Ahad, 23 September 2012

CAKAPLAH...SELAGI KITA BOLEH CAKAP...DAH MENINGGAL DUNIA KITA TAK BOLEH CAKAP LAGI...DIAKHIRAT ALLAH AKAN TANYA APA YANG KITA CAKAPKAN...JANGAN SAMPAI CAKAP KITA ITU MEROSAKKAN IMAN DAN AKIDAH...SUDAHLAH...DAH TUA2 NI FIKIR2 SENDIRILAH

Paderi juga kesal filem hina Islam

Mohd Sabri Said, 23 Sep 2012
PULAU PINANG: Selain masyarakat Islam seluruh dunia menentang filem 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhamad saw hasil arahan  Sam Basile yang memulakan tayangan pada 2 Julai lalu melalui Yuotube beberapa orang paderi Kristian yang ditemui di Pulau Pinang juga kesal dan marah terhadap isu berkenaan.


(Paderi Sebastian dan Father Bernerd)

Bagi mereka agama yang dijadikan Tuhan bukan untuk bermusuh sebaliknya mengenali sesama sendiri kerana masing- masing agama mempunyai kelebihan tersendiri yang mencorak umatnya melakukan kebaikan dan menghormati antara satu sama lain.

Bishop Sebastian Francis yang ditemui di Cathedral Of The Holy Sprit, Glugor menambah,   cara yang dibuat oleh pengarah dan penerbt filem itu sebenarnya bukan cara atau budaya orang Kristian sebaliknya dipengaruhi oleh anasir yang kurang sopan.

"Kami dari Kristian cukup kecewa dan tidak sekali-kali bersetuju dengan filem yang nyata tidak bermoral.  Padahal agama yang dijadikan oleh Tuhan semuanya membawa kepada kebaikan bukan mencari pergaduhan," tegasnya yang telah 35 tahun bertugas sebagai Bishop dibeberapa buah negeri.

Sementara itu seorang lagi Paderi, Father Bernerd Paul pula kesal terhadap pengarah dan penerbit yang mengeluarkan filem berbentuk penghinaan terhadap agama Islam.

Pihak yang bertanggungjawab juga sewajarnya, bertimbang rasa dan tahu apakah risikonya menayangkan filem yang bermatlamat menghina Islam yang menjadi agama pilihan ramai penduduk dunia.

"Pengarah filem Innocence Of Muslims atau  penerbitnya hendaklah menghormati sentiviti Umat Islam dengan memohon maaf kerana mengeluarkan filem tersebut.  Inilah cara untuk meredakan kemarahan Umat Islam terhadap mereka, " jelasnya.

Perkembangan terbaru, setelah diasak oleh ramai masyarakat Islam seorang aktres wanita yang membintangi filem tersebut, Cindy Lee Garcia menyaman penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula kerana tertipu dengan skrip yang bertujuan menghina Nabi Muhamad s.a.w.

Beliau juga mengesa Google mengeluarkan segera klip video yang mengundang kemarahan Umat Islam seluruh dunia dari dalam talian sebabtidak menyedari skripnya mengandungi unsur anti Islam.

Penghina Nabi: Menteri Pakistan tawar USD100,000

Aljazeera terjemahan Mohamad Yahya, 23 Sep 2012
ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan mengutuk tindakan seorang menterinya yang menawarkan ganjaran untuk membunuh penerbit filem yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang dipercayai menjadi dalang filem yang menghina Nabi.

Tindakan Islamabad itu datang selepas Ghulam Ahmed Bilour, Menteri Kereta Api menawarkan USD100,000 untuk pembunuhan penerbit filem dari California itu Sabtu lalu.

Bilour juga menjemput anggota Taliban dan al-Qaeda untuk mengambil bahagian dalam perkara yang beliau sifatkan sebagai "perbuatan yang mulia".

"Saya mengumumkan hari ini bahawa, orang yang telah menghina nabi ini, jika seseorang membunuhnya, saya akan memberi orang itu hadiah sebanyak USD100,000," katanya.

Wartawan Al-Jazeera, Hyder Kamal yang melaporkan dari Kuala Lumpur, berkata bahawa Bilour mungkin telah bertindak sendiri dan tawaran itu tidak perlu diambil sebagai tindakan rasmi pihak kerajaan.

"Jangan kita lupa bahawa dia adalah seorang menteri yang telah memusnahkan kereta api Pakistan," lapor Hyder.

Bilour dianggap oleh sesetengah pihak di Pakistan sebagai  orang yang bertanggungjawab bagi keadaan kemerosotan kereta api negara itu.

Penerbit filem yang diletakkan harga sebanyak USD100,000 itu adalah Nakoula Basseley Nakoula, seorang warga Mesir, beragama Kristian Koptik, berusia 55 tahun dan telah disabitkan kesalahan menipu dan dibebaskan dari parol, dan kini tinggal di Los Angeles.

Pengumuman Bilour datang selepas lebih 5,000 penunjuk perasaan, termasuk ratusan wanita, berarak ke arah parlimen di Islamabad, sambil melaungkan: "Hukum mereka yang menghina Nabi kami" dan "Kami sayang Nabi kami".

Kira-kira 500 orang dari kumpulan Jamaat-ud-Dawa juga mengadakan demonstrasi di depan Konsulat AS di bandar timur Lahore, melaungkan: "AS sesuai dengan hanya satu ubat - jihad, jihad."

Protes itu bagaimapun adalah protes aman, berbeza dengan protes pada hari sebelumnya.

Kumpulan agama berkata mereka juga merancang demonstrasi di Karachi, tempat berlakunya adegan keganasan terburuk Jumaat lalu, selepas pengebumian lebih daripada 20 orang yang terbunuh semasa demonstrasi Jumaat lalu.

Guan Eng cadang Lapangan Terbang Antarabangsa P Ramlee

Harakahdaily, 23 Sep 2012
GEORGE TOWN: Lim Guan Eng ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee demi mengenangkan jasa seniman terunggul ini dan menggalakkan kerja pembesaran dijalankan dengan baik dan elok secara bertaraf antarabangsa.

“Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini,” ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang dan bahawa masyarakat majmuk dan terbuka serta menggalakkan pembentukan bakat yang wujud pada masa itu di Pulau Pinang membolehkan P. Ramlee menrealisasikan potensinya sebagai seniman, pelakon, pemuzik dan penyanyi yang paling cemerlang dalam sejarah Malaysia, P. Ramlee pernah dipilih pelakon terbaik Asia.

Katanya, memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti lapangan terbang yang berhubung kait dengan pentas dunia.

Pada masa yang sama, ujarnya keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang.

“Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut,” ujarnya.

Justeru, kata beliau adalah diharapkan pihak berkuasa Kerajaan Perseketuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenal pasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja.

“Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak,” katanya.

Foto Berbicara: Antara sanjungan dan penghinaan terhadap Tok Guru Nik Aziz

http://malaysiaberih.blogspot.com, 23 Sep 2012
Walaupun berlainan bangsa dan berbeza fahaman agama,Orang bukan Islam begitu menghormati dan menyanjungi Tok Guru
Penghinaan terhadap Tok Guru oleh mereka yang mengaku melayu dan Islam
Foto 1 :  Dirakam ketika Tok Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi.
Perhatikan bagaimana hormatnya kaum Cina Kelantan pada Tok Guru.Mereka berbaris mengambil peluang untuk bersalam dan ada antara mereka yang mencium tangan Tok Guru...
Foto 2 : Bagaimana dasyatnya penghinaan terhadap Tok Guru oleh musuh musuh politik disebelah sana yang mengaku melayu dan Islam.Bukan sekadar menghina Tok Guru bahkan turut menghina sunnah Rasulullah SAW  DISINI.Fikir fikirkanlah...

Gereja Australia akui 600 kanak-kanak dicabul paderi

Aljazeera terjemahan Mohamad Yahya, 23 Sep 2012
MELBOURNE: Gereja Roman Katolik Australia telah mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah didera secara seksual oleh paderi mereka sejak tahun 1930 di negeri Victoria.



(Parlimen Victoria mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah dicabul kehormatan oleh paderi Katolik sejak 1930-an)

Ketua Biskop Melbourne, Denis Hart, menyifatkan angka itu sebagai "ngeri dan memalukan".

Pengakuan itu dibuat dalam satu penghujahan kepada siasatan parlimen negeri dalam pengendalian kes-kes pencabulan, namun terdapat pihak yang mengatakan angka sebenar mungkin mencapai sehingga 10,000 mangsa kanak-kanak.

Pihak gereja berkata 620 kes itu bermula dari 80 tahun lepas dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, dengan 45 kes lagi masih dalam siasatan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Biskop Hart berkata ia adalah penting untuk bersikap terbuka "mengenai penderaan seksual yang telah berlaku di Victoria dan di tempat lain".

"Kita melihat siasatan ini sebagai cara membantu penyembuhan mereka yang telah dicabul, dan untuk memeriksa konteks yang luas tentang respons dari pihak gereja, terutamanya dalam tempoh 16 tahun yang lalu, dan untuk membuat cadangan bagi meningkatkan penjagaan mangsa dan bagi langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan, "kata kenyataan itu.

Chrissie Foster, ibu kepada dua anak perempuan yang dirogol oleh paderi mereka dari pertengahan 1980-an, berkata pihak gereja mempunyai tempoh yang berdekad lamanya untuk menangani isu ini tetapi hanya baru mendedahkan angka penderaan seksual itu kepada siasatan parlimen Victoria Jumaat lalu.

"Hanya kerana usaha mangsa yang berulang alik melapor kepada pihak polis yang menyebabkan semua ini berhenti".

"Pihak gereja tidak pernah berusaha untuk menghentikan jenayah paderi fidofilia (tertarik secara seksual kepada kanak-kanak) mereka," tambah Foster, yang berkata salah satu daripada anak perempuannya akhirnya membunuh diri.

Kerajaan negeri Victoria mengumumkan siasatan ke dalam kes pencabulan kanak-kanak oleh badan agama dan badan bukan kerajaan selepas berpuluh-puluh kes bunuh diri oleh mereka yang dicabul oleh para paderi dilaporkan.

Penderaan kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik telah menjadi isu utama di Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Semasa lawatan ke Australia pada Julai 2008, Pope Benedict XVI bertemu dengan beberapa mangsa dan membuat permohonan maaf secara terbuka ke atas pencabulan tersebut.
Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM
12:35PM Sep 23 2012  
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.
mahathir and george soros meet 151206 shaking handsBeliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.
Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

mahathir and george soros meet 151206 smiles"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.
Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak
pilih orang dia jadi PM," dakwanya.
Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.
malaysiakini tv report mahathir and george soros 151206"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.
"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.
Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan".
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.
Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini.
Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi.
Bagaimanapun, CEO Malaysiakini menjelaskan bahawa pebiayaan berkenaan adalah untuk projek Southeast Asia Centre for E-Media (Seacem) dan pelbagai projek untuk mempromosi kebebasan media.
Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997.
Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006.
Mahathir: Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik
  • Ahmad Fadli KC
  • 2:55PM Sep 23 2012
 
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir berkata terdapat kalangan pemimpin Islam yang cenderung untuk mengguna hukuman paling berat termasuklah hudud agar mereka kelihatan lebih Islamik.

Tanpa menyebut golongan yang dimaksudkannya, beliau berkata langkah itu tidak mungkin sesuatu yang benar kerana menurutnya Islam lebih menekankan keadilan berbanding hukuman berat.

"Di Malaysia ada debat tentang hukum hudud dan kecenderungannya adalah mengenakan hukuman paling berat sebagai tanda kita lebih Islamik berbanding orang lain.

"Tetapi kita lebih gemar kepada hukuman berbanding keadilan. Dan hukuman yang kita suka jatuhkan biasanya yang paling berat yang tidak dijumpai dalam al-Quran," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Runding Cara Peringkat Tinggi Pakar tentang Islam dan Kesihatan Wanita di Kuala Lumpur pagi ini.
Tafsiran ketepi al-Quran
Tambahnya lagi, golongan berkenaan juga tidak mengambil kira hakikat bahawa komuniti Islam wujud bersama dengan komuniti bukan Islam.
Kumpulan tersebut tidak mengambil kira perubahan semasa dalam mengeluarkan pandangan, katanya.
"Mereka berikan kita idea yg sukar untuk kita selarikan dengan idea dari sumber lain," katanya.
Perkara itu, katanya lagi berpunca daripada tafsiran Islam yang mengenepikan al-Quran sebagai rujukan utama dan melebih-lebihkan sumber lain.

"Saya percaya masalah ini datang daripada pelbagai tafsiran Islam.

"Saya dapati kita kurang mempercayai perkara yang yang terkandung dalam Quran tetapi lebih (percaya) apa yang diajarkan kepada kita dalam sunnah dan hadis - yang sebenarnya tidak wajib.

"Kita cenderung jadikan perkara yang tidak wajib itu (sebagai) wajib.

"Kerana kita buat begini, kita cipta masalah kepada kita dan orang
lain," katanya.

Justeru, beliau menggesa agar mereka yang tidak bersetuju dengan perkara itu agar menentang idea berkenaan dengan hujah agama dan bukannya menggunakan hujah dan nilai-nilai Barat.

"Ia amat penting untuk orang Islam yang tidak mengkhusus dalam agama agar mengetahui agama mereka supaya mereka boleh berhujah dengan golongan konservatif berdasarkan agama, dan bukannya berdasarkan sistem nilai yang lain," katanya.
 
 
Utusan: Yahudi 'iri hati' M'sia miliki Scorpene
1:23PM Sep 23 2012  
Bekas orang kanan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa NGO Suaram dan portal berita Malaysiakini menjadi "tali barut" Yahudi demi menggagalkan usaha Malaysia untuk memiliki kapal selam Scorpene.

Laporan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyebut, Anuar mengemukakan alasan bahawa NGO yang memfailkan saman di mahkamah Perancis ke atas pembuat Scorpene itu menerima dana daripada Open Society Institute.

Jelasnya, insititut berkenaan diasaskan jutawan George Soros yang berketurunan Yahudi.

Beliau turut memberi alasan bahawa National Endowmen for Democracy yang turut menyalurkan dana kepada Suaram juga dipimpin oleh seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.

"Ini kerana sudah pasti anggota Suaram diberi imbuhan yang amat lumayan untuk menjadi tali barut Yahudi dan najis masyarakat," katanya seperti dipetik Utusan.
Anuar juga menyalahkan "pembuat kapal selam Yahudi dari barat" yang bertindak "tidak bermoral" dengan "menyerang" syarikat pembuat kapal selam Scorpene, DCNS.
Beliau mendakwa pembuat senjata berkenaan "iri hati" kerana Malaysia tidak membeli kapal selam daripada syarikat Yahudi.
"Kita tahu di Amerika Syarikat industri pertahanan rata-rata mempunyai kaitan dengan Yahudi.
"Mereka juga membiaya Suaram dan portal berita propembangkang Malaysiakini bagi tujuan sama agar negara tidak memiliki kapal selam dari Perancis kerana bimbang dengan serangan politik dan sebagainya.
Laporan itu juga memetik Anuar sebagai berkata:Mahkamah Perancis pada Mac lalu menerima kes difailkan Suaram yang mendakwa pembuat kapal selam itu, DCNS, membayar jutaan ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen dianggap sebagai haram.

Bagaimanapun, tiada seorangpun menteri Malaysia memberi keterangan di mahkamah berkenaan bagi menafikan dakwaan tersebut.
Mapim mahu semua produk Amerika dipulau
Wartawan Sinar Harian
23 September 2012
Pas kesal layanan buruk Kedutaan AS
Peserta Himpunan Aman berdoa sebelum berarak ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak, hari ini. - Foto Sinar Harian Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki
SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mahu rakyat Malaysia memboikot kesemua perkhidmatan dan produk berkaitan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, boikot ekonomi dan budaya hendaklah menjadi senjata berkesan kepada rakyat untuk menundukkan keangkuhan AS.

"Kami menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh berhenti dengan demonstrasi semata mata . Malah tindakan memboikot semua perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan Amerika seharusnya cuba dilaksanakan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, sehingga ini jelas tidak ada maklum balas daripada pihak Amerika terhadap bantahan keras umat Islam.
Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bukan setakat berdemonstrasi memprotes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi filem Innocence of Muslims, umat Islam negara ini perlu memboikot barangan keluaran Yahudi sebagai tanda bantahan.
Mursyidul Am Pas berharap selepas demonstrasi yang diadakan serentak di Kuala Lumpur, oleh Pemuda Pas dan Pemuda Umno, satu jawatankuasa dapat ditubuhkan untuk melaksanakan boikot barangan Yahudi secara serius.
Nik Aziz berkata, kerja membuat bantahan itu bukan tanggungjawab kerajaan sahaja, tetapi sebagai umat Islam ia perlu dilakukan apabila wujudnya penghinaan agama.
Dalam kenyataan itu, Mohd Azmi yang turut bersama menghantar memorandum kepada Kedutaan AS mengenai penghinaan ke atas Nabi Muhammad menegaskan bahawa tindakan kedutaan yang hanya menghantar ketua keselamatan adalah suatu tindakan biadab.
"Jelas Amerika tidak menghormati sentimen masyarakat Islam dan rakyat ini di seluruh negara kerana mellihat reaksi yang sangat jelas pada demonstrasi yang ditunjukkan oleh ribuan rakyat Malaysia.
"Amerika perlu diajar untuk menghormati perasaan rakyat dengan menerima memorandum ini oleh Duta Amerika sendiri.
"Isu yang sudah menjadi isu dunia akibat penerbitan filem yang menghina Nabi, bukan isu kecil, malah akan mempengaruhi hubungan dunia Barat dan Islam," katanya lagi.
Kata Mohd Azmi, Kedutaan AS perlu ingat akibat dari keangkuhannya bakal mencetuskan kebencian umat Islam yang lebih meningkat, lantaran umat Islam sudah mempunyai persepsi buruk terhadap negara tersebut dalam banyak isu yang berkaitan dengan Islam.
"Jika benar Amerika mahu menunjukkan sikap terbukanya, kami menegaskan mereka mesti menghormati tindakan rakyat untuk menghantar memorandum dan memberi respons yang sewajarnya terhadap tuntutan yang ada dalam memorandum tersebut.
"Rakyat Malaysia tidak akan terperangkap dengan strategi dan gimmik komunikasi diplomatik yang cuba ditunjukkan oleh pegawai keselamatan itu malah menuntut supaya mereka bertindak menyatakan permohonan maaf kepada rakayat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya," katanya lagi.
Yahya, Ibrahim Menudin sertai PKR tidak gugat Umno Sabah

23 September 2012
PAPAR - Ketua Umno Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail yakin keutuhan Umno Sabah tidak tergugat dengan tindakan dua bekas pemimpinnya menyertai parti pembangkang.
"Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai tindakan mereka itu kerana rakyat pun sudah tahu siapa mereka sebenar.
"Mereka boleh kata apa sahaja tentang BN mahupun Umno, namun rakyatlah yang lebih berhak untuk memutuskan sama ada menyokong atau menolak mereka," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Abdul Rahim mengulas tindakan bekas timbalan menteri persekutuan Datuk  Yahya Lampong dan bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PKR.
Abdul Rahim yang juga Pengerusi Risda Holding berkata, tindakan kedua-dua pemimpin itu juga tidak menggugat Umno Bahagian Papar kerana anggota-anggota parti itu tetap setia kepada Umno.
"Kami (Umno Papar) menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil apa juga langkah terbaik untuk Sabah," katanya. - Bernama
DAP: BN tandus idea, sebar mitos burukkan PR
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
23 September 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
IPOH – DAP menganggap ‘mitos’ dibawa Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) jika memerintah negara didorong oleh ketandusan idea di pihak perikatan tersebut.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, mitos yang dibawa pimpinan BN hanya menggambarkan ia sudah ketandusan idea dalam memikat hati rakyat, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Mereka (BN) banyak menyebutkan mitos mengenai kita (PR). Antaranya, jika kita berjaya memerintah kelak, negara akan bankrap kerana kita mahu hapuskan tol, selain bakal berlaku rusuhan seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 lalu.

“Ingin saya tegaskan jika kita hapuskan tol sekali pun, negara tidak akan bankrap kecualilah kroni-kroni yang mungkin bankrap.

"Selama kita memerintah empat negeri, apakah semua negeri  ini bankrap? Terbukti tidak, malah pendapatan semakin meningkat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak ke-17 di sini, hari ini.

Hadir sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sehingga hari ini, mitos yang dibawa BN kerap diperkatakan dan dimainkan media terutama media arus perdana.

Katanya, kenyataan kononnya Malaysia menjadi negara Kristian mula dimainkan beberapa parti kompenan BN untuk memberi gambaran negatif rakyat kepada PR.

“Ada mengatakan jika PR menang, Malaysia akan menjadi negara Islam, ada juga yang sebut  jika PR menang, Malaysia akan jadi negara Kristian, ini semua mitos.

"Kita harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan mitos yang dibawa oleh mereka ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan