Selasa, 18 September 2012

JANGAN ANGGAP ORANG KOTOR DAN BERTAHI...KITA MUNGKIN LEBIH KOTOR DAN MANDI TAHI...DITAMBAH DAH NYAWA2 IKAN...KADANG2 SEDAR DIRI TU PATUT...YANG ANTIK MASIH BERHARGA...KITA YANG KATA MUNGKIN DAH USANG

Ikrar Suaram: Siasatan Scorpene diteruskan

  • Nigel Aw
  • 4:42PM Sep 18 2012
Siasatan di Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, akan diteruskan  walaupun jika kerajaan memutuskan untuk mendakwa Suaram atau mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, kata NGO hak asasi manusia itu hari ini.
ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielAnggota sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya
telah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa kes Scorpene akan diteruskan.
Ketika dihubungi, Cynthia berkata, tindakan terhadap Suaram itu tidak akan memberi kesan terhadap kes di Perancis itu.

Cynthia juga mengkritik pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini tuduhan yang akan difailkan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd

Katanya, ketika menteri itu membuat pengumuman tersebut, pengarah dalam lembaga pengarah dan pengarah eksekutif Suaram masih lagi berada di ibu pejabat SSM, untuk disoal.

Cynthia berkata, bagaimana menteri itu boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan siasatan masih berjalan di dalam bangunan SSM.
Suaram sedia hadapi 'kemungkinan paling buruk'

  • Nigel Aw
  • 12:25PM Sep 18 2012
NGO hak asasi manusia Suaram bersedia untuk menghadapi “kemungkinan paling buruk” dalam tindakan kerajaan ke atasnya, termasuk kemungkinan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel berkata Suaram bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu memandangkan menteri perdagangan dalam negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa NGO berkenaan mungkin boleh dituduh atas beberapa dakwaan.

"Beliau juga membayangkan bahawa Suaram merupakan sebuah pertubuhan haram, jadi kita bersedia untuk apa saja," katanya.

Tambahnya, NGO itu hanya akan mendedahkan rancangannya apabila tiba masanya.

Gabriel berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja menggambarkan Suaram sebagai entiti berbeza daripada syarikat yang didaftarkan – Suara Inisiatif Sdn Bhd – untuk mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram.

"Kami percaya pihak berkuasa sebenarnya main kotor kerana mereka cuba bezakan Suaram dan Suara Inisiatif, sedangkan (kedua-duanya) satu (entiti) sama," katanya.
Menteri: SSM akan temui AG untuk dakwa Suaram

  • Nigel Aw
  • 1:29PM Sep 18 2012
Menteri yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata badan itu akan mengesyorkan kepada peguam negara untuk mendakwa syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd yang dikaitkan dengan NGO Suaram.

Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu berkata, syor berkenaan akan disampaikan peguam negara pada jam 4 petang ini.

Dalam sidang media di ibu pejabat SSM itu, Ismail Sabri berkata suruhanjaya berkenaan akan memulakan tindakan undang-undang berdasarkan laporan kewangan Suara Inisiatif yang mengelirukan.

Ketika diminta menjelaskan perkara itu, Ismail Sabri berkata, kekeliruan itu melibatkan semua perkara namun butiran berkenaan masih tidak dapat didedahkan.
Warga maya dakwa foto orang ramai di majlis Najib diubahsuai
8:34PM Sep 18 2012
Warga maya mendakwa gambar yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times telah diubahsuai untuk membuat orang ramai di perhimpunan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan Ahad lepas nampak lebih ramai.

Gambar itu, yang mempunyai salinan tepat orang ramai di latar belakangnya, mula tersebar di Facebook sejak Ahad lalu.

Gambar itu juga telah menarik perhatian blogger termasuk yang pro-Pakatan Rakyat blogger, Milo Suam, yang secara menyindir menulis:

"Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib."

Sementara itu, pereka grafik terkenal Kukubesi secara berseloroh menggalakkan artis grafik di sebalik gambar itu belajar dengannya "supaya mereka boleh mengedit dengan lebih baik".

Gambar itu, yang disiarkan bersama dengan berita bertajuk 'Najib: United front crucial for Umno’s success in polls’ di lamanweb New Straits Times, telah dikeluarkan.

Cerita itu mendakwa sejumlah 15,000 orang hadir di majlis Najib di Pekan Ahad lepas.

Seorang lagi blogger yang menggunakan nama uppercaise,  mendakwa gambar itu mula-mula diterbitkan oleh agensi berita nasional, Bernama. Ini tidak dapat disahkan pada masa penulisan ini.

Usaha untuk menghubungi Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Abdul Jalil Hamid tidak berjaya dan mesej teks juga tidak berjawab.

Ini adalah kali kedua dalam beberapa minggu ini di mana kesahihan gambar yang memaparkan Najib bergaul dengan orang ramai, telah dipertikaikan.

Insiden terakhir melibatkan gambar Bernama di majlis rumah terbuka Najib di Putrajaya. Bernama telah menafikan dakwaan tersebut.
Pemimpin Umno Sabah tolak cadangan IC khas

  • Aidila Razak
  • 7:18PM Sep 18 2012
Naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menolak rancangan parti SAPP untuk memperkenalkan kad pengenalan khas bagi warga Sabah kerana perkara itu menurutnya satu langkah yang tidak diperlukan.

"Kenapa perlu (kad pengenalan khas?). Kita sudahpun jadi sebuah negara,"

Beliau mempersoalkan langkah untuk mengawal rakyat Malaysia daripada Sabah memandangkan kerajaan masih berdepan masalah dalam menghalang kemasukan warga asing dan kumpulan pengganas.

"(Kumpulan pemisah Filipian) Abu Sayyaf dan pendatang asing kita tak boleh kawal, (tapi) nak kawal rakyat Malaysia (daripada memasuki Sabah) buat apa?

Katanya, beliau maklum mengenai perjanjian 20 perkara apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, beliau berpendapat kad pengenalan seperti itu akan menghalang produktiviti.
6 AJK pemandu BERSIH 2.0 dibenar jadi pencelah

  • Bernama
  • 6:58PM Sep 18 2012
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan enam anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menjadi pencelah dalam saman difailkan oleh kerajaan terhadap pengerusi bersama BERSIH 3.0 Datuk S. Ambiga dan lapan yang lain berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
  
Hakim Datuk John Louis O'Hara membenarkan permohonan mereka selepas pihak kerajaan, diwakili Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, menarik balik bantahan awalnya terhadap permohonan mereka untuk menjadi pencelah.
  
Dengan ini, keenam-enam mereka juga menjadi defendan dalam saman itu.
  
Hakim O'Hara menetapkan 30 Oktober bagi pengurusan kes untuk pihak-pihak menyediakan kertas mahkamah masing-masing.
  
Kerajaan memfailkan saman pada 15 Mei terhadap 10 defendan iaitu Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, K. Arumugam, S. Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon, Andrew Khoo dan Haris Fathillah Mohamed.
  
Bagaimanapun, pada 10 Ogos, ia mengeluarkan nama Haris Fathillah atas alasan dia bukan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.
  
Kerajaan menuntut pampasan khas berjumlah RM122,000 sebagai kos untuk membaiki kenderaan polis yang rosak, kos lain, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
  
Ia juga memohon deklarasi bahawa para defendan, sebagai penganjur perhimpunan BERSIH 3.0, telah melanggar Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, di mana mereka bertangggungjawab, antara lain, memastikan perhimpunan itu tidak mendatangkan kerosakan terhadap harta benda awam.
  
Dalam kenyataan tuntutannya, kerajaan juga menyatakan perhimpunan di kawasan sekitar Dataran Merdeka bertukar menjadi ganas apabila peserta merempuh penghadang polis.
  
Katanya, pada hari berkenaan, polis ditempatkan di sekitar kawasan itu untuk memastikan peserta perhimpunan tidak melanggar perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret pada 26 April, yang melarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka
dan orang ramai hadir di kawasan itu atau mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan bantahan antara 28 April dan 1 Mei tahun ini.

- Bernama

"Jangan lihat dari kerangka negatif. Kalau Sabah untuk Sabah, Perlis untuk Perlis, tak ke mana negara ini," kata MP Semporna itu lagi.

Perjanjian tersebut antara lainnya memberi kuasa kepada Sabah untuk mengawal kemasukan warga Malaysia ke negeri tersebut.

Perkara itu juga menjadi alasan parti SAPP dalam mengemukakan cadangan tersebut, kerana ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.

Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee antara lainnya berpendapat, "Kad Pengenalan Sabah" itu akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.
Sementara itu, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula berpendapat, janji SAPP untuk mengeluarkan kad pengenalan khas itu merupakan cadangan yang mengandungi unsur subversif.

"Saya rasa cadangan ini tidak lebih untuk menarik sentimen Sabah (dalam politik).

"Ini bagi saya ada elemen subversif. Ia menggalakkan unsur-unsur yang tidak membentuk perpaduan nasional," katanya.

Cadangan itu dikemukakan presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee sewaktu berucap di Kepayan, Kota Kinabalu Jumaat lalu.
PERKASA: Tak perlu garis panduan untuk kenal LGBT

  • Ahmad Fadli KC
  • 3:59PM Sep 18 2012
Kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berpendirian bahawa sistem pendidikan Malaysia tidak memerlukan garis panduan rasmi untuk mengenal pasti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Oleh kerana keputusan (gaya hidup) ini sudah menjadi kegiatan segelintir masyarakat, kita tak perlu rasmikan (garis panduan itu).

"Buat cara tak rasmi, yang penting tanggungjawab ibu-bapa itu sendiri," kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada sidang media tengah hari tadi.
Ibrahim turut mempersoalkan tindakan sebuah restoran yang dilaporkan memberi makanan percuma kepada pengunjung lelaki yang berpakaian seperti ciri-ciri dalam garis panduan tersebut.
"Tuan kedai (itu) mungkin LGBT. Kalau tidak apa tujuan dia (tawar makanan percuma).

"Walaupun untuk suka-suka, mungkin dia ada agenda.

"Kalau tidak apa tujuan dia hendak bagi nasi beriani percuma sedangkan ramai lagi orang lain memerlukan makanan?," soalnya.

Dalam sidang media itu, Ibrahim diminta mengulas mengenai garis panduan yang antara lainnya menggariskan bahawa golongan gay memakai baju berkolar-V dan membawa beg besar seperti perempuan.
Garis panduan itu dilancarkan dalam satu seminar di Pulau Pinang pada 12 September lalu, lapor akhbar Sin Chew Daily sebelum ini.

Seminar mengenai usaha menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender itu merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikan Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.

Perasmian berkenaan dilihat sebagai sokongan kerajaan bagi mengiktiraf garis panduan tersebut.

Garis panduan berkenaan menerima pelbagai kritikan termasuk daripada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar kerana memberi tanggapan prejudis kepada sesetengah pihak.

Kementerian pelajaran kemudiannya tampil dengan satu kenyataan bahawa kementerian itu tidak pernah memberi pengesahan kepada pihak yang menyedia atau mengeluarkan garis panduan tersebut.

Menteri: Suaram akan didakwa minggu ini
11:29AM Sep 18 2012
dikemaskini NGO hak asasi manusia, Suaram akan didakwa di mahkamah minggu ini selepas mendapat lampu hijau daripada Pejabat  Peguam Negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Ismail dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata pertuduhan itu berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah kesalahan yang dilakukan oleh NGO tersebut.

Ismail menjelaskan bahawa kelewatan dalam mengambil tindakan terhadap Suaram adalah kerana kes itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara terlebih dahulu.
Yahya Lampong hanya 'barang antik', kata Ibrahim Ali

  • Ahmad Fadli KC
  • 8:20PM Sep 18 2012
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan media yang memperbesar-besarkan isu kemasukan bekas naib presiden penajanya, Datuk Yahya Lampong ke dalam PKR menunjukkan NGO tersebut masih dipandang tinggi.

"Saya tak tahu pula dengan letak nama PERKASA, beliau kini jadi produk yang penting," katanya sinis ketika diminta mengulas mengenai laporan tersebut.
Laporan lidah parti PKR, Keadilan Daily pada15 September lalu menyebut, Yahya juga menadi yang dipertua PERKASA Sabah yang pertama.
Bercakap dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim juga sekadar menyifatkan Yahya sebagai "barang antik" yang tidak lagi dapat berkhidmat.
Malah, bekas ketua bahagian Umno Tanjung Aru itu juga tidak menjalankan tugas semasa di dalam PERKASA, kata Ibrahim lagi.

Jelasnya, Yahya sebelum ini hanya dijemput menyertai PERKASA sewaktu pertubuhan itu masih pada peringkat jawatankuasa penaja.

Bagaimanapun, Yahya langsung tidak pernah menyertai sebarang mesyuarat PERKASA nasional mahupun peringkat Sabah, katanya lagi.
MB: Ancaman Sianida di Bkt Koman bukan isu alam sekitar

  • Bernama
  • 5:02PM Sep 18 2012
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa isu ancaman sianida terhadap penduduk sekitar Bukit Koman, Raub yang didakwa berpunca dari kilang Raub Australia Gold Mining (RAGM) merupakan satu agenda politik pembangkang.
  
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ia bukan masalah alam sekitar,  sebaliknya isu politik yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang.
  
"Pembangkang sengaja menggunakan isu ini sebagai propaganda mereka. Ini dipelajari pembangkang dari 'sifu' mereka Adolf Hitler yang percaya bahawa setiap pembohongan jika diulang, orang akan percaya.
  
"Isu RAGM ini seperti juga isu Lynas, dimainkan pembangkang. Perkara ini yang menjadi masalah mereka. Politik  menjadi teruk apabila ada 'hantu-hantu' yang menjadi dalang merencanakan agenda di sebalik pakatan pembangkang," katanya.
  
Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Padang Tengku) berhubung jumlah penduduk Bukit Koman yang mengalami masalah kegatalan kulit, mata dan sistem pernafasan berikutan operasi RAGM.
  
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Datuk Hoh Khai Mun berkata daripada kajian didapati hanya 24.6 peratus penduduk kampung terbabit mengalami masalah berkenaan.

"Secara umumnya, mereka yang mempunyai masalah penyakit kulit antara 12 hingga 23 peratus, masalah pening 20-60 peratus, masalah mata berair antara 4-12 peratus dan masalah bernafasan 7-13 peratus.
  
Menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) mengenai ancaman sianida yang didakwa mengakibatkan penduduk Bukit Koman mengalami masalah kesihatan, Adnan berkata kerajaan negeri sudah menjalankan kajian dibantu pakar dari institusi pengajian tinggi (IPT) sejak 2009.

"Daripada kajian tersebut didapati sianida bukan punca penyakit kulit yang dialami penduduk Bukit Koman," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan