Rabu, 20 Jun 2012

MAIN WAYANGLAH KITA DIDUNIA NI...LEPAS KITA...SEBAB PANDAI MAIN WAYANG...TAPI MAIN WAYANG AKAN DIBICARA DIAKHIRAT...MAKA DISITU WAYANG KITA HABIS...TERIMALAH HUKUMAN SAPE YANG TERLIBAT...SEBAGAI MANUSIA KITA TAK BOLEH LARI DARI HUKUM ALLAH...PERCAYALAH...YAKINLAH...NI HAKIKAT YANG SEBENAR...

The Lady - Kisah Benar Seorang Pejuang Demokrasi
Posted on Tuesday, June 19 @ 15:59:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Khairul FaiziAssalamu'alaikum dan salam perjuangan, Siapa tidak kenal dengan Aung San Suu Kyi, seorang pejuang demokrasi yang cukup gigih dan tabah di bumi Burma yang dikuasai oleh pemerintahan tentera. Kisahnya bukan sahaja menjadi ikutan di Malaysia malah ia mendapat perhatian di seluruh dunia.

Kebetulannya, hari ini adalah ulang tahun kelahiran beliau yang ke 67, satu ukuran usia yang dikira sudah wajar untuk melabuhkan tirai dalam perjuangan namun itu bukan yang disangkakan kerana Suu Kyi semakin gagah merempuh ombak dan badai.

Saya hanya sedar tentang kehadiran filem The Lady beberapa minggu yang lalu apabila pelakon handalan kelahiran Ipoh, Perak iaitu Michelle Yeoh diwawancara dalam sebuah akhbar tempatan setelah beliau menerima Darjat Seri Utama Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Sultan Perak pada 22 Mei yang lalu.

Dalam wawancara tersebut, Datuk Seri Michelle Yeoh ada menyebut tentang lakonannya dalam filem The Lady yang menceritakan pengalaman beliau melakonkan watak sebagai Aung San Suu Kyi dan beliau bukan sahaja berkogsikan pengalaman lakonannya malah mengekspresi kisah hidup Aung San Suu Kyi.

Teruja dengan pembacaan itu maka semalam baru saya berkesempatan untuk menonton filem ini sepenuhnya.

Selesai menonton filem tersebut, saya membuat carian di dalam Google bagi menambah nilai maklumat mengenai Suu Kyi dan perjuangannya.

Saya galakkan anda untuk membaca kisah hidupnya daripada jaringan http://en.wikipedia.org/wiki/Aung_San_Suu_Kyi dan sejarah kerajaan tentera Burma/Myanmar http://en.wikipedia.org/wiki/Tatmadaw

Ada 10 perkara yang saya ingin kongsikan bersama pembaca sekelian :-

1. Perjuangan untuk menegakkan demokrasi oleh Suu Kyi bermula secara tidak dirancang. Beliau telah mengambil keputusan untuk pulang ke Burma pada tahun 1988 kerana ingin melawat ibunya yang sakit ketika itu.

2. Suu Kyi sedar bahawa negaranya tidak aman dan beliau pulang ke Burma dengan perasaan yang tidak tenteram dan gelisah. Sebelum pulang ke Burma, beliau menetap di London bersama suami dan anak-anaknya

3. Setelah pulang ke Burma, Suu Kyi telah menjadi tahanan rumah selama 15 tahun daripada 21 tahun tempoh masa beliau berada di Burma. Suu Kyi dibebaskan daripada tahanan rumah pada 13 November 2010.

4 Suu Kyi telah dpilih untuk mengetuai gerakan rakyat untuk membebaskan Burma daripada cengkaman kejam kerajaan tentera kerana mendiang ayahnya adalah merupakan pejuang kemerdekaan dan merupakan pencetus kepada pasukan tentera era baru namun dia telah mati dibunuh oleh musuhnya dalam kumpulannya sendiri.

5. Sepanjang Suu Kyi di Burma, suami dan anak-anaknya telah melawat beliau beberapa kali namun setelah mereka menziarahi Suu Kyi pada Krismas 1995, suami dan anak-anaknya telah dihalang untuk memasuki Burma.

6. Dr Micheal Aris, suami Suu kyi telah meninggal dunia di London pada 23 Mac 1995 walaupun Suu Kyi telah berusaha untuk membawa suaminya ke Burma. Selepas peristiwa ini, anak-anak Suu Kyi terus dihalang untuk bertemu ibu mereka sehinggalah pada tahum 2011.

7. Suu Kyi sebenarnya mempunyai ruang untik meninggalkan Burma dan beliau tidak akan berterusan untuk disiksa namun beliau juga tidak akan berpeluang untuk kembali ke Burma sekiranya keputusan untuk kembali ke kota London dibuat. Suu Kyi lebih pentingkan rakyat daripada perjuangan dirinya sendiri.

8.. Nobel Peace Prize telah dianugerahkan kepada Suu Kyi pada tahun 1991 di atas semangat juangnya di Burma namun ia tidak membantunya umtuk melembutkan hati pemerintah Burma.

9. Pelbagai kumpulan dan gerakan serta pemimpin negara menyokong perjuangan Aung San Suu Kyi diwujudkan di seluruh dunia seperti Freedom Campaign, International IDEA dan Article 19 untuk memberi tekanan kepada Burma namun kekejaman tentera sukar untuk diatasi.

10. Perjuangan menegakkan demokrasi masih berterusan sehingga ke hari ini walaupun ribuan nyawa telah terkorban, dipenjara dan disiksa.

10 perkara di atas adalah sebahagian kecil daripada sejarah perjuangan Suu Kyi sepanjang 25 tahun beliau berjuang sejak tahun 1988. Sudah pasti, ia sesuatu yang cukup sukar untuk diharungi sekiranya hati dan perasan tidak cekal dan kuat. Saya mencatatkan kisah beliau di dalam penulisan ini sebagai satu motivasi baru kepada saya dan juga kepada rakan-rakan sekelian betapa pada ketika ini terdapat seorang wanita sedang berjuang dengan mempertaruhkan nyawanya untuk memastikan bahawa pejuangannya akan tercapai.

Pada usia 67 tahun pada hari ini, beliau terus tabah menghadapi segala bentuk cabaran dan dugaan. Maka, apakah kita yang masih muda sudah sudah merasa selesa dengan apa yang kita ada sehingga berkira-kira untuk menghadapi susah dalam perjuangan?

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

www.khairulfaizi.com
19 Jun 2012, 3.05 petang

 
Kenyataan akhbar KGT berkaitan laporan Utusan Malaysia 18 jun 2012
Posted on Tuesday, June 19 @ 15:54:45 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mahadi Mokhtar

Sepanjang pengetahuan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (“KGT”), tidak ada laporan polis pernah dibuat ke atas mana-mana pegawai kami, khususnya KGT sendiri sebagai sebuah syarikat. Bilangan pegawai KGT juga adalah kecil.

Sukacita jika nama pegawai berkenaan disebut supaya KGT tidak secara liar dikaitkan dengan gambaran yang salah. Pada masa yang sama, suka ditegaskan KGT tidak pernah melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti lain selain menempa, mengedar dan menjual koin-koin dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya berharap pihak-pihak berkenaan lebih teliti dan professional dalam laporan dan kenyataan mereka serta tidak sewenang-wenangnya merosakkan nama baik KGT. Sementara itu kami sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi melindungi integriti dan reputasi KGT terhadap dakwaan-dakwaan yang tidak benar.
Sekian.

Rupanya ramai yang berminat berlakon watak mamee @ShahrizatJalil - @rafiziramli
Posted on Tuesday, June 19 @ 15:51:20 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menerima banyak tawaran dari orang ramai untuk menjadi pelakon filem komedi bercorak satira tentang skandal National Feedlot Corporation (NFC).

“Ramai hubungi saya. Ada yang telefon, tanya kalau ada peluang jadi pelakon. Lebih-lebih lagi selepas saya berceramah. Ini lucu. Orang ramai begitu bersemangat.

“Tapi, masih pada peringkat awal. Proses memilih pelakon pun belum dimulakan,” katanya yang menjangka durasi filem dijangka selama 45 minit.

Beliau berkata, pengarah filem itu, Hishamuddin Rais tidak mahu publisiti meluas kerana mengganggu penulisan skrip dan tumpuan proses pengambaran.
“Kita akan buat sidang media. Mungkin perkenalkan pengarah dan sebagainya,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik
Ditanya sama ada beliau bercadang membawa filem itu ke pawagam, Rafizi tidak yakin pengurusan mana-mana panggung wayang berani untuk menayangkannya.
“Ada yang beranikah? Saya tak yakin. ‘Pecah panggung’ nanti. Kita cadang guna konsep wayang pacak sebab ia sesuai dijadikan tayangan dalam program atau ceramah,” katanya.
Skandal NFC menggemparkan negara apabila pendedahan demi pendedahan dilakukan KEADILAN berhubung penyelewengan dana sebanyak RM250 juta oleh NFCorp dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Hasil tekanan KEADILAN, suami Shahrizat yang juga Pengerusi Esekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu.
Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta Mercedez Benz selain sebuah apartmen mewah di Kazakhstan.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mahadi Mokhtar
Pengurus Besar
Kelantan Golden Trade (KGT)

Malaysia enggan mulakan siasatan Scorpenes walaupun terdapat bukti khianat
Posted on Tuesday, June 19 @ 17:20:33 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: imamsurau

" Menteri pertahanan Malaysia, Zahid Hamidi adalah yang terbaru menyertai " mod penafian BN " seperti yang lain, enggan memulakan siasatan ke atas dakwaan ada bukti telah berlaku penjualan rahsia tentera laut kepada DCNS, pembuat senjata Perancis yang berkait rapat dengan pembelian kontroversi Perdana Menteri Najib Razak untuk 2 unit kapal selam Scorpene.

"Tidak ada bukti untuk menunjukkan perkara seperti ini berlaku. Saya memberi jaminan bahawa kita akan menyiasat dengan teliti jika ada bukti kerana ini melibatkan keselamatan negara," Zahid telah dilaporkan berkata demikian oleh Berita Harian akhbar, media yang dikawal oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun, tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yakin penafian terbaru daripada kerajaan BN Najib. Malah, keengganan BN untuk membawa menjalankan siasatan terbuka ke atas dakwaan bahawa Najib dan Umno telah mengambil sogokan haram sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM570 juta memaksa NGO negara yang terkenal, SUARAM, untuk memfailkan aduan kepada pihak berkuasa Perancis

Bukti vs penyiasatan: Berhentilah mengelirukan rakyat –Zahid diberi amaran
Di bawah undang-undang Perancis, ia adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa sahaja untuk menawarkan sogokan atau komisen untuk menjamin perjanjian termenterai kerana ini dianggap sebagai dorongan atau rasuah. Oleh itu, aduan terhadap DCNS untuk pegawai Malaysia yang 'merasuah' termasuk Najib yang merupakan menteri pertahanan pada masa itu terus membolehkan mereka memperolehinya pada tahun 2002.
Jika didapati bersalah, DCNS mungkin perlu membayar pampasan kepada rakyat Malaysia. Hasil yang sedemikian juga akan menjadikan mustahil bagi kerajaan BN untuk terus melindungi Najib, proksinya dan pegawai-pegawai lain yang terlibat daripada tuduhan rasuah itu.
Mahkamah Perancis bermula mendengar aduan SUARAM pada bulan April. Minggu lalu, peguam SUARAM dari Perancis mengadakan 1 sidang media di Bangkok di mana mereka mendedahkan bahawa dokumen yang disita oleh polis di Perancis telah menunjukkan Razak Baginda, seorang bekas pensyarah tentera dan teman rapat Najib, telah menjual laporan tentera laut yang diklasifikasikan sebagai rahsia kepada DCNS.
Ini menyebabkan pembangkang Malaysia untuk menuntut tindakan segera daripada angkatan tentera, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Setakat ini, mereka hanya senyap dan memekakkan telinga, dengan pegawai-pegawai tertinggi tentera laut enggan mengulas walau sedikitpun.
"Penafian Zahid sudah dijangka kerana dia merupakan anggota kabinet Najib. Tetapi ini tidak boleh diterima. Apabila sudah ada bukti, pesalah sepatutnya didakwa dengan serta-merta. Mengapa kita perlu satu penyiasatan? Zahid jangan anggap rakyat Malaysia bodoh. Kegagalan pegawai-pegawai Malaysia untuk bertindak atas perkara tidak patut dan boleh dianggap sebagai perbuatan khianat, " Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua berkata kepada Malaysia Chronicle.
Perbuatan khianat di tempat lain tapi bukan di Malaysia?
Sementara itu, Baginda sedang dicari untuk menjadi saksi dalam perbicaraan di Perancis. Peguam SUARAM sedang meneliti secara terperinci akan dokumen yang disita oleh polis Perancis bahagian kewangan apabila hubungan dapat dibuktikan antara Najib dan pembayaran haram DCNS, PM Malaysia juga akan disapina.
"Ia adalah dokumen rahsia Tentera Laut Malaysia, penilaian untuk pembelian kapal selam, yang merupakan laporan yang sangat sulit," peguam Perancis SUARAM, Joseph Breham memberitahu sidang akhbar di Bangkok.
"Ia adalah pengkhianatan kerana anda menjual kepada pesaing atau negara asing apa yang anda fikirkan tentang senjata yang tertentu, dan pelan bagaimana untuk menggunakan senjata khusus ini. Di Perancis, jika anda melepaskan mereka, anda boleh dihukum sehingga penjara 10 tahun. "
5 Julai tarikh untuk pembunuh-pembunuh Altantuya
Perhatian juga bertumpu kepada perbicaraan Mahkamah Rayuan yang dijangka diadakan pada bulan depan iaitu 5 Julai, di mana bekas pengawal peribadi Najib Azilah Hadri telah memfailkan alasan baru bagi rayuannya terhadap hukuman mati kerana membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Altantuya yang berusia 28 tahun dikatakan pernah menjadi kekasih kepada kedua-dua Najib dan Baginda. Dia dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan walaupun mahkamah Malaysia enggan mengenal pasti motif untuk membunuh dirinya, kebanyakan mereka yang mengikuti kes itu percaya ia adalah kerana dia mempunyai maklumat berkaitan dengan pengambilalihan Scorpenes.
Azilah, Ketua Inspektor pasukan polis Malaysia, dan Koperal Sirul Azhar dihukum gantung pada tahun 2009 kerana membunuh dia dalam hutan dan kemudian mengebom tubuhnya dengan bahan letupan C4 untuk mencegah pengenalannya. Kedua-dua merupakan bekas polis dan pengawal peribadi kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Rayuan mereka akan didengar pada 27 dan 28 Ogos.
Baginda yang juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu telah dibebaskan dan ia telah menjadi kontroversi, menyebabkan bantahan rakyat kepada kerajaan secara besar-besaran dan badan kehakiman yang cuba menutup jenayah itu.
Komplikasi jenayah untuk Najib?
Bapa Altantuya, Setev Shariibuu, telah mendesak pentadbiran Najib untuk berhenti dari melambatkan proses mahkamah kerana tidak mahu abu anaknya kekal di Malaysia sebagai bukti sehingga seluruh proses kehakiman selesai. Oleh itu, upacara terakhir tidak boleh dijalankan untuk ibu cantik ini di tanah airnya sendiri.
Setev berkemunginan akan kembali ke Malaysia untuk mendengar rayuan. Beliau telah menjelaskan bahawa ia adalah Najib yang ingin ditemui oleh anak perempuannya di Malaysia pada tahun 2006, dan bukan hanya Baginda. Setakat ini, mahkamah telah mengabaikan kenyataannya, sementara Najib telah menegaskan dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya. Testimoni Setev - jika dibenarkan oleh pihak berkuasa Malaysia akan mempunyai implikasi yang serius untuk Najib, dari segi politik dan jenayah.
"Saya bertanya kepadanya apakah tujuan perjalanannya ke Malaysia. Beliau menunjukkan kepada saya gambar yang diambil di Paris. Tiga orang berada di dalamnya - Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya. Beliau berkata 'Saya perlu berjumpa dengan orang penting', dan menunjuk kepada Najib," Setev memberitahu satu sidang akhbar baru-baru ini.
"Dia memberitahu saya dia mempunyai sesuatu untuk diputuskan dengan Najib. Saya memberitahunya ia tidak berbaloi tetapi dia pergi juga. Ramai lagi saksi telah melihat gambar ini saya bukan seorang sahaja yang melihatnya, begitu juga Burmaa Oyunchimeg, yang merupakan seorang saksi yang telah memberitahu mahkamah mengenai perkara itu semasa perbicaraan pembunuhan pada tahun 2007."

Taat pemerintah suruhan ALLAH...
Posted on Tuesday, June 19 @ 15:47:23 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"

Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Al-Quran dan as-Sunnah rujukan kita;
Pemimpin bertaqwa disayangi ALLAH,
Agama terjunjung ummah sejahtera.


Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Ia suruhan agama kita;
Ikutlah kepimpinan cara Rasulullah,
Pimpin ke Syurga, jauhi neraka.
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Berta`awunlah kita dalam hal taqwa;
Pemimpin adil dinaungi ALLAH,
Dibalas Syurga yang dihias lawa.
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Definisi taat luas sekali;
Taatlah dalam hal keredhaan ALLAH,
Bukan dalam hal yang ALLAH benci.
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Walaupun dia si hitam Habsyi;
Pilihlah pemimpin yang taatkan ALLAH,
Bukan ar-raashi bukan al-murtashi.
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Jangan taat membuta tuli;
Hendak taksub, taksublah ALLAH,
Bukan pada pemerintah sendiri. 
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Membodek pemerintah bukan suruhanNYA;
Mahu bodek, bodeklah ALLAH.
Janganlah bodek pada makhluqNYA.
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Selagi seiring dengan suruhanNYA;
Taat mutlak hanya pada ALLAH,
Tidak sesekali pada makhluqNYA.
Taat pemerintah suruhan ALLAH,
Tidak mutlak, ada batasan;
Ajaklah semua taatkan ALLAH,
Itulah taat yang tiada batasan.
20 Jun 2012

*Sumber:   http://muzir.wordpress.com/2012/06/20/taat-pemerintah-suruhan-allah/ "


Gajah Malaysia vs Panda China...
Posted on Tuesday, June 19 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: dhalyanun

"Gajah liar

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara.

Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan: "Awas, kawasan gajah liar!"

Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum.

Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu."

Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara.

Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,"Atuk engkau di mana sekarang?".

Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"

Nasi tambah...

La ni gajah2 pun dah naik minyak...
Pasai Panda China dapat RM 20 juta...
Tapi depa dok ternganga saja...
Kahkahkah...

http://shalehudin.blogspot.com/"


6 Tips Kulit Cantik & Sihat
Posted on Tuesday, June 19 @ 04:16:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Faiza

Sekarang nie saye nak share tips kulit cantik dan sihat. sape xnak ade kulit cantik kan ? kalau tanye kat semua orang. semua mesty kate nak kulit cantik. sebab bile kulit cantik, akan menambahkan keyakinan dalam diri kite. boleh bergaul dengan orang ramai. boleh buat kerja dengan elok.

1. Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.
2. Bersenam dan Minum Air Putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.
3. Cuci muka sebelum tidur. Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!
4. Tidur yang cukup. Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!
5. Lindungi kulit daripada Matahari. Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.

6. Berhenti merokok. Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan