Sabtu, 22 September 2012

MACAM2 IKLAN...MASING2 NAK MENANG...BERUSAHALAH DENGAN JUJUR...PENENTU@TAKDIRNYA ALLAH TENTUKAN

Sukarnya baca politik Malaysia kini
Posted on Saturday, September 22 @ 13:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: anaabdullah

" Bukan tidak tahu baca politik di Malaysia kini, tetapi sukar untuk membacanya. Sudah ada yang membaca begitu dan begini.

Pendek kata, macam macam bacaan sudah kita dengar membuat Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak berani membubar parlimen.

Pelbagai ramalan telah dibuat. Tun Mahathir Mohamad dua tiga minggu ini telah menyatakan umno/BN sudah cukup kuat dan sesuai dan boleh diadakan PRU 13.

Bukan setakat itu sahaja, malahan beliau sangat yakin umno/BN boleh menang 2/3 parlimen yang dinafikan pada PRU 12 lalu.
Seminggu dua ini Najib Razak ghairah bercakap pasal bubur parlimen dalam tahun ini juga dengan kata lain boleh di bubar bila bila masa saja dari sekarang.
Salah seorang kenalan rapat Najib buat ramalan bahawa PRU 13 akan diadakan pada 11  11.2012. Sejauhmana kebenarannya sama samalah kita tunggu.
Bercakap pasal politik dan piliharaya umum teringat saya nama Profesor  Negara Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang baru sekali membuat kenyataan isu ustaz Nasharuddin Mat Isa yang lawan Karpal Singh.
PRU 12 Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyatakan rakyat akan tinggalkan payung besar dan akan duduk dibawah payung kecil pula.
Ramalan beliau hampir hampir tepat bahawa pakatan rakyat dapat menafikan 2/3 parlimen dan empat buah negeri jatuh ke tangan pembangkang.
Setakat hari beliau belum buat sebarang ramalan dan mungkin akan bercakap apabila selesai membaca politik sedikit masa nanti.
Tidak munasabah beliau yang begitu arif berkepakaran dalam bdang politik Negara tak tahu membaca, sedangkan kebanyakan penganalisis politik Negara telah membaca dan menyatakan begitu dan begini.
Antaranya, Profesor Dr Ahmad Atory Huseian dari university Sains Malaysia telah selesai menabaca dan menyatakan DAP kekal memerintah Pulau Pinang. PAS kekal memerintah Kelantan. Pakatan rakyat tumbang di Selangor. Perak 50-50.
Kita tunggu ramalan Dr Shamsul Amri Baharuddin yang mungkin ianya suatu kejutan besar kepada umno/BN dan berita gembira untuk pembangkang PRU 13 nanti.
Atau kejutan besar kepada pembangkang dan berita gembira untuk umno/BN kerana sekatan pembangkang tawan Putrajaya berhasil. 

UMNO memang Syaitan
Posted on Saturday, September 22 @ 12:45:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: Kalambatu

"Teman tidak berniat mereka-reka cerita yang boleh menjadi fitnah, yang dosanya amat besar. Teman sekadar menyuarakan apa yang terlintas difikiran teman yang teman yakini boleh membawa kesan buruk khususnya kepada PAS dan Pakatan Rakyat amnya dalam PRU13 yang akan datang. Namun begitu teman sedar bahawa apa yang berlaku, yang telah berlaku dan akan berlaku kesemua adalah ujian-ujian kehidupan yang perlu kita lalui yang telah ditentukan oleh Allah.

Bagi mereka yang berjaya menjalani ujian-ujian tersebut dengan redo, dalam masa yang sama dia beriman kepada Allah dan Rasulnya dengan erti kata iman, islam dan ihsan yang sebenarnya, maka tidak sia-sialah umur yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Diakhirat nanti akan dia dapati bahawa kesenangan, kemewahan, kuasa dan kemegahan yang dikejar oleh sebahagian besar manusia semasa didunia sehingga sanggup berpuak-puak, berbunuh-bunuhan, fitnah-memfitnah, tipu-menipu sesama sendiri, adalah kebodohan yang nyata kerana terpedaya dengan nafsu dan hasutan iblis syaitan.
Pengumuman pemimpin tertinggi UMNO bahwa persidangan UMNO akan diadakan dari 27 November hingga 1 Disember ini adalah suatu strategi unggul untuk memberi pukulan maut kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya. Betapa tidak, selama tempoh tersebut, bolehlah kita katakan bahawa UMNO sebenarnya menjalankan kempen PRU13 secara berpusat. Seluruh mekanisma pentadbiran kerajaan akan mereka gunakan supaya seluruh perhatian rakyat jelata tertumpu kepada persidangan tersebut. Nyatakan apa sahaja bentuk mekanisma yang ada: akhbar, radio, TV, internet… kesemuanya akan digunakan. Segala saluran TV seperti yang tersenarai dalam package percuma Unifi akan menonjolkan kehebatan UMNO dan kekuasan mereka. Muka dia sahajalah yang akan keluar.
Segala perkara yang mereka anggap buruk dalam PAS dan Pakatan Rakyat akan mereka perbesar-besarkan, ibarat seekor semut yang melata akan digambarkan sebagai seekor Gajah yang menakutkan. Fitnah dan tohmahan akan ditabor dan tidak satu pun kejayaan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dianggap baik.   
Selepas puas mereka menghentam PAS dan Pakatan Rakyat semaksima yang mungkin, tanpa memberi peluang dan ruang yang sama kepada pihak yang dikecam itu membela diri, mereka akan mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan PRU 13. Dalam firasat teman, PRU13 akan diadakan sebelum perayaan hari krismas 25 Disember 2012 (Walau apa pun, Allah lebih mengetahui).
Tempoh yang pendek akan diberikan untuk “tempoh berkempen” – mungkin 2 minggu sahaja.  Dalam tempoh yang singkat ini, PAS dan Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah ditanam dalam kepala rakyat selama mereka bersidang. Bukankah persidangan UMNO itu sengaja diadakan sebagai strategi utuh untuk memberi pukulan maut kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Itulah yang terlitas dalam kepala teman.
Lantaran itu, PAS dan Pakatan Rakyat perlu berbuat sesuatu untuk menutralkan segala tohmahan dan fitnah yang dileparkan. Tempoh rasmi berkempen tidak akan mampu untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang akan dileparkan oleh UMNO. Jalan yang teman lihat yang perlu diambil adalah ibarat orang bertarung digelanggan persilatan. Setiap serangan perlu ditepis dan jurus balas dilancar dalam masa yang sama. Tidak perlu ditunggu “tempoh berkempen” untuk menjawab tohmahan dan fitnah lawan.
Mudah-mudahan Allah memberi pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang berusaha untuk mendaulatkan agama yang diredoinya. Takbir.

 Islamist Democrat dan Islamist : Henti Keluarkan kenyataan yang keliru
Posted on Saturday, September 22 @ 11:58:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: attakiri

" Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

Kedua-dua perenggan ini adalah sedutan daripada perlembagaan PAS pindaan terkini.

Pernyataan ini cukup jelas menerangkan bahawa dasar PAS adalah Islam, sumber rujukan PAS adalah Islam, pergerakan PAS adalah Islam, perjuangan dalam PAS adalah perjuangan Islam. Dan PAS adalah sebuah gerakan Islam. Bahkan asas PAS berkawan dan bertentang berdasarkan panduan ISLAM

Dengan sebab itu, perjuangan PAS mempunyai konsep, asas dan sumber rujukan yang jelas. Sumber rujukan PAS ialah Al-Quran dan Sunnah yang jelas telah dilaksanakan oleh Rasulullah secara teori dan praktikal.

Jangan pandang Islam seperti kristian. Kalau memandang Islam seperti kristian, secara langsung para akademia akan terbayang Negara kristian yang pernah tertegak di suatu masa yang jelas teokratiknya.

Pandanglah Negara Islam seperti mana sistem khalifah yang pernah tertegak sebelum ini, bagaimana pembangunan yang ditinggalkan yang sampai sekarang menjadi kekaguman para pengkaji sejarah.  bagaimanan khazanah ilmu yang ditinggalkan sehingga menjadi rujukan oleh ilmuwan di zaman kini.

Ini yang ingin dibina oleh PAS samada atas nama Negara Islam mahupun Negara Berkebajikan. Inilah juga PAS yang kejap dan konsisten dengan dasarnya samada untuk berdepan dengan kawan mahupun lawan.

Semalam penulis ada terbaca keratan kenyataan terbaru Dr.Dzulkifly Ahmad yang antara lain menyebut PAS sekarang bukan lagi islamist tapi islamist democrat. Kononnya Perubahan PAS ini juga sejajar dengan perubahan gerakan Islam seluruh dunia

Dr.Dzulkifliy amat meminati istilah ini, bahkan beliau pernah mengakui bahawa beliau seorang pejuang Islam Demokrat dalam salah satu tulisannya.

Islamist Demokrat secara literalnya bermakna pendokong demokrasi yang bersifat islamik. Islamist menjadi kata sifat. Sementara Democrats adalah kata namanya. Dari sudut ini, Dr.Dzulkifly telah membuat kesilapan yang cukup besar. Secara tidak sengaja, beliau telah menukar penekanan dari Pejuang Islam kepada pejuang Demokrasi!. Istilah ini juga seterusnya meletakkan ciri islamik menjadi salah satu ciri sahaja kepada pejuang Islam. Kalau boleh tidak dianggap melampau. Penggunaan ini sama sebagaiaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menggunakan istilah Islam Hadhari yang jelas ditentang oleh PAS.

Istilah yang mengelirukan akan menghasilkan pemahaman yang mengelirukan.

Sebenarnya istilah yang mengklafikasikan pekerja-pekerja Islam seperti Islamist, Reformist, Post Islamis kebanyakannya datang daripada penganalisis sosio-politik barat. Semestinya proses pemikiran mereka bersumberkan kepada perspektif bukan Islam yang tidak mahir skop keilmuan Islam. Sebagai seorang pejuang Islam, Al-Quran dan Sunnah menjadi asas dalam mengemukakan pandangan dan jalur pemikiran.

PAS memang menjadikan demokrasi sebagai perantaraan untuk mendapatkan kuasa. Bahkan PAS adalah gerakan Islam yang pertama mengambil demokrasi sebagai strategi utama untuk mendapat kuasa. Namun Demokrasi bukan menjadi dasar perjuangan, Demokrasi menjadi strategi PAS untuk melaksanakan Islam. Kalau dengan sebab Islam, PAS mengalami kekalahan, PAS rela kalah.

Dalam islam, bukan hanya urus tadbir mesti betul, tetapi perbentukan akhlak yang baik, larangan daripada berbuat perkara yang mendatangkan kemurkaan juga terdapat dalam Islam. Jangan kerana tamakkan undi, agenda sosial tidak disentuh kerana bimbang hilang undi orang muda.

Namun begitu, bukan bermakna PAS tidak bersifat nasional. Bahkan PAS sudah lama bersifat nasional (cintakan Negara). Ini dibuktikan semenjak awal penubuhan tanah melayu, PAS bersama-sama terlibat dalam membincangkan perlembagaan persekutuan. Bahkan sebelum itu, lagi pejuang PAS terlibat dalam menuntut kemerdekaan Negara.

Menyebut Islam democrat akan lebih mengelirukan ahli dan penyokong PAS yang majoritinya terdiri dari orang melayu. Ini juga akan lebih menggambarkan PAS telah lari dari dasar perjuangan kononnya apabila terlampau ingin mendapatkan kuasa.

Bagi penulis, Dr.Dzulkifly tidak boleh lagi mengeluarkan kenyataan yang berbentuk dasar bagi mewakili PAS.

Cukuplah dengan pandangan kontroversi sebelum ini seperti orang bukan Islam boleh dilantik menjadi timbalan presiden PAS, Hudud tidak sesuai dilaksanakan buat masa sekarang dan sebagainya.

PAS adalah sebuah gerakan Islam. Bukannya sebagai tempat untuk melaksanakan politik Islam. Semata-mata. Kecuali kalau ANDA memang bersikap demikian.

Jangan kerana ANDA, PAS menjadi rosak.

Untuk dapatkan sumbe rujukan sila rujuk
www.attakiri.blogspot.com 




Sukan 1 Malaysia
Posted on Friday, September 21 @ 06:57:37 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog ALBA

 

Karpal: Dap tidak mendapat dana asing

22 September 2012
karpal-singh
Karpal Singh
GEORGE TOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh berkata tuduhan bahawa parti itu mendapat dana luar negara daripada George Soros adalah tidak benar.
  
"Mana buktinya yang DAP mendapat dana asing?" katanya apabila diminta mengulas tentang beberapa badan bukan kerajaan (NGO), termasuk Suaram, yang dikatakan mendapat dana dari luar negara untuk menggugat kestabilan negara ini.
   
Mengenai dakwaan bahawa DAP juga ada kaitan dengan dana asing, Karpal Singh berkata:"DAP tidak menerima dana dari luar negara."
  
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata kebanyakan pertubuhan memang mendapat dana dari luar negara, tetapi ini tidak menjadi kesalahan sekiranya mereka membuat perisytiharan mengenainya dan ia tidak melanggar undang-undang.
  
"Malah, banyak negara mendapat bantuan asing dari negara lain seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), contohnya. Adakah anda rasa ini suatu kesalahan jenayah?" katanya.

Beberapa NGO menjadi perhatian baru-baru ini selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meminta pendaftar pertubuhan menyiasat Suaram yang dikatakan menerima dana daripada Soros.
  
Dalam perkembangan lain, Karpal Singh berkata jawatan ketua menteri Pulau Pinang tidak semestinya hanya boleh disandang seseorang yang dilahirkan di negeri ini seperti yang didakwa bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
  
"Lim Kit Siang mempunyai hubungan dengan pulau Pinang sejak sekian lama. Keluarga Lim mempunyai kediaman di sini. Memanglah Lim Guan Eng dilahirkan di Batu Pahat, tapi hubungan yang ada antara beliau dengan Pulau Pinang sudah memadai untuk menjadikan beliau pilihan yang betul untuk menjadi ketua menteri," katanya.
  
Semalam, Tunku Aziz berkata ketua menteri Pulau Pinang sepatutnya adalah anak tempatan, bukan ahli politik yang dibawa dengan payung terjun ke negeri ini dari tempat lain dan sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dipilih sebagai ketua menteri.
  
Mengenai komen Tunku Aziz bahawa pengerusi DAP kebangsaan itu kadangkala diketepikan, Karpal berkata beliau menghormati pandangan itu, walaupun ia tidak tepat dan tidak berasas.
  
"Dalam DAP, berbeza dengan parti lain, setiausaha agunglah yang paling penting, tapi ini tidak bermakna pengerusi diketepikan," katanya. - Bernama
MB Selangor: Pengundi diragui didedah 2 minggu lagi
SITI AISAH HABIRIN
22 September 2012
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Selangor akan membentangkan hasil kajian secara menyeluruh terhadap 50,000 pengundi baru yang diragui kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apa yang cuba dinafikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hanyalah sebahagian kajian yang dijalankan PKR.

“Pertikaian SPR terhadap kajian yang dilakukan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail itu hanyalah sebahagian kajian walhal Kerajaan Negeri sedang jalankan siasatan yang lebih meluas lagi dan apabila ia selesai kita akan tunjukkan kepada SPR,” katanya selepas Majlis Pemberian Insentif kepada Kontinjen Selangor Sukma 2012 di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini,hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan PKR mengenai kewujudan 18 pengundi berdaftar yang tinggal di sebuah dangau (pondok kecil) di Lot 4870 Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor yang dinafikan SPR.

Menurut Abdul Khalid, Kerajaan NegeriSelangor akan memperhalusi penyelidikan untuk mencari fakta-fakta bagi meleraikan persoalan terhadap pemilikan sah pengundi terbabit.

“Kita akan  kenal pasti di mana mereka (pengundi)  ini dan sekiranya tidak jumpa, kita akan cari jalan bagaimana nak jumpa mereka ini,” katanya.
Blogger 'Sekupangdua' saman Setiausaha DAP Perak

22 September 2012
IPOH - Blogger 'Sekupangdua' atau Ahmad Sofian Yahya memfailkan saman terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bagi menuntut perintah injuksi dan ganti rugi am berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang itu di laman sesawangnya pada 12 September lepas.
Peguam Norali Nordin yang mewakili blogger itu berkata, saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 11 pagi semalam.
"Anak guaman saya menuntut perintah injuksi dan ganti rugi am yang akan ditaksirkan oleh mahkamah. Salinan writ saman itu akan serahkan kepada Nga dalam tempoh terdekat,"  katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahmad Sofian berkata, beliau mendapati terdapat unsur fitnah dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kor Ming pada 12 September lepas antaranya "Blogger Umno tarik balik segala kenyataan fitnah..." dan "atas persetujuan blogger Umno Sekupadang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming..."
Katanya, kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas serta merasakan Ahli Parlimen Taiping itu mempunyai niat menfitnah dan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang blogger dengan memberi mesej tidak baik kepada masyarakat mengenainya.
Beliau berkata, antara mesej itu adalah beliau sebagai seorang penulis blog secara sengaja memfitnah Kor Ming dan mengaku memfitnahnya serta membuat pengakuan di dalam mahkamah berhubung kes saman sebelum ini.
Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan mahkamah memutuskan artikel dalam blognya berjudul "Panas! Bongkar Nga Komeng dan Pakatan Rakyat Menyamun!" adalah suatu fitnah terhadap Kor Ming sedangkan perkara sebenarnya adalah mahkamah tidak langsung memutuskan sama ada artikel tersebut berunsur fitnah atau mempunyai kebenaran, katanya.
"Saya ingin jelaskan di sini dalam mana-mana masa, saya tidak pernah mengaku telah memfitnahnya. Namun satu persetujuan telah dicapai pada 22 Jun lepas untuk Nga Kor Ming menarik balik tuntutan saman dan atas nasihat Hakim mahkamah saya juga telah bersetuju menarik balik tuntutan balas saya dan juga artikel mengenai Nga Kor Ming dalam blog saya," katanya.
Bagaimanapun pada 12 September lepas, Kor Ming mengeluarkan satu artikel di dalam blognya berjudul 'Blogger Umno tarik balik kenyataan fitnah dan beri aku janji kepada mahkamah tidak mengulangi dakwaan salah kuasa lagi", katanya.
"Disebabkan penyiaran petikan berunsur fitnah tersebut, saya telah mengalami skandal awam, kesangsian, kebencian, penghinaan serta kehilangan reputasi dan kewibawaan saya sebagai penulis blog sehingga mengakibatkan kerosakan dan kerugian terhadap saya," katanya.
Pada 3 Januari lepas, Kor Ming memfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta terhadap Ahmad Sofian Yahya kerana menulis dan memaparkan satu artikel yang didakwa menfitnahnya menerusi artikel  bertajuk 'Panas! Bongkar Nga Komeng dan Pakatan Rakyat Menyamun'.
Bagaimanapun, difahamkan kedua-dua pihak mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan Kor Ming menarik balik saman itu dan atas nasihat mahkamah, Ahmad Sofian bersetuju menarik balik tuntutan balasnya. - Bernama






Johor : Orang Cina Ikut Marhaban PAS Benut
Posted on Saturday, September 22 @ 11:50:01 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Portal Selatan Online Dot Net

 



Nasib Penduduk Pengerang
Posted on Saturday, September 22 @ 08:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: cipanda

"Anak jati pengerang mengeluh mengenang nasib...bagaimana nasib generasi pengerang akan datang...


 

 Sorotan dari Pengerang 2

Sorotan dari Pengerang 1"
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan