Jumaat, 18 Januari 2013

BILA PENGUNDI ADA SEKOLAH...ADA SRP...SPM...STPM...DIPLOMA...IJAZAH...MA DAN PHD...YANG TAK RETI BACA DAH KURANG...MAKA DAH TAK BOLEH AUTA DAN TEMBERANGLAH...SILAP2 PENGUNDI LEBIH TERPELAJAR DARI CALON

Najib janji buat yang terbaik dalam p'raya
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pentadbirannya akan melakukan yang terbaik dalam pilihan raya umum akan datang walau bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kemenangan tipis BN sebagai kemenangan "kosong".
"Kami akan buat yang terbaik... Sudah tentu kami mahu sebuah kerajaan yang kuat," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media lewat malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir pada petang ini yang menilai prestasi pentadbiran seperti itu, sekiranya BN kekal menang dalam pilihan raya umum akan datang kerajaan dengan sokongan dan undian yang merosot.

Dalam sidang medianya lewat malam ini, Najib turut ditanya lagi mengenai perjalanan proses siasatan Suruhanjaya Diraja berhubung isu pendatang tanpa izin di Sabah.

Mengulas perkara itu, Najib yang juga presiden Umno berkata BN patut diberi pujian kerana mengadakan siasatan berkenaan.

"RCI adalah manifestasi yang jelas dan keikhlasan (kerajaan) untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin. Kamu patut beri pujian kepada BN...

"Kita belum sampai kepada hasil siasatan. Sebanyak 167 saksi akan dipanggil. Jadi jangan terus kepada kesimpulan.

"Biarkan ia berlangsung dan RCI akan membuat keputusan."

Bukan isu besar

Mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengakui memberi IC mengikut undang-undang, Najib berkata selagi ia dibuat mengikut undang-undang, ia tidak salah.

"Seperti yang Tun Mahathir katakan bahawa satu juta kerakyatan diberi kepada (golongan) Cina Malaysia. Anda tahu betapa ramai (masyarakat) India Malaysia yang turut dapat kerakyatan.

"Ia bukan isu besar selagi anda melakukankan mengikut undang-undang... Biarkan suruhanjaya siasat dan jalankan tugas," katanya.

Ditanya lagi sama ada beliau melihat perkara yang didedahkan dalam RCI tersebut membawa kesan buruk, Najib berkata beliau tidak melihat sedemikian.

"Tidak, selagi orang tidak putar (dengan) cara tidak betul. Tolong terima ini adalah (usaha) ikhlas kami, untuk menyelesaikan masalah ini yang menjadi kebimbangan orang Sabah sejak lama."
Mahathir: K'jaan pimpinan Najib kini lemah
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan "takut menggunakan kuasa".

Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu.

NONETambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita.

"Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.

"Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat.

"Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah.

"Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia satu kemenangan yang kosong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.

NONEIndividu berkenaan meminta Mahathir menjelaskan mengapa kerajaan pada masa ini dilihat lemah sehingga banyak tindakannya, seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik untuk pesalah trafik, dipertikai ramai pihak.

Mahathir seterusnya berkata, kerajaan yang lemah tidak berani untuk bertindak menggunakan kekerasan malah turut menghapuskan kuasa yang ada.

"Kerajaan yang lemah ialah kerajaan yang memang takut terutama dalam demokrasi kerana kita bertindak salah, kemungkinan akan kalah lagi. Kita mungkin akan hilang kuasa.

"Sebab itu kita lihat sekarang ini, kita tak berani bertindak menggunakan kekerasan bahkan kita hapuskan segala kuasa yang ada pada kita.

"ISA umpamanya. Apa yang kita malu sangat dengan ISA ini?," katanya sambil memberikan contoh Amerika yang menurutnya menangkap pengganas tanpa mengikut undang-undang.

Dengan membandingkan ISA dengan kem tahanan Amerika Syarikat di Guantamo Bay, Mahathir berkata, tindakan penahanan yang dilakukan Malaysia masih mengikut undang-undang.

"Bila Amerika dan Britain diserang oleh pengganas, mereka tangkap dan tahan orang tanpa undang-undang yang mana lebih teruk dari kita.

"Kita masukkan orang dalam tahanan ikut undang-undang ISA untuk menahan orang, dia (Amerika) tak ada undang-undang untuk tangkap dan mereka sanggup seksa yang mana kini dibenarkan di Amerika.

"Kita kalau nak cakap kononnya kezaliman kita di sini, kenapa kita tak tegur orang yang lebih zalim dari kita yang suka tegur kita?," soalnya.
Ibu bapa pakai baju BERSIH terima bantuan RM100
 
Sekumpulan ibu bapa menarik perhatian umum apabila tampil ke sekolah petang semalam untuk menerima bantuan persekolahan RM100 dengan memakai baju berwarna kuning sempena perhimpunan BERSIH 3.0.
Tindakan sekumpulan 15 ibu bapa pelajar itu turut menjadi buah mulut di laman sosial hari ini apabila gambar mereka dengan pakaian berkenaan dimuatkan oleh pengguna.

NONESeorang daripadanya Wong Chai Soon ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau bertindak demikian untuk menyatakan bahawa mereka bukan menerima bantuan itu dengan senang hati.

"Sebenarnya saya memakai baju BERSIH untuk menarik perhatian pihak berkuasa bahawa (apakah) dengan pemberian wang ini membuatkan kita perlu tunduk, bersetuju dan senang hati.

"Sebaliknya, saya menerimanya dengan hati risau dan memikirkan mengenai keadaan negara kita pada masa akan datang," kata Wong Chai Soon yang menerima bantuan tersebut di SMJK(C) Chan di Seremban semalam.

Wong, 45, berkata sekumpulan ibu bapa lain turut memakai baju kuning pada majlis tersebut.

"Saya hanya menerima SMS. Ini inisiatif daripada kawan. Saya hanya terima SMS dan majukan kepada kawan lain. Kawan di pejabat saya pun saya suruh pakai baju kuning. Saya sendiri pakai baju BERSIH," katanya.

NONEDitanya mengenai reaksi ibu bapa dan guru sewaktu kumpulan mereka memakai baju tersebut, Wong yang bekerja sebagai jurulatih kursus kewangan berkata para guru berkenaan menunjukkan reaksi "biasa dan tidak marah".

"Ada yang pandang-pandang, ada yang tegur-tegur. Yang mana saya kenal, mereka bersetuju. Guru bersikap biasa sahaja. Mungkin mereka penat layan orang... Mereka biasa sahaja," katanya.

Sekumpulan ibu pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BERSIH Mama' mempromosi tindakan itu melalui satu kenyataan kepada media semalam.

Mereka menggesa para ibu bapa menggunakan kesempatan ketika menerima wang bantuan tersebut untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Pada masa ini, apa yang paling diperlukan rakyat di negara ini bukanlah bantuan kewangan RM100, RM250 atau RM500.

"Jika negara ini tiada pilihan raya bersih dan adil, tujuan sebenar pilihan raya tidak akan dicapai dan negara ini tidak akan menjadi benar-benar demokratik untuk memilih wakil yang diingini rakyat," kenyataan itu dipetik.

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada ibu bapa merupakan peruntukan yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat tahun lalu.
Pengerusi SPR: Tiada komen sekarang tentang RCI Sabah
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengulas mengenai prosiding suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah sehinggalah ianya selesai.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau telah diberi nasihat undang-undang bahawa berbuat demikian akan menghina prosiding RCI.

NONEKatanya, SPR akan dipanggil memberi keterangan kepada RCI sekitar
bulan Februari.

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak wajar untuk beliau mengulas mengenai prosiding itu yang sedang berjalan.

Katanya, biarlah RCI menjalankan tugasnya sehingga selesai dan mengumumkan penemuannya.
Kemudian, katanya, barulah wajar bagi SPR untuk memberi respons.

Ketika dihubungi hari ini, Abdul Aziz juga berkata hampir 200 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada RCI.

Bagaimanapun, katanya, SPR kini mendaftar pengundi mengikut proses sewajarnya, dan tidak seperti apa yang didakwa berlaku lebih 20 tahun lalu.

Siasatan RCI itu, yang kini masuk hari keempat, telah mendengar keterangan para pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang mendakwa mereka telah diarahkan memudahkan pendatang mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1990-an.
PKR timbang prosiding hina mahkamah ke atas Khairy
 
PKR bercadang untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang didakwa memberi kenyataan berlainan daripada persetujuan bersama yang direkodkan di mahkamah dalam penyelesaian kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata, Khairy dalam persetujuan bersama itu bagi kes saman fitnah itu mengaku tidak pernah mendakwa Anwar sebagai "pengkhianat bangsa Melayu" dan "boneka Amerika Syarikat dan Yahudi" dalam satu ceramah di Perak pada 1 Ogos 2007.

Azmin berkata Khairy bagaimanapun menukar pendiriannya dalam akhbar Sinar Harian Online semalam apabila mengaku tidak menarik kenyataannya dan menyalahkan akhbar yang didakwa salah memetik kenyataannya dalam ceramah tersebut.

"Saya bercadang supaya ada prosiding menghina mahkamah (terhadap Khairy). Kita sedang berbincang dengan peguam (tentang perkara ini), dan kita
meneliti dengan rapat kenyataan-kenyataan beliau," katanya.

Khairy dalam Sinar Harian Online semalam dilaporkan berkata beliau tidak menarik balik kenyataannya tentang Anwar dan mendakwa kenyataannya yang dipetik akhbar pada 2007 itu tidak betul dan tidak tepat.

Laporan Sinar Harian Online itu semalam menyebut, beliau turut berpuas hati kerana Anwar meminta kes ini diselesaikan tanpa kos dan dengan permohonan maaf.

"Ya, beliau tarik balik samannya tanpa kos atau minta saya mohon maaf. Saya cuma perlu kata, saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam akhbar dari ucapan saya," kata Khairy seperti dipetik.

Anwar bagaimanapun ketika mengulas persetujuan yang dicapai untuk menyelesaikan kes itu semalam berkata persetujuan itu bermakna Khairy menarik balik kata-kata tersebut.

Katanya, plaintif telahpun mengemukakan bukti dalam laporan The Star dan juga transkrip yang diserahkan oleh peguam Khairy kepada mereka.

Anwar berkata, bukti berkenaan menunjukkan bahawa kata-kata tersebut sememangnya diucapkan oleh Khairy dalam majlis di Kuala Kangsar itu.
S'gor: Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya
11:44AM Jan 17 2013  
Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan bahwa kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air di Lembah Klang kini pulih sepenuhnya.

Menurut satu pengumuman hari ini, kawasan yang terjejas akibat kerosakan rumah pam Wangsa Maju pulih sepenuhnya dan begitu juga dengan kawasan yang menerima air terawat dari loji Sungai Semenyih.

Bagaimanapun, dianggarkan kira-kira 30,000 pintu rumah masih mengalami masalah bekalan, menurut kenyataan tersebut.
"Semua kawasan telah mula mendapat bekalan air termasuk kawasan tinggi seperti di Bandar Sri Permaisuri.

"Setelah loji dipulihkan, bekalan air disalurkan semula pada jam 8 malam hari yang sama. Hasilnya kawasan yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Semenyih telah beransur-ansur mendapat bekalan air terawat semula," pengumuman bertarikh 16 Januari itu dipetik.

Pengumuman itu dikeluarkan Jawantankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Beberapa kawasan tinggi yang mendapat bekalan daripada loji Sungai Semenyih - yang disalurkan dari Kolam Air Terminal Bangi dan Kolam Air Sri Kembangan - beransur pulih sepenuhnya semalam, menurut kenyataan itu.

Ia seterusnya menyenaraikan kawasan yang masih terjejas:
Kolam Air Sri Kembangan
Taman Harmoni
Taman Kajang Impian
Kawasan Seksyen 7 — Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
Kawasan Taman Industri Selaman

Kolam Air Terminal Bangi
Kawasan Sri Kembangan termasuk Taman Equine, Pasar Borong
Kawasan Industri Sri Kembangan

Kawasan mendapat bekalan Loji Sungai Langat:
Tmn Bkt Belimbing, Tmn Puncak Utama, Tmn Putra Budiman, Tmn Sg. Besi Indah,Tmn Juara Jaya, Industri Balakong, Industri Tanming Jaya,Balakong Jaya,Kg Baru Balakong, Tmn Saujana Impian, Bdr Baru Seri Petaling,  Desa Petaling,  Tmn Salak Selatan dan kawasan-kawasan lain.

Kawasan mendapat bekalan Loji Sungai Selangor:
Sg. Kapar Indah,Tmn Sri Andalas, Bkt Kapar,Tmn Sentosa,Seksyen 27,Seksyen 33, Seksyen 32, Sg. Kapar Indah,Bkt Kapar, Kapar dan kawasan-kawasan lain.
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 432 orang pelanggan
    Daulat kerajaan Rakyat PR..!! Daulat Rakyat .. Daulat PR..!! Ini baru nama Sayangi Selangor, Sayangi Rakyat..!! bukan Sayangi Selangor, Sayangi Kroni...anjuran UMNO..!! Tindakan pantas JPBA yg memastikan Aning UMNO iatu SKEBAS tidak melengahkan kerja baik pulih membuktikan kebajikan rakyat amat dititikberatkan oleh kepimpinan PR Selangor... Amaran pada UMNO haramjadah..!!! jangan naikkan kemarahan rakyat... dgn mengunakan SKEBAS utk menyusahkan rakyat..!!! ingat dulu masa UMNO haramjadah berkuasa diselangor.. korang anak emas.. kini status korang adalah anak haram..!! dan jangan sesekali memperbodohkan rakyat Selangor.... Pengswastaan bermaksud peningkatan kualiti dan perkhidmtan.. tapi sejak diambil alih oleh SKEBAS..langsung tidak ada peningkatan kualiti.. apa yg naik..??? kadar takrif air naik.. menyusahkan rakyat.. dan gaji CEO SKEBAS naik.. so apa peranan rakyat..?? jadi ATM pada Kroni.. NO MORE..!! we will fight till the end.. till BN is Be End..!!
    • زوية صفية · Bekerja di Di Rumah Tercinta
      Panas tuuu!lebih panas pada air yg dirawat.lepas kena rawat yg lain pulak
    • Abd Latip Saleh · Pengulas Tertinggi
      Raja
      apa komen ko yang bodo nie
      Untung Kerajaan BN tolong kerajaan PR yang tak tahu buat kerja
      nak kira isipadu air pun tak tahu camne Raja

      bermakna ngko pun STATUS adalah anak haram jiuga la!!!!
      ngko waras disekeliling badan ko aje

      rakyat selangor tunggu kejatuhan kerajaan PR diaorang akan sedih dan gembira

      dan orang yang paling gembira dan sedih ialah Raja Shahrim
    • Plaster Stapler · Pengulas Tertinggi
      Abd Latip Saleh mung pon bodo gak...
    • Saleh Abim · Pengulas Tertinggi
      Raja mohd sharim apa yg kau mengigau ini.

      Suruh pemimpin engkorang angkat air jangan duduk kat bilik aircond je.
    • Moktan Bakong · Pengulas Tertinggi
      Abd Latip Saleh ...Langat 2 tak dibina...air dtg dr mana ...langit!!!
      cai2 yg mahu sangat2 Langat2 di bina tu ada habuan menanti...rakyat Selangor boleh berfikir dgn waras ...mana yg betul dan mana yg salah..renung2kanlah
    • Amad Ketikalena · · Pengulas Tertinggi · Nujum Pak Belalang di Ahli nujum negara
      wa abdul latif..kut yer pun sokong BN bahasa tak jaga lansung..memang dulu mak ayah kau tak ajar kau adab ke? yer la org umno kan memang dari dulu bahasa dia macam taik..memang patut layan macam taik juga..
    • Man Bo · Pengulas Tertinggi · Sek men tmn maluri
      Abd Latip Saleh nie kalau x tau apa2 x yah la ketuk canang sana sini..mcm khari J plak..nanti taril balik statment tu..
    • Abd Latip Saleh · Pengulas Tertinggi
      Amad Ketikalena
      bila komen ada ayat BN sokong BN la. otak sengal ngko ni
      sama macam moktan bakong otak sengal

      Langat 2 dibina untuk semua rakyat selangor dan sewaktu dengan nya.
      jangan tuduh sebarangan nanti makan diri,

      amad ngko komen ayat sebantal ko tu RMS

      aku rasa perangai konco konco ngko macam sorok kuku kalu tak tahu belajar adab sopan
    • Syed Zul · Pengulas Tertinggi
      sy berpesan kpd anda semua: jgn dilayan "lembu' yg sdg meragut tu..senyapla tu nanti bila kak jat panggil dia balik masuk kandang..
    • Abd Latip Saleh · Pengulas Tertinggi
      Syed Zul rasanya ngko pun sama jadi lembu kak jat hahahahaha
    • CRizal Single · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rezaki yang halal
      sekebas duit rakyat
    • Semut Api · Smk marikh
      Abd Latip Saleh ko ni taik umno..... cakap apapun tk guna kat ko ni... mmg dh jadi taik... busukkkkk punya taikkkk werkkkkk !!!!
    • Libra Weed · · Institut memandu imkeda
      hahaha korang tgok komen abd latip sarkis tu...die mmg anggap diri nye lembu la tu.....alif mim nun tendang wau - sarkis.....lembu sarkis...
    • Al-Fadhil Al-Abror · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah kebangsaan meru
      latip anak saleh ..kok bengong kayak dugong... kalu nak tau kerajaan negeri leh handle air ke tidak... suruh lah syabas terbabas tu serah kat krjaan negeri... sembang hangit berdentung dentang cam org mabuk pil kudee ape barang...
    • Sten Niz · Pengulas Tertinggi
      Abd Latip Saleh...engko ni dah macam tuhan dah...dah pandai mengharamkan orang pula...kalau macam tu baik kita org sembah engko....
    • Din Menteri · Pengulas Tertinggi · SMA Negeri 1 Bandung
      syabas!
    • Cikgu Saari · Pengulas Tertinggi
      Dia lebih bodo lebih dari lembu sebab duk bela perompak dalam rumahnya sendiri
    • Amad Ketikalena · · Pengulas Tertinggi · Nujum Pak Belalang di Ahli nujum negara
      tak payah nak kelentong la abd latif..memang kau sokong bn pon..otak kau yg sengal tu bukan reti jaga bahasa..kau tak payah nak ajar org la latif..kau selak dulu bahasa kau tu..langat apa bagai ..kaki kroni ..dah ngaku pun kroni umporno..
    • Syed Zul · Pengulas Tertinggi
      Kah3 pandai plak lembu ni menyahut
    • Muhamad Amir Zulkuply · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Thunder Match Technology Sdn Bhd
      puak2 umgok menyalak lagi lak..apa sal tak menyalak kat..Beri IC: Tunku lebih teruk dari saya, kata Dr M....
  • Mohd Noor Ismail · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
    Tahniah kepada PR Selangor. Walaupun ditekan dan disabotaj.
  • Jamzuri Ardani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Private
    Rakyat Selangor mohon CEO Syabas letak jawatan. Rakyat Selangor mahu Kerajaan Negeri ambil alih pengurusan air Selangor. Syabas terbukti gagal mematuhi syarat konsesi. Syabas menjadikan penderitaan rakyat sebagai bidak catur permainan politik Umno/BN.
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Alhamdulillah. Diharap pihak syabas/bn dah2 la sabotaj. Air ini adalah kurniaan Allah, jgn ada sesiapa yg cuba berlagak Tuhan dgn cuba menyekat melalui berbagai cara! Kelak padah jwbnya, didunia lagi Allah hantar bala! (sila rujuk tulisan saya kelmarin). Enough is enough, skrg marilah kita sama2 gembelingkan tenaga utk tolong rakyat...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Air & sgala sumber dibumi ini adalah kurniaan Allah pd setiap hambaNya, samada mereka beriman atau x pdNya. Tugas kita adalah mengagih2kan dgn adil pd semua, & jgn pulak sebaliknya disekat, utk tujuan murahan. Allah itu adalah ArRazzaq (Maha Pemberi rezeki), & disamping itu jugak AlMutakabbir (Maha Perkasa). Dia bagi rezeki pd semua hamba2Nya, tapi jgn pulak sihamba memandai utk menyekat kurniaan/rezeki Allah ini dari smpai ketgn sesetengah hamba, utk tujuan tertentu. Ini adalah mencabar kekuasaanNya. & sekali lagi, antara nama Allah adalah Maha Perkasa & Maha Pembalas (alMuntaqim). Lain kali, beringatlah!!!...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Firman Allah, "sekiranya kamu bersyukur (atas nikmat2 kurniaanKu) nescaya aku tambah pdMu. & sekiranya kamu kufur/engkar (sperti menyekat rezeki sbagai contoh), maka sesungguhnya pembalasan Aku amatlah pedih" al-Hajj. Peringatan utk semua...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      "Alhamdulillah syukur nikmat, kpd Tuhan yg memberi rahmat" (petikan nasyid)...
    • Din Menteri · Pengulas Tertinggi · SMA Negeri 1 Bandung
      komen syok sendiri lagi? xpe da Syabas!
  • Erna Mustaffa · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
    bersatu semua rakyat selangor membantah kejahatan PKR sekat air untuk trakyat. undi BN, air akan selalu ada seperti biasa. pemimpin ygadil lagi diberkati
    • Miswan Giman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR Selangor
      Erna mustaffa : Langat 2, pemimpin kaut keuntungan..
    • Plaster Stapler · Pengulas Tertinggi
      mung ni bengong ka apa..air bkn pkr y urus,sybas y penuh dhn kroni UMNo y urus...so xpyh nk tunjuk sgt mung tu bengong..buat malu je..tu pon jgn cepat je nk komen
    • Adib Bin Amat Mustakim · · Pengulas Tertinggi · Pemilik/Pengurus di SKYNET KUALA SELANGOR
      kalau undi BN tetiba kemarau.. tak ada air hujan.. apa pula BN nak salurkan.. AIR adalah kurniaan ALLAH bukan hak BN.. Kalau diizinkan sampai kerumah anda.. akan sampailah ia.. kalau tak diberi nikmat air buatlah langat 2/3/4 ke tetap tak sampai.. BN bukan TUHAN ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan