buat Apa?
KLIK
Sumber gambar di sini.
Kalau
sokong UMNO, selamat berkongsi saham nanti. Selamat menganiaya saudara
anda dengan AES, GST, kenaikan harga barang, kos hidup, PTPTN, dan
segala macam bebanan yang lain.
P/s: Alhamdullilah, sejak kecil sehingga dewasa tiada setitik pun peluh TM jatuh demi UMNO dan BN!
Sumber: duniacacamarba.blogspot.com
Inilah sebab Najib takut berdebat.....
Posted on Sunday, April 28 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: tokpepijat
"Apabila Najib Razak mengatakan BN tidak akan turunkan harga minyak kerana yang untung adalah orang kaya, pelancong, warga asing.
Adakah ini hujah yang logik, bagus?
Melihat
kepada jawapan Najib ini, barangkali inilah sebab penasihat Najib
menasihatkan Najib agar tidak berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Hujah Najib adalah hujah bodoh, memperbodohkan rakyat dan bertaraf pendidikan KEMAS.
Cumanya tinggi satu inci dari JKKK !
Inikah jawapan dan hujah pemimpin Malaysia?
Ini menunjukkan Najib masih diulit dengan perangai bangsawan dan elitis. Tidak turun ke gelanggang mendengar rintihan rakyat.
Masih percaya dengan penasihat-penasihat beliau, " Semua okey, Dato Sri "
Apabila
harga minyak naik, semua barang akan naik. Dan ianya berjalan
berterusan dan harian. Berbanding dengan BR1M yang diberikan sekali
setahun.
Kehidupan rakyat tidak terjejas dengan kenaikkan minyak jika BR1M diberikan setiap bulan sebanyak RM1,000 kepada yang layak.
Malangnya
Najib tidak nampak masalah rakyat marhein. Yang difikirkan Najib ialah
tas tangan, projek kroni, C4, Mongolia, Kapalselam.
Itulah wirid dan zikir Najib diambang kemusnahan UMNO dan BN dalam PRU 13.
Inilah sebab Najib takut berdebat.....
Projek Hospital Rembau, sekadar tukar papan tanda baru
Posted on Sunday, April 28 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: amkns
"
27
April 2013 – Cadangan projek hospital Rembau yang majlis perasmian
perletakan batu asasnya telah disempurnakan oleh Dato Seri Utama Hj
Mohamad bin Hj Hasan pada 7 Mac 2008 telah menunjukkan perkembangan
baru.
Hari ini tinjauan mendapati papan tanda projek hospital
Rembau telah diganti dengan papan tanda yang baru dengan gambaran rupa
bentuk hospital tersebut.
Untuk maklumat, hospital Rembau ini
hanya akan mula dibina dalam tempoh 3 tahun dari sekarang walaupun
majlis perletakan batu asasnya telah dibuat lebih 5 tahun yang lalu.
Gambar papan tanda lama dan papan tanda baru cadangan projek hospital Rembau di rembau-hari-ini.blogspot.com"
Zahid, siapa pembangkang selepas PRU 13?
Posted on Sunday, April 28 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: tokpepijat
"Zahid Hamidi mendakwa kononnya ada 3 orang pimpinan pembangkang bakal didakwa atas tuduhan terlibat dengan pencerobohan Sulu.
Beliau juga berkata kesemua mereka akan didakwa "selepas" PRU 13 untuk elakkan dikatakan motif politik.
Timbul pertanyaan, selepas PRU 13, siapa jadi pembangkang ?
Jika BN menang, tentunya Anwar Ibrahim antara yang didakwa.
Tetapi jika Pakatan Rakyat menang, siapa pula bakal didakwa?
Yang pasti Dr Mahathir antara orangnya. Zahid orang kedua dan Musa Aman orang ketiga?
Zahid, siapa pembangkang selepas PRU 13?"
Pengundi Profesional & Fitnah saat akhir
Posted on Sunday, April 28 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: HishamAhmad
"5
Mei 2013 semakin menghampiri. Anda semua dan saya ada beberapa hari
sahaja lagi. Untuk menganalisa dan mengkaji. Untuk mengundi. Siapakah
calon wakil rakyat pilihan hati. Natijah undian boleh membawa negara ke
arah kemakmuran, tetapi kalau tersalah, merisikokan negara ke arah
kerosakan yang berterusan. Justeru, jangan sekali ambil ringan, jangan
sekali tersilap keputusan.
Nasihat saya ini khusus dituju kepada
generasi muda. Juga buat mereka yang dikatakan atas pagar dan dari
kalangan orang biasa yang tidak mendalam ilmu agama khusus dalam soal
yang sedang dibicara.
Undilah kerana (mencari keredaan) Allah,
yang maha berkuasa. Parti dan calon manakah yang diredai-Nya. Syaratnya!
Syaratnya! Jadilah bijaksana supaya tidak mudah terpedaya. Hanya
pilihan orang berilmu dan diberi hidayah akan membuat pilihan yang hak
dan benar. Analisa dengan ilmu dan mohonlah hidayah untuk memilih
‘permata’ bukan ‘kaca’. Inilah pengundi professional yang
berprinsipkan:-
”..dan janganlah engkau mengikut apa yang
engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran
dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan
ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah –al-Israa’ : 36) dan
“ … yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya
lalu mereka memilih dan mengikut yang sebaik-baiknya; mereka itulah
orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah
orang-orang yang berakal sempurna. (Surah –al-Zumar : 18)
Logik
mudah, orang Islam yang baik dan beriman perlu diundi berbanding orang
Islam yang tidak baik dan tidak amanah. Faham,kan. Tapi pada perkara
yang susah dan mengelirukan kita mesti mendapatkan pandangan dua atau
lebih ilmuan yang dipercayai. Contoh dalam isu calon orang islam vs.
calon bukan Islam, calon bukan Islam vs. calon bukan Islam. Contoh
(1)
bagaimana kalau calon bukan Islam yang ada kerjasama dengan parti Islam
yang baik vs. calon orang Islam dari parti yang kemungkarannya banyak
diketahui dan kesungguhannya untuk Islam telah diragui.
(2) Calon
bukan Islam yang bekerjasama dengan parti yang Islam tidak dicintai vs.
calon bukan Islam yang bekerjasama dengan parti orang Islam yang Islam
dicintai, yang al-Quran dan al-sunnah adalah perlembagaan parti. Begitu
juga dalam isu-isu sensitif seperti isu kalimah Allah dan lain-lain.
Sekiranya parti yang sekian lama beriltizam dengan Islam telah
dipertikaikan oleh parti yang tidak serius dalam menegakkan Islam,
menyebabkan anda terkeliru, maka anda perlu dapatkan penjelasan daripada
ulama parti itu.
Contoh; rujuklah kepada penjelasan Dato Prof.
Dr. Haron Din dan sebagainya. Anda juga boleh mendapatkan keterangan
dari ilmuan bersifat wasatiyah dan popular seperti Dr. Zaharuddin, Dr.
Zahazan, Dr. Zulkifli al Bakri. Kredebiliti yang diketahui dan dikenali.
Ini
dia nak cerita! Hari itu 24 April (Rabu) berlaku sesuatu yang mendesak
saya untuk menulis perkara ini. Mengapa? Rumah bapa saya di sebuah
kampung kecil di Melaka telah dicampakkan sebuah bungkusan. Ingatkan
bungkusan hadiah, rupanya bungkusan fitnah. Saya percaya rumah-rumah
orang kampung yang lain menerima bungkusan yang sama. Bukti, terdapat
bungkusan yang sama (belum dikutip) didepan sebuah rumah kayu kecil yang
serba kekurangan (bertutup-penghuni keluar).
Bungkusan ini
mengandungi nota-nota layang dan 4 keping VCD yang tentulah tidak lain
melainkan memburukkan pihak satu lagi. 1 VCD mengenai Mat Sabu
pengkhianat negara. 1 VCD tentang ustaz Fathul Bari, 1 VCD pula pada
gambar luarnya kelihatan berunsur lucah, apa tidaknya, ditulis juga
‘skandal seks’.
Mungkin fitnah berkaitan tokoh pembangkang. Hanya
vcd ustaz UMNO ini yang saya berminat untuk bicarakan, yang lain lebih
baik terus dibuang. Ustaz muda UMNO ini membicarakan tentang antaranya
isu doa melaknat UMNO dan memberikan hujahnya dalam menafikan kewajaran
doa itu.
Saya suka melihat beliau merujuk kepada ayat Quran,
hadith serta kisah sahabat tetapi persoalannya kefahaman dia dan usaha
mengaitkan dengan realiti semasa, kejujuran dan keadilan dia dalam
memfokus masalah sebenar, itu yang menjadi isu dan pertikaian.
Manakala
nota-nota layang pula kebanyakannya memburukkan DAP di kaca mata umat
melayu, orang kampung. Biasalah tektik sebegini iaitu orang melayu
ditakutkan dengan kecinaan, orang cina ditakutkan dengan kemelayuan.
Sedangkan banyak kes kerugian projek berkaitan harta kerajaan (atau
sebenarnya harta rakyat) bukankah menyaksikan adanya hubungan kerjasama
antara kaum berbeza dalam politik, meniaga dan kuasa?
Saksikan
juga video menarik di youtube (the banker who knew too much) tentang
siasatan tragedi pembunuhan al-marhum Jalil Ibrahim dan skandal kerugian
sgt besar berkaitan Bank Bumiputera, puluhan tahun yang lalu.
Pada
pandangan saya, logik mudah ialah terdapat kemungkinan munasabah bahawa
orang-orang biasa yang tidak jelas atau masih keliru dalam isu-isu
tertentu boleh menjadi lebih terkeliru dan terpedaya lalu percaya. Ini
kerana 3 sebab mudah,
(1) Isikandung nota dan VCD itu telah disunting , diadun dan direka bagi tujuan memburukkan pihak yang ditentang
(2) Pihak yang di’kenakan’ itu tidak berpeluang menjawab dan mempertahankan diri atau menyerang kembali
(3)
boleh menyebabkan orang menjadi keliru, lalu terpedaya untuk membuat
pilihan yang salah dan apabila kebenaran diperolehi, semuanya sudah
terlambat. Kekallah apa yang tidak diingini. Sepenggal lagi. Jelas,
orang-orang kampung cuba diperdaya dengan cara yang tidak adil dan
saksama.
Sebenarnya dalam isu ini, untuk kita buat analisa
tidaklah susah. Kalau kita relaks sekejap , dan benarkan otak kita
berfungsi secara fitrah. Kita akan mendapat jawapannya dengan
menggunakan kaedah ‘logik-mudah’. Logik mudah menyatakan :-
(1)
Penyebaran mencampak bungkusan ini adalah tektik kotor dan hina. Cubaan
mengelirukan dan memperdayakan manusia. Cara yang salah dan mengundang
dosa.
(2) Kos buat ini berapa? Kalau kata orang satu VCD cetak
rompak berharga RM5.00, kos printing bagi nota sebesar A4 size, bercetak
depan belakang, berwarna, lebih 12 helaian. 1 bungkusan ada 2 buku nota
ini. Kalau 1 bungkusan boleh mencapai kos RM30-00. Bayangkanlah kalau
dibuat 500 bungkus. Sendiri kiralah.
(3) Sukar dikata
manusia yang menyebarkan ini yang mengeluarkan kos melainkan mereka
dipercayai dibayar. Maka, ada peruntukan atau pembiaya. Persoalannya
adakah ia dilakukan dengan biayaan, dengan arahan, dengan kebenaran atau
dengan keredaan calon tertentu berkenaan? Kalau dilakukan oleh pihak
pembiaya yang kaya , untuk apa, untuk siapa, untuk manfaat bagaimana?
Semua boleh menjawab dengan mudah dengan kaedah logik mudah. Just let your brain work in its natural course, all will be crystal clear.
(4)
Satu kesilapan besar yang memakan diri dalam penyebaran bungkusan
fitnah ini ialah bila mereka mencampuradukkan dan menyatukan antara VCD
berunsur agama (yang ada nas alQuran dan al-Sunnah/hadis nabi) oleh
ustaz mereka dengan VCD yang bersifat fitnah dan VCD yang berunsur
lucah. Tidakkah ia suatu kejahilan, kekotoran dan kebatilan yang telah
digaulkan bersekali dengan perkara agama? Asal boleh punya kerja.
(5)
Manakala bagi isu agama yang dibangkitkan oleh ustaz muda itu biarlah
para ilmuan yang menjawab. Saya percaya mereka telah menjawab. Dapatkan
jawapan berkualiti, berhujah nas dan dalil al- Quran dan al-sunnah
daripada ilmuan-ilmuan Islam yang lain. Rujuklah ‘professor’ Google dan
carilah di youtube.
Cuma satu lagi sahaja. Hairannya kini banyak
kepelikan dan kekeliruan dalam isu-isu agama dibangkitkan termasuk oleh
beberapa manusia yang dipanggil ‘ustaz’. Isu Islam ditindas, isu kalimah
Allah tidak diperjuangkan, isu murtad yang berleluasa, isu keruntuhan
akhlak generasi muda, isu hukum hudud yang dilupa dan tidak dilaksana.
Hairannya,
hairannya, hairannya kesalahan ditujukan kepada pihak yang tidak
memerintah atau yang tidak memegang kuasa. Saya nak tanya satu sahaja,
ni semua, semua-semua ini, (isu-isu agama di atas) -
Ini semua,
semua ini berlaku dalam zaman siapa? Zaman pemerintahan siapa? Siapa
yang ambil tampuk kuasa dari penjajah dan diberi amanah sehingga kini
untuk memerintah? Tak cukup lama kah? Jadi kegagalan ini, kegagalan
siapa? Sebenarnya?
(6) Kini, setelah sekian lama. Salahkah
seseorang itu, kalau dirinya yang telah lama kecewa, dengan layanan yang
diberi kepada agama kecintaannya, seperti merasa benar terhadap apa
yang kini begitu popular dikata.
….Cukuplah! Ini kali lah! Kerana-Nya, ini kali-lah!
hisham-ahmad.blogspot.com/ Wallahu taala a’lam."
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 28 April 2013
INGAT DAN SEDARLAH...ALLAH MAHA BERKUASA...ALLAH BOLEH MENENTUKAN SAPE PEMBANGKANG LEPAS 5 MEI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan