Selasa, 18 September 2012

BILA KITA DAH 'TAK LAKU LAGI'...NI SEBAB DIRI SENDIRI...LUPA DIRI SEMASA BERKUASA

Kedah tuntut Felcra RM200 juta
Posted on Tuesday, September 18 @ 03:23:05 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Sinar Harian

 Kedah tuntut Felcra RM200 juta ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.

“Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incoorporated (MBI) terhadap Felcra. Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu,” katanya.

Menurutnya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.

“Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.

"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

Azizan berkata, buat masa ini, MBI sedang mengenal pasti pemilikan tanah bawah MBI dan Felcra untuk memudahkan proses tuntutan.

“Surat tuntutan sudah bincang, cuma jumlah sebenar belum pasti, namun ianya melibatkan jumlah yang banyak,” katanya.

Menurut sumber, antara kejayaan MBI bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra, di mana sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan oleh kerajaan terdahulu kini akan dikembalikan kepada rakyat Kedah, pembayaran akan dibuat berdasarkan perjanjian.
Difahamkan, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Felcra juga tidak membuat pembayaran.

Dalam perkembangan lain, Azizan menafikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat rombakan besar-besaran akibat mengalami masalah.

“Setakat ini, tiada rombakan dibuat, semua GLC Kedah berjalan lancar. Saya adalah pengerusi MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB), semuanya tiada masalah,” katanya.

Menurutnya, mungkin pada awal pengambilalihan, wujud beberapa masalah termasuk kewangan, namun selepas empat tahun PR menerajui Kedah, semuanya berjaya diselesaikan.

Sebelum ini, PKB ketika diterajui Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tenat, namun berjaya dipulihkan sehingga mampu memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta setahun.

Azizan menyifatkan ini suatu kejayaan dalam mengendalikan GLC Kedah, ekoran PKB berjaya melunaskan hutang tertunggak, malah dalam tempoh empat tahun, kembali aktif dan menyumbang hasil kepada negeri. 


 Wang Zakat, habis belajar baru dapat?
Posted on Tuesday, September 18 @ 02:53:41 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: anaabdullah

"Itulah cerita yang penulis  dengar. Cerita ini keluar dari mulut mulut para pelajar yang pernah memohon dan menerima wanag zakat yang diberi nama oleh MAIDAM sebagai derma siswa.

MAIDAM juga memperuntukan wang zakat yang diberi nama wang pendahuluan kepada pelajar Terengganu disamping Yayasan Terengganu sejumlah RM 1,000 setiap kepala.

Bantuan wang pendahuluan yang dikeluarkan oleh MAIDAM setakat ini tiada lagi cerita lewat bayar sepertimana yang berlaku pada derma siswa yang boleh dikatakan habis belajar baru dibayar.

Beberapa orang pelajar yang memberitahu penulis serta menyatakan rasa kecewa dengan MAIDAM yang lewat membuat pembayaran, sedangkan mereka memerlukan, terutama sekali untuk membeli buku buku.

Salah seorang pelajar yang tak membuat pinjaman dengan mana mana institusi kewangan dan sudah habis satu semester seringkali berulang alik untuk mendapat wang zakar yang dikatakan sudah lulus itu merungut sakan.
Pada penulis, mengapa boleh jadi demikian, sedangkan ianya sudah lulus, tapi malang sekali tidak mahu bayar kepada pelajar yang sering menghadapi masalah kewangan.
Yang peliknya, setelah mereka ke kaunter bayaran di pejabat MAIDAM pelbagai alasan diberi. Yang mengecewakan apabila pergi kaunter atas, katanya dibawah. Apabila pergi kebawah, mereka jawab di atas.
Ada juga yang jawab tunggu SMS untuk di temuduga dulu baru dibayar.Macam macam alasan yang mengecewakan.
Inilah karenah yang berlaku pada kaunter pejabat MAIDAM.  Cerita ini adalah cerita beberapa pelajar yang sering berulangalik untuk mendapat wang zakat yang diperuntukan atas nama “asnaf  fisabilillah” kepada para pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Univsersiti dalam dan luar Negara.
Penulis tidak tahu kedudukan yang sebenarnya, tetapi maklumat ini keluar daripada mulut mulut pelajaran yang datang sendiri  ke Pejabat MAIDAM berurusan untuk mendapat wang zakat yang mereka pohon yang dikatakan sudah lulus, belum  dapat bayarannya. 

Ops Samseng tahan 111 motosikal di Kuala Kedah
Posted on Tuesday, September 18 @ 02:47:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Bernama

KUALA KEDAH - Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini semalam.

Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar DSP Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit.

Ketua Polis Kedah ACP Adzaman Mohd Jan berkata 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
 
"Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Beliau berkata polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah.
 
Tinjauan Bernama ketika operasi malam tadi mendapati ibu bapa remaja yang ditahan menunggu di luar pagar Balai Polis Kuala Kedah untuk melihat kelibat anak masing-masing sebelum membawa mereka pulang.
 
Kesemua remaja terbabit kemudian dibebaskan selepas menjalani ujian air kencing manakala motosikal yang disita akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. 

 Inferiority Complex (Tak Yakin Diri)
Posted on Monday, September 17 @ 22:34:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: pemerhati44

"
Kita di Malaysia ni tak akan terlepas dari pemandangan caca-marbah disetiap pelusuk jalan-raya dan bangunan-bangunan.
Dimana jua kita akan melihat pelbagai sepandok yang memaparkan gambar wajah pemimpin ahli politik.


Kenapakah ini perlu? Membuat sepanduk ni semua satu pembaziran! Ataukah para peminpin ini semua ada sindrom "Inferiority Complex" atau sifat tidak yakin diri?
Hairan perkara ini hanya 'di over gunakan' di Malaysia saja.

 Siapa dia yang sertai Umno untuk dapatkan projek?
Posted on Monday, September 17 @ 22:33:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

16 Sept. 2012 - Dua jenis individu ini tidak diperlukan dalam parti UMNO, sebaliknya jika ada, mereka perlu disingkirkan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, individu yang dimaksudkan ialah mereka yang mengkhianati parti dan menyertai UMNO semata-mata mahukan projek untuk kepentingan peribadi.


 

  Aduh... kesiannya, di mana saja di benci
Posted on Monday, September 17 @ 22:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh yutuba

Ingatkan website politik jer di benci, website it dan teknologi pun kena troll.



Komen-komen daripada pelayar internet





Dikutip dari Forum TKO, kiriman forumer yutuba

Sumber: amanz.my


 Seleweng RM200K dana Pertubuhan Kebajikan, nama pemimpin BN terdedah..
Posted on Monday, September 17 @ 21:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: AnakSgDerhaka

"

Adakah ini sudah menjadi satu amalan yang membarah didalam Pentadbiran Najib?... setiap dana dari wang rakyat yang disalur keluar dari sebarang Kementerian perlu diagihkan beberapa peratus darinya kepada pemimpin UMNO/BN melalui Syarikat milik mereka.

Semalam dengan berbekalkan beberapa dokumen yang lengkap mengenai penyelewengan RM200,000 atau 40% dari jumlah keseluruhan geran yang bernilai RM500,000 dari geran bantuan Perdana Menteri yang diterimanya pada 12 September 2012 lalu, Chegu Bard bersama SAMM dan AMK Pulau Pinang telah membuat satu laporan kepada SPRM.

Hanya empat orang dibenarkan masuk ke perkarangan ibu pejabat

Temujanji telah diadakan dengan salah seorang pegawai penyiasat dari SPRM pada pukul 2.45 petang, hari ahad 16 Sepember dan hanya empat orang sahaja termasuk Chegu Bard sendiri yang dibenarkan memasuki perkarangan Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang itu.

Bagi membantu untuk memudahkan pihak SPRM menjalankan siasatan beberapa dokumen telah diserahkan antaranya ialah:


~Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000. Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan

~Penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

~Beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri. Pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.

~Penyata akaun bearakhir bulan Mac 2012

~Penyata akaun bearakhir bulan April 2012

~Penyata akaun bearakhir bulan Mei 2012

~Minit mesyuarat Exco ke 192 bil 03/2012 Persatuan Bekas Polis

~Minit mesyuarat Exco ke 193 bil 03/2012 Persatuan Bekas Polis

Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

Sila sambung bacaan anda di SINI"


Islam Wasatiyyah UMNO-BN joget dengan bapuk
Posted on Monday, September 17 @ 18:28:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA


Ini lah contoh yang perlu kita ikut!! Islam Wasatiyyah Najib Razak

Paparan besar


KLIK BLOG DIBAWAH TUK VIDEO

..........
http://video-kini.blogspot.com


  Debat .. Islamikkah Ia ?
Posted on Monday, September 17 @ 17:49:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Nazrul Nasir

Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi masakan pun perlukan penelitian bimbang masakan tidak menjadi, apatah lagi menulis berkenaan agama yang sangat tinggi iaitu Islam. Sudah tentu lebih diperlukan penelitian dan penumpuan.

Bimbang disalahertikan dan disalah tafsirkan. Bukan hanya percakapan yang akan menjadi penilaian pada timbangan neraca akhirat kelak, malah tulisan juga sangat berat penilaiannya kelak. Jika baik apa yang ditulis maka baiklah natijahnya, jika buruk dan jelek apa yang dikarang dan disajikan pada pembaca maka buruk jugalah natijahnya.


Sehari dua ini , ada suasana baru yang saya kira mula wujud dalam benak pemikiran masyarakat khususnya golongan muda-mudi , siswa-siswi, pemikir-pemikir dan lain-lain. Suasana yang saya maksudkan ialah sukakan perdebatan atau dengan bahasa yang lebih sopan PERBAHASAN dan BERBALAS HUJAH.

Ada yang mengatakan bahawa inilah yang paling Islamik, inilah yang paling sesuai dengan zaman sekarang, zaman orang suka berfikir dan boleh menilai. Jika diadakan perdebatan maka kita secara tidak langsung membuka ruang untuk masyarakat membuat pilihan mana yang baik dan mana yang buruk.

Persoalannya , benar atau tidak persepsi sebegini? Benar-benarkah ianya mengikut acuan agama?

Apakah Maksud Perdebatan @ Mujadalah ?

Kata Al-Allamah al-Muhaddis Al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah : Perdebatan @ Mujadalah bermaksud berbalas hujah dengan harapan dapat mengalahkan dan menundukkan musuh.

Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah pula menyebut bahawa dengan perdebatan ini akan menyebabkan yang kalah akan dihina manakala yang menang akan disanjung dan membangga diri dengan digelar sebagai seorang yang bijak dan berilmu.

Hakikatnya perdebatan bukan untuk mencari kebenaran tetapi sebaliknya hanya semata-mata untuk menjatuhkan lawan dihadapan orang ramai.

Mungkin ada yang akan bertanya : Bagaimana kita ingin membezakan di antara berdebat untuk menjatuhkan seseorang dan berdebat untuk menegakkan kebenaran?

Bagi membezakan kedua perkara ini , menurut Al-Allamah al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah seseorang perlu menilai kepada dirinya sendiri : Jika dia berbahas dengan seseorang dan dia berusaha untuk menjatuhkan air muka seseorang maka ketika tersebut dia termasuk di dalam perdebatan yang dicela. Tetapi jika dia berusaha untuk memahamkan dan memberikan penerangan sebaik mungkin terhadap perkara yang benar kepada lawannya dengan menghormati pihak lawan maka pada ketika tersebut dia dikira berdebat menegakkan kebenaran.

Perkara ini akan dirasai oleh kedua-dua pihak lawan tersebut sendiri. Jika kesudahannya berakhir dengan kebencian di dalam hati maka itu adalah perdebatan yang dicela, manakala jika ianya berakhir dengan masing-masing mengakui kesilapan jika dia tersilap dan mengikut kepada kebenaran jika pihak lawan di pihak yang benar, maka inilah perbincangan @ debat yang dipuji oleh syarak.

Sebenarnya terdapat beberapa istilah yang sepatutnya difahami oleh kita bagi membezakan apa yang disebut sebagai debat yang dicela, debat yang dipuji @ perbincangan, dan lain-lain.

Al-Allamah Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid rahimahullah, salah seorang ulama yang pernah mengajar di Masjid al-Azhar menyebut di dalam kitabnya : Risalah al-Adab Fi Ilmi Aadab al-Bahsi wal Munazarah ( Risalah Adab yang menerangkan tentang ilmu adab berbahas dan berbincang) berkenaan perbezaan antara istilah mujadalah dan munazarah .

Tajuk kitab itu sahaja sudah dapat menunjukkan kepada kita bahawa ulama tidak menggunakan tajuk ( adab bermujadalah) sebaliknya digunakan tajuk ( adab bermunazarah) . Kedua-dua ini adalah mempunyai maksud yang sangat berbeza.

Maksud Mujadalah sudah saya terangkan pada permulaan tulisan saya.

Manakala maksud bagi Munazarah pula ialah : Perbincangan dua pihak yang bertujuan untuk mempertahankan hujahnya yang benar dan membatalkan hujah saudaranya dengan keinginan kedua-dua pihak bagi menjelaskan kebenaran ( bukan berniat menjatuhkan dan memalukan pihak yang lain).

Cerita Menarik

Seorang lelaki telah pergi bertemu dengan seorang ahli bijak pandai lalu berkata : " Aku ingin berdebat denganmu" , maka jawab Ahli Bijak Pandai tersebut : " Boleh, jika kamu mampu tepati syarat-syarat yang aku letakkan:

1) Jangan Marah

2) Jangan Tergesa-gesa

3) Jangan Bangga Diri

4) Jangan Cepat menghukum salah kepada orang lain

5) Jangan mentertawakan pihak lawan

6) Jangan menjadikan dakwaanmu ( tanpa bukti) sebagai dalil utamamu

7) Jika kita menggunakan khabar angin , maka tujuan kita hanyalah untuk bertanyakan adakah khabar itu benar atau tidak

8) Jika kita menggunakan hujah daripada akal maka jadikan pertentangan itu sebagai taaruf ( untuk saling mengenali antara satu sama lain )

9) Perlu kita sematkan di dalam hati bahawa perdebatan ini hanya untuk mencari kebenaran bukan untuk menjatuhkan pihak lawan

10) Jangan sekali-kali berpaling kepada orang lain @ ke tempat lain ketika aku sedang berbicara denganmu

Adab-adab ini disebutkan oleh al-Imam Mahfuz bin Ahmad al-Kalwazani , Ketua Ulama Hanbali pada zamannya di dalam kitab ( al-Intisar Fi al-Masail al-Kibar)


Kesimpulan

Jika semua jelas dengan istilah dan maksud sebenar perkara ini, maka kita akan dapat menilai sebenarnya apa yang diingin-inginkan oleh pemuda-pemuda sekarang yang hanya melihat kepada selesainya sesuatu masalah dengan berdebat. Namun hakikatnya , setelah selesai perdebatan langsung tiada tindakan daripada hasil perdebatan ke arah lebih baik.

Malah lebih buruk ingin menyerahkan kepada orang ramai membuat penilaian. Adakah semua layak memberikan penilaian? Kebanyakkan orang pada zaman sekarang hanya memberikan penilaian mengikut selera dan pandang sisinya. Bukan kepada kebenaran. Hanya memandang kepada siapa yang lebih hebat susunan katanya, berketerampilan dan lain-lain. Bukan kepada kebenaran.

Ini hakikat yang mesti diterima , bukan dongengan.

Tak salah kalau saya katakan bahawa debat zaman sekarang hanya lebih menyeronokkan nafsu bukan membangkitkan iman. Semoga Allah taala menyelamatkan kita daripada fitnah akhir zaman ini.

Rujukan :

1) Risalah al-Musytarsyidin oleh al-Imam Al-Haris al-Muhasibi rahimahullah (165-243H)
2) Maraqi al-Ubudiyyah Syarah Bidayah al-Hidayah oleh al-Syeikh Al-Allamah Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani rahimahullah ( 1315H)
3) Risalah al-Adab Fi Ilmi Aadab al-Bahsi wal Munazarah oleh Al-Allamah Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid al-Azhari rahimahullah

Rujukan asal links

Tiada ulasan:

Catat Ulasan