Khamis, 27 September 2012

SELAMA NI PIHAK MANA MENGATAKAN MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU...MEMBELA ORANG MELAYU...MENAIKKAN TARAF ORANG MELAYU DAN BLA BLA BLA....

Tangguh laporan Ketua Audit Negara: BN takut apa?
Posted on Wednesday, September 26 @ 09:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Roketkini
KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER: DAP hari ini mempersoalkan keengganan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membentangkan laporan Ketua Audit Negara 2011 terlebih dahulu sebelum membentang belanjawan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang mempersenda konsep serta prinsip kebebasan autonomi parlimen.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya semalam, sama ada laporan tersebut mengandungi ‘bom jangka tersembunyi’ yang akan menjejaskan dan memalukan pentadbiran Najib, semuanya adalah faktor yang tidak berkaitan dan bukan sebab mewajarkan laporan tahunan Ketua Audit Negara kepada Parlimen ditangguhkan.

“Adakah Najib dan Nazri bimbang Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap Akaun Persekutuan mengandungi pendedahan yang menggemparkan seperti skandal “lembu dan kondominuim” ?” soal beliau.

Tambah Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa pembentangan Laporan Ketua Audit Negara tersebut perlu ditangguhkan seminggu-dua supaya ia tidak “mencuri tumpuan (perdebatan) belanjawan” merupakan salah guna kuasa eksekutif terang-terangan.

Tambah beliau, “Adakah Najib memberikan Nazri ‘lampu hijau’ atau arahan untuk menangguhkan dahulu laporan Ketua Audit Negara 2011 seminggu dua minggu selepas pembentangan belanjawan pada Jumaat nanti?”

“Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sepatutnya menolak campur tangan ini dan mengarahkan agar laporan Ketua Audit Negara tersebut dibentangkan segera tanpa bertangguh-tangguh,” tegasnya. – Roketkini.com




Indahnya Akhlak Tok Guru : UMNO Salah, PAS Minta Maaf
Posted on Wednesday, September 26 @ 08:19:59 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: hijabulcrewz

"
Klik Imej


Hakikat hak rakyat Sabah yang dizalimi oleh UMNO/BN telah disebut oleh Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang melalui ucapan beliau sebelum ini. Kini setelah bersabar sekian lama, kini rakyat Sabah mula menyatakan hak mereka. Hari ini, rakyat Sabah telah memfailkan saman terhadap Petronas berhubung perjanjian Petronas 1976 yang mencabuli perjanjian Malaysia 1963.


Allahuakbar. Tak sabar rasanya untuk menanti medan Pilihan Raya Umum ke-13. Semoga Islam akan menang. InsyaAllah. ^^

Lagi isu klik sini :-

hijabulcrewz.blogspot.com"
 


Masalah akses internet
Posted on Wednesday, September 26 @ 05:15:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: dukalara

"Saya adalah pengguna internet yang menggunakan broadband Celcom. 

Internet tidak boleh di akses mulai 1.9.2012. Bermacam andaian bermain difikiran saya mengapa internet tidak boleh digunakan. Salah satu andaian saya adalah saya disekat daripada akses internet atas sebab-sebab tertentu.

Akhirnya saya cuba akses internet di tempat lain dan alangkah terkejutnya saya  kerana saya boleh 'bermain' dengan internet.

Ini bermakna pemancar telekomunikasi Celcom tidak berfungsi di kawasan Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat, Kelantan bermula 1.9.2012 hingga ke hari ini. Nampaknya bayaran bulanan September adalah bayaran sia-sia yang merugikan saya orang kampung.
Aduan sudah dibuat sama ada melalui telefon atau ke pejabat Celcom sendiri di Kota Bharu. Hingga kini internet masih tidak boleh di akses. Harap diambil tindakan segera untuk kepuasan pengguna kerana pengguna ada pilihan lain."


Memalukan !! dengan sikap Kerajaan Zambery Kadir
Posted on Wednesday, September 26 @ 05:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Deros AB
Mediaperak.com


Amat dikesali dengan tindakan kerajaan Perak yang dikuasai BN  hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang.Ini kerana Dewan Undangan Perak telah ditangguhkan setakat  jam 12.50 tengahari sahaja, ini bermakna sidang pada kali ini yang paling singkat ,dengan  ini amat merugikan rakyat  kerana Adun serta exco dari pihak  kerajaan BN seolah-olah bersikap sambil lewa semasa persidangan kali ini.

Banyak Soalan soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat dijawab sambil lewa oleh kerajaan BN, hanya beberapa soalan lisan sahaja yang dijawab... kebanyakan alasan jawapan mereka ialah tiada budget masa untuk dijawab…. Apalah punya dewan.????? BN seolah-olah takut untuk menghadapi atau menjawab soalan soalan dari Adun Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker dewan Dato R Ganeson. Adun Pantai Remis berkata sidang yang singkat pada hari ini hanya ‘RUBER STAMP’ kerana kebanyakan soalan tidak dijawap dan ditolak oleh dewan.

Ini la jadahnya bila speaker dilantik dari bukan ahlinya dan kerajaan yang berkuasa hasil dari penipuan undang-undang dan perlembagaan negeri Perak. Amat malang bagi rakyat Perak serta memalukan dengan perkara sebergini. Rakyat boleh melihat sikap sebuah kerajaan yang mengambil sikap mudah dan sambil lewa semasa persidangan DUN.-

Weh mengkomer oghang Perak !!

Moh kite Pakat Ubah kerajaan...

Singgkirkan Kerajaan perampas/lanun pada PRU nanti...

Hancorrr dibuatnya.


Imbasan sejarah bagaimana speaker sah dilucut jawatanya oleh puak haram jadah

Sumber Berita Dari: mediaperak.com



 
Kuliah Di Mentalon Di Sampaikan Oleh MB Kedah

Posted on Wednesday, September 26 @ 04:45:11 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya


 


Daging Korban Untuk Umat Islam Mangsa Korban
Posted on Wednesday, September 26 @ 04:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: ustaznik

"Syria

Hari ini 10 Zulkaedah 1433H (26 Sept 2012). Masih sempat untuk beri pandangan mengenai ibadat korban yang disunatkan.

Saban tahun masjid, surau, karyah yang aktif dapat menyembelih berpuluh ekor binatang ternak. Kekadang kerana terlampau banyak daging, sedangkan mereka yang benar-benar memerlukan pula tidak sebanyak daging, lalu peti sejuk di rumah dipenuhi dengan daging korban. Setiap hari hanya memasak daging untuk tempoh lebih seminggu.

Apa kata kalau korban itu dibuat dalam bentuk yang lebih global? Walaupun fuqaha ada membincangkan tentang sembelihan korban dan agihan daging, masih tidak terkeluar dari perintah syarak dan beberapa pandangan ulama tentang kaedah agihan daging yang boleh memberi manfaat terbesar kepada ummah.

(Mazhab Hanafi-makruh pindahkan daging korban melainkan kepada kaum kerabat atau mereka yang lebih berhajat. Maliki-Tak harus pindah ke tempat perjalanan Qasar dan lebih melainkan penduduk di situ sangat berhajat. Hanbali seperti Maliki. Mazhab Shafie-tak harus. Rujukan: Al-Fiqh al-Islami, j 3 ms633, 634)

Ketika saya belajar di Jordan, ketika itu Iraq diserang Amerika dalam Perang Teluk. Rakyat Iraq menderita. Di tahun itu, aqiqah anak sulung saya dibuat di Iraq. Untuk anak lain, ada yang dibuat aqiqahnya di Kemboja. Beberapa tahun lepas aqiqah di selatan Mindanao dan korban di Sudan di bawah Yayasan Amal Malaysia.

Sekarang nampaknya umat Islam Syria dan Rohingya menjadi mangsa penguasa zalim. Umat Islam Palestin dan beberapa tempat lain yang sudah lama dan ‘biasa’ dengan penindasan juga ada.

Ada beberapa NGO yang cukup aktif dengan aktiviti korban seperti ini. Saya bukanlah wakil mereka, tetapi saya rasa rakyat Malaysia yang bertuah ini, yang sentiasa boleh mengecap daging dalam pelbagai hidangan sempena pelbagai majlis keraian, patut menyokong kuat dengan membuat korban/aqiqah melalui badan-badan tersebut. Sebagai contoh Yayasan Amal Malaysia, EZ Qurban, Muslim Aid Malaysia dan beberapa NGO lain.

Yang penting biarlah daging korban itu sampai dahulu kepada mereka yang benar-benar berhajat, mereka yang menjadi mangsa ‘korban’ perang, gempabumi, kebuluran, banjir, bukan hanya menjadi ibadat ritual sempena Hari Raya Haji."



Wabak Tibi melanda Malaysia
Posted on Wednesday, September 26 @ 03:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"

Kebanjiran warga asing di Malaysia walaupun memberi manafaat tapi dari sudut yang lain membawa bersama masalah sosial, jenayah, keselamatan serta juga masalah kesihatan. Wabak tibi atau batuk kering akhir-akhir ini makin ketara. 

SEKOLAH DISERANG TIBI26 SEP 2012

IPOH: Wabak penyakit batuk kering atau tibi mencetuskan panik kepada ratusan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tasek, di sini, apabila lebih 200 daripada mereka diarahkan menjalani saringan kesihatan selepas disyaki mengalami simptom awal penyakit itu. Sehingga kini, seramai 34 guru dan pelajar disyaki mengalami simptom tibi berdasarkan pemeriksaan dan saringan kesihatan dilakukan. Difahamkan, wabak berkenaan mula dibawa seorang pelajar tingkatan lima sekolah itu selepas menerima jangkitan itu daripada bapanya yang juga seorang kontraktor berusia 47 tahun. Pelajar itu dikesan menghidap penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta pada 3 September lalu akibat menghidap batuk teruk, demam dan susut badan dua minggu sebelum itu. Siasatan awal mendapati, bapa mangsa disahkan menghidap penyakit tibi pada April lalu dan dipercayai berpunca akibat kerap mengendalikan warga asing di tempat kerjanya.

PATI PUNCA TIBI SUKAR DIKAWAL

5 Jun 2012 - Jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa penyakit Tuberkulosis (Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Datuk Dr Abdul Razak Muttalif.

PATI PUNCA PENYAKIT TIBI

20 Jun 2011 - Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui. Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan.

TIBI: KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU BERTINDAK SEGERA

10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.

KES PENYAKIT TIBI MENINGKAT

April 1, 2011– Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit

TUBERCULOSIS RISES AGAIN IN MALAYSIA

22 Aug 2010 - Tuberculosis, once under control in Malaysia, is spreading again due to private doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has risen with the migration of people from high-risk countries.

KNOWING THE DISEASE

24 Oct 2010 - UNLIKE diseases that attack the lungs such as SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), not everyone infected with the tuberculosis (TB) bacteria becomes sick.“We are facing a silent spread of the disease, because if I infect you, you only have a 5-10% of chance of becoming sick,” says World Health Organisation (WHO) Western Pacific adviser for TB Dr Catharina van Weezenbeek.

TIBI TIDAK MENGENAL MANGSA

22 Mac 2009 - KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa.Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas.

Sumber: mohdtaufek.blogspot.com"



SATU Terengganu baca meter air tipu
Posted on Wednesday, September 26 @ 02:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Penulis hairan mengapa Bil Air bulan ini (September 2012) naik melambung, iaitu searus peratus lebih.

Kerana tidak puashati Bil air bulan tertinggi, maka bergegaslah penulis ke pejabat SATU untuk membuat aduan.

Apabila sampai di kaunter aduan kerani segera membuat semakan berdasar Bil yang penulis serahkan dan disuruh masuk untuk berjumpa pegawai berkaitan.

Sebaik sahaja berjumpa pegawai berkaitan, saya diberi tahu bacaan meter air rumah penulis lebih 8 hari dari biasa.

Sudah pasti tiada kebocoran berlaku pada paid. Sah ada yang tak betul dilakukan oleh tukang baca meter.

Penulis berkata, mengapa naik seratus peratus lebih. Bil air bulan biasa rumah penulis hanya RM 30.00 saja. Macam mana boleh naik jadi RM69. 00.

Pegawai berkaitan buat bacaan berdasar pada bil yang penulis serahkan itu, Akhirnya diberi jawapan bahawa bil ini hanya RM 37.00 saja.

Penulis diminta membayar jumlah bil tersebut ( RM 69), kerana akan diselaraskan dengan Bil bulan berikutnya.

Ini menunjukkan tukang baca neter rumah penulis dibuat cara tipu.Penulis tidak tahu mengapa dilakukan dengan sedemikian rupa.

Penulis hairan, Bil Api rumah bulan ini juga melambung. Bil bulanan biasa tak lebih RM 100.00. Tapi bulan ini naik melambung jadi RM 158.00, sedangkan penulis tinggal tiga beranak saja.lainlah jika semua anak anak balik."
 


KLCC bukan lagi kebanggaan orang Melayu
Posted on Wednesday, September 26 @ 01:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Ini bukan kes pertama peniaga Melayu tidak disambung kontrak berniaga di Suria KLCC. Sebelum ini beberapa peniaga Melayu telah mengalammi nasib yang serupa bukan sahaja di Suria KLCC di Kuala Lumpur, bahkan di Putrajaya. Haruskah orang Melayu memboikot Suria KLCC dan KLCC, atau kita hanya sekadar “Menang Sorak, Kampung Tergadai”? KLCC ni milik siapa sebenarnya? 

USAHAWAN WANITA DAKWA DIARAH KOSONG PREMIS

25 SEP 2012 - Seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh. "Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998," katanya. Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.

PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN, AKHIRNYA 'DITENDANG'

10 OGOS 2010 - NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro. Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

LAGI KES PENIAGA MELAYU DISISIH DI KLCC

9 JULAI 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi’s/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab. Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun. Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC.

Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera. Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau. Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan 


Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997.

Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007. Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah: “Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun.

(Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun). “Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).

Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk ‘menghalau’ perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut. Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC. Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia.

Ini satu senario yang memalukan. Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu. Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.

Sumber: mohdtaufek.blogspot.com "




Isu Bersih jadi soalan peperiksaan di sekolah
Posted on Wednesday, September 26 @ 00:48:55 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: lipasmalas

"PROPAGANDA untuk memburuk-burukkan Perhimpunan Aman Bersih, menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di ibu negara 28 April lalu turut disebarkan kepada budak sekolah.

Lihat bukti gambar di bawah ini. ReJaM© ambil gambar ini dari blog sahabatAmenoworld. Kalau nak dapat 1 markah kena tulis "Tidak wajar", kalau tulis "wajar" dapat telor kah kah kah.


Namun hakikatnya yang perlu anda tahu, dan perlu anda sebarkan kepada orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng ialah, mahkamah telah menetapkan bahawamenteri yang mengharamkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak waras! Rujuk sini [Menteri tak waras]


Bersih 2.0 atau Bersih 3.0, kedua-duanya dianjurkan oleh jawatankuasa yang sama dan orang-orang yang sama. Pengerusinya masih Dato' Ambiga dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pusinglah kot mana pun, hakim dah tetapkan bahawa Perhimpunan Bersih bukan perhimpunan haram, yang haram adalah menteri yang istiharkan Bersih haram kerana dia yang haram jadah!

ReJaM© "Berhentilah memperbodohkan anak bangsa sendiri wahai cikgu pengampu"

Sumber : MiLo SuaM"
 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan