Khamis, 27 September 2012

JIKA TAWARANNYA BAIK...APA SALAH KITA CUBA..BAGI PENGAJARAN PIHAK MENGABAIKAN HAK RAKYAT SELAMA NI..JIKA IA TIADA PERUBHAN...MAKA YANG MENGAMBIL ALIH KEMBALI LEBIH2 BERHATI MEMERINTAH...JIKA YANG BARU MEMANG BAIK...KEKALKAN...YANG PENTING RAKYAT UNTUNG...BUKAN KRONI2 YANG UNTUNG...RAKYAT CAMTU JUGA

Kajian Umcedel peringatan untuk BN, PR
NOOR AZIANTY NORMAN
26 September 2012
Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Selangor.
KUANTAN – Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dilihat lebih mendorong kepada pandangan pembangkang.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Abu Jimi Samat secara peribadi berpendapat, kajian itu memberi peringatan kepada BN untuk lebih berusaha keras bagi mempertahankan pengundinya.

“Kajian itu ada betulnya, namun itu tidak bermakna kita akan menyerah kalah sebaliknya akan terus berusaha untuk menawan hati pengundi.

“Bagus juga kajian itu kerana ia secara tidak langsung akan membuka mata pemimpin BN serta tidak meletakkan BN dalam keadaan selesa,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, responden yang terlibat dalam kajian itu tidak ramai jika dibandingkan dengan pengundi sebenar.

“Kita masih ada pengundi atas pagar. Tidak dinafikan, sukar untuk membaca kecenderungan mereka sehingga tiba hari mengundi. Apa yang pasti, mereka akan memilih parti yang mampu membangunkan negara serta memberi kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Abu Jimi berkata, pihaknya turut berusaha untuk menarik pengundi muda sekali gus memastikan kemenangan parti pada pilihan raya akan datang.

“Kita tumpu pada pengundi luar bandar berikutan pengundi bandar kebanyakannya orang luar. Sebab itulah kubu kuat kita di kawasan luar bandar.

“Justeru, saya menyeru pengundi muda menggunakan kebijaksanaan mereka untuk membuat pertimbangan parti mana yang layak memerintah. Jangan mudah terpedaya dengan janji yang ‘sedap’ didengar tetapi tidak dirasai,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengulas tentang kajian Umcedel yang menyatakan Pas bakal hilang kuasa di Kelantan.

Katanya, beliau menerima pandangan itu secara terbuka serta akan mengambil tindakan proaktif sebelum parlimen dibubarkan.

“Saya akan minta Pas Kelantan untuk meneliti semula perkara-perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan cuba selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin Pas mampu mengekalkan kedudukannya di Kelantan berikutan parti itu sudah 20 tahun memerintah.
Projek PIPC: RM205 juta untuk penduduk Pengerang
NORSHIKIN MOHD SALLEH
26 September 2012
Ahmad Zahri Jamil
Ahmad Zahri Jamil bercakap pada sidang media hari ini.
NUSAJAYA - Pembayaran pampasan kepada 216 tuan punya tanah dan pihak berkepentingan yang bersetuju untuk pengambilalihan tanah bagi pembangunan projek Kompleks Bersepadu Pengerang Petroleum (PIPC) membabitkan nilai RM204.86 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Johor, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, pembayaran yang dilakukan secara berperingkat itu telah mula dilaksanakan sebaik sahaja Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri menerima pengembalian Borang H yang diedarkan selepas selesai prosiding pendengaran awam pada 3 hingga 14 September lalu.

“Prosiding perbicaraan ini membabitkan 210 lot tanah melibatkan 434 tuan punya tanah dan pihak berkepentingan yang membabitkan tiga buah kampung di Kampung Sungai Kapal, Kampung Langkah Baik, Kampung Teluk Empang seluas 1410.12 hektar telah selesai dimuktamadkan, iaitu 216 daripadanya bersetuju dengan pengambilalihan tanah itu.

“Daripada mereka yang bersetuju itu, 72 menerima pampasan tanpa bantahan manakala 144 terima dengan bantahan. Bagaimanapun hanya enam telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi penilaian pampasan lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Ahmad Zahri berkata, pembayaran cek fasa pertama telah diberikan kepada 33 penduduk yang bersetuju dan menghantar borang H sebelum 7 September lalu membabitkan nilai RM13.7 juta, manakala 64 penerima bakal mendapat cek mereka hari ini dengan nilai keseluruhan RM155.96 juta.

“Fasa ketiga pembayaran yang membabitkan 82 tuan punya tanah dan pihak berkepentingan bakal menikmati wang pampasan RM35.2 juta selewat-lewatnya minggu depan termasuk 37 yang baru menyerahkan borang hari ini diberikan secepat mungkin.

“Bagi mana-mana penduduk yang masih belum menyerahkan borang H boleh menghantar ke PTG bagi tindakan pemberian pampasan dalam tempoh enam minggu dari tarikh borang terbabit dikeluarkan.

“Rata-rata penduduk mendapat pampasan dan setiap daripada mereka melebihi RM100,000 dengan nilai minimum RM2.80 per kaki persegi, dan pampasan ini tidak terhenti di sini sahaja kerana pelbagai bentuk pampasan seperti nilai bangunan, lain-lain kes yang bakal dinikmati penduduk di Pengerang,” katanya.

Jelasnya, PTG melalui pejabat tanah kecil Pengerang akan beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad bagi memudahkan penerima pampasan atau penduduk menyerahkan Borang H ke jabatan itu pada bila-bila masa bagi tindakan lanjut.

Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang membabitkan kawasan seluas 9105.42 hektar melibatkan 28,050 penduduk.

Dijangkakan projek itu bakal menjadikan kawasan tersebut sebuah pusat dagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia.
Bajet Pakatan tawar ‘lebihan wang di poket rakyat’
Wartawan Sinar Harian
26 September 2012
Anwar Ibrahim parlimen
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pada majlis pembentangan Bajet 2013 pihaknya di bangunan Parlimen hari ini.
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
SHAH ALAM - Dilihat sebagai cadangan belanjawan yang lebih komprehensif berbanding tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengemukakan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menyasarkan "lebihan wang dalam saku rakyat."
Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.
Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).
Bajet PR 2013 akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan membangkitkan isu intergriti dan unjuran ekonomi negara dalam Bajet 2013 kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dibahaskan di Dewan Rakyat mulai minggu depan.
Menurutnya, kedua isu itu perlu dipandang serius kerana kegagalan kerajaan BN untuk mencapai tahap unjuran pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan pada setiap tahun.
"Kegagalan unjuran dan unjuran defisit  tidak pernah mencapai oleh kerajaan BN, jika satu peratus kegagalan pertumbuhan ekonomi bermakna gagal berkembang RM20 bilion setahun.
"Isu yang dibawa oleh PR akan dipandang serius dan bajet yang dibentang kerajaan Jumaat ini perlu dipandang serius," katanya pada sidang media sempena Majlis Pembentangan Bajet  Pakatan Rakyat 2013 yang bertemakan "Ekonomi rakyat negara berkat".
Sebelum ini, ramai pemimpin BN mendakwa jika mengikut Buku Jingga yang menjadi panduan PR akan memufliskan negara.
Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata PR sebulat suara bersetuju untuk menetapkan enam peratus pertumbuhan setiap tahun di negeri-negeri PR untuk membentuk ekonomi yang mampan.
Tambahnya, Bajet PR 2013 mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang diagihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum.
Nurul Izzah: Kredibiliti pilihan raya kampus tercalar
Nurul Izzah
NURUL IZZAH
$entry.content.caption.value
PILIHAN raya kampus yang diadakan semalam mencatitkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dengan campur tangan pihak eksekutif serta amalan budaya samseng, ugutan berbentuk jenayah yang menekan dan mengekang hak serta kebebasan mahasiswa.

Projek Ops2020, yang didedahkan dalam Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan. Projek ini telah memberikan laluan kepada nasir-anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat perjalanan pilihan raya kampus yang bersih, adil dan telus.

Gejala samseng mulai menerjah masuk ke kampus-kampus, dengan insiden terbaru Pengerusi Pro-M Universiti Malaya yang dibelasah oleh 5 orang samseng. Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib.

Adakan audit terbuka ke atas e-undi.

Sebahagian daripada perancangan durjana pihak eksekutif termasuklah pengenalan sistem e-undi Universiti Malaya (UM) sejak 2009 apabila pihak pentadbiran UM meneruskan konsep menukar sistem kertas undi kepada sistem e-undi (undi secara berkomputer).

Para mahasiswa serta mahasiswi menentang keras sistem e-undi yang diperkenalkan kerana ia memberi impak kepada ketelusan, keberkesanan dan ketelusan setiap undi mahasiswa. Tiadanya audit ke atas sistem e-undi tersebut, dikeruhkan dengan perjalanan pilihan raya kampus yang tidak dipantau oleh pihak yang tidak berkepentingan.

Secara tuntas, persoalan-persoalan berkait sistem e-undi perlu dijawab:

i. Adakah undi rahsia?

ii. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?

iii. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi untuk memastikan telus dan tidak boleh dimanipulasi?

Setelah e-undi diperkenalkan sejak 2009, pada 2010 pihak pentadbiran UM sekali lagi memperkenalkan sistem baru dalam pelaksanaan pilihan raya kampus iaitu e-calon, e-daftar dan e-bantah yang semuanya berbentuk elektronik.

Sistem yang diguna pakai ini mengakibatkan seribu permasalahan buat mahasiswa di mana pada pilihan raya kampus UM kali ini – dua fakulti iaitu Fakulti Sains dan Pendidikan terpaksa menjalankan undian semula akibat undi seri yang diperoleh oleh kedua-dua fraksi Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.

Sejarah hitam demokrasi kampus juga tercipta di Universiti Islam Antarabangsa, apabila pilihan raya kampusnya terpaksa diulang semula kemudian secara manual akibat masalah teknikal. Kemelut undian semula yang berangkai bagi banyak universiti membuktikan sistem e-undi perlu dibaik pulih, sebelum boleh dilaksana sepenuhnya.

PKR menggesa supaya Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku, termasuklah pelaksanaan audit bebas terhadap sistem e-undi. Kita wajib membaik pulih imej universiti-universiti di Malaysia yang tercalar teruk akibat manipulasi sebegini.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR
Kes khalwat paling tinggi dicatat di Pahang

26 September 2012
KUANTAN - Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.

Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.

"MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.

"Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.

"Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya.

Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. - Bernama
Polis tahan lelaki bantu siasatan dakwaan hina Islam di laman Facebook

26 September 2012
KLANG - Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. - Bernama
Polis tahan lelaki rogol wanita selepas temu duga

26 September 2012
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi 'temuduga' yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal hari ini di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur.
 
Beliau berkata modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.
 
Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.
 
"Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Ini semua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya," katanya.

Ku berkata selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan, namun, mangsa tidak dicederakan.
 
Beliau berkata suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.
 
"Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa," katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.
 
Beliau berkata suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan. - Bernama
Bajet 2013 Pakatan janji mansuh PTPTN
Wartawan Sinar Harian
26 September 2012
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) membentangkan Bajet 2013 alternatif hari ini dengan antara lain dengan mengulangi komitmen akan memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perikatan tiga parti itu yang membangkitkan soal itu awal tahun ini menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan peringkat universiti kepada kesemua rakyat Malaysia.

Kata PR, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi swasta akan menerima subsidi fi pengajian.

"Oleh kerana pendidikan peringkat tinggi akan disediakan kerajaan, ini akan mengurangkan beban pelajar apabila mereka menyertai pasaran kerja, bebas daripada bayaran hutang," kata PR dalam laporan bajet yang diumumkan di bangunan Parlimen hari ini.

PR berkata, pihaknya percaya bahawa model pembiayaan semasa menerusi PTPTN bukan sesuatu yang berkekalan.

Katanya, dalam jangka panjang Kerajaan Persekutuan akan berhenti daripada menyediakan dana kepada PTPTN, sebagaimana disaksikan berlaku di negara-negara lain yang menggunakan model yang sama.
PR yakin bahawa ia boleh menghapuskan pinjaman melibatkan sejumlah besar peminjam yang memenuhi beberapa kriteria.
"Jika sejumlah RM30 bilion yang diagihkan setakat ini oleh Kerajaan Pusat menerusi pembiayaan, kami percaya bahawa obligasi hutang boleh dipenuhi pada kos RM2 bilion setiap tahun sepanjang 20 tahun akan datang," katanya lagi.
Gerakan Pulau Pinang sedia cari rumah sewa untuk Guan Eng

26 September 2012
GEORGE TOWN - Pergerakan Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini menyatakan kesediaan membantu mencari sebuah rumah baru untuk disewa oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng jika benar beliau menghadapi masalah rumah ekoran perjanjian sewa banglo yang didudukinya masih belum diperbaharui.
 
Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Kah Leong berkata pemilik banglo itu yang hanya dikenali sebagai 'Cik P' didakwa enggan memperbaharui perjanjian sewa itu atas alasan Barisan Nasional (BN) negeri sering 'menyerang' dan mengaitkannya (Cik P) dengan pembelian tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.
 
Beliau berkata setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik sebelum ini membuat kenyataan bahawa disebabkan alasan itu, Lim diarah keluar dari banglo berkenaan.
 
"Kalau Lim Guan Eng betul-betul tak dapat rumah untuk duduk, saya Tan Kah Leong 'volunteer' cari satu rumah bagi dia sewa. Kita akan bantu dia cari rumah untuk sewa.
 
"Tidak perlulah 'berlakon' untuk mendapatkan belas kasihan rakyat dengan mengadakan cerita yang bukan-bukan. Sebagai pemimpin politik apabila memberikan alasan tiada lagi tempat tinggal hingga terpaksa tidur di luar rumah nampak seperti budak-budak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sabtu lepas, Ng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Komtar mendedahkan dokumen perjanjian sewa sebanyak enam muka surat antara Lim dan pemilik banglo kepada orang awam.
 
Perjanjian itu menyatakan Lim menyewa banglo itu sejak 1 Julai 2009 dengan sewaan sebanyak RM5,000 sebulan bagi tempoh tiga tahun sehingga 30 Jun 2012.
 
Bagaimanapun, Ng berkata pemilik banglo itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu memperbaharui perjanjian itu dan ketua menteri masih tinggal di banglo tersebut walaupun perjanjian sewaan telahpun tamat.
 
Sementara itu, Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata dakwaan Ng itu ternyata tidak berasas memandangkan BN negeri mula membangkitkan isu 'Cik P' pada 25 Ogos 2012, sedangkan berdasarkan perjanjian penyewaan itu, ia sepatutnya diperbaharui dua bulan sebelum tarikh tamat iaitu selewat-lewatnya 1 Mei lalu. - Bernama
Kajian: Isu hudud boleh gugat Pakatan
Wartawan Sinar Harian
26 September 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Isu berkenaan hukum hudud masih dilihat sebagai perkara yang boleh menggugat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan bahawa sekitar 40 peratus responden kalangan pengundi Melayu, Cina dan India percaya bahawa isu pelaksanaan hudud akan menjejaskan kesepakatan parti-parti dalam PR.

PR dianggotai Pas, PKR dan DAP.

Dari segi pendirian responden, 39 peratus pengundi Melayu memihak kepada soalan itu, dan ia disusuli 40 peratus (Cina) dan 42 peratus (India).

Dalam pada itu, 33 peratus pengundi Melayu tidak setuju dengan soalan berkenaan. Paras pengundi Cina dan India tidak bersetuju masing-masing sebanyak 26 peratus dan 14 peratus.

Peratusan tidak pasti pula sebanyak 28 peratus (Melayu), 33 peratus (Cina) dan 44 peratus (India).

Hasil kajian Umcedel ini dikeluarkan ketika polemik mengenai hukum hudud, yang enakmennya diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas dua dekad lalu, berterusan, lebih-lebih ketika ramai meramalkan PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Yang terbaru semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta maaf kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan, kerana pendirian parti itu menolak hukum hudud.

Bulan lalu, Nasharudin minta Pas keluar PR kerana Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh terus menentang pelaksanaan hukum hudud.

Pas yang memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 juga menggubal enakmen sedemikian.

Berhubung soalan sama ada pelaksanaan hudud satu kempen politik Pas untuk meraih undi dalam pilihan raya, 43 peratus pengundi Melayu tidak bersetuju.

Peratus pengundi Melayu bersetuju hanya 36 peratus.

Bagaimanapun pengundi Cina dan India yang beranggapan Pas mahu meraih undi lebih tinggi berbanding orang Melayu iaitu masing-masing 44 dan 42 peratus.

Pengundi Cina dan India yang mengatakan tidak adalah sebanyak 28 dan 20 peratus.
Pro-M: Aspirasi masih gagal di Lembah Klang
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
26 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Mahasiswa masih beranggapan bahawa Pro-Aspirasi tidak dapat memecahkan penguasaan pihaknya di universiti-universiti di Lembah Klang walaupun dipercayai telah menang sehingga 14 pusat pengajian tinggi dalam pilihan raya kampus.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, Pro-Mahasiswa menguasai ketiga universiti terbabit meskipun keputusan rasmi di UM masih belum diumumkan sehingga petang ini.

"Jika kita lihat Pro-Aspirasi menguasai sebahagian besar daripada 20 IPTA di negara kita tetapi kenapa mereka gagal menguasai tiga universiti ini sedangkan IPTA di Lembah Klang inilah yang aktif dalam berpolitik," kata beliau dengan merujuk kepada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain tiga universiti itu, katanya, Pro-Mahasiswa hanya memberi tumpuan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

UPM dan Upsi dimenang oleh Pro-Aspirasi.

Pro-Mahasiswa menang di UM dan UKM. Keputusan pilihan raya UIAM ditangguhkan ekoran masalah sistem e-undi dan

"Sehingga kini, saya masih tidak berkeyakinan Pro-Aspirasi mampu membawa perubahan kepada mahasiswa," katanya kepada Sinar Harian Online, ketika dihubungi hari ini.

Safwan berkata, kemenangan milik siapa itu tidak penting kerana ketelusan dalam meraih kemenangan lebih penting.

Menurutnya, sistem e-undi yang diguna pakai oleh sebahagian IPTA diragui ketelusannya berikutan keputusan di UM dan UIAM, semalam.

"UIAM terpaksa melakukan pilihan raya semula gara-gara wujud masalah dalam sistem undi sedangkan sistem itu sudah digunakan bertahun lamanya.

"Di UM pula berlaku keputusan seri pada dua calon fakulti di mana seorang calon sudah menang tetapi seorang lagi tidak boleh diumumkan menang kerana mendapat undian yang sama," katanya.

Katanya, "sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana akan ada kiraan semula, jadi kita tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi."

Sehubungan itu, beliau menggesa agar sistem lama iaitu undi secara manual seperti yang digunakan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan UKM diguna kembali oleh semua IPTA.

Safwan berkata, pihaknya percaya wujudnya campur tangan luar dalam pilihan raya ini, oleh itu perkara yang berlaku di Upsi dan UKM akan dibawa ke mahkamah.

"Di Upsi, enam calon Pro-Mahasiswa dibatalkan kerana tidak mengisi ruang manifesto, sedangkan buku panduan pilihan raya mengatakan isi ruangan manifesto jika ada dan apabila bantahan dibuat, ia tidak diterima.

"Begitu juga di UM, lima calon Pro-Aspirasi berada pada tahun akhir disahkan layak bertanding dan empat daripadanya menang dalam pilihan raya, jadi kami akan bawa perkara ini ke mahkamah atas penyalahgunaan kuasa," jelasnya.
Mansor: PKR akan 'hukum' penyebar rakaman mesyuarat
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
26 September 2012
Mansor: PKR akan 'hukum' penyebar rakaman mesyuarat
Mansor menyerahkan replika kunci kepada salah seorang penduduk yang terlibat dengan projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu(Fasa 3).
GEORGETOWN - Susulan pendedahan rakaman suara dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang seperti yang disiarkan sebuah televisyen malam kelmarin, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman ‘diserbu’ media bagi mendapatkan pengesahan terhadap rakaman suara itu.

Mansor yang menghadiri Majlis Penyerahan Pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Fasa 3) bagai sudah menduga kehadiran media di majlis berkenaan untuk mendapatkan pengesahannya berhubung isu itu.

Beliau yang enggan mengadakan sidang media secara teratur dilihat seolah-olah ingin melarikan dari media namun berjaya ‘dihalang’ untuk berbuat demikian.

Ketika ditanya berhubung pendedahan rakaman suara itu, Mansor menafikan beliau melabel Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai angkuh dan sombong dalam mesyuarat terbabit.

Beliau juga enggan menjawab sama ada rakaman terbabit tulen dan suara di dalam rakaman itu adalah miliknya.

“Jawapan saya ialah, pilihan raya umum sudah dekat. Itu sahaja jawapan yang saya boleh beri. Saya rasa itu jawapan yang baik,” katanya kepada media semalam.

Setelah didesak, Mansor kemudiannya mengakui rakaman itu dikeluarkan orang partinya sendiri yang menghadiri mesyuarat berkenaan pada 15 April lalu.

“Orang yang hadir itu la siapa lagi. Kamu semua pun tahu kan? Ini adalah urusan parti. Parti akan mengambil tindakan ke atas individu yang mengeluarkan rakaman itu,” katanya.

Menjawab soalan media berhubung kenyataannya yang mengesyaki ada pihak menawarkan ganjaran untuk mendapatkan rakaman itu, Mansor mengakui ada mengeluarkan kenyataan itu dalam sebuah suratkhabar berbahasa Inggeris kelmarin.

“Ya, memang saya ada tanya kepada suratkhabar itu, berapa banyak individu berkenaan dibayar untuk dedahkan rakaman itu. Cukuplah saya tidak mahu komen lagi,” katanya.

Isu ini hangat diperkatakan media serta blog sejak Ogos lalu apabila beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' dibocorkan dan tersebar.
Mansor pengerusi mesyuarat

Dalam minit itu, mesyuarat berkenaan yang didakwa dipengerusikan Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri oleh lapan ahli jawatankuasa lain antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.

Lapan ahli jawatankuasa itu adalah Timbalan Ketua Bahagian PKR Bukit Bendera, Felix Ooi; Timbalan Ketua Bahagian Bayan Baru, Tan Seng Keat; bekas calon Dun Batu Uban, Raymond Ong dan Ketua Bahagian Bukit Bendera, Jason Ong.

Turut hadir Ketua Pemuda Bahagian Tanjung, Ng Cheng Siang; Ketua Cawangan Batu Uban, Cheah Peng Guan, Timbalan Ketua Perhubungan Negeri, Law Choo Kiang dan John Ooi.

Ia turut mencatatkan bahawa Guan Eng sebagai seorang yang sombong dan sukar digugat kerana pengundi Cina menganggapnya sebagai 'tokong'.

PKR juga didakwa sedang merangka tindakan tertentu untuk memastikan calonnya berjaya dalam PRU termasuk menyediakan calon “tambahan” untuk pertembungan tiga penjuru dengan calon DAP dan Barisan Nasional (BN) di kawasan tertentu.

Sebelum ini, Mansor ketika dihubungi Sinar Harian menafikan wujud minit mesyuarat seumpama itu.

Bagaimanapun, ketika mengadakan rumah terbukanya di Guar Perahu pada hari raya kedua lalu, beliau dipetik sebagai berkata tidak dapat menerima kebocoran minit mesyuarat berkaitan persiapan menghadapi PRU akan datang di Internet.

Untuk itu, Mansor berkata memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara berkenaan.

Kecewa minit mesyuarat didedahkan

Timbalan Ketua Menteri itu juga melahirkan rasa kecewa kerana minit mesyuarat itu disiarkan secara dalam satu blog yang tidak dikenali.  

Sehari selepas itu, Mansor yang mengadakan sidang media di pejabat Ketua Menteri menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.

Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri
itu.

Mansor berkata, kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.

Mansor turut menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.

“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Umno Pulau Pinang: Mansor harus akui ‘itu suara dia’
MOHD IDROS MOHD ALI
26 September 2012
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman
NIBONG TEBAL - Jangan terus berdolak dalik atau berbohong kepada rakyat kerana mereka sudah mengenali suaranya yang disiarkan dalam televisyen beberapa hari lalu.

Oleh itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman perlu mengakui kebenaran rakaman suara yang dirakam dalam satu mesyuarat PKR Pulau Pinang beberapa bulan lalu adalah suaranya dan beberapa pemimpin parti itu ketika menghadiri mesyuarat berkenaan.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, rakaman yang disiarkan itu adalah jelas suara Mansor dan tidak perlu terus berdolak dalik atau  masih mahu menafikannya.

Beliau berkata, rakyat hanya mahu kebenaran dan pemimpin PKR itu tidak perlu mengelak daripada menyatakan perkara sebenar sebagai seoang pemimpin yang telus dan berwibawa.

"Kenapa masih mahu mengelak menyatakan kebenaran. Rakyat Pulau Pinang cerdik dan tahu menilai kewibawaan pemimpin nombor dua di negeri ini.

"Tidak perlu takut untuk mengakui kesilapan yang dilakukan demi menegakkan kebenaran," katanya kepada media selepas menghadiri pelancaran program Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Pulau Pinang di Dewan Masyarakat Sungai Acheh di sini.

Menurutnya, Mansor sebagai pemimpin Kerajaan Negeri tidak perlu takut kepada sesiapa termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng jika mesyuarat itu adalah sejajar dengan perjuangan PKR di Pulau Pinang.

"Kenapa perlu takut kepada Guan Eng jika adalah agenda dan pegangan PKR di Pulau Pinang.

"Orang Pulau Pinang tidak suka dengan pemimpin yang bercakap bohong. Apa yang mereka mahu ialah setiap pemimpin yang dipilih perlu menyatakan kebenaran dan mempertahankan kenyataan yang dikeluarkannya. Jangan sesekali cuba berdolak dalik," katanya.

Zainal Abidin yang juga Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal berkata kini terserah kepada Mansor untuk menyatakan pendirianya sama ada mengakui kebenaran rakanan suara itu atau terus berbohong kepada rakyat.

“Rakyat akan membuat penilaian dan penentuan mengenai pemimpin terbabit dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Semalam, Mansor dipetik sebagai PKR akan mengambil tindakan terhadap dalang yang membocorkan rakaman suara dan minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang beberapa bulan lalu.   

Bagaimanapun, beliau tidak mengakui atau menafikan suara yang disiarkan itu adalah suaranya.
Pegawai khas Adun buat laporan polis dakwa diugut bunuh

26 September 2012
JOHOR BAHARU - Seorang pegawai khas kepada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang individu, semalam.

Anthony Lee Kim Kwang, 51, membuat laporan berkenaan petang semalam di Balai Polis Taman Johor Jaya, di sini selepas menerima ugutan menerusi panggilan telefon pada 11.17 pagi semalam.

"Panggilan itu diterima ketika saya sedang mengikuti satu program lawatan di Rumah Pangsa Laman Tasik Pandan, di sini.  Ia adalah suara lelaki yang menjerit nama saya iaitu 'Lee Kim Kwang' sebelum panggilan itu kemudian terputus," katanya kepada pemberita pada pertemuan yang diatur MCA Cawangan Permas Selatan, di sini hari ini.

Lee berkata dia kemudian bertindak menghubungi semula nombor terbabit dan suara lelaki yang sama kemudian bertutur dalam loghat Hokkien dengan mengugut mengatakan akan mencari dan menembaknya.

Beliau berkata lelaki terbabit mendakwa dia mewakili seorang rakannya yang tersinggung dengan percakapan Lee pada program tinjauan masalah perparitan di Bandar Permas Jaya, di sini beberapa hari lepas.
 
Lee yang berasa sangat gusar dan bimbang keselamatannya terancam terus memaklumkannya kepada beberapa rakan dan Adun berkenaan sebelum kemudian dinasihati membuat laporan polis.

Katanya ugutan seumpama itu merupakan kali pertama diterimanya sejak berkhidmat sebagai pegawai khas sejak empat tahun lepas.

Sementara itu, Pengerusi MCA Cawangan Permas Selatan Shium Chan Teck pula berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti individu yang terlibat dengan jenayah terbabit.

"Kita percaya negara ini ada undang-undang dan kita serahkan kes ini kepada pihak polis," tegasnya.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan