Ahad, 22 Julai 2012

DAH LAH AMALAN KURANG...AHLI MAKSIAT...TAMBAH LAGI KERJA2 SIHIR...KEDUA2 MASUK NERAKA...

Wanita di Penjara Bashar Al-assad telah diperkosa Semua


Aktivis Syria, Hadeel Bashaar Kuki yang keluar dari penjara baru-baru ini menyatakan, para tahanan di penjara-penjara Assad mengalami tindakan penyiksaan dan perkosaan.

Kuki sendiri telah memberikan kesaksiannya di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva untuk tempoh penahanannya di penjara Aleppo, dan membantah tuntutan regim Syria bahawa pertengkaran di Syria melibatkan Al-Qaeda. Ia menekankan bahawa semua warga Syria - termasuk Kristian dan Alawi - mengalami amalan penyiksaan yang mengerikan yang dilakukan oleh pasukan Assad.

Dia menekankan bahawa semua wanita yang ditangkap oleh pasukan Assad mengalami tindakan penyiksaan dan perkosaan, namun banyak dari mereka yang tidak berani mengumumkan secara terbuka apa yang telah mereka alami selama di tahanan.

Dia mencatat bahawa teknik penyiksaan terhadap para tahanan berbeza. Ada yang diseksa dengan elektrik, atau apa yang dikenali sebagai "Carpet of the Wind", dan teknik penyiksanaan dengan cara memukul kaki para tahanan sampai cedera parah dan kemudiannya melemparkan mereka ke dalam bekas yang diisi dengan air dan garam.

Artis Bertudung Apabila Berada di Kelantan

Artis wanita Malaysia yang selama ini “free hair” tiba-tiba bertudung, di Negeri Kelantan. Difahamkan, kebanyakan artis wanita akan bertudung jika ke Negeri Kelantan.Baru-baru ini semasa program Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 di Negeri Kelantan, menyaksikan ramai artis dan selebriti Malaysia memakai tudung. Fasha Sanda antara artis yang dilihat bertudung. Rujuk gambar dibawah.

Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbir negeri serambi Mekah itu dengan konsep “membangun bersama Islam” melarang wanita mendedahkan aurat di tempat awam.Malah iklan-iklan di papan tanda “billboard” seluruh Negeri Kelantan hanya meluluskan paparan iklan dengan gambar wanita bertudung sahaja. Iklan dengan paparan yang mengekploitasikan wanita mendedahkan aurat tidak akan diluluskan.

Sumber: Forum Cari


Muhammad Merah Akhirnya terbunuh Setelah dikepung Selama 31 Jam


Setelah dikepung selama 31 jam oleh pasukan khas Perancis di apartmen di Toulouse, akhirnya Muhammad Merah meregang nyawa setelah melompat dari jendela apartmennya.

Kabar kematian Muhammad Merah ini datang setelah selama 10 minit terakhir terjadi tembak menembak.

Setelah dikepung selama 31 jam oleh pasukan khas Perancis di apartmen di Toulouse, akhirnya Muhammad Merah meregang nyawa setelah melompat dari jendela apartmennya.

Muhammad Merah, pemuda keturunan Al-geria berumur 23 tahun itu dikepung selama 31 jam di apartmennya tanpa elektrik. Namun ia terus melakukan penentangan. Tiga anggota polis tercedera akibat tembakannya dan salah satunya polis itu cedera parah.
Ia sendiri sebelumnya sudah menyatakan tidak akan menyerahkan dirinya hidup-hidup kepada polis Perancis.

Maklumat terbunuhnya Muhammad Merah datang dari Menteri Dalam Negeri Claude Gueant yang berbicara kepada para wartawan bahawa Muhammad Merah melompat keluar dari tingkap dengan "pistol masih ditangan". Ia melompat keluar jendela setelah polis pasukan khas menyerbu masuk ke dalam apartmen.
Dalam pengepungan 31 jam itu, terdengar beberapa kali letupan, namun hal itu tidak mempengaruhi pada Muhammad Merah.
Sejak Rabu malam waktu tempatan, polis mematikan seluruh rangkaian elektrik dan gas di sekitar pangsapuri Muhammad Merah. Ia sendiri terperangkap di tingkat empat, seperti yang dilaporkan oleh media Perancis.

Muhammad Merah, mengaku bertanggung jawab atas pembunuhan tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak di sebuah sekolah Yahudi, dalam serangan penembakan berasingan di barat daya Perancis beberapa hari kelmarin.
 

Kontrak Senjata Saudi Menguntungkan Britain


Pengeluar senjata terbesar Britain, BAE Systems akan memperolehi beratus-ratus juta dolar daripada keuntungan kontrak jet Eurofighter yang akan dijual ke Arab Saudi.

BAE Systems mengatakan kontrak berkaitan pada peningkatan kemampuan 48 Typhoon Aircraft yang akan dibina di Saudi dengan kontrak bernilai RM 239.7 juta. Demikian laporan media Britain.

Dalam jet pejuang 48 Typhoon Aircraft itu juga akan ditambah peluru berpandu baru dan teknologi radar. Jet pejuang pertama  sebanyak 24 buah telah diserahkan kepada angkatan udara Saudi.

Rundingan lain Saudi-Britain juga sedang berlangsung, termasuk kemudahan penyelenggaraan BAE untuk jet pejuang di Arab Saudi.

Di kawasan Timur Tengah, Arab Saudi tetap menjadi pembeli senjata yang terbesar. Saudi menghabiskan dana sebanyak RM 1.5 bilion untuk membeli senjata pada tahun 2010. Sementara Kesatuan Arab Bersatu menghabiskan dana sebanyak RM 5.33 juta dan Israel, RM 4.7 juta.

Arwah Bob Kuman Sebenarnya Baru Berkahwin Bulan Lalu


PETALING JAYA – Mungkin ramai yang tidak tahu, namun Bob Kuman baru sahaja mendirikan rumahtangga untuk kali yang kedua pada 8 April lalu.

Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek yang juga merupakan jiran Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, perkahwinan itu adalah kali yang kedua selepas pelakon yang menghadapi masalah obesiti itu gagal dalam perkahwinan pertamanya beberapa tahun lalu. “Kalau tidak salah nama isteri Allahyarham ialah Norma Ibrahim dan berasal dari Mukah, Sarawak. Tidak sampai sebulan berkahwin, tetapi nampaknya Allah lebih sayangkannya. Saya juga dimaklumkan oleh arwah dia belum sempat berbulan madu sehingga kini,” katanya.
Bob Kuman yang menghembuskan nasaf yang terakhir pada pukul 4.38 petang tadi di kediamannya di Kota Damansara di sini kerana komplikasi penyakit jantung, paru-paru berair dan darah tinggi sebenarnya baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 8 April lalu.
Jenazah Allahyarham yang juga bekas peserta pertandingan Maharaja Lawak Mega itu telah disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Seksyen 5 di sini selepas solat Isyak sebelum ia dibawa ke kampung arwah di Rantau, Negeri Sembilan bagi dikebumikan selepas itu.

Remaja main permainan video 40 jam tanpa henti ditemui mati

Posted on the July 20th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share
TAIPEI: Seorang remaja ditemui mati di kafe siber selepas dikatakan bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.
Remaja lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai rebah ketika sesi marathon Diablo 3. Dia ditemui oleh pekerja kafe siber di Tainan, di selatan negara ini. Mangsa dipercayai tidak makan selama dua hari.
Pemain permainan itu setakat ini hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chuang.



Pada pagi 15 Julai lalu, seorang pekerja yang memasuki kafe siber itu menemui Chuang berehat di meja. Selepas pekerja itu membangunkannya, dia berdiri, bejalan beberapa langkah dan kemudian rebah.
Dia disahkan mati sejurus selepas tiba di hospital.
Polis sedang menyiasat punca kematiannya dan bedah siasat masih dijalankan.
Duduk di tempat sama dalam tempoh lama dipercayai menimbulkan masalah kardiovaskular kepada Chuang.
Ia adalah kematian kedua akibat bermain permainan video di negara itu tahun ini. Pada Februari lalu, seorang lelaki ditemui mati di New Taipei, longlai di kerusi menghadap komputer dengan tangannya masih memegang papan kekunci selepas bermain selama 23 jam. – AFP

Ajal di tempat wuduk

Posted on the November 29th, 2011 under Tempatan by admin

  • Share
KULIM: “Pada mulanya saya hanya menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang, tetapi terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki berlumuran darah dalam keadaan telentang di situ,” kata Hishamsul Osman, 42, apabila menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh di tempat mengambil wuduk wanita di tapak projek Masjid Taman Kenari, dekat sini, jam 9.30 pagi semalam.
Hishamsul yang bekerja sebagai penyelia berkata, dia pelik mendapati kawasan tapak pembinaan berkenaan sunyi tanpa kehadiran pekerja melakukan tugas masing-masing seperti biasa.



Berikutan itu, katanya, dia meronda di sekitar kawasan selain memeriksa tempat mengambil wuduk wanita yang dijadikan tempat tinggal pekerja asing.
“Ketika sampai, saya melihat kesan darah di pintu masuk lalu menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang pekerja terbabit.
“Saya masuk ke dalam dan terkejut melihat seorang lelaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.
Menurutnya, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit kerana mukanya dipenuhi darah lalu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.
Katanya, dia mempunyai 10 pekerja menjalankan kerja pembinaan masjid berkenaan, namun mayat lelaki ditemui itu mungkin pekerja kepada subkontraktor lain yang turut melakukan kerja di tempat sama.
“Saya hampir pengsan selepas melihat mayat lelaki itu dalam keadaan mengerikan dan terus berlari keluar sebelum memaklumkan polis serta majikan saya.
“Ini pertama kali saya melihat mayat mangsa pembunuhan dan tidak sangka keadaan sunyi rupanya petanda perkara buruk berlaku,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai penemuan mayat seorang pekerja asing di kawasan berkenaan, jam 10 pagi.
Katanya, polis ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an.
“Mayat lelaki terbabit masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada pengenalan diri pada mangsa.
“Hasil pemeriksaan, pasukan forensik percaya mangsa kemungkinan dibunuh lebih seorang dan kejadian mungkin berlaku pada awal pagi tadi (semalam).
“Mangsa cedera di bahagian muka iaitu satu kecederaan di atas kening dan tiga kesan cedera di bawah bibir. Polis turut menemui sebatang kayu mempunyai kesan darah di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diserang dengan senjata tajam berdasarkan kesan kecederaan, tetapi gagal menemui senjata terbabit.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan C Tharmalingam di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Harian Metro

Cekik ibu angkat hingga mati

Posted on the July 20th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KLANG: Dipercayai kerana kesempitan wang, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bersama dua rakan sebayanya menjerut dan mencekik ibu angkatnya hingga mati ketika cuba merampas gelang emas dipakai wanita itu sebelum membiarkan mayat terbabit terlantar selama tiga hari di rumah mereka di Kapar, di sini.
Dalam kejadian Sabtu lalu itu, remaja terbabit bersama dua rakannya datang ke rumah dihuni ibu angkatnya itu untuk meminta wang, tetapi wanita terbabit enggan memberikannya.
Berikutan itu, remaja terbabit dan rakannya bergelut dengan mangsa hingga menjerut dan mencekik mangsa hingga pengsan sebelum meninggalkan rumah tanpa menyedari perbuatan mereka itu menyebabkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia.



Tiga hari selepas itu, remaja terbabit pulang semula ke rumah ibu angkatnya itu sebelum terkejut apabila menemui mayat ibunya itu dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.
Panik dengan penemuan itu, remaja terbabit membuat laporan polis kononnya dia menemui mayat ibunya dalam rumah dan tidak tahu apa yang berlaku.
Harian Metro


Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

Posted on the June 16th, 2012 under Agama by admin

  • Share

Pengharaman Seks Semasa Haid
Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“



Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com
Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd


Sihir boleh makan tuan

Posted on the June 4th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: Mereka yang menggunakan sihir ‘kunci nafsu’ untuk mengikat suami atau teman lelaki berisiko mengalami kesan sama kerana ilmu jahat itu boleh berpatah balik jika mangsa menjalankan rawatan.
Pengasas Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim al-Azhari berkata, kebiasaannya terdapat empat faktor sihir jenis itu digunakan iaitu disebabkan kenakalan suami, isteri terlalu cemburu, dendam kerana individu disukai berkahwin dengan orang lain dan mahu memecah-belah rumah tangga orang lain disebabkan dengki.



“Kesan daripada menggunakan sihir jenis ini yang juga dikenali sebagai sihir ‘ribath’ atau pengikat nafsu, Allah akan mencabut tanda soleh pada dirinya dan ia berkemungkinan boleh berpatah balik kepada individu terbabit,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas muka depan akhbar ini Sabtu lalu mengenai beberapa lelaki hilang nafsu dipercayai terkena sihir ‘kunci nafsu’ oleh isteri atau teman wanita yang tidak mahu berkongsi kasih.
Perkara itu didedahkan seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas, 50, yang berpengalaman merawat beberapa lelaki kehilangan nafsu akibat disihir.
Kak Mas berkata, lelaki yang berdepan masalah berkenaan ialah suami yang berkahwin lebih daripada satu dan lelaki yang sudah beristeri, tetapi menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Abdul Malek berkata, sihir itu bukan saja boleh dikenakan ke atas lelaki, malah wanita turut menjadi mangsa.
Harian Metro


Guna bomoh siam aniaya suami

Posted on the June 2nd, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

RANTAU PANJANG: Awas kepada lelaki yang tiba-tiba hilang nafsu, anda mungkin terkena sihir ‘kunci nafsu’ oleh isteri atau teman wanita yang tidak mahu berkongsi kasih.
Perkara itu didedahkan seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas, 50, yang berpengalaman merawat beberapa lelaki kehilangan nafsu akibat disihir.



Kak Mas berkata, lelaki yang berdepan masalah berkenaan ialah suami yang berkahwin lebih daripada satu dan lelaki yang sudah beristeri, tetapi menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
“Sekali pandang saya dapat meneka lelaki yang mahu berurut dengan saya sebenarnya terkena sihir akibat perbuatan isteri pertama atau teman wanita.
“Mereka sebenarnya berbuat demikian kerana tidak mahu berkongsi suami atau teman lelaki kerana mahukan lelaki itu menjadi milik mereka sahaja,” kata Kak Mas ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Tinggi, di sini.
Harian Metro

Jampi rambut kekasih

Posted on the December 15th, 2011 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.
“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.



DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.
Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.
Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.
Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan