Selasa, 27 November 2012

ADA ORANG RETI MALU...TAPI YANG TERUK ORANG YANG TAK RETI MALU...UCAPAN BERBEZA2 NAMPAK SANGAT TAK BETUL...MACAM LIDAH BIAWAK

Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor 1 Disember

Harakahdaily, 26 Nov 2012

(Pimpinan PAS dan Pakatan Johor dengan poster Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor)


JOHOR BAHRU: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor akan diadakan pada 1 Disember 2012 di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.

Menurut Pengarah Himpunan, Tuan Haji Aminulhuda Hassan, program berkenaan akan bermula pada pukul 8 pagi dengan acara konvoi Jelajah Johor daripada Senggarang menuju ke Parit Sulong dan seterusnya ke tapak himpunan.

"Pada sebelah petang, program yang dianjurkan sempena himpunan ini adalah santai anak muda bersama Ali XPDC. Antara acara menarik yang terdapat dalam program santai anak muda ini adalah pertandingan motosikal cantik, jamuan nasi lemak kopi 'O' dan cabutan bertuah"

"Pada sebelah malamnya pula, himpunan ini akan dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat di tapak program. Selepas solat isyak, himpunan akan diteruskan dengan ceramah daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput sebelum diakhiri dengan ucapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat," ujar Aminulhuda (gambar) ketika sidang media di Pejabat PAS Kempas sebentar tadi.

Difahamkan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu akan hadir ke himpunan peringkat negeri Johor kali ini.

"Kita mensasarkan kehadiran rakyat ke himpunan ini adalah sekitar 30,000 hingga 40,000 orang. Kehadiran pelbagai kaum ke himpunan ini mengambarkan perpaduan rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang berlaku di dalam negara kita ini.

"Antara isu yang menjadi fokus dalam himpunan ini adalah isu tanah yang dialami oleh pelbagai kaum di negeri Johor ini.

"Selain itu, isu pendidikan dan isu jenayah juga akan menjadi fokus untuk diterangkan kepada rakyat yang hadir," ujar beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor, Hassan Karim turut mengesa seluruh ahli, penyokong dan rakyat hadir ke himpunan kebangkitan rakyat ini sebagai tanda soladiriti rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN di negeri Johor ini.

Difahamkan juga bahawa beberapa orang bekas wakil rakyat atau orag kenamaan daripada UMNO akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pakatan Rakyat.
Beberapa bekas pegawai tertinggi kerajaan juga difahamkan akan turut menyertai Pakatan Rakyat pada himpunan itu nanti.
Speaker halang, taklimat Scorpene di Singapura esok
 
Taklimat kes Scorpene untuk ahli Parlimen yang diusahakan Pakatan Rakyat akhirnya akan diadakan di negara jiran Singapura pada jam 12 tengahari esok.

NONENaib Presiden PKR Tian Chua berkata keputusan itu diambil kerana Speaker Dewan Rakyat enggan memberikan kebenaran untuk taklimat di Parlimen, antaranya dengan alasan bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Justeru, sesi taklimat itu akan dibuat di Hotel Changi Village, Singapura selama dua jam oleh rakan kongsi William Bourdon, Apoline Cagnate, tambah ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang turut serta dalam sidang media.
Tian dan Sivarasa dalam sidang media itu turut mengedarkan surat daripada Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak permohonan daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat berkenaan.

Pandikar Amin memberikan alasan, isu Scorpene itu merupakan "perkara yang masih lagi dalam siasatan serta pertimbangan pihak berkuasa berkenaan".

military malaysia navy french built submarine scorpene classDalam surat tersebut, beliau turut menyatakan bahawa BNBBC membuat bantahan "demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara dan juga agar tidak dilibatkan perkara seumpama ini demi keharmonian dan kesejahteraan negara".
Suratnya itu turut menjelaskan kepada MP PKR Machang Saifuddin Nasution bahawa penjelasan ke atas kes berkenaan masih dianggap sebagai tuduhan.
"Kalau pun seperti dijelaskan YB Machang ada bukti-bukti terbaru yang perlu diperjelaskan kepada mana-mana pihak khasnya ahli parlimen, pada hemat saya ia masih juga berstatus tuduhan, bersifat dan berunsur politik yang bukan bipartisan," surat itu dipetik.

NONEMenurut Tian Chua, beliau sebelum ini meminta komitmen Kementerian Dalam Negeri agar dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa halangan.

Katanya, beliau kemudiannya mendapat jawapan daripada Jabatan Imigresen bahawa peguam itu akan tetap tertakluk kepada undang-undang imigresen Malaysia.

"Kita juga tulis surat kepada menteri dalam negeri supaya dapat jaminan peguam Perancis boleh masuk dan beri taklimat.

"Menteri dalam negeri tidak ingin menjamin keselamatan kemasukan peguam Perancis," katanya.
Beliau juga merancang untuk membuat siaran langsung sesi taklimat berkenaan, esok.

 
Menteri: Pindaan baru haram kenyataan seksis MP
3:50PM Nov 26 2012  
Satu pindaan ke atas Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat akan dicadangkan untuk memperluaskan tegahan ke atas ahli Dewan agar tidak mengeluarkan kenyataan seksis.
NONEPerkara 36(4) dalam Peraturan Mesyuarat sebelum ini menyebut, larangan itu dikuatkasaha ke atas perbuatan mengeluarkan kenyataan biadap atau tidak sopan.

Cadangan pindaan baru ke atas fasal berkenaan kini menyatakan: "Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat pernyataan seksis".

Menteri hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam sidang medianya berkata, beliau menulis surat kepada setiausaha Dewan untuk mengusulkan perkara itu esok.
"Saya juga menulis surat kepada Speaker hari memohon keizinan supaya (usul ini) dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat agar ia didahulukan dan saya percaya Speaker akan benarkan," katanya.

Katanya, usul itu dicadangkannnya bagi menjaga kehormatan wanita di Dewan ekoran "beberapa insiden tidak sihat" yang berlaku sebelum ini.
Ketika ditanya, Nazri juga bersetuju sekiranya pindaan itu digunapakai untuk mengambil tindakan terhadap MP wanita yang menghamburkan kata-kata seksis terhadap lelaki.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan peruntukan tersebut, Nazri berkata keputusan sama ada sesuatu kenyataan itu bersifat seksis atau tidak akan ditentukan Speaker Dewan.
Individu yang didapati melanggar peruntukan itu seterusnya akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen, katanya lagi.

"Beliau (Speaker) ada kuasa mutlak untuk memutuskan perkataan itu seksis atau tidak," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas tuntutan Hindraf semalam untuk mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Minoriti - satu usaha yang disfatkannya sebagai "tiada keperluan".
"Kita ada Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri untuk meneliti hal ehwal mereka. Itu lebih penting daripada satu kementerian," katanya.
Dr M kait hak demokrasi dengan ketidakstabilan
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa amalan hak demokrasi untuk berhimpun dan kebebasan bersuara meletakkan masyarakat dalam "kitaran ganas" ketidakstabilan.
NONEDakwanya, golongan minoriti yang tidak berpuas hati kerana tewas dalam pilihan raya akan menggunakan hak berkenaan untuk menjejaskan dan menumbangkan kerajaan.

Kumpulan yang tumbang itu pula, dakwanya, akan menggunakan hak mereka untuk menentang perkara ini dan kitaran berkenaan seterusnya akan menyebabkan ketidakstabilan yang lebih besar kepada masyarakat.

Perkara ini, dakwanya, akan berterusan tanpa henti.
'Kementerian tak batal l'raya Kota Bharu-Kuala Krai'
 
Kementerian Kerja Raya hari ini menjelaskan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kelima tidak pernah dibatalkan.Timbalan menteri kerja raya Datuk Yong Khoon Seng berkata, kementerian bagaimanapun memerlukan lebih masa untuk
memperolehi peruntukan dan penelitian ke atas beberapa aspek pembinaan seperti dirancang.

"Kementerian tidak pernah membatalkan lebuh raya itu, ia cuma ditangguhkan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Abdul Aziz Abdul Kadir (PKR-Ketereh), Yong memberi jaminan bahawa projek itu akan diberi pertimbangan dan keutamaan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Mengulas rancangan PAS Kelantan untuk meneruskan pembinaan lebuh raya itu sendiri, Yong berkata kerajaan sedia menghulurkan bantuan teknikal dan sebarang bantuan kepakaran yang diperlukan negeri itu.

Bagaimanapun, kementeriannya masih belum menerima sebarang permohonan daripada Kelantan sejak mereka mengumumkan rancangan itu, katanya. 
 
 
Mashitah: Tiada tindakan isu doa demi 'dakwah'
 
Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu.

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini.

Tajuddin meminta beliau menyatakan pendirian kerajaan dalam isu doa yang dibacakan adik kepada mursyidul am PAS, Nik Razi Nik Abdul Aziz semasa solat hajat sempena muktamar parti itu, 18 November lalu.
Bacaan doa berkenaan menerima kecaman keras daripada pemimpin Umno, sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan Islam

 
MP: Isu tanah tunjuk BN tak mampu berubah
3:36PM Nov 26 2012  
DAP mendakwa tindakan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang berdiam diri dalam isu tanah yang diperolehi individu tertentu bawah harga pasaran ketika BN mentadbir Selangor menunjukkan parti berkenaan tidak mampu berubah.
"Najib mendakwa BN 'sedia berubah' tetapi di mana perubahan itu apabila dia terus menyokong aman rasuah sebelum ini apabila tanah kerajaan negeri diberikan kepada parti komponen BN pada harga yang cukup murah", kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Pua berkata, parti komponen BN Selangor tangkas mempertahankan diri apabila isu berkenaan didedahkan ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim.

Sekurang-kurangnya 24 keping tanah didakwa dijual kepada parti berkenaan pada harga RM1 sekaki peregi, manakala nilai tanah berkenaan dianggarkan RM20 juta.

Penjelasan ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berhubung isu berkenaan turut disokonog oleh setiausaha MCA Selangor, yang juga ADUN Kuala Kubu Bharu Wong Koon Mun.

Pua berkata, Wong mendakwa tiada salahnya dengan tindakan memberi milik tanah tersebut kepada MCA malah turut mengibaratkan parti politik itu seperti tokong atau sekolah yang diberikan tanah dengan murah.

“Beliau juga menggambarkan bahawa rampasan tanah itu dijustifikasi dengan usaha parti berkenaan untuk mendaftar golongan Cina di Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan dan memperjuang hak mereka,"

MP Petaling Jaya Utara itu berkata, penjelasan berkenaan menunjukkan bahawa BN "bukan sahaja tidak faham rasuah dan penyalahgunaan kuasa", tetapi parti itu juga "benar-benar tidak tahu malu"
Mahathir ramal Umno mungkin tewas jika...
2:02PM Nov 26 2012  
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.

Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah.

"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno sudahpun melakukan persediaan mencukupi memandangkan persidangan Umno yang bermula esok merupakan persidangan terakhir sebelum pilihan raya.

Tambahnya, Umno masih lagi mengalami masalah memandangkan ahli parti menurutnya hanya mahu individu tertentu dipilih sebagai calon pilihan raya.

"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa.

"Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah, akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham," kata Mahathir.

Sementara itu, ditanya sama ada sayap Umno sudah menjalankan perubahan yang diharapkan, beliau berkata, ia masih belum memuaskan.

Beliau juga melihat, Pemuda Umno tidak begitu aktif berbanding Wanita dan Puteri yang dilihatnya lebih bersemangat.

Selain itu, dalam wawancara itu juga, Mahathir turut menyatakan sokongannya terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kesediaan untuk berkempen untuk parti jika dibenarkan.

Katanya, dengan berkempen, ia merupakan masa unyuk membayar balik melalui parti selepas beliau dipilih menjadi presiden parti seterusnya perdana menteri.

"Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya menang dan kemudian dipilih sebagai presiden dan kemudian perdana menteri.

"Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti," katanya.

Dalam pada itu, Mahathir turut meramalkan bahawa BN akan memenangi semula negeri yang telah tewas pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu juga terpulang kepada Umno itu sendiri.

"Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat- kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan Kelantan.

"Namun itu semua terpulang kepada Umno itu sendiri," katanya sambil menambah, sabotaj dalaman merupakan faktor utama yang menyebabkan kekalahan Umno.

 
  • Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
    saya harap TUN M JANGAN NAK JADI AHLI NUJUM PULAK....SEBENARNYA UMNO MEMANG AKAN DIKALAHKAN PADA PRU13 NANTI....SEBAB MENYEBABNYA RAKYAT 1M SUDAH TERLALU MELUAT DENGAN KERENAH UMNO.........
    • Abe Piea
      Karamah yg Allah swt izinkan terhadap doa Almarhum ustz Fadhil Noor tntang Madeey; perasan tak Madeey dah jadi jerangkung bernyawa (zombie), kerja melolong2 dan takut2kan orang.. hihihihi

      Apabila Madeey Kuteey cadangkan TGHA jadi PM; petanda umNGOK sungguh2 nak karam. Dalilnya ialah dia memang benar2 takut DSAI jadi PM.
      Ayuh, cepat HIJRAH sebelum 'kelemasan'.
      A.B.U.BeeNd.
    • Norashikin Abdul Rahman · · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
      lg dia bersuara, lg la aku benci kat umno...
    • Zaman Bujang · Pengulas Tertinggi
      saya sanggop kempen untok pastikan BN menang ..... saya tak sanggop ke sg buloh ...... keh keh....
  • Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branch
    masa untuk saya membayar balik jasa kepada parti, kerana saya menjadi Presiden dan PM dan anak-anak saya menjadi bilionaire, anak saya ada kapal-kapal di laut dan gedung-gedung di darat
  • Naimat Sukri · Pengulas Tertinggi · UKM
    Saya berharap Tun dipanjang kan umur untuk melihat sendiri kejatuhan dan kehancuran kerajaan BN yang pernah dipimpinnya, amin
    • Jahudi Masilun · · Pengulas Tertinggi · Operational Manager di Self employer · 501 subscribers
      ya..mudah2an mahdeer kuttey panje umok supaya dia blh saksikn umno menyembah bumi..sya juga mau najib menang di Pekan supaya dia blh jd ketua pembangkang nti...kah kah kah.
    • RO Dins · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self employed
      Satu doa yg baik dari Naimat Sukri n ahli2 umporno patut berdoa sama....... kalau boleh doa dibaca oleh bekas iman Masjid Negara yg kalah dgn Presiden PKR PRU11 dulu....
    • Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
      ramalan madey ni kalau masuk tv3,mental dan moral UMNO/BN terus down.pru-13 pasti akan kalah teruk.ramai yg dihadapkan ke mahkamah.UMNO/BN berkubur dan lahirlah parti baru lebih demokratik yang memberi saingan pada PR dalam memperkenalkan dasar2 baru demi kebaikan rakyat.UMNO/BN tak sesuai lagi di alaf baru ini.
  • Zack Razail · Pengulas Tertinggi
    Bukan ke Che Det nie dah keluar dari UMNO ke.... Aku rasa baik Che Det bertanding... lagi better... barulah leh debat ngan Anwar...
    • Vander Stone · Pengulas Tertinggi · Angel Dust di Fly Me to the Moon
      tumpang lalu....SENANG CKP KALAU TAK MENIPU, MMG LAMA BUNGKOS PRU, SSB TU TAKUT SGT DGN AMBIGA...TRAUMA MELAYU umno YG JENIS HINA....n SAMPAH !!
    • Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
      ramalan madey ni kalau masuk tv3,mental dan moral UMNO/BN terus down.pru-13 pasti akan kalah teruk.ramai yg dihadapkan ke mahkamah.UMNO/BN berkubur dan lahirlah parti baru lebih demokratik yang memberi saingan pada PR dalam memperkenalkan dasar2 baru demi kebaikan rakyat.UMNO/BN tak sesuai lagi di alaf baru ini.
  • Abu Nawas · · Pengulas Tertinggi · Prime Minister di Kerajaan Malaysia · 1,160 subscribers
    Sebenaqnya dia nak tibai KJ kah kah kah
    • Amada Charlie · Pengulas Tertinggi
      Betul tu.
    • Umno Harbi · Pengulas Tertinggi · Tukang Kasi Lembu Kak Jat Makan di Kandang Lembu Kak Jat
      ...selagi umno berlindung dgn syaitan yg direjam..!
    • Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
      ramalan madey ni kalau masuk tv3,mental dan moral UMNO/BN terus down.pru-13 pasti akan kalah teruk.ramai yg dihadapkan ke mahkamah.UMNO/BN berkubur dan lahirlah parti baru lebih demokratik yang memberi saingan pada PR dalam memperkenalkan dasar2 baru demi kebaikan rakyat.UMNO/BN tak sesuai lagi di alaf baru ini.
  • Harun Jaafar · Pengulas Tertinggi
    Kalau anda baca betul-betul kenyataan yang diberikannya, ternyata wujud ketidakstabilan dalam pemikirannya. Dia sudah bercelaru. Hal ini disebabkan oleh kesedarannya terhadap pelbagai masalah yang dihadapi parti yang digelarnya "setan yang dikenali" itu. Inilah masa yang teramat sesuai untuk Pakatan Rakyat. Tanpa mempedulikan apa-apa yang berlaku dalam UMNO/BN, Pakatan wajib menggandakan usaha merapati rakyat untuk menawan Putrajaya dalam PRU Ke-13 nanti. Ubah, jangan tak ubah.
    • Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
      ramalan madey ni kalau masuk tv3,mental dan moral UMNO/BN terus down.pru-13 pasti akan kalah teruk.ramai yg dihadapkan ke mahkamah.UMNO/BN berkubur dan lahirlah parti baru lebih demokratik yang memberi saingan pada PR dalam memperkenalkan dasar2 baru demi kebaikan rakyat.UMNO/BN tak sesuai lagi di alaf baru ini.
  • Panah Hijau · Pengulas Tertinggi
    JANGAN SENTUH PENANG ( tempat kelahiran saya)
    Penang tak akan termakan bisa BN

    JANGAN SENTUH SELANGOR ( tempat kelahiran 2 cahayamata saya)
    SELANGOR tak mudah terperangkap semula..tak mudah percaya UMNO

    JANGAN SENTUH PERAK ( tempat asal persekolahan saya )
    PERAK akan menghidupkan semula POKOK HUJAN DEMOKRASI...NIZAR akan bangkit semula...Orang-orang PERAK sayang bekas Menteri Besar ini

    BARISAN NASIONAL diramalkan akan TEWAS TERUK pada PRU 13....
    nanti JANJI DITEPATI akan GAGAL diLAKSANAKAN
    • Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
      ramalan madey ni kalau masuk tv3,mental dan moral UMNO/BN terus down.pru-13 pasti akan kalah teruk.ramai yg dihadapkan ke mahkamah.UMNO/BN berkubur dan lahirlah parti baru lebih demokratik yang memberi saingan pada PR dalam memperkenalkan dasar2 baru demi kebaikan rakyat.UMNO/BN tak sesuai lagi di alaf baru ini.
  • Nizam 'Mysticmind' Ahamad · · Pengulas Tertinggi
    mmg la jentera bahagian tak bergerak lagi. takkan tun tak paham2.

    DUITNYA MANA! TAKDE DUIT MANEEEEE DIORANG NAK GERAK.
    Duit ada baru keje gerak.

    Cam tak biasa lak. kah kah kah.
    • Sai Irma · Pengulas Tertinggi · Pembantu helper di Kulim
      saya setuju10000%
    • Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
      ramalan madey ni kalau masuk tv3,mental dan moral UMNO/BN terus down.pru-13 pasti akan kalah teruk.ramai yg dihadapkan ke mahkamah.UMNO/BN berkubur dan lahirlah parti baru lebih demokratik yang memberi saingan pada PR dalam memperkenalkan dasar2 baru demi kebaikan rakyat.UMNO/BN tak sesuai lagi di alaf baru ini.
  • Azwan Hashim · Pengulas Tertinggi · Binary College
    umno memang akan hilang di Malaysia.

    Hancurkan umno bn. Laksanakan hukuman kepada menteri menteri rasuah.
    • Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
      ramalan madey ni kalau masuk tv3,mental dan moral UMNO/BN terus down.pru-13 pasti akan kalah teruk.ramai yg dihadapkan ke mahkamah.UMNO/BN berkubur dan lahirlah parti baru lebih demokratik yang memberi saingan pada PR dalam memperkenalkan dasar2 baru demi kebaikan rakyat.UMNO/BN tak sesuai lagi di alaf baru ini.
  • Pemuda Pas Perak · Pengulas Tertinggi · 67 years old
    siapa yang bentuk umno jadi lagu tu wahai mahadir? bkn kamu ke presiden selama 20 tahun lebih? tkkn tak boleh ubah sikap tu dan harapkan najib nak ubah dlam masa tak sampai 5 tahun. Dah umno umno jugalah perangai. Mcam mana tapawer begitulah isinya.
    • Othman H Siru · Pengulas Tertinggi · Unversity of Malaya
      Tewas pun tak pe, sdh >50th merentah, bagi chan orang2 PAS perentah dan jadi kaya pula.
    • Arizam Shaila · Pengulas Tertinggi · Polisas
      ramalan madey ni kalau masuk tv3,mental dan moral UMNO/BN terus down.pru-13 pasti akan kalah teruk.ramai yg dihadapkan ke mahkamah.UMNO/BN berkubur dan lahirlah parti baru lebih demokratik yang memberi saingan pada PR dalam memperkenalkan dasar2 baru demi kebaikan rakyat.UMNO/BN tak sesuai lagi di alaf baru ini.
  • Anggerik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
    Kalau umno mungkin tewas macam mana nak ambil balik negeri Pakatan.. bukan mungkin umno tetap tewas..
    • Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTM
      Madey mimpi d siang hari la ko....
    • Abdullah Ahmad · Pengulas Tertinggi
      PRU13 tu ada pilihanraya peringkat persekutuan dan negeri-adun le......
  • Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Rakyat Marhein
    umno pasti kalih teruk2 kali ni...putrajaya pun sama tumbang...
  • Jai Yusof · Pengulas Tertinggi
    Mahathir akn jd punca kekalahan besar be end kpd PR..
    • Abe Piea
      Karamah yg Allah swt izinkan terhadap doa Almarhum ustz Fadhil Noor tntang Madeey; perasan tak Madeey dah jadi jerangkung bernyawa (zombie), kerja melolong2 dan takut2kan orang.. hihihihi

      Apabila Madeey Kuteey cadangkan TGHA jadi PM; petanda umNGOK sungguh2 nak karam. Dalilnya ialah dia memang benar2 takut DSAI jadi PM.
      Ayuh, cepat HIJRAH sebelum 'kelemasan'.
      A.B.U.BeeNd.
  • Basir Parto · Pengulas Tertinggi · Un. Putra Malaysia
    UMNO bolh menawan Kelantan,Pulau Pinang,Kedah,Selangor jika penggundi hantu kekal dlm snarai pemilih SPR,..untuk harapkan penggundi watan n rakyat tempatan UMNO akan wajib kalah. ?.
  • Adnan Yasin · Pengulas Tertinggi · SMK Seri Sendayan
    Cakap berbelit-belit pariah punya Mahadir.
    • Bro Yat · Pengulas Tertinggi · Manager di My own business
      paandi kutty kerala cam tuu laa bro..nan........
    • Sai Irma · Pengulas Tertinggi · Pembantu helper di Kulim
      dah nama mamak..mcm tu la...umno bukan utk melayu ssahaja...tapi utk mamak..mamak adalah melayu..sapa setuju..
    • Sai Irma · Pengulas Tertinggi · Pembantu helper di Kulim
      tumpang tanya....adakah umno ni betul2 parti melayu sahaja...dalam umno ada mamak..mamak tu melayu ke..saya kelirulah...BN ni parti gabungan bangsa..kenapa masih ada parti berteraskan kaum..padahal malaysia dah dijadikan 1 malaysia..saya lihat pas bukan parti melayu tapi parti islam...islam utk semua..keadilan parti dlam berbilang bangsa..Dap parti semua bangsa..nama parti pun tak sebut tentang parti bangsa..sapa yg memecahkan perpaduan warganegara malaysia berdaulat dibwah rukun negara.....
'Tingkatkan kemampunan sistem kehakiman bendung rasuah'
 
Sistem kehakiman negara perlu dihormati dan dipertingkatkan kemampuannya sekiranya negara mahu melihat korupsi dapat dibendung, kata mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata sistem kehakiman negara perlu mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam membendung masalah korupsi kerana hanya sistem kehakiman sahaja yang mempunyai keupayaan yang tinggi menangani masalah ini.

"Saya berharap sistem kehakiman dapat menjadi satu pengaruh yang besar dalam menangani isu corruption...sekiranya sistem kehakiman dapat dipertingkatkan kemampuannya maka tindakan yang diambil (menjatuhkan hukuman) mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup forum "Menghapuskan Rasuah: Dimanakah Kejayaan Kita?" anjuran Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), di ibu negara hari ini.

Abdullah berkata melalui undang-undang yang diluluskan sebelum ini ia perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan yang menyeluruh agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

Pada sidang media beliau berkata sistem tadbir urus kehakiman perlu sentiasa diperbaiki dan ditambah baik agar ia sentiasa dipandang tinggi sebagai badan berintegriti.

"Kita tidak boleh kata, our governance is the best (tadbir urus kita terbaik), kita perlu sentiasa perbaiki dan terus tambah baik. Dan pada pandangan saya ia perlu diperbaiki lagi," katanya.

Ditanya sama ada sistem kehakiman berada di tahap yang baik, Abdullah berkata sistem kehakiman negara pada masa sekarang sentiasa diperbaiki dan undang-undang yang diluluskan kerajaan sentiasa diguna pakai dalam sistem kehakiman negara.

"Saya yakin pada masa-masa akan datang akan ada lagi penambahbaikan dilakukan kerajaan untuk meningkatkan taraf sistem kehakiman negara," katanya.

-Bernama
Ingat Umno, ingat rasuah!
Posted on Friday, November 23 @ 09:37:59 MYT by paktam
Oleh Ahmad Tajdid
 "Penerima dan pemberi rasuah masuk neraka." (Hadis riwayat At Tirmidzi)

"Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Hadis riwayat Ahmad)


Ketua penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan baru-baru ini dilaporkan tidak senang hati dengan tuduhan bahawa "Umno sahaja yang terlibat dalam rasuah" sebaliknya berpendapat rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tidak kenal siapa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Dato' Tengku Adnan Mansor beberapa minggu lalu bahawa antara cabaran semasa Umno adalah menangani isu "persepsi rasuah".

"Rasuah tidak boleh dibandingkan antara sesebuah parti, tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu jantina serta tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu bangsa," kata Ahmad.

"Jangan menuduh rasuah hanya berlaku di kalangan orang Umno sahaja. Isu rasuah adalah merentas semua," katanya dalam satu sidang akhbar selepas berkempen di Hentian Jalan Duta, lapor Malaysian Insider.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mendakwa kerajaan BN tegas dalam membanteras rasuah.

Tidak sesiapa pun yang akan menyanggah pandangan Ahmad Maslan bahawa rasuah itu boleh berlaku merentasi manusia, masa dan ruang. Tidak ada sesiapa juga yang boleh mendakwa bahawa parti yang diwakilinya dijamin seratus peratus bersih daripada penyakit rasuah.

Selagi manusia punyai rasa tamak, ketagih pengaruh dan kemaruk kuasa, rasuah menanti masa untuk bertapak dan menjadi budaya yang sukar dibendung.

Persoalannya, setakat manakah komitmen sesebuah parti politik itu untuk menbanteras rasuah? Sehingga mana komitmen parti itu untuk mengenal pasti, menghukum dan menyisih anggota parti yang terlibat dengan jenayah keji itu?

Prinsip utama dalam menyelesaikan masalah adalah mengakui wujudnya masalah. Bagaimanapun Umno sebagai parti teras BN dilihat enggan mengakui wujudnya rasuah dalam parti itu.

Mempopularkan istilah "politik wang" dalam pemilihan parti adalah bukti wujudnya 'sindrom nafi' (denial syndrome) dalam Umno terhadap gejala rasuah. Ia sebenarnya satu usaha kosmetik bagi menggambarkan bahawa "politik wang" tidaklah seberat kesalahan rasuah.

Oleh kerana itulah ada kalangan pemimpin Umno yang terlibat dalam "politik wang" (atau lebih tepatnya rasuah) diberi pangkat kedudukan selepas tamat menjalani hukuman Lembaga Disiplin parti. Contoh paling menonjol ialah bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad yang digantung jawatannya dalam parti dan kerajaan kerana terlibat dalam 'politik wang'. Isa juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Selepas bebas dari hukuman gantung jawatan, Isa diberi laluan untuk bertanding dalam PRK Teluk Kemang dan seterusnya dilantik Pengerusi Felda!

Satu lagi contoh tidak seriusnya kerajaan BN pimpinan Umno dalam membanteras rasuah adalah kes suapan rasuah membabitkan calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Raja pada PRU ke-11 (2004), Sanip Isnin.

Sanip mendakwa cuba disogok oleh wakil BN dengan imbuhan RM100,000 sekiranya beliau bersetuju menarik diri dari bertanding. Dua 'orang tengah' iaitu pemimpin Umno Cawangan dan pemimpin Pemuda Umno Kawasan 'ditangkap basah' oleh petugas PAS di rumah Sanip ketika cuba menyerahkan wang pendahuluan berjumlah RM5000.

Kejadian ini berjaya dirakam oleh petugas PAS dan dua orang tengah itu ditahan sehingga pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) tiba. Telefon bimbit yang dimiliki Pemuda Umno terbabit juga mengandungi nombor telefon calon BN, Dato’ Halimah Mohamad Sadique.

Bagaimanapun apa yang berlaku kemudiannya amat mendukacitakan.

Walaupun BPR telah menyiapkan laporan dan fail siasatan dihantar ke pejabat Peguam Negara, namun Peguam Negara enggan membawa kes tersebut ke mahkamah. Keengganan Peguam Negara membawa kes suapan rasuah itu ke mahkamah dicabar bekas calon PAS. Bagaimanapun Mahkamah Tinggi memutuskan menolak permohonan Sanip kerana hakim berpendapat menjadi hak (prerogatif) kepada Peguam Negara menurut Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.

Kita juga boleh melihat bagaimana laihnya pihak berkuasa apabila berhadapan dengan salah laku rasuah pemimpin Umno. Di Selangor sebagai contoh, puluhan kes rasuah dan penyelewengan yang didedahkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak diambil peduli SPRM dan polis.

Pengerusi Selcat, Dato' Teng Chang Khim kesal kerana SPRM dan polis enggan meneruskan siasatan hasil daripada pendengaran awam Selcat sedangkan wujud bukti penyelewengan dan rasuah dalam kes-kes yang diperdengarkan.


Menurutnya, SPRM dan polis tidak seharusnya menunggu laporan daripada mana-mana pihak untuk melakukan siasatan kerana mereka boleh mengikuti pendengaran awam yang dibuat Selcat secara terbuka dan disiarkan secara langsung melalui laman web khas.

"Setakat ini saya belum nampak ada tindakan susulan daripada mereka walaupun ada beberapa kes termasuk penyelewengan Balkis yang dipengerusikan isteri mantan MB, Datin Zaharah Kechik," tegasnya.

Begitu juga dengan peruntukan RM500,000 bagi setiap Adun BN Selangor bagi tahun 2008 yang dihabiskan sebelum Mac tahun yang sama. Pendengaran awam Selcat mendapati peruntukan itu diselewengkan untuk aktiviti parti dan kempen pilihan raya.

Banyak lagi tindakan rasuah pemimpin Umno yang boleh disenaraikan. Namun cukuplah kita memetik tulisan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad dalam blognya Che Det bahawa "Umno sudah busuk sampai ke perut".

Walaupun pun Dr Mahathir hanya memetik kenyataan seorang veteran Umno terhadap apa yang berlaku dalam parti itu, jelaslah bahawa Umno tidak boleh dipisahkan dengan rasuah dan penyelewengan.

Pendek kata, "Ingat Umno, ingat rasuah!" 
 

Sifir Mudah Pembangkang… Ingat UMNO, Ingat Neraka…

Angkara siapakah yang menyebabkan isu peribadi para pemimpin pembangkang terlondeh sedikit demi sedikit dan satu demi satu?
Satu-satunya jawaban yang akan diperolehi jika ditanya kepada pembangkang ialah, “semua ini kerja UMNO dan tiada yang lain selain dari UMNO”.
Pembangkang langsung tidak mengemukakan suspek lain selain dari UMNO.
Jika pembangkang yang diberi tanggungjawab untuk membuka kertas siasatan dalam kes pertuduhan cubaan melondehkan kelakuan buruk pemimpin pembangkang, sudah pasti kalangan rakyat dari parti selain dari UMNO akan terlepas dan tidak disabit sebagai suspek.
Suspek hanya akan dicari dan dikhaskan di kalangan pemimpin UMNO sahaja.
Akhirnya, ketahuilah oleh kita bahawa, tiada siapa yang akan diseret ke mahkamah atau tiada siapa yang akan dijatuhkan hukuman bersalah kerana tiada “prima facie” untuk mensabitkan sesiapa di kalangan pemimpin UMNO.
Macam mana nak ada “prima facie”, kerana segala sumber maklumat, bukti dan keterangan tuduhan melondeh pembangkang ini bukan datang dari pemimpin UMNO, sebaliknya ianya datang dan dimulakan oleh pemimpin dan bekas pemimpin pembangkang yang paling rapat dan hampir dengan pemimpin pembangkang terlondeh tersebut.
Zulkifli Nordin, mantan peguambela Anwar.
Dato Eskay, kawan horey-horey Anwar.
Dato Nalla bapa ayam yang dilantik oleh Anwar untuk membekal ayam kepadanya.
Saiful Bukhari, mantan pembancuh kopi Anwar.
Karpal Singh yang membuat pendedahan di Parlimen pada tahun 1997, sendiri bertindak sebagai peguambela tertuduh yang dituduhnya sendiri.
Ummi Hafilda bukan adik kandung Najib atau anak Mahathir. Untuk makluman, dia adalah adik kandung Azmin dan adik ipar Shamsidar yang memulakan semua gerakan melondeh Anwar & Azmin.
Raja Petra yang sekarang ini bertindak mendedahkan satu demi satu skandal seks, rasuah dan kroni Anwar & Azmin adalah “barua” tersohor yang bertanggungjawab merancang modus operandi bersama Anwar untuk memusnahkan personaliti Najib & Rosmah seawal beliau menjadi TPM lagi, dengan harapan Najib akan tersungkur sepertimana tersungkurnya Anwar pada tangga terakhir untuk duduk di kerusi PM.
Jadi, macam mana mahkamah mahu menjatuhkan kesalahan melondeh dan mengaibkan Anwar-Azmin ini kepada pemimpin UMNO?
Segala tuduhan akan jadi alibi. Segala saksi penting yang digunakan pembangkang untuk membuktikan penglibatan pemimpin UMNO akan gugur kelayakan menjadi saksi kerana semua pertuduhan ini adalah fabricated dan rekaan semata-mata.
Kelebihan Anwar yang perlu dihormati dan diakui hanya satu, iaitu segala label konspirasi, fabricate, palsu, zalim, cubaan mengaibkan dan pelbagai label lagi telah berjaya dipindahkan secara terancang kepada batu jemala UMNO dan pemimpinnya.
Semua ini kerja jahat UMNO dan tiada yang lebih jahat melainkan UMNO.
Ingat kotor ingat UMNO, ingat bersih ingat Anwar. Ingat zalim ingat UMNO, ingat dianiaya, ingat Anwar. Ingat rasuah ingat UMNO, ingat anti-rasuah, ingat Anwar. Ingat boros, ingat UMNO.
Ingat hemah dan amanah, ingat Anwar. Ingat mewah, ingat Rosmah. Ingat zuhud, ingat Azizah.
Ingat “mahkote”, ingat orang perak yang telah mempornokan kesucian perkataan “mahkota”.
kkamdias.blogspot.com

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan