Selasa, 18 September 2012

ADA BERANI MASUK NERAKA....ATAU MEMANG BUAT TUJUAN NAK MASUK NERAKA....JANGAN KAYA RAYA....BERKUASA DIDUNIA KANTOI DIAKHIRAT

'Ops Kantoi 2020' dedah konspirasi dalam UIA

Harakahdaily, 18 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Sebelum ini gerakan mahasiswa di peringkat nasional seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pro-Mahasiswa Nasional dan sebagainya telah mendedahkan dan membongkarkan rahsia di sebalik perancangan konspirasi Ops 2020 yang menunjukkan keterlibatan Umno dalam pilihan raya kampus kali ini.
Rentetan daripada itu, beberapa orang mahasiswa yang bertindak sebagai kumpulan volunteer untuk membuat siri-siri pendedahan konspirasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah melancarkan ‘Ops Kantoi 2020’.

Secara umumnya, perancangan ini telah melibatkan pihak tertinggi dalam Umno dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pejabat Rektor UIA.

Siri-siri pembongkaran ini akan disalurkan dan dimuatkan melalui medium FB Buletin Uiam.

Semenjak kehadiran rektor yang baru, pelbagai sekatan dan kes yang telah berlaku dan ianya sangat tidak disenangi oleh warga UIA bahkan masyarakat di luar.

Tujuan pendedahan ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi adalah untuk menyelamatkan UIA sebagai institusi ilmu yang menjadi kebanggaan Malaysia serta menjaga imej baik UIA untuk jangka masa panjang.

Pasti kini jadi pilihan masyarakat

Rizal Tahir, 18 Sep 2012
PENGKALAN CHEPA: Permintaan masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.

Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Hassan Abdullah, berkata, pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam.

Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.

“Mereka memerlukan pendidikan akhlak, mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.

“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.

Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.

“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.

Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia.

Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu.

Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan. 

Penghinaan Maha Dasyat Facebooker Umno Terhadap Tok Guru Nik Aziz
Posted on Monday, September 17 @ 22:33:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TintaHijau


Aku jumpa foto ni kat FB. Aku edit sikit kerana aku pun tak tergamak melihatnya. Haramjadah punya facebooker Umno.


Tergamak mereka menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan binatang haram tu.Inilah sikap facebooker dan blogger Umno yang sering mengedit gambar mengaibkan pemimpin Pas dan PR tanpa menghiraukan adab dan tatasusila.

Setahu aku tidak pernah ada dikalangan facebooker dan blogger PR yang menghina pemimpin Umno/BN seaib ini.

Tindakan anak haram umno ni bukan sekadar hina ulama tapi hina sunah nabi.Adakah anda yang beragama islam masih nak sokong umno?

Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim) Di dalam hadis lain menyebut:
“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari)
Sebab itulah menghirup menghabiskan sisa makanan, menjilat jari, bahkan menjilat pinggan sekalipun adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW.2o adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW rujuk SINI.
Ni akaun FB si idham ni >https://www.facebook.com/profile.php?id=100002232972562

........



http://malaysiaberih.blogspot.com

Protes filem hina Nabi masuk minggu kedua
Wartawan Sinar Harian
18 September 2012
Protes filem hina Nabi masuk minggu kedua
Penyokong Hezbollah menyertai perarakan mengecam Amerika Syarikat di Beirut, Lubnan semalam. - Foto EPA
BEIRUT- Protes berhubung film kontroversi, Innocense of Muslims, masuk minggu kedua, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada sentimen terhadap Amerika Syarikat (AS) di negara-negara Islam semakin meningkat ataupun ia hanya bersifat sementara.

Semalam, penunjuk perasaan turun di jalan-jalan di Afghanistan, Indonesia, Pakistan, Yaman dan Lubnan.

Hari ini, demonstrasi akan diadakan di Thailand. Pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik Pas dan Pemuda Umno sedang merancang untuk mengadakan demonstrasi di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Menyahut seruan ketua Hezbollah kelmarin, beribu-ribu orang membanjiri kawasan pinggir Bandar Beirut dan melaungkan "Jahanam Amerika".

Hezbollah adalah antara pertubuhan yang dilabel oleh AS sebagai kumpulan pengganas.

Bagaimanapun protes peringkat awal minggu kedua ini tidak sebesar minggu lepas dan tidak begitu ganas.

Protes minggu lalu menyebabkan Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain terbunuh di Benghazi.

Bercakap di Beirut, pemimpin Hezbollah berkata, "dunia sehingga kini tidak boleh faham… penghinaan dibawa oleh filem ke atas Nabi Muhammad," kata beliau.

Demonstrasi diadakan di jalan menuju ke arah Kedutaan AS di Kabul. Di negara jirannya, Pakistan, seorang terbunuh apabila penunjuk perasaan bertembung dengan polis di wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan.

Sementara itu di Indonesia, penunjuk perasaan membaling batu ke arah Keduataan AS di Jakarta. Polis membalas dengan gas pemedih mata.
Rusdie: Innocence of Muslims 'sampah berniat jahat'

18 September 2012
Rusdie: Innocence of Muslims 'sampah berniat jahat'
Hos program Matt Lauer (kiri) menemu bual Salman Rusdie.
TEHERAN - Iran memperbaharui fatwa hukuman bunuh ke atas Salman Rusdie sambil menegaskan bahawa filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, tidak terbit jika penulis itu dibunuh sebagaimana dikehendaki dua dekad lalu.

Pengumuman itu dibuat sehari sebelum penulis itu mengeluarkan memoir yang menceritakan pengalamannya terpaksa bersembunyi selama sembilan tahun selepas satu fatwa agar beliau dibunuh dikeluarkan.

Fatwa terdahulu dikeluarkan oleh Ayatollah Khomeini pada 1989 susulan penerbitan buku The Satanic Verses.

Kini, Ayatollah Hassan Sanei berkata: "Filem ini sudah pasti bukan tindakan menghina yang terakhir, sehingga perintah bersejarah Imam Khomeini ke atas Salman Rusdie benar-benar disempurkan."

"Jika perintah imam dijalankan, penghinaan susulan dalam bentuk karikatur, artikel dan filem pasti tidak akan terjadi," kata beliau.

Sementara itu, Rusdie menyifatkan penerbitan filem Innocence of Muslims sebagai "sampah yang berniat jahat."

Ketika ditanya sama ada bersimpati dengan Nakoula Basseley Nakoula, beliau berkata, "tidak."

Beliau menambah, "ini kerana dia melakukannya dengan tujuan (jahat)."

"Dia melakukannya untuk mendapatkan respons dan dia (akhirnya) dapat," katanya lagi.

Penulis itu muncul dalam program Today untuk mempromosikan buku terbarunya berjudul Joseph Anton.

Beliau menambah, niatnya jauh lebih berbeza berbanding motif penerbit filem Innocence of Muslims.

"Dia melakukan sesuatu yang berniat jahat, dan ia sangat berbeza daripada menulis sebuah novel serius," katanya lagi.

"Sangat jelas, dia mahu melakukan provokasi dan sangat ketara, dia telah mencetuskan reaksi yang besar berbanding apa yang dia harapkan," kata beliau lagi.

Politik Ganas: Cermin kereta YDP PAS Pekan kena pecah

http://pahangdaily.blogspot.com/, 18 Sep 2012

Panas: 'Politik Ganas' Kini Makin Menular, Kereta Milik YDP PAS Pekan Pula Telah Di Pecah Cermin !

PEKAN, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat awal pagi tadi. Kenderaan beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Perbuatan khianat itu dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 pagi dan terdapat saksi yang mengatakan penjenayah terbabit merupakan seorang dewasa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5. Beliau dikatakan telah masuk ke rumah mangsa dan melontarkan dua biji baru bata. Salah satu daripadanya terkena cermin belakang dan satu lagi terkena pada bumbung dan bahagian depan kereta berkenaan. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya. Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini. Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit. "Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah berikan petunjuk kepada pihak terbabit. Polis juga diharap dapat bertindak secara adil siasat kes ini", katanya.


Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan

[Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu. Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian suadara seperti ini. Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudia terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat. Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini].

AWAS!! Baca kalau berani...

http://shalehudin.blogspot.com, 18 Sep 2012
Khas buat makcik dan pakcik Felda serta mak mak penakan kat hujung kampung. Tepuk dada tanya selera samaada berani atau tidak untuk berubah. Semua tu terletak pada diri anda sendiri....


Yang pasti, segala penerangan atau segala macam hal yang berkaitan untuk anda membuat keputusan dan penilaian telah diberikan...

Tak tau la nak kata apa kalau masih ada rasa was-was dan takut mati kebuluran tanpa Be End... Jangan menyesal dikemudian hari sudah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan