Ahad, 22 Julai 2012

BANYAK BELIAU BUAT BAIK...BUAT JAHAT ALLAH SAJA YANG TAHU DENGAN SECARA TERPERINCI

Pegawai Khas Blog Ali Rustam gaji tertunggak RM24,370?
Posted on Sunday, July 22 @ 05:05:55 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"(15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.

Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini.)

Pengendali blog tuntut tunggakan gajiSinar Harian - 22 Julai 2012 AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.
Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.
Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.
Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.
“Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan,” katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.
Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.
“Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.
"Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.
“Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya.


Ali Rustam minta polis siasat blog palsu

MELAKA, 15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.

Beliau berkata, blog palsu itu ialah http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.

“Blog saya yang sebenar ialah www.mohdalirustam.com,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Ali berkata, kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.

Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya.

Mohd. Ali berkata tindakan pihak berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana orang akan fikir artikel dalam blog palsu itu dilakukan oleh beliau.

Percaya bahawa pihak yang melakukan perbuatan itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap dirinya, Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini. – Bernama

Malacca Governor's birthday honours list
Wednesday October 13, 2004
Pingat Bakti Masyarakat

Ahmad Faisal Mohd Yunos

 Lagi wanita mangsa serangan asid di KL
Posted on Sunday, July 22 @ 05:01:45 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Polis harus memberikan tumpuan untuk menangkap penjenayah yang merupakan pengganas sebenar negara yang mengancam keselamatan rakyat yang tidak dikelilingi atau dilindungi gerombolan polis, SB atau pengawal peribadi dalam kehidupan seharian rakyat marhaen.

Sejak tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa.
Dua sahabat disimbah asidHarian Metro 22 Julai 2012
KUALA LUMPUR: Dua wanita yang juga rakan baik berusia lewat 30-an cedera di seluruh badan selepas disimbah asid dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Dewan Bahasa, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berjalan ke tempat letak kereta di kawasan itu bagi mengambil kenderaan mereka untuk pulang ke rumah.
Menurut sumber, ketika mangsa dan rakannya sudah menghampiri kenderaan, dua lelaki menaiki motosikal lengkap memakai topi keledar dilihat dipandu laju menuju ke arah mereka.
“Sebaik menghampiri mangsa, pembonceng motosikal itu mengeluarkan satu botol mengandungi cecair dipercayai asid lalu menyimbah ke arah mereka.
“Seorang daripada mereka terkena di belakang badan, tangan dan kaki manakala rakannya pula terkena di dada dan kaki,” katanya.
Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sebelum diberikan rawatan susulan.
Katanya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi, di sini, oleh mangsa menuntut siasatan lanjut dilakukan.
Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2012/02/penyerang-asid-kembali-serang-warga.html
2 lagi wanita disimbah asid di Rawang
28 Mac 2012 KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.
Penyelia pusat kecantikan cedera parah disimbah asid di hadapan kedai miliknya
KUALA LUMPUR 26 Feb. 2012 - Seorang penyelia di sebuah pusat kecantikan cedera parah selepas disimbah sejenis cecair yang dipercayai asid ketika berjalan kaki di hadapan kedainya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dekat sini semalam.

  Pakatan rakyat menang 12 kerusi parlimen di Johor?
Posted on Sunday, July 22 @ 05:00:48 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Ketika bercakap di Jakarta  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan memenangi dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) nanti.

Pada saya itu adalah propaganda yang mana ianya boleh memburukkan Pakatan rakyat, terutama sekali PAS. Hal ini pernah berlaku sebaik saja Pakatan rakyat menawan lima buah negeri (PRU 12) dan menafikan 2/3 wakil rakyat di parlimen bahawa Pakatan akan memerintah Malaysia.
Akan tetapi apakah yang berlaku? Sehingga hari ini pakatan sentiasa kecoh membuat habis pemimpin penaja lari dan keluar parti.
Pendek kata ia hanya khayalan saja. Tidak lebih daripada itu.Dua hari ini Naib presiden PAS Sallehuddin Ayob pula mengatakan pakatan rakyat akan menangi 12 kerusi Parlimen di Johor. Juga merupakan propaganda yang pasti akan memburukkan PAS.
Pada saya itu merupakan jalinan khayal antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Sallehuddin Ayob yang barangkali dua tiga lagi akan disambut oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kita tidak nafi pilihan raya kali ini ada peluang terbaik bagi  (Pakatan Rakyat) untuk berkuasa,sepertimana ditegaskan Anwar Ibrahim.Tapi jangnlah ianya menjadi suatu propaganda yang boleh memburukkan Pakatan rakyat.
Ada lebih baik berkata untuk memerintah atau jadi kerajaan bukan perkara senang. Hal ini pernah dicakapkan oleh Lim Kit Siang pada pilihanraya ke 12 dulu punca Pulau Pinang dilawan DAP.
Seperkara lagi cakap kebanyakan pemimpin pakatan rakyat tidak pernah diringi perkataan InsyaAllah yang diajar oleh Islam.
Yang sedihnya pemimpin PAS juga kelihatan turut berbuat sepertimna yang dilkukan oleh pucuk kepimpianan Keadilan seolah olah mereka tinggal terus kaedah bercakap secara islam.
 Pada saya cakap seumpama itu tiada nilai psikologi dan perpesi, sebaliknya ia adalah merupakan propaganda yang boleh memburukan pakatan rakyat, terutama sekali PAS parti yang akan mendaulatkan hukum hakam Allah..

 Pendedahan Perjanjian Pajakan antara Felda dengan FGVH
Posted on Sunday, July 22 @ 01:40:09 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: MelayuMerapu

"
Orang tuduh saya buat fitnah bila saya dedah penyelewengan Isa Samad. Jangan buat dosa dalam bulan ramadhan ni, kata mereka pada saya. Dokumen yang saya dedah bukan rekaan saya, ini butiran yang dikeluarkan dari Bahagian Kewangan HQ Felda. Kalau tak percaya terpulanglah...

Ini pula antara kandungan Perjanjian Pajakan antara Felda dengan FGVH:-

Selepas penyenaraian, pendapatan Felda hanya-


1. Bayaran Pajakan Tetap berjumlah RM 251 juta setahun
2. 15% Keuntungan Operasi Pertanian RM 257 juta setahun
PENDAPATAN TAHUNAN RM 508 juta setahun


Bayaran pajakan tetap adalah dari Tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar yang ditanam kelapa sawit di 150 ladang seluruh negara. Pendapatan kasar Felda Plantation ialah RM 2 bilion setahun. FGVH memajak tanah ini selama 99 tahun dengan bayaran hanya RM251 juta sahaja. Bayangkan Felda kehilangan pendapatan hampir 85 % setahun!


15% daripada keuntungan Operasi Pertanian setiap tahun pula diambil kira menerusi harga pasaran Minyak Sawit Mentah(MSM) pada kadar RM 2900 setan metrik.


Ertinya, pendapatan Felda hanya tinggal RM 508 juta setahun selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia. Sebelum ini pendapatan tahunan Felda RM2.4 bilion. Untuk pengetahuan, Felda perlukan RM 1.9 bilion setahun utk perbelanjaannya.


Apa yang saya nak tekankan di sini, sumber mana Felda nak perolehi dengan defisit hampir RM 1.4 bilion setahun?
Boleh ke menggunakan hujah, tanggungjawab kerajaan le nak sediakan bajet....


Siri berikutnya, saya akan dedah secara lebih terperinci buat tatapan rakan FB saya....


http://berantogisify.blogspot.com/2012/07/pendedahan-perjanjian-pajakan-antara.html

 Laporan polis terhadap ADUN Kota
Posted on Sunday, July 22 @ 04:56:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"21 Julai 2012 - Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota, Parlimen Rembau, Zamri Mad yang membuat laporan terhadap ADUN BN Kota, Dr Awaluddin Said kerana menurunkan bendera PAS di Bongek mahu wakil rakyat itu memohon maaf.

Zamri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau selepas kejadian berlaku 17 Julai lalu.
Ketika dihubungi hari ini, Zamri berkata, sehingga hari ini Dr Awaluddin belum membuat sebarang permohonan maaf kepadanya.
“Beliau sebagai wakil rakyat mesti menunjukkan teladan baik sesuai dengan statusnya seorang ADUN.
“Tindakan Awaluddin menurunkan bendera PAS kononnya untuk mendamaikan orang PAS dan Umno tidak boleh diterima.
“Apa kena mengena menurunkan bendera PAS dengan mendamaikan orang PAS dan Umno.?”
Menurut Zamri, Awaluddin sebelum ini merupakan seorang wakil rakyat yang bersih tetapi tindakan menurunkan bendera PAS boleh menjatuhkan nama baiknya.
Beliau menambah, sebagai wakil rakyat beliau mesti bertindak adil kepada semua orang tidak kira penyokong kerajaan atau pun pembangkang.
“Bendera kami banyak yang hilang tetapi apabila mengadu kepada Majlis Daerah Rembau (MDR), mereka menjawab apa boleh buat?” kata Zamri lagi.

  Gambaq Najib buat baik...
Posted on Sunday, July 22 @ 01:35:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: paklongdin

"
Najib bagi sumbangan kat warga emaih lepaih terawih...

Salam semua...

Syukur alhamdulillah... Dengan izin DIA, dan lagi nampaknya Pak Long tengok matahari terbit di bulan posa 1433 hijrah kali nie... Terima kasih ya Allah, kerana mengizinkan hamba mu merasai nikmat udara segar di bulan yang penuh barakah nie, bulan turunnya al-Quran al-karim...

Bulan posa kalau kat kampung-kampung memang cukup terasa meriahnya... Mungkin konfiden pasai setan dah kena tambat kot, mak pak dah tak peduli anak-anak melewaq ke dinihari.

Bani Melayu pulak memang terer bab nak sambut Ramadhan nih... Mungkin rindu bulan yang penuh rahmat Allah, yang jenguk setahun sekali kot... Masjid menepu penuh dari moreh sampai ke terawih, beduk masjid bersahutan ingatkan warga time sahur kena makan. Tapi, dalam kita dok kalut sambut meriahnya Ramadhan neh, rukun Islam yang pertama wajib kita zikirkan, rukun kedua perlu dimantapkan. Hodoh sungguh bila kita utamakan sunat Terawih sampai terlepaih jemaah fardhu Subuh...

Bulan posa neh bulan penyucian jiwa... bulan penuh dengan motivasi diri menempuh hidup di hari-hari dan bulan yang mendatang. Kita kena jaga mata dari melihat perkara yang diharam, menjaga telinga dari mendengar perkara yang dilarang, menjaga kakitagan dari melakukan amalan bertentangan dengan syarak. Menjaga lidah dari mengumpat dan cerca, menjaga apa yang disuap ke mulut waktu bersahur dan berbuka, agar ia bukan dari sumber yang diharamkan Allah...

Afdhal sangat bagi depa-depa yang rasa terlebih sikit tu untuk bersedekah... dan wajib ataih kita beristiqomah dengan amalan baik neh selama kita diberi izinNYA untuk bernyawa... dulu, kini dan selamanya... haha...

Cakap memang mudah tapi nak buat tu yang payah...

Pa pun Pak Long neh nak peringat diri sendiri ja ngan rakan taulan semua... posa ni baik. Tapi yang baik dari ibadah posa neh bukan semua orang dapat. Banyak yang dapat lapaq dan dahaga saja. Jadi buat la ibadah posa ni baik-baik supaya kebaikan dari ibadah posa ni kita dapat sepenuhnya. Sabda Rasulullah s.a.w;
"Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga".
Semoga posa kita dibulan Ramadhan nie diterima dan mendapatkan keredhoan Allah agar kita termasuk hamba-hambaNYA yang bertaqwa. Amin...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

  USD 1Trilion WANG HARAM dipindah keLuar Negara
Posted on Sunday, July 22 @ 00:17:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: irama

"Dr Syed berkata jumlah pengaliran wang haram tersebut yang lima kali ganda dari anggaran Belanjawan 2012 itu mampu memberi banyak manfaat kepada negara sekiranya dapat digunakan sebagai modal pelaburan dalam negara. Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion.

Pengaliran Wang Haram: Siasat Penglibatan Golongan Politik
SHAH ALAM 21 JULAI: Senator, Dr Syed Husin Ali menggesa kerajaan menjelaskan isu-isu menyentuh penglibatan individu kaya yang menyembunyikan kekayaan dari hasil kegiatan haram dengan memindahkan wang ke luar negara secara haram.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan di Dewan Negara baru-baru ini.
Katanya, aliran keluar wang haram yang semakin melonjak itu, antara lain disebabkan kebimbangan pemimpin besar politik dan ekonomi yang takut kehilangan kuasa dan pengaruh.
Beliau turut memberitahu Malaysia menduduki tempat ke lima tertinggi pengaliran wang haram ke luar negara.
“Mengikut laporan global Financial Integrity dengan tajuk Financial Flows from Developing Countries 2000-2009, Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi,” katanya.
Selain itu laporan yang dinyatakan Syed itu turut menyebut sejumlah USD291 billion wang haram mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2000 hingga 2008.
Dalam laporan yang sama turut menyebut angka tersebut mencecah antara USD337 billion atau lebih USD1 trilion pada 2009.
Jelasnya kadar lonjakan yang besar ini berlaku mungkin berkaitan dengan isu-isu tatakelola pentadbiran (governance) yang menjejaskan sektor-sektor awam dan swasta.
Dr Syed berkata jumlah pengaliran wang haram tersebut yang lima kali ganda dari anggaran Belanjawan 2012 itu mampu memberi banyak manfaat kepada negara sekiranya dapat digunakan sebagai modal pelaburan dalam negara.
“Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion.
“Ertinya dengan cukai yang boleh dikutip daripada wang haram yang mengalir keluar sepanjang satu dekad antara tahun 2000 sehingga 2009, kita sebenarnya boleh melunaskan sebahagian besar daripada hutang negara tersebut,” katanya lagi.
Dari http://www.selangorku.com/?p=11639


Tiada ulasan:

Catat Ulasan