Selasa, 27 November 2012

BILA BUSUK...BAU NYA DAH TERCIUM SELURUH NEGARA....BILA BUSUK DAH TAK BOLEH DITUTUP LAGI..NI SEMUA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH...DOSA BOLEH KITA RASA...TAPI BILA KITA BUANG RASA ITU...BILA SELALU BUANG RASA ITU...MAKA AKHIR2NYA DAH TAK RASA DOSA LAGI

Sokongan Melayu meningkat, kedudukan Johor goyah

Harakahdaily, 26 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Berdasarkan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.

Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai “fix deposit” Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberansangkan, kata Dr Zuhdi Masduki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.

13 kerusi tidak selamat

Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi Parlimen di Johor adalah berada di bawah 50% iaitu Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Keluang, Gelang Patah, Teberau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.

Kemenangan sesuatu parti di kawasan-kawasan berkenaan akan bergantung kepada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah mereka yang hanya di saat akhir membuat keputusan.

Daripada kawasan-kawasan tersebut, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 % yang biasanya di ketegorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.

"Kebanyakan kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan Bukan Melayu tidak besar," kata Dr Zuhdi.

Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS,  Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi-pengundi Melayu di Johor kepada Pakatan meningkat antara 3 % - 5 %, katanya.

"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat 2 % - 3 % kepada Pakatan, yang kebanyakannya datang daripada pengundi-pengundi muda dan golongan kelas pertengahan," beritahu Dr Zuhdi.

Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan (swing) undi yang amat signifikan, sehingga dijangkakan tidak kurang 7 lagi kerusi parlimen boleh jatuh kepada PR di samping kerusi PR yang sedia ada.

"Penemuan ini hampir selari dengan penemuan kajian MPN yang menyatakan 9 kerusi parlimen di Johor dalam kategori hitam bagi BN," katanya.

Pola sokongan pengundi-pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.

Hanya 26 DUN putih BN

Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.

Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.

Tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar Johor oleh PR memberi impak besar kepada peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan, beritahu beliau.

"Sebenarnya perlantikan Menteri Besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian. Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau PR menawan Johor," jelasnya.

Katanya, tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar oleh PR sememangnya memberikan kesan positif.


Salahudin 74 %

Menurut kajian MPN terhadap “Tingkah Laku Pengundi” dalam memilih pemimpin negeri Johor, Salahuddin Ayub memperolhi kedudukan yang tertinggi iaitu 74 % diikuti Mazlan Aliman 71 %. Pemimpin-pemimpin UMNO tertinggal di belakang termasuk Menteri Besar Johor sekarang.

Berdasarkan penemuan-penemuan di atas, hasil analisis PPP terhadap kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak, peluang PR untuk menawan Johor adalah seimbang.

Kedudukan PR, katanya, semakin cerah dengan bangkitnya isu RAPID di Pengerang dan peningkatan pengundi Melayu disebabkan keyakinan terhadap kepimpinan Melayu Johor dari kalangan PR.

Selain daripada itu, beberapa isu yang besar seperti isu FELDA, Projek Wilayah Iskandar dan kepememimpinan bersih adalah berpihak kepada PR.

Oleh sebab itu, perluang PR untuk menawan Johor disebabkan perkembangan-perkembangan mutakhir ini adalah semakin cerah, tegas beliau lagi.

Kalau Najib takut debat dengan Anwar, saya aje

Aspan Alias, 26 Nov 2012
Najib telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.
Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.

Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara ‘live’ melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh di lihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN, Aljazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh dunia.

Dalam perbahasan itu Najib boleh membuktikan keburukan Anwar dan Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat dunia tahu keadaan sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti jika semua manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.

Najib selalu berkata akhir-akhir ini yang beliau sahaja yang mampu melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan yakinkan kepada semua pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah terbuka untuk Najib membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan mencemuh Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.

Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang beliau tidak terlibat langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu lain seperti komisyen Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau dan telah terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.

Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang isu NFC tidak kena mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya. Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar selama ini dan akan berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27hb November ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya melalui perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan dengan rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu fitnah semata-mata.

Najib sepatutnya menerima cabaran ini dengan senang hati dan tunjukkan semua program transformasi beliau itu adalah hebat dari mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang kehebatan program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan kita telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan itu akan menaikkan lagi imej dan ‘dignity’ beliau seperti yang beliau mengakui selama ini.

Najib boleh juga mengambil kesempatan ini untuk membuktikan yang kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan rasuah besar-besaran. Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan penerangan bagaimana rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau pergi.

Najib tidak perlu gentar berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar dan menolak cabaran ini, maka jelaslah yang Najib mempunyai banyak perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika Najib tidak mahu berdebat dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau menghadapinya, Najib boleh memilih siapa sahaja  dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya saya pun berani dan tidak akan berundur jika mendapat cabaran dari pihak Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh gulungan seperti ini.

Jika begitu keadaannya maka tidak payah kita berfikir panjang. Terus sahaja kita berikan sokongan kepada parti-parti pilihan selain dari BN dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini bermakna apa yang di tuduh oleh rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada yang lain selain dari kebenaran belaka.

Apabila kebenaran sudah terbukti maka rakyat sepatutnya tahu apa yang hendak dilakukan dalam pilihanraya yang akan datang. Tidak payah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir untuk menyaingi media perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

'Benteng manusia' halang bahan ke kilang Lynas

Anis Nazri, 26 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Dataran Merdeka, semalam, mereka akan meneruskan perjuangan mereka di Kuantan, Pahang.

Biarpun masih belum ada tarikh khusus diputuskan, mereka sedang merangka untuk mengadakan program 'benteng manusia' atau 'barricade' bagi menghalang kemasukan bahan-bahan mentah ke kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.

Ketua Publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, berkata biarpun rakyat tidak mampu menutup kilang Lynas dari beroperasi, kerajaan yang enggan mendengar suara rakyat perlu ditunjukkan kebangkitan rakyat.

"Kita sedar, kilang itu tidak akan ditutup kerana kerajaan yang ada tidak mendengar suara rakyat.  Jadi, kita akan menyekat kemasukan bahan mentah ke kilang terbabit dengan program 'barricade' kebangkitan rakyat ," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, selain program tersebut, pihaknya juga akan memulakan 'roadshow' perkongsian tentang kesan pembinaan dan penggunaan bahan-bahan berbahaya kepada alam sekitar.

Jelajah perkongsian itu, kata Lee akan dijalankan dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris kepada seluruh rakyat Malaysia.

Biarpun beranggapan rakyat sudah semakin sedar dengan isu alam sekitar ini, Lee masih mengharapkan lebih ramai lagi rakyat yang akan menyokong usaha ke arah persekitaran yang sihat dan harmoni.

Semalam, Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka dan duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack juga mengetuai kumpulan pejalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur dalam usaha memberi tekanan kepada kerajaan untuk menutup kilang Lynas, di Kuantan.

Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Dihalang masuk M’sia, peguam Perancis taklimat Scorpene di Singapura

Harakahdaily, 26 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Taklimat Scorpene oleh dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham akan diadakan esok di Singapura, menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua.

“Mereka tidak ke Malaysia. Taklimat akan dibuat di Singapura,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan lokasi dan pihak yang dijemput mendengar taklimat tersebut.

“Kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” tambah Ahli Parlimen Batu itu sebagaimana dilaporkan oleh Keadilan Daily hari ini.

Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ditanya mengapa tidak dibuat di Malaysia, Cynthia berkata, kemasukan peguam terbabit dihalang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.

Khamis lalu, Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.
William dan Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

Lebih 6,000 keluar bertemu Anwar di panas mentari

Harakahdaily, 26 Nov 2012

(Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat)

KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu.

"Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah," kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.

Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam.

Sambung bicara kes 44 aktivis Protes esok

Harakahdaily, 26 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes 44 aktivis yang ditangkap di KLCC ketika terlibat dengan protes membantah kenaikan harga minyak pada 26 Januari 2008 akan disambung esok dan lusa.

Kebanyakan mereka yang ditahan dan didakwa adalah dari PSM, JERIT dan PAS.

Antara yang ditahan dan didakwa adalah Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Dr Dzulkefly (Ahli Parlimen, Kuala Selangor), Badrul Amin dan ramai lagi aktivis.

Turut ditangkap ialah Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM, ADUN Kota Damansara), Timbalan Pengerusi PSM M.Saraswathy, Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan,.

Perbicaraan kes ini telah bermula pada 7 September 2009 dihadapan Hakim Haji Mohamad Sekeri bin Mamat dan berterusan sehingga kini.

Mengikut jadualnya, ia akan berlangsung esok 27 November hingga hari Rabu, 28 November.

Ia akan berlangsung di Mahkamah Sesyen Jenayah 6, Tingkat 3, Sayap Kanan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.   

Doa: Mashitah kata untuk beri peluang PAS bertaubat..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 26 Nov 2012

Mashitah kata tiada tindakan terhadap PAS, untuk beri peluang PAS bertaubat..


Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu.

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini ~ Malaysiakini

Hakikatnya ialah Mashitah cuba memperbodohkan rakyat yang bukan Ahli UMNO (Ahli UMNO tak perlu diperbodohkan lagi kerana mereka sememangnya bodoh)..

Kononnya Kerajaan UMNO/BN memberikan peluang untuk bertaubat dan bermuhasabah kepada PAS sedangkan tiada kesalahan yang dilakukan oleh PAS..

Ini kerana menurut Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

Manakala bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

Ini kata Dr Zaharuddin Abdul Rahman.. klik pada imej untuk paparan lebih jelas..


Dan ini pula kenyataan Dr. Maza.. klik pada imej untuk paparan lebih jelas..

Mahkamah tolak rayuan bekas NC Unisel

Harakahdaily, 26 Nov 2012
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan bekas Naib Canselor (NC) Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti bin Saruwono dan dua yang lain ke atas empat orang kakitangan Unisel.

Mereka adalah Prof Dr Anuar bin Ahmad, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam, Prof.Ir Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah binti Hassan

Panel tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk  Ramly bin Haji Ali bersama Hakim Datuk Zaharah binti Ibrahim dan Hakim Datuk K. Anantham Kasinather sebulat suara menolak rayuan perayu-perayu ke atas responden-responden  atas alasan keputusan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini adalah betul di sisi undang-undang.

Sebelum menolak rayuan Datuk Dr Rosti, Mahkamah Rayuan juga sebulat suara menolak Notis Usul Dr Rosti bagi mendapat kebenaran mengemukakan keterangan baru.

Untuk rekod, pada 24 Mei yang lalu Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ahmad Zaki Husin menolak saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Dr Rosti Saruwono dan dua individu tersebut.

Dr Khalifah Othman dan Encik Halid bin Hasbullah yang turut serta menyaman tersebut adalah masing-masing mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan mantan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel.

Saman Datuk Dr Rosti dan dua yang lain tersebut adalah berkaitan dengan satu Laporan yang dikenali sebagai 'Laporan Permasalahan yang kini dihadapi oleh Unisel' bertarikh 16 Mei 2011 yang disediakan oleh keempat –empat kakitangan tersebut dan juga berkaitan dengan beberapa laporan akhbar.

Laporan tersebut telah disediakan oleh keempat-empat kakitangan tersebut bagi memaklumkan Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyiasat permasalahan yang dihadapi oleh Unisel.


Jawatankuasa Siasatan tersebut telah dipengerusikan oleh mantan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan anggota-anggota lain Jawatankuasa tersebut adalah Dr Yaakob Sapari dan Ronnie Liew.

Antara lain laporan tersebut melaporkan “Datuk Rosti menghadiri temuduga bagi jawatan Naib Canselor di UITM setelah menerima jawatan Naib Canselor Unisel pada tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa hati Datuk Rosti dari awal lagi tidak bersama Unisel.”

“Datuk Rosti tidak membenarkan persatuan pelajar menjemput YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk memberi ceramah kepada pelajar, untuk menjaga hati mantan Canselor, Unisel”

“Datuk Rosti menerima dengan mesra sekali kehadiran YAB Datuk Noh Omar ke Universiti, pada hal YAB Datuk Noh Omar selalu mengkritik Unisel dan Kerajaan Selangor.”

Pada masa disaman Prof Dr Anuar Ahmad adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Akademik) manakala Prof. Madya Zainal Abidin Kidam pula memegang jawatan Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Hal Ehwal Pelajar), Prof.Ir Dr. Mohamed bin Daud adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah binti Hassan pula mantan Naib Presiden (Perkhidmatan Pengurusan) Unisel.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin yang mendengar perbicaraan kes tersebut di dalam penghakiman lisannya sebelum ini ketika menolak saman Dr Rosti dan dua yang lain tersebut antara lain menyatakan bahawa defendan-defendan adalah dilindungi di bawah pembelaan perlindungan bersyarat (qualified privilege) ketika mana mereka menyediakan laporan tersebut kepada Jawatankuasa Siasatan.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif bagi menunjukkan defendan-defendan tersebut mempunyai niat jahat ketika menerbitkan laporan tersebut.

Hakim juga memutuskan plaintif-plaintif juga telah gagal membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan di dalam beberapa laporan akhbar yang mengaitkan mereka telah dibuat oleh Defendan-Defendan.

Dalam rayuan pagi tadi Prof Dr Anuar Ahmad dan tiga Responden yang lain diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Cik Azhana bin Mohd Khairudin manakala Datuk Dr Rosti dan dua perayu yang lain diwakili oleh Encik Abdul Rahman Azubir.

Malaysia tidak bersedia untuk AFF?

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong,
Pasukan bolasepak Malaysia tidak bersedia menghadapi piala Asean Football Federation (AFF). Itulah ungkapan yang sesuai yang bagi menggambarkan mutu permainan pasukan Malaysia berdasarkan kepada perlawanan pertama menentang Singapura semalam. Jika dilihat kepada corak permainan Malaysia berbanding pasukan Singapura, ternyata pasukan Singapura lebih bersedia pada kali ini. Barang kali mereka ingin menebus kekecewaan pada pertandingan AFF 2010, iaitu tewas kepada pasukan Malaysia. Namun, sejarah itu telah berlalu dan kini lembaran baru bagi Malaysia dan pasukan-pasukan lain yang bertanding.

Apakah punca kemerosotan mutu pasukan Malaysia ketika ini? Persoalan yang amat sukar untuk dijawab oleh semua pihak. Namun, jika kita undur kembali, kita dapat melihat  bahawa K Rajagopal terlalu banyak menguji permain dalam membentuk pasukan dengan alasan untuk memastikan permain yang disenaraikan benar-benar layak untuk menyarung jersi pasukan negara.

Ternyata, tindakan ini tidak membawa hasil yang dimahukan, malah jika dilihat kepada beberapa perlawanan persahabatan, pasukan Malaysia lebih banyak kalah berbanding menang. Ada yang beranggapan, persiapan pasukan Malaysia menghadapi piala AFF pada kali ini ternyata amat bercelaru dan tidak serius berbanding edisi lepas. Malah sikap K Rajagopal amat sukar menerima kritikan menambahkan lagi kecelaruan persiapan pasukan Malaysia.

Namun, saya percaya para penyokong Malaysia tetap menyokong pasukan Malaysia walaupun pasukan Malaysia ketika ini terumbang-ambing dalam mencari kemenangan. Diharapkan ‘Harimau Malaya’ terus garang untuk perlawanan seterusnya. Selamanya Malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan