Ahad, 22 Julai 2012

JANGAN KITA KATA GITU JIKA TAK DE NAS....RASULLULLAH SAW..LEBIH DARI ULAMAK....MALAHAN BAGINDA SAW NABI...SAHABAT2 ADAKAH BUKAN ULAMAK...ULAMAK BOLEH SERAH POLITIK PADA BUKAN ULAMAK JIKA LAKSANAKANKAN ISLAM SECARA SYUMUL...DENGAR NASIHAT ULAMAK...TERIMA TEGURAN ULAMAK...NI TIDAK ... SEBAB TIADA KUASA ATAU AGAMA LAIN POLITIK LAIN...MAKA HUKUMNYA KENA CEBUR DIRI DALAM POLITIK@SIASAH...

Pas akui manfaat ‘kelebihan artis’ ubah landskap politik
Jamilah Hamzah
22 Julai 2012
Abby Abadi jadi ahli seumur hidup Pas
Abby Abadi, artis terbaru, menyerahkan borang keahlian menyertai Pas. Borangnya diterima oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, minggu lalu.
SHAH ALAM – Pas mengakui memanfaatkan penglibatan artis dalam politik bagi menarik golongan muda untuk terus bersama memperjuangkan politik baru dan sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mempertikaikan perkembangan tersebut.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penglibatan artis dalam politik terutamanya penyertaan mereka dalam Pas telah memberi kesan positif bagi menarik golongan muda bersama pihaknya mengubah kerajaan.
Menurutnya, artis adalah golongan yang mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri serta boleh dimanfaatkan dengan tujuan yang baik.
“Ya memang benar penglibatan artis berkesan untuk menarik anak-anak muda pada masa sekarang yang lebih menggemari hiburan dan seni sertai Pas.
“Apa salahnya kita manfaatkan artis untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berlandaskan Islam kepada anak muda yang mengikuti golongan tersebut,” katabeliau kepada Sinar Harian Online.
Beliau berkata, Pas tidak pernah menawarkan penglibatan artis dalam politik untuk menyertai Pas, tetapi mereka sendiri mengambil inisiatif untuk berubah menjadi seorang yang mengikut landasan Islam, antaranya menutup aurat.
“Alhamdulillah, penglibatan artis itu bukan kita paksa atau kita ajak, tapi mereka terikut budaya tutup aurat. Golongan muda bersama Pas gembira apabila artis kegemaran berjaya untuk yakinkan mereka dengan Pas telah membawa dimensi baru,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.
Tuan Ibrahim berkata, kerjaya seni artis tidak dihalang dan mereka perlu bijak memilih sesuatu lakonan dan sebagainya dengan lebih baik selaras dengan budaya yang diamalkan mereka selepas menyertai Pas.
“Artis sudah ada program dan aktiviti sendiri, kami tak halang, malah aktiviti tersebut berjaya menarik golongan muda menyokong Pas dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya lagi.
Kelmarin, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pas yang dahulu tidak mengemari golongan artis, kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda.
Beliau berkata, BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada Pas.
Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan Pas juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.
Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penglibatan artis dalam Pas telah memberi kesan kepada golongan muda dan berjaya menarik mereka menyertai parti pembangkang itu.
Katanya, Pas tidak menggunakan artis sebagai jalan menarik golongan muda tetapi mereka secara tidak langsung telah membawa golongan tersebut bersama-sama merubah kerajaan.
“Memang benar artis bagi kesan menarik anak muda sertai Pas dan PR, tapi kami tak ajak mereka sendiri yang datang kepada Pas.
“Barisan Nasional (BN) tak sepatutnya prejudis tentang perubahan ini, biar kami buat cara kami dan mereka buat cara mereka,” katanya.
Mahfuz berkata, walaupun artis telah menyertai Pas, namun pejalanan seni mereka tidak akan terbatas tetapi akan menjadi salah satu perubahan kepada industri seni tanah air.
DAP: Kenyataan PDRM muslihat politik serang PR
Wartawan Sinar Harian
22 Julai 2012
Guan Eng nafi dakwaan hubungan sulit
Lim Guan Eng
SHAH ALAM - DAP mendakwa kenyataan pegawai kanan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khamis lalu bahawa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan pengaruh komunis mula meresapi pembangkang sebagai tindakan oportunis politik untuk melakukan serangan tidak berasas ke atas parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) tanpa menunjukkan bukti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN.

"Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyoal sama ada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berani untuk mengarahkan Cawangan Khas agar menunjukkan bukti kepada rakyat bagaimana komunis telah menyusup ke dalam DAP.

"Jika Hishammuddin gagal melakukan demikian, maka sebenarnya Cawangan Khas yang sudah disusup oleh Umno!

"Taktik terdesak ini tidak berbeza daripada Umno yang mempersoalkan kesetiaan DAP terhadap Malaysia walaupun tiada pemimpin DAP yang telah mendapatkan status Penduduk Tetap Australia seperti seorang menteri MCA.

Dalam kenyataannya, Guan Eng juga menyoal mengapa Cawangan Khas polis masih lagi ingin melawan komunis sedangkan PDRM telah menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada 2 Disember 1989.

"Jika Cawangan Khas ingin sangat melawan komunis, mereka patut berasa malu kerana gagal melaksanakan tugas dengan mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda, Umno Khairy Jamaluddin.

"Bukankah sepatutnya Khairy ditangkap dan didakwa kerana ingin memulihkan komunisme dengan menubuhkan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Pemuda Komunis China (CYL)?

"Ketua Pemuda BN Khairy  telah berkata bahawa sekretariat tetap itu akan membolehkan program-program dua hala yang berterusan untuk mengeratkan hubungan antara dua entiti tersebut," katanya.
Guan Eng berkata, berbanding dengan dakwaan komunis telah menyusup ke dalam DAP, sekretariat tetap antara CYL dan Pemauda Umno adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy.

"Pegawai atasan Cawangan Khas seperti Mohd Sofian harus letak jawatan kerana gagal bertindak terhadap Khairy dan Pemuda Umno yang menjalin hubungan langsung dengan CYL tetapi sebaliknya memilih untuk mencari bayang-bayang komunis yang tidak wujud dalam DAP," katanya lagi.

Malah apabila para pemimpin DAP ditahan tanpa bicara di bawah ISA, kata Guan Eng, tiada satu pun yang didakwa dengan hubungan komunis.

"Cawangan Khas juga tidak menentang penjalinan hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia bukan sahaja dengan China tetapi juga dengan rejim-rejim Marxis seperti Cuba.

"Adalah jelas bahawa cubaan untuk mengaitkan DAP dengan komunis ini adalah satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN," katanya.

Guan Eng juga berkata, kempen memburuk-burukkan oleh Cawangan Khas terhadap DAP ini adalah sebahagian daripada taktik 3D Umno iaitu penafian hubungan komunis mereka sendiri, taktik kotor untuk menakut-nakutkan pengundi dan penipuan untuk menghubungkan PR dengan puak pelampau dan komunis.

"Taktik terdesak ini tidak lagi berguna kerana rakyat tidak mahu hidup dalam kegelapan. Rakyat ingin hidup dalam pencerahan dengan martabat keinsanan, integriti, kebebasan maklumat, kebenaran, keadilan dan demokrasi," kata beliau lagi.
Jangan cakap tak serupa bikin, Umno nasihat Kit Siang

22 Julai 2012
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu pemimpin pakatan pembangkang khususnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang pada masa akan datang.

Beliau berkata, BN tidak mahu sejarah hitam pada 1969 itu berulang dan mengugat kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam yang dinikmati sekarang.

“Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan lakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran Umno Bahagian Putrajaya di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur semalam bahawa pakatan pembangkang sedia member kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berulang.

Tengku Adnan mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti agar tidak keluar secara beramai-ramai untuk meraikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua pihak.

Beliau yang tinggal di Kampung Baru ketika kejadian 1969 itu berkata kejadian rusuhan kaum pada ketika itu adalah berpunca daripada segelintir pemimpin dan penyokong pembangkang yang keluar berarak beramai-ramai untuk meraikan kemenangan di beberapa kerusi parlimen.

“Sesiapa yang menang, perlu bersabar, tenang dan tidak terlalu teruja. Apabila (dalam keadaan) terlalu teruja, ia akan naik ke kepala dan anda akan cenderung melakukan tindakan yang tidak elok. Akhirnya ia akan menjejaskan masyarakat berbilang kaum,” katanya. – Bernama
Chandra: Ulama lebih baik di luar parti
Wartawan Sinar Harian
22 Julai 2012
Dr Chandra Muzaffar
Dr Chandra Muzaffar
SHAH ALAM - Ulama lebih baik berada di luar parti, kata pemikir terkemuka, Dr Chandra Muzaffar ketika diminta mengulas cadangan supaya golongan ilmuwan Islam itu diberi tempat sebagai salah satu sayap dalam parti Umno.

Menurutnya, keadaan akan lebih terjamin jika golongan ulama tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

“Kalau mereka tidak terikat dengan mana-mana parti, mereka boleh bangkitkan sesuatu isu secara bebas dan tidak akan dianggap sebagai jurucakap parti. Mereka juga boleh berhujah berdasarkan fakta.

“Saya tidak setuju sekiranya ulama berada dalam parti, tidak kira pemerintah atau pembangkang, kerana ia akan menyekat pergerakan dan pandangan mereka. Setiap kali mereka jelaskan sesuatu dalam parti, mereka akan beri pandangan berdasarkan kepentingan parti,” katanya.


'PR silap jika dakwa tsunami landa Johor'
G MANIMARAN dan JAMILAH HAMZAH
21 Julai 2012
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata BN masih dalam gear lima dan pusingan akhir menghadapi PRU13.
SHAH ALAM - Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional menolak andaian sesetengah pihak khususnya pembangkang bahawa tsunami politik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan bergerak dari selatan Semenanjung dengan bakal mengubah Kerajaan Negeri Johor.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, mengambil kira perkembangan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang awal tahun lalu, andaian pihak pembangakng adalah “satu kesilapan.”
"Itu lagi satu kesilapan pandangan mereka... (lihat) pilihan raya kecil Tenang, satu bukti yang jelas kita (BN) tambah majoriti, bukan kurang majoriti pilihan raya kecil Tenang daripada 2,000 lebih kepada 3,707 (undi).
"(Jadi) bagaimana pula berlaku tsunaminya, di mana silap Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor tak ada buat silap apa-apa, rakyat Johor berpuas hati terhadap semua perkara, lainlah kalau ada skandal besar kerajaan negeri, bolehlah, nak kata ada tsunami" kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN menegaskan, tidak wujud apa-apa perkara sehingga memerlukan perubahan kerajaan negeri.
"Apa silapnya, negara aman, jenayah terkawal, harga sawit mahal, Johor banyak sawit, selepas itu rakyat ada pekerjaan. Di mana ada wujud perkara-perkara yang tak betul ini, yang menyebabkan perlu ditukar kerajaan negeri? Lainlah jika kerajaan negeri betul, berlaku skandal macam di Selangor, yang tak berhenti-henti.
"Menteri Besarnya (Datuk Abdul Ghani Osman) rajin turun ke bawah, macam-macam program dibuat dan bukan hanya Menteri Besar rajin, tapi Sultan pun rajin berjumpa rakyat.
"Apa hal pula kerajaan tiba-tiba nak berubah pula? Saya sentiasa berada di Johor, tiap-tiap minggu walaupun selepas empat tahun (PRU12), saya tahu perasaan orang Johor, ia berbeda dengan banyak tempat, jadi saya tak nampak ada apa-apa akan berlaku di negeri Johor, BN kan terus menang, dan akan terus kekal kubu kuat," katanya lagi.
Menjawab soalan pembangkang mendakwa enam kerusi Parlimen kemungkinan akan jatuh, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata,  itu hanya teori-teori yang hanya mahu menyedapkan telinga pembangkang.
"Apa, kalau mereka kata nak jatuh apa kita nak biarkan ia jatuh sahaja? Kita juga buat kerja yang macam-macam, kalau mereka kerja jangan mereka fikir mereka kerja mereka ada 10 ceramah kita tak buat kerja untuk mengatasi mereka.
"Kalau pun mreka tak nampak kami buat kerja ceramah kami ada kerja lain, tak perlu kita nak bagi tahu semua sekalikan?" katanya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini juga menambah, pembangkang tidak wajar menganggap bahawa Umno dan BN akan membiarkan Johor jatuh.
"Jadi kalau mereka kata mereka pandai, apa kita ini bodoh? Kalau mereka kata mereka boleh berikan janji-janji, apakah kita ini tak tunaikan janji?
"Jadi, itu satu persepsi yang perlu diperbetulkan oleh pembangkang terhadap kekeliruan yang cuba ditanam oleh pembangkang," kata beliau sambil menambah, rakyat cuba dikelirukan oleh pembangkang dengan mengatakan mereka boleh "tawan itu boleh tawan ini."
"Ingat kita ini duduk saja? Apa kita nak biar orang tawan kita? Kita juga mempunyai strategi-strategi tertentu untuk kita mempertahankan diri dan menawan kawasan mereka," katanya lagi.
PR mimpi di siang hari mahu rampas 10 kerusi Parlimen Johor
AZLINA OTHMAN
22 Julai 2012
Keratan Akhbar  Sinar Harian Edisi Johor 21 Julai 2012
Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Johor 21 Julai 2012
SENAI – Hasrat Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menang di sepuluh Parlimen negeri ini disifatkan sebagai 'mimpi di siang hari' kerana sokongan rakyat Johor terhadap Barisan Nasional (BN) tidak pernah tergugat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Datuk Ariss Samsudin berkata, memang diakui parti pembangkang dapat menawan beberapa kerusi sebelum ini di Johor bagaimana situasi kini berbeza kerana rakyat sudah bijak menilai.
“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pelbagai transformasi dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat. Ini jelas menunjukkan beliau mahu mengurangkan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan.
“Saya juga percaya Pas akan kalah teruk pada PRU akan datang. Ini disebabkan mereka sendiri tidak konsisten dalam perjuangan mereka. Hanya menjadi kuda tunggangan DAP sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Adun Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian menasihatkan Pas agar tidak takbur ketika mengeluarkan apa juga bentuk kenyataan kerana perkara tersebut belum pasti lagi.
“Sekarang kita sudah berada dalam bulan Ramadan, saya nasihatkan agar Pas jangan takbur. Mereka sekadar main agak-agak. Lagipun ia hanya bayang-bayang sahaja.
“Hendak tawan 10 hingga 12 kerusi Parlimen Johor hanyalah sekadar provokasi mereka. Mereka sengaja nak buat gempak. Apa yang penting PRU akan datang. Benda belum jadi, tidak perlu berkata begitu. Jangan cakap banyak sekarang,” katanya.
Sebelum itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyatakan berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada Pas dan PR di semua negeri, termasuk Johor, yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan BN.
Menurutnya, beliau juga yakin PR boleh menang antara sepuluh hingga 12 kerusi Parlimen di Johor.
Bob Lokman sedia jadi calon PRU
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
22 Julai 2012
bob lokman
$entry.content.caption.value
ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

“Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu.

“Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan,” katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.

Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara.

“Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua. Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,
Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut,” katanya.
Naib Presiden Umno sokong idea ulama jadi sayap parti
Wartawan Sinar Harian
22 Julai 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mustapa_mohamed
$entry.content.caption.value
Datuk Seri Shahidan Kassim
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Umno menyokong cadangan supaya diwujudkan pergerakan bagi golongan ulama sebagai salah satu sayap dalam parti itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea itu akan diberi pertimbangan serius kerana Umno sebagai parti yang mewakili umat Islam negara ini sememangnya sentiasa mementingkan peranan golongan ulama dalam perjuangannya.

"Saya percaya, jika cadangan ini direalisasikan, ia sekali gus akan dapat menutup mulut pihak yang selama ini menuduh Umno meminggirkan Islam," katanya.

Ahmad Zahid berkata, meskipun selama ini Umno tidak pernah meminggirkan golongan ulama namun kedudukan itu akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pendokong Islam terhadap parti itu, terutama dalam perbandingan dengan Pas.

"Kita memang amat perlukan peranan ulama," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, golongan ulama sememangnya amat penting dalam perjuangan Umno.

"Saya sokong cadangan itu," katanya.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diberi pertimbangan terutama oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
JANGAN BRO DAH KENA KATA LAIN...ALLAH TAHU...JANGAN NAK TUNJUK KUASA SEDARLAH...TAKAT MAKHLUK JE...
Tiada masa untuk berpolitik, bekas RO jawab Izzah
MOHD NAJIB MOHD
21 Julai 2012
Nurul Izzah Anwar
NURUL IZZAH ANWAR
KENYATAAN media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan pada majlis makan malam Thean Hou Temple Kuala Lumpur oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai berdasarkan penulisan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) bertajuk "Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi".

Sebagai seorang penjawat awam yang ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini yang dianggap bagi saya bahawa YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan kenyataan kepada portal berkenaan yang boleh disalahtafsirkan fakta, serta mahu menjejaskan nama baik SPR dan bertujuan menjatuhkan imej serta kredibilti penjawat awam.

Isu yang diketengahkan oleh YB Ahli Parlimen Lembah Pantai tercetus, selepas saya bertemu beliau sekadar bertanya khabar serta berbual secara selamba selepas kami sama-sama menghadiri Majlis Sidang Media Datuk Bandar bersama Media dan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada 12 Julai 2012 di Bilik Lembaga Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Pertemuan ini diadakan sempena pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta wakil media sebelum persaraannya yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai 2012 yang lalu.
Bagaimanapun sehari selepas pertemuan tersebut, saya dikejutkan dengan satu laporan portal iaitu Malaysiakini menyebut, YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberi amaran oleh seorang bekas RO bahawa beliau akan kalah jika RO berkenaan ditugaskan semula pada PRU akan datang. Saya tidak jangka bahawa perbualan secara selamba dan berseloroh akan dijadikan satu isu sesi wacana beliau.

Jika perkataan saya dianggap sebagai kurang sopan, saya boleh juga anggapkan pertanyaan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai tidak sopan, tetapi saya tidak ingin perkara ini berlanjutan, patut berhenti di sini saja.

Saya dapati bahawa Lembah Pantai sedang pesat membangun, setinggan telah ditempatkan di PPR memberikan penempatan yang lebih sempurna kepada mereka, penjaja tepi jalan telah dipindahkan ke pusat penjaja yang lebih memberikan peluang kepada mereka meningkatkan ekonomi mereka, flat PKNS Kerinchi akan berwajah baru dan kualiti hidup pemunya flat tersebut akan meningkat.

Di samping itu pembangunan hartanah di kawasan tersebut juga pesat dengan adanya Bangsar South dan Eco city sebagai contoh. Pemimpin negara termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sentiasa mendekati rakyat mengambil tahu permasalahan rakyat serta menghulurkan bantuan.

Rakyat setempat boleh membuat penilaian sendiri. Ingin ditekankan satu fakta lagi bahawa RO tidak dilatih untuk mirip kepada mana-mana parti. Latihan yang dijalankan adalah untuk membiasakan kakitangan terhadap prosedur pilhan raya.

Tugas RO semasa pilihan raya adalah sangat berat dan tiada masa untuk berpolitik kerana sentiasa berdepan dengan karenah parti politik yang bertanding semasa itu. Dan, tugasan serta panggilan RO terhenti apabila keputusan pilihan raya diumumkan.

Sekian, saya akhiri kenyataan media ini dengan ucapan pujian-pujian serta kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan yang barokah ini.

MOHD NAJIB MOHD

Pentas bergerak bantu kempen BN
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
21 Julai 2012
Pentas bergerak bantu kempen BN
Chang Yeow berceramah di pentas bergerak BN yang dilancarkan malam kelmarin.
GEORGETOWN - Selepas melancarkan risalah, Barisan Nasional (BN) meneruskan serangannya apabila melancarkan pentas bergerak di bawah program ‘Semboyan Dibunyikan’.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, pentas bergerak itu dilancarkan susulan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menggunakan padang serta dewan komuniti di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, pentas bergerak adalah inisiatif BN untuk mendekati rakyat dengan lebih mesra serta menjelaskan keadaan sebenar apa yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri.

“Kita akan menjelajah 40 kawasan di seluruh negeri. Siri jelajah ini akan meliputi beberapa tempat awam termasuk pasar malam, pasar tani dan tempat meletak kereta.

“Bagaimanapun, kita akan pastikan ia tidak mengganggu lalu lintas.Usaha ini dibuat kerana kita dihalang daripada menggunakan kawasan milik Kerajaan Negeri,” katanya pada majlis pelancaran itu malam kelmarin.

Menurutnya, pentas bergerak ini lebih cepat dan mudah. Ia hanya berhenti di tempat awam dan boleh terus berceramah.

“Jika dihalang oleh pihak berkuasa pun, kita hanya lipat dan simpan seterusnya boleh bergerak ke tempat lain,” katanya.

Beliau berkata, kaedah itu dilihat lebih menjimatkan kos kerana tidak perlu memasang pentas dan sistem audio.

Chang Yeow berkata, pentas bergerak itu adalah sebuah trak yang disewa dan diubahsuai dengan kelengkapan seperti sistem audio, pentas dan skrin untuk tayangan video dalam sesi jelajah nanti.

"Trak ini akan bergerak setiap malam ke tempat yang dijadualkan dan meneruskan program sehingga pilihan raya nanti,” katanya.

Setakat ini, BN sudah mempunyai senarai tempat yang akan dituju, kebanyakannya di kawasan luar bandar.

“Kita akan sedaya upaya mengumpul penceramah dari parti komponen setiap hari namun ia bergantung kepada jadual masing-masing,” katanya.

Menurutnya, buat masa sekarang, mereka hanya menyewa sebuah trak dan bercadang menambah kemudian bergantung kepada keperluan.

Terdahulu, dalam program yang sama, BN negeri melancarkan laman sesawangnya dalam usaha mendekati pengundi di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Selain itu, mereka melancarkan risalah pertama yang dicetak dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris. Sebanyak 14 topik atau isu akan dirungkaikan menerusi pengedaran risalah itu.

Bob Lokman: Artis sudah celik politik
Wartawan Sinar Harian
21 Julai 2012
bob lokman
$entry.content.caption.value
ROMPIN – Pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman mengajak rakan artis lain supaya menyertai Pas atas alasan hanya parti itu yang mampu mentadbir negara ini dengan cekap berlandaskan syariah Islam.

Bob Lokman berkata, trend artis yang kini berdiri di pentas politik bersama Pas membuktikan bahawa golongan artis di negara ini sudah celik dan berpandangan jauh selain yakin mereka mampu melontarkan idea bernas untuk kebaikan parti.

Menurutnya, jika dahulu ramai artis hanya memikirkan kepada sumber pendapatan sebagai penghibur semata-mata, namun pada hari ini, golongan itu sudah berubah dan semakin berani tampil di khalayak dengan gagasan perjuangan parti politik masing-masing.

“Mereka ini sudah mula buka fikiran kepada perkara lain selain daripada soal cari makan dan sudah mula menunjukkan kecenderungan mereka ke arah politik.

“Sepatutnya hal ini sudah lama berlaku, mungkin ada artis yang berasa takut kerana sumber pendapatan mereka bergantung kepada stesen televisyen yang dinaungi kerajaan,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara dekat sini.

Bob Lokman berkata, sejak menyertai Pas beliau sudah beberapa kali berjumpa artis yang berkempen untuk bersama-sama berjuang dengan parti itu termasuk rakan baik beliau yang juga pelakon filem, Hairie Othman.

“Saya ada bertemu Hairie dan dia sendiri ada beritahu saya yang dia masih banyak perkara hendak dibuat dalam parti ini termasuk mengeluarkan pendapatnya sebagai artis,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau yakin artis seperti Hairie boleh menjadi ahli politik jika serius dalam bidang itu kerana melihat rakannya itu mempunyai keterampilan dalam berhujah dan mengeluarkan pendapat.

“Hairie juga yakin dengan perjuangan Pas kerana beliau nampak kejujuran dan keikhlasan Pas yang akan memperjuangkan nasib umat Islam serta tidak meminggirkan kaum lain di negara ini.

“Jika dia mahir dalam sepak terajang politik, tidak mustahil suatu hari nanti Hairie juga boleh menjadi orang politik yang boleh menerangkan dasar parti kepada rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan