Jumaat, 18 Januari 2013

LAMA BARU JAWAB@RESPON

India, Pakistan setuju 'reda' ketegangan Kashmir

Terjemahan Mohamad Yahya, 17 Jan 2013

Lima askar dilaporkan terbunuh di sepanjang sempadan Kashmir tahun ini.
Tentera India dan Pakistan telah mencapai satu perjanjian untuk "meredakan" ketegangan tentera di sepanjang sempadan Kashmir yang menjadi pertikaian selepas kes keganasan baru-baru ini.

Jagdeep Dahiya, jurucakap tentera India berkata "persefahaman telah dicapai antara kedua-dua pengarah-jeneral operasi ketenteraan untuk meredakan keadaan sepanjang garisan kawalan (Line of Control), Rabu lalu.

Beliau berkata, komander tentera kanan bagi kedua-dua negara telah bercakap selama 10 minit melalui telefon sebelum mereka mencapai persetujuan dan bahawa Pengarah Am Tentera Pakistan berkata arahan ketat telah dikeluarkan untuk tidak melanggar
perjanjian gencatan senjata ".
Dahiya berkata tentera India yang ditempatkan di sepanjang sempadan juga tidak akan melanggar gencatan senjata yang dimeterai antara dua negara bersenjata nuklear pada pada tahun 2003.

"Kami sentiasa mematuhi perjanjian gencatan senjata tersebut dan hanya bertindak balas," kata jurucakap itu.

Tentera Pakistan mengesahkan perbualan telefon antara kedua-dua komander tersebut.

Mereka menambah dalam satu kenyataan bahawa "Pakistan membuat bantahan keras" ke atas pembunuhan seorang askar mereka malam Selasa lalu.

India tidak mengesahkan pembunuhan berkenaan tetapi berkata bahawa jika seorang askar telah meninggal dunia, ia mungkin adalah hasil tembakan tindakbalas India kepada tembakan dari Pakistan. (aljazeera.com)

Ops Tampal: Pemuda PAS perlu lapor jalan rosak

Harakahdaily, 17 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memuji tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di atas perlaksanaan Ops Tampal Jalan yang telah dan akan terus dilaksanakan di semua jalan negeri termasuk jalan persekutuan di seluruh negeri dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).


“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri cukup wajar memandangkan banyak aduan-aduan telah dibuat sebelum ini yang menjurus kepada masalah dan keresahan rakyat berkenaan jalan-jalan yang rosak dan berlubang di seluruh Selangor,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Beliau berpendapat usaha baik itu adalah menepati agenda kerajaan negeri di dalam mendahulukan keselesaan rakyat sebagai kerajaan yang prihatin dan cakna terhadap segala permasalahan rakyat.

Justeru, kata beliau pihaknya turut mengarahkan Pemuda PAS kawasan-kawasan untuk memberikan khidmat sukarela dengan turun padang melakukan pemantauan dan laporan sekiranya ada jalan-jalan yang rosak dan berlubang yang perlu dibaiki di kawasan masing-masing.
Najib kata Deepak tak boleh dipercayai
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menangkis dakwaan yang ditimbulkan Deepak Jaikishan dan menyifatkan ahli perniagaan itu sebagai individu yang tidak boleh dipercayai.

Beliau juga yakin dakwaan yang ditimbulkan Deepak tidak akan menjejaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai.

(Dakwaan Deepak) bukan satu isu. Ia tak akan beri kesan (pada BN)," kata Najib ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur lewat malam ini.

Jawapannya itu merupakan reaksi pertama Najib sejak Deepak mula menimbulkan dakwaan serius ke atasnya sejak akhir tahun lalu.

Dalam satu wawancara dengan lidah parti PAS, Deepak mendakwa Najib memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertama pada tahun 2008.

Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

Peniaga permaidani itu juga menjelaskan, beliau tampil dengan dakwaan itu selepas mendakwa ditipu oleh ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dalam satu urusniaga tanah.

 
  • Kak Bedah · Pengulas Tertinggi · Stanford University
    ish2.. deepak oh deepak.... aq jentik teloq baru ko sedar
  • Mega Bidaman · · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai, Johor
    walaupun najib baru berkata Deepaak tak boleh dipercayai , berbillionnn rakyat Malaysia dah tahu perihal ini bila dia start buat statement konar...dalam video yang dikeluarkan oleh malaysiakini sendiri pada beberapa tahun lepas Deepak buat statement yg bertentangan apa yang pernah diucapkan sekarang?? mau percaya lagi ka??? kah kah kah ... cuma pecacai2 yg terkesan dengan kencingan maut pemimpin2 PR saja percaya, walalubagaimanapun jumlah yang terkena kencingan maut ni tak lah seberapa berbanding berbillion billion rakyat yang tahu hakikat pembohongan itteww..
    • Amir Mohd · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mekanik
      sialllahhh lu bro ... gua baru nak serious , berkobar-kobar baca malaysiakini , baru nak kutuk najib lu punya komen buat gua gelak terbahak2 , macam cilaka...lepas aku baca lu punya komen , bukan aku saja yang boleh goyang sokongan dengan PR , confirmmm ada readers2 lain pun goyang...
    • Mega Bidaman · · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai, Johor
      ehh brooo lu nak komen tempat gua , lu bagi lahh salam dulu....tak pasal2 je aku kena lu punya sial , tapi nasib baik lu mengaku sudah goyang sokongan dengan PR , bagus2 ....ajak sekali member2 lain yang jadi pecacai tegar ... kena ingat dan semat dalam hati...sekarang ni sokongan rakyat adalah berbillion billlion kepada UMNO dan BN , mereka tak sabar nak jatuhkan PR...come and join the force , we won't leave u...promise ;)
    • Ummu Fawwaz · Pengulas Tertinggi
      yang pasti ketua wanita umno selangor ada kaitan dgn Deepak..mana nk pergi lembu2 umno jika tidak najib yg jd contohnya..mcm kome berdua ahak2
    • Pak Ngoh Geliga · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bekerja sendiri
      Kalau najib masih ada telur,, saman,itu paling mujarab untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat.
    • Normiza Safuan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di N/A
      Lu silap banyak broo mak yee wa ckp lu...
      Kalau tidak betul saman la jutawan carpet belaan umno
    • Muhammad Azraei · Pengulas Tertinggi
      WoooWooo Wooo menyalak dah kroni2 UMNO/BN. Pembetulan bukan berbillion penyokong UMNO/BN yg sebenarnya berbillion UMNO/BN dah bawak lari wang rakyat/Negara.
    • Azmi Zakaria · Pengulas Tertinggi · Guru di Smvsas rompin
      mat mega bidaman, ye ke sekarang orang ramai sokong umno BN, aku takut tebalik je.....jangan sedap sangat. Ingat PRU 12 dulu taklah banyak mana kes atau skandal, tapi sekarang engkau senaraikanlah sendiri, berapa banyak ? sekarang orang sedang menilai banyak perkara dan peristiwa....ingat tu .
    • Eryy Ery · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
      pelik aku ..dah kena tuduh mcm2 dgn si keling karpet nie masih tak ambil tindakan..ngape dayus sgt PM umno nie..
    • Eryy Ery · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
      Mega Bidaman berbillion2 rm kena rompak dan songlap dgn umno nie..bkn berbillion rm sokongan...pandai je ko bergurau ye..
    • Sam Roy Stone · Pengulas Tertinggi · Mara Institute of Technology
      Mega Bidaman = Dari segi logik, Mana ada kes (altantuya) tanpa motif bro.... Gua masih berpijak pada bumi yg nyata....
    • Din N Jes · · Pengulas Tertinggi
      ni la tahap ilmu hisab cai umno, jauh sekali malaysia nak sampai 100 juta rakyat, sebutannya sampai berbillion nak sedapkan hati bossnya angka tak wujud pon hentamkan aje asal bossnya suka. Kalau sokongan kat pr tu aku sorang je nak di bandingkan dengan sokongan kat bn yg berbillion tu..ke ko i kira semua sekali termasuk dengan kucing2, anjing2, dan jerung2 yg bermasalah bro?.. listen!listen!listen?hahaha
    • Black Majesta Abu · · Pengulas Tertinggi · IPTS
      AJAK berdebat pun NAJIB takut macam mana orang nak percaya dia? mega budiman ini lagi lah tak boleh PAKAI punya orang nak percaya MMG TAK!!hihihi....
    • JuLz HaMrie · · SEGi University College
      lu ne ada skolah ker tak mega bidaman? sejak bila rakyat malaysia ada berbilion org? kalo nk lebih2 pun.. jgn la jadi mcm org bodoh smpi over sgt
    • Selamat Bin Ujud · Pengulas Tertinggi · Kota Tinggi
      tolong tunjuk itu komen depak 5/6 tahun dulu????....kalau org... kau cabar SAMAN.....sekarang aku cabar Najib saman itu depak...biar terburai semua kat mahkamah......meracau aje...
    • Bob Malaya · Pengulas Tertinggi
      betul tu mega aku setuju pencacai mereka semuanya lurus bendul
    • Reza Yusoff · Pengulas Tertinggi
      berbilion bilion lah jugak najib umno bn dah soglap.
  • Bob Human · Pengulas Tertinggi · Sekolah Seri Suria
    mmg betul pun apa yg najib ckp nie si anjing kurap upahan nie bukan boleh d pecayai....saper nk pcy kat deepak nie ckp berbelit-belit hanya pencacai2 pakatan harami jer yg percaya apa yg si deepak bankrap nie ckp...aku tengok muka magkuk nie pun dah menyampah cerita sama cuma tajuk jer berubah-ubah ko nk perbodohkan pencacai2 pakatan harami buleh la deepak dengan cerita kuno ko nie....sbb pencacai2 pakatan harami nie mmg dr azali lg x berapa cerdik tu pasal la apa yg pemimpin2 pakatan harami buat walau pun salah ia ttp menyokong...muahahahaha.....
    • Atuk Bidan · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Sultan Tajul Ariffin
      Pakatan tidak terburu buru menyokong deepak... pakatan ada fikiran... deepak datang mengadu domba pun mana ada pakatan layan... sebab... pakatan memang bijak dari dulu lagi...
    • Azmi Zakaria · Pengulas Tertinggi · Guru di Smvsas rompin
      kalau aku, tak tunggu lama aku saman dah....
    • Muhammad Azraei · Pengulas Tertinggi
      Hello Bro Bob, pemimpin PR hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang.Mendedah kepincangan dan penyelewengan pemimpin pemerintah. Mereka tak ambik harta rakyat dan harta Negara. Kalau tak betul pendedahan mereka dan Deepak ambiklah tindakan undang2 untuk bersih nama bukan hanya demgan penafian begitu saja. Pemimpin PR dah buat tindakan undang2 pd org2 yg menfitnah mereka. Dan kita semua pun tahu dah banyak kes mereka menang maka nama mereka pun bersih. Yak kan PM dan pemimpin UMNO/BN yg menguasai semua ejensi tak leh buat benda yg serupa. Tak guna bro Bob beremosi menuduh org begitu begini.
    • Sam Roy Stone · Pengulas Tertinggi · Mara Institute of Technology
      Dari segi logik, Mana ada kes (altantuya) tanpa motif bro.... Gua masih berpijak pada bumi yg nyata....
    • Eryy Ery · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
      tak percaye pn..tp heran ngape si keling karpet nie begitu kebal hingga tak di ambil tindakan krn fitnah..dayus la plak PPM umno nie..
    • Eryy Ery · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
      tak berani saman..kah3!!takut pd si keling carpet..
    • Selamat Bin Ujud · Pengulas Tertinggi · Kota Tinggi
      lu meracau sana sini cakap tak de fakta....menglembukan diri....ikut macam pemimpin PR.....BERANI SAMAN...BIAR ALTANTUYA HIDUP BALIK......
      PRU 13 ....BN KO...KALAU TAK BERANI SAMAN....
    • Razalisolution Latif · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      Tunggu Ketua Wanita UMNO Selangor saman Deepak.. Ada Berani ka..
  • Cili Padi
    Aku dari mula memang dah tahu dia ni kaki pusing. Siapa yang percaya dengan paria yang suka pusing cerita ni? Suka sangat pusing cerita. Sekejap kutuk sekejap menjilat tak tentu pasal. Orang bangang je percaya kat Paria kaki spin ni. Muahahahahhahaha!
  • Bob Malaya · Pengulas Tertinggi
    deepak nie tak habis dengan perangai bodoh dia..deepak sememangya terkenal dengan kaki belit termasyur dimalaysia..sekejap itu sekejap ini itu kerja deepak..tapi hakikat tidak kemana akhit jatuh ditimpa tangga..hahaha

Miskin: PAS seru rakyat Johor buka mata

Salmiyah Harun, 17 Jan 2013

KUALA LUMPUR: PAS mendesak satu suruhanjaya bebas ditubuhkan serta merta untuk menyiasat secara terperinci terhadap dakwaan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengatakan Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, suruhanjaya itu harus dianggotai oleh beberapa badan bukan kerajaan, pimpinan politik, ahli ekonomi supaya dapat mencari apakah punca sebenar sebagaimana yang didakwa.

Bagi Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mana-mana pembangunan mega di masa akan datang harus mengambil kira aspek keuntungan jangka masa panjang dan pendek yang berkonsepkan lestari.

"Ini bermakna pembangunan di Johor tidak boleh menggadaikan hak dan masa depan orang Melayu itu sendiri," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Apa yang membimbangkan hari ini, katanya projek Rapid di Pengerang telah menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti mana dapat dikesan dengan jelas dalam projek Iskandar Malaysia.

"Dalam Rapid terhapusnya 10 buah kampung tradisi, akhirnya rakyat Johor hilang tanah selamanya ," tambah beliau.

Beliau meminta rakyat Johor membuka mata mereka dan jangan terus terpesona dengan laungan pembangunan tetapi meminggirkan rakyat khususnya orang Melayu Johor.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Justeru beliau berharap Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman jangan membisu dalam hal ini, beliau harus tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan itu.

Semalam, Presiden DPMM  Datuk Syed Ali Alattas berkata,orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia.

Katanya, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” katanya

Projek IC: Keraguan rakyat terhadap SPR berasas

Hazayani Zakaria, 17 Jan 2013

KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), disiasat berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing untuk menjadi pengundi di Sabah.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata, siasatan tersebut bukan hanya perlu dilakukan ke atas SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja tetapi ke atas semua agensi dalam kerajaan yang terlibat.

"Apa yang diragui kita selama ini ada benarnya bahawa berlaku konspirasi melibatkan SPR dan JPN untuk beri IC kepada rakyat asing," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Nasir Sugip semalam berhubung kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Nasir ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI)  berkata, jabatanya pernah menerima arahan daripada SPR negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi

Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

berkata, pendedahan dalam RCI itu juga membuktikan keraguan rakyat terhadap ketelusan SPR ada asasnya.

"Ini bukan pengakuan biasa yang boleh diketepikan tapi pengakuan bersumpah dalam RCI," kata Hatta lagi.

Beliau menambah, operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru, dikenali sebagai 'Ops Durian Buruk' itu bukan sahaja melibatkan keselamatan negara tapi satu penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Ini bukan sahaja memberi kesan besar dalam Pilihan Raya Umum tapi melibatkan keselamatan negara kerana melibatkan rakyat asing dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Tambah beliau, perkara tersebut diyakini bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi turut berlaku di negeri lain pada PRU ke-11 pada tahun 2004.

"Contohnya pemindahan pengundi Selangor ke Terengganu dan pemberian IC kepada warga asing untuk mengundi di Terengganu yang menyaksikan peningkatan mendadak peratusan keluar mengindi di negeri itu," katanya.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan