Jumaat, 18 Januari 2013

BILA KAKI FITNAH MACAM TAK TAKUT AMARAN ALLAH...MEREKA MACAM TAK INGAT DIHIMPUN DIPADANG MAHSYAR

Bawani: Mahasiswa ‘enlightened’ muncul kembali

Muhammad Nuruddin Bashah,
Pada 17 Disember 2011 kita dikejutkan dengan keberanian Mahasiswa bernama Adam Adli yang berani menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno PWTC. Keberanian mahasiswa ini berbentuk ekspresi dan artikulasi sikap dan pandangan yang tidak menerima dasar pemerintahan BN serta layanan kerajaan ini terhadap mahasiswa yang masih dianggap berhingus oleh kerajaan.

Walaupun para mahasiswa aliran UMNO melabel atindakan Adam sebagai tidak matang, tindakan beliau sebenarnya  jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak lain (ekstrimsi mamak Pulau Pinang)  seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum itu.

Para pengampu yang bangkrap idea menggunakan samseng untuk mengugut Adam malah fenomena ‘Panglima Ludah’ memenuhi media sosial apabila para samseng tersebut membuat video mengugut untuk meludah muka adam.

Ramai beranggapan bahawa baru kini mahasiswa kian maju dan berani. Mahasiswa telah lama berprinsip dan beridielisme malah semasa zaman gelab mahasiswa sekitar tahun 2000 selepas kes pembongkaran Norhayati berkenaan pentarbiahan mahasiswa, mahasiswa sebolehnya ingin dikenali neutral dan watch dog yang adil.

Kemuncak tindakan Adam Adli telah menjelma suatu fenomena mahasiswa berani berekspresi sikap walaupun menerima tekanan. Malah ia mula membuka mata pembodek HEP dan pentadbiran kampus pro UMNO sehingga mereka kian malap di beberapa kampus.
Penulis secara umum boleh beranggapan bahawa menilai kebangkitan mahasiswa boleh sahaja terjadi dalam 2 bentuk yang dominan. Kebangkitan bebentuk aksi dan ekspresi serta bentuk keberanian bersuara dan beraretikulasi pandangan.

Bawani sebagai tanda aras berlakunya kebangkitan dalam bentuk keberani artikulasi pandangan.

Kemunculan Bawani yang cukup berani bertanyakan soalan dan menyatakan pendirian yang tidak selari dengan forum 'seiringkan mahasiswa dan politik'  bukan suatu yang boleh dianggap remeh. Bawani seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Sekian lamanya UUM dianggap kampus kubu UMNO. Malah sejak penulis dibangku matrikulasi, senior kampus-kampus kerap menceritakan betapa kuku besinya HEP serta pentadbiran UUM terhadap mahasiswa.

Jika di UM, mahasiswa aliran agamanya dipinggir, dibuang daripada kolej kediaman, dicap ekstrim sehingga para muslimah dan muslimin mula mengubah imej dan pakaian untuk mengikis tomahan pentadbiran kampus dan kolej yang cukup berkesan di jiwa mahasiswa amnya.

Di UUM pula segenap pemikiran dan pembacaan mahasiswa seolah-olah ingin dikawal 100%.

Pentadbiran ingin mencetak idea BN, BTN, PLKN, UMNO secara mutlak ke dalam para bakal graduan UUM.

Lihat sahaja bagaimana bacaan ikrar dibuat semasa Forum berkenaan berlangsung cukup mencerminkan betapa ghairahnya mereka menindoktrinisasi pemikiran mahasiswa sehingga memberi tafsiran yang salah terhadap anarki. Himpunan rakyat yang aman tanpa senjata malah terpimpin dengan baik dianggap anarki dan dipaksa para mahasiswa menerima definasi aanarki menurut kamus bahasa mereka sendiri.

Penulis yang menonton video forum berkenaan membayangkan betapa resahnya Bawani, bengang dan jelak apabila beliau selaku orang terpelajar, membaca, tahu isu semasa, menerima akses talian yang baik di era ICT tiba-tiba dipaksa menelan fakta-fakta yang bercanggah dengan tafsiran kognitif beliau  yang masih sihat.

Kebodohan dan kebiadaban serta kecetekan akal Sharifa  Zohra tersebut  memang terserlah apabila tidak mahu negara Malaysia disamakan dengan negara lain dalam aspek positif tetapi mengaitkan pula permasalahan rakyat dengan permasalahan haiwan binatang melata. Si mahasiswa yang menepuk tangan memalukan Bawani adalah produk keldai yang diacu melalui acuan Forum tanpa maruah berkenaan.

Bawani dikecam kerana dikatakan bersikap biadap (hanya kerana bertanya soalan melawan arus) dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti bercakap itu sendiri sebenarnya amat memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup riak dengan status graduan sendiri.

Bawani tegas mempertahankan Himpunan Bersih telah disahkan bukan perhimpunan Haram oleh Mahkamah Tinggi malah tuntutan NGO dan Parti Pembangkang berkenaan isu pendidikan percuma bukan suatu tuntutan yang jahat.

Video yang menunjukkan sikap angkuh Pengerusi Kelab Wanita 1Malaysia (KW1M) Sharifah Zohra terhadap seorang pelajar kini menjadi video paling hangat di Malaysia malah sehingga kini (16 Januari 2012) , lebih setengah juta iaitu 560,505 telah menonton video ini. 6,603 dari mereka menyatakan tidak suka dengan kandungannya.

Lebih bacul pemimpin BN mendakwa  forum tersebut tiada kaitan langsung dengan mereka. Pihak UUM juga mulai takut dengan kebangkitan Mahasiswa UUM dan menyatakan mereka  tiada kaitan dengan forum tersebut. Pelik! siapakah yang meluluskan dan memberi kebenaran kepada NGO tersebut untuk mengadakan forum 'seiringkan mahasiswa dan politik' di dalam kampus UUM.

Penganjur program ini sebenarnya melanjutkan usaha kerajaan selepas berusaha mendoktrin anti himpunan rakyat (ekspresi sikap secara aman) melalui soalan-soalan peperiksaan.

Mahasiswa diam, beku, hanya fokus pointer, hanya membaca buku teks dan modul kursus sahaja menjadi idaman para pentadbir kampus hari ini. Mereka langsung membenci tunasnya mahasiswa enlightened (celik) seperti Bawani dan beberapa mahasiswa lain. Jidal dengan idea mereka adalah dosa besar dan dianggap mengkhianati Universiti!

Tujuan berforum adalah untuk mengupas minda pelajar, memaksa mereka berfikir, berdialektika, mengkritik dan menerima kritikan tanpa perlu memaksa kepada sebarang konklusi yang mengikat kesihatan minda. Biar mereka berfikir selepas berforum. Itulah asas didikan intelek yang baik.

Blogger Umno, Pisau.Net akhirnya tersungkur kerana memfitnah!

http://greenboc.blogspot.com, 17 Jan 2013


Isu tanah Kelantan: pisau.net akui fakta silap

IPOH – Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat.

Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Artikel bertajuk ‘Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan’ itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran.

Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.

Menurutnya, ia juga jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.

“Terbukti, tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum cukup,” katanya pada sidang media, semalam.

Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, penyiaran artikel ‘ralat’ itu tidak memadai, sebaliknya beliau menuntut agar pengendali pisau.net tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, pendedahan yang dilakukan bukan perkara kecil kerana memberi impak terhadap imej dan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama Nik Aziz.

“Selain menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari sebaik surat rasmi diterima daripada kami,” katanya sambil memaklumkan writ saman akan tetap diteruskan terhadap blog berkenaan.

pisau.net menyatakan pendedahan yang dilakukan mengenai skandal berkenaan bukan isu baru apabila blog pro pakatan MediaPerak.net pernah mendedahkan konflik sama pada Jun 2012.

Tinjauan semalam mendapati, laman blog berkenaan tidak lagi boleh diakses.

Isu pemilikan tanah berkenaan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Disember lalu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberi penjelasan berhubung isu itu.

Pembelian tanah berkenaan didakwa sebagai ganjaran kepada DAP atas perjanjian membenarkan Mohammad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang menjadi menteri besar.

Ulasan GB

Satu demi satu blogger pencacai UMNO terkedu lantaran fitnah-fitnah yang direka dan ditaburkan. Sebelum ini Novandri (Dr.Mim) memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan AJK PAS Pusat itu seorang bishop.

Kes Papagomo disaman Datuk Husam masih berjalan di mahkamah dan yang menjelekkan, papagomo enggan mengaku blog itu miliknya.

Parpukari telah dikneali sebagai penyebar gambar palsu mengenai muslimat PAS yang kononnya diraba semasa HKR 112.

Sementara blogger-blogger pencacai UMNO yang lain sedang berbaris menunggu "ganjaran" masing-masing. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:


papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.

Pemfitnah, wartawan akhbar dan blogger pencacai akan tetap terhukum akhirnya. Kita sama-sama tunggu dan lihat.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Kerajaan BN rompak pampasan Jepun?

Subky Latif, 17 Jan 2013
KERAJAAN BN pimpinan Najib tidak menjawab kes pampasan Jepun terhadap mangsa buruh paksa maut keretapi Siam-Burma dari Tanah Melayu musim Jepun dulu.
Mengikut surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan Bekas Buruh Paksa itu yang ditanda tangani oleh Dato Hajah Zalekha  Hassan pada 29 Mac, 2011 bahawa tuntutan persatuan itu telah diangkat untuk tindakan kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada Peguam Negara dan Kementerian Sumber Manusia.

Jumlah pampasan itu dikatakan RM207 bilion, dikatakan sudah dijelaskan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.

Surat kementerian itu tidak menafikan wujudnya jumlah pampasan RM207 bilion  dan tidak juga menafikan ia telah dijelaskan oleh kerajaan Jepun.

Persoalannya khazanah untuk 72,000 hamba Jepun itu tidak diketahui apa telah jadi. Waris hamba itu tidak mendapat apa-apa dari duit yang banyak itu. Duit itu jika ditunaikan dalam not kertas RM10 digantung di tali macam poster pilihanraya, digantung bersambung dari Malaysia ke Jepun dan disambung lagi dari Jepun ke arah timur nescaya sampai semula ke  Malaysia masih belum habis lagi. Ia boleh disambung berbelit-belit entah berapa kali sekeliling globe. Demikianlah banyaknya duit RM207 bilion itu. Atau lebih dari separuh hutang Malaysia sekarang.

Duit itu boleh dijadikan modal yayasan hamba Jepun yang pemegang sahamnya  adalah waris hamba itu. Setiap bulan mereka boleh dapat dividen tetap yang beribu jumlahnya. Cucu cicit mereka boleh menikmati pencen tetapi sehingga hari kiamat.

Yayasan itu boleh melabur di seluruh dunia dan boleh menjadi perbadanan terbesar dan terkaya di Malaysia.

Tetapi mereka sekarang dengar  saja dan tidak mencium sedikit pun nikmatnya.

Siapa yang menikmat dan membolot pampasan itu?

Kerajaan BN telah mendiamkannya selama ini. Apabila perkara ini dibangkitkan Parlimen oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin, ia didiamkan juga. Tiada sebarang penjelasan dari kerajaan.

Mengapa? Dipercaya ia sudah dirompak oleh ketua kerajaan semasa pampasan itu dibuat. Kalau ia  dijadikan duit kerajaan secara zalim pun boleh  tahan juga kerana ia dijadikan duit kerajaan dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Kalau pun ia zalim kepada waris hamba  Jepun itu tetapi kerajaan dapat duit.

Yang dibimbangkan ialah ia dirompak oleh ketua kerajaan. Ketua kerajaan itu siapa? Perdana Menterilah yang juga Presiden UMNO. Jika ia tidak dirompak tentu kerajaan jelaskan apa jadi dengan pampasan itu.

Perdana Menteri yang mana melakukan rompakan itu? Bagaimana pun Perdana Menteri selepasnya mesti bertanggungjawab menjelaskannya. Jika tidak mereka mewarisi najis rompakan itu.

Apakah Melaysia dipimpin oleh perompak? Apa yang hendak kita katakan kepada kerajaan yang pecah amanah itu jika tidak dipanggil perompak? UMNO dan penyokong membuta tuli pemimpin  dan kerajaan seperti ini bersubahat menzalimi hamba binaan keretapi itu.

Jepun sudah menebus kezalimannya. Tetapi kezaliman itu diambil pula oleh kerajaan BN.

Seorang dari mangsa itu adalah orang kampung saya Sungai Parit, Pasir Panjang Laut yang ADUNnya sekarang ialah Dato Seri Nizar . Jika tidak silap namanya Mansor bin Ayub. Ayahnya dikenali orang masa itu dengan Yob Petok. Dia bujang ketika diambil Jepun. Tiada dengar kabar sejak itu. Dia sebaya dengan Tun Abdullah Ayob.

Tun Mahathir akui beri IC pada warga asing

Harakahdaily, 17 Jan 2013
SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku beliau bertanggungjawab memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing pasa zaman pentadbirannya.

Malah beliau mendakwa tindakannya itu tidak seberapa berbanding bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman yang disifatkan "lebih teruk" dari beliau.

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,"

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah," katanya ketika ditanya pemberita selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Karangkraf hari ini.

Beliau juga mengakui bahawa projek pemberian kad pengenalan itu dibuat menjelang pilihan raya namun mendakwa ianya mungkin hanya kebetulan.

"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.

Pengakuan Mahathir itu sekaligus sama dengan keterangan yang diberikan saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung 'projek IC' Sabah.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Fitnah Pisau.net untuk tutup skandal Zambry

Salmiyah Harun, 17 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan blogger Umno menarik balik tuduhan terhadap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng berhubung pemberian tanah membuktikan cubaan Umno BN untuk memburukkan-burukan Pakatan Rakyat.

Berminggu-minggu akhbar Umno Utusan Malaysia memainkan isu ini untuk memfitnah Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk menutup skandal yang membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin percaya Umno sengaja membuat fitnah itu untuk mengalih pandangan masyarakat dari skandal melibatkan pemberian projek kepada pegawai khas Zambry.

Sebelum ini, Nizar pernah mendedahkan di sidang Dun Perak berhubung satu perjanjian antara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd di mana ianya mempunyai hubungan dengan pegawai khas Zambry.

Beliau menjelaskan, perjanjian pembangunan tersebut berdasarkan kepada BOT (build operate transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.

Adun Pasir Panjang itu berkata, pemaju tersebut dibenarkan membina sebuah hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat di tapak tanah Rumah Perak.

Mohammad Nizar berkata, selepas disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia terbukti syarikat tersebut tidak aktif.

Dalam pada itu, Nizar turut mendedahkan isu pemberian konsesi balak dengan mendakwa kerajaan negeri tidak telus kerana meluluskan pemberian itu kepada individu sama yang menggunakan enam syarikat berlainan.

"Skandal inilah yang saya timbulkan, untuk elakkan isu ini mendapat pandangan masyarakat akhbar Umno sengaja memfitnah isu pemberian tanah di Kelantan pula.

"Akhirnya bloger Umno semudah itu menarik balik tuduhannya dan mengaku ada kesilapan fakta, takut dengan saman mahkamah," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Nizar, blogger Pisau.net adalah blogger upahan Zambry untuk membuat fitnah itu.

Pada 13 Januari baru-baru ini, blog Pisau.net membuat pembetulan terhadap kenyataanya berhubung pertukaran tanah dan jawatan Menteri Besar Perak dan menarik balik fitnahnya dengan mengatakan tidak berlaku pemberian tanah secara percuma.

"Pisau mendapati berlaku percanggahan fakta yang tidak tepat yang diperolehi dari sumber sebelum ini dan berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan demi kebenaran," demikian sebagaimana dipetik dari blog terbabit.

Selepas Dr Novandri, Pisau pula buat 'Ralat'

Harakahdaily, 17 Jan 2013


(Ralat yang disiarkan oleh Pusat.net....selepas ini apa lagi ralatnya ye)

KUALA LUMPUR: Selepas menyerang bertalu-talu diikuti pula oleh media Umno yang lain, blogger Umno, Pisau.net membuat 'Ralat' terhadap tuduhannya ke atas Tuan Guru Nik Aziz 13 Januari lepas.

Pisau menyiarkan 'Ralat' dalam medianya dengan tajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan".

Pembetulan itu dibuat kononnya berdasarkan penafian Datuk Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng dan Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam masa yang sama, Tuan Guru Nik Aziz menghantar surat saman kepada blog berkenaan.

Sebelum ini, blogger Umno, Dr Novandri terpaksa membuat permohonan maaf kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mendakwa Khalid sebagai Bishop.

Permohonan maaf itu dibuat dalam blognya dan juga dalam Harakahdaily.net sebagai syarat penarikan balik saman Khalid Samad terhadap beliau.

Pisau.net sebelum ini dalam postingnya mendakwa Tuan Guru Nik Aziz memberikan tanah kepada pemimpin DAP untuk membolehkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Ekoran itu, akhbar Umno menjadi isu ini di muka depannya.

Walaupun pembetulan telah dibuat oleh Pisau kononnya baru sedar bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu', pihak-puak lain khasnya Utusan masih belum membetulkan laporannya.

Pelawat laman ini sendiri kesal dengan dakwaan membuta tulis blogger Umno ini.

"Apa pisau penakut la selepas digertak nak kena saman cepat cepat perbetulkan fakta nampak mampuih la hang tu la jadi barua UMNO buat keja buta tuli dah la cukup cukup la apa pun hang jgn harap hang selamat hangeati kena saman gak apa pun selamat berhadapan la dgn masalah ko ini banggang punya bloger," tulis seorang pelawatnya dalam ruangan komen.

Fitnah

Sementara itu, Sinar Harian (gambar) hari ini melaporkan, ralat yang dibuat oleh blog berkenaan jelas menunjukkan isu yang digembar gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.

Ia juga membuktikan bahawa Barisan Nasional Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.

"Terbukti tuduhan mereka selama ini tidak berasas," kata Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dalam sidang medianya sambil menunjukkan ralat yang dibuat blogger berkenaan.

PM digesa hentikan tekanan kepada Bank Islam

Muhammad Faizal, 17 Jan 2013
PETALING JAYA: PKR menggesa Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan menghentikan serta merta campur tangan dan tekanan politik terhadap pengurusaan Bank Islam supaya mereka boleh berkhidmat secara profesional dan bebas.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang merujuk tindakan pengurusan Bank Islam yang menggantung serta merta perkhidmatan Azrul Azwan Ahmad Tajuddin sebagai Ketua Juruekonomi ekoran pandangan yang dibuat mengenai senario keputusan pilihanraya umum ke-13 yang pastinya menjadi perhatian pelabur dan pengurusan dana antarabangsa.

Azmin berkata, tindakan pengurusan Bank Islam itu meninggalkan kesan yang buruk kepada profesionalisme sektor korporat dan pengurusan institut kewangan terutamanya dikawal oleh kerajaan.

"Pada pengamatan saya, perbentangan hujah-hujah yang diberikan oleh beliau memberikan beberapa senario sebagai kemungkinan keputusan pilihanraya.

"Senario-senario ini adalah berdasarkan analisis beliau, dan analisis yang diberikan itu adalah satu pendapat profesional yang berdasarkan kepada angka-angka yang boleh dipertahankan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini.

Tambah beliau, sektor korporat Malaysia sewajarnya menggalakkan pengurusan tertingginya supaya bertindak secara objektif dan bebas, asalkan mereka dapat mempertahankan keputusan yang diambil secarta empirikal dan rasional.

Katanya lagi, keyakinan pelabur kepada syarikat-syarikat besar negara terutamanya syarikat milik kerajaan (GLC) banyak bergantung kepada budaya kerja profesional dan amalan tata kelola yang dipamerkan oleh pengurusan syarikat-syarikat ini.

"Oleh sebab tindakan tergopoh-gapah menggantung Azrul Azwa membayangkan ada tekanan politik agar tindakan tersebut diambil.

"Kenyataan Azrul Azwa bahawa beliau bersimpati dengan ketuanya yang terpaksa berhadapan dengan tekanan politik susulan peristiwa ini mengesahkan wujudnya campur tangan politik dalam pengurusan Bank Islam dan GLC yang lain," sambung beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau menyaran supaya pengurusan Bank Islam membatalkan penggantungan perkhidmatan Azrul Azwa kerana memberi gambaran intitusi itu tidak menghargai profesionalisme dan kebebasan minda yang diamalkan oleh ketua juruekonominya sendiri.

Tiga aktivis PAS Tampin didakwa esok

Wan Nordin Wan Yaacob, 17 Jan 2013
SEREMBAN: Tiga aktivis PAS Tampin akan didakwa di Mahkamah Majisteret Tampin pada Jumaat (esok)  jam 9 pagi atas tuduhan mengganggu tugas penjawat awam.

Menurut satu makluman veteran PAS Tampin, Ali Maiden (gambar), kes ini adalah lanjutan tindakan aktivis PAS yang menghalang  dua orang yang tidak dikenali  membuang poster dan kain rentang ceramah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gemas pada bulan Januari  tahun  lalu.

Kata Ali,  pihak yang tidak dikenali itu melarikan diri selepas dikejar oleh aktivis PAS.

Malah tambahnya kemudian pihak tersebut menukar pakaian kepada pakaian seragam Majlis Daerah Tampin  di Balai Polis Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ali mendakwa, salah seorang yang akan didakwa, Zanil Suboh memaklumkan kepada beliau bahawa mereka (tukang buang poster) adalah orang yang diupah pihak tertentu untuk mensabotaj program Pakatan Rakyat.

"Semua penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir memberi sokongan kepada aktivis PAS yang bakal didakwa  iaitu Zanil Suboh yang juga Ketua Penerangan  PAS Tampin, Musa Ali (warga Felda Bukit Rokan) dan Saudara Mohamad (warga Felda Bukit Jalor), " kata Ali lagi.

Orang Melayu perlu merdekakan jiwa dan minda

Aspan Alias, 17 Jan 2013
Kita sudah sampai ke penghujung penggal pilihanraya dan pemilihan itu akan diadakan dalam beberapa minggu sahaja lagi. Kali ini merupakan pilihanraya yang berkeadaan yang paling rumit dan mencabar bagi BN dan masa yang paling baik bagi Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka (PR) sebagai ‘coalition’ alternatif yang akan menjadi pengganti kepada pemerintahan BN. UMNO sudah dianggap terlalu usang oleh sebahagian besar rakyat negara ini.
Tanda yang paling jelas UMNO itu usang ialah ketidak-mampuan untuk mengubah keadaan dan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu dengan keseluruhan kepimpinannya. Banyak pihak telah mengkritik dan memberikan pandangan yang berbagai-bagai untuk memperbaiki parti itu tetapi UMNO tetap dengan sikap dan perangai yang sama tanpa ada tanda-tanda untuk berubah kepada kebaikan.

Segala kesalahan moral dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO dan BN selama ini tetap terus berlaku dan rakyat sudah tiada pilihan selain dari melakukan yang drastik terhadap parti pemerintah itu. Betullah kata setengah pendapat orang, keadaan ini adalah kehendak yang ‘natural’ dan ianya berlaku kepada semua parti-parti dan pertubuhan siasah yang sudah lama dan usang dimana-mana.

Ahli-ahli serta penyokong-penyokong tegar UMNO masih dalam sindrom penafian dan masih bertegas mengatakan UMNO akan menang dan ada yang mengatakan yang parti itu akan mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Parlimen kali ini. Tetapi hakikatnya tindakan mereka hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja kerana keadaan sebenarnya adalah di sebaliknya.

UMNO masih terkial-kial dengan masalah dalaman mereka sendiri dan masalah seperti ini tidak memungkinkan mampu untuk memperbaiki peluang UMNO untuk mendapatkan mandat yang lebih baik.  Malahan parti itu akan bertambah merudum dan akan terbukti dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kalau UMNO hendak berubah pun ia terpaksa berlaku sebelum pilihanraya ini dan masa untuk membetulkannya sudah terlalu suntuk untuk melakukannya.

Persoalannya apakah yang patut dilakukan oleh UMNO dalam masa yang amat suntuk ini jika ia masih mahu melihat sedikit saki baki kehadirannya dalam politik negara ini? Pertamanya mampukah UMNO melakukan perubahan dengan melakukan tindakan yang drastik dengan menggantikan keseluruhan barisan kepimpinannya dalam kerajaan dan parti dengan pemimpin parti itu yang tiada dalam barisan kerajaan dan MKT parti itu. UMNO tidak sedar yang masalah terbesar parti itu ialah di sebabkan persepsi buruk yang tidak terkira buruknya.

Menggantikan barisan kepimpinan dengan orang lain secara keseluruhan adalah satu-satunya jalan bagi parti itu untuk dipandang oleh rakyat. UMNO sudah tidak dipandang lagi oleh rakyat, malahan ia tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri. Itulah sebabnya Najib boleh berikan bantuan BRIM1, BRIM2 dan apa-apa ‘Rim’ yang lain tetapi rakyat tetap tidak melihat UMNO itu sebagai parti yang relevan sekarang ini. Maksud saya rakyat sudah tidak senang dengan kehadiran UMNO itu sendiri. Itu masalahnya.

Justeru, UMNO perlu membuang semua yang ada di dalam barisan MKT serta barisan kabinet sekarang ini. Tindakan setengah pimpinan dalam UMNO untuk menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada UMNO itu. Mereka semuanya adalah hasil dari acuan yang sama seperti yang di bentuik oleh Dr Mahathir dahulu. Orang yang patut menggantikan pimpinan UMNO ini seharusnya dari mereka yang tidak bersetuju dengan acuan ciptaan Mahathir ini kerana itu sahaja caranya UMNO untk menempilkan kepada rakyat yang UMNO sekarang adalah berimej baru dan ia akan membawa dan membina keyakinan yang baru.

Saya telah lama menyebut ini semasa saya masih berada di dalam parti itu tetapi saya tidak digemari oleh pimpinan terutamanya di peringkat negeri. Kesabaran saya sudah habis dan saya telah begitu yakin yang UMNO tidak akan boleh baik lagi maka itu sebabnya saya meninggalkan parti itu dan mengambil keputusan ‘to grow old with DAP’ dan tidak akan berpatah balik. Tindakan saya itu telah mengundang banyak sokongan dan hanya saya sahaja yang merasakannya.

Ramai orang Melayu di dalam UMNO telah menyuarakan sokongan terhadap tindakan saya itu dan saya membacanya melalui e-mail saya setiap hari sehingga hari ini. Saya merasakan degup nadi orang Melayu yang sudah tidak melihat UMNO sebagi parti yang relevan lagi. Tindakan saya bersama beberapa rakan yang lain telah membuka minda setengah orang Melayu dan mereka sekarang merasakan yang jika UMNO tiada orang Melayu tetap wujud bersama agamanya yang tidak terguris dan tercalar.

Rupa-rupanya momokan UMNO yang mengaku parti itu sahaja yang menentukan masa depan orang Melayu itu tidak memberi makna apa-apa kepada kita semua. Ia hanyalah momokan UMNO semata-mata tidak lebih dari itu. Di negara ini ada seramai 18 juta orang Melayu dan Bumiputra dan yang menjadi ahli UMNO hanyalah 3 juta sahaja. Selebihnya tidak menjadi ahli UMNO pun tetapi mereka tetap dengan Melayu dan Islamnya.

Malahan kumpulan ini tetap hidup dalam keadaan yang lebih baik kerana pemikiran mereka tidak ditentukan oleh UMNO. Mereka berfikir dengan pemikiran bebas mereka. Mereka bersikap lebih positif dan tidak bersandar kepada UMNO untuk meneruskan kehidupan mereka membina keluarga dan keturunan mereka denagn baik. Pemikiran mereka tidak dikongkong oleh retorik lapuk UMNO yang mengatakan ‘melayu akan hilang di dunia’ ini jika UMNO ditolak oleh rakyat. Mereka pula mempunyai pendapat berlainan dan terbukti benar. Mereka berfikir jika UMNO masih dibenarkan memomokan mereka, ‘melayu itu akan hilang dunianya’.

Pilihanraya ini merupakan peluang untuk orang Melayu untuk memerdekakan pemikiran mereka dan menjauhi momokan UMNO yang membunuh kemajuan pemikiran kita semua. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Merdeka!

Hujah Bawani jauh lebih baik - Ambiga

Harakahdaily, 17 Jan 2013
KUALA LUMPUR: "Hujah dia jauh lebih baik dari moderator," kata Pengerusi Bersih 2, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) ketika mengulas hujah yang diberikan  Bawani KS dalam video klip popular, Listen..listen..listen.

"Her argument outdid the moderator’s (Sharifah Zohra)," tulis bekas Pengerusi Majlis Peguam itu dalam sms nya kepada The Malaysian Insider.

Bawani, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika bercakap dalam forum 'Seiringkah mahasiswa dan politik?' anjuran Kelab Wanita 1 Malaysia (KW1M) berkata tidak wajar Ambiga dituduh punca 'anarkis' di negara ini.

Beliau juga membela Datuk A Samad Said yang juga diberikan nama buruk dalam forum itu. Akibatnya, moderator forum itu, Sharifah Zohra yang juga Pengerusi KW1M menyekat beliau dari terus bercakap dengan menyebut perkata 'Listen' berulang kali.

Video itu menjadi klip video paling top di Malaysia dengan lebih setengah juta iaitu 665,651 telah menontonnya sehingga berita ini ditulis.

Perkataan 'Listen...listen...listen' kini menjadi trend dalam politik Malaysia dan pelbagai pihak mengaitkan pendapat mereka dengan perkataan ini.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan telah membuat satu sajak khas mengenainya bertajuk 'Listen...Listen to Me ! Let Me Speak ..'.

Selain itu, baju T (gambar) juga direkabentuk menggunakan perkataan ini.

 


Bahaya fitnah dalam hidup





SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.
Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.
Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)
Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.



Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
  • Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
  • Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.
Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.
Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.
Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”

HUKUM MEMFITNAH DAN MENYEBARKAN FITNAH

Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.
Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Ermmm...Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan rumahtangga. Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Ermmm....Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada orang yang jadi mangsanya.
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.
Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka apatah lagi ahli keluarganya.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)

Melalui pemcaan artikel ini sudah cukup jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

Tazkirah - Hukum Fitnah & Tuduhan Kafir

Wujud Paling Buruk?

Persoalan yang timbul di kalangan masyarakat, siapakah yang bertanggungjawab mencemarkan agama Islam sebagai agama kedamaian dan mengambil hak Allah swt dengan menyesatkan dan mengkafirkan sesama Islam sehingga berlaku kepada pembunuhan, kerosakan dan penganiayaan tersebut. Di sini bukan niat untuk memburuk-burukkan ulama tetapi ingin mengingatkan pesan suci Nabi Muhammad saw. Baginda saw telah memberikan gambaran yang paling tepat mengenai segelintir ulama Islam di zaman ini yang dianggap sebagai wujud paling buruk di bawah kolong langit dan seperti kera serta khinzir. Mengapa perumpamaan yang keras seperti ini disabdakan oleh Rasulullah saw?

“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka. Salah satu fatwa yang menyempurnakan nubuwatan Rasulullah saw ialah berkenaan fatwa mengkafirkan sekumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya. Manakala ulama tersebut pula mengatakan mereka mengeluarkan fatwa tersebut kerana merujuk atau mengikut fatwa yang disepakati oleh ulama antarabangsa atau ulama terdahulu. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang perkara tersebut.

Sifat babi yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran atau najis dan tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak tahu malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir” kerana mereka mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam yang lain sebagai sesat dan bukan Islam padahal golongan yang dikatakan sesat itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras tersebut. Ini adalah kerana Rasululah saw mengetahui fitnah dan pembohongan seperti ini akan menyebabkan berlakunya keganasan dan kekerasan dengan menyerang, membakar, merosak, mencedera dan membunuh. Lebih biadap lagi, mereka memakai dan melaungkan nama Allah swt (Yang Maha Pengasih dan Penyayang) semasa melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt tidak suka kepada kerosakan: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (28:77).

Perbuatan menggunakan kekerasan adalah bukti segelintir umat Islam hanya pada nama sahaja dan Al Quran hanya tinggal tulisan kerana segelintir umat Islam telah membelakangkan ajaran Al Quran kerana menyerang masjid dan membunuh orang Islam yang difitnahnya. Masjid-masjid golongan ulama tersebut besar dan indah tetapi kosong petunjuk kerana masjid mereka menjadi medan menaburkan fitnah-fitnah kepada masyarakat untuk membenci dan menjauhi kelompok Islam yang dianggap sesat atau menghina Nabi Muhammad saw. Namun begitu berdasarkan hadis ini juga memperlihatkan bahawa Allah swt yang akan memberi petunjuk dan membongkar pembohongan tersebut sehingga masyarakat akan melihat sendiri bagaimana fitnah tersebut akan berbalik kepada golongan ulama tersebut kerana mereka akan melihat sendiri dan sedar bahawa golongan ulama tersebutlah yang sesat dan menghina Rasulullah saw kerana mengeluarkan fatwa yang berunsur fitnah dan melakukan percakapan serta perbuatan yang bertentangan dengan ajaran suci Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (Bukhari). Sabda ini memperlihatkan betapa besarnya dosa tersebut dan ini merupakan kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam kerana turut mempercayai fitnah-fitnah tersebut tanpa melakukan penyelidikan dan siasatan. Sabda suci ini juga memperlihatkan Islam amat menjaga keutuhannya dan tidak membenarkan sebarang bentuk perbezaan penafsiran dijadikan alasan untuk mengkafirkan kelompok Islam yang lain. Selagi umat Islam bermain isu keji ini maka selama itulah mereka akan menghadapi masalah dengan Allah swt. Berhati-hatilah kesilapan dan kelalaian ini boleh menjejaskan pengabulan doa-doa umat Islam yang kini dilanda pelbagai masalah dan musibah.


Allah swt amat mengetahui keburukan isu mengkafirkan dan memurtadkan yang akan terjadi di dalam umat Islam maka Dia memberi petunjuk yang terbaik untuk menyelamatkan umat Islam dari perangkap tersebut.
Allah swt berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berjihad di jalan Allah, maka selidiki sebaik-baiknya dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang memberi salam kepadamu “Engkau bukan mukmin”, Kamu hendak mencari harta kehidupan di dunia, padahal di sisi Allah banyak kekayaan”. (4:94)

Apa yang perlu diberi perhatian ialah berdasarkan ayat Al Quran tersebut, hanya perkataan salam menyebabkan Allah swt telah memerintahkan jihad itu harus diberhentikan. Jika perkataan salam sahaja sudah memadai, apalagi jika sesuatu perkumpulan tersebut mengakui diri mereka sebagai Islam dan terpampang Kalimah Syahadah di masjid mereka.
Berdoalah kepada Allah swt Yang Maha Hidup dan Maha Pemberi Petunjuk untuk memberi pedoman agar kita tidak termasuk dalam golongan yang menganiaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan