Ahad, 23 September 2012

ALLAH TAHU YANG MANA BENAR@HAQ DAN YANG MANA BATIL@SALAH...RAKYAT TERPELAJAR JUGA TAHU YANG MANA TAK BOLEH HARAP...YANG MANA BOLEH KITA HARAP....YANG TAK TAHU ITU BUKANNYA BODOH CUMA KURANG CERDIK

Mamaaaaa…kepala Adik dah pecah!

http://mediaperak.com, 21 Sep 2012

Mama cantik sangat! Kulit Mama hitam manis. Mata Mama bundar bersinar. Hidung Mama mancung. Bibir Mama tak la tebal sangat dan tak la nipis sangat,sedang molek je. Gigi Mama teratur rapi. Pipi Mama mulus gebu. Sikit pun tak ada jerawat. Mama tetap cantik walau tak diconteng mukanya dengan alat solek. Tapi yang paling adik suka,rambut Mama. Rambut Mama panjang sampai ke pinggang! Lebat hitam berkilat. Mama rajin cuci rambut dengan syampu. Hmmm..wangi!
Adik ada nenek. Nenek pun cantik. Tapi adik jarang nampak nenek dalam rumah ni. Nenek kerja. Mama kerja. Atok pun! Adik Mama ada dua. Sorang laki-laki dan sorang perempuan. Semuanya adik susah nak jumpa. Mereka sibuk dengan kerja. Matahari belum terbit semua dah keluar. Matahari terbenam baru la sorang,sorang balik ke rumah. Mama pun macam tu jugak. Nak buat macamana,Mama kerja shift. Minggu ni siang,minggu depan malam pulak.
Jiran-jiran adik ramai. Sebelah kanan Pak Andak,dia kerja “Jaga” kat kilang elektronik yang tak jauh dari rumah kami. Pak Andak takde isteri,tahun lepas Mak Andak meninggal akibat kanser payudara. Anak-anaknya semua dah kawin. Mereka duduk jauh. Kawan Pak Andak hanyalah dua ekor kucing yang dia letak dalam sangkar besi di dapurnya. Sebelah kiri rumah adik, Pakcik Meor dan Makcik Ana. Walau dah berkahwin selama lima tahun tapi mereka belum ada anak. Kesian kan? Ada ramai lagi jiran-jiran Adik tapi Adik tak tau nama mereka semuanya.
Mama sayang Adik. Adik tau la. Mama selalu belai-belai Adik. Usap-usap Adik. Bila nak keluar pergi kerja,mama akan pakai baju yang longgar,selesa. Dari dulu pun Mama memang macam tu. Mama tak suka pakai baju yang ketat-ketat. Bagi adik,Mama pakai apa pun semuanya cantik! Asyik cerita pasal Mama je..adik pun ada Papa ,tau? Papa…orangnya tinggi. Hensem.Rambutnya pendek bersikat rapi. Kulit Papa agak cerah sikit dari kulit Mama. Papa  sentiasa pakai kemas-kemas. Adik paling suka tengok Papa senyum. Papa ada lesung pipit!
Papa kerja tempat lain. Sebab tu Mama pergi kerja naik van pekerja. Masa balik je kadang-kadang Papa jemput Mama. Selalunya Papa balik rumah waktu Mama kerja shift malam. Masa tu Atok,Nenek,Pak Teh dan Makcu tak ada di rumah. Masa ni la Mama dan Papa akan ” berehat “sama-sama. Bila Mama kerja shift siang,Papa pulak kerja out-station! Adik tengok rumah ni macam sarang burung merpati je. Siang semua terbang cari makan. Dah nak senja baru ada penghuni.
Adik suka duduk kat  sini. Seronok. Adik tau la Adik dah besar. Makan pun dah banyak. Adik lasak! Selalu jugak Mama mengeluh sebab Adik tak duduk diam. Tapi Mama sabar.Mama pegang Adik. Mama raba kepala Adik. Mama suruh Adik diam,jangan nakal sangat. Bila dengan Papa je,kadang-kadang Adik tengok Mama sedih. Mama nangis. Papa pujuk Mama. Papa belai Mama. Papa cium mama! Eeeee…malu la! Lepas tu,Mama ok balik. Mama senyum balik. Adik dengar Papa kata kat Mama, ” Jangan risau Mama, semua pasti beres. Takde apa yang nak ditakutkan,Papa kan ada?” Mama mengelus jemari  Papa,” Janji ya Papa? Papa jangan sia-siakan kami..” “Ya! Papa janji, lepas Mama bersalin, kita nikah secepat mungkin,soal isteri Papa tu, tau la Papa mengurusnya. Mama memeluk lengan Papa, ” Betul ke ni Papa?” ” Sumpah!”
***********************************
Dah seminggu Papa tak datang tengok kami. Papa tak jemput mama di tempat kerja. Puas Mama telefon. Puas Mama sms. Tapi hampa. Mama menggenggam handphone ke mana pergi. “Nombor yang anda dail gagal untuk dihubungi,sila tinggalkan pesanan di peti suara…” Mana Papa kamu ni?” Mama mengusap-ngusap Adik. Mama berjalan mundar-mandir dalam rumah. Mama cuba lagi dan lagi menelefon Papa. Tapi hampa. Mama geram. Mama melontar handsetnya ke katil. Bersepai handset tu jatuh ke lantai. Mama? Kenapa Mama buat macam tu? Kan susah nanti nak contact Papa?
Mama menangis. Lama Mama menangis sampai bergoncang-goncang tubuh Mama. Mama mengutip  handphone yang bersepah di lantai. Mama memasangnya semula. Mama cuba call Papa berkali-kali. Tapi tak juga berjawab. Mama menjerit. ” Tak guna punya jantannn!!”  Adik tak tau nak buat apa. Apa mesti Adik buat? Kesian Mama. Mana Papa? Mana Atok? Nenek? Balik laa..Mama sakit ni..Adik tau Mama sakit,sakit sangat! Adik mesti tolong Mama! Adik kena keluar dari sini..dah lama adik duduk dalam ni, berkongsi makan dan minum dengan Mama. Berkongsi segalanya dengan Mama. Adik nak cepat besar. Adik nak tolong Mama. Adik mesti sebab adik tau,”Syurga itu di bawah tapak kaki Mama!”
**********************************
Adik dah kat luar Mama!  Lainnya suasana di luar ni..tak macam masa Adik kat dalam. Kat dalam,Adik terapung-apung. Ruang untuk bergerak pun terhad. Ada masanya kepala Adik di atas,ada masanya kepala Adik di bawah. Nah…sekarang Adik rasa sangat selesa. Kaki Adik boleh dilurus! Kaki Adik boleh tergawang-gawang di udara. Tangan Adik pun! Sukanya! Adik ketawa ..adik ketawa kuat-kuat!
Mama berpeluh satu badan. Ada tompokan darah di kaki Mama dan di sana sini. Di badan Adik pun. Mama tutup mulut Adik!
“Kau diam boleh tak????”
Adik ketawa lagi…”Mama,mamaa….ni Adik la,Mama”
“Budak ni? Kan aku suruh diammmm???”
“Mama…Mama…kenapa Mama?”
Mama bergerak perlahan-lahan menuju ke laci almari solek di tepi Adik. Mama mengeluarkan sebilah gunting. Mama menggenggamnya. Dengan sangat hati-hati memotong tali pusat Adik. Mama merenung Adik. Mata kami bertembung. Ohh..Mama memang sangat cantik! Mama merenung Adik lama-lama. Sekonyong-konyong telefon Mama berbunyi. Mama menjawab dengan suara tertahan-tahan,” Apa? Ayah nak balik sekejap lagi? Baiklah…saya kat rumah ni…” Mama diam. Mama mendail nombor Papa. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Papa, langsung tiada kabar berita. Sekuat hati Mama membaling handphone ke dinding bilik.
Mama seperti hilang akal. Mama merengkuh Adik dengan kasar. Mama mendukung Adik ke balkoni. Adik diam. Mama menangis. Kemudian Mama ketawa. Adik tetap diam. Mama mengangkat Adik tinggi-tinggi ke udara. Adik terasa ada cahaya matahari menyentuh wajah Adik buat pertama kalinya. Adik diam jugak. Adik tak boleh bagi mama sedih,kan? Adik mesti jadi anak yang baik. Adik nak cepat besar supaya Adik dapat bantu Mama yang dah banyak berkorban untuk Adik selama Adik tinggal dalam rahim Mama! Terima kasih ,Mama..Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mama.
************************************************
“Mamaaaaaa!!! Adik sayang Mama..kenapa Mama tergamak campak Adik ke bawah???”
“Mamaaaaa!!! Kepala Adik dah pecah, Mamaaa….Mamaaa,Ma…maaaa….maaaaaa…”
**********************************************************
Dedikasiku : untuk semua bayi-bayi comel yang tak berdosa di luar sana,syurga pasti milik kalian!
hanabira
21september 2012
0130 pagi
Calon MB: Jangan sibuk, Noh bidas PKR
NURULFATIHA MUAH
23 September 2012
Datuk Seri Noh Omar
Datuk Seri Noh Omar
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.

Zuraida turut menyatakan bahawa, Noh dan Koordinator BN Negeri, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terkeluar daripada senarai calon Menteri Besar Selangor kerana mendakwa kedua-dua pemimpin itu tidak disenangi rakyat.

Noh bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya beliau menegaskan, BN mempunyai ramai tokoh dan tidak ketandusan calon yang layak menjadi Menteri Besar Selangor, lebih baik daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR.

Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa ‘tertekan’ sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

“Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya,” katanya.
Najib: Pantang serah negara kepada Pakatan
Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disambut ahli-ahli UMNO ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Berkelompok UMNO di Johor hari ini. -Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat (PR).
Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya... di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara.
"Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).
"ALLAH S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan Insya-Allah ALLAH akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini, hari ini.
Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk
Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.
Malah kata Najib, pembangkang yang sering melaungkan slogan 'Jalan Ke Putrajaya', sehingga kini tidak mempunyai Kabinet Bayangan yang selaras dengan model demokrasi berparlimen.
"Mereka (pembangkang) mesti bermula dengan 'shadow cabinet' (Kabinet bayangan) seperti dalam sistem demokrasi model Westminister seperti di Great Britain.
"Di Malaysia mana dia (shadow cabinet), ia adalah kerana mereka takut. Takut nak beri (Lim) Kit Siang apa (jawatan), menteri kewangan ke, Karpal Singh ke untuk undang-undang dan Mat Sabu nak bagi apa, menteri wanita," katanya.
Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjuarai perubahan dan transformasi yang berlaku di negara ini.
Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen, kewujudan pembangkang dalam bilangan yang kecil adalah baik, mereka mestilah memainkan peranan dengan konstruktif dan bukan destruktif, katanya.
Beliau memberi contoh Felda dan projek minyak dan gas di Pengerang, yang cuba dinafikan pembangkang sebagai projek yang baik untuk rakyat semata-mata atas kepentingan politik.
Dalam isu Felda, Najib berkata, pembangkang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Felda termasuk mengatakan ia bankrap, walaupun secara realitinya Felda berjaya disenarai di Bursa Malaysia.
"Jika Felda bankrap, bagaimana ia mampu memberi RM15,000 kepada peneroka, isteri dan anak peneroka," katanya sambil memberitahu bahawa pembangkang juga cuba 'pusing' usaha kerajaan membangunkan industri minyak dan gas di Pengerang.
Najib berkata, BN memberikan masa depan yang penuh dengan keyakinan kepada rakyat, sarat dengan peluang dan kehidupan yang lebih baik berbanding semalam.
"Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," katanya.


BELANJAWAN 2013; ... Apa Nak Jadi..???
Posted on Saturday, September 22 @ 17:17:05 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: usinwafer

"Kerajaan BN akan membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept 2012 nie...

Oleh itu amat wajar diperkatakan disini apakah pemahaman yang perlu kita fahami sebelum mendengar tepukan meja-meja di Parlimen... dan membaca berkajang-kajang butiran Belanjawan...

Perhatian umum semestinya tertumpu ke atas "BERITA BAIK" yang kita harapkan....

Hakikatnya, "BERITA BAIK" ini hanyalah khayalan...Apa pun "ole-ole" yang kita dapat ..kita membayarnya dengan cara yang lain.."Ole-ole" ini bukan DUIT PERCUMA yang dihulurkan oleh kerajaan..."Ole -ole" ini dibayar dengan DUIT CUKAI KITA !!!!!!!!...

Hakikatnya, "BERITA BAIK" ini hanyalah khayalan...Apa pun "ole-ole" yang kita dapat ..kita membayarnya dengan cara yang lain.."Ole-ole" ini bukan DUIT PERCUMA yang dihulurkan oleh kerajaan..."Ole -ole" ini dibayar dengan DUIT CUKAI KITA !!!!!!!!...

Ia dipanggil Belanjawan kerana Kerajaan ..sama seperti kita ..mempunyai satu jumlah wang yang tetap dan terhad untuk digunakan setiap tahun....

Kerajaan memperolehi wang daripada cukai..seperti cukai pendapatan dan korporat..dan pelbagai duti eksais dan tarif..dan tentunya ..royalti petroleum..Ini mengisi dompet Kerajaan..dan apabila ia keluar dari dompet..ianya adalah untuk perbelanjaan membayar kakitangan Kerajaan...menanggung penjagaan kesihatan dan pendidikan dan pembangunan negara ..dan tentunya.."berita baik" utk kita....

Pada saat ini ..kita perlu prihatin bahawa "BELANJA" Kerajaan BN TELAH MELEBIHI HASIL SEJAK 1998...JURANG INI TELAH DITAMPUNG OLEH PINJAMAN...ATAU DALAM ERTI KATA BERHUTANG a.k.a HUTANG...KETIKA INI HUTANG NEGARA BERADA DIPARAS RM456.1 BILLION BERSAMAAN 53.5%-54% DARIPADA KADAR DALAM NEGARA KASAR.

Senang kata jika setiap Belanjawan ..Kerajaan tidak membelanjakan sehingga melebihi Belanjawan maka Malaysia tidak perlu untuk menambah hutang seperti sekarang....

BELANJAWAN boleh juga diertikan sebegini...

BELANJAWAN ADALAH MENGENAI PILIHAN - TAMBAH RM1.00 DISINI BERMAKNA KURANG RM1.00 DISANA.

Ertinya;...SETIAP RINGGIT a.k.a RM "OLE-OLE" YANG KITA "DAPAT" ADALAH BERSAMAAN RM1.00 DIKURANGKAN UNTUK PERKARA PENTING LAIN YANG SEPATUTNYA KITA DAPAT JUGA... CONTONYA SEPERTI PENJAGAAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKAN...

Semestinya selepas Belanjawan diumumkan..dibentangkan..disurahkan panjang lebar berkajang-kajang sampai lewat petang...esoknya pula..media massa..pro-kerajaan wajib utk memastikan kegembiraan Kerajaan dan Media Massa pro-kerajaan sentiasa berada didalam mood ceria-gumbira laksana hari raya dan membiarkan tumpuan diberikan kepada 'BERITA BAIK" kerana.....IA BOLEH MENGELAKKAN PERBINCANGAN DAN PERDEBATAN KE ATAS ISU YANG BENAR-BENAR PENTING ...iaitu..:- ...jeng jeng jeng jenggggg......!!!!!!!!!!!!!

1- Kebertanggungjawapan... Adakah matlamat Belanjawan tahun lepas dipatuhi dan dilaksanakan..???????????

2- Betapa berkesan wang tersebut dibelanjakan..????..Adakah pembekal memberikan nilai..??? ..Adakah Kerajaan membayar berlebihan untuk perkhidmatan..????

3- Berapa besar sepatutnya Belanjawan akan datang..?...Lebih besar tidak semestinya lebih baik...Sebab lebih besar juga bermakna CUKAI YANG LEBIH TINGGI ATAU PINJAMAN KERAJAAN YANG LEBIH BESAR...HUTANG BESAR DAAAA....

4- Setelah kita membuat keputusan berapa besar jumlah Belanjawan yang sepatutnya...bagaimana pula wang tersebut harus dibelanjakan..????... Contohnya...

RM4.78 Billion telah diperuntukan utk pendidikan dan latihan pada 2012...Adakah itu terlalu banyak..???..terlalu sedikit..???....Adakah kita perlu mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan melebihkan penjagaan kesihatan yang cuma memperolehi RM13.7 Billlion...???...Patutkah kita naikan subsidi..??? Tetapi jika kita naikkan subsidi....kuranglah wang untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan dan lain-lain perkara...????

Untuk itu ..sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia bukan sahaja setakat mendengar dan bergembira dengan Belanjawan yang disurahkan oleh pemimpin Kerajaan...kita pelu ada sifat ingin tahu yang extremm..extra..ultra..tanya kan lagi kepada pemimpin kita setelah kita mendengar dan melihat Belanjawan 2013 ini...tanya lagi...

Apadianie Belanjawan-Belanjawan..nie..???... Untuk apa Belanjawan-Belanjaan nie...???

Habih tue..apa yang nak jadi dengan Belanjawan-Belanjawan nie..????

Adakah cukup utk kita ....macam nak jadi Polis soal siasat penjenayah..tanya mcm-mcm soalan kat kerajaan ..cukup ka..???

Namun..apa yang pasti..Kita a.k.a Rakyat Malaysia..perlu mengakui..Kita tidak boleh banyak bersuara dalam menentukan bagaimana Bajet dibelanjakan...sekiranya kita masih memastikan majoriti 3/4 kerusi atau majoriti mudah didalam Parlimen yang memihak kepada Kerajaan yang memerintah sekarang....

So..PRU13 nie..pandai2lah hampa ..nak pangkah undi "Syaitan Dikenali atau Malaikat yang tidak dikenali"... huhuhu

*usinkata:- ...segala teks diatas adalah copy paste dan sedikit edit tambah campoq ayat dari aku... aku cilok dari sebuah buku bertajuk: BAJET : Bagaimana kerajaan membelanjakan wang KITA ...ditulis oleh Teh Chi Chang."

'PR angkat bendera putih'
Wartawan Sinar Harian
23 September 2012
Suhaila M Zin
Suhaila M Zin
SHAH ALAM – Cabaran PKR meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah bakal mengangkat ‘bendera putih’ daripada negeri itu kelak.

Ketua Puteri Umno Negeri, Suhaila M Zin berkata, ini kerana, tindakan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin membuat cabaran itu jelas menunjukkan ‘tanda-tanda’ itu kerana beliau mempersoalkan siapa calon Menteri Besar Selangor daripada BN sendiri.

“Saya cukup tertarik dengan kenyataan YB (Yang Berhormat) Zuraida yang minta TPM (Timbalan Perdana Menteri) mendedahkan calon Menteri Besar daripada BN. Mereka (PR) sudah kalah ke? Kenapa persoalkan MB dari kalangan pemimpin BN?

“Pada pendapat saya, PKR akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti sebab mereka sendiri yang minta (persoalkan) siapa MB Selangor daripada BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cabaran dibuat Zuraidah kepada Muhyiddin supaya mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor kerana dakwaan Menteri Pelajaran itu sendiri yang sebelum ini mendakwa Umno sudah mempunyai ramuan  lengkap untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Suhaila mendakwa, dalam Mesyuarat Umno atau BN di peringkat Bahagian mahupun Negeri, soal siapa calon Menteri Besar tidak pernah dibincangkan, malah mereka lebih menumpukan perhatian kepada strategi memenangi PRU13, sekali gus merampas Selangor daripada PR.

“Kita tidak pernah bincang perkara ini (soal bakal Menteri Besar). Kita hendak kemenangan dulu baru bincang perkara ini. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang akan menilai siapa calon yang layak dilantik menjadi MB.

“Sesiapa pun (pemimpin BN) boleh menerajui negeri (Selangor) jika kita (BN) menang PRU13 nanti,” katanya.

Menurutnya, sepanjang dua tahun ini, Puteri Umno banyak menjalankan aktiviti turun padang mendekati golongan wanita berusia di bawah 40 tahun dan pada masa sama golongan mahasiswi juga tidak ketinggalan walaupun mereka belum cukup umur untuk mengundi.

“Kita hendak beritahu mesej kita dan buktikan bahawa Kerajaan BN mampu memerintah,” katanya.

Kenali Yahudi Isfahan

by admin on April 4, 2012


Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah “. (Hadis riwayat Muslim)

Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav, merupakan bekas presiden Israel (2000 – 2007) menarik perhatian saya, tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliau dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran? Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu sermai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.
Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhir zaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.
Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :
“Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah “. (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu Yahudi Isfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan Yahudi Isfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim.
“Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,…” (Al-A’raaf 7:160)
Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.
Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak jalur biru tua secara memanjang.


Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai Yahudi Isfahan


Yahudi Isfahan dapat dibezakan dari yang lain ketika berada di Wailing Wall


Tentera Yahudi Isfahan yang memakai Al – Tayalisah berada di medan perang


Tentera Dajjal bersamanya Yahudi Isfahan memakai Al-Tayalisah


Lambang Dajjal Jelas Pada Pesawat Tempurnya

Sumber: http://www.tranungkite.net/



Rahsia Tersembunyi yang Amat di Takuti Oleh Yahudi

by admin on October 26, 2011


Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.
LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan “Hakikat Sebenar” matlamat mereka dari diketahui dunia.   Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.
Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan “kambing Hitam” untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.
Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.
Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.
Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah “PEMBOHONGAN”. Pembohongan bermaksud “Dusta” itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.
Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.
Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji “Gunung Roti” bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis “ The Protocols of the Elders of Zion”  perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.
Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.

(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)
Siapa Gaddafi sebenarnya?
Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.
Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.
Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.
Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!
Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!
Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Qaddafi:
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percumn;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na’am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!
Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la’natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.
Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na’zubillah min zalik.
Catatan tambahan:
Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]
Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar “mati syahid” jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9] Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.

Kehidupan awal
Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.
Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.
Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai “Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi.”
Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya “diperintah oleh rakyat” .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 – 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 – 1967).
Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara “langsung, popular demokrasi” dan lebih sesuai dikenali sebagai “Sosialisme Islam” . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudidi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan ‘Buku Hijau’. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.
Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.

__________________ 
Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan  keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, “Lebai Malang”.
Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di “dahi” Dajjal ini. InsyaAllah.
Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.
Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.
Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan “Dinar Emas” satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek “Dinar Emas” ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.
Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan “koleksi” bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.
Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan “Dinar Emas” sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan “wang kertas” yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.
Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.
Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul “dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia” sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.
Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.
Emas akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan “debt” atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.
Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi  penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..
Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu,  namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.
Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.
Simpanan rezab emas “mentah” Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.
Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.
Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).
Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.
Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah “hak Mutlak” Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A’lam.

http://www.facebook.com/notes/al-muhaimin/rahsia-tersembunyi-yg-amat-digeruni-yahudi-laknatullah/234353863284759


10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu

by admin on October 21, 2011

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.


2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Yahudi yang Memeluk Islam

by admin on September 19, 2012


“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”

Sumber: http://www.zaharuddin.net/


Prof UTHM ugut siswa/siswa sokong UMPORNO
Posted on Sunday, September 23 @ 04:00:35 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: Cucubulan

"Patutkah orang yang cerdik pandai menggunakan kedudukan memaksa siswa/siswi untuk menyokong UMPORNO ATAU dia takut kehilangan kedudukannya apabila PR memerintah...




klik disini : https://www.youtube.com/watch?v=S7A6gGZQfUI"



Pawagam terbelah dua ketika tayang "Innocence of Muslim"?
Posted on Sunday, September 23 @ 03:36:34 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: lipasmalas

"SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, "Innocence of Muslims".

   

Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Malah ReJaM© sendiri sudah menerima lebih sepuluh mesej sebaran "broadcast messages" melalui Blackberry Messengger. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.

Hal ini membuatkan ReJaM© rasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa, berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu. Gambar tersebut sebenarnya telah diambil daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile pada 2010.

Jika anda menggunakan carian di Google, dengan keyword "2010 Chile Earthquake" (2010 Gempa Bumi Chile) anda akan dapat melihat sendiri hasil carian memaparkan gambar bangunan yang serupa seperti gambar yang disebarkan di atas.

 Baca selanjutnya di MiLo SuaM 

Pas sudah jangka PRU13 tangguh
Wartawan Sinar Harian
23 September 2012
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
POKOK SENA - Pas sudah menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan ditangguh lagi, kemungkinan sehingga akhir tahun atau tahun depan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berikutan itu, Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini.

“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional (BN) untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya, pada sidang media, selepas majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), semalam.

Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan, Persidangan Agung Umno akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember, dan kemungkinan PRU-13 akan dilaksanakan tahun depan.

Sementara itu,  calon PRU13 dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan diputuskan selepas perbincangan dibuat antara Pas-PKR-DAP.

Abdul Hadi berkata, kerusi yang bakal ditawarkan kepada calon DHPP hanya melibatkan kawasan majoriti bukan Islam.

Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Pusat, Thomas Su, bahawa Pas berhak memilih calon DHPP asalkan ia hanya melibatkan kerusi kuota Pas, bukannya kerusi yang berlaku pertindihan antara DAP-PKR, Abdul Hadi yakin wujud persefahaman tiga parti dalam perkara itu.

Ditanya sama ada setiap negeri akan meletakkan seorang calon DHPP, Abdul Hadi berkata, perkara itu belum diputuskan.


himpunan PGU 5.0
Posted on Sunday, September 23 @ 03:09:48 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: ibnuabbas

"PAS GANTI UMNO



PAS GANTI UMNO
" 


Islamist Democrats Mengelirukan ...
Posted on Sunday, September 23 @ 02:59:16 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: sripetaling

"Oleh: Ahmad Mouhyideen bin Hasyim.PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang memperjuangkan kedaulatan agama sentiasa berusaha untuk menerangkan Islam kepada semua lapisan dan golongan masyarakat sama ada muslim atau non muslim. Mengemukakan matlamat yang jelas dan prinsip yang tegas adalah keperibadian PAS yang berlandaskan ajaran Quran dan Sunnah serta perjalanan dakwah Nabi S.A.W.

Pun begitu, timbul satu golongan baru dalam PAS yang menggelarkan dirinya sebagai Islamist Democrats yang agak liberal dalam pemikirannya. Artikel ini akan cuba melihat dan mengkaji istilah dan pemikiran golongan tersebut guna untuk menilai sejauh mana ia bertepatan dengan aspirasi PAS untuk memperjuangkan Islam.

Istilah Islamist Democrats:

Bagi memahami apa kehendak sebenar golongan ini dengan istilah tersebut, mereka telah menerangkan bahawa Islamist adalah kata sifat (adjective) dan Demokrat adalah kata nama (mausuf / noun). Oleh itu, ia boleh diterjemahkan sebagai 'pejuang demokrasi yang Islamik'.

Jelasnya, golongan ini menggunakan Istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS. Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam.
Islamist Democrats pengaruh Barat:
Penganalisis Barat selalu menggunakan pelbagai istilah dan label untuk mengklasifikasikan Islam dan pejuangnya seperti Islam Liberal, Islam Sekular, Islam Progresif, Islam Ortodoks, Islam Protestan, fundemantalist, reformist, Post Islamism dan lain-lain. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Islam dan pejuangnya mempunyai pelbagai versi. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-merendah dan memburuk-burukkan persepsi orang ramai terhadap kumpulan Islam. Sebagai contoh, pejuang Islam dilabel sebagai golongan fundemantalist untuk menggambarkan mereka sebagai golongan yang kuno, tegar agama dan tidak ada kompromi.
Perlabelan Islamist Democrats hakikatnya adalah menggunakan method yang sama yang digunakan oleh penganalisis Barat. Islamist Democrats sebagaimana yang diterangkan sebelum ini adalah untuk membezakan diri mereka daripada golongan Islamist. Ia tidak lain untuk menggambarkan bahawa mereka lebih pandai berpolitik, menyuarakan mesej dengan bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat awam dan melalui cara yang lebih lunak.
Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Pertama; mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan keduanya; mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya. Justeru, perlabelan Islamist Democrats secara mafhum yang berlawanan dengannya membawa maksud golongan Islamist adalah golongan yang terlalu memaksa orang lain untuk menerima pendapat mereka, agak kuno daripada sudut pendekatan dan tidak pandai berpolitik.
Method perlabelan ini tidak seharusnya berlaku dalam gerakan Islam. Ia sangat mengelirukan orang ramai. Ia adalah untuk membina persepsi yang buruk kepada golongan Islam yang mereka gelar sebagai Islamist. Budaya perlabelan seperti ini adalah budaya Barat yang perlu ditolak.
Perbezaan Perjuangan PAS dengan golongan Islamist Democrats:
Daripada istilah Islamist Democrats yang membawa maksud pejuang demokrasi yang Islamik, kita dapat fahami bahawa asas perjuangan golongan ini adalah demokrasi dan Islam hanyalah sifat kepada perjuangan tersebut. Penekanannya adalah kepada demokrasi sementara Islam hanya untuk memperincikan lagi ciri demokrasi tersebut. Dari sudut ini, golongan ini telah membuat kesilapan yang sangat besar. Secara tidak sengaja, ia telah menukar penekanan daripada perjuangan Islam kepada perjuangan demokrasi. Istilah ini juga seterusnya meletakkan ciri Islamik menjadi hanya salah satu ciri sahaja kepada Pejuang Demokrasi.
Persoalan yang timbul ialah sejauh mana ia bertepatan dengan kehendak Islam dan ajarannya yang menjadi tunjang kepada perjuangan PAS. Adakah perjuangan PAS memperjuangkan demokrasi atau memperjuangkan Islam? Pasti jawapannya adalah memperjuangkan Islam kerana dalam perlembagaan PAS jelas menyatakan demikian.
Ia adalah perjuangan yang menjadi mata rantai perjuangan para Anbiya'. Fathi Yakan berkata: "Apabila saya mengaku sebagai muslim maka saya wajib bekerja untuk Islam ... Saya harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam." (Apa Ertinya Saya Menganut Islam, 2000).
Adapun demokrasi hanyalah wasilah yang digunakan oleh PAS untuk menegakkan Islam. Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang: " PAS mengemukakan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud di peringkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi." (Harakahdaily, 13 Ogos 2012).
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Saya adalah daripada kalangan orang yang meminta demokrasi dengan sifatnya sebagai wasilah yang memudahkan dan terkawal untuk mencapai tujuan kita dalam kehidupan yang mulia ini yang mana kita mampu di dalamnya menyeru kepada Allah dan kepada Islam ..." (Min Fiqhi Ad-Daulah, 1997).
Justeru, perjuangan golongan Islamist Democrats bercanggah dengan perjuangan PAS dan gerakan Islam yang lain. Perjuangan mereka tidak boleh diterima kerana asas perjuangan mereka adalah demokrasi, bukannya Islam.
Perjuangan Islamist Democrats berbentuk cebisan, tidak menyeluruh:
Golongan Islamist Democrats menyatakan bahawa mereka hanya mahu memainkan peranan dalam proses tadbir urus berdemokrasi dan tidak akan memaksakan pendirian mereka ke atas sesiapa sama ada yang bersifat politik mahupun agama. Kenyataan mereka ini adalah sesuai dengan perkataan 'demokrasi' yang memberikan kebebasan memilih tanpa paksaan terhadap seseorang.
Kenyataan ini sebenarnya menyerlahkan lagi pendirian dan perjuangan mereka terhadap demokrasi dan bukannya Islam yang menyeluruh. Islam sifatnya syumul dan menyeluruh. Dalamnya terdapat perkara yang berkaitan toharah, solat, puasa, menunaikan zakat, haji, ekonomi, undang-undang jenayah sehinggalah urusan negara dan pentadbiran.
Imam Hasan Al-Banna berkata: "Islam adalah sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Ia adalah akhlak dan kekuataan atau rahmat dan keadilan. Ia adalah thaqafah dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman …." (Nazorat fi Risalah at-Ta'lim, 1990).
Mohd Abdullah al-Khatib dan Mohd Abdullah al-Halim menulis: "Imam Al-Banna dalam pemikirannya dalam perkara ini ketika menulis Risalah at-Ta'lim memulakannya dengan rukun Faham. Ini adalah kerana bekerja untuk Islam dan berkumpul sekitarnya tidak mungkin sebelum memahaminya. Beliau sangat mengambil berat agar kefahaman Ikhwan adalah kefahaman Islam yang sebenar, tidak meninggalkan salah satu aspek daripada aspek-aspek Islam." (Nazorat fi Risalah at-Ta'lim, 1990).
Memperjuangkan hanya proses tadbir urus yang berdemokrasi hanyalah cebisan dan satu aspek daripada apa yang terkandung daripada Islam dan bertentangan dengan contoh tauladan perjuangan Junjungan Nabi S.A.W.
Justeru, tidak peliklah mereka mengelak daripada memperjuangkan dasar PAS yang amat jelas dan syumul. Mereka menggesa agar PAS tidak menimbulkan isu Hudud kerana perbincangan dan perdebatan isu ini pada pandangan mereka membawa kesan yang negatif.
Ia berbeza dengan pendirian PAS melalui Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang yang tegas dengan prinsip dan dasarnya dalam isu Hudud. Beliau berkata: "PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka ... PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya." (Harakahdaily, 13 Ogos 2012).
Islamist Democratic Sedunia?
Golongan ini selalu mendakwa bahawa Islamist Demokratic yang tidak membicarakan tentang doktrin Negara Islam dan undang-undangnya adalah sejajar dengan perubahan pendekatan oleh pejuang dan gerakan Islam seluruh dunia sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah melalui Arab Spring. Ia lebih dikenali sebagai Post Islamism oleh Barat.
Dakwaan ini jika diperhatikan tidak ada asasnya. Dr. Mursi sebelum menjadi Presiden Mesir ketika menyampaikan ucapannya sebagai Presiden Parti al-Hurriyyah wal Adalah sempena muktamarnya yang pertama berkata: "Parti ini lahir daripada rahim Ikhwan Muslimin dan natijah daripada perjuangan Ikhwan yang panjang tetapi ia adalah terpisah daripada sudut pentadbiran dan kewangan. Ia adalah parti politik yang berusaha untuk mendapatkan kuasa dengan bersumberkan Islam." Beliau menyebut bahawa syiar parti yang pertama adalah Mesir dan ia adalah tujuan kita yang pertama yang akan kita bergerak daripadanya kepada daulah Islamiyyah (Negara Islam). Agama rasmi Mesir ialah Islam dan ia adalah sumber perundangan. (Al-Yaum as-Sabi', 23 Julai 2011).
Jelas bahawa Dr. Mursi tanpa berselindung menegaskan prinsip partinya untuk menegakkan Negara Islam dan Islam adalah sumber perundangan. Walaupun beliau tegas dalam kenyataan tersebut, beliau tetap menang dalam pilihanraya Presiden yang pertama selepas kejatuhan Husni Mubarak.
Dr. Muhammad Badi', Al-Mursyidul al-Am bagi Ikhwan Muslimun pula menyeru agar para Ulamak dan Khatib menerangkan tentang kebaikan Hudud dan Syariat Islam dengan berkata: Sekiranya para Ulamak dan Khatib berjaya menzahirkan kebenaran dan apa yang terdapat dalam Syariat Islam yang membawa kerahmatan, kebaikan yang banyak kepada manusia dan kebahagiaan di dunia serta akhirat maka masyarakat sendiri akan ingin melaksanakan Syariat Islam. Mereka akan mempertahankannya dengan penuh kekuatan dan keazaman." (ikhwanonline.com, 31 Mei 2012).
(Penulis adalah Ketua Majlis Fellow Penyelidik, Ulamak Pelapis Pusat merangkap ahli Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat).


Kutuk dan Kecam Majalah Perancis Hina Rasulullah SAW

by admin on September 23, 2012

PARIS 19 Sept. – Selepas filem yang menghina Nabi Muhammad SAW diterbitkan di Amerika Syarikat, kini sebuah majalah satira di Perancis, pula menerbitkan kartun yang memaparkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel.
Penerbitan karikatur itu dijangka memburukkan lagi ketegangan selepas tercetus demonstrasi ganas di seluruh dunia ekoran penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims, yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).

Muka depan majalah Charlie Hebdo itu menggambarkan seorang penganut Islam berkerusi roda ditolak oleh seorang Yahudi Ortodok di bawah tajuk ‘Intouchables 2′.
Ia merujuk kepada filem Perancis yang berkisar tentang seorang lelaki kulit hitam yang menolong seorang golongan bangsawan yang lumpuh.
Satu lagi kartun yang dipaparkan pada muka belakang majalah mingguan itu pula menunjukkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel yang hanya berserban.
Ia mendedahkan bahagian punggung Nabi Muhammad kepada seorang pengarah filem, adegan yang diilhamkan daripada sebuah filem pada 1963 yang dibintangi aktres terkenal Perancis, Brigitte Bardot.
Laman web Charlie Hebdo hari ini tidak boleh dilayari selepas dihujani dengan komen-komen kemarahan terhadap penyiaran gambar itu.
Majalah itu sebelum ini terkenal dalam menerbitkan isu-isu kontroversi berkaitan Islam.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata, orang ramai yang tersinggung dengan penyiaran kartun berkenaan boleh membawa perkara itu ke mahkamah selepas beliau menyatakan ‘rasa tidak setuju terhadap perbuatan berlebih-lebihan tersebut’.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Perancis tetap mengamalkan kebebasan bersuara.
”Kita berada di sebuah negara yang mana kebebasan bersuara adalah dijamin termasuk kebebasan untuk membuat karikatur.
”Kalau ada rakyat yang tersinggung dengan kepercayaan mereka dan berfikir terdapat pelanggaran undang-undang, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah,” katanya kepada radio RTL.
Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius pula berkata, negara ini telah meningkatkan keselamatan di kedutaannya di negara-negara yang mungkin mencetuskan kemarahan dengan penerbitan karikatur itu. – AFP

Menteri Pakistan tawar RM300,000 bunuh penerbit filem hina Nabi
Wartawan Sinar Harian
23 September 2012
Protes umat Islam
Penyokong Tehreek Hurmat e Rasool mengadakan tunjuk perasaan di Lahore, Pakistan. - Foto EPA
ISLAMABAD - Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.
Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.
"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.

Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.

Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.

Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.

Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.

"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi.


IGP: Polis hanya pantau, tak terlibat siasat Suaram

  • Bernama
  • 10:35AM Sep 23 2012
Polis Diraja Malaysia tidak terlibat secara langsung dengan siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwa menerima dana asing bagi menjalankan operasi mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, polis tetap memantau perkembangan kes itu yang kini di bawah siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya semalam dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan dengan Ahli Rakan COP Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam.

Ismail berkata biar pihak berkuasa tertentu menjalankan siasatan dan beliau percaya segala tindakan yang bakal diambil pasti mengikut lunas undang-undang.

Mengenai Rakan COP, Ismail berkata beliau mahu ada peningkatan pada badan yang ditubuhkan pada 2004 itu terutama dari segi kualiti maklumat yang diberikan kepada pasukannya.

Oleh itu, beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Rakan-rakan COP di seluruh Malaysia dan program-program seperti ceramah motivasi seperti hari ini akan dijadikan pengisian pada pertemuan-pertemuan berkenaan.

Pada hari ini juga, beliau berkata polis menganugerahkan sijil penghargaan kepada lima anggota-anggota rakan COP yang aktif di Selangor, iaitu Tan Chong Hwa, 48; Suriani Norbaya Sanusi, 38; Jeferi Ahmad Fauzee, 39; Zahrullail Abdul Manap, 41; dan Muhammad Affendi Mohamed Fathil, 40, kerana bantuan mereka kepada polis.

Rakan COP kini mempunyai 495,303 ahli di seluruh negara dengan 67,896 ahli dari Selangor.

Ditanya sama ada polis akan memanggil Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham untuk siasatan setelah banyak laporan polis dibuat terhadapnya, beliau berkata pihak polis perlu menilai laporan berkenaan sama ada, ada jenayah berlaku.

"Kalau ada kita siasat, kalau tak ada kita tak siasat," katanya.

Dalam laman twitternya, Ngeh didakwa mempersoal sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga membantah filem The Innocence of Muslims arahan Sam Bacile dari California, yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad hingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

- Bernama

Jalur pemikiran Khalid Ibrahim

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, 23 Sep 2012


Beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bercakap dengannya serta membaca buku terkininya ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’, saya mendapat kesan bahawa sosok ini adalah paduan seorang intelektual, tokoh korporat dan pemimpin politik yang memberi harapan.

Memang tepat pemilihan Pakatan Rakyat kepadanya untuk memimpin Selangor pada tahun 2008 setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor bersama empat negeri yang lain dalam PRU Ke-12.

Selangor negeri terkaya dan ternama di Malaysia yang dianggap ‘Permata Mahkota’ negara ini. Oleh itu kejayaan Pakatan Rakyat menawan Selangor adalah pukulan paling memedihkan bagi Umno/BN. Sejak itu Tan Sri Khalid antara tokoh menjadi fokas utama dunia politik justru ia diserahkan amanah memimpin Selangor.

(Datin Seri Salbiah semasa berucap melancarkan buku Khalid Ibrahim)

Buku terbaru Tan Sri Khalid yang saya baca itu mengandungi falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya, begaimana menyesuaikan diri sebagai pemimpin rakyat walaupun puluhan tahun berada di tengah pusat dunia korporat yang penuh glamour.

Bagi saya buku ini sangat mengesankan, bagaimana seorang ‘Kampung Boy’ dari Ijok Selangor yang kehidupan awalnya dilatari kehidupan kampung, pohon kelapa, air sungai, rumah dan tradisi kampung serta kedua orang tuanya yang taat beragama. Dari desa itu Tan Sri Khalid tumbuh sebagai anak kampung hingga menjadi Menteri Besar Selangor.

Bukunya itu mengisikan falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya dan menjadi pemimpin politik yang berada di tengah rakyat, walaupun puluhan tahun pernah berada di tengah dunia korporat yang mewah dan penuh glampur.

Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim lahir pada 14 Disember 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Beliau mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Beliau adalah Menteri Besar Selangor ke-14, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia Dan Sukan, Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau juga  adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Tan Sri Khalid telah berkahwin dengan Puan Sri Salbiah Tunut dan dikurniakan empat orang anak, satu lelaki dan tiga perempuan.

Beliau pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kemudian, melangkah ke dunia korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan ‘dawn raid’ di London Stock Exchange, di mana PNB mencatat agihan 51% saham di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia parti pembangkang iaitu PKR. Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok dan berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi.

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan The American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah ‘AAAB Captain of Industry Award 2002’ (First Asian Academy of Applied Business) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

(Peminat Khalid meminta beliau menandatangani bukunya semasa pelancaran di Sunway Pyramid)

Seperti saya katakan bahawa kejayaan sosok ini adalah paduan dari didikan dan kasih sayang orang tuanya di kampung, semangatnya untuk belajar dan meneroka kehidupan yang sukar, kesungguhannya bekerja, banyak membaca, teguh memegang amanah, caranya bekerja amat berstrategi, kebijaksanaannya meletakkan orang-orang yang layak di tempat yang sesuai dan meneliti hasil kerja yang diamanahkan kepada orang bawahannya.

Beliau mempunyai falsafah supaya mencuba dan terus mencuba walaupun gagal di peringkat permulaan.

Iklan buat Yahudi marah terhangat

Harakahdaily, 23 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Petikan daripada blog http://www.kakisembang.com mengenai iklan yang menyebabkan orang Yahudi marah ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-38.


Di tangga kedua adalah berita mengenai pendedahan sulung wajah pengarah "Innocence of Muslims" yang dipetik daripada http://wasukalu.blogspot.com.

Paparan http://batuvskayu.blogspot.com mengenai bagaimana Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menghalau jin pula menduduki tempat ketiga.

Berita Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah sebuah tulisan menyentuh hati karangan seorang penulis bernama samaran “hanabira” untuk semua bayi-bayi comel yang tak berdosa di luar sana.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 16 September hingga 22 September, 2012.

1
Iklan yang menyebabkan orang Yahudi marah
2
Pendedahan sulung wajah pengarah "Innocence of Muslims"
3
Hebat gambar Tok Guru solat hajat halau jin!!
4
Fitnah: Presiden PAS saman Mashitah
5
Mamaaaaa…kepala Adik dah pecah!
6
AWAS!! Baca kalau berani...
7
Khalid Samad menang lagi kes ke atas Adun Umno
8
Antara sebab mengapa parlimen belum dibubar
9
Talam: Kenyataan Muhyiddin malukan BN
10
Dari seorang penjual kelapa salai, akhirnya menjadi MB Selangor

Antara pesannya yang sangat menarik dalam buku itu ialah:

When people depend on you, you must be trustworthy.

Trust. You must earn it.

Appreciate all your experiances, good or bad. Be creative, very creative, and of course be prepared for the worth.


Mengenai politik Tan Sri Khalid berpesan:

Sometimes your staff can really be from another planet. Learn about them, from them and with them.

The role of the goverment is that of a costodian of natural recources, taxes, royalties and other incomes, and proceeds from the disposal of public assets shoud be keep in special fund, as in the Islamic Bait Al-Maal  concept. The custodian acts in trust for, and in the interest of the entire nation.

How do i cope with the up and downs of leadership? I have a supportive family and work team.


Ini sebahagian kata-kata Menteri Besar Selangor itu.

Negeri berprestij seperti Selangor ini sedang menjadi tumpuan pihak Umno/BN untuk merampasnya kembali dalam PRU akan datang. Namun Tan Khalid menghadapinya dengan tenang, tetapi penuh waspada dan mengatur strategi bersama pasukannya untuk menghadapinya.

Kesimpulannya, siapapun yang membaca bukunya ini dengan fikiran rasional  akan mendapati bahawa tokoh ini memang sangat sesuai memimpin negeri Selangor. Sosok ini, adalah kombinasi kepintaran seorang ahli korporat dan kebijaksanaan seorang pemimpin politik arus perdana yang berinteraksi dengan pelbagai golongan khalayak.

Memang sebagai bekas tokoh korporat beliau sentiasa mengira ringgit dan sen setiap wang kerajaan negeri yang masuk dan keluar justru beliau berpegang kepada amanah yang diberikan rakyat. Namun ini sama sekali tidak memisahkan hati nuraninya dengan rakyat yang sentiasa dekat dengannya. Itulah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim pemimpin yang sangat menjanjikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan